bmm 3103.docx

download bmm 3103.docx

If you can't read please download the document

Transcript of bmm 3103.docx

1.0 PENGENALAN Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru

bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Memetik pendapat Mokhtar Ismail (1995), beliau menyatakan bahawa ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. pengujian amat penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan murid-murid dalam kumpulan tertentu yang sesuai serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Melalui tugasan ini, saya akan menghuraikan empat jenis penilaian bahasa yang dilaksanakan disekolah rendah. Seterusnya, berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tahap dua, saya akan menerang dan menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menilai kemahiran bahasa berdasarkan tajuk-tajuk yang tertentu. Akhir sekali, berdasarkan JSU yang telah dibina, saya turut memberi penjelasan mengenai jenis-jenis ujian yang berbentuk objektif dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan. Ringkasnya, jenis-jenis penilaian yang akan difokuskan dalam tugasan ini ialah mengenai jenis-jenis penilaian seperti ujian Formatif, ujian Sumatif, ujian Pencapaian dan juga ujian Kefasihan. Sehubungan dengan itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan dalam bab yang seterusnya telah mengaplikasikan teori taksonomi Bloom iaitu satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidangbidang pendidikan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi yang terdiri dari enam elemen bermula dari pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintaksis dan juga penilaian. Berdasarkan JSU tersebut, saya telah membina soalan-soalan objektif berlandaskan tajuk-tajuk di dalam Tahun 5.

1

2.0 JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Melalui konteks pendidikan di sekolah, dalam membuat penilaian, seseorang guru sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Namun begitu, dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, guru akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Antaranya ialah dari seorang tokoh pendidikan iaitu Popham dan Gay. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) telah menyatakan bahawa penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Penilaian adalah aspek yang penting selain konsep pentaksiran dan pengujian. Penilaian merupakan proses mengenalpasti, memperoleh dan

menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Melalui penilaian, status dapat dikenal pasti sama ada status semasa dan seterusnya malah, penambahbaikan dapat dirancang menerusi2

program-program berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru dapat mengajar murid dan murid dapat memmuridi ilmu yang disampaikan oleh guru. Kebiasaannya, guru akan merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada dalam bentuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Proses pembinaan soalan perlu dirancang dengan meneliti aspek-aspek penting sama ada soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif pengajaran yang terkandung dalam sukatan muridan. Pada masa yang sama, penilaian yang dilaksanakan bukan hanya bertujuan untuk membuat penilaian yang adil, tetapi ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti pretasi murid dalam penguasaanya terhadap subjek atau kursus yang diajar. Bahkan, melalui penilaian juga, guru dapat mengenal pasti kelemahan terhadap pengajaran yang diaplikasikan kepada murid. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis penilaian bahasa yang

dilaksanakan di sekolah. Antara jenis-jenis penilaian tersebut ialah penilaian Formatif, penilaian Sumatif, ujian Kefasihan, ujian Kemajuan, ujian Bakat dan juga ujian Pencapaian.

2.1 Penilaian Formatif Ujian Formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Biasanya ia digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya dapat terus membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Oleh itu, ujian jenis ini kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dengan menggunakan kaedah secara individu. Bagi membolehkan tujuan ujian ini tercapai, terdapat beberapa cara yang digunakan.3

Namun begitu, cara ujian ini dijalankan adalah secara tidak formal melalui tindakan guru dalam bilik darjah seperti pemerhatian, ujian ringkas, kuiz, bersoal jawab secara lisan serta memeriksa hasil kerja murid dalam kelas atau kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan murid. Seterusnya, keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya seperti menempatkan murid dalam kumpulan-kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti penggayan dan pemulihan untuk mereka. Seterusnya, di samping dapat mengesan penguasaan dan kemajuan muridmurid di dalam kelas dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka, ujian formatif ini juga turut digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Selain itu, melalui hasil dapatan keputusan dari ujian Formatif juga, guru akan mendapat maklum balas segera sekiranya beliau perlu memperbaiki lagi pengajaran yang disampaikan dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada murid. Oleh itu, ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu agar berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.

