bm1

28
2 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1hingga 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “__________________________ berdua terpilih menyertai perkhemahan peringkat daerah,” kata Amirah kepada sahabatnya. A Kami B Awak C Kalian D Kita 2. Permaisuri raja mengarahkan _____________________ baginda untuk menyediakan santapan. A laksamana B dayang-dayang C bendahara D puteri

description

latihan upsr

Transcript of bm1

2

5

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1hingga 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. __________________________ berdua terpilih menyertai perkhemahan peringkat daerah, kata Amirah kepada sahabatnya.A KamiBAwakCKalianDKita

2. Permaisuri raja mengarahkan _____________________ baginda untuk menyediakan santapan.AlaksamanaBdayang-dayangCbendaharaDputeri

3.Bot yang membawa penumpang ke Pulau Besar tergendala kerana kelewatan _____________________nya.AjuruteraBjuruselamCjurumudiDjurukimpal

4.Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Pengemis itu tidur __________ macam udang pada malam yang sangat sejuk itu.Amengengsot

BCDberkerepotmengerekotberbaring

5.HatiIffah menjadi _________________________ apabila namanya dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga.AgemuruhBgementarCgeloraDgerun

6.Encik Rizal sangat berharap Ali berjaya dalam temuduga kemasukan ke Institut Perguruan. _______________________, Ali sangat berminat dalam bidang perguruan.AWalau bagaimanapunBMeskipunC Tambahan pulaDLantaran itu

7.Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Aisyah dan Fatin duduk-duduk di tepi pantai sambil menikmati __________.Aombak lautB angin kencangCbayu lautDpanas terik

8.Beberapa _______________________buah durian dan buah-buahan yang lain di gerai Pak Hamid dijual dengan harga yangmurah.A kelompokBlonggokCtimbunD tangkai

9.Garisan yangdilukis oleh adik ____________________________ kerana dia baru sahaja belajar menulis.Aherot-berotBsimpang-siurCpontang-pantingDbengkang-bengkok

10.Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah.

Di rak itu terdapat beberapa buah tin susu yang sudah________________________AkempisBkemikCsusutDbocor

11.Syahmi telah menerima sekotak hadiah _____________________ kawannya sempena ulang tahunnya yang kedua belas.ApadaBdaripadaCdariD kepada12.Kaum Melayu mempunyai budaya dan _____________________yang tersendiri.Aadat hidupBadat resamCadat istiadatDadat perpatih

13.Bola yang sering dimainkan oleh kanak-kanak juga dihasilkan daripada getah kerana sifatnya yang ______________________AkentalBlembikClembutDkenyal

14.Soalan 14 berdasarkan gambar dibawah.

Cikgu Saiful sedang menjalankan___________________tentang daya ketahanan katak.Aulang kajiBsoal selidikCsoal siasatDuji kaji

15.Ketika perkhemahan, Izzah dan Iffah ditugaskan untuk _______________ ubi kayu dan _______________ air kopi.Amenanak.menjerangBmerebusmembancuhCmengukus.memanasDmemasakmengacau

16.Pulau Langkawi yang terkenal dengan legenda Mahsuri dikelilingi_______________ pulau yang kecil.AkumpulanBrumpunanChimpunanDgugusan

17. Peraturan jalan raya mesti ______________________ oleh semua pemandu supaya kemalangan dapat _______________________AdipatuhidielakkanBdiikuti.dikurangkanCdituruti..dihapuskanDdiamalkan..dijauhkan

18.Uwais telah menginsafi kesilapan yang telah dilakukan selama ini dan kini dia mula kembali melakukan kerja-kerja amal. Bak kata pepatah,____________________.Aseperti belut pulang kelubukBsesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalanCberat mata memandang, berat lagi bahu memikulDsesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

19.Sejak kejadian itu, Aidil telah berubah menjadi orang baik dan__________________Abesar hatiBambil hatiCberat hatiDlembut hati

