bm tutor tv

32
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & RUMUSAN DAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN TIP-TIP KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Karangan berpandu sama konsepnya dengan karangan biasa. Tidak semua maklumat yang diberikan perlu dimasukkan dalam karangan. Karangan yang melebihi 250 patah perkataan tetap dinilai. RUMUSAN Jawapan Pengenalan: Mestilah memperkatakan kandungan petikan secara keseluruhan. Jawapan Isi Tersurat: Mengemukakan 6 isi tersurat sebaik-baiknya. Jawapan Isi Tersirat: Mengemukakan 2 isi tersirat sebaik-baiknya. Kesimpulan: Bahagian 1: berbentuk cadangan dan Bahagian 2: Berbentuk Harapan. KESILAPAN LAZIM KESILAPAN PELAJAR DALAM KARANGAN RANGSANGAN Bahasa yang digunakan tidak gramatis dari segi kata dan ayat. Kata yang tidak gramatis: Mereka mestilah berpegang kepada prinsip `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’. Kata yang gramatis : Mereka mestilah berpegang pada prinsip `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’. KESILAPAN PELAJAR DALAM RUMUSAN 1. Pengenalan: Tidak menukarkan kata kunci / tugasan isi tersurat dengan perkataan yang bersinonim. 2. Isi tersurat: Tidak tepat / berulang.

description

senang

Transcript of bm tutor tv

Page 1: bm tutor tv

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & RUMUSAN DANPEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

TIP-TIP

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Karangan berpandu sama konsepnya dengan karangan biasa. Tidak semua maklumat yang diberikan perlu dimasukkan dalam karangan. Karangan yang melebihi 250 patah perkataan tetap dinilai.

RUMUSAN

Jawapan Pengenalan: Mestilah memperkatakan kandungan petikan secara keseluruhan.

Jawapan Isi Tersurat: Mengemukakan 6 isi tersurat sebaik-baiknya. Jawapan Isi Tersirat: Mengemukakan 2 isi tersirat sebaik-baiknya. Kesimpulan: Bahagian 1: berbentuk cadangan dan Bahagian 2: Berbentuk

Harapan.

KESILAPAN LAZIM

KESILAPAN PELAJAR DALAM KARANGAN RANGSANGAN

Bahasa yang digunakan tidak gramatis dari segi kata dan ayat.

Kata yang tidak gramatis: Mereka mestilah berpegang kepada prinsip `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’.

Kata yang gramatis : Mereka mestilah berpegang pada prinsip `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’.

KESILAPAN PELAJAR DALAM RUMUSAN

1. Pengenalan: Tidak menukarkan kata kunci / tugasan isi tersurat dengan perkataan yang bersinonim.

2. Isi tersurat: Tidak tepat / berulang.3. Isi tersirat: Tidak tepat / tidak berkaitan dengan kata kunci kedua soalan

rumusan.4. Kesimpulan: Tidak ada dua Bahagian [Bahagian 1 - berbentuk cadangan,

Bahagian 2 - harapan]

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & RUMUSAN DAN

Page 2: bm tutor tv

PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

TIP-TIP

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Karangan Berpandu

1. Tidak dapat menyampaikan idea berdasarkan bahan grafik.2. Kepanjangan karangan melebihi 250 patah perkataan.3. Tidak memasukkan peribahasa.

RUMUSAN DAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

Elakkan kesalahan bahasa:

Salah: Selain daripada itu Betul: Selain itu Salah: Sehubungan itu Betul: Sehubungan dengan itu Salah: Salah satu daripada usahanya Betul: Antara usahanya ialah

KESILAPAN LAZIM

KESILAPAN PELAJAR DALAM KARANGAN RANGSANGAN

Penggunaan ejaan tidak tepat.

1. Ejaan yang salah: Kebanyakkan pengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2. Ejaan yang betul: Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

KESILAPAN PELAJAR DALAM RUMUSAN

1. Melebihi 120 patah perkataan.2. Penggunaan penanda wacana tidak tepat.3. Kesalahan Bahasa yang sering dilakukan dalam rumusan.

Bahasa Salah: Selain daripada itu... Betul: Selain itu .....

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSAN MODEN

Page 3: bm tutor tv

TIP-TIP

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

Karangan Berpandu

1. Bahan rangsangan yang dipaparkan termasuklah gambar tunggal, gambar bersiri, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dialog, petikan berita, dan sebagainya.

2. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.3. Murid dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 200 hingga

250 patah perkataan.4. Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 markah.

PEMAHAMAN PROSAN MODEN

Soalan (i):

(i) Apakah maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggota yang daif?a. Petua: Gunakan teknik analogi:b. Contoh:

melindungi kebajikan Anggota yang daif

menjaga kepentingan Ahli masyarakat yang miskin

Soalan (ii):

a. Tulis jawapan dengan menggunakan bahasa sendiri tanpa mengubah isi atau maksud asal.

b. Jawapan mestilah tepat, padat, dan ringkas.Ayat mestilah lengkap. Panjang ayat jangan menjela-jela.

c. Jawapan mestilah terdapat dalam petikan.

Soalan (iii):

a. Jawapan mestilah berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar dan logik.

b. Jawapan bukanlah dipetik atau diambil daripada petikan.c. Contoh: Pada pendapat anda, apakah kebaikan sektor pelancongan

kepada rakyat dan Negara?

KESILAPAN LAZIM

KESILAPAN PELAJAR DALAM KARANGAN RANGSANGAN

Page 4: bm tutor tv

Penggunaan ejaan tidak tepat.

Tanda baca yang salah: Mereka perlu diasuh sejak kecil bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tanda baca yang betul: Mereka perlu diasuh sejak kecil bak kata pepatah, ” kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

KESILAPAN PELAJAR DALAM PEMAHAMAN PROSAN MODEN

1. Soalan (ii): Calon menyalin bulat-bulat daripada petikan tanpa menggunakan bahasa sendiri atau mengubah isi. Jika menyalin jawapan bulat-bulat daripada petikan, pelajar akan kehilangan markah sebanyak 50% daripada jumlah markah yang diperuntukkan. Jawapan mestilah dalam ayat yang lengkap dari segi subjek dan predikatnya.

2. Soalan (iii): Calon menjawab secara tidak logik dan mengambil jawapan di dalam petikan.

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSAN MODEN

TIP-TIP

Page 5: bm tutor tv

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Bahan rangsangan yang dipaparkan termasuklah gambar tunggal, gambar bersiri, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dialog, petikan berita, dan sebagainya.

2. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.3. Murid dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 200 hingga

250 patah perkataan.4. Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 markah.

SOALAN PROSAN MODEN

1. Soalan kedua biasanya soalan KBKK. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Pastikan calon memberikan pendapat yang dihuraikan dan pastikan tatabahasa adalah betul.

2. Soalan ketiga biasanya akan berkaitan dengan unsur komsas. Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya

KESILAPAN LAZIM

KESILAPAN PELAJAR DALAM KARANGAN RANGSANGAN

Isi yang dikemukakan tidak cukup dan perenggan isi tidak berkembang dengan idea.

Calon tidak memahami maksud peribahasa dan mengemukakan peribahasa yang salah.

Calon menambah atau meninggalkan imbuhan yang terdapat pada peribahasa.

KESILAPAN CALON DALAM PROSA MODEN

1. Calon tidak menjawab soalan itu dengan lengkap, terdapat kesalahan tatabahasa dan pengunaan ejaan dan tanda baca tidak betul.

2. Calon kurang jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks dan tidak memberi contoh yang tepat berdasarkan petikan / teks (Komsas).

KARANGAN BERFORMAT & PERIBAHASA

TIP-TIP

Page 6: bm tutor tv

PERIBAHASA

1. Enggang sama enggang, pipit sama pipit Maksud: Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat

(darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.

2. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud: Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai

sudah besar.

KARANGAN BERFORMAT

1. Calon perlu menulis karangan yang tepat dari segi tema, format dan kehendak soalan.

2. Perenggan isi mestilah berkembang dengan idea yang jelas dan matang.3. Ayat yang dibina mestilah terdiri daripada pelbagai ayat majmuk yang

gramatis.4. Laras bahasa sesuai dengan kehendak soalan.

Contoh: Laras bahasa surat kiriman rasmi berbeza dengan laras bahasa surat kiriman tidak rasmi.