2.2 Penilaian Sumatif Ujian Sumatif merupakan aktiviti pengujian dan pengukuran atas pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran. Ia meliputi tempoh masa sama ada dalam satu penggal, setengah tahun atau genap satu tahun. Namun, biasanya ia dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Keputusan ujian ini akan digunakan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penggayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan murid dalam kumpulan yang sesuai. Berbeza dengan ujian Formatif, cara ujian yang digunakan dalam penilaian Sumatif adalah dalam bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan juga senarai semak.

4

Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk menilai pencapaian seseorang murid dengan memberi markah atau gred kepada mereka supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya. Oleh itu, ujian ini biasanya dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan. Selain itu, penggredan ini turut digunakan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Menerusi sistem pendidikan kita sekarang, penggunaan Ujian sumatif dapat dilihat dalam menentukan taraf persijilan bagi peperiksaan awam di sekolah rendah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Sekiranya dibuat perbandingan dengan Penilaian Formatif, penilaian Sumatif mempunyai banyak perbezaan terutamanya dari segi pengertian itu sendiri, tujuan ujian, aktiviti yangg dilaksanakan dalam ujian, masa yang diambil, bentuk ujian, sasaran, liputan ujian, kewujudan rekod serta tindakan yang diambil hasil dari dapatan penilaian. Saya telah merumuskan perbandingan di antara Penilaian Formatif dan penilaian Sumatif di dalam jadual 1 dibawah:

Ciri-Ciri Pengertian

Ujian Formatif Sesuatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas

Ujian Sumatif Sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.

Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahannya dengan serta merta

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa waktu pelajaran secara individu, secara kumpulan atau secara kelas

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan

5

Masa

Semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran

Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran Formal iaitu ujian kertas-pensel atau ujian lisan dalam jangkaan masa yang sesuai Secara kelas atau secara tingkat

Bentuk

Tak formal (pemerhatian dan soaljawab) atau formal (ujian kertas-pensel dalam masa singkat)

Sasaran

Secara individu, secara kumpuan atau secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal).

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan. Penggunaan rekod profil atau pensijilan

Rekod

Tiada (bagi ujian tak formal) dan penggunaan senarai semak/rekod prestasi (bagi ujian formal).

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan serta merta atau menjalankan aktiviti pemulihan/penggayaan dalam kelas

Menempatkan murid dalam kumpulan kelas yang sesuai Merancang dan mengubahsuai pelajaran/ kurikulum Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Rajah 1: Perbezaan Antara Ujian Formatif Dan Ujian Sumatif

2.3 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Secara kasarnya, ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Hal ini kerana, ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Dalam sistem pendidikan di negara kita, kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh murid. Sehubungan dengan itu, ujian pencapaian6

merupakan peperiksaan penting sebagai asas untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan murid. Pembentukan ujian seumpama ini adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahanbahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu. Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran. Oleh yang demikian, butir-butir yang sesuai akan dikekalkan dan butiran yang lain-lain pula sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki. Berasaskan analisis tersebut. Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga turut digunakan sebagai ujian kemajuan sekiranya tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.

2.4 Ujian Kefasihan Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka. Ujian kefasihan dinilai dari segi pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang, kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca serta intonasi dan nada yang betul. Selain itu, melalui ujian kefasihan, murid perlu dinilai dari segi pemilihan ungkapan yang betul serta mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas. Tidak dilupakan, posisi tubuh yang betul ketika menyampaikan sesuatu pengucapan oleh murid perlu dititik beratkan. Seterusnya, kedudukan buku yang betul akan membantu pembaca yang fasih semasa membaca. Pergerakan mata murid sewaktu membaca juga perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan. Oleh itu, penilaian dapat dilakukan. Pembaca yang fasih turut boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil. Adapun perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca. Oleh itu, bagi menilai murid dengan menggunakan ujian7

kefasihan ini, guru-guru perlu megambil kira semua aspek yang telah dibincangkan di atas. Tuntasnya, ujian kefasihan adalah amat penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa dan kefasihan juga turut akan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi kriteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

2.5 Ujian Bakat Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya serta mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan. Ujian bakat selalunya melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Berdasarkan ujian ini, terdapat dua kategori yang dapat dikenal pasti. Kategori ujian bakat yang pertama ialah berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal. Sebagai contohnya ialah Seashore Measures of Musical Talents yang digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang. Kategori yang kedua pula ialah berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa). Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.8

2.6 Ujian Kemajuan Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu. Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah. Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu. Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program

pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji. Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti SRP untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri. Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar muridmuridnya. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

9

3.0

JADUALSPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah satu elemen penting dalam pembelajaran. Kaedah ini boleh memastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dimuridi. Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item.