20.Setiap pengguna harus menyemaikan sikap menyayangi harta benda awam.Pilih perkataan seerti bagi menyemaikan.AmelakukanBmenanamkanCmenunjukkanDmempamerkan

21.Rambutnya yang ikal itu melepasi bahunya.Perkataan berlawan bagi ikal ialahAlurusBkejurCmayangDkerinting

Soalan 22-23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.22. ICuaca pada tengah hari esok diramalkan cerah.IIZizan mempunyai peluang cerah untuk memenangi pertandingan Raja Lawak.IIIPerasaan nenek cerah apabila diberitahu cucunya akan pulang dari luar negara.IVWanita berkulit cerah itu seorang pramugari.

AI dan III sahajaBII dan IV sahajaCI,II dan III sahajaDI,II, dan IV sahaja

23.I Peniaga itu turut menjual durian-durian daripada gred yang berharga.IIBanyak pengalaman berharga yang kami dapat sewaktu lawatan tersebut.IIIBaju dan seluar yang dibeli oleh ayah semalam berharga RM50.IVBarang-barang berharga turut ditemui di rumah penjenayah itu.AII dan IVBIII dan IVCI, II dan IIIDII, III dan IV24.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Berapa lamakah usaha mencari mangsa tanah runtuh itu dijalankan?APasukan penyelamat berusaha mencari mangsa tanah runtuh.BUsaha mencari mangsa tanah runtuh itu tergendala kerana hujan lebat.CGerakan mencari mangsa tanah runtuh itu telah dijalankan selama dua hari.DSejak dua hari lepas, pasukan penyelamat telah berusaha mencari mangsa tanah runtuh itu.

25.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Sukar untuk saya jelaskan kerana kebanyakan barang-barang yang dijual tidak diletakkan tanda harga.ABagaimanakah dengan jenis barang-barang yang dijual di sini?BBagaimanakah dengan harga barang-barang yang dijual di sini?CBagaimanakah dengan jumlah barang-barang yang dijual di sini?DBagaimanakah dengan kualiti barang-barang yang dijual di sini?

Soalan 26 hingga 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.26.Mereka perlu mengikuti program jati diri sebelum diterima bertugas di tempat itu.APetugas diwajibkan menyertai program motivasi.BSebelum bertugas semuanya mengikuti program jati diri.CKalian mesti diterima bertugas setelah menyertai program jati diri.DProgram jati diri diwajibkan kepada mereka sebelum diterima bertugas di situ.

27.Setelah biji-biji kopi dikumpul, mereka akan memproses biji kopi tersebut sehingga menjadi serbuk kopi.ASewaktu mereka memproses biji-biji kopi, serbuk kopi akan dikumpul terlebih dahulu.BSetelah mereka memproses biji kopi menjadi serbuk, seterusnya biji-biji kopi akan dikumpulkan semula.CSebelum mereka melakukan proses membuat serbuk kopi, semua biji kopi akan dikumpul terlebih dahulu.DMereka memproses biji kopi menjadi serbuk kopi, sebelum itu beberapa buah kopi akan dikumpul terlebih dahulu.

Soalan 28 hingga 30Pilih ayat yang betul.28. AJalan menuju ke Tangga Batu terpaksa ditutup akibat tanah runtuh.BPertandingan badminton menamatkan kerana bekalan elektrik terputus.CSemua penduduk-penduduk di situ bergotong-royong membersih kawasan.DAfiqah memarahi oleh gurunya kerana dia datang lewat ke sekolah.

29.AAmalan saling ziarah-menziarahi jiran patutlah dikekalkan.BKami belum pernah lagi pergi di tempat bersejarah di Melaka.CSalmah bukan pasti siapa yang mengambil buku di atas mejanya.DLatihan yang diberi oleh guru semalam perlulah dihantar pada hari ini.

