Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

20
SULIT* 2 910/1 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* Soalan 1 hingga 3 berdasarkan puisi di bawah ini. Pagi-pagi lagi mereka datang tanpa buku dan jadual waktu yang diheret cuma wajah lesu dan kasut penuh debu dan lebih sering menyanyikan lagu rindu-rindu. Wajah lesu dan kusam ini adalah nyawa kami yang perlu kami jaga adalah maruah kami yang akan kami junjung adalah masa depan yang tetap kami cerahkan. Ibu bapa mereka tidak selalu berfikir tentang resah kami mengatur nasib anak-anak ini setelah menghantar anak di pintu sekolah mereka juga melonggokkan harapan di meja tugas kami agar anak mereka berbudi mulia, pandai mengira, membaca dan lulus periksa supaya nanti punya kerja dan menjadi kaya. Semua itu tugasmu guru, kata mereka kerana mereka tak punya masa dan tidak tahu apa-apa. Kami dihambat pihak atasan menjanjikan segugus markah A dan sekian GPS sedangkan sebilangan mereka hanya mampu mengenal suku kata dan masih tak dapat mengeja. Jangan berbicara tentang SBT, tentang pengantarabangsaan pendidikan NKRA dan harapan muluk-muluk. Bagi kami cukuplah mereka tahu menghargai orang yang menyuapkan nasi membuat kira-kira dan mengenal abc walau hasilnya nanti mereka tak punya pekerjaan tinggi dan hanya jadi penoreh, nelayan atau petani. Inilah anak-anak kami yang akan kami gilap menjadi intan walau dengan payah dan tak pernah diendah. Biarlah kami di sini bergelumang dengan kusam wajah bergelut membetulkan keras lidah sambil mengajarkan kira-kira dan cara mengeja menjernihkan pandangan mereka melihat dunia yang penuh warna untuk digenggam dengan ghairah. Lalu kami pun mekarkan senyuman pada setiap pagi menyambut mereka di pintu dan bersama menyanyikan lagu rindu-rindu. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 21 Mei 2012, Fariza Nurbaya Muhammad, Besut)

Transcript of Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

Page 1: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 2

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Soalan 1 hingga 3 berdasarkan puisi di bawah ini.

Pagi-pagi lagi mereka datang

tanpa buku dan jadual waktu

yang diheret cuma wajah lesu

dan kasut penuh debu

dan lebih sering menyanyikan lagu rindu-rindu.

Wajah lesu dan kusam ini

adalah nyawa kami yang perlu kami jaga

adalah maruah kami yang akan kami junjung

adalah masa depan yang tetap kami cerahkan.

Ibu bapa mereka tidak selalu berfikir tentang resah kami

mengatur nasib anak-anak ini

setelah menghantar anak di pintu sekolah

mereka juga melonggokkan harapan di meja tugas kami

agar anak mereka berbudi mulia, pandai mengira,

membaca dan lulus periksa

supaya nanti punya kerja dan menjadi kaya.

Semua itu tugasmu guru, kata mereka

kerana mereka tak punya masa dan tidak tahu apa-apa.

Kami dihambat pihak atasan

menjanjikan segugus markah A dan sekian GPS

sedangkan sebilangan mereka hanya mampu mengenal suku kata

dan masih tak dapat mengeja.

Jangan berbicara tentang SBT, tentang pengantarabangsaan pendidikan

NKRA dan harapan muluk-muluk.

Bagi kami cukuplah mereka tahu menghargai

orang yang menyuapkan nasi

membuat kira-kira dan mengenal abc

walau hasilnya nanti mereka tak punya pekerjaan tinggi

dan hanya jadi penoreh, nelayan atau petani.

Inilah anak-anak kami yang akan kami gilap menjadi intan

walau dengan payah dan tak pernah diendah.

Biarlah kami di sini

bergelumang dengan kusam wajah

bergelut membetulkan keras lidah

sambil mengajarkan kira-kira dan cara mengeja

menjernihkan pandangan mereka

melihat dunia yang penuh warna

untuk digenggam dengan ghairah.

