bmm 3142

14
BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015 1.0 PENGENALAN 1.1 Konsep Budaya Menurut Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996), telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Menurut Asma (1994), budaya merupakan sesuatu organisasi sering dinyatakan sebagai satu set nilai yang merupakan hasil pemikiran dan kepercayaan pengasasnya atau orang atasan. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-satu kumpulan (Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992) Menurut Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985) elemen budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan ‘cultural lag’. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material atau b udaya bukan kebendaan simbol, bahasa, nilai dan norma. Hal ini dapat dijelaskan lagi seperti berikut, pertama kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol sebagai satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambang dan bendera. Menurut Hofstede (1991) dalam Asma (1994), cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang berbeza. 1

Transcript of bmm 3142

Page 1: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep BudayaMenurut Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996), telah mendefinisikan budaya

sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan,

pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam

masyarakat. Menurut Asma (1994), budaya merupakan sesuatu organisasi sering

dinyatakan sebagai satu set nilai yang merupakan hasil pemikiran dan kepercayaan

pengasasnya atau orang atasan. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat,

kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-

satu kumpulan (Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992)

Menurut Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985) elemen budaya boleh

dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan ‘cultural lag’.

Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material atau budaya bukan kebendaan

simbol, bahasa, nilai dan norma. Hal ini dapat dijelaskan lagi seperti berikut, pertama

kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol

penting untuk berkomunikasi. Masyarakat pada zaman batu menggunakan simbol

sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli

antropologi budaya turut mengkaji simbol sebagai satu unsur budaya. Antara contoh

simbol ialah huruf, nombor, lambang dan bendera. Menurut Hofstede (1991) dalam Asma

(1994), cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya sesetengah

simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang

berbeza.

Bahasa pula merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa

merupakan aplikasi yang sistematik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai

dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang

mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa merupakan kaedah komunikasi yang unik

dan mudah difahami oleh khalayak. Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting

kepada masyarakat. Unsur seterusnya boleh dilihat dari segi nilai yang merupakan idea

dikongsi bersama individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah.

Terdapat nilai positif dan yang negatif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai

menjadi sebahagian daripada personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti

1

Page 2: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

menghormati orang tua, patuh kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.

Akhir sekali ialah norma. Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial

tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan

beberapa perkara yang ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan

dengan mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya.

Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada

norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan

institusi tahanan.

Budaya material atau budaya kebendaan terdiri daripada objek fizikal yang direka dan

dikongsi bersama ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi

tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh

dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin

berbeza dalam masyarakat yang berlainan.

Elemen budaya yang ketiga ialah ‘Cultural lag’ berlaku apabila perubahan kebendaan

mengatasi keupayaan budaya bukan material dan budaya ini pula tidak dapat

menyesuaikan dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah

baharu yang adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya, seperti penciptaan perabot

yang akan memusnahkan banyak kawasan hutan.

1.2 Konsep Masyarakat

Horton dan Hunt (1988) mentakrifkan masyarakat sebagai sekumpulan manusia yang

boleh berdiri sendiri (berdikari), menghasilkan sistem ekonomi yang boleh menampung

diri mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kelompok manusia tersebut

mendiami satu kawasan yang sama di mana mereka berinteraksi sesama sendiri dan

berkongsi budaya yang sama serta mendirikan persatuan dan kelompok dalam kalangan

ahli mereka. Masyarakat juga akan membentuk kelompok tertentu sebagai memenuhi

matlamat yang mereka ingini. Atan Long (1982) berpendapat satu-satu masyarakat itu

terdiri daripada individu yang telah lama hidup dengan saling bertindak semenjak

beberapa lama dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup

yang meliputi kepercayaan, agama, sikap, pandangan, aspirasi, nilai dan ilmu

pengetahuan yang telah diwarisi sejak turun-temurun sehingga menjadi kumpulan

2

Page 3: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

masyarakat itu mempunyai sifat yang tersendiri berlainan dengan masyarakat lain.

