BMK(langkah-langkah)

5
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Dalam hal ini,tanggungjawab sesebuah kementerian ,jabatan atau agensi adalah sangat penting . Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah memperuntukkan undang-undang yang secara umumnya menghendaki penggunaan bahasa Melayu di semua sektor khususnya yang melibatkan pencemaran bahasa seperti iklan di tempat awam. Oleh itu pihak yang mempunyai bidang kuasa ini sepatutnya lebih prihatin kerana tanpa kelulusan pihak berkuasa,papan tanda atau iklan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Jika terdapat kesalahan bahasa pihak yang mempunyai bidang kuasa sepatutnya tidak boleh meluluskan. Kawalan terhadap papan iklan yang didaftarkan ini boleh mengatasi kesalahan- kesalahan pada penggunaan bahasa Melayu.Penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi juga dapat diwujudkan dengan adanya syarat-syarat dan peraturan yang seragam.

description

fb

Transcript of BMK(langkah-langkah)

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Dalam hal ini,tanggungjawab sesebuah kementerian ,jabatan atau agensi adalah sangat penting . Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah memperuntukkan undang-undang yang secara umumnya menghendaki penggunaan bahasa Melayu di semua sektor khususnya yang melibatkan pencemaran bahasa seperti iklan di tempat awam. Oleh itu pihak yang mempunyai bidang kuasa ini sepatutnya lebih prihatin kerana tanpa kelulusan pihak berkuasa,papan tanda atau iklan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Jika terdapat kesalahan bahasa pihak yang mempunyai bidang kuasa sepatutnya tidak boleh meluluskan. Kawalan terhadap papan iklan yang didaftarkan ini boleh mengatasi kesalahan-kesalahan pada penggunaan bahasa Melayu.Penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi juga dapat diwujudkan dengan adanya syarat-syarat dan peraturan yang seragam. Syarat-syarat dan aturan yang seragam ini tentunya boleh mengatasi masalah kesalahan bahasa dan ini menunjukkan kepentingan bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, kementerian perlu memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing. Mereka perlu menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Mereka juga perlu mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja. Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama ada menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.

Masalah pencemaran bahasa juga perlu ditangani di peringkat sekolah lagi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul. Menyedari kesalahan-kesalahan bahasa ini masih berleluasa setiap orang perlu ada kesedaran untuk memperbaiki penggunaan bahasa dalam kehidupan harian mereka. Kita tidak perlu berbangga dengan bahasa orang lain sekiranya bahasa kebangsaan yang kita gunakan masih lagi lintang-pukang. Pihak yang paling penting dalam usaha-usaha menaikkan taraf bahasa Melayu sudah tentu merupakan pemangkin dalam usaha merealisasikan kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk semua bidang ilmu dan juga wahana komunikasi. Pada masa kini Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang terpenting dan bergiat cergas dalam hal-hal berkaitan bahasa. Selain itu ada Persatuan Linguistik Malaysia, aktivis-aktivis bahasa, ahli akademik dan juga para guru bahasa Melayu khasnya boleh memainkan peranan penting dalam usaha menangani permasalahan bahasa umumnya dan kesalahan penggunaan bahasa khususnya. Kesemua pihak ini boleh memainkan peranan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan usaha meninggikan mutu bahasa Melayu.

Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.