BMM-JAILANI

40
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Disediakan oleh: MUHD JAILANI BIN AB.RAHMAN ( 830410 – 03 – 5867 ) UNIT PJMB PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2011 Untuk Perhatian: EN.IBRAHIM BIN YUSOFF JABATAN BAHASA MELAYU 1

description

asgmnt.

Transcript of BMM-JAILANI

Page 1: BMM-JAILANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

BMM 3101PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Disediakan oleh:

MUHD JAILANI BIN AB.RAHMAN( 830410 – 03 – 5867 )

UNIT PJMB

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENDIDIKAN JASMANIAMBILAN JUN 2011

Untuk Perhatian:EN.IBRAHIM BIN YUSOFF

JABATAN BAHASA MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

21 SEPTEMBER 2013

1

Page 2: BMM-JAILANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: BMM3101

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER:

TARIKH MULA: 24 Julai 2013 TARIKH HANTAR: 24 Ogos 2013

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2. Menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap;3. Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran – kemahiran bahasa;4. Menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah dalam

langkah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4

Objektif Projek

1. Menghuraikan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran serta mengolahkannya dengan menarik dalam bentuk pengurusan grafik.

2. Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa.

2

Page 3: BMM-JAILANI

3. Merancang satu contoh aktiviti pembelajaran bahasa Melayu dengan memilih salah satu aspek dalam Kemahiran Bernilai Tambah

4. Menulis refleksi berkaitan dengan tugasan yang dihasilkan dengan tepat dan penggunaan bahasa yang berkesan..

Tajuk Projek

Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Tugasan Projek ()

Kursus ini menjelaskan dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi aspek falsafah, objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis), konsep “5P”, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah, dan sistem bahasa.

Berdasarkan pernyataan di atas, secara individu anda dikehendki menghasilkan tugasan seperti di bawah berteraskan Kurikulum Bersepadu bahasa Melayu(KBSR)

1. Memembuat kajian tentang falsafah, objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan menulis semula dalam bentuk nota ringkas dan pengurusan grafik yang menarik dan berkesan.(20%)

2. Berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang anda kaji dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR, pilih dan analisis sekurang- kurangnya dua kemahiran bahasa untuk dihuraikan dalam bentuk essei yang lengkap.(20%)

3. Mengaplikasikan satu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahap dua dengan memasukkan aspek Pengisian Kurikulum dan sekurang-kurangnya dua aspek Kemahiran Bernilai Tambah .Berikan justifikasi anda mengapa anda memilih aspek tersebut. (40%)

4. Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. (20%)

3

Page 4: BMM-JAILANI

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK

1. Tugasan ini ialah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara berkumpulan untuk mengumpul data dan maklumat

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.

ii. Fon yang digunakan ialah Arial bersaiz 11 dan ditulis dengan langkau 1.5 sahaja

iii. Bahan rujukan dengan kadar minimun tiga buah buku menggunakan sistem APA.

iv. Panjang tugasan adalah antara 2,500-3,000 patah kata dan tidak melebihi 20

muka surat (termasuk lampiran semua bahan sokongan projek seperti

gambar,carta, transkripsi temu bual dan sebagainya.)

v. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali

5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan kandungan isi yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Isi,fakta dan huraian tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Matlamt, Objektif dan Organisasi Kandungan.

b. Menganalisis Kemahiran-kemahiran Bahasa dalam Hasil Pembelajaran.

c. Menghasilkan satu contoh aktiviti Pembelajaran bahasa Melayu dengan memilih dua aspek dalam Kemahiran Bernilai Tambah dan Pengisisn Kurikulum dan memberikan justifikasinya.

d. Menulis refleksi yang menunjukkan kefahaman terhadap setiap soalan tugasan.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda secara ilmiah

4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas. dan koheren.

5. Penulisan tugasan hendaklah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

4

Page 5: BMM-JAILANI

7. Rujukan perlulah daripada sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan(sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 Internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain.

Tugasan disediakan oleh: Disemak Oleh:

........................................ ..................................................

