BMM - M2

download BMM - M2

of 104

Transcript of BMM - M2

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHKEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN 1.0 2.0Disediakan Oleh: Azijah Binti Jaang Nazifa Binti Mohd Hanipah Nur Syazwani Binti SanusiPISMP PSV JAN 11

KEMAHIRAN BAHASAKemahiran Mendengar Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

PISMP PSV JAN 11

TAHUN 11.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PISMP PSV JAN 11

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebuatan, intonasi dan nada yang sesuai.Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyatakan butiran tentang maklumat asas diri. 2. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan. Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menceritakan latar belakang diri sendiri. 2. Mengucapkan kata yang sesuai dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan kata penggilan dan katan ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Simulasi memanggil rakan atau orang lain dengan kata panggilan yang sesuai. 2. Menggunakan panggilan yang sesuai dalam perbualan. Aras 3 1. Menceritakan tentang latar belakang keluarga dan rakan. 2. Main peranan menegur rakan secara sopan.

Aras 3 1. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 2. Menyatakan perasaan dan teguran secara berterus terang dengan sopan dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar sesuatu perbualan dengan teliti untuk mendapat maklumat. 2. Mengemukakan soalan bertumpu dalam perbualan. 3. Menjawab soalan secara bertatasusila.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menggunakan teknik demonstrasi untuk tujuan menyoal dan menjawab secara bertatasusila bagi memperoleh maklumat.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Mengemukakan soalan bertumpu 1. Menyoal rakan atau orang lain dan bercapah untuk mendapatkan untuk mendapatkan respons. respons. 2. Memberikan jawapan terhadap 2. Menjawab pertanyaan dengan soalan yang dikemukakan oleh spontan. orang lain. Aras 3 1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai semasa bersoal jawab 2. Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan sopan. Aras 3 1. Menjalankan sesi soal jawab dalam kumpulan berdasarkan gambar.

PISMP PSV JAN 11

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar arahan serta pesanan dengan teliti. 2. Menyatakan arahan serta pesanan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Melakonkan aktiviti menyampaikan pesanan kepada orang lain.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengecam perkataan berbentuk arahan serta pesanan. 2. Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul. Aras 3 1. Menyatakan arahan dengan intonasi yang betul dan cara yang menyakinkan. 2. Melakukan arahan serta pesanan dengan betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menyebut perkataan arahan yang biasa didengar. 2. Menyampaikan pesanan yang diterima daripada guru kepada ibu bapa. Aras 3 1. Melakonkan situasi memberikan arahan kepada rakan untuk ke perpustakaan.

PISMP PSV JAN 11

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memberitahu kemahuan kepada seseorang secara bertatasusila. Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Memberitahu kemahuan kepada rakan secara sopan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengemukakan permintaan secara telus dan bertatasusila dengan bahasa yang mudah difahami. Aras 3 1. Meminta keizinan untuk memenuhi keperluan dengan bersopan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Meminta rakan membantu membawa buku ke bilik guru.

Aras 3 1. Melakonkan situasi anak meminta kebenaran daripada seorang ayah untuk ke rumah rakan.

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN SESUATU PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI.

PISMP PSV JAN 11

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menamakan dan menyatakan ciriciri benda maujud dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menamakan dan menyebutkan ciriciri benda maujud. 2. Menerangkan sifat benda maujud dengan menggunakan ayat yang lengkap.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menceritakan perkara yang terdapat dalam gambar dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul. Aras 3 1. Bercerita tentang sesuatu perkara berdasarkan bahan rangsangan dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menyebutkan perkataan yang berkaitan dengan gambar. 2. Menceritakan tentang gambar yang ditunjukkan. Aras 3 1. Menyampaikan cerita berdasarkan bahan rangsangan dengan cara yang menarik.

PISMP PSV JAN 11

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memberitahu sesuatu perkara yang didengar dengan menggunakan perkataan yang tepat.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menjalankan simulasi menceritakan perkara yang didengar kepada orang lain.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menyatakan perkara-perkara penting berdasarkan bahan rangsangan. Aras 3 1. Memaklumkan perkara yang dilakukan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Sebutkan maklumat dalam gambar.

Aras 3 1. Memberitahu orang lain tentang tugas yang dibuat.

PISMP PSV JAN 11

TAHUN 21.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL.

PISMP PSV JAN 11

1.1 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 2. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Bercerita tentang hobi sendiri dan hobi rakan. 2. Berbual tentang perkara-perkara yang dilakukan pada masa lapang. 3. Melakonkan situasi membantu rakan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Menggunakan kata panggilan dan 1. Melakukan situasi bertemu dengan kata ganti diri yang sesuai mengikut pelawat di sekolah. situasi dalam perbualan. Aras 3 1. Menyatakan perasaan dan teguran secara berterus-terang dengan sopan dalam perbualan. Aras 3 1. Menegur rakan yang suka menggangu orang lain secara bersopan. 2. Memuji secara berterus-terang.

