Bmp3093-Tugasan Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu

download Bmp3093-Tugasan Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu

of 13

description

kongsi

Transcript of Bmp3093-Tugasan Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 1

    PPJGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    BMP3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU TAJUK:

    BAHAGIAN A:

    i) TIGA fungsi multimedia dalam kurikulum pendidikan Negara.

    ii) TIGA manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan Negara.

    BAHAGIAN B:

    i) Menjelaskan TIGA cara untuk merangsang guru mengaplikasikan video dalam

    pengajaran

    ii) Menghuraikan TIGA impak kepada murid daripada pengaplