bmm-10 soalan analisis.docx

16
1. “Sultan Mahmud sedang bersantap . _____________ tidak dibenarkan menganggu _______________ pada waktu ini,” kata pengawal istana kepada Laksamana Bentan. A. Patik .....tuanku B. Patik ..... baginda C. Tuan hamba ..... baginda D. Tuan hamba ..... tuanku 1. Objektif Hasil Pembelajaran : - 1.4 2. Subtajuk Soalan: - 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 3. Aras Taksonomi Bloom : - Analisis Soalan 1

Transcript of bmm-10 soalan analisis.docx

Soalan 1

1. Sultan Mahmud sedang bersantap . _____________ tidak dibenarkan menganggu _______________ pada waktu ini, kata pengawal istana kepada Laksamana Bentan.

A. Patik .....tuankuB. Patik ..... bagindaC. Tuan hamba ..... bagindaD. Tuan hamba ..... tuanku

1. Objektif Hasil Pembelajaran : 1.4

2. Subtajuk Soalan: 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

3. Aras Taksonomi Bloom : Analisis

4. Ulasan : Sesuai boleh digunakan

Soalan 2

Soalan 2 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

2. Nenek Zaleha sedang menjahit baju. _______________ melakukannya dengan teliti.

A Beliau B. Dia C. Mereka D. Kalian

1 Objektif Hasil Pembelajaran : 1.4

2 Subtajuk Soalan: 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila.

3 Aras Taksonomi Bloom : Pengetahuan

4 Ulasan : Sesuai digunakan

Soalan 3

Soalan 3 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

3. Pak Cik Zamri sedang _____________________ ikan di tepi sungai.

A. memukatB. menjalaC. menebarD. menunda

1 Objektif Hasil Pembelajaran : 1.4

2 Subtajuk Soalan: 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila.

3 Aras Taksonomi Bloom : Pengetahuan

4 Ulasan : Sesuai boleh digunakan

Soalan 4

4. Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanak- kanak berusia tujuh tahun.

A. pada B. kepada C. untuk D. oleh

1 Objektif Hasil Pembelajaran : 5.1

2 Subtajuk Soalan: 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen mengikut konteks dengan betul. 3 Aras Taksonomi Bloom : aplikasi

4 Ulasan : Agak sukar untuk aras murid yang lemah n sederhana..kurang sesuai soalan ini.

Soalan 5

5. Air Sungai Pahang menjadi __________________ selepas hujan lebat pada petang semalam.

A. dalam B. keruh C. jernih D. cetek

1 Objektif Hasil Pembelajaran :-5.1

2 Subtajuk Soalan: 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : Kefahaman

4 Ulasan : Sederhana..bagus boleh digunakan

Soalan 6

Gambar 3

6. Pak Cik Samad sedang ___________________ buah kelapa yang diminta oleh pelanggannya.

A. memotong B. merepang C. mengukur D. menarah1 Objektif Hasil Pembelajaran : 5.1

2 Subtajuk Soalan: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : Kefahaman

4 Ulasan : Susah untuk difahami murid kerana penjodoh bilngan yang sukar.

Soalan 7

7. _____________________ penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan perumahan yang baru dibina.

A. Setiap B. Segala C. Semua D. Setengah

1 Objektif Hasil Pembelajaran : 5.3

2 Subtajuk Soalan: 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri tanya mengikut konteks dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : Pengetahuan

4 Ulasan : Boleh digunakan

Soalan 8

8. Pertandingan lumba basikal itu ____________ bermula pada pukul 8.00 pagi nanti.

A. mesti sedang B. mesti akan C masih belum D. masih akan

1 Objektif Hasil Pembelajaran :-5.1

2 Subtajuk Soalan: 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : Aplikasi

4 Ulasan :-sedehana susah..tetapi masih boleh digunakan

Soalan 9

9. Puan Siti membuka pintu __ mempelawa tetamunya masuk ke dalam rumah. A. dan B. lalu C. sambil D. maka

1 Objektif Hasil Pembelajaran :-5.1

2 Subtajuk Soalan: 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : kefahaman

4 Ulasan : Boleh digunakan

Soalan 10

10. Keterangan saksi kes rompakan itu _________________ dan mengelirukan hakim.

A. bersusun-susunB. berpintal-pintalC. berbelit-belitD. berbalam-balam

1 Objektif Hasil Pembelajaran : 5.2

2 Subtajuk Soalan: 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai situasi dengan betul.

3 Aras Taksonomi Bloom : Analisis

4 Ulasan : Agar sukar untukmurid menjawab dengan tepat..perlu diubah