PISMP PSV JAN 11

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mengemukan pelbagai soalan untuk mendapatkan respons. 2. Menberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menjalankan aktivit secara berpasangan. 2. Menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah dengan menggunakan kata tanya. 2. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Memilih kata tanya yang sesuai untuk menyoal. 2. Menyoal rakan berkaitan gambar yang ditunjukkan. 3. Memberikan jawapan bagi soalan yang dikemukakan secara bertatasusila. Aras 3 1. Menyenaraikan perkara-perkara yang menarik berkaitan sesuatu topik. 2. Bersoal jawab tentang topik yang dikemukakan.

Aras 3 1. Bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan sesuatu topik.

PISMP PSV JAN 11

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar dan memahami arahan atau pesanan dengan teliti. 2. Menyatakan arahan atau pesanan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Melaksanakan arahan berdasarkan kad arahan yang dipilih.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengecam perkataan berbentuk arahan serta pesanan. 2. Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul. Aras 3 1. Memaklumkan arahan serta pesanan yang diterima secara jelas, tepat dan tersusun. 2. Melakukan arahan serta pesanan dengan betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menyenaraikan perkataan berbentuk arahan atau pesanan. 2. Melakonkan situasi menyampaikan pesanan. Aras 3 1. Membaca nota pesanan yang diterima. 2. Menyampaikan pesanan.

PISMP PSV JAN 11

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mengemukan permintaan untuk mendapatkan kebenaran secara sopan. Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menjalankan main peranan situasi sekolah.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Meminta keizinan untuk memenuhi 1. Menggunakan ayat yang sesuai keperluan dengan bersopan. untuk mendapatkan keizinan.

Aras 3 1. Memohon kebenaran untuk melakukan sesuatu tugasan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan jelas.

Aras 3 1. Melakukan aksi meminta kebenaran daripada guru untuk melakukan sesuatu tugas.

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI

PISMP PSV JAN 11

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Murid bercerita tentang aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Murid mendengar dan menonton cerita. 2. Menyampaikan cerita yang didengar atau ditonton dengan bahasa yang betul dan gaya yang menarik. Aras 3 1. Memilih cerita yang sesuai untuk disampaikan. 2. Bercerita tentang cerita yang dipilih.

Aras 3 1. Bercerita tentang sesuatu perkara berdasarkan sesuatu situasi dengan menggunakan bahasa yang betul. 2. Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.

PISMP PSV JAN 11

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Mengenalpasti maklumat berkaitan gambar. 2. Menyatakan maklumat yang diperoleh daripada gambar.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Murid membaca petikan yang diberikan. 2. Berbincang secara berpasangan untuk mengenal pasti maklumat. 3. Membina ayat yang betul berpandukan maklumat

Aras 3 Aras 3 1. Menyatakan kesimpulan awal 1. Murid membaca perenggan tentang sesuatu perkara dengan pertama sesuatu cerita. menggunakan kata, frasa dan ayat 2. Murid berbincang secara yang tepat. berkumpulan untuk mendapatkan kesudahan cerita. 3. Mengemukakan kesimpulan cerita yang diperoleh.

PISMP PSV JAN 11

TAHUN 31.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PISMP PSV JAN 11

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebuatan, intonasi dan nada yang sesuai.Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Bercerita tentang pengalaman bermain di taman permainan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam aktiviti harian. Aras 3 1. Menyatakan teguran dengan sopan dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Melakukan simulasi perbualan yang menggunakan kata panggilan. Aras 3 1. Membuat simulasi memberi teguran kepada rakan.

PISMP PSV JAN 11

1.2 Bertanya dan menjawab sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar ungkapan untuk memberikan maklum balas. 2. Menyoal dengan menggunakan kata tanya. 3. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Mendengar contoh perbualan daripada radio, menonton televisyen atau video. 2. Menyoal dengan menggunakan kata tanya. 3. Memberi respons kepada soalan dengan ungkapan dan nada suara yang baik.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengemukakan soalan tanpa menggunakan kata tanya. 2. Memberikan respons yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan. Aras 3 1. Bersoal jawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menyoal tanpa menggunakan kata tanya, 2. Menjawab soalan dengan ringkas dan tepat.

Aras 3 1. Berbual tentang sesuatu tajuk yang diminati.

