BMM rph

7

Click here to load reader

description

bmm3104

Transcript of BMM rph

Page 1: BMM rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3

Mata pelajaran           :  Bahasa Melayu Tahun 3

Tarikh                             : 26.02.2014

Tahun                            : 3 Al- Farabi

Bil. Murid : 27 Orang

Masa                              : 9.45 – 10.45 pagi

Tema                            : TEMA   – Sains Dan Teknologi

Tajuk                            :  Kemudahan Internet

Standard kandungan : 3.3 Membina dan menulis perkataan frasa dan ayat dengan

betul.

.

Standard pembelajaran  : 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman

berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.

Objektif    : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

i) Murid  menulis jawapan pemahaman berdasarkan

petikan dengan betul.

ii) Murid menulis jawapan pemahaman berdasarkan

soalan dan pilihan jawapan yang di beri.

Sistem bahasa              :  Tatabahasa : frasa nama, sistem ejaan, sintaksis

Pengisian Kurikulum : llmu : Teknologi Maklumat dan Komunikasi   

KBT : KB – Mengenal pasti 

Nilai : kreatif dan inovasi                               

Kontekstual - Menghubungkaitkan                   

 

BBM       : Power point, LCD, Buku Teks, Lembaran kerja.

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Page 2: BMM rph

Set Induksi

(5 minit)

Power point,

LCD

1.Guru menayangkan video klip dan

nyanyian lagu “Satu Malaysia”.

2 . Guru membuat hubungkait antara

aktiviti dengan tajuk pengajaran dan

pembelajaran.

BBM

Power point dan LCD.

KBT:-  KB

Mengenalpasti    

Kontekstual -

Menghubungkaitkan   

Nilai     : keyakinan

Langkah 1

(10 minit)

Power point.

LCD

1. Secara individu, kumpulan atau

kelas, murid membaca petikan

dengan sebutan dan intonasi yang

betul.

2. Murid dan guru bersoal jawab

tentang petikan yang dibaca.

1. Apakah internet?

2. Apakah kemudahan internet?

3. Mengapakah e-mail sangat penting

sekarang?

4. Apakah persamaan posmen dan

internet?

5. Bagaimanakah program jarak jauh

dilaksanakan?

Kemahiran Lisan

KBT: Menjana idea

Lembaran Kerja 1

Langkah 2

(10 minit)

Power point,

LCD, teks.

1. Murid menjawab soalan

pemahaman secara terkawal dengan

merujuk teks yang telah dibaca.

2. Murid diberi lembaran kerja.

Kemahiran menaakul

BBM : Smartboard,

LCD dan  power point

Nilai: Kecerdasan

Lembaran Kerja 2

Page 3: BMM rph

Langkah 3

(15 minit)

1. Murid melengkapkan maklumat

ringkas berdasarkan soalan pada

peta minda yang disediakan.

2. Murid menggaris maklumat

tentang kemudahan internet

dalam petikan yang dibaca.

 

3. Murid menyalin maklumat

tersebut dalam peta minda.

BBM : LCD dan 

power point

KBT :-  KB –

Hubungkait                  

              

Lembaran kerja 3

Kemahiran

mendengar

( 5 minit) Frasa dan ayat 1. Murid membina ayat

menggunakan perkataan yang

diberi sebagai jawapan soalan

pemahaman tersebut.

Kemahiran

mendengar

Lembaran kerja 4

Penutup

(5 minit)

 

-Rumusan isi 1. Guru merumuskan P&P dengan

sesi soal jawab bersama murid

tentang aktiviti yang telah

dipelajari.

BBM:  LCD dan power

point.

Nilai : Kecerdasan

Refleksi 20/27 orang murid dapat menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan dan

pilihan jawapan yang di beri.

Page 4: BMM rph

Baca petikan di bawah.

Page 5: BMM rph

Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Rangkaian ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer di seluruh dunia.

Internet memberi pelbagai manfaat kepada kita. Selain mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat, kita juga boleh menghantar e-mel, memuat turun bahan, perbankan elektronik dan bersembang siber. Kita hanya perlu menekan kekunci pada papan kekunci untuk memperoleh maklumat terkini dari serata dunia dengan serta merta.

Kini e-mel merupakan cara berkomunikasi yang paling popular dalam kalangan masyarakat kita. E-mel ibarat pejabat pos manakala jaringan telekomunikasi pula ialah posmen. Surat menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh dunia dengan sekelip mata. Kos perkhidmatan ini lebih murah berbanding cara surat menyurat biasa.

Selain itu internet juga memberi pelbagai kemudahan dalam bidang pendidikan yang dikenali sebagai e-pendidikan, program pendidikan jarak jauh dan pengambilan kursus- kursus dari institusi pengajian tinggi boleh dilaksanakan melalui jaringan internet. Cara ini dapat menjimatkan masa dan pembelajaran.

Oleh itu, kita haruslah mengambil peluang ini supaya tidak ketinggalan dalam era perkembangan teknologi maklumat.