Lalu kami pun mekarkan senyuman

pada setiap pagi

menyambut mereka di pintu

dan bersama menyanyikan lagu rindu-rindu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia,

21 Mei 2012, Fariza Nurbaya Muhammad, Besut)

Page 2: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 3

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

1

Bagi kami cukuplah mereka tahu menghargai

orang yang menyuapkan nasi

membuat kira-kira dan mengenal abc

walau hasilnya nanti mereka tak punya pekerjaan tinggi

dan hanya jadi penoreh, nelayan atau petani.

Apakah maksud petikan di atas?

A Generasi yang tahu untuk mengingati jasa ibu bapa dan guru

B Kadar celik huruf dalam kalangan masyarakat bawahan adalah rendah

C Hasrat guru untuk menghasilkan murid yang pandai mengira dan mengeja

D Golongan penoreh, nelayan dan petani yang pandai mengira dan mengeja

2 Semua pernyataan di bawah merupakan harapan ibu bapa terhadap guru kecuali

I menjadikan anak-anak mereka kaya dan terpelajar

II mendidik anak-anak mereka agar berbudi pekerti mulia

III memberikan kejayaan akademik kepada anak-anak mereka

IV menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

3 Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan tugas?

A Murid-murid yang datang ke sekolah dalam keadaan perut yang lapar.

B Kemiskinan murid-murid menyebabkan semangat guru menjadi luntur.

C Murid-murid yang sering lupa tentang jadual waktu dan meja tempat belajar.

D Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran asas menulis dan membaca.

Page 3: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 4

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Soalan 4 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini.

Masalah sosial dalam kalangan generasi muda semakin menjadi-jadi. Hampir setiap hari kita

dihidangkan dengan pelbagai berita yang membabitkan generasi muda, seperti kes pembuangan bayi,

pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, lumba haram, dan banyak lagi. Pelbagai punca telah dikenal

pasti, antaranya termasuklah pengabaian tanggungjawab keluarga oleh ibu bapa, sistem pendidikan

yang terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga melahirkan pelajar yang tidak matang, dan

kepesatan teknologi maklumat yang tidak selari dengan kematangan emosi generasi muda. Di negara

Barat terdapat satu pendekatan yang menggabungkan sistem pendidikan dengan institusi keluarga

sebagai salah satu cara untuk menangani masalah gejala sosial dan memulihkan institusi keluarga

yang semakin goyah. Pendekatan tersebut dikenali sebagai “sekolah di rumah” (homeschool).

Sekolah di rumah bermaksud pendidikan anak-anak dilakukan di rumah oleh ibu bapa itu sendiri

secara sepenuh masa. Anak-anak yang bersekolah di rumah ini mula belajar mengenali angka dan

huruf sehingga dapat menyelesaikan masalah matematik dan bacaan seperti kanak-kanak lain yang

seusia dengan mereka. Bagi ibu bapa yang menggunakan pendekatan belajar di rumah, mereka

percaya bahawa kaedah ini memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka. Misalnya, anak-anak

mereka tiada masalah bangun lewat, tertinggal bas, atau menggalas beg yang berat. Ibu bapa juga

boleh terus memantau aktiviti anak-anak, mengetahui prestasi akademik mereka dengan segera, dan

melakukan aktiviti secara langsung bersama dengan anak-anak. Dengan perkataan lain, ibu bapa

bukan sahaja berperanan sebagai penjaga, malah menjadi mentor kepada anak-anak.

Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, pakar dalam bidang pendidikan, memberikan

pandangan yang positif tentang kaedah sekolah di rumah. Menurut beliau, melalui pendekatan

sekolah di rumah, sebuah keluarga bahagia mampu dibentuk hasil daripada proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan dalam suasana yang santai. Kajian yang dilakukan di Barat

menunjukkan bahawa anak-anak yang sekolah di rumah lebih rapat dan mesra dalam perhubungan

dengan ibu bapa. Mereka juga lebih empatik dan matang dalam interaksi dengan orang lain apabila

berada di luar rumah. Mereka didapati kurang terlibat dalam perilaku bermasalah. Ertinya, mereka

memiliki kemahiran sosial dan kemanusiaan yang lebih baik berbanding dengan rakan mereka di

sekolah biasa.