PISMP PSV JAN 11

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan. 2. Memaklumkan arahan serta pesanan yang diterima secara jelas, tepat dan tersusun.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Mendengar rakaman perbualan yang mengandungi ayat arahan dan pesanan. 2. Menyebut ayat arahan dan ayat pesanan. 3. Menyampaikan arahan serta pesanan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengenal pasti ayat arahan serta pesanan. 2. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan. Aras 3 1. Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan betul. 2. Menjelaskan cara membuat sesuatu dengan betul mengikut arahan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Melakonkan dialog antara ibu dan anak yang ada arahan dan pesanan.

Aras 3 1. Menerima dan memahami arahan kawat atau senaman dengan berkesan. 2. Menerangkan cara membuat sesuatu mengikut urutan.

PISMP PSV JAN 11

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 2. Memohon kebenaran untuk melakukan sesuatu tugasan. Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Melafazkan ayat yang bertatasusila untuk memohon kebenaran atau permintaan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menyatakan permintaan dengan memberikan alasan yang wajar.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Melakonkan watak seorang anak membuat permintaan secara bersungguh-sungguh.

Aras 3 1. Memohon pertimbangan untuk memenuhi sesuatu permintaan.

Aras 3 1. Main peranan, anak membuat permintaan daripada ibu.

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN SESUATU PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI.

PISMP PSV JAN 11

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 1 Aras 1 1. Menceritakan cerita yang didengar 1. Menonton cerita dan dengan menggunakan sebutan dan menceritakannya kepada seseorang. intonasi yang betul.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton. 2. Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Mengenal pasti watak-watak dalam cerita. 2. Menyatakan perkara-perkara yang menarik tentang watak utama dalam cerita tersebut. 3. Murid bercerita berdasarkan isi yang diberi, Aras 3 1. Mengadakan pertandingan bercerita dan menilai pertandingan berdasarkan bahasa, gaya, intonasi dan sebutan.

Aras 3 1. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai.

PISMP PSV JAN 11

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mengumumkan sesuatu perkara kepada orang lain dengan menggunakan kata, frasa dan ayat yang tepat.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Membuat simulasi tentang sesuatu pengumuman seperti Pengumuman Acara Sukan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh dengan menggunakan ayat yang jelas. Aras 3 1. Memaklumkan sebab dan akibat berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas dan tepat.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menjelaskan cara membuat projek kitar semula.

Aras 3 1. Menyatakan sebab-sebab kejayaan dan kekalahan sesuatu pasukan yang bertanding dalam pertandingan bola sepak yang ditonton.

PISMP PSV JAN 11

TAHUN 41.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

2.0

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PISMP PSV JAN 11

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Bersoal jawab berdasarkan sesuatu situasi bagi tujuan menceritakan perkara yang dialami, yang dilihat atau dibaca.

Aras 1 1. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Berlakon dengan menggunakan kata panggilan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam erbualan. 2. Contoh : Situasi bergotong-royong di taman perumahan Aras 3 1. Main peranan untuk menunjukkan cara menerima teguran secara terbuka dalam perbualan. 2. Contoh : Situasi bapa memberikan teguran kepada anak 3. Nota : Maksud teguran secara terbuka ialah fikiran, perasaan, dan hati.

Aras 3 1. Menerima teguran secara terbuka dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar dan mengecam intonasi soalan tanpa kata tanya.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Murid mendengar dan mengecam intonasi dalam soalan tanpa kata tanya. 2. Nota : Perdengarkan rakaman

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Mengemukakan soalan bertumpu dan 1. Membuat simulasi dengan bercapah serta menjawabnya secara mengemukakan soalan bertumpu dan logik dan tepat. bercapah serta menjawabnya secara logik dan tepat. 2. Contoh : a. Berapa kalikah anda telah mewakili sekolah dalam permainan bola sepak? (bertumpu) b. Bagaimanakah anda meningkatkan prestasi permainan? (bercapah) Aras 3 1. Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan. Aras 3 1. Simulasi sesi wawancara berdasarkan sesuatu topik. 2. Contoh : Topik - beg sekolah yang berat

PISMP PSV JAN 11

1.3

Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.Cadangan Aktiviti

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1 Aras 1 1. Mendengar serta memahami arahan 1. Permainan Bahasa (menyampaikan dan pesanan. pesanan) bagi tujuan menyampaikan arahan serta 2. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan. dan bersopan. 2. Nota : menyatakan ayat arahan dan ayat pesanan 3. Contoh : a. Tolong hantar buku ke bilik guru. (arahan) b. Tolong sampaikan surat ini kepada ibu bapa kamu. (pesanan)

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mendengar, menerima, dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul, cepat, dan tersusun. 2. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Melakonkan sesi melaksanakan arahan dan pesanan dengan betul, tepat, dan tersusun. 2. Simulasi tunjuk arah kepada orang lain.