KESILAPAN LAZIM

KESILAPAN PELAJAR DALAM PERIBAHASA

1. Calon tidak memahami maksud peribahasa dan mengemukakan peribahasa yang salah.

2. Calon menambah atau meninggalkan imbuhan yang terdapat pada peribahasa.

KESILAPAN CALON DALAM KARANGAN BERFORMAT

1. Bahasa yang digunakan tidak gramatis dari segi kata dan ayat. Ayat yang tidak gramatis: Terima kasih kerana saudara sudi menulis

surat kepada saya. Ayat yang gramatis: Terima kasih saya ucapkan kerana saudara sudi

menulis surat kepada saya.

2. Laras bahasa sesuai dengan tugasan.3. Laras bahasa surat kiriman rasmi berbeza dengan laras bahasa surat

kiriman tidak rasmi. Surat kiriman rasmi: Merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan

bahawa pihak kami bersetuju untuk mengadakan program tersebut seperti yang disetujui.

Surat kiriman tidak rasmi: Menemui sahabatku, Rina yang kini berada di Segamat semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

KARANGAN BERFORMAT - PERBAHASAN

TIP-TIP

Page 7: bm tutor tv

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

1. Soalan yang dikemukakan terdiri daripada karangan yang berformat khusus dan berformat umum.

Berformat Khusus: Wawancara, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, rencana, syarahan, perbahasan dan sebagainya.

Berformat umum: Karangan perbincangan, huraian, fakta, dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan mencakupi Bidang Interpersonal, Maklumat dan Estetika.

Bidang interpersonal: surat kiriman, syarahan, wawancara, dan sebagainya.

Bidang maklumat: Karangan fakta seperti karangan tentang PLKN, buli, dan sebagainya.

Bidang estetika: Karangan tentang KOMSAS seperti peribahasa, cerita, cerpen, skrip drama, dan sebagainya.

3. Soalan yang dikemukakan mengikut dimensi yang berikut:

Soalan 1: Dimensi Diri - Contoh: Setiap remaja mempunyai cita-cita pada masa depan. Nyatakan cita-cita anda dan huraikan cara-cara yang akan anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Soalan 2: Dimensi Keluarga - Contoh: Kerajaan berhasrat untuk menjadikan institusi keluarga sebagai pencetus pembentukan keluarga bahagia. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk merealisasikan harapan tersebut.

Soalan 3: Dimensi Masyarakat atau negara - Contoh: Mutu pengangkutan awam di negara kita sering menjadi rungutan pengguna. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita.

Soalan 4: Dimensi Serantau atau Global - Contoh: Semua negara di dunia perlulah membebaskan dunia ini daripada pencemaran. Bincangkankenyataan ini

Soalan 5: Dimensi Dimensi KOMSAS -Contoh: Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.

Page 8: bm tutor tv

NOVEL

1. Calon perlu tahu jalan cerita dan mengenali watak-watak penting secara terperinci untuk memudahkan calon mengemukan contoh atau bukti yang kukuh.

2. Calon perlu menguasai novel Tingkatan 4 dan 5 kerana corak soalan masa kini memerlukan calon menjawab berdasarkan perbandingan.

KESILAPAN LAZIM

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

1. Bahasa yang digunakan oleh calon tidak gramatis dari segi kata dan ayat.

Kata yang tidak gramatis: Mereka mestilah berpegang kepada prinsip 'ingat sebelum kena, jimat sebelum habis'.

Kata yang gramatis : Mereka mestilah berpegang pada prinsip 'ingat sebelum kena, jimat sebelum habis'.

2. Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon adalah tidak betul dan tepat.

Ejaan yang salah: Kebanyakkanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Ejaan yang betul: Kebanyakanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

NOVEL

1. Menulis jawapan dalam bentuk ringkas dan bukan dalam bentuk perenggan. Kesannya markah yang diberikan ialah: Jumlah markah (50% / 7 - 3.5 = 3.5 Markah)

2. Calon tidak mengemukakan contoh dan huraian atau calon memberikan contoh yang umum atau salah.

3. Calon tidak menguasai cerita menyebabkan isi yang dijawab tidak mengikut kehendak soalan.

KARANGAN PERBAHASAN

TIP-TIP

KARANGAN PERBAHASAN

Page 9: bm tutor tv

1. Calon perlu mengolah isi dengan baik, iaitu isu yang ditulis dan dikemukakan merangsang pembaca.

2. Contoh yang sesuai ialah masukkan data yang terkini dan bersifat semasa dalam karangan perbagasan.

3. Setiap isi perlu dihuraikan dengan sempurna dan diikuti dengan bukti serta contoh yang sesuai.

4. Calon perlu mempelbagaikan pengolahan dengan penggunaan kaedah induktif, deduktif dan gabungan deduktif-induktif.

5. Satu isi perlu diolah dalam satu perenggan sahaja.

PERSOALAN NOVEL KONSERTO TERAKHIR

1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku-buku agama.