3.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji dalam sesuatu pembinaan item. Selain itu, JSU menghuraikan domain pencapaian yang hendak diukur dan memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna.

10

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciriciri yang terdapat pada JSU ialah merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan pemberatan taburan aras kesukara mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Jadual spesifikasi ujian (JSU) ialah satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran. JSU juga dikenali juga sebagai Test Blue Print atau Test Specification. Kandungan dalam JSU merupakan topik dalam sukatan muridan manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. Ia dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian. Selain itu, ia membantu penggubal membina item soalan.

3.2 Tujuan Pembinaan JSU Terdapat beberapa tujuan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) dibina. Antaranya ialah supaya ujian tidak dibina secara sembarangan. Ujian dapat dilakukan mengikut objektif pembelajaran serta selaras dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini turut menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Selain itu, JSU merupakan satu panduan dan penentu kepada penggubal soalan dalam menentukan bilangan item dan jenis item. Taraf dan aras kesukaran ujian dapat distabilkan dari setahun ke setahun. Selain itu, penentuan bidang dan pemberat yang akan diberi di dalam satu ujian dapat dilakukan. Pemberatan dalam sesuatu ujian ditentukan melalui pengiraan berdasarkan kemahiran dan waktu mengajar. Bukan itu sahaja, malahan JSU membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal soalan yang lain. Hal ini kerana pemberatan serta jenis dan bilangan item telah dikira secara tepat untuk keseluruhan ujian. Seterusnya, pembinaan JSU membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.11

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan muridan yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif muridan bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru juga yakin bahawa pengukuran pembelajaran murid dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut diajar. Jadual spesifikasi ujian bertujuan adalah untuk menghasilkan soalan yang berkualiti. Ini kerana JSU untuk membantu tidak membentuk soalan secara spontan. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada membentuk soalan yang tidak tahu aras. Tujuan JSU juga adalah supaya soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan

3.3 Kepentingan JSU JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian serta dapat mengelak daripada membina ujian sembarangan. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain seterusnya menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Di dalam JSU ini kita dapat melihat aras-aras yang digunakan. Maka dengan adanya aras tersebut, murid-murid dapat dinilai kefahaman mereka berdasarkan soalan yang dibuat. Selain itu, JSU juga adalah amat berkepentingan untuk menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Selain itu, kertas ujian dapat digubal secara sistematik dengan adanya JSU. Oleh itu kertas ujian yang digubal lebih berkualiti dan mempunyai sukatan serta mengikut tahap kesesuaian murid tersebut. Jadual ini memberi panduan kepada penggubal untuk

12

membentuk format ujian. Jadual spesifikasi ujian juga memberi panduan untuk membentuk soalan. Oleh itu, penggubal soalan perlu merujuk kepada jadual tersebut

memandangkan JSU dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Selain itu, ia juga mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik serta membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian lain yang meliputi keseluruhan sukatan murid.

3.4 Langkah-langkah pembinaan JSU. Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah 2 : langkah pembinaan JSU Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik

kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga13

diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut. Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan. Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid. Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

14

3.5 Taksonomi Bloom Melalui pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Taksonomi Bloom telah digunapakai dalam menentukan arasaras soalan yang ingin diuji. Hal ini kerana, Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat :2005). Dalam bidang pendidikan, taksonomi bertindak sebagai satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidangbidang pembelajaran. Pada masa yang sama, taksonomi juga berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid.

i.

Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemenelemen tersebut pula telah dibahagikan kepada tiga aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah, pemikiran aras sederhana dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

15

penilaian sintesis analisis

}

ArasTinggi

aplikasikefahaman pengetahuan

}

Aras Sederhana

}

Aras Rendah

Rajah 3 : Hierarki Taksonomi Bloom ii. Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall. Aras pengetahuan ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan16

aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Kefahaman merupakan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan, interpretasi dan juga ekstrapolasi. Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain, menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya, membaca Al-Quran atau membaca skor muzik. Yang kedua ialah interpretasi iaitu kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya. Sehubungan dengan itu, aktiviti seperti menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya juga merupakan aktiviti di peringkat interpretasi. Peringkat interpretasi juga melibatkan aktiviti memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi. Manakala yang terakhir ialah ekstrapolasi iaitu kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian,

pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala. Contoh aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat eksplorasi ialah membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman. Ia juga turut melibatkan aktiviti membuat ramalan berdasarkan set data atau graf serta membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.