Aras 3 1. Menyalurkan arahan serta pesanan yang diterima kepada orang lain dengan jelas dan tepat.

Aras 3 1. Main peranan untuk membuat tindakan wajar berdasarkan arahan serta pesanan yang diberikan. 2. Lakonan spontan bagi menyalurkan arahan serta pesanan dengan jelas dan tepat. 3. Contoh : memberikan panduan kepada pelancong

PISMP PSV JAN 11

1.4

Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Berlakon berdasarkan kad arahan dengan kata serta ayat yang sesuai untuk memohon pertimbangan bagi memenuhi permintaan. 2. Contoh : Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan ke Melaka. 3. Anak : Emak, along nak ikut lawatan ke Melaka. Ramai kawan along yang ikut serta. Bolehlah emak, ya?

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memilih serta menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 2. Menggunakan mimik muka yang sesuai semasa mengemukakan permintaan. 3. Memohon pertimbangan untuk memenuhi sesuatu permintaan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengajukan hasrat dengan ungkapan yang sesuai.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Membuat simulasi untuk mengajukan hasrat dengan ungkapan yang sesuai. 2. Contoh : Memujuk ibu bapa pergi berkelah/melancong. 3. Anak : Ibu, dah lama kita tidak pergi berkelah. Tentu seronok jika kita pergi beramai-ramai.

Aras 3 1. Menyatakan sebab dan akibat untuk menyokong sesuatu permintaan.

Aras 3 1. Berbincang bagi tujuan menyatakan sebab dan akibat untuk menyokong sesuatu permintaan. 2. Anak : Kalau along tidak mengikuti lawatan itu, tentu along tidak dapat menjawab

PISMP PSV JAN 11

1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan. 2. Mengecam mesej yang terdapat dalam bahan. 3. Menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menggunakan teknik penyoalan (5W + 1H) untuk mengecam dan menyatakan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan yang dilihat atau yang dibaca. 2. Membuat laporan untuk menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan. 3. Membaca secara luncuran untuk mendapatkan maklumat keseluruhan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Berbincang untuk menerangkan sebab yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa. 2. Contoh : rumah terbakar disebabkan litar pintas (tersurat) kesilapan pendawaian elektrik (tersirat) Aras 3 1. Berbincang untuk melengkapkan borang PG bagi tujuan mengusul periksa andaian untuk menjalankan perkara yang tersurat dan yang tersirat. 2. PG Pengurusan Grafik *Grafik borang PG mengusul periksa andaian

Aras 3 1. Mengusul periksa andaian untuk menjelaskan perkara yang tersurat dan yang tersirat.

PISMP PSV JAN 11

1.6

Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Berbincang untuk mengenal pasti keperluan dan menyatakan kuantitinya dengan jelas. 2. Contoh : lima batang pensel, empat helai kertas warna merah 1. Berlakon mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkhidmatan dan barangan yang diperlukan. 2. Contoh : Situasi di kedai buku. 3. Murid : Bolehkah abang terangkan cara hendak memasang alat ini?

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mengenal pasti keperluan dan menyatakannya dengan jelas.

2. Menggunakan ayat yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan kata dan istilah yang betul semasa berurusan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Berbincang untuk memilih dan menggunakan istilah yang betul semasa berurusan. 2. Contoh : pengguna, jual beli, diskaun, harga modal, keuntungan

Aras 3 1. Berunding dengan sopan untuk mendapatkan persetujuan semasa berurusan.

Aras 3 1. Main peranan untuk berunding dengan sopan bagi mendapatkan persetujuan semasa berurusan. 2. Contoh : memulangkan barang yang rosak semasa dibeli

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN SESUATU PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI

PISMP PSV JAN 11

2.1

Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. 2. Menyampaikan rentetan peristiwa yang berlaku di luar lingkungan persekolahan.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Mengadakan pertandingan bercerita di dalam bilik darjah. 2. Contoh : Si Tanggang. 3. Diksi : derhaka, menyayat hati, berdagang, nakhoda

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Bercerita berdasarkan bahan yang 1. Ceritakan kepada rakan bahan yang telah dibaca dan peristiwa yang telah dibaca. dialami menggunakan pelbagai jenis ayat. 2. Menyatakan ramalan kesudahan sesuatu peristiwa dengan bahasa yang betul. Aras 3 1. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai. 2. Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul. Aras 3 1. Murid mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita peringkat sekolah. 2. Memberikan ulasan tentang pengajaran yang terdapat dalam cerita yang disampaikan. 3. Menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang disampaikan.

