Bm2011

11

Click here to load reader

Transcript of Bm2011

Page 1: Bm2011

Daripada: Siti Aminah Ramlan

SK BANDAR RENGAM

12 September 2011

Page 2: Bm2011

Bahagian ABahagian A--Memindahkan ideaMemindahkan ideaTulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

Page 3: Bm2011

Idea utamaIdea utama

1. Masak ketupat2. Bermaaf-maafan3. Bermain bunga api/mercun3. Bermain bunga api/mercun4. Berkunjung-kunjungan/beraneka

juadah dihidang5. Melayani tetamu

Page 4: Bm2011

Cadangan ayatCadangan ayat--cemerlangcemerlang

1. Persiapan menyambut hari raya dibuat dengan memasak ketupat sebagai hidangan utama.

2. Kanak-kanak gembira bermain bunga api dan mercun di halaman rumah.

3. Anak-anak memohon maaf daripada ibu bapa 3. Anak-anak memohon maaf daripada ibu bapa pada pagi hari raya.

4. Beraneka juadah dihidang untuk para tetamu sempena hari raya.

5. Berkunjung-kunjungan ke rumah jiran dan sanak saudara dilakukan pada hari raya.

6. Melayan tetamu dengan mesra dilakukan oleh tuan rumah yang dikunjungi.

Page 5: Bm2011

Cadangan ayat lulusCadangan ayat lulus

1. Ani masak ketupat untuk hidangan pada hari raya.

2. Ani dan Amat memohon maaf daripada ibu dan bapanya.ibu dan bapanya.

3. Amat dan Abu gembira bermain bunga api.

4. Pak Mail sibuk tetapi mesra melayan tetamunya.

5. Banyak juadah dihidangkan untuk para tetamu.

Page 6: Bm2011

Bahagian BBahagian B-- Menulis karanganMenulis karangan

Tajuk: Ceritakan suasana sambutanperayaan yang anda alami.

Rangka karangan:Pengenalan- Nyatakan nama perayaan/bila disambut/siapa yang sambut/Tujuan disambut.

Andainya perayaan keluar dalam bahagian B

sambut/Tujuan disambut.Isi-isi:1. Mandi sunat hari raya/pergi solat sunat hari

raya/dimana/dengan siapa/naik apa?2. Berkumpul/mohon maaf daripada ibu bapa dan ahli keluarga3. Menikmati hidangan raya-makan

ketupat/rendang/lemang/lodeh/kuih-muih dll.4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan jiranPenutup: Perasaan-gembira

Harapan- dapat menyambut lagi pada masa hadapan

Page 7: Bm2011

Cadangan karanganCadangan karangan--cemerlangcemerlangPada 1 Syawal yang lalu umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya

AidilFitri. Saya dan keluarga menyambutnya dengan meriah. Hari raya ini disambut oleh umat Islam kerana merupakan hari kemenangan umat Islam berjuang dengan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Tepat pukul 6.30 pagi, saya bangun daripada tidur lalu mandi sunat hari Raya.Saya bersiap-siap dengan pakaian baju baru.Kali ini baju kurung saya berwarna biru. Sepanjang bersiap, hati saya sungguh girang sekali. Selepas Itu, saya mengikut ayah dan ibu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil fitri. Saya melihat ramai orang berduyun-duyun ke masjid untuk bersolat.Kedengaran suara takbir hari raya berkumandang di corong pembesar suara.

Setibanya di rumah, kami berkumpul di ruang tamu untuk sesi bermaaf-maafan dengan ibu dan ayah. Suasana pada pagi itu sungguh syahdu dengan maafan dengan ibu dan ayah. Suasana pada pagi itu sungguh syahdu dengan tangisan keinsafan salah dan silap. Masing-masing berpeluk-pelukan sebagai tanda kasih sayang.

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Kami menikmati hidangan yang disediakan oleh ibu. Menu yang terhidang di atas meja sungguh menyelerakan seperti rendang daging, lodeh, ketupat dan sambal kacang. Ada juga masakan yang diberi oleh jiran-jiran saya seperti sate dan ketupat palas.Saya makan dengan tertib bimbang tercekik.Itulah yang selalu dipesan oleh ibu.