17

Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aplikasi ialah kemahiran dalam mengaplikasikan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahagiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan murid, di mana murid tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari murid perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu. Aras aplikasi ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Dalam konteks aplikasi, murid akan menunjukkan tingkah laku tertentu bagi menyeleaikan soalan yang berbentuk aplikasi. Contohnya, murid akan mengenal pasti tugasan soalan tersebut dan kemudiannya menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan. Pada masa yang sama,isu yang tidak berkaitan diketepikan dan penyusunan semula maklumat dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan. Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur dengan jelas. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsurunsur dan struktur. Bloom bersama rakan-rakannya

18

membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara dasar atau pokok terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Aktiviti seperti mengecam, mengenal pasti fakta serta mengecam kesimpulan daripada pernyataan merupakan antara kemahiran bagi peringkat analisis. Selain itu, aktiviti seperti mengenal pasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi itu dan motif dalam sesuatu lukisan merupakan antarar aktiviti-aktiviti yang tergolong dalam analisis elemen. Analisa perkaitan pula merujuk kepada kemahiran memperlihatkan saling

kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah mengenal pasti perkaitan hujah dengan kesimpulan serta menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang dibuat. Disamping itu, mengenal pasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian merupakah antara aktiviti yang melibatkan kemahiran analisis. Seterusnya, jenis analisis yang ke tiga, iaitu analisis organisasi pula merujuk kepada kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-

bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah

mengenal pasti perkaitan hujah dengan kesimpulan serta menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang dibuat. Disamping itu, mengenal pasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian merupakah

antara aktiviti yang melibatkan kemahiran analisis. Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Aras sintesis terbahagi tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.19

Penghasilan satu komunikasi unik ialah iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah

mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik. Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi merupakan salah satu daripada aktiviti penghasilan set komunikasi yang unik. Pada yang sama, lukisan, pembinaan bahanbahan grafik serta penciptaan lagu juga berkaitan dengan penghasilan set komunikasi yang unik. Peringkat dalam aras analisis yang kedua ialah penghasilan cadangan suatu set operasi. Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah

mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik. Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi merupakan salah satu daripada aktiviti penghasilan set komunikasi yang unik. Pada yang sama, lukisan, pembinaan bahanbahan grafik serta penciptaan lagu juga berkaitan dengan penghasilan set komunikasi yang unik. Seterusnya, peringkat yang ketiga ialah peringkat penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak. Peringkat ini lebih menfokuskan kepada pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah pembinaan hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada. Kedua ialah aktiviti penghasilan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik serta pembinaan suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu20

seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lainlain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

21

3.6 Contoh Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5

NO.

TAJUK / BIDANG Pe

ARAS KEMAHIRAN Ke 1 1 1 1 2 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 5 5 3 3 2 2 2 1 Ap An Si Pen

JUMLAH

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Kata Ganti Nama Diri Kata Sendi Nama Kata Nama Am Kata Adjektif Penjodoh Bilangan Kata Kerja Ayat Perintah Ayat Tanya Simpulan Bahasa Kata Kerja Terbitan Kata Penguat Ayat Penyata Peribahasa JUMLAH

1 1 1 2 2 2 1 1 4 1 1 2 1 20

ARAS KESUKARAN

RENDAH SEDERHANA SUKAR

10 6 4 20

JUMLAH SOALAN

Aras Taksonomi Bloom : Pe Ke Ap : : : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi An Si Pen : Analisis : Sintesis : Penilaian

22

3.7 Pembinaan Soalan Objektif (20 item)

Soalan 1 (aras rendah - pengetahuan) Soalan Penjodoh bilangan

Gambar 1

1. Pada hari guru, cikgu Halimah telah menerima _______________ bunga dari anak muridnya. A. sebatang B. sekumtum C. secucuk D. sejambak