1.3 Konsep Kebudayaan MelayuKebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri

daripada orang Melayu. Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakat Melayu

dengan masyarakat lain. Budaya ini merujuk kepada proses perkembangan kelakuan,

akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok (Kebudayaan Melayu,

2014). Menurut A. Aziz Deraman dalam buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa

Melayu 2000), kebudayaan Melayu ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu daripada segi

politik, ekonomi dan sosial.

1.3.1 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun

perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga

boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik

membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk

kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan

berkembang menjadi kerajaan. Politik masyarakat Melayu mengamalkan pemerintahan

beraja dan sistem demokrasi.

1.3.2 Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber

yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang

pengeluaran dan penggunaan barang, perkhidmatan, ekonomi berasaskan hasil

perdagangan antarabangsa dan sistem sara diri berasaskan pertanian.

1.3.3 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi

aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan

masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh

sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai

murni, kesenian, undang-undang, adat dan kepercayaan, pakaian, permainan tradisional,

3

Page 4: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

bahasa dan dialek serta tulisan.

2.0 BANDING BEZA BUDAYA MASYARAKAT MELAYU YANG TERCERMIN MELALUI FILEM AHMAD ALBAB DAN NUR KASIH THE MOVIE

Filem Ahmad Albab merupakan filem era 60-an yang mana situasi filem tersebut

banyak menunjukkan unsur-unsur Arab seperti dari segi pakaian, dialog atau perbualan

dan muzik walaupun masyarakatnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala, filem

Nur Kasih The Movie pula menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu moden.

Walaupun kebudayaan masyarakat Melayu sudah moden tetapi sebahagian besar mereka

masih berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Ini dapat dibuktikan melalui

pemilihan sesuatu pekerjaan yang lebih halal, bersolat dan tutur kata lebih ke arah

kebaikan.

2.1 Persamaan

Persamaan-persamaan budaya masyarakat Melayu boleh dilihat dalam beberapa

sudut yang tercermin dalam filem Melayu iaitu Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie

seperti agama, pemikiran terbuka dan penempatan atau rumah.

Dari sudut agama, menurut buku Kebudayaan Melayu terbitan Multimedia Sdn. Bhd.

(2014), sumbangan Islam kepada budaya Melayu amat besar kerana mendasari cara

hidup dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Namun yang penting, Islam mendasari

identiti Melayu. Kemasukan Islam semacam menjadi penentu takrif Melayu itu sendiri.

Hingga kini, yang dikatakan orang Melayu itu harus memenuhi tiga kriteria asas dan Islam

merupakan salah satu penciriannya.

Di samping mengubah cara kehidupan dan pandangan masyarakat Melayu, Islam

membentuk dan mempersiapkan masyarakat Melayu menghadapi era pemodenan tanpa

merubah pendiriannya kepada agama. Sifat keanjalan dalam agama Islam

memudahkannya menyerap ke dalam budaya Melayu. Maka itu dapat dikatakan bahawa

Islam dan kebudayaan Melayu tidak dapat dipisahkan dan sentiasa mempengaruhi

kehidupan masyarakat Melayu dalam apa jua lapangan. Nilai-nilai Islam itu sememangnya

sempurna dan diketahui bahawa kesempurnaan Islam mencakupi segala aspek

4

Page 5: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

kehidupan.

Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang telah diperkayakan akibat kedatangan

Islam ialah berubahnya pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu. Semua kenyataan

ini tercermin dalam filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie yang menggambarkan

pemikiran masyarakat Melayu walaupun berada dalam zaman moden tetapi masih

berpegang teguh terhadap pegangan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dalam

kenyataan kedua-dua filem tersebut seperti berikut :

…. rezeki saya bukan di tangan encik tapi di tangan Tuhan…. (Petikan filem Nur kasih

The Movie) dan …. kekayaan, kebahagiaan rumah tangga datangnya daripada Allah dan

bukannya daripada bapak… (Petikan filem Ahmad Albab).

Persamaan kedua boleh dilihat dari segi rumah atau penempatan. Menurut Wan

Abdul Kadir (1988), penempatan atau rumah masyarakat Melayu kini adalah secara tetap.