KESILAPAN LAZIM

KARANGAN PERBAHASAN

1. Bahasa yang digunakan tidak gramatis dari segi kata dan ayat.

Page 10: bm tutor tv

Ayat yang tidak gramatis dalam permulaan: Salam sejahtera kepada Pengerusi Majlis, para hakim, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian.

Ayat yang gramatis dalam permulaan: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Terima kasih kerana sudi menawarkan giliran kepada saya. Yang arif tuan-tuan hakim pertandingan, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, dif-dif jemputan, dan seterusnya sidang dewan yang saya hormati.

NOVEL

1. Calon tidak menulis jawapan dalam esei dan memberikan jawapan dalam bentuk ‘point‘ menyebabkan format jawapan telah salah.

2. Calon tidak menguasai beberapa perkara penting dalam novel untuk mendapatkan markah yang tinggi seperti tema, persoalan, teknik plot dan nilai.

NOVEL

TIP-TIP

TEMA NOVEL MERENANG GELORA (TINGKATAN 3)

Page 11: bm tutor tv

1. Tema bermaksud idea utama atau persoalan pokok dalam sesebuah cerita.

2. Tema Merenang Gelora: Cabaran dan tanggungjawab pelajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

PERSOALAN NOVEL MERENANG GELORA (TINGKATAN 3)

Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan yang hadir bersama-sama tema sama ada yang tersurat atau tersirat.

KESILAPAN LAZIM

NOVEL

1. Calon tidak menyertakan contoh bagi setiap isi menyebabkan calon kehilangan markah. Setiap isi perlu disertakan contoh-contoh yang sesuai yang terkandung dalam novel.

2. Sebagai contohnya untuk mendapat markah penuh, calon seharusnya menulis seperti ini:

Dalam Novel Merenang Gelora salah satu persoalan yang kita pelajari ialah melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas. Sebagai contohnya Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin walaupun kawannya sendiri, Jamil.

KARANGAN BERFORMAT - PERBAHASAN & NOVEL

TIP-TIP

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

Page 12: bm tutor tv

1. Soalan yang dikemukakan terdiri daripada karangan yang berformat khusus dan berformat umum.

Berformat Khusus: Wawancara, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, rencana, syarahan, perbahasan dan sebagainya.

Berformat umum: Karangan perbincangan, huraian, fakta, dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan mencakupi Bidang Interpersonal, Maklumat dan Estetika.

Bidang interpersonal: surat kiriman, syarahan, wawancara, dan sebagainya.

Bidang maklumat: Karangan fakta seperti karangan tentang PLKN, buli, dan sebagainya.

Bidang estetika: Karangan tentang KOMSAS seperti peribahasa, cerita, cerpen, skrip drama, dan sebagainya.

3. Soalan yang dikemukakan mengikut dimensi yang berikut:

Soalan 1: Dimensi Diri - Contoh: Setiap remaja mempunyai cita-cita pada masa depan. Nyatakan cita-cita anda dan huraikan cara-cara yang akan anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Soalan 2: Dimensi Keluarga - Contoh: Kerajaan berhasrat untuk menjadikan institusi keluarga sebagai pencetus pembentukan keluarga bahagia. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk merealisasikan harapan tersebut.

Soalan 3: Dimensi Masyarakat atau negara - Contoh: Mutu pengangkutan awam di negara kita sering menjadi rungutan pengguna. Bincangkanusaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutupengangkutan awam di negara kita.

Soalan 4: Dimensi Serantau atau Global - Contoh: Semua negara di dunia perlulah membebaskan dunia ini daripada pencemaran. Bincangkankenyataan ini.

Soalan 5: Dimensi KOMSAS - Contoh: Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.

NOVEL

Page 13: bm tutor tv

1. Calon perlu tahu jalan cerita dan mengenali watak-watak penting secara terperonci untuk memudahkan calon mengemukan contoh atau bukti yang kukuh.

2. Calon perlu menguasai novel Tingkatan 4 dan 5 kerana corak soalan masa kini memerlukan calon menjawab berdasarkan perbandingan.