Soalan 2 (aras rendah - pengetahuan) Soalan Penjodoh bilangan 2. Ibu menggunakan se____________ kapas untuk menutup luka di lengan adik sebelum membawanya ke klinik A. helai B. gumpal C. cubit D. sejambak

23

Soalan 3 (aras rendah - pengetahuan) Soalan Kata Sendi Nama

3. Bola yang ditendang ______________ Fazli tepat masuk ke dalam gawang gol. A. dari B. oleh C. kepada D. untuk

Soalan 4 (aras rendah - pengetahuan) Soalan Ayat Penyata

Gambar 2 4. Bendera Jalur Gemilang itu berkibar megah di__________ Gunung Everest. A. Puncak B. Kaki C. Atas D. Bucu

24

Soalan 5 (aras rendah - pengetahuan) Soalan Kata Adjektif

5. Pak Jamal mengasah parang itu supaya menjadi _________________ A. pendek B. tumpul C. keras D. tajam

Soalan 6 (aras rendah kefahaman) Soalan Kata Ganti Nama Diri

6. Sultan Mansor sedang bersantap. _____________ suka makan gulai ikan Tenggiri dengan sambal belacan. A. Baginda B. Mereka C. Dia D. Beliau

Soalan 7 (aras rendah - Kefahaman) Soalan Kata Kerja Terbitan

7. Lawatan seorang wakil rakyat ke Kampung Tebakang telah ___________ ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. A. dibatalkan B. dimansuhkan C. ditunda D. disemak

25

Soalan 8 (aras rendah kefahaman) Soalan Simpulan Bahasa

8. Nizam seorang yang __________________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan. A. Busuk hati B. Ada sengat C. Ganti tikar D. Buruk siku

Soalan 9 (aras rendah kefahaman) Soalan Simpulan Bahasa Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

9. budak lelaki itu seorang yang _________________ kerana perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan. A. ringan kepala B. kepala angin C. keras kepala D. kepala batu

Soalan 10 (aras rendah kefahaman) Soalan Kata Kerja

10. Menteri Muridan telah di___________ pelbagai pertanyaan oleh para wartawan tentang keputusan UPSR pada tahun lalu. A. taburi B. lontari C. banjiri D. hujani

26

Soalan 11 (aras sederhana aplikasi) Soalan Kata Nama Am

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. i. Pokok mangga di dusun datuk itu berbuah lebat ii. Masalah buli menjadi tajuk pokok dalam mesyuarat itu iii. Azuan membuat pinjaman bank untuk mendapatkan pokok bagi

memulakan perniagaannya. iv. Jambatan itu menjadi pokok bagi penduduk kampung itu.

A. i dan iii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i, ii dan iii sahaja D. ii, iii, iv sahaja

Soalan 12 (aras sederhana aplikasi) Soalan Ayat Larangan. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi 12. Jangan ada sesiapa pun yang melalui lorong yang sunyi dan gelap itu. Pak Daud berpesan kepada cucu-cucunya. A. Pak Daud melarang cucu-cucunya agar tidak melalui lorong yang sunyi dan gelap itu B. Cucu-cucu Pak Daud tidak berani melalui lorong yang gelap dan sunyi itu C. Pak Daud mengingatkan cucu-cucunya supaya berhati-berhati ketika melalui lorong yang sunyi dan gelap itu D. Pak Daud menemani cucu-cucunya ketika melalui lorong yang gelap dan sunyi itu.

27

Soalan 13 (aras sederhana aplikasi) Soalan Kata Kerja

13. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. i. Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.

ii. Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan. iii. Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya. iv. Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan.

A. i dan iii sahaja B. ii dan iv sahaja C. i, iii dan iv sahaja D. ii, iii dan iv sahaja

Soalan 14 (aras sederhana analisis) Soalan Simpulan Bahasa

14.

Ayah tidak suka ___________________ dalam pergaduhan antara saya dengan kakak. A. cepat tangan B. ringan tulang C. bekas tangan D. campur tangan

28

Soalan 15 (aras sederhana analisis) Soalan Simpulan Bahasa Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan 15. Kami tidak hairan apabila Haikal Berjaya membuka syarikat pengiklanan itu walaupun dia baru saja menamatkan pengajiannya kerana keluarganya kayaraya. A. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan B. Di mana ada gula, di situ ada semut C. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan D. Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras

Soalan 16 (aras sederhana analisis) Soalan Ayat Penyata

16.

