BMM 3107 Pengantar Linguistik
-
Upload
raudah-saidin -
Category
Documents
-
view
668 -
download
4
description
Transcript of BMM 3107 Pengantar Linguistik
3.0 BAHAGIAN B
3.1 Penulisan Ilmiah
3.1.1 Struktur Linguistik
Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia. Bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang
bermakna. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang
dihasilkan oleh alat artikulasi. Menurut Rahimah Haji Sabran dan
Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi
yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan
fonemik.
Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis
sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu,
khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Manakala, fonetik
pula ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa dari segi cara
pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-
bunyi ujar. Justeru itu, dapatlah disempulkan bahawa fonetik ialah
ilmu yang mengkaji tentang bunyi bahasa, iaitu ujaran atau
pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan
bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya.
Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi
(penghasilan bunyi bahasa), fonetik akustik (sifat-sifat bunyi
bahasa), dan fonetik auditori (pendengaran).
23
Berdasarkan penerangan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud yang hampir
sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Fonologi mengkaji
sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Fonetik pula mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan
manusia secara keseluruhannya.
Morfologi
Menurut Rahim Md. Salleh dalam buku Linguistik Melayu Edisi
Kedua (2007), morfologi merupakan satu bidang ilmu yang
mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Ini termasuklah
cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam
pembentukan kata, dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses
tersebut.
Kata dibentuk dari unit-unit yang lebih kecil. Unit ini
dipanggil morfem, iaitu unsur terkecil yang mengandungi makna.
Morfem terdiri daripada dua bentuk, iaitu morfem terikat dan
morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh
berdiri sendiri seperti me -, mem -, men -, meng - dan meny -.
Morfem bebas pula ialah morfem morfem yang boleh berdiri sendiri
sebagai kata sempurna seperti budak, awan, lari, merah, masak,
dan sebagainya.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa morfologi merupakan
bidang yang lebih menumpukan terhadap kajian tentang kata dan
bagaimana kata-kata dibentuk melalui proses-proses tertentu.
24
Sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Berdasarkan definisi diatas sintaksis ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat dan melibatkan
kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain
itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Antara aspek sintaksis yang perlu diberikan tumpuan ialah
unsur utama ayat yang terdiri daripada kata frasa,klausa dan aspek
pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat. Kedua,
jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan. Ketiga, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Keempat, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang.
Kelima, binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan
atau ayat majmuk. Keenam, proses penerbitan ayat yang terdiri
daripada konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses
penyusunan semula dan proses peluasan. Aspek terakhir ialah
aspek tanda bacaan.
Akhir sekali, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis ialah
bidang yang mengkaji ayat dan bagaimana kata-kata dihubungkan
untuk membentuk ayat.
25
Semantik
Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang
bermaksud ‘penting; bererti’. Menurut Abdul Chaer (1994),
semantik merupakan bidang kajian linguistik yang objek
penelitiannya makna bahasa.
Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik
yang memfokuskan kajian kepada makna yang terkandung dalam
sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau
ayat.
Bidang semantik turut menjelaskan peringkat-peringkat
dalam penganalisisan makna. Proses penganalisisan makna pula
berlaku dalam peringkat-peringkat yang tersusun. Dalam kajian
semantik, pentafsiran makna dilihat pada peringkat kata yang terdiri
daripada sinonim, antonim, polism dan homonim serta peringkat
penganalisisan frasa dan ayat.
Kesimpulannya, struktur sesuatu ayat dibentuk untuk
menyampaikan makna dan makna pula tidak dapat disampaikan
dengan sempurna tanpa struktur ayat yang gramatis. Sesuatu
output bahasa dikatakan gramatis apabila output tersebut
memenuhi kedua-dua kriteria, iaitu kriteria sintaksis dan semantik.
Pragmatik
Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang
merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada
antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di
samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-
26
hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan
(1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi
ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk
menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang
mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata
yang elipsis dan sebagainya.
Kamus Linguistik (1997: 192) pula memerikan perihal
pragmatik dalam dua perspektif. Pertama, pragmatik yang ditinjau
dalam semiotik iaitu pengkajian tentang bagaimana tanda dan
lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa
tertentu. Manakala yang kedua pula adalah dalam linguistik
moden, iaitu pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna,
terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika
menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan
penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan
komunikasi. Selain itu, pragmatik juga mengkaji hubungan antara
bahasa dan konteks (implikatur). Implikatur digunakan atas tujuan
tertentu supaya penutur dapat menyampaikan maklumat atau
mesej dengan berkesan dan mendalam tanpa memalukan atau
menyakiti hati pendengar.