KESILAPAN LAZIM

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

1. Bahasa yang digunakan oleh calon tidak gramatis dari segi kata dan ayat.

Kata yang tidak gramatis: Mereka mestilah berpegang kepada prinsip 'ingat sebelum kena, jimat sebelum habis'.

Kata yang tidak gramatis: Mereka mestilah berpegang pada prinsip 'ingat sebelum kena, jimat sebelum habis'.

2. Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon adalah tidak betul dan tepat.

Ejaan yang salah: Kebanyakkanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Ejaan yang salah: Kebanyakanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

NOVEL

1. Menulis jawapan dalam bentuk ringkas dan bukan dalam bentuk perenggan. Kesannya markah yang diberikan ialah: Jumlah markah (50% / 7 - 3.5 = 3.5 Markah)

2. Calon tidak mengemukakan contoh dan huraian atau calon memberikan contoh yang umum atau salah.

3. Calon tidak menguasai cerita menyebabkan isi yang dijawab tidak mengikut kehendak soalan.

KARANGAN DIMENSI KOMSAS

TIP-TIP

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

Page 14: bm tutor tv

1. Calon perlu mengetahui bahawa terdapat soalan berbentuk estetika yang boleh disoal didalam peperiksaan.

Bidang estetika : Karangan tentang KOMSAS seperti peribahasa, cerita, cerpen, skrip drama, dan sebagainya.

Contoh: Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.

NOVEL AZFA HANANI - TEMA

Tema dalam novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia.

KESILAPAN LAZIM

BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA

1. Penggunaan ejaan dan tanda baca oleh calon adalah tidak betul dan tepat.

Ejaan yang salah: Kebanyakkanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Ejaan yang betul: Kebanyakanpengguna jalan raya tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

NOVEL

1. Calon tidak mengemukakan contoh dan huraian atau calon memberikan contoh yang umum atau salah.

2. Calon tidak menguasai cerita menyebabkan isi yang dijawab tidak mengikut kehendak soalan.

KARANGAN PERBAHASAN, TEMA NOVEL PAPA & PERSOALAN NOVELKONSERTO TERAKHIR

TIP-TIP

Page 15: bm tutor tv

KARANGAN PERBAHASAN

1. Calon perlu mengolah isi dengan baik, iaitu isu yang ditulis dan dikemukakan merangsang pembaca.

2. Contoh yang sesuai ialah masukkan data yang terkini dan bersifat semasa dalam karangan perbagasan.

3. Setiap isi perlu dihuraikan dengan sempurna dan diikuti dengan bukti serta contoh tang sesuai.

4. Calon perlu mempelbagaikan pengolahan dengan penggunaan kaedah induktif, deduktif dan gabungan deduktif-induktif.

5. Satu isi perlu diolah dalam satu perenggan sahaja.

TEMA NOVEL PAPA

1. Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni

2. Contohnya: Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

PERSOALAN NOVEL KONSERTO TERAKHIR

1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku-buku agama.

Page 16: bm tutor tv

KESILAPAN LAZIM

NOVEL

1. Calon tidak menguasai beberapa perkara penting dalam novel untuk mendapatkan markah yang tinggi seperti tema, persoalan, teknik plot dan nilai.

KARANGAN PERBAHASAN

1. Bahasa yang digunakan tidak gramatis dari segi kata dan ayat.

Ayat yang tidak gramatis dalam permulaan: Salam sejahtera kepada Pengerusi Majlis, para hakim, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian.

Ayat yang gramatis dalam permulaan: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Terima kasih kerana sudi menawarkan giliran kepada saya. Yang arif tuan-tuan hakim pertandingan, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, dif-dif jemputan, dan seterusnya sidang dewan yang saya hormati.

KARANGAN PERBAHASAN

1. Calon tidak menulis jawapan dalam esei dan memberikan jawapan dalam bentuk ‘point‘ menyebabkan format jawapan telah salah.

2. Calon tidak menguasai beberapa perkara penting dalam novel untuk mendapatkan markah yang tinggi seperti tema, persoalan, teknik plot dan nilai.

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT, KARANGAN BERFORMAT(KOSA KATA) & KARANGAN RESPON TERBUKA

TIP-TIP

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT

Page 17: bm tutor tv

Ayat yang digunakan perlulah pendek dan jelas untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bahasa.

Gunakan tanda bacaan yang tepat serta penanda wacana yang bersesuaian untuk menunjukkan kesinambungan.