Pilih ayat-ayat yang betul: i. Siaran radio dan televisyen pada kawasan pedalaman ini kurang jelas ii. Kemiskinan keluarga Pak Seman mendapat perhatian orang ramai. iii. Perasmian bangunan baru itu dilakukan oleh Menteri Besar iv. Mak Esar gemar akan cerita masalahnya pada jirannya. A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i, ii dan iii sahaja D. ii, iii dan iv sahaja

29

Soalan 17 (aras tinggi sintesis) Soalan Kata Tanya

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

17. Mereka berkumpul di dewan pada setiap hari Rabu. A. Siapakah yang mengarahkan mereka berkumpul di dewan ? B. Mengapakah mereka berkumpul di dewan? C. Bilakah mereka berkumpul di dewan? D. Bagaimanakah mereka berkumpul di dewan?

Soalan 18 (aras tinggi sintesis) Soalan Ayat Penyata.

18. Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

i ii iii iv

Kita mesti bekerja kuat demi untuk memajukan diri. Mini karipap memang sedap dimakan panas-panas. Sesetengah murid lebih suka membawa bekalan daripada rumah. Laporan mesyuarat itu telah diserahkan kepada Encik Talib. A B C D i dan ii ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

30

Soalan 19 (aras tinggi penilaian) Soalan Peribahasa

19.

Ali Imran bagai _____________________ semasa berada di Hotel Crown untuk menghadiri majlis minum petang anjuran syarikatnya.

A. rusa masuk kampung B. kacang lupakan kulit C. ayam berak kapur D. telur di hujung tanduk

Soalan 20 (aras tinggi penilaian) Soalan Kata Adjektif

20. Pinggan yang baru dibeli oleh ibu di Pulau Langkawi itu sumbing. Pilih perkataan seerti bagi sumbing A. serkah B. sompek C. sempong D. sempai

31

4.0 JENIS-JENIS UJIAN BERBENTUK OBJEKTIF

4.1 Definisi Soalan Objektif Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama. Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa (Gronland,1977)

4.2 Jenis-jenis Soalan Objektif Ujian berbentuk objektif terdiri dari soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan pendek atau memberi respons kepada gerak balas - gerak balas yang merupakan jawapan-jawapan kepada soalan yang telah disediakan. Pada amnya, ujian berbentuk objektif ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Item Respon Bebas dan Item Respon Tetap (item objektif pilihan). i. ITEM RESPON BEBAS. Item jenis respon bebas memerlukan murid untuk meneliti soalan dan memberi jawapan sendiri dan bukan memilih jawapan yang diberikan. Biasanya jawapan ditulis pada hujung soalan dengan jawapan yang ringkas sahaja. Soalan item pilihan bebas ini adalah sama ada berbentuk item jawapan pendek atau item berbentuk melengkapkan penyataan. Sebagai contoh soalan item respon bebas ialah:

Arahan: lengkapkan ruang kosong di bawah dengan jawapan yang tepat. 1. Nama ibu kota Malaysia ialah 2. Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

32

ii. ITEM RESPON TETAP (ITEM JENIS PILIHAN). Item respon tetap pula memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Antara jenis-jenis soalan respon tetap ialah seperti format salah betul, padanan serta soalan aneka pilihan. Format salah - betul

Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T). Contoh soalan ialah seperti di bawah:Arahan: Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut: 1. Hitam Putih 3. Malas Rajin ( )

2. Baik Terbang ( ) ( )

Prinsip membina item betul salah: kenyataan betul-salah perlu berkaitan dengan perkara penting sahaja. Pokok soalan hendaklah tepat dan kenyataa harus benar-benar betul atau salah Jangan menggunakan kenyataan yang terlalu nyata benar atau salah Bina banyak kenyataan yang salah sebab calon cenderung pilih BETUL sebagai jawapan bila mereka kurang pasti Menggunakan perkataan yang penting Jangan menggunakan ayat yang panjang Mengandungi satu idea utama sahaja Jangan mengeluarkan pokok soalan secara terus dari buku teks.