(IBRAHIM BIN YUSOF) PN.HJH AMANAH BT MD.NOOR

Penyelaras Kursus Pengajian Kurikulum Pakar Bidang (SME)

Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian Melayu

Jabatan Pengajian Melayu IPGK Raja Melewar

IPGK Raja Melewar

Disahkan Oleh:

(AZMI BIN AYUB)

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Jabatan Pengajian Melayu

IPGK Raja Melewar

5

Page 6: BMM-JAILANI

BIODATA

PROFIL DIRI

NAMA PENUH :MUHD JAILANI BIN AB.RAHMAN

NO. KAD PENGENALAN :830410035867

IPGM. ID. NO :G611NMPJMB5867

UNIT :PJMB

JABATAN :JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWAR

ALAMAT KEDIAMAN :PT 7235 TAMAN MESRA,

PERSIARAN RAYA,18300 GUA MUSANG,

KELANTAN.

ALAMAT SEKOLAH :SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MUHAMMAD FAKHRY PETRA,

18300 GUA MUSANG, KELANTAN.

NO. TELEFON :012 – 9449 237

EMAIL :[email protected]

6

Page 7: BMM-JAILANI

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : MUHD JAILANI BIN AB.RAHMAN

KUMPULAN : PJMB PPG AMBILAN JUN 2011

KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

JASMANI SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH PEMBIMBING : EN.IBRAHIM BIN YUSOF

MATAPELAJARAN : BMM 3101

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN TANDATANGAN

24/8/2013 Membincang dan menerima penjelasan tentang tugasan

25/8/2013 Berjumpa rakan di dalam kelas untuk perbincangan

7/9/2013 Membuat kerja kumpulan untuk mengumpulkan bahan

C

14/9/2013 Mengumpulkan bahan untuk membuat kerja kursus dan berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk membuat pembetulan bahan rujukan

21/9/2013 Menghantar bahan tugasan kepada pensyarah pembimbing

7

Page 8: BMM-JAILANI

HALAMAN PENGAKUAN

“ Dengan ini saya mengaku bahawa tugasan “ Pengajian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah ” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

rujukan, nukilan dan juga jurnal yang tiap-tiap satunya saya telah nyatakan

sumbernya”.

Nama : Muhd Jailani bin Ab.Rahman

Tarikh : 21 September 2013

Tandatangan,

……………………………………….

MUHD JAILANI BIN AB.RAHMAN

8

Page 9: BMM-JAILANI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah

kurniaNya dapat saya menyiapakan kerja kursus “Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah” ini dengan jayanya. Oleh itu suka saya mengambil kesempatan

di sini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada En Ibrahim bin Yusof dan kerana

telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan saya ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan juga

rakan-rakan dari kelas PJM A & B yang banyak membantu dalam perbincangan

sepanjang saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Penglibatan mereka dalam

perbincangan, perkongsian pandagan dan juga ulasan telah banyak memberikan jalan

penyelesaian sepanjang saya meyiapkan kerja kursus ini amatlah saya hargai, segala

jasa jasa yang ditaburkan akan dikenang setiap waktu.

Akhir sekali saya berharap agar segala hasil tugasan saya ini menepati kehendak

pensyarah dan akan menjadi panduan kepada pelajar-pelajar lain dalam menyiapkan

tugasan seperti ini.

Sekian terima kasih.

9

Page 10: BMM-JAILANI

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sememangnya menjadi rujukan dan

panduan serta hala tuju kepada institusi pendidikan bagi mencapai matlamat-matlamat

yang menjadi agenda nasional kerajaan terutama dalam melahirkan modal insan minda

kelas pertama seterusnya mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Justeru, dalam usaha mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan

matlamat pendidikan negara kurikulum mata pelajaran juga perlu relevan dan selari

dengan FPK. Maka, Kurikulum Bahasa Melayu juga telah digubal bagi memenuhi hasrat

FPK yang menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.

Untuk itu, tugasan BMM 3101: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA

MELAYU SEKOLAH RENDAH pada kali ini mengkehendaki pelajar untuk menyediakan

folio yang mengandungi bahan-bahan berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu

pelajar perlu menyediakan nota ringkas dan grafik berhubung perkara-perkara di atas

ditambah dengan komponen utama kemahiran bahasa, konsep 5P, Pengisian Kurikulum

dan Kemahiran Bernilai Tambah dan akhirnya menyediakan satu contoh rancangan

pengajaran harian tahap dua dengan memasukkan aspek-aspek 5P dan Kemahiran

Bernilai Tambah.