30.IPerabot dari kayu jati mendapat sambutan pembeli.IISebahagian wang kutipan akan didermakan kepada mangsa bencana alam.IIIHazman berhenti makan bila saya sampai di rumahnya.IVPulau Redang adalah antara pulau peranginan yang terkenal di Malaysia.AI dan IIBII dan IIIC II dan IVDIII dan IV

Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Novel Meredah Badai mengisahkan kehidupan Ikram yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup walaupun baru berusia 15 tahun. Ibunya, Cempaka menghidap penyakit gila. Ayahnya, Pak Sabor dan saudara-maranya yang lain bersepakat untuk menghantar Cempaka ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mendapat rawatan sakit jiwa. Semasa ketiadaan ibunya, ibu saudara Ikram , iaitu Mak Kiah yang menguruskan makan minum Ikram dan ayahnya.Cempaka keluar dari hospital walaupun penyakitnya belum sembuh. Cempaka merayau-rayau di kampung dan akhirnya dijumpai mati tersepit di celah batang pokok kelapa. Setelah kematian Cempaka, penyakit lemah jantung, lelah dan batuk-batuk Pak Sabor semakin serius.Ikram sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama Zaharah, sepupunya dan Ah Seong. Hal yang demikian telah banyak menimbulkan fitnah dalam kalangan penduduk kampung. Oleh itu, Mak Kiah melarang anaknya, Zainab ke rumah Ikram. Sungguhpun begitu, Ikram terus berusaha dengan rakan-rakannya. Akhirnya, dia berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Ikram berjaya menyambung pelajarannya di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, dalam tingkatan empat. Zainab telah menghadiahkan sebuah kotak muzik kepadanya. Ikram pula berjanji akan memainkan kotak muzik itu apabila teringat akan kampung halamannya. Semasa berada di sekolah baharu, Ikram tidak dapat melupakan kampung, rakan-rakan, Zainab dan kesihatan ayahnya. Sebulan kemudian, ayahnya pula meninggal dunia. Walaupun menjadi anak yatim piatu, Ikram tidak pernah berputus asa. Ikram bercita-cita hendak menjadi seorang doktor supaya dapat membela orang yang senasib dengan ibu dan ayahnya.31.Penyataan berikut ialah kesukaran yang dihadapi oleh Ikram kecualiAdia telah difitnah bersama-sama Zaharah dan Ah Seong oleh orang kampung.Bibunya menghidapi penyakit gila dan bapanya menghidap pelbagai penyakit.Cdia dipaksa meninggalkan kampung halaman setelah kematian bapanya.Dketika berusia 16 tahun dia telah kehilangan ibu dan bapanya.

32.Apakah pengorbanan yang dilakukan oleh Mak Kiah terhadap keluarga Ikram?AMenyediakan keperluan makanan dan minuman untuk keluarga Ikram.BMemberikan dorongan kepada Ikram untuk belajar bersungguh-sungguh.CMenguruskan rawatan Cempaka ke Hospital Tanjung Rambutan.DMenjaga dan merawat bapa Ikram yang sakit.

33.Punca utama yang membawa kejayaan Ikram dalam PMR ialahAdorongan dan cabaran daripada Mak Kiah.Bkesungguhan dan ketabahannya menelaah pelajaran.Ckeikhlasan Zainab menghadiahkan kotak muzik kepadanya.Dsabar setelah difitnah dan dilarang belajar bersama-sama Zainab.

34.Rangkai kata menempuh pelbagai dugaan dalam petikan bermaksudAsengaja menghadapi bahayaBmelalui kehidupan yang daifCmenghadapi kesulitan yang besarDmengalami bermacam-macam rintangan

35.Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.APak Sabor dan penduduk kampung bersetuju untuk menghantar isterinya ke hospital.BIkram menjadi yatim piatu setelah melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat.CApabila teringat akan Zainab, Ikram akan memainkan kotak muzik.DSebulan selepas kematian isterinya, Pak Sabor pula meninggal dunia.