Untuk mendapatkan markah yang cemerlang, calon harus kembangkan isi dan kemukakan contoh yang bersesuaian.

Calon juga harus mengemukakan peribahasa yang betul semasa menulis karangan.

KARANGAN BERFORMAT (KOSA KATA)

1. Calon perlu memilih bahasa dan kosa kata yang tepat dengan isu yang dibincangkan.

2. Contohnya, isu matapelajaran sejarah, maka kosa kata yang sesuai digunakan ialah berkaitan dengan bidang pendidikan.

3. Ayat-ayat yang digunakan adalah tepat dan bertenaga, jelas dan tidak berbeli-belit serta menepati struktur ayat.

KESILAPAN LAZIM

KARANGAN RESPON TERBUKA

1. Calon memasukkan idea atau isi dalam kesimpulan menyebabkan kesimpluan tidak menarik atau tidak tepat.

2. Kesimpulan perlu mempunyai cadangan atau harapan calon terhadap isu yang dibincangkan.

KARANGAN RESPON TERBUKA

1. Calon menggunakan penanda wacana yang salah:

Penanda wacana yang salah – Selain daripada itu, Sehubungan itu

Penanda wacana yang betul – Selain itu, Sehubungan dengan itu

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & PEMAHAMAN PUISI

TIP-TIP

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT

Page 18: bm tutor tv

Sertakan antara tiga hingga empat peribahasa dan lebih ideal sekiranya karangan ditutup dengan peribahasa yang bersesuaian.

Cuba hasilkan karangan melebihi 400 patah perkataan dan setiap isi memerlukan sekurang-kurangnya dua huraian berserta dua contoh.

Calon menjawab kurang daripada 350 patah perkataan menyebabkan huraian tidak lengkap.

Calon kemukakan terlalu banyak isi tetapi hanya dihuraikan secara umum tanpa diolah.

KARANGAN RESPON TERBUKA (PENDAHULUAN)

1. Perenggan pendahuluan merupakan penilaian pertama karangan calon oleh pemeriksa.

2. Pendahuluan yang menarik akan memberikan gambaran yang jelas bagi isi seterusnya.

KESILAPAN LAZIM

KARANGAN RESPON TERBUKA

1. Calon tidak menggunakan ungkapan yang mudah dan frasa yang menarik seperti peribahasa, cogan kata, slogan, pantun, puisi dan sebagainya menyebabkan karangan calon tidak menarik.

KARANGAN RESPON TERBUKA

1. Pembinaan perenggan calon adalah tidak seimbang. Terdapat perenggan yang panjang dan juga terdapat perenggan yang pendek.

2. Pembinaan perenggan yang seimbang, bersepadu dan berkesinambungan perlu untuk karangan yang cemerlang.

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & PENGETAHUAN (BINA AYAT)

TIP-TIP

KARANGAN RESPON TERBUKA (PENDAHULUAN)

Page 19: bm tutor tv

Calon perlu menulis pendahuluan yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

Contoh pendahuluan menarik - Dalam alaf baharu ini, pendatang asing menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka. Kedatangan mereka ke negara kita ibarat di mana ada gula di situ ada semut. Oleh sebab mereka hidup terlalu miskin ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka terpaksa membuat keputusan untuk berhijrah bagi meneruskan kehidupan. Walaupun kedatangan mereka ke negara kita penuh dengan onak dan duri, mereka tetap menjadikan negara kita pilihan utama. Kehadiran mereka di negara kita ibarat duri dalam daging kerana banyak membawa kesan yang negatif kepada rakyat dan negara.

PENGETAHUAN (BINA AYAT)

1. Jawab soalan mengikut urutan soalan.2. Baca arahan dengan teliti.3. Pastikan jawapan mengikut kehendak soalan.4. Calon melakukan kesalahan ejaan / bahasa / tanda bacaan.5. Membina ayat yang tidak menunjukkan maksud yang sebenar atau makna

yang salah.6. Calon menambah atau mengubah imbuhan.

KESILAPAN LAZIM

BINA AYAT1. Calon tidak memahami kehendak soalan, sama ada cakap ajuk, cakap

pindah, ayat susunan biasa, ayat susunan songsang, ayat aktif atau ayat pasif. Kegagalan memahami kehendak soalan menyukarkan calon memahami atau menjawab soalan di bahagian ini.