10

Page 11: BMM-JAILANI

1.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

11

Page 12: BMM-JAILANI

Gambar rajah 1: Aspek-aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

12

Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung sepanjang hayat.Proses pendidikan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan

P e n d i d i k a n s u a t u u s a h a b e r t e r u s a n

Pendidikan seharusnya memberi peluang individu mengembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.

P e r k e m b a n g a n p o t e n s i i n d i v i d u s e c a r a m e n y e l u r u h

d a n b e r s e p a d u

Keseimbangan empat aspek JERI menjadikan individu memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.

I n s a n y a n g s e i m b a n g d a n h a r m o n i s

Keupayaan menguasai 3M: Membaca, Menulis dan Mengira.Kemahiran berfikir kreatif, kritikal dan reflektif.

U n s u r i n t e l e k

Percaya kepada Tuhan.Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai murni.

U n s u r r o h a n i

Emosi matang dan stabil.Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

U n s u r e m o s i

Sedar kepentingan kesihatan dan kembang bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta memanfaatkan untuk masyarakat.

U n s u r j a s m a n i

Mengakui kewujudan Tuhan sebagai Pencipta sekalian alam.Mengamalkan ajaran agama yang dianuti.

K e p e r c a y a a n d a n k e p a t u h a n k e p a d a T u h a n

Berusaha memupuk budaya ilmu.Mempunyai pemikiran yang luas dan terbuka.

R a k y a t M a l a y s i a y a n g b e r i l m u p e n g e t a h u a n

Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Memupuk pembawaan diri yang baik.

R a k y a t y a n g b e r k e t e r a m p i l a n

Amal nilai-nilai murni dan moral. Menyedari tugas adalah amanah, bersih dan cekap.

B e r p e r i b a d i m u l i a d a n b e r t a n g g u n g j a w a b

Berfikiran waras dan berjiwa tenang.mempunyai daya tahan yang kuat.

K e s e j a h t e r a a n d i r i

Berusaha memajukan negara dari pelbagai aspek antaranya ekonomi berdasarkan syarat yang ditetapkan.Mematuhi perlembagaan negara.

M e m b e r i s u m b a n g a n t e r h a d a p k e h a r m o n i a n d a n

k e m a k m u r a n k e l u a r g a , m a s y a r a k a t d a n n e g a r a .

Page 13: BMM-JAILANI

1.1 Komponen Utama Kemahiran Berbahasa

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah menyatakan terdapat empat kemahiran bahasa iaitu:

i. Kemahiran Mendengar

Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan

menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,

serta dapat memberikan maklum balas.

ii. Kemahiran Bertutur

Merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin

hubungan, menyampaikan maklumat, perasaan, pendapat serta idea yang

kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan.

Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa

yang betul.

iii. Kemahiran Membaca

Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,

jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan sebagai bahan ilmu dan sastera secara kritis

dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan disamping murid

berkeupayaan menghayati teks bacaan.

iv. Kemahiran Menulis

Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan

ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang

jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti dalam

menghasilkan penulisan ilmiah dan imaginatif.

13

Page 14: BMM-JAILANI

Gambar rajah 2: Komponen Utama Kemahiran Bahasa

14

Komponen Utama

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendengar

Mendengar dengan teliti

Memahami dan menghayati perkara

yang didengar

Dapat memberikan maklum balas

Kemahiran Bertutur

Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan

Menyampaikan makumat

Meluahkan perasaan

Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis dengan

intonasi yang betul

Penekanan pada pengucapan menggunakan tatabahasa yang

betul

Page 15: BMM-JAILANI

Gambar rajah 3: Perincian Kemahiran-kemahiran berbahasa

1.2 Konsep 5P

Konsep 5P adalah merupakan sebahagian daripada strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 5P yang dimaksudkan

ialah:

a) Penggabungjalinan

Ia merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak sama ada berlaku

antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau

dalam bidang yang sama (intra bidang). Selain itu, aspek tatabahasa, kosa

kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Unsur-unsur yang

digabungjalinkan dapat dilihat dalam huraian berikut:

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis boleh digabungkan dalam proses P&P sekurang-

kurangnya antara dua kemahiran. Contohnya kemahiran berbahasa,

mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran

15

Kemahiran Membaca

Membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran

yang betul.

Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan

Keupayaan menghayati teks bacaan

Kemahiran Menulis

Keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan kreatif

Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang

jelas dan kemas

Galakkan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan ilmiah

dan imaginatif.

Page 16: BMM-JAILANI

membaca. Ia bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang

ditetapkan.

Tatabahasa boleh digabung secara terancang dengan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

b) Penyerapan

Merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, dan kemahiran

bernilai tambah dalam P&P Bahasa Melayu. Penyerapan yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:

Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu

serta tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan

kemasyarakatan.

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia

yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

hendaklah diserapkan dalam P&P. Nilai murni dan ilmu dapat

diserap ke dalam diri murid secara langsung atau tidak langsung.

Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan

kemahiran-kemahiran berbahasa. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

Bahasa Melayu kini memberi penekanan kepada kemahiran berfikir

kreatif dan kritis dalam P&P.

Kemahiran bernilai tambah juga perlu diserapkan dengan mengambil

kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid

serta sumber sedia ada.

c) Pengayaaan

Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid mempunyai

tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat yang berbeza-beza. Murid

yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dari jangka masa yang

ditetapkan boleh diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sama

dengan bimbingan guru atau bersendirian.

16

Page 17: BMM-JAILANI

d) Pemulihan

Aktiviti pemulihan diberikan/ disediakan untuk membantu murid menguasai

hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilakukan mengikut

kadar kemampuan murid.

e) Penilaian

Ia merupakan sebahagian daripada proses P&P yang bertujuan bagi

mendapatkan maklumat menentukan pencapaian sesuatu hasil

pembelajaran dan objektif P&P. Justeru, penilaian secara berkala dan

berterusan perlu dilakukan serta tindakan susulan bagi mengetahui tahap

penguasaan dan pencapaian murid.

Gambar rajah 4: Konsep 5P dalam pengajaran Bahasa Melayu

17

Konsep 5P

Penggabung-jalinan

Penyerapan

PengayaanPemulihan

Penilaian

Page 18: BMM-JAILANI

18

Penggabung-jalinan

Penguasaan beberapa

kemahiran serentak sama ada inter

bidang atau intra bidang

Aspek tatabahasa, kosa kata dan

peribahasa turut digabungjalinkan

Kemahiran bahasa digabungkan dalam

proses P&P sekurang-kurangnya

antara dua kemahiran

Penyerapan

Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, dan kemahiran

bernilai tambah dalam P&P Bahasa Melayu

Penyerapan kemahiran bernilai

tambah

Penyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis

Penyerapan semangat

patriotisme dan nilai murni dalam P&P

Page 19: BMM-JAILANI

19

Pengayaan

Diberi penekanan mengikut tahap

kebolehan, bakat, keupayaan dan minat

murid

Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti

yang lebih mencabar kepada murid yang sudah mencapai hasil pembelajaran awal

dari jangkaan masa

Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan

bimbingan guru atau sendirian mengikut kebolehan murid

Pemulihan

Aktiviti pemulihan bertujuan membantu

murid menguasai hasil pembelajaran yang

belum dicapai

Aktiviti dilakukan mengikut kadar

kemampuan murid

Page 20: BMM-JAILANI

Gambar rajah 5: Perincian Konsep 5P

1.3 Pengisian Kurikulum

Elemen dalam pengisian kurikulum merupakan elemen yang diserap dalam

konteks kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran. Elemen

yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar rajah berikut:

Gambar rajah 6: Pengisian Kurikulum

20

Penilaian

Bertujuan bagi mendapatkan

maklumat untuk menentukan

pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan

objektif P&P

Penilaian dilakukan secara berkala dan

berterusan serta tindakan susulan bagi

mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid

Pengisian Kurikulum

Ilmu Nilai Kewarga-negaraan

Peraturan Sosiobudaya

Page 21: BMM-JAILANI

21

Ilmu Merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplinContoh: Sains dan Geografi boleh memperkembangkan ilmu dan kemahiran berbahasaTermasuk perkara yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam P&P