PISMP PSV JAN 11

2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyampaikan sesuatu berita secara ringkas dengan bahasa yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Membuat pengumuman sesuatu berita secara ringkas. 2. Contoh : kemenangan dalam pertandingan bola jaring/jaringan terbanyak dilakukan oleh Rohana

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara. Aras 3 1. Mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan sesuatu perkara dengan ayat yang jelas.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menceritakan kejadian yang dilihat atau didengar atau dibaca. Aras 3 1. Memaklumkan cadangan penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara. 2. Melaporkan hasil perbincangan. 3. Contoh : kurangnya budaya membaca di kalangan murid

PISMP PSV JAN 11

TAHUN 51.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

2.0

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA, DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PISMP PSV JAN 11

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Berlakon dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi: Majlis perhimpunan mingguan 2. Contoh kata panggilan yang sesuai: Yang berusaha Yang berbahagia Yang Amat Berhormat

Aras 1 1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi..

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Bercerita tentang pengalaman masing-masing. 2. Contoh : sambutan hari kebangsaan perjalanan menyertai perbarisan pengalaman sambutan peringkat sekolah pengalaman menonton televisyen Aras 3 1. Melakonkan dialog yang ada unsurunsur penerimaan teguran rakan dengan rakan (melanggar peraturan sekolah) 2. Contoh : Maafkan saya. Saya terlupa. Terima kasih kerana mengingatkan saya, Baiklah, saya akan cuba perbaiki. Terima kasih atas teguran itu tetapi pada pendapat saya ini adalah yang terbaik pada saya.

Aras 3 1. Menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

1.2

Bertanya dan menjaw ab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Mendengar pita rakaman untuk membandingkan dan membezakan soalan tanpa kata tanya dan menggunakan kata tanya. 2. Murid membina soalan yang menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya. 3. Memberikan penjelasan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendengar dan mengecam intonasi dalam soalan tanpa kata tanya. 2. Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Menjaw ab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang santun.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan. 2. Menjaw ab soalan yang mempunyai makna yang tersirat.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Murid berbincang tentang soalan yang akan dikemukakan. 2. Murid menemuramah tetamu. Contoh: Pengusaha kantin sekolah Berapa lamakah encik menguruskan kantin sekolah ini? 3. Melakonkan dialog yang mengandungi bahasabahasa terbalik atau sindiran. Contoh: Soalan : Berapakah harga ikan ini sekilo? Jaw apan : RM20.00 sekilo Soalan : Kenapa murah sangat? Jawapan : Memang inilah harganya encik. Aras 3 1. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan bahan rangsangan menggunakan lingkaran soalan. Contoh rangsangan : Gambar seekor harimau Contoh soalan : Apakah makanan haiw an ini? Bagaimanakah cara untuk mengekalkan spesis ini?

Aras 3 1. Bersoal jaw ab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.PISMP PSV JAN 11

1.3

Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Murid melakonkan situasi menunjuk arah kepada seseorang. Contoh: Berpandukan brosur atau peta. Contoh : Sekarang encik berada di sini. kemudian, jalan terus kira-kira 50 meter encik akanberjumpa simpang tiga

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain. 2. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. rahan dengan betul untuk bertindak balas. 2. Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan tersusun.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Mendengar rakaman tugasan dan berbincang untuk melaksanakannya. 2. Murid menyemak hasil kerja dengan arahan yang diberikan untuk memastikan ketepatan.

Aras 3 1. Meneliti arahan dan pesanan untuk membuat tindakan wajar. 2. Melaksanakan arahan serta pesanan mengikut keutamaan.

Aras 3 1. Murid berbincang untuk menyediakan arahan bagi menganjurkan sesuatu majlis. Contoh: Jamuan akhir tahun. 2. Menyusun dan melaksanakan arahan mengikut urutan dan keutamaan berdasarkan tugasan yang diberi.

PISMP PSV JAN 11

1.4

Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Cadangan Aktiviti

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1 Aras 1 1. Memilih dan menggunakan kata dan 1. Simulasi membeli barang di kantin. ayat yang sesuai untuk menyatakan Contoh : sesuatu permintaan. Berikan saya semangkuk laksa 2. Menyatakan sebab untuk 2. Menyatakan sesuatu permintaaan menyokong sesuatu permintaan. berserta alasan. Contoh : Cikgu Siti, izinkan saya menelefon ibu kerana saya berasa kurang sihat.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk meyakinkan pihak lain dalam menyatakan permintaan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Simulasi penjual cuba mempengaruhi pembeli untuk membeli sesuatu barangan. Contoh : Encik tawaran ini hanya untuk minggu ini sahaja. Aras 3 1. Menjalankan simulasi berdasarkan situasi yang dirancang Contoh : Meminta kebenaran ibu bapa untuk menyertai perkhemahan sekolah. Contoh ayat : Ibu, saya perlu menyertai perkhemahan kerana saya telah dilantik menjadi ketua.