Selain itu, banyak dalam kalangan mereka yang sudah berjaya dalam pelajaran yang

membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan yang baik serta meningkatkan lagi

sistem ekonomi mereka. Walaupun masih ada yang mengamalkan sistem ekonomi sara

diri seperti meramu dan mencari hasil hutan tetapi pendedahan dengan masyarakat luar

menyebabkan hasil yang diperoleh bukan untuk kegunaan sendiri sahaja malah ia turut

dijual untuk mendapatkan wang tunai. Kebanyakan mereka tidak lagi menjadi penghuni

hutan serta mendiami rumah panjang seperti dahulu, sebaliknya mendiami rumah yang

berasaskan keluarga nukleus di perkampungan yang tetap (Juli Edo, 1993).

Persamaan rumah yang tercermin dalam filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The

Movie menunjukkan kedua-dua filem tersebut menggambarkan masyarakat Melayu

sebahagian besarnya sudah mempunyai rumah moden yang lengkap dengan pelbagai

jenis perabot, baik di dalam mahupun di luar rumah.

Persamaan seterusnya ialah dari segi pemikiran atau pandangan terbuka dalam

masyarakat Melayu. Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas (20 November 2014),

Pemikiran atau pandangan terbuka membawa maksud bahawa setiap individual tidak

harus menerima suatu idea yang diusulkan sebagai kebenaran tanpa dibuktikan oleh

pengetahuan dan logik. Para pemikir bebas (freethinkers) berusaha untuk membentuk

pendapat mereka berdasarkan fakta, penyelidikan ilmiah, dan prinsip logik yang

5

Page 6: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

memisahkan diri dari segala kekeliruan akal atau secara sadar membatasi pengaruh dari

kekuasaan, bias konfirmasi, bias kognitif, kebijaksanaan konvensional, kebudayaan

popular, prasangka, sektarianisme, tradisi, legenda urban dan dogma-dogma lainnya.

Mengenai agama, pemikir bebas berpendapat tidak ada bukti cukup untuk mendukung

suatu keberadaan dari fenomena supranatural.

Semuanya ini dapat digambarkan dalam Filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The

Movie. Pemikiran terbuka menyebabkan mereka bebas memberi pendapat tentang

sesuatu perkara yang berkaitan dengan situasi hidup mereka dan bebas melakukan

sesuatu tanpa ada halangan. Situasi ini dapat dibuktikan dalam kenyataan berikut :

…..kelab yang diminati ramai, ada muzik, tarian, hip hop dan segala-galanya…. Kenapa

tak sesuai? Sebab ada orang untuk minum air kencing setan atau sebab maksiat

bermaharajalela…. Awak tahu betapa sempitnya pemikiran awak… macam mana

usahawan Melayu nak maju kalau semua macam awak. Bangsa-bangsa lain berlumba-

lumba untuk cari projek…. (petikan Filem Nur Kasih The Movie)

….saya datang nak meminang anak Encik Anan…. Saya mana ada anak perempuan,

saya cuma ada seorang anak lelaki sahaja. Anak lelaki inilah saya hendak meminang….

Belum pernah orang buat begini? Orang tak pernah buat tapi saya buat….. (petikan Filem

Ahmad Albab)

Selain beberapa persamaan kebudayaan masyarakat Melayu yang tercermin dalam

filem Melayu Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie, terdapat juga perbezaan-perbezaan

yang boleh dilihat antaranya dari segi ekonomi, pakaian dan pengangkutan.

2.2 Perbezaan

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber

yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang

pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Menurut Wan Abdul Kadir

(1988), sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal

ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang

kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan

6

Page 7: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

lain-lain.