Nilai:-Pengajaran Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan modal insan yang berakhlak mulia.-Nilai-nilai murni yang ada adalah:-Baik hati -Kejujuran -kesyukuran-Berdikari -Kerajinan -Patriotisme-Hemah tinggi -Kerjasama -Rasional-Hormat -Kesederhanaan -Kekitaan-Kasih sayang -Keadilan -Kebebasan-Keberanian -Kebersihan

Page 22: BMM-JAILANI

Gambar rajah 7: Perincian Pengisian Kurikulum

1.4 Kemahiran Bernilai Tambah

22

Kewarganegaraan

-Penyerapan unsur patriotisme dalam BM mengutamakan semangat cinta dan taat akan tanah air.-Ia bertujuan melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen terhadap negara dan bangsa.

Peraturan Sosiobudaya

-Meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan masyarakat Malaysia.-Peraturan ini cerminan peribadi masyarakat Malaysia.

Page 23: BMM-JAILANI

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4 (2003: 13)

menyatakan, kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam

bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario

dunia global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan adalah seperti

berikut:

Gambar rajah8: Kemahiran-kemahiran bernilai tambah

23

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Pembelajaran Konstruktivisme

Kecerdasan Pelbagai

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Kontekstual

Kreativiti dan Inovasi

Page 24: BMM-JAILANI

24

Kemahiran Berfikir-Diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritis.

Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi.

Contoh: menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat internet.

Page 25: BMM-JAILANI

25

Kemahiran Belajar Cara Belajar

perlu diajar supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran berkesan.

penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi cabaran dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dapat melahirkan murid yang membina pemahaman berdasarkkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin, faham, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Page 26: BMM-JAILANI

26

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-runag, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

Menjadi tanggungjawab guru untuk memperkembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lalu, kini dan akan datang.

ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

Page 27: BMM-JAILANI

Gambar rajah 9: Perincian Kemahiran Bernilai Tambah.

27

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.

-Pembelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir.-Berlaku apabila murid dapat menghubungkait pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati dalam kehidupan mereka.

Kemahiran Kreativiti dan Inovasi

-Merupakan aspek baharu yang dititiberatkan dalam Kurikulum Standard sekolah Rendah (KSSR)

Merujuk kepada kebolehan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif.

Inovasi merujuk kepada proses menjana dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. kreativiti dan inovasi saling berkait bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan.

Page 28: BMM-JAILANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Rajin

Bilangan Murid : 30 orang

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Perayaan di Malaysia

Tarikh : 12 April 2011

Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i. Murid dapat menyatakan tentang pengalamanmereka

menyambut perayaan secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara

lisanmengenai perayaan di Malaysia.

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai

pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing

dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Fokus P&P :

1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian denganmenggunakan

kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang

sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar

denganmenggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan

memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan

padaintonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks

tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan

ayatmajmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi

28

Page 29: BMM-JAILANI

Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan

Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):

i) Kemahiran Berfikir :

Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran mengkategori.

ii) Kemahiran Belajar :

Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

iii) Kecerdasan Pelbagai :

Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

iv) Pembelajaran Kontekstual:

Murid dapat menceritakan pengetahuan danpengalaman mereka mengenai

perayaan yangterdapat di Malaysia dengan cara berdialog danmembina

ayat dengan menggunakan ayat mudah.

v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi:

Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.

BBM : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Konsep 5P : i) Penggabungjalinan

ii) Pengayaan

iii) Pemulihan

iv) Penilaian

v) Penyerapan

Masa/

Langkah

Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan

Set

induksi

(5 minit)

Murid ditayangkan

power point yang

berkaitan dengan

jenis-jenis

perayaan yang

terdapat di

Malaysia.

i) Murid diminta untuk

melihat paparanpower

point dan menghayatinya.

ii) Murid diminta untuk

membezakan

jenisperayaan mengikut

kaum danmenceritakan

5P:Penggabungjalinan

dan penyerapan

KBT:

Kemahiran berfikir-

membuat perbezaan

Pembelajaran

29

Page 30: BMM-JAILANI

pengalaman mereka.

iii) Guru menjelaskan tujuan

aktiviti dantajuk

pengajaran yang akan

diajar pada hari tersebut.

kontekstual-kaitan

tajuk dengan

pengalaman murid.