Aras 3 Menyatakan hasrat dengan mengemukakan alasan untuk mengukuhkan permintaan.

PISMP PSV JAN 11

1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Murid membaca dan memahami petikan. 2. Berbincang untuk mengenal pasti isi yang tersurat. 3. Murid menyenaraikan isi yang tersirat berdasarkan topik. Topik: Pencemaran sungai

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan sesuatu topik yang dibualkan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menghubungkaitkan dan menjelaskan isi tersurat dan tersirat dalam sesuatu bahan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Berbincang tentang bahan rangsangan. Contoh : Poster Hapuskan Denggi Yang Tersurat: Tin-tin kosong Yang Tersirat: Menjaga kebersihan kawasan Aras 3 1. Murid menyenaraikan isi-isi yang tersurat berdasarkan petikan yang dibaca. 2. Murid membandingkan isi-isi tersurat untuk menjelaskan maksud tersirat.

Aras 3 1. Membuat perbandingan maklumat tersurat untuk menjelaskan maksud tersirat.

PISMP PSV JAN 11

1.6

Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menjalankan simulasi aktiviti berjual beli di kedai buku. Contoh dialog : Pembeli : Saya ingin membeli sebuah kamus. Penjual : Apakah jenis kamus yang encik perlukan? Pembeli : Saya perlukan kamus Bahasa Melayu Inggeris

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menggunakan kata dan istilah yang betul semasa berurusan. 2. Menyoal untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkhidmatan yang diperlukan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Berunding dengan sopan 1. Menjalankan aktiviti main peranan sebagai pekedai untuk mendapatkan runcit dan pembeli. persetujuan dalam Contoh dialog : berurusan. Pembeli : Pakcik, bolehkah pakcik tolong hantarkan barang-barang ini ke rumah saya? Penjual : Maaflah Halim. Pakcik tak dapat menghantarnya sebab pakcik sibuk hari ini. Pembeli : Saya hendak ke sekolah. Pakcik hantar lewat sikit pun tak apa. Aras 3 1. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan semasa berurusan. Aras 3 1. Menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan situasi yang diberikan. Contoh situasi : Jualan langsung Contoh ayat : Penjual : Encik, barang ini keluaran baru. Pembeli : Saya sudah ada barang seperti itu. Penjual : Tapi encik, barangan kami ini berteknologi tinggi dan diluluskan oleh SIRIM. Pembeli : Betul ke ni? Penjual : Betul encik. Biar saya tunjukkan cara kepada encik.

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN SESUATU PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI

PISMP PSV JAN 11

2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. 2. Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Murid menyenaraikan diksi yang sesuai dengan gambar. 2. Murid menyampaikan cerita tentang gambar dalam kumpulan masingmasing.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai pola ayat.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Murid membaca cerita yang diedarkan secara individu. 2. Murid menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan gaya bercerita tersendiri.

Aras 3 1. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai. 2. Menerangkan w atak yang terdapat dalam cerita.

Aras 3 1. Murid membaca dan menghayati petikan cerita yang diberikan. 2. Berbincang tentang perkara-perkara yang menarik dalam cerita. 3. Menyampaikan cerita dengan gaya yang sesuai dan menarik.

PISMP PSV JAN 11

2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 1 Aras 1 1. Mengemukakan data yang diperoleh 1. Mencari dan mengumpul maklumat tentang sesuatu perkara. yang berkaitan dengan tajuk secara kumpulan. Contoh : Tanaman utama di Malaysia 2. Menyenaraikan maklumat yang diperoleh. 3. Membentangkan hasil data yang diperoleh.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 Membentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Mengumpul maklumat dengan membuat rujukan. 2. Menganalisis dan berbincang untuk membuat rumusan. 3. Membentang rumusan. Contoh : Cara murid Tahun 5 Bestari datang ke sekolah. 20 orang murid datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 10 orang murid menungang basikal. 5 orang murid menaiki kereta. 5 orang murid berjalan kaki. Rumusan : Ramai murid datang ke sekolah dengan menaiki bas.

Aras 3 Aras 3 1. Membentangkan penemuan dan 1. Murid membuat projek secara berkumpulan. dapatan secara jelas dan Contoh : Folio Tokoh Tempatan terperinci. 2. Murid membentangkan hasil kerja. Contoh : Murid menceritakan tokoh kajian PISMP PSV JAN 11 mereka.

TAHUN 61.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.