Soalan 36 hingga 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.No. 2 Jalan Pantai Kundor,76400 Tanjung Kling,Melaka.17 Jun 2014Menemui kakandaku, Maisarah yang kini berada di Tokyo. Semoga kakanda dalam keadaan sihat sejahtera. kami sekeluarga di sini sihat-sihat sahaja.Kakanda,Keluarga di kampung amat gembira apabila mendapat berita bahawa kakanda akan pulang ke kampung pada awal bulan hadapan. Ayahanda, bonda, dan keluarga tidak sabar-sabar menanti kepulangan kakanda.Sudah lama kita tidak bersua. Selama empat tahun kakanda meneruskan perjuangan menuntut ilmu, selama itulah kita tidak bertemu. Rindu sentiasa bertandang di hati. Bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga tetapi kawan-kawan sekampung pun sering bertanya tentang kepulangan kakanda ke sini.Kakanda,Sebenarnya, kami cukup bangga dengan kejayaan kakanda, yang merupakan satu-satunya puteri terulung dari kampung ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tambahan pula, kakanda telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang kejuruteraan.Kakanda memang insan yang tabah dan berjiwa besar. Walaupun keluarga kita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun kakanda tidak pernah patah semangat untuk belajar. Ayahanda dan bonda sentiasa mengharapkan kami agar mengikut jejak kakanda. Kakanda merupakan idola kami tiga beradik.Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada kami di sini. Selamat kembali ke tanah air.Sekian, terima kasih.Adindamu,Aiman Daniel36.Penulis menerima khabar gembira bahawa kakandanyaAakan menjadi kebanggaan keluarga.Bberjaya menamatkan pengajian.Cberjaya meneruskan pengajian.Dakan pulang ke tanah air.

37.Maisarah meneruskan pengajiannya di negara_____________AKoreaBJepunCAustraliaDIndonesia

38.Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.APenulis berasal daripada keluarga yang berada.BPenulis seorang anak yang tabah dan berjiwa besar.CKakanda merupakan anak sulung dalam keluarganya.DKakanda melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

39.Perkataan idola dalam petikan bermaksudArakan baik.Bteman seperjuangan.Cinsan yang berbudi pekerti.Dorang yang sangat dikagumi.

40.Kakanda menjadi kebanggaan keluarga keranaAmenjadi idola penduduk kampung.B mempunyai banyak kawan di kampung.Cmenetap di Tokyo selama empat tahun.Dgadis kampung pertama belajar di luar negara.

KERTAS SOALAN TAMAT

Analisis Kertas Pemahaman Percubaan UPSR CO13 2014BILTAJUKJUMLAH SOALAN

1.Kata nama1

2.Kata ganti diri1

3.Kata kerja2

4.Kata adjektif4

5.Kata perintah

6.Kata arah

7.Kata penguat

8.Kata bilangan

9.Kata sendi

10.Kata hubung1

11.Kata bantu

12.Pengimbuhan2

13.Penjodoh bilangan2

14.Simpulan bahasa/peribahasa1

15.Kata ganda1

16.Kata majmuk2

17.Perkataan berlawan1

18.Perkataan seerti1

19.Penanda wacana1

20.Penggunaan kata yang tepat1

21.Ayat yang sama maksud2

22.Ayat jawapan1

23.Ayat tanya1

24.Ayat yang betul3

25.Kata banyak makna2

Jumlah30 soalan

Analisis Kertas Pemahaman (Petikan)

Bentuk Petikan

CeritaSurat tidak rasmi

Soalan 31hingga 35Soalan 36 hingga 40

Skema Jawapan Kertas Pemahaman . Kertas 1

BILJAWAPANBILJAWAPANBILJAWAPANBILJAWAPAN

1A11B21A31C

2B12B22D32A

3C13D23D33B

4C14D24C34D

5B15B25B35B

6C16D26D36D

7C17A27C37B

8B18B28A38C

9A19D29D39D

10B20B30C40D

Nama : Kelas:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSRCO13BAHASA MALAYSIA KERTAS 1PEMAHAMAN

BAHASA MALAYSIAPemahamanKertas 1/011Julai 201450 minit______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak