BMMBI Bukanlah Mimpi Pada Siang Hari

3
ARTIKAL DEWAN BAHASA/JUN/2011 BMMBI Bukanlah Mimpi pada Siang Hari Bicara Bahasa Mulai tahun 2003, kerajaan telah memperkenalkan dasar baharu, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar MBMMBI, secara tersurat dan tersirat, telah menggariskan dua penekanan utama. Menurut Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata, iaitu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan menekankan aspek penguasaan dan pengukuhan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa. Dasar MBMMBI disegerakan sebagai ekoran beberapa sebab dan mempunyai rasionalnya. Dasar MBMMBI merupakan refleksi kepada pelbagai isu yang timbul daripda pelaksanaan PPSMI yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2003 lagi. Memandangkan kejayaan PPSMI tidak seperti yang diharapkan, pihak kerajaan telah berinisiatif meggubal dasar baharu yang lebih berkesan terutamanya dalam memberi keseimbangan antara penggunaan bahasa ibunda dan juga bahasa antarabangsa iaitu tanpa mengenepikan hak bahasa ibunda itu sebagai bahasa ilmu.Oleh itu, Sekolah jenis kebangsaan China dan sekolah jenis kebangsaan Tamil dibenarkan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Dasar ini pada mulanya ingin diperkenalkan pada tahun 2012, namun demi memikirkan kebaikan dasar ini yang hampir disetujui oleh semua pihak, kerajaan tekad untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baharu ini pada tahun ini dengan menjadikan murid Tahun Satu 2011 sebagai perintis MBMMBI melalui KSSR yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam subjek Sains dan Matematik. Rasional pelaksanaan dasar ini dapat ditelusuri seperti berikut. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan berada pada tahap baik. Pertama, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah dikesan

description

bmm

Transcript of BMMBI Bukanlah Mimpi Pada Siang Hari

Page 1: BMMBI Bukanlah Mimpi Pada Siang Hari

ARTIKAL DEWAN BAHASA/JUN/2011

BMMBI Bukanlah Mimpi pada Siang Hari

Bicara Bahasa

Mulai tahun 2003, kerajaan telah

memperkenalkan dasar baharu, iaitu

Memartabatkan Bahasa Melayu dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dasar MBMMBI, secara tersurat dan

tersirat, telah menggariskan dua

penekanan utama. Menurut Timbalan

Perdana Menteri, merangkap Menteri

Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin

Mohd. Yassin, MBMMBI berfungsi sebagai

serampang dua mata, iaitu untuk

memartabatkan bahasa kebangsaan dan

menekankan aspek penguasaan dan

pengukuhan bahasa Inggeris yang menjadi

bahasa antarabangsa.

Dasar MBMMBI disegerakan

sebagai ekoran beberapa sebab dan

mempunyai rasionalnya. Dasar MBMMBI

merupakan refleksi kepada pelbagai isu

yang timbul daripda pelaksanaan PPSMI

yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2003

lagi. Memandangkan kejayaan PPSMI tidak

seperti yang diharapkan, pihak kerajaan

telah berinisiatif meggubal dasar baharu

yang lebih berkesan terutamanya dalam

memberi keseimbangan antara penggunaan

bahasa ibunda dan juga bahasa

antarabangsa iaitu tanpa mengenepikan

hak bahasa ibunda itu sebagai bahasa

ilmu.Oleh itu, Sekolah jenis kebangsaan

China dan sekolah jenis kebangsaan

Tamil dibenarkan menggunakan bahasa

pengantar masing-masing.

Dasar ini pada mulanya ingin

diperkenalkan pada tahun 2012, namun

demi memikirkan kebaikan dasar ini yang

hampir disetujui oleh semua pihak, kerajaan

tekad untuk mempercepatkan pelaksanaan

dasar baharu ini pada tahun ini dengan

menjadikan murid Tahun Satu 2011 sebagai

perintis MBMMBI melalui KSSR yang

menggunakan Bahasa Malaysia

sepenuhnya dalam subjek Sains dan

Matematik. Rasional pelaksanaan dasar ini

dapat ditelusuri seperti berikut. Dapatan

menunjukkan bahawa penggunaan

bahasa kebangsaan berada pada tahap

baik.