2.0

PISMP PSV JAN 11

1.0 BERBUAL DENGAN KELUARGA, RAKAN SEBAYA DAN PIHAK LAIN DALAM SITUASI FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PISMP PSV JAN 11

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Berbual tentang isu semasa. Contoh situasi: Kitar semula

Aras 1 1. Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan sesuatu topik.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Menggunakan gelaran dan kata panggilan yang sesuai dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Main peranan untuk membiasakan penggunaan kata gelaran dan kata panggilan yang sesuai. Contoh gelaran: Y. Bhg. Datuk, Datin Yang Arif - hakim mahkamah Yang Mulia - Raja & Tengku Aras 3 1. Melakonkan dialog yang ada unsur-unsur penerimaan teguran. Contoh situasi: Membuat teguran tentang penggunaan kata yang kurang manis seperti dialog berikut: Rosman: Taqif, Cikgu Rozi minta kamu hantar buku dia ke bilik guru. Taqif: Salah tu Rosman, kamu tidak boleh guna dia untuk guru. Sepatutnya kamu guna beliau, bukan dia. Rosman: Terima kasih atas teguran awak.

Aras 3 1. Menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.

PISMP PSV JAN 11

1.2

Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mengemukakan soalan tanpa kata tanya. 2. Mengajukan soalan yang menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan huraian dan penerangan. 3. Memberikan jawapan yang tepat dengan alasan yang munasabah.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Membezakan ayat tanya tanpa kata tanya dengan ayat penyata dalam petikan dialog yang dirakamkan. 2. Menemu ramah seseorang seperti Pengerusi Jawatan kuasa Pertandingan Bintang Kecil. 3. Memberikan jawapan yang tepat dengan alasan yang munasabah.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang dibincangkan. 2. Memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Menjalankan praperbincangan secara kumpulan untuk membina soalan sebagai persediaan sesi forum. Contoh tajuk forum: Murid sering dibebani dengan kerja rumah. 2. Simulasi memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan sebagai ahli panel forum. Aras 3 1. Bersoal jawab tentang tokoh yang telah mengharumkan nama negara seperti Alex Yong dan Mohd Hafiz Hashim dalam bidang sukan dan Siti Nurhaliza dalam bidang seni.

Aras 3 1. Berbual secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

PISMP PSV JAN 11

1.3

Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Simulasi memberikan arahan kepada rakan cara mendapatkan barangan atau perkhidmatan. Contoh: Cara membeli makanan haiwan peliharaan 2. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan teratur mengikut keutamaan. Contoh: Beli makanan berjenama X. Simpan makanan itu dalam bekas sedap udara supaya tidak mudah rosak.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan dengan menggunakan intonasi yang betul dan bersopan. 2. Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan mengikut keutamaan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Mendengar arahan serta pesanan dengan teliti untuk membuat tindakan wajar. 2. Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan terancang. Aras 3 1. Memberikan arahan secara ringkas dan tepat. 2. Mendengar arahan serta pesanan dengan teliti untuk membuat tindakan yang tepat. 3. Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan tersusun berpandukan peraturan-peraturan tertentu.PISMP PSV JAN 11

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Permainan Bahasa `Melaksana Arahan Cara permainan dilaksanakan Seorang memberikan arahan dan yang lain mendengar, memahami dan melaksanakannya.

Aras 3 1. Latihan memberikan arahan kepada rakan untuk membina rajah. 2. Simulasi menghadapi kebakaran dalam bilik darjah. Guru memberikan arahan dan murid melaksanakan arahan mengikut peraturan sekolah masing-masing. 3. Melaksanakan arahan serta pesanan yang diberikan melalui teknik main peranan.

1.4

Menyatakan permintaan secara berterusterang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menonton sedutan drama atau filem yang ada adegan yang berkaitan dengan sesuatu permintaan. Contoh: Adegan daripada filem Bujang Lapok yang menunjukkan P. Ramlee hendak meminjam dapur daripada tuan rumah. 2. Meniru aksi lakonan cara menyatakan permintaan atau hasrat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menggunakan perkataan, ayat dan paralinguistik yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 2. Mengemukakan hasrat dengan memberikan alasan yang kukuh.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang diminta dengan sopan. 2. Mengemukakan pendapat untuk memujuk pihak tertentu dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, intonasi, dan gaya yang sesuai. Aras 3 1. Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain. 2. Melahirkan rasa hati dengan berterus terang secara berhemah.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Simulasi seorang anak murid merayu kepada guru supaya membenarkan dia menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah walaupun unit tersebut sudah cukup ahli dengan memberikan alasan yang meyakinkan. 2. Simulasi memujuk pihak lain untuk memilih seseorang memegang jawatan pengerusi kelab atau persatuan dengan mengemukakan pendapat yang sesuai. Aras 3 1. Melakonkan sketsa penjual mempromosikan sesuatu barangan dengan cara berhemah dan gaya yang dapat menarik perhatian pelanggan. 2. Berdialog untuk melahirkan rasa hati secara berterus terang dan berhemah. Contoh situasi: Murid berdialog dengan guru untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jadual tugasan harian kelas.