SOALAN BINA AYAT Calon menambahkan imbuhan atau menggugurkan imbuhan pada

perkataan yang diberikan. Calon menggandakan perkataan yang diuji dalam soalan bina ayat. Calon menulis perkataan yang diberikan sebagai kata nama atau

peribahasa. Calon tidak membina ayat yang gramatis yang mengandungi subjek dan

prediket.KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & KEPELBAGAIAN AYAT

TIP-TIP

KARANGAN RESPON TERBUKA (KESIMPULAN)

Page 20: bm tutor tv

1. Contoh kesimpulan yang menarik - Sebagai kesimpulannya, kemasukan pekerja asing ke negara kita lebih banyak membawa keburukan kepada negara. Oleh sebab kehadiran mereka banyak menimbulkan masalah, pihak kerajaan perlulah mengawal kemasukan mereka sebelum pelbagai kejadian buruk menimpa negara kita seperti kes ragut, melarikan anak gadis, kes bunuh, kes rompakan dan sebagainya. Kita mestilah berhati-hati kerana ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Pihak kerajaan janganlah bertindak selepas pelbagai kejadian yang lebih buruk menimpa ibarat sudah terhantuk baru nak tengadah. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah mengambil langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah untuk menangani kes ini sebelum nasi menjadi bubur.

KEPELBAGAIAN AYAT

Tips untuk menukarkan AYAT CAKAP AJUK kepada AYAT CAKAP PINDAH atau PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH

1. Calon perlu menggunakan membetulkan kependekan kata seperti 'dah , mau , pergi' kepada ‘sudah, mahu , pergi’.

2. Calon perlu menukarkan kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.

3. Calon perlu mengelakan unsur-unsur dialek dan digantikan dengan bahasa baku.

KESILAPAN LAZIM

KEPELBAGAIAN AYAT

1. Calon menggunakan kata hubung yang salah atau tidak sesuai atau ayat disambung di bahagian yang salah.

2. Bagi soalan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Calon menggunakan di… oleh untuk kata ganti nama diri pertama dan kedua dimana hukumnya salah.

3. Soalan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Calon masih menggunakan ayat cakap ajuk tanpa menukarkan kepada bahasa formal atau calon masih menggunakan perkataan ringkas “tak” / “nak”.

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Calon tidak menulis pendahuluan yang menepati tema atau tidak menarik menyebabkan calon kehilangan markah.

2. Calon hanya menggunakan contoh dan bukti sekali sahaja. Calon perlu menggunakan banyak contoh dan bukti untuk memperolehi markah yang cemerlang.

KARANGAN BERFORMAT & BINA AYAT

TIP-TIP

BINA AYAT

Page 21: bm tutor tv

Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas. Jangan bina lebih daripada satu ayat. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang

diberi.

KARANGAN CEMERLANG

Tips untuk menukarkan AYAT CAKAP AJUK kepada AYAT CAKAP PINDAH atau PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH

1. Isi yang matang2. Pengolahan yang menarik3. Pemerengganan yang seimbang4. Pengunaan bahasa dan kosa kata yang luas5. Pengunaan frasa yang menarik

KESILAPAN LAZIM

BINA AYAT Calon melakukan kesalahan ejaan / bahasa / tanda bacaan. Membina ayat yang tidak menunjukkan maksud yang sebenar atau makna

yang salah. Calon menambah atau mengubah imbuhan.

KARANGAN BERFORMAT1. Calon menggunakan ejaan tidak tepat dalam karangan.

Ejaan yang salah: Kerancakkan Ejaan yang betul: Kerancakan

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSA

TIP-TIP

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

Page 22: bm tutor tv

Calon menjawab melebihi 300 patah perkataan menyebabkan calon menjawab melebihi masa diperuntukkan.

Calon menjawab soalan semata-mata berpandukan gambar tanpa kembangkan idea.

Calon tidak kemukan peribahasa yang bersesuaian.