Dalam buku Kebudayaan Melayu, 2014 (Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan

Zalina dan Ratna Laila), dalam kehidupan masyarakat Melayu seharian, didapati unsur

etika atau budaya kerja yang mereka miliki diwarisi daripada orang tuanya secara turun-

temurun. Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu dulunya memiliki semangat waja dan

budaya kerja yang cemerlang di mana nilai-nilai ini mampu meningkatkan hakikat dan

martabat orang Melayu setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Budaya kerja masyarakat

Melayu telah diakui oleh banyak pihak kerana hal ini sangat ideal dengan budaya kerja

yang universal, terutama dalam kalangan dunia Islam. Orang-orang tua Melayu dulu

mengatakan “Berat tulang ringanlah perut”, maksudnya, orang yang malas bekerja

hidupnya akan melarat. Sebaliknya, “Ringan tulang beratlah perut” yang bererti siapa

yang bekerja keras, hidupnya pasti akan tenang dan lebih dari mencukupi. Berdasarkan

dua peribahasa Melayu ini, jelaslah bahawa masyarakat Melayu telah lama menyedari

kepentingan ekonomi dalam kehidupan mereka.

Kenyataan tersebut tercermin dalam kedua-dua filem Melayu iaitu Ahmad Albab dan

Nur Kasih The Movie yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Dalam filem Ahmad

Albab, menggambarkan ekonomi masyarakat Melayu dahulu lebih kepada ekonomi sara

diri seperti menggembala kambing dan menanam sayur-sayuran untuk dijual dan

kegunaan sendiri. Hasilnya begitu baik kerana masyarakat Melayu zaman dahulu hanya

bergantung hasil makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan dalam

kehidupan mereka. Pekerjaan mereka ini juga diwarisi oleh nenek moyang dan ibu bapa

mereka. Berbeza pula dalam filem Nur kasih The Movie, kebudayaan masyarakat Melayu

moden dalam ekonomi menggambarkan sebahagian masyarakatnya bekerja dalam

pejabat yang mempunyai pelbagai kelengkapan seperti komputer, alat pendingin hawa

dan sebagainya. Contoh pekerjaan seperti arkitek, kaunselor dan pengurus syarikat.

Perbezaan kedua dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang tercermin dalam

kedua-dua filem Melayu tersebut ialah melalui pakaian. Mengikut Sit Zainon Ismail

(2006), pakaian secara umumnya dikaitkan dengan fungsi penggunaan. Ia dipakai untuk

menutup tubuh bagi mengelakkan kesan panas atau dingin. Pada zaman prasejarah,

manusia menggunakan bahan sederhana sebagai pakaian. Manusia mengolah bahan

tersebut daripada alam semula jadi, jalinan serat tumbuhan seperti rumput, lalang atau

7

Page 8: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

kulit binatang sehinggalah zaman munculnya peradaban benang dan proses menenun.

Pakaian telah menjadi aspek budaya benda yang penting untuk meneruskan kehidupan.

Begitu juga dengan tradisi pakaian di wilayah budaya Melayu. Pakaian tradisional

Melayu tidak terbatas kepada pemakaian kain dan baju sahaja. Ia adalah sebahagian

kelengkapan adat istiadat masyarakat untuk memenuhi kehidupan yang meliputi nilai,

norma dan keindahan budaya Melayu. Pakaian cara Melayu memberi tumpuan kepada

masalah mencari dan menentukan identiti budaya Melayu. Wilayah budaya Melayu

sebagai lingkaran budaya memperlihatkan ciri persamaan pola budaya itu. Ini penting

kerana perbincangan tentang pakaian tradisional turut menjelaskan masyarakat dan etnik

asal penduduk dalam lingkaran budaya yang turut sama mengalami proses

perkembangan kebudayaan dalam tempoh tertentu.

Justeru, pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat

wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut pada abad ke-16

adalah kesinambungan pola asas yang berkembang di istana kerajaan Melayu Melaka

pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di

Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi.

Walaupun di sana sini ada unsur luar yang digunakan tetapi ia digabungkan secara

harmoni. Di sinilah ditemui persamaan ciri reka bentuk pakaian wilayah budaya Melayu

seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju panjang

Minangkabau yang umumnya dikenali sebagai baju teluk belanga. Keistimewaan konsep

pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional

Melayu yang diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu. Perbandingan pola baju

Melayu kurung Johor dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak lebih

memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk

melalui perkembangan sejarah dan budaya.