33

Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Item padanan ini mengemukakan masalah, premis atau stimuli dan beberapa penyelesaian masalah atau tindak balas. Tindak balas boleh digunakan lebih dari sekali. Ia mempunyai sifat homogen sama ada di bahagian masalah atau tindak balas. Namun begitu, bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang. Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Murid dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan menggunakan garis lurus. Contoh soalan ialah seperti di bawah:Arahan: Padankan perkataan di bawah dengan antonim yang sesuai: 1. Hitam 2. Baik 3. Malas a) Putih b) Rajin c) Jahat

Item padanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu item padanan homogen mudah, item padanan perhubungan logik serta item padanan jenis klasifikasi. Prinsip membina item padanan: Aras padanan perlu logik Butiran soalan di sebelah kiri berbeza daripada butiran soalan di sebelah kanan Calon memahami arahan yang disediakan Item soalan dan pilihan dalam halaman yang sama Perkataan disusun mengikut abjad.

34

Aneka Pilihan

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. Menurut Hopkins (1981), item aneka pilihan digolongkan dalam kumpulan soalan jawapan tetap kerana jawapannya telah disediakan. Terdapat tiga jenis pilihan iaitu stimulus, stem dan jawapan pilihan murid

Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan. Stimulus ini mestilah releven, diinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan serta maklumat yang diberi harus autentik. Selain itu, Stem merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan. Stem menjelaskan tugasan yang diperlukan atau perlu dijawab oleh calon dimana ia tidak mengandungi sebarang bayangan jawapan atau maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan. Seterusnya, jawapan

pilihan yang betul serta pilihan-pilihan lain yang salah (distruktor) pula merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain. Pilihan jawapan adalah sama dengan stem soalan dimana tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam. Bagi guru yang membina soalan seumpama ini, elakkan mengulang maklumat yang sama. Selain itu, kunci disusun secara rawak dan bilangan seimbang untuk menentukan A, B, C dan D. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan ini iaitu, arahan yang diberi mestilah jelas dan mudah difahami. Ayat yang digunakan pula tidak berbunga-bunga. Selain itu, jawapan yang disediakan haruslah logik dan guru harus mengelakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah. Seterusnya, aras kesukaran haruslah setara. Dari sudut jawapan pilihan yang diberi pula, jawapan tersebut perlu disusun mengikut urutan abjad atau nombor dan dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

35

Di bawah jenis item aneka pilihan ini, terdapat beberapa jenis soalan seperti berikut: i. BERBENTUK SOALAN

Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul.

ii.

POKOK SOALAN BERBENTUK AYAT TIDAK LENGKAP

Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Namun begitu, hanya terdapat satu sahaja jawapan yan betul.

iii.

JENIS JAWAPAN TERBAIK

Setiap ayat/ soalan diikuti oleh beberapa jawapan dan setiap jawapan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat dan terbaik. Antara pokok soalan yang sering di guna pakai ialah Paling dan Utama.

iv.

ANALOGI

Setiap pasang perkataan soalan di ikuti oleh empat atau lebih pasangan perkataan pilihan. Oleh itu, pasangan pilihan yang berkaitan dengan pasangan soalan dipilih.

v.

ANTONIM

Setiap soalan di mulakan dengan huruf besar diikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan pilihan

vi.

JENIS NEGATIF

Kesemua pilihan adalah betul kecuali hanya ada satu sahaja yang salah. Oleh itu, calon dikehendaki mencari fakta yang bertentangan. Pokok soalan pula kerap kali mengandungi perkataan seperti Kecuali ,Bukan, Paling Kurang.36

yang tidak benar dan juga

vii.

ITEM JENIS CAMPURAN

Soalan jenis ini mengandungi lebih dari satu jawapan yang betul. Oleh itu, murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul.

viii.

TEKNIK KLOZ

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz

memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz, murid diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

3.3

Kelebihan Soalan Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat. Ia juga bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Oleh itu, Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin. Soalan objektif juga tidak menggalakkan penipuan dan pemeriksaan boleh dipercayai. Seterusnya, kelebihan lain ialah ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi. Ia boleh diskor dengan tepat sama ada secara manual menggunakan ttenaga manusia atau skor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih. Selain itu, ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Di sebabkan itu, Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa. Namun, masih mampu mengukur proses mental yang tinggi. Kelebihan terakhir bagi soalan objektif ialah Ia

37

dapat memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas dan dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

3.4

Kelemahan Soalan Objektif

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini. Kelemahan yang paling jelas ialah Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar dalam memilih, mengatur dan membuat sintesis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu. Selain itu, terdapat kecenderungan bahawa soalan ini menggalakkkan pelajar-pelajar meneka. Hal ini kerana, semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir. Guru -guru juga akan mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya oleh itu, banyak tenaga yang digunakan. Kelemahan yang terakhir ialah, ia tidak dapat mengukur keaslian.