Konsep sekolah di rumah mula diamalkan di Malaysia pada era 1980-an, namun

perkembangannya agak perlahan. Kerajaan mungkin boleh mengambil langkah untuk mengadaptasi

sebahagian pengajaran dan pembelajaran sekolah di rumah dalam sistem pendidikan negara. Hal ini

selari dengan usaha kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan yang kini dilihat lebih

berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang menitikberatkan perkembangan kognitif yang lebih

holistik. Penekanan terhadap perkembangan kognitif yang sihat inilah merupakan asas kepada

pendekatan sekolah di rumah. Oleh sebab itu, pihak tertentu perlu membuat kajian yang lebih

mendalam tentang pendekatan sekolah di rumah. Hasil kajiannya nanti dapat memberikan nafas

baharu kepada sistem pendidikan negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Dewan Masyarakat, Julai 2011)

Page 4: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 5

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

4 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?

A Pelaksanaan Konsep Sekolah di Rumah di Negara Barat

B Usaha untuk Melaksanakan Sekolah di Rumah di Negara Ini

C Sekolah di Rumah sebagai Alternatif Membendung Gejala Sosial

D Gejala Sosial dalam Generasi Muda dan Kegoyahan Institusi Keluarga

5 Pernyataan yang berikut menepati konsep “sekolah di rumah” kecuali

A ibu bapa sebagai tenaga pengajar

B pembelajaran dijalankan secara formal

C mengutamakan perkembangan kognitf secara menyeluruh

D menggabungkan sistem pendidikan dengan institusi keluarga

6 Yang berikut merupakan kelebihan sekolah di rumah kecuali

A mengurangkan masa bersosial anak-anak

B mengurangkan masalah sosial yang membabitkan anak-anak

C memberikan suasana pembelajaran yang lebih selesa kepada anak-anak

D membina perpaduan dan hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak-anak

7 Yang manakah merupakan harapan penulis tentang pendekatan sekolah di rumah?

I Kerajaan dapat menerapkannya dalam sistem pendidikan negara.

II Lebih banyak ibu bapa mempraktikkannya untuk pendidikan anak-anak.

III Sistem pendidikan negara perlu diubah kepada pendekatan sekolah di rumah.

IV Kajian terperinci mengenai pendekatan sekolah di rumah hendaklah dibuat.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 5: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 6

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Soalan-soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

Setiap orang ingin memiliki tubuh badan yang cantik. Oleh sebab itulah, ada sesetengah orang yang

sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli pelbagai ubat atau melakukan pembedahan.

Antara usaha yang dilakukan oleh kebanyakan orang bagi mencantikkan badan adalah dengan cara

menguruskan badan. Penggunaan pil pelangsing untuk menguruskan badan dan mengatasi berat badan

semakin popular dalam kalangan masyarakat kita, terutama dalam kalangan wanita. Sejak akhir-akhir

ini, banyak iklan tentang pil pelangsing badan ini dipaparkan oleh media massa sama ada media cetak

atau media elektronik. Iklan tersebut menawarkan pelbagai pakej yang menarik tentang pil

menguruskan badan ini.

Terdapat sesetengah iklan pil pelangsing yang memberikan jaminan bahawa berat badan

seseorang akan turun sebanyak 10 kilogram dalam jangka masa beberapa minggu sahaja setelah

makan pil pelangsing tersebut. Terdapat juga pengeluar tertentu yang mempromosikan pil pelangsing

keluarannya sebagai kaedah yang paling berkesan, mudah, dan cepat untuk memiliki bentuk tubuh

badan yang cantik tanpa perlu berdiet dan melakukan aktiviti senaman. Hal ini demikian kerana

mereka mendakwa bahawa pil pelangsing yang dipromosikan itu dihasilkan daripada sumber semula

jadi dan ekstrak tumbuhan yang terjamin kualitinya dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada

sesiapa yang mengamalkannya.

Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa produk pil

pelangsing mengandungi bahan-bahan terlarang seperti fenfluremine,caffeine,dan sibutramine.

Walaupun kebanyakan pil dan ubat pelangsing yang dijual di pasaran selamat digunakan, namun para

pengguna harus berhati-hati dan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum

menggunakan pil tersebut. Hal ini demikian kerana tidak ada jalan yang mudah untuk menurunkan

berat badan. Penggunaan pil pelangsing bukan merupakan cara penyelesaian utama untuk

mengurangkan berat badan seseorang. Usaha yang perlu dilakukan adalah dengan menjaga dan

mengawal pemakanan. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlu melancarkan kempen

pemakanan yang betul untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan

mengamalkan kaedah pemakanan yang betul.

Bagi mengelakkan orang ramai daripada terus terpedaya dengan iklan pil pelangsing, pihak

berkuasa perlu memantau dan mengenakan syarat yang ketat sebelum membenarkan sesuatu produk

ubat diiklankan melalui media massa. Pada masa yang sama penjualan sebarang ubat dan pil di

farmasi untuk tujuan penjagaan kesihatan atau untuk melangsingkan badan harus diperketat bagi

menghindarkan penyalahgunaan ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan kemudaratan. Langkah yang

dilaksanakan itu bukan bertujuan untuk menghalang masyarakat daripada memiliki badan yang

unggul,tetapi adalah untuk memastikan bahawa kepentingan para pengguna terjamin daripada

perbuatan pihak pengeluar yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan yang lebih.

Tidak dapat dinafikan bahawa tahap penggunaan ubat di negara ini adalah tinggi, namun

pengetahuan orang ramai tentang peranan dan kandungan ubat masih lagi rendah. Oleh hal yang

demikian, orang ramai perlu berwaspada terhadap ubat dan pil menguruskan badan yang berada di

pasaran bagi memastikan bahawa mereka tidak menjadi mangsa kepada keghairahan sendiri untuk

menjadi langsing dan kelihatan menawan. Orang ramai perlu bijak membuat pertimbangan dan tidak

seharusnya mudah mempercayai iklan tentang ubat pelangsing badan kerana sikap yang sedemikian

akan merugikan diri sendiri. Nasihat daripada pengamal perubatan adalah penting bagi memastikan

bahawa sesuatu usaha yang dilakukan berkesan atau tidak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Page 6: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 7

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

8

Tidak dapat dinafikan bahawa tahap penggunaan ubat di negara ini adalah tinggi,

namun pengetahuan orang ramai tentang peranan dan kandungan ubat masih lagi

rendah.

Ayat di atas membawa implikasi bahawa

A penggunaan ubat tanpa kawalan boleh mendatangkan kesan sampingan

B tahap penggunaan ubat dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan

C semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani masalah penggunaan ubat

D orang ramai perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penggunaan ubat

9 Mesej yang ingin disampaikan penulis dalam petikan di atas ialah

A pil pelangsing akan memudaratkan kesihatan masyarakat

B masyarakat mesti menjaga dan mengawal pemakanan mereka

C perlunya kesedaran masyarakat dalam menangani masalah berat badan

D pengguna pil pelangsing mesti mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan pil tersebut.