BBM:

Power point point

Langkah 1

(15 minit)

Guru memberi teks

cerita yang bertajuk

“Perayaan Di

Malaysia” melalui

power point.

i) Murid dikehendaki untuk

mengkliksalah satu

pautan yang disediakan.

ii) Murid diminta membaca

petikan itusecara individu

dengan kuat danmengikut

intonasi serta gaya yang

betul.

iii) Murid-murid yang lain

dikehendakimendengar

dan meneliti teks

sambilmemahami petikan

tersebut.

iv) Kemudian guru bersoal

jawab dengan murid

berkaitan dengan petikan

tersebut.

KBT:

Kemahiran Teknologi

Maklumat-murid

mendapat peluang

menggunakan

komputer untuk klik

pautan.

BBM:

Teks petikan dan

power point.

Kemahiran Bahasa:

Kemahiran

mendengar, bertutur

dan membaca.

Langkah 2

(15 minit)

Guru mengadakan

perbincangan

kumpulan antara

murid-murid dan

melakukan

pembentangan

melalui power

point.

i) Murid dibahagikan

kepada

beberapakumpulan.

ii) Murid diminta untuk

berada dalamkumpulan

dan membuat

perbincangan.

iii) Murid dikehendaki

membentangkanperbeza

KBT:

Menghubungkait,

pembelajaran

kontekstual dan

menjana idea

30

Page 31: BMM-JAILANI

an antara perayaan

yangterdapat di Malaysia

dan bandingkan dengan

pengetahuan dan

pengalaman mereka.

iv) Kemudian kumpulan

yang berjayamenyiapkan

dahulu

akanmembentangkan

hasil

perbincanganmereka dan

mereka akan mendapat

ganjaran.

v) Guru bertanya berkaitan

dengan tajuk dan

pengetahuan sedia ada

mereka.

Nilai:

Hormat- menghormati

dan kerjasama.

BBM:

Power point

Langkah 3

(20 minit)

Guru memberi

latihan kepada

murid-murid.

Aktiviti Pengayaan

iaitu:

Menulis karangan

pendek

berdasarkan

tajuk yang diberi.

Aktiviti Pemulihan:

Menyiapkan

petikan yang

diberikan dengan

mengisi tempat

i) Guru terlebih dahulu

menyoal murid sama ada

mereka memahami tajuk

pengajaran padahari

tersebut atau tidak.

ii) Guru memberi latihan

kepada muridiaitu

membuat karangan

pendekmengenai

perbezaan perayaan

diMalaysia.

iii) Guru membimbing

kumpulan muridyang

memerlukan pemulihan

denganmenyediakan teks

cerita yang

5P:

Penggabungjalinan,

pengayaan, pemulihan

dan penilaian

KBT:

Kmeahiran berfikir-

membuat inferens

Kemahiran Bahasa:

Kemahiran menulis

dan bertutur.

Nilai:

Menghargai,

31

Page 32: BMM-JAILANI

kosong. perludilengkapkan

dengan mengisi

tempatkosong.

kerjasama dan tekun.

BBM:

Lembaran kerja/

kertas latihan.

Penutup

(5 minit)

Guru membuat

rumusan mengenai

pengajaran yang

telah diajar dan

menanyakan

soalan kepada

murid akan apa

yang mereka telah

pelajari.

Guru juga

menayakan nilai-

nilai murni yang

terdapat semasa

sesi pengajaran

dan

pembelajaran.

i) Murid digalakkan supaya

mengumpulmaklumat

tambahan daripada

bahan-bahan yang lain

bagi

menambahkanpengetahu

an mereka.

ii) Murid juga menyatakan

nilai-nilai murniyang telah

dipelajari pada hari

tersebut.