Kesimpulannya, skop yang menyentuh bidang pengkajian
pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu
yang dimaksudkan oleh penyampai.
27
Analisis Wacana
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat,. Oleh itu,
wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, buku,
cerita, siri buku, surat khabar dan sebagainya yang
memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan
bahasa yang lengkap. Menurut Kamus Linguistik (1997:223)
wacana (discourse) merupakan unit bahasa yang lengkap dan
tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada
dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis
linguistik. Dari segi keutuhan pula, keutuhan sesuatu wacana
dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek semantik,
leksikal, gramatikal dan fonologis.
Kesimpulannya, wacana dapat dirumuskan sebagai satu unit
bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat tertinggi dalam
unit, merupakan kesatuan bahasa kerana terdapat pertautan fikiran
dengan kata-kata, idea dan menjadi isu bahasan. Wacana
disampaikan secara lisan berasaskan hubungan antara penutur
dan pendengar serta secara tulisan, antara penulis dengan
pembaca dan kedua-duanya menjadi bahan analisis dalam bidang
linguistik.
28
3.1.2 Faktor Luaran
Pemerolehan Bahasa
Pemerolehan bahasa merupakan proses penguasan bahasa yang
oleh bayi atau kanak-kanak secara semula jadi ketika berinteraksi
atau berkomunikasi dengan orang lain seperti ibu bapa dan
sebagainya.
Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan
pemerolehan bahasa. Antara teori yang berkaitan dengan
pemerolehan bahasa ialah teori behaviourisme oleh Pavlov,
Thorndike, Hull dan Skinner. Menurut teori ini pemerolehan
bahasa dikaitkan dengan rangsangan-rangsangan sama ada dalam
bentuk bahasa atau bukan bahasa. Bentuk-bentuk bahasa yang
betul yang dihasilkan oleh seseorang individu perlu diteguhkan dan
diperkukuhkan supaya bentuk tersebut dapat diulangi lagi.
Selain teori behaviourisme teori lain yang berhubungkait
dengan pemerolehan bahasa juga ialah teori mentalis atau kognitif.
Teori ini dipelopori oleh Chomsky, Piaget, Gesalt, Miller, Lennberg,
dan Kohler. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan
kemampuan untuk berkomunikasi atau berbahasa. Dengan erti
kata yang lain sudah mempunyai sistem bahasa. Disebaliknya
pula, sekiranya kanak-kanak tersebut tidak diberi pendedahan
kepada penguasaan bahasa , proses penguasaan bahasa akan
terbantut dan mungkin tidak akan berkembang dengan baik.
Ciri-ciri Asosiasi
Asosiasi kata merupakan perkaitan atau perhubungan kata di
dalam bahasa. Perkaitan merujuk kepada hubungan kata di dalam
29
bahasa Melayu dengan frasa, kalusa, atau ayat yang disusun
dengan betul dan gramatis.
Ciri-ciri asosiasi dapat dilihat dalam semantik, laras bahasa
dan ayat. Ciri-ciri asosiasi dalam semantik bermaksud kata atau
frasa kata yang dicantum di dalam ayat yang saling berkait antara
satu dengan yang lain. Ciri-ciri asosiasi dalam laras bahasa pula
bermaksud bentuk bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu,
seperti berkhutbah di masjid, berkuliah di dewan kuliah, berkempen
di arena politik, berucap di majlis rasmi dan sebagainya.
Manakala, ciri-ciri asosiasi dalam ayat pula berkaitan dengan
penggunaan kata sendi atau kata hubung yang berkaitan dalam
sesuatu ayat.
Psikoloinguistik
Pisikolinguistik adalah gabungan dua cabang ilmu iaitu, psikologi
dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan bahasa, bahasa
dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada
kaitannya dangan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati
melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau
sendiri-sendiri antara psikologi dan linguistik.
Bidang kajian Psikolinguistik dapat dilihat dalam cabang
struktur linguistik Fonetik dan Fonologi serta Morologi. Dalam
bidang Fonetik dan Fonologi, Psikolinguistik menumpukan
perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-
bunyi itu. Manalaka, dalam bidang morfologi pula Psikolinguistik
melibatkan kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan
antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan
30
berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-
peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).