10 Berdasarkan petikan, langkah yang paling efektif untuk mengatasi masalah berat badan ialah

I penggunaan pil pelangsing yang berkualiti

II pengamalan kaedah pemakanan yang betul

III amalan mengawal pemakanan secara berterusan

IV pengguna pil pelangsing mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 7: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 8

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

11

X dan Y dalam rajah di atas ialah

X Y

A Kalimantan Sulu

B Bali-Sasak Lampung

C Kalimantan Nias

D Jawa Bugis

12 Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa Nusantara kecuali

A dipercayai berasal dari daerah Yunan

B tersebar luas ke Formosa dan Malagasi

C merupakan golongan bahasa Austroasia

D mempunyai jumlah antara 200 hingga 300 bahasa

Keluarga Bahasa

Nusantara

Melanau

Sumatera

Kenya-Kayan

Melayu

Y

X Toraja

Acheh

Iban

Page 8: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 9

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

13 Berdasarkan jadual di bawah, yang manakah padanan yang betul antara keluarga bahasa dengan

contoh bahasa?

Keluarga bahasa Contoh bahasa

I Nusantara P Irian, Kepulauan Fiji, New Caledonia

II Melanesia Q Kepulauan Mariana, Marshal, dan Gibert

III Polinesia R Acheh, Tagalog, dan Batak

IV Mikronesia S Hawai, Maori, Tonga

I II III IV

A Q P S R

B R Q P S

C S P R Q

D R P S Q

14 Yang manakah ciri batu bersurat di Kedukan Bukit dan ciri batu bersurat di Minye Tujuh yang

betul?

Batu Bersurat di Kedukan Bukit

Batu Bersurat di Minye Tujuh

I Ditulis dengan huruf Palava Ditulis dengan huruf Jawi

II Ditemukan pada abad ketujuh Ditemukan pada abad keempat belas

III Banyak pengaruh bahasa Sanskrit Mengandungi beberapa perkataan Arab

IV Dijumpai berdekatan dengan Bogor Dijumpai di Jawa Tengah

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

15 Yang berikut ialah ciri bahasa Melayu klasik kecuali

A banyak menggunakan partikel

B sering menggunakan ayat songsang

C menggunakan kata pangkal ayat yang ketara

D banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit

Page 9: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 10

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

16 Yang manakah susunan aktiviti perancangan bahasa Melayu yang betul?

I Pengekodan

II Perancangan dasar

III Perancangan taraf

IV Penilaian hasil dan pemantapan strategi

A II, III, I, dan IV

B IV, III, II, dan I

C II, III, IV, dan I

D III, II, I, dan IV

17

Institusi Peranan

I Pejabat Karang Mengarang

P Melindungi hak para pengarang

II Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu

(MABM)

Q Membina dan memperkaya bahasa

Melayu

III Angkatan Saterawan 50 (ASAS 50)

R Mengadakan perkhidmatan

perpustakaan bergerak ke kampung-

kampung

IV Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) S Menyelaras program kebahasaan

untuk penutur asing

Yang manakah padanan yang betul antara institusi dengan peranannya dalam perkembangan bahasa

Melayu moden?

I II III IV

A S Q R P

B R S P Q

C R Q P S

D P S R Q

18

Saya makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Saya tidak mahu termasuk dalam

golongan obesiti.

Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi

A sebab dan hasil

B syarat dan hasil

C sebab dan akibat

D sebab dan tujuan

Page 10: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 11

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

19 Pernyataan manakah yang benar tentang bahasa formal dan bahasa tak formal?

Bahasa formal Bahasa tak formal

A Ragam bahasa bebas Ragam bahasa terkawal

B Contohnya bahasa mesra dan bahasa

istana.

Contohnya bahasa slanga dan bahasa

pasar.

C Wujud sekatan sosial antara penutur Tidak wujud sekatan sosial antara penutur

D Istilah lain ialah bahasa kolokial Istilah lain ialah bahasa basahan

20 Yang manakah ayat yang mengandungi ciri-ciri pemulukan dan pendinaan dalam bahasa istana?

I Segala titah tuanku, terjunjung di atas jemala patik sekalian.

II Baginda sultan akan bersemayam di istana Kayangan dua hari lagi.

III Ayahanda dan bonda yang dikasihi, anakanda akan berangkat pulang segera.