PENGOLAHAN ISI UNTUK KARANGAN

1. Calon perlu memastikan setiap isi diolah dan dikembangkan dalam saru perenggan.

2. Kepanjangan perenggan yang seimbang menggambarkan calon mampu mengolah isi.

KESILAPAN LAZIM

RUMUSAN

1. Pengenalan: Tidak menukarkan kata kunci / tugasan isi tersurat dengan perkataan yang bersinonim.

2. Isi tersurat: Tidak tepat / berulang.

3. Isi tersirat: Tidak tepat / tidak berkaitan dengan kata kunci kedua soalan rumusan.

RUMUSAN

1. Kesimpulan: Tidak ada dua Bahagian [Bahagian 1 - berbentuk cadangan, Bahagian 2 – berbentuk harapan]

2. Melebihi 120 patah perkataan

3. Penggunaan penanda wacana tidak tepat.

KARANGAN (CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG) & PETUA MENJAWAB RUMUSAN

TIP-TIP

Page 23: bm tutor tv

KARANGAN (CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG)

Untuk menghasilkan karangan yang cemerlang maka calon seharusnya mengamalkan tips-tips berikut agar karangan yang dihasilkan mampu memperolehi markah yang tinggi.

1. Isi yang matang2. Pengolahan yang menarik3. Pemerengganan yang seimbang4. Penggunaan bahasa dan kosa kata yang luas dan tepat5. Penggunaan bahasa indah dan menarik

PETUA MENJAWAB RUMUSAN:

1. Soalan: mempunyai dua kata kunci / dua tugasan: Contoh: Buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan lagu rakyat dan kepentingan usaha ini diambil.

2. Kata kunci pertama, iaitu usaha-usaha ialah kata kunci atau tugasan untuk menyatakan isi tersurat.

3. Kata kunci kedua, iaitu kepentingan ialah kata kunci atau tugasan untuk menyatakan isi tersirat.

KESILAPAN LAZIM

KARANGAN

1. Kegagalan calon dalam melahirkan karangan cemerlang disebabkan calon tidak menyediakan rangka karangan terlebih dahulu dengan isi yang tidak cukup dan sempurna.

2. Calon seharusnya boleh menggunakan kaedah peta minda atau kaedah lain untuk merangka isi karangan.

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Calon tidak menulis pendahuluan yang menepati tema atau tidak menarik menyebabkan calon kehilangan markah.

2. Calon hanya menggunakan contoh dan bukti sekali sahaja. Calon perlu menggunakan banyak contoh dan bukti untuk memperolehi markah yang cemerlang.

TEMA, NILAI & PEMAHAMAN

TIP-TIP

TEMA BAGI PUISI PANTUN ENAM KERAT (TINGKATAN 5)

Page 24: bm tutor tv

1. Ketabahan hati dan kekuatan jiwa apabila menghadapi kekecewaan dan dugaan dalam hidup.

NILAI BAGI PUISI PANTUN ENAM KERAT (TINGKATAN 5)

1. Ketabahan – Tabah menghadapi kekecewaan dan memendam kedukaan yang dialami.

2. Rasional – Reda menerima takdir daan ketentuan Tuhan.

3. Keinsafan – Tidak menyalahkan orang lain atas kedudukan yang dialami

KESILAPAN LAZIM

PEMAHAMAN KOMSAS

1. Calon tidak menguasai antologi KOMSAS.

2. Ini menyukarkan calon untuk memahami dan mengenal genre puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, cerpen dan drama.

PEMAHAMAN KOMSAS

1. Calon tidak menguasai antologi KOMSAS.

2. Ini menyukarkan calon untuk memahami istilah sastera seperti sinopsis, tema, persoalan, plot, mesej, nilai dan sebagainya.

TEMA, NILAI & PEMAHAMAN PUISI

TIP-TIP

TEMA BAGI PUISI PANTUN ENAM KERAT (TINGKATAN 5)

Page 25: bm tutor tv

1. Ketabahan hati dan kekuatan jiwa apabila menghadapi kekecewaan dan dugaan dalam hidup.

NILAI BAGI PUISI PANTUN ENAM KERAT (TINGKATAN 5)

1. Ketabahan – Tabah menghadapi kekecewaan dan memendam kedukaan yang dialami.

2. Rasional – Reda menerima takdir daan ketentuan Tuhan.

3. Keinsafan – Tidak menyalahkan orang lain atas kedudukan yang dialami

KESILAPAN LAZIM

PEMAHAMAN PUISI

1. Calon gagal menyatakan isi yang cukup berdasarkan markah dan kehendak soalan. Calon perlu memahami bahawa secara biasanya jumlah markah menunjukkan jumlah isi.

PEMAHAMAN PUISI

1. Calon tidak menulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis.

2. Calon tidak memahami bahawa soalan kemahiran berfikir memerlukan jawapan yang lojik dan releven.