Hari raya kali ini, benar-benar menyeronokan saya. Saya gembira kerana berpeluang berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan kawan-kawan sekolah. Saya juga mendapat duit raya agak banyak dan berhasrat menyimpannya ke dalam bank. Saya berharap dapat menyambut hari raya lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah.

Page 8: Bm2011

Cadangan karanganCadangan karangan--luluslulusPada 1 Syawal umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Saya dan

keluarga menyambutnya dengan meriah. Hari raya ini disambut selepas umat Islam berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan.

Padapukul 6.30 pagi, saya bangun daripada tidur lalu mandi.Saya bersiap-siap dengan baju baru. Selepas Itu, saya mengikut ayah dan ibu ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Kami pergi naik kereta. Saya turut melihat ramai orang ke masjid.

selepas itu,kami berkumpul bermaaf-maafan dengan ibu dan ayah. Suasana pada pagi itu sangat sayu.Ibu dan ayah memeluk kami adik beradik-beradik.beradik.

Kemudian,kami menikmati hidangan. Ibu masak banyak lauk seperti rendang daging, lodeh, ketupat dan sambal kacang. Saya makan dengan berselera.

Saya gembira dapat menyambut hari raya.Saya juga pergi beraya kerumah saudara, jiran dan kawan-kawan . Saya mendapat banyak duit raya. Saya akan menyimpannya ke dalam bank. Saya berharap dapat menyambut hari raya lagi pada tahun hadapan.

Page 9: Bm2011

Bahagian CBahagian C--UlasanUlasanKata bantuPenanda wacana:-aku suka durian jangan ambil (ASDJA)Antaranya, selain itu, di samping itu, justeru itu dan akhirnya….-mak pergi pasar wang hilang (MPPWH)mesti, patut,perlu,wajar,hendaklah

Huraian ulasan:

Antaranya, kita mesti………………….dengan/agar/supaya/kerana (pilih satu je kata Antaranya, kita mesti………………….dengan/agar/supaya/kerana (pilih satu je kata bantu yang sesuai dengan keterangan nilai) ..........................Selain itu perlu…………………dengan/agar/untuk/supaya…………………………Di samping itu, kita patut…………………..agar/dengan/supaya/untuk………………………………..Justeru itu,Kita wajar…………………………….agar/dengan/supaya/untuk………….………..Akhirnya, kita hendaklah……………………………..agar/dengan/supaya/untuk………………………………………….

Isikan ruang kosong dengan nilai/pengajaran yang diperoleh daripada teks yang dibaca.

**anda mesti baca dulu teks dan fahami. Kemudian cari nilai tersurat@tersirat. Nilai tersurat @ tersirat boleh terus garis .Anda perlu jelmakan nilai yang tepat..Gunakan kata bantu diatas masukan nilai yang diperoleh dan beri huraian mengikut teks..***jangan sekali membuat huraian umum!

Page 10: Bm2011

Panduan menentukan nilaiPanduan menentukan nilai1. Berdisiplin-mematuhi peraturan sekolah/jalan raya2. Patuh/taat-kepada ibu bapa/guru3. Hormat-orang tua/ibu bapa/guru/rakan-rakan4. Bertanggungjawab-melaksanakan tugas5. Tolong-menolong-membantu orang lain6. Rasional-boleh bertindak betul7. Berdikari-tidak mengharap bantuan orang8. Menghargai -ucap terima kasih/beri hadiah9. Patriotik-semangat cinta negara9. Patriotik-semangat cinta negara10. Sopan santun-bercakap dengan lembut/tingkahlaku11. Menghargai masa-baca buku/buat perkara berfaedah12. Rajin-buat sesuatu/ringan tulang/belajar13. Gigih-usaha dengan tekun14. Berusaha-tidak jemu buat sesuatu15. Baik hati-murah hati/bersedekah16. Peka-sensitif dengan hal orang lain17. Prihatin-melibatkan perasaan kasihan akan

Page 11: Bm2011

SEKIAN…..SEKIAN…..

SEMOGA ANDA BERJAYA…..IKHLAS DARIPADA, SAYACikgu Siti Aminah RamlanCikgu Siti Aminah RamlanSila kunjungi website saya –Khas untuk BM UPSR sekolah rendah http://www.sitiami.com/ckg1.html