Oleh itu, jelaslah perbezaan dalam kedua-dua filem Melayu iaitu filem Ahmad Albab

dan Nur Kasih The Movie menggambarkan perbezaan yang ketara. Dalam Filem Ahmad

Albab, walaupun merupakan filem 60-an dan menggambarkan kebudayaan masyarakat

Melayu lama tetapi dari segi pakaian adalah moden dan berunsur kebaratan dan Arab

seperti sebahagian kaum perempuan memakai baju berlengan pendek, skirt dan seluar

panjang manakala kaum lelaki pula memakai kot dan baju berunsur Arab sama ada

8

Page 9: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

dalam sesuatu majlis atau pakaian seharian mereka di rumah.

Berbeza pula filem Nur kasih The Movie, walaupun digambarkan kehidupan

masyarakat Melayu ketika itu adalah moden tetapi sebahagian masyarakatnya memakai

pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berjubah bagi orang perempuan, manakala

sebahagian orang lelaki pula memakai baju Melayu dan bersongkok.

Perbezaan seterusnya dapat dilihat dari segi pengangkutan. Pengangkutan boleh

didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat

yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada

beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan

pengangkutan melalui jalan udara.

Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara

memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan

nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan

dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan

mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas

setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan zaman dahulu dan kini amat

berbeza kerana pengangkutan zaman dahulu lebih kepada menggunakan perahu kerana

jalan air menjadi sistem perhubungan yang utama serta binatang seperti lembu dan

kerbau sebagai pengangkutan jalan darat manakala zaman kini apabila pembangunan

ekonomi telah berkembang maka pengangkutan seperti kenderaan bermotor telah

digunakan.

Perbezaan ini jelas tercermin dalam filem Melayu Ahmad Albab dan Nur kasih The

Movie iaitu menggambarkan sebahagian kebudayaan masyarakat Melayu era 60-an

dalam filem Ahmad Albab menggunakan kereta lembu sebagai pengangkutan utama

manakala dalam filem Nur kasih the Movie pula menggambarkan sebahagian masyarakat

Melayu telah menggunakan kereta sebagai pengangkutan mereka. Perbezaan ini juga

adalah disebabkan pada zaman moden, ekonomi semakin berkembang dan maju maka

jalan raya telah dibina untuk memudahkan kenderaan bermotor seperti kereta mudah

bergerak.

9

Page 10: bmm 3142

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

3.0 RUMUSAN

Kesimpulan yang dapat diperoleh hasil banding beza budaya masyarakat Melayu

yang tercermin melalui filem era 60-an iaitu Ahmad Albab dan Filem terkini iaitu Nur Kasih

The Movie dalam beberapa sudut iaitu sosial dan ekonomi. Menurut Wan Abdul Kadir

(1988), Masyarakat Melayu khususnya, merupakan masyarakat yang unik kerana dapat

mengamalkan dan mempelajari pelbagai budaya sehinggakan dapat melahirkan satu

budaya yang baharu hasil daripada percantuman budaya lain. Nilai hidup yang baik

daripada budaya bangsa lain, jika dahulu dianggap asing tetapi kini ia sudah boleh

diterima dan menjadi sebahagian daripada budaya yang diamalkan dengan sempurna.

Selain itu, perubahan masyarakat Melayu daripada masyarakat tradisional

kepada masyarakat moden, berikutan kedatangan Barat yang bermula pada akhir abad

yang ke-19 ini juga merupakan suatu tahap yang melibatkan berbagai-bagai perubahan

dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. Para pengkaji bersetuju kedatangan

pengaruh Barat dijadikan landasan pemisahan antara masyarakat tradisional dengan

masyarakat moden. Unsur-unsur budaya Barat senang berkembang dan mudah diterima

oleh penduduk tempatan kerana Barat dianggap moden dan beradaban tinggi (Buku Isu-

isu Budaya dalam Pembangunan Sosial, 2008).

10