IV Patik menjunjung kasih atas perkenan tuanku mencemar duli untuk merasmikan majlis ini.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

21

Disampaikan secara formal

Menggunakan istilah khusus

Kandungannya bersifat objektif

Mempunyai unsur kematangan dan kebenaran

Ciri-ciri di atas menepati laras bahasa

I sastera

II akademik

III media massa

IV undang-undang

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 11: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 12

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

22 Yang manakah pernyataan yang benar tentang wacana?

I Susunan idea tidak diutamakan dalam wacana.

II Wacana mempunyai maklumat yang bertentangan.

III Wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.

IV Wacana mengandungi maklumat lama dan maklumat baharu.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

23

Penulis memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak.

Bersifat objektif

Pernyataan di atas menepati retorik

A pemerian

B pemujukan

C penceritaan

D penghujahan

24

Rujukan hormat yang betul bagi X ialah

A Yang Berhormat Dr. Tengku X

B Yang Amat Berhormat Dr. Tengku X

C Yang Berhormat Mulia Dr. Tengku X

D Yang Amat Berhormat Mulia Dr. Tengku X

25 Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal e pepet?

I Tiket

II Filem

III Tauge

IV Organisme

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

X

Timbalan Menteri

Keturunan Tengku

Berkelulusan ijazah doktor falsafah

Page 12: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 13

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

26

Belakang lidah diangkat tinggi

Lelangit lembut dinaikkan

Pita suara bergetar

Vokal yang terhasil dengan cara di atas terdapat pada perkataan

A bilik

B gugur

C senget

D sorong

27 Yang manakah pernyataan yang benar tentang bunyi vokal bahasa Melayu?

I Setiap vokal membentuk satu suku kata.

II Vokal tengah tidak hadir pada akhir kata Melayu asli.

III Lelangit lembut diturunkan semasa menghasilkan bunyi vokal.

IV Udara dari paru-paru akan mengalami geseran di dalam rongga mulut.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

28 Yang manakah perkataan yang mengandungi diftong?

I Biola

II Ghaib

III Taulan

IV Khairat

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

29 Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan rangkap?

I Plastik

II Prosedur

III Subjektif

IV Konduktor

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 13: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 14

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

30

Hujung lidah ditemukan pada gusi

lelelangit lembut diturunkan

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung

Pita suara bergetar

Keterangan di atas adalah tentang cara menghasilkan bunyi konsonan

A sengauan gusi

B geseran gusi bersuara

C letupan gusi bersuara

D sengauan gusi-lelangit keras

31 Yang manakah kata yang dimulai dengan konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan diakhiri

dengan konsonan geseran glotis?

A Gadis

B Kakak

C Gaduh

D Kayuh

32 Yang manakah penggunaan tanda sempang (-) yang betul?

I Pra-sejarah

II Anti-dadah

III Ber-revolusi

IV Alat pandang-dengar

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

33 Kumpulan kata yang manakah yang mempunyai fonem yang mengalami proses pembibiran

ketika bunyi dihasilkan?

A Kain, air, biola

B Maut, kuih, kuat

C Saat, keadaan, soal

D Laut, kaut, manfaat

34 Yang manakah padanan yang betul antara bentuk kata dan contohnya?

Kata tunggal Kata terbitan Kata ganda Kata majmuk

A berbahaya setinggan anak-pinak kertas kerja

B petua kemuncup lelangit ibu tunggal

C kebaya mentua pinggan mangkuk ulang kaji

D sepatu pelajar lelaki debunga

Page 14: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 15

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

35

i. Dia sampai ke sekolah agak lewat hari ini.

ii. Mesyuarat itu berlanjutan sampai petang.

Kata yang berhuruf condong dalam ayat (i) dan (ii) di atas masing-masing berfungsi sebagai

A kata kerja dan kata adjektif

B kata bantu dan kata adjektif

C kata kerja dan kata sendi nama

D kata sendi nama dan kata kerja

36 Ayat manakah yang menggunakan kata sendi nama dengan betul?

I Semua ubat yang dihasilkannya dibuat dari akar kayu.

II Borang tersebut boleh didapati daripada pejabat sekolah.