38

5.0 REFLEKSI NAMA: SITI NUR ARIFAH BT SAIMI NO. I/C: 890408-03-5088.

Alhamdulillah, memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus bagi BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah penasihat saya iaitu Encik Bukhari b. Shafie di atas tunjuk ajar dan peluang yang diberikan sepanjang menyempurnakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki untuk menghuraikan empat jenis penilaian bahasa yang dilaksanakan disekolah rendah. Seterusnya, berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tahap dua, saya perlu menerang dan menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menilai kemahiran bahasa berdasarkan tajuk-tajuk yang tertentu. Akhir sekali, berdasarkan JSU yang telah dibina, saya

telah memberi penjelasan mengenai jenis-jenis ujian yang berbentuk objektif dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan mengikut aras taksonomi Bloom. Sepanjang tugasan ini berlangsung, banyak benda baru yang dapat saya pelajari dan praktikkan apabila bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu kelak. Antaranya ialah saya telah berpeluang untuk mengetahui dan memahami dengan lebih jelas mengenai proses pengukuran, penilaian dan pentaksiran kurikulum Bahasa Melayu dalam sistem sekolah rendah. Saya juga sedar tentang kepentingan pembinaan JSU dan pemilihan item soalan yang sesuai dan terbaik bagi menilai tahap pencapaian murid-murid. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dari segi pelaksanaan tugasan BMM 3103 pada kali ini. Sebelum menggubal soalan, saya telah menyediakan satu Jadual Penentuan Ujian sebagai satu panduan dan tanda aras dalam membina soalan selepas itu. JPU tersebut dibina dengan menggunakan model Taksonomi Bloom yang mengkategorikan soalan-soalan kepada 6 aras iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintaksis dan penilaian. Pada mulanya, saya telah39

keliru untuk membezakan bentukbentuk soalan bagi aras aplikasi, analisis dan sintaksis. Hal ini berlaku kerana pengetahuan dan kefahaman saya mengenai ciri-ciri khas bagi setiap aras adalah terbatas. Namun begitu, setelah melakukan pembacaan dari pelbagai sumber serta dari perbincangan dan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing, akhirnya saya dapat mengenalpasti aras-aras soalan yang ingin dibina dengan baik. Pengetahuan dan pengalaman ini tentunya amat bermakna sebagai batu asas dan panduan kepada saya pada masa hadapan apabila telah berada dalam perkhidmatan nanti. Seterusnya, saya telah menggubal sebanyak 20 soalan objektif bagi ujian Bahasa Melayu tahun 5. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya sedar bahawa proses menggubal soalan bukanlah menjadi satu tugasan yang mudah. Hal ini kerana kita perlu mengkaji kesesuaian, kesahan dan kbolehpercayaan setiap soalan terlebih dahulu sebelum mentadbir ujian tersebut kepada murid-murid. Saya berpendapat bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah serius dan seterusnya akan menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Tugas merekod data-data berkaitan penilaian, pengujian dan pentaksiran adalah perlu disimpan dengan sebaik mungkin agar dapat dijadikan rujukan dalam membina soalan pada maka akan datang. Rekod yang hanya diisi sekadar cukup syarat akan menyukarkan guru untuk membuat tindakan susulan. Selain itu, saya juga menyedari tentang pentingnya elemen kerja berpasukan dalam kehidupan seharian. Terbuktilah, ungkapan, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh itu amat bermakna dan tepat. Ucap syukur dilafazkan atas kekuatan dan kesempatan yang diberi sepanjang penyempurnaan amanah ini. Tuntasnya, semoga ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip dari tugasan pada kali ini dapat mengajar dan memberi pengalaman serta pengetahuan kepada saya dalam usaha untuk menjadi seorang guru berkualiti yang mampu menongkah arus kemodenan dunia pada masa hadapan. Sekian.

40