PISMP PSV JAN 11

1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menonton sedutan lakonan dan menyatakan maksud ungkapan berdasarkan intonasi penutur dalam lakonan tersebut. Contoh: Dialog menantu kepada ibu mertuanya dalam filem Ibu Mertuaku Mengapakah kamu dilahirkan sebagai manusia, bukan binatang?

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyatakan maksud pernyataan yang tersurat dan tersirat berdasarkan intonasi.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Menjelaskan maksud diksi, 1. Simulasi ucapan ketua murid sempena Hari frasa, ungkapan dan ayat dalam Guru. Murid lain mendengar dengan teliti sesuatu pengucapan. dan mengecam diksi, frasa, ungkapan dan ayat yang menarik dalam ucapan itu. 2. Menjelaskan maksud diksi, frasa, ungkapan dan ayat dalam ucapan itu. Aras 3 1. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis. Aras 3 1. Menjalankan sumbang saran untuk meneliti nilainilai murni yang terdapat dalam teks yang boleh dijadikan pengajaran seperti baik hati dan kesederhanaan.

PISMP PSV JAN 11

1.6

Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Main peranan antara pemandu teksi dengan penumpang. Penumpang ingin mendapatkan penjelasan dan persetujuan tentang tambang, jarak, masa perjalanan dan laluan untuk pergi ke satu tempat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Mendapatkan penjelasan tentang sesuatu barang dan perkhidmatan yang diperlukan. 2. Berbincang untuk mendapatkan persetujuan semasa berurusan.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 1. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk meyakinkan sesuatu pihak semasa berurusan.

Cadangan Aktiviti Aras 2 1. Lakonan seorang jurujual membuat promosi tentang sesuatu barang atau perkhidmatan. Contoh: Mempromosikan kereta mainan dari aspek harga, model dan keistimewaan. Aras 3 1. Dialog antara pesakit dengan doktor semasa menetapkan tarikh dan masa janji temu untuk mendapatkan rawatan.

Aras 3 Berbincang untuk menetapkan perjanjian dalam sesuatu urusan.

PISMP PSV JAN 11

2.0 BERCERITA DAN MELAPORKAN SESUATU PERKARA YANG DIDENGAR, DITONTON, DIBACA ATAU DIALAMI

PISMP PSV JAN 11

2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.Cadangan Aktiviti Aras 1 1. filem yang diminati dan menjelaskan sebab meminati rancangan tersebut. 2. Memberikan pendapat tentang isu yang dipaparkan pada gambar tunggal. Contoh: Gambar daripada keratan akhbar tentang kejadian tanah runtuh.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Bercerita secara spontan mengenai sesuatu perkara dengan nada, intonasi dan gaya yang sesuai. 2. Menyatakan pendapat tentang sesuatu kejadian yang didengar dengan menggunakan bahasa yang betul.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Menceritakan sesuatu peristiwa 1. Aktiviti kumpulan membina cerita dengan penuh penghayatan berdasarkan situasi yang diberi dalam kad menggunakan bahasa, gaya dan aktiviti. intonasi yang baik. Contohi: Aktiviti yang menggambarkan suasana sedih, gembira, cemas atau lucu.

Aras 3 1. Mengulas tentang sesuatu kejadian yang didengar dengan menggunakan bahasa yang betul.

Aras 3 1. Memberikan pendapat atau komen tentang sesuatu kejadian. Contoh: Komen tentang kejayaan rakan dalam pertandingan melukis. - usaha - kegigihan - sokongan - Disiplin

PISMP PSV JAN 11

2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 1. Menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Cadangan Aktiviti Aras 1 1. Menyaksikan rakaman ulasan selari pertandingan badminton. 2. Membuat ulasan selari dengan meniru cara penyampai dalam rakaman.

PISMP PSV JAN 11

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Aras 2 Aras 2 1. Mempersembahkan hasil kerja 1. Membentangkan hasil kerja berupa projek, dengan jelas, isi yang padat dan lukisan atau buku skrap dengan laras bahasa yang sesuai. menggunakan kertas sebak, lut sinar (OHP) atau komputer (powerpoint). Contoh: Projek keceriaan kelas Aras 3 1. Membentangkan tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Aras 3 1. Menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yang diberi. Contoh situasi: Mencari laluan keluar setelah sesat semasa aktiviti kembara. 2. Melaporkan tindakan susulan mengatasi masalah sesat semasa aktiviti kembara.

PISMP PSV JAN 11