III Buku edisi baharu ini lebih lengkap daripada edisi sebelumnya.

IV Masalah penduduk desa itu telah disampaikan pada pihak yang berkuasa.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

37

Jenis kata

bilangan

Contoh ayat

I pisahan P Berpuluh-puluh orang anak peneroka itu telah melanjutkan

pelajaran ke universiti tahun ini.

II kardinal Q Separuh daripada bukunya telah disumbangkan kepada

perpustakaan desa.

III pecahan R Setiap hari ayah membawa hasil tanaman ke pasar tani.

IV himpunan S Penduduk bandar ini telah mencecah jumlah dua juta orang.

I II III IV

A P Q R S

B Q R S P

C R S Q P

D S P R Q

38 Pasangan kata manakah yang kesemuanya mengandungi kata ganda berentak pengulangan vokal?

A Desas-desus, suku-sakat

B Remeh-temeh, hiruk-pikuk

C Warna-warni, gunung-ganang

D Titik-bengik, compang-camping

Page 15: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 16

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

39 Perkataan manakah yang kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan?

I berjelaga

II berkemuncup

III berkebolehan

IV berkecimpung

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

40 Yang manakah ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul?

A Bandar tersebut adalah bandar paling bersih di rantau ini.

B Baju yang berwarna biru itu adalah hadiah untuk bapa saya.

C Kenyataan orang itu tentang isu pencemaran adalah tidak wajar.

D Kegagalannya dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh kurang berusaha.

41 Ayat manakah yang mengandungi kata arah?

I Pekerja-pekerja itu datang dari Indonesia.

II Hasan menanam pokok durian di belakang rumahnya.

III Kereta api ke utara akan bergerak tepat pada masanya

IV Keluarga kami berkumpul di halaman rumah pada setiap petang.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

42 Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja transitif?

I Ali menjenguk keluar tingkap apabila namanya dipanggil.

II Hasnah menjerit dengan kuat apabila begnya diragut orang.

III Makcik Tikah mengutip hasil tanamannya pada setiap pagi.

IV Pengawas sekolah itu menegur kesilapan murid itu dengan baik.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Page 16: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 17

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

43 Ayat manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif dengan unsur keterangan yang boleh

digugurkan?

I Guru itu berasal dari Sarawak.

II Kita hendaklah sentiasa berbuat baik.

III Air sungai Perak mengalir dengan tenang.

IV Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

44 Pernyataan yang berikut benar tentang ayat kecuali

A terbina daripada dua patah perkataan

B dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan

C mempunyai makna yang lengkap dan intonasi yang sempurna

D terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan

45 Yang manakah ayat tunggal?

I Sepupu saya datang dengan menaiki pesawat Air Asia.

II Termenung Tasya di beranda rumahnya pada petang itu.

III Sekumpulan pelajar sedang berlatih drama di dalam dewan.

IV Beberapa pemuda bermain bola di padang ketika hujan turun.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

46

I Udara di atas Bukit Fraser sungguh nyaman.

II Keindahan Tasik Kenyir menjadi tarikan pelancong asing.

Yang manakah padanan yang menepati pola ayat dasar di atas?

I II

A FN + FN FN + FK

B FN + FK FN + FS

C FN + FS FN + FA

D FN + FA FN + FK

Page 17: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 18

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

47 Yang manakah ayat pasif yang betul?

I Baju yang kotor itu belum berbasuh.

II Buku itu dipulangkan oleh adik saya semalam.

III Kereta yang mereka naiki rosak dalam perjalanan.

IV Keputusan untuk belajar di universiti itu telah beliau buat.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

48 Yang manakah ayat yang gramatis?

I Kuih-muih itu dihidangkan ibu untuk tetamu dari Sungai Petani.

II Demam denggi ialah sejenis penyakit yang berpunca daripada nyamuk Aedes.

III Pejalan kaki hendaklah melihat ke kanan dan kiri sebelum menyeberang jalan.