Pertama, penggunaan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar

pengajaran Sains dan Matematik di sekolah

rendah dan menengah dikesan menghakis

kepentingan bahasa Malaysia sebagai

bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kedua,

penggunaan bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar telah mantap bagi semua

mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun

Page 2: BMMBI Bukanlah Mimpi Pada Siang Hari

1970an. Ketiga, kebanyakkan negara di

dunia berusaha keras untuk memartabatkan

bahasa kebangsaan mereka masing-

masing sebagai bahasa ilmu. Keempat,

PPSMI telah melebarkan jurang

pencapaianSains dan Matematik antara

murid bandar dan luar bandar. Kelima,

bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar

utama di sekolah-sekolah dan dijadikan

sebagai bahasa perpaduan. Dapatan

UNESCO menunjukkan bahawa pelajar

lebih mudah mempelajari pelajaran

dalam bahasa ibunda.

Langkah tersebut sememangnya

disambut baik oleh banyak pihak demi

masa depan anak bangsa yang tentunya

lebih mudah menimba ilmu dalam bahasa

sendiri. Walau bagaimanapun, belum pun

setahun dasar itu dilaksanakan, tiba-tiba

ada pihak yang cuba mendesak kerajaan

agar menghidupkan kembali Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik dan Sains

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun

didesak, Muhyiddin tetap bertegas tidak

akan menghidupkan kembali PPSMI dan

meneruskan dasar MBMMBI yang baru

dilaksanakan itu. Ketegasan itu tentulah

menggembirakan banyak pihak,

terutamanya yang mencintai bahasa Melayu

dan yang ingin melihat lebih banyak pelajar

berjaya dalam kedua-dua mata pelajaran

tersebut. Kerajaan juga telah

mengadakan banyak ekspo jualan bagi

memartabatkan bahasa Melayu. Ekspo

berlangsung selama empat hari itu, telah

menghimpunkan kira-kira 150 gerai

jualan buku.

Teo Kok Seong dalam makalahnya,

“Pentingnya Bahasa Peribumi Melayu

dalam Pengajian Tinggi” menyatakan

bahawa pemansuhan PPSMI merupakan

langkah pendidikan dan politik yang bestari

kerana penggunaan semula bahasa

peribumi Melayu sebagai pengantar utama

pada semua peringkat pengajian dalam

sistem pendidikan negara, bukan sahaja

pemilihan yang tepat, tetapi yang lebih

penting lagi ialah bahasa Melayu selaku

bahasa peribumi yang dinobatkan sebagai

bahasa negara lambang kebangsaan untuk

rakyat dan negara. Kerajaan berusaha

serius untuk melaksanakan pelan ini di

institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, dasar MBMMBI merupakan

ketetapan yang sangat baik untuk

pemupukan negara bangsa dan

pembentukan Malaysia itu sendiri,

khususnya untuk tujuan jati diri linguistik

kebangsaan yang persis sifatnya. Semua

sektor jawatankuasa kecil diseru agar

mengatur program kebahasaan.

Kedudukan dan kemampuan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama

dalam sistem pendidikan negara tidak perlu

dipersoalkan dan dipertikai oleh mana-

mana pihak, lebih-lebih lagi orang Melayu

selaku penutur asal melalui beberapa

Page 3: BMMBI Bukanlah Mimpi Pada Siang Hari

badan bukan kerajaan tertentu. Unit

landskap yang berfungsi sebagai sistem

semula jadi tanpa pelibatan manusia.

Demi memandaikan bangsa, bahasa

Melayu yang sememangnya diketahui dan

difahami setiap warga Malaysia perlulah

dikekalkan sebagai bahasa pengantar

utama dalam pengajaran dan pembelajaran

semua mata pelajaran, termasuklah Sains

dan Matematik. Semua sektor

jawatankuasa kecil diseru agar mengatur

program kebahasaan demi

memartabatkan bahasa Melayu.