Nilai-nilai murni :

-Menghargai

-Bersyukur

-Menghormati

-bekerjasama

2 .BERDASARKAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Kecerdasan Pelbagai

Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana

masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan

perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

32

Page 33: BMM-JAILANI

Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu, yang pertama verbal –

linguistik. Kecerdasan ini menunjukkan kebolehan menggunakan kata-kata secara

berkesan dalam aktiviti lisan dan penulisan. Kebolehan mengingat maklumat,

menyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri merupakan antara

kategori kecerdasan verbal linguistik.

Kedua, kecerdasan logik-matematik, iaitu kebolehan menggunakan nombor

secara berkesan dan bijak berhujah. Kategori ini termasuklah memahami kelompok

nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Ketiga, kecerdasan visual ruang, iaitu kebolehan mengesan dan menggambarkan

bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea

visual dan ruang secara grafik.

Keempat ialah kecerdasan kinestatik, iaitu kebolehan menggunakan badab untuk

menyatakan idea , perasaan dan menyelesaikan masalah.

Kelima, kecerdasan muzik, iaitu kebolehan mengesan irama dan lagu, mengenal

lagu yang mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi

yang mudah.

Keenam, kecerdasan interpersonal, iaitu kebolehan memahami perasaan ,

motivasi , tabiat serta hasrat orang lain. Ketujuh ialah kecerdasan intrapersonal, iaitu

kebolehan memahami diri sendiri daripada segi kekuatan , kelemahan, hasrat dan

kehendak. Kecerdasan ini dapat membantu individu menangani perasaan , beradap

sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

Kelapan, kecerdasan naturalis, iaitu kebolehan mengenali dan mengaplikasi

tumbuh-tumbuhan , galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai

flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya daripada

segi pakaian.

33

Page 34: BMM-JAILANI

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang

melibatkan pelajar untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan

yang sedia ada dalam dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru

dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh

membantu pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan

dan seterusnya pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau

fasilitator dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat

melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka

sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Pembelajaran Kontekstual

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila

pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu

sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan

mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka

sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan

mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan

persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang

diterima akal dan kelihatan bermakna. Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk

berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke

matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan

juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan.

Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit

34

Page 35: BMM-JAILANI

yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan

pembelajaran dengan kehidupan mereka.

3. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH.

Terdapat tujuh kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,

kecerdasan pelbagai, konstruktivisme dan kontekstual. Guru perlulah sentiasa

menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan menekankan aspek

persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran

yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

1. Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang  dengan kemahiran

mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Jenis kemahiran berfikir yang sering

disebut dalam Bahasa Melayu ialah mencirikan, mengkelaskan, mengumpulkan,

mengkategorikan, membanding dan membeza, mengenalpasti sebab dan akibat,

meringkas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. (Idris Mohd Radzi,

2006:3). Jenis kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan membolehkan

kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan

serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti

yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan

supaya murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping membantu

proses perkembangan kognitif mereka. Contohnya, dalam pengajaran pemahaman, guru

boleh meminta anak muridnya supaya membaca dan menjawab soalan pemahaman

yang disediakan. Soalan yang diberikan haruslah bertumpu kepada soalan yang

memerlukan pandangan dan pendapat murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsangan

35

Page 36: BMM-JAILANI

seperti gambar, carta, jadual dan bahan lain juga perlulah bersifat merangsang

kemahiran berfikir murid-murid.

2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan

untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di sekolah.

Dengan perubahan yang dilakukan ini, murid-murid di sekolah dapat

menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi. Contohnya, murid dapat mengahantar

dan menerima e-mail.  Secara tidak langsung, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi ini juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara guru dengan

murid. Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian

komputer dalam menyempurnakan tugasan harian. Proses P&P juga akan menjadi lebih

berkesan apabila murid-murid dapat megakses maklumat yang terdapat di dalam

internet. Semua aktiviti ini seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya

sebelum murid-murid mampu melaksanakannya sendiri.

 

36

Page 37: BMM-JAILANI

37

Page 38: BMM-JAILANI

RUJUKAN

Choong lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber internet:

http://science018.blogspot.com

http://www.moe.gov.my

http://syiqinradi87.tripod.com

38