Bmm oll

3
SOALAN 2 1.0 Pendahuluan Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang boleh kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan. Semuanya bergantung kepada cara guru merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata. Antaranya ialah kaedah abjad, kaedah pandang dan sebut dan kaedah fonik. 2.0 Perbandingan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut Aspek Kaedah Abjad Kaedah Pandang dan Sebut Pelaksanaa n Murid menghafal bentuk huruf menurut susunannya, iaitu a –z(menerusi nyanyian, kad, dsb) Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata. Penggabungan suku kata membentuk perkataan. Pembacaan ayat –ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv. Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. •Aktiviti utama –memandang dan menyebut. •Kaedah ini mementingkan dua perkara :Membunyikan perkataan atau rangkai kata

Transcript of Bmm oll

Page 1: Bmm oll

SOALAN 2

1.0 Pendahuluan

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang boleh kita gunakan untuk

membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu

boleh digunakan dengan berkesan. Semuanya bergantung kepada cara guru merancang strategi

pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini

perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan

kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan

membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas

memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik

tertentu sahaja kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza

antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai

dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata. Antaranya ialah

kaedah abjad, kaedah pandang dan sebut dan kaedah fonik.

2.0 Perbandingan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut

Aspek Kaedah Abjad Kaedah Pandang dan Sebut

Pelaksanaan Murid menghafal bentuk huruf menurut

susunannya, iaitu a –z(menerusi nyanyian, kad,

dsb)

Membunyikan gabungan huruf vokal dan

konsonan bagi membentuk suku kata.

Penggabungan suku kata membentuk perkataan.

Pembacaan ayat –ayat mudah yang

perkataannya berupa kv + kv.

Dimulakan dengan memperkenalkan

perkataan dan bukannya huruf atau

suku kata.

•Aktiviti utama –memandang dan

menyebut.

•Kaedah ini mementingkan dua

perkara :Membunyikan perkataan atau

rangkai kata berdasarkan pengalaman

melalui gambar.

Membunyikan ayat melalui gambar

yang mempunyai cerita.

Page 2: Bmm oll

Kelebihan Sesuai dengan sistem Bahasa Melayu kerana

Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata

yang hampir tetap bunyinya.

•Membolehkan kanak-kanak membaca

perkataan-perkataan baharu, walaupun belum

dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal

huruf-huruf dan membunyikan vokal dan

konsonan dengan baik.

•Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh

dalam membaca.

•Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca

serta memberi keyakinan kepada murid.

Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa

kanak-kanak kerana mereka

mempelajari sesuatu cara keseluruhan

dan menarik minat murid-murid.

•Bersesuaian dengan resmi semulajadi

kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu

daripada keseluruhan kepada

bahagian-bahagiannya.

Kaedah ini dari awal mementingkan

makna. Dengan itu kanak-kanak dari

mula mendapat latihan memahami apa

yang dibaca oleh mereka.

•Guru dapat melatih kanak-kanak

membaca dengan sebutan dan irama

ataupun alunan suara yang betul dari

mula.

Kekurangan Murid membaca dengan lancar mengikut cara

tradisional tanpa memahami apa yang

dibacanya.

Mereka hanya mementingkan sebutan dan

kelancaran membaca.

•Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca

sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka

membaca merangkak-rangkak dan tidak faham

apa yang dibaca.

•Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan

kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid

kerana pengajaran tidak secara keseluruhan

yang bermakna.

•Boleh membosankan murid-murid terutama

apabila mereka diberi latihtubi yang berlebihan.

Bacaan kanak-kanak mungkin terhad

kepada perkataan, rangkai kata dan

ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.

•Kaedah ini tidak membolehkan kanak-

kanak mengenal huruf secara formal.

Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

•Murid-murid tidak mempunyai asas

yang kukuh yang membolehkan mereka

membaca sendiri.

•Lambat tercapai kemahiran dan

kecekapan membaca.

Ruzita bt Yahya,

Pengajian Matematik 5.15