Dari segi pengaplikasian teori pula, teori yang mendasari
bidang Psikolinguistik ini ialah teori mazhab kognitif seperti teori
kognitif Noam Chomsky.
Dari sudut pengkaedahan pula, psikolinguistik membuat uji
kaji tingkah laku. Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk
input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya,
membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan,
membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak
balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang
betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.
Lingustik Klinikal
Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di
dalam bidang Sains Pertuturan. Ia mengintegrasikan kedua-dua
bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan
kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan
melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada
aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem
fonologi, semantik, serta pragmatik. Pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan
sebagainya.
Bidang kajian linguistik klinikal dapat dilihat dalam cabang
linguistik Fonetik dan Fonologi dari segi penyelidikan yang
menumpukan kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan
31
bunyi. Manakala dalam bidang Semantik pula, linguistik klinikal
mengkaji bagaimana kanak-kanak memahami bahasa.
Linguistik klinikal menggunakan teori-teori behavioris seperti
yang teori yang dikemukakan oleh B.F Skinner.
Akhir sekali, dari segi pengkaedahannya, linguistik klinikal
menggunakan kaedah pemerhatian. Misalnya, terdapat kanak-
kanak yang sukar membunyikan bahasa. Penyelidikan tertumpu
kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam
kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-alat penilaian
dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi
bahasa-bahasa tempatan, serta aspek pengajaran/pembelajaran
kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan
sebagainya.
3.1.3 Variasi Bahasa
Variasi bahasa ialah keadaan kepelbagaian cara sesuatu bahasa
itu digunakan berikutan perbezaan beberapa faktor. Antara faktor
wujudnya variasi bahasa ialah kedudukan geografi, kumpulan
sosial, perwatakan peribadi dan konteks semasa. Manakala
menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan
Abdul Hamid Mahmood (2003), Variasi bahasa Melayu wujud
disebabkan oleh beberapa faktor sosial iaitu latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur.
Variasi bahasa di Malaysia dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu
dialek geografi, dialek sosial dan laras bahasa.
32
Dari segi dialek geografi, penutur bahasa dari beberapa
tempat akan membawa bahasa berbeze-beza dari aspek fonologi,
morfologi, leksikal dan sebagainya. Contohnya, perbezaan
daripada aspek fonologi atau bunyi sebutan iaitu ’ular’ disebut
‘ulaq’ dikawasan utara. Variasi bahasa kedua pula ialah dari
aspek dialek sosial. Dialek sosial ialah dialek yang wujud
disebabkan berlakunya pelbagai situasi rasmi dan tidak rasmi.
Dalam dialek sosial juga terdapat kelainan bahasa seperti bahasa
kasar, halus, dan neutral.
Variasi dialek sosial dapat dibahagikan kepada lima jenis.
Pertama, variasi dari segi penutur yang terdiri daripada ideolek iaitu
kelainan yang terdapat pada penutur itu sendiri (sengau, gagap,
pelat), dialek iaitu kelainan daripada kelompok penutur
berdasarkan wilayah/tempat tinggal, kronolek/dialek temporal :
variasi yang digunakan oleh kelompok sosial berdasarkan masa,
zaman dan tempoh dan sosiolek / dialek sosial iaitu variasi yang
berkaitan dengan status/golongan. Kedua, variasi dari segi
kerjaya. Ketiga, variasi berdasarkan usia. Keempat, variasi
berdasarkan jantina dan yang kelima, variasi berdasarkan susun
lapis.
Variasi bahasa yang ketiga pula ialah laras bahasa. Laras
ditafsirkan sebagai satu daripada kelainan sosial secara umum
kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial.
Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal
yang terdiri daripada bahasa standard dan bahasa istana serta
bahasa tidak formal yang terdiri daripada bahasa slanga, bahasa
kolokial atau basahan, bahasa pasar, bahasa argot, bahasa pijin
dan bahasa kreol.
33
Selain itu, variasi bahasa juga meliputi bahasa isyarat.
Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi
manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, dan bukannya suara untuk
berkomunikasi
Kesimpulannya, variasi bahasa melibatkan perbezaan
anatara sistem bahasa dan turut mencakupi skop bahasa isyarat.
3.1.4 Peraturan Paradigmatik
Paradigmatik berkaitan dengan paradigma. Paradigma pula ialah
daftar kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Oleh
itu, paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk
terbitan sesuatu perkataan. Paradigmatik melibatkan perubahan
penggunaan kata di dalam ayat dan mempunyai hubungan
menegak. Hubungan tersebut boleh dikatakan seperti sinonim
iaitu makna yang sama suatu kata dengan kata yang lain.
Contohnya, lazat dan enak serta pintar dan bijak.
Seterusnya, peraturan paragdimatik dapat dilihat daripada
dua aspek iaitu, pola paradigmatik dan pasangan minimal. Pola
paradigmatik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu, pola
paragdimatik dalam sintaksis, pola paragdimatik dalam linguistik,
dan pola paragdimatik dalam semiotik. Dari aspek pola
pardigmatik dalam sintaksis, pola ini lebih melihat kepada
hubungan antara paradigmatik dengan sintagmatik. Ini kerana,
kedua-duanya saling berkaitan walaupun dianggap
bersongsangan. Hubungan sintagmatik dibaca secara luaran
dengan melihat kepada petanda yang sama-sama hadir di dalam
teks. Hubungan paradigmatik pula dibaca secara mendalam
dengan mencari penanda yang tidak hadir di dalam teks.
34
Contohnya, “Salina mengambil segelas air.” Paksi sintagmatik
ialah frasa “Salina mengambil”. Manakala paksi paradigmatik ialah
“segelas” kerana perkataan segelas boleh digantikan dengan
perkataan lain seperti “secawan” asalkan bersesuaian dan gramatis
di dalam konteks ayat tersebut.
3.2 Stilistik dan Bahasa Melayu Saintifik
3.2.1 Carta Alir
3.2.1.1 Stilistik
35
STILISTIK
DEFINISI
CIRI-CIRI
BAHASA PERBANDINGAN
KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA
36
Menurut Abdullah Hassan (1990), Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa.
DEFINISI
Dibahagikan kepada dua:Kelainan (bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan serta peribahasa, sindiran dan gaya retorik).Pemakaian bahasa (fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik).
CIRI-CIRI
Gaya bahasa perbandingan - imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile.Gaya bahasa pertentangan - hiperbola, inversi dan paradoks serta aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof.Gaya penyirnaan - sinkof.
GAYA BAHASA
\
37
BAHASA PERBANDINGAN
DEFINISI/KONSEP
Digunakan untuk menerangkan
sesuatu secara berkias.
Digunakan untuk menyamakan sesuatu benda
dengan keadaan atau peristiwa yang
lain.
CIRI
1. Simile - perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata ‘seperti’, ‘ibarat’, ‘bak’, ‘bagaikan’, ‘umpama’, ‘laksana’, ‘penaka’ dan ‘serupa’.
Personifikasi – perlambangan sifat manusia yang diberi kepada benda tidak bernyawa atau abstrak.
KEBERKESANAN STILISTIK DALAM
BAHASA
- Pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa.- Gaya bahasa penting bagi menjadikan sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Contohnya gaya bahasa pengulangan yang terdiri daripada aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan sebagainya.
3.2.1.2 Bahasa Melayu Saintifik
38
BAHASA MELAYU
SAINTIFIK
KONSEP
“Saintifik“ dalam konteks ini tidak terhad kepada
pengertian sains malah
merangkumi juga bidang-bidang seperti sains
sosial.
Menurut Asmah Hj. Omar
(1987), saintifik yang berkaitan dengan konsep ini bermaksud "akademik".
BM saintifik merujuk kepada
kemampuan bahasa Melayu membincangkan
ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan
bidang sains.
CIRI
Istilah - kemampuan membincangkan bidang sains berkait rapat dengan perkataan-perkataan khusus yang digunakan.
Didaktik dan gaya berkeperibadian - 1. Diperlukan kerana sifat pengajaran ilmu sains berupa pengajaran uji kaji dan penyelesaian masalah.2. Lebih tinggi kadar didaktik lebih tinggi keperibadiannya.3. Gaya dalam buku-buku sains mempunyai kadar didaktik dan keperibadian yang lebih tinggi daripada buku bukan sains.
BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA ILMU
Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan
sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu.Mempunyai 2 ciri bahasa ilmu iaitu
keintelektulan dan kesempurnaan
bahasa.
Keintelektualan: mempunyai keupayaan
menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat.
Kesempurnaan: mempunyai sistem
dan peraturan bahasa yang lengkap (sifat-sifat kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan).