IV Pengawal keselamatan itu bertanggungjawab terhadap keselamatan semua penghuni flat.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

49

Yang manakah ayat yang mempunyai predikat seperti binaan di atas?

A Abang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

B Muqri sedang melatih adiknya menunggang kuda.

C Rasyihah telah menamatkan pelajarannya pada bulan lepas.

D Encik Alias akan bertukar ke daerah Besut pada minggu hadapan.

50 Yang berikut ialah ayat terbitan kecuali

A Buku itu awak susun dengan teratur.

B Buah durian di kebun datuk telah gugur.

C Baju yang disulam Puan Normi sudah siap.

D Letak biskut itu di dalam bekas kedap udara.

Kata bantu aspek + kata kerja tak transitif + keterangan

Page 18: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 19

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

51 Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan kata bantu dengan frasa adjektif?

I Mesti teguh lagi rumah pusaka itu.

II Masih merdu suara penyanyi veteran itu.

III Telah tumbang pokok sena itu petang semalam.

IV Akan bercuti ke Pulau Pangkor Aini sekeluarga.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

52 Kesemua ayat berikut boleh dipasifkan kecuali

A Orang kampung telah menangkap pencuri itu.

B Encik Hamid membelikan anaknya sebuah basikal.

C Puan Ruby akan mengemas rumah pada setiap hari.

D Aiman ingin menjadi inspektor polis apabila dewasa kelak.

53 Yang manakah ayat majmuk gabungan?

I Baju yang dipilihnya kurang menarik padahal ada yang lebih cantik.

II Kami akan mengadakan jamuan jika ayah pulang pada minggu hadapan.

III Mereka meneruskan perjalanan ke utara sedangkan mereka sudah berasa letih.

IV Yati menyiram pokok di halaman rumahnya sementara suaminya membasuh kereta.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

54

Contoh ayat Jenis keterangan

I Suzi mewarnakan lukisannya dengan menggunakan cat

air.

P Cara

II Kereta abang terbabas ke dalam longkang lantaran

memandu terlalu laju.

Q Tujuan

III Bagi menjayakan program itu, kerjasama semua pihak

sangat diperlukan.

R Harapan

IV Kita mesti mendapat rehat yang cukup agar sentiasa sihat. S Musabab

Yang manakah padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenis keterangan?

I II III IV

A Q P R S

B P R Q S

C P S Q R

D R S P Q

Page 19: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 20

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

55 Yang manakah ayat yang mengalami proses penyusunan semula?

I Kanak-kanak yang menangis itu kami pujuk.

II Gadis yang berkaca mata hitam itu ialah sepupu saya.

III Puan Azie mengajarkan gubahan bunga kepada pekerjanya.

IV Wartawan itu melaporkan bahawa kemalangan itu telah meragut dua nyawa.

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

56 A

S P

FN FK

Kata penguat FN2

Kata kerja

Ǿ

Yang manakah ayat yang menepati rajah pohon di atas?

A Sara masih mengharapkan biasiswa itu.

B Perompak itu amat pantas melarikan diri.

C Tragedi bot karam itu sangat memilukan.

D Kecantikan pelakon itu amat mempesonakan kami.

57 Perkataan manakah yang bersifat homograf?

I Bela

II Mata

III Darjah

IV Rendang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 20: Bm1 ppcb stpm trengganu 2012

SULIT* 21

910/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

58 Yang manakah perkataan yang membawa makna denotatif dan konotatif?

I Ibu ayam

II Duit kopi

III Bulan madu

IV Lampu hijau

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

59 Perumpamaan yang membawa maksud melakukan pekerjaan yang sia-sia ialah

A memikul biawak hidup

B mencurahkan garam ke laut

C menunggu kucing bertanduk

D menunggu bulan jatuh ke riba

60

Aina sedang menjahit baju untuk adiknya.

Pak Radi selalu minum kopi di warung itu

Ayat-ayat di atas mengandungi kiasan

A sandar

B melarat

C melompat

D permanusiaan