3.2.2 Carta Banding Beza
4.0 RUMUSAN
39
Kesimpulannya, huraian dan penulisan ilmiah di atas merangkumi skop-
skop yang terlibat dalam kursus BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa
Melayu.
Penulisan ilmiah diatas menghuraikan bidang linguistik, sifat
bahasa; sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor
luaran; variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik, dan bahasa
Melayu saintifik
Kesemua bidang-bidang yang dinyatakan diatas merupakan sub-
sub bidang yang terangkum dalam bidang linguistik itu sendiri sama ada
dari segi bidang yang melibatkan pengkajian struktur linguistik secara
sendiri mahupun bidang yang mempunyai hubungkait yang tidak boleh
dipisahkan daripada ilmu linguistik teori teras.
Oleh itu, tugasan ini memperjelaskan dalam bentuk yang lebih
mudah difahami tentang bidang-bidang yang terangkum dalam bidang
ilmu linguistik secara keseluruhannya.
5.0 REFLEKSI
40
5.1 Raudah binti Saidin (910627-04-5230)
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana atas limpah
kurnia dan rahmat-Nya dapatlah saya menyempurnakan penghasilan
kerja kursus bagi subjek BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
ini.
Kerja kursus subjek Pengantar Linguitik Bahasa Melayu ini secara
dasarnya merangkumi kesemua aspek dan bidang dalam ilmu linguistik.
Tugasan ini memerlukan saya dan rakan sekumpulan, Nur Hazirah binti
Rosli untuk memperjelas dan membuat huraian tentang bidang-bidang
dalam ilmu linguistik dalam bentuk penulisan ilmiah dan juga pengurusan
grafik (carta alir dan carta banding beza). Antara subkomponen dalam
ilmu linguistik yang perlu kami huraikan dalam tugasan ini ialah bidang-
bidang linguistik, sifat bahasa; sejarah perkembangan ilmu linguistik,
struktur linguistik, faktor luaran; variasi bahasa, peraturan paradigmatik,
stilistik, dan bahasa Melayu saintifik
Pada mulanya, saya kurang memahami kehendak tugasan ini
kerana tidak mendapat gambaran yang jelas tentang penyediaan tugasan.
Namun, atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing, Encik Mohd Puad bin Johar, saya lebih memahami dengan
lebih jelas lagi tentang kehendak tugasan ini.
Bagi saya, salah satu aspek yang sangat penting dalam
penyediaan sesuatu kerja kursus ialah aspek pemerolehan ilmu. Ini
kerana dengan melakukan rujukan dalam menghasilkan sesuatu kerja
kursus bukan sahaja akan memberikan nilai kualiti terhadap sesuatu kerja
kursus itu, malahan dapat memberikan lebih kefahaman dan input
tambahan kepada saya. Hal ini dapat saya kaitkan dengan tugasan ini
41
yang mengkehendaki saya membuat penulisan ilmiah tentang bidang-
bidang dan komponen-komponen yang terkandung dalam ilmu linguistik.
Terutamanya, dalam bahagian A tugasan 1 yang memerlukan kami
membuat pengumpulan maklumat tentang bidang linguistik. Dalam hal ini
kepelbagaian dari segi bahan rujukan amat diperlukan. Begitu juga
dengan bahagian B, tugasan bahagian B memerlukan kami mengupas
beberapa subkomponen dalam ilmu linguistik. Oleh itu, tugasan bahagian
B juga memerlukan kami membuat bacaan yang meluas bagi
mendapatkan bahan rujukan yang dapat dijadikan panduan dalam
penghasilan tugasan ini.
Selain dapat memperoleh panduan bagi menghasilkan tugasan,
saya juga dapat memperoleh beberapa input tambahan bagi subjek ini
disamping memperkukuhkan pemahaman dalam subjek ini melalui
bacaan dan penelitian beberapa sumber yang dirujuk.
Saya berharap saya dapat mengaplikasikan ilmu dan input baharu
yang saya perolehi semasa menghasilkan kerja kursus ini apabila saya
menjadi seorang pendidik kelak. Moga-moga dengannya juga dapat
menjadikan saya guru yang berkemahiran dalam bidangnya dan mampu
menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
Tugasan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu penulisan ilmiah dan
pengurusan grafik. Dari sudut bentuk tugasan pertama yang memerlukan
saya menghasilkan tugasan dalam bentuk penulisan ilmiah. Saya
merasakan ianya dapat membantu dan melatih saya menghasilkan
penulisan ilmiah mengikut format yang betul. Terutamanya, tugasan
pengumpulan maklumat tentang bidang-bidang linguistik yang mana
melatih saya menulis rujukan dalam penulisan mengikut format yang
42
betul. Hal ini dapat melatih dan memberi persediaan kepada saya
sebelum menghasilkan kajian tindakan pada semester lapan.
Manakala, melalui bentuk tugasan kedua yang memerlukan saya
menghasilkan pengurusan grafik dalam bentuk carta alir dan carta
banding beza tentang stilistik dan bahasa Malayu Saintifik pula, dapat
melatih saya merumuskan pemahaman saya tentang sesuatu topik secara
ringkas dan mudah untuk difahami dengan menggunakan pengurusan
grafik disamping dapat meningkatkan kefahaman saya tentang bidang
stilistik dan bahasa Melayu Saintifik.
Tidak dinafikan dalam menghasilkan sesuatu tugasan kita pasti
akan mengalami beberapa cabaran dan kekangan. Antara cabaran yang
saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah kekangan dari
segi masa dan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan
terutamanya rujukan untuk bidang stilistik dan bahasa Melayu Saintifik.
Kekangan dari segi masa ini terjadi kerana saya perlu menyiapkan kerja
kursus ini dan dalam masa yang sama saya turut perlu menyiapkan
beberapa kerja kursus lain yang perlu dihantar pada tarikh yang hampir
dengan tarikh kerja kursus ini perlu diserahkan. Manakala, cabaran dari
segi bahan rujukan pula, bahan rujukan yang diperolehi terutamanya buku
dari Pusat Sumber tidak lengkap dan tidak mencakupi keseluruhan bidang
linguistik.
Untuk mengatasi cabaran pertama ini, saya dan rakan sekumpulan
telah membahagi-bahagikan tugasan agar kami dapat menyiapkan
tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Namun begitu, demi
mengelakkan salah seorang dari kami tercicir dalam mendapat maklumat
tentang sesuatu bidang linguistik, kami telah mencari dan membuat
rujukan bersama-sama. Bagi diri saya sendiri pula, saya telah
menyediakan jadual waktu untuk mengatur masa dalam menghasilkan
43
tugasan ini bagi membolehkan tugasan kerja kursus ini disiapkan tepat
pada masanya disamping tidak mengabaikan tugasan kerja kursus lain.
Untuk mengatasi masalah yang kedua pula iaitu, kekurangan bahan
sumber rujukan terutamanya dari segi buku, saya telah mengambil
alternatif dengan membuat rujukan tambahan daripada internet dan
bertukar-tukar bahan rujukan dengan rakan sekelas bagi mengatasi
masalah ini.
Bagi diri saya, cabaran dan kekangan amat penting dalam sesuatu
pekerjaan kerana cabaran dan kekangan akan menjadikan sesorang lebih
matang dalam menangani sesuatu masalah dan memberikan kenikmatan
yang lebih setelah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan kerana telah
berjaya mengatasi kekangan yang dihadapi. Saya menjadikan kata-kata
Hamka “hidup ini terdiri antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit
hati akan menjadi rawan, kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi
bosan” sebagai pendorong untuk saya tabah menghadapi cabaran dalam
menghasilkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, sebagai seorang bakal pendidik saya perlu membuat
persediaan yang rapi sebelum bergelar seorang guru kelak agar
kemenjadiaan diri seorang guru berjaya saya capai. Dalam hal ini, saya
merasakan bahawa kerja kursus ini amat memberi manfaat kepada saya
kerana melalui penghasilan kerja kursus ini banyak ilmu dan input-input
baharu serta pengalaman-pengalaman baharu yang saya perolehi. Saya
berharap dengan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi ini akan dapat
membantu saya membuat persediaan diri disamping mematangkan diri
agar saya lebih bersedia untuk menghadapi realiti sebenar sebagai
seorang pendidik kelak.
Saya turut berharap saya dapat menggunakan ilmu yang saya
perolehi daripada penghasilan tugasan ini dalam mendidik anak-anak
44
didik saya kelak agar dapat menjadi insan yang berjaya dan menepati
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.
45
5.2 Nur Hazirah binti Rosli (900313-05-5058)
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya
menghasilkan tugasan bagi subjek BMM 3107 ini.
Seawal mendapat tugasan ini, saya berasa risau kerana tidak
mendapat gambaran yang jelas mengenai cara pelaksanaannya
berdasarkan kehendak soalan yang bagi saya agak sukar sekali. Namun
begitu, atas penerangan yang diberikan oleh En. Mohd Puad bin Johar
selaku pensyarah pembimbing membuatkan saya lebih memahami dan
yakin untuk melaksanakan tugasan ini secara teratur.
Tugasan bagi subjek BMM 3107 pada dasarnya memerlukan saya
mencari pelbagai sumber maklumat mengenai bidang linguistik dan sifat
bahasa seterusnya menghuraikan susur galur sejarah perkembangan ilmu
linguistik. Oleh itu, bagi aspek pemerolehan ilmu, saya mengambil inisiatif
untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber rujukan untuk
dijadikan panduan semasa menghasilkan tugasan. Lambakan maklumat
zaman kini memerlukan saya meneliti dan mengkaji terlebih dahulu
maklumat yang boleh digunakan kerana tidak semua maklumat itu sahih.
Secara tidak langsung dapat melatih saya menjadi seorang pemikir yang
baik sebelum menghasilkan kajian tindakan semester akhir kelak.
Walau apa jua tugasan atau kerja kursus yang diberikan, bagi saya
aspek pemerolehan ilmu amat penting. Ini kerana, ilmu yang bermanfaat
dapat diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang di samping dapat
melatih saya menjadi seorang yang rajin membaca dan menelaah tentang
sesuatu maklumat. Tanpa disedari, maklumat tersebut dapat digunakan
pada masa akan datang apabila menjadi seorang guru kelak.
46
Selain itu, tugasan ini sangat membantu saya menghadapi
peperiksaan kelak kerana kebanyakan maklumat mengenai subjek ini
telah saya pelajari secara tidak langsung melalui penghasilan esei. Subjek
BMM 3107 memberi banyak manfaat dan faedah yang berguna kepada
saya. Lantaran itu, tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk
terus mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam.
Penghasilan pelbagai cabang bahasa dalam bentuk grafik bagi
tugasan ini amat membantu saya memahami dengan lebih mudah
bagaimana untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam
proses p&p . Saya juga belajar cara mengeluarkan isi-isi penting dari buku
nota dan rujukan. Tugasan ini dapat membantu saya membuat nota yang
berkesan sebelum menghadapi peperiksaan kelak kerana sebelum ini
saya kurang mengaplikasikan pengurusan grafik dalam membuat
sebarang nota kuliah dan subjek BMM 3107 memberi banyak manfaat
dan faedah yang berguna kepada saya. Lantaran itu, penghasilan
pengurusan grafik ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus
menghasilkan tugasan kerana saya telah sedia ada pengetahuan asas
yang membolehkan saya berusaha dengan lebih gigih sebelum beralih
kepada aspek yang lain iaitu aspek penguasaan ilmu dan pemindahan
ilmu.
Saya amat menghargai pertolongan dan nasihat yang diberikan
oleh pensyarah pembibmbing dan rakan-rakan atas kesudian mereka
berkongsi idea menghasilkan tugasan. Saya belajar bagaimana untuk
berkomunikasi dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas supaya
maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Dalam apa jua
komuniti sekalipun, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai
kemahiran komunikasi yang cekap supaya dapat menyesuaikan diri dalam
pelbagai persekitaran dengan mudah.
47
Kekangan masa sering menjadikan seseorang itu kelam kabut dan
tidak terurus sehinggakan banyak kerja tertunda. Pengurusan masa amat
penting dalam kehidupan seharian kita. Bagi menghadapi masalah ini,
saya bertindak dengan membuat jadual waktu dengan membahagikan
masa dengan lebih teratur dan terurus. Selain itu, saya juga akan
memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah dihantar tepat
pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung, tugasan ini
dapat menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin dan berdikari tanpa
perlu bergantung pada orang lain.
Seterusnya, sebagai bakal guru, saya perlu sentiasa meningkatkan
pengetahuan dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. Saya
sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
memastikan generasi masa hadapan mempunyai pengetahuan yang
tinggi untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Melalui segala
pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh, dengan izin
Allah S.W.T, saya akan aplikasikan sebaik mungkin dan akan saya
turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti dan berharap ilmu ini akan
terus bermanfaat kepada mereka.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja
kursus BMM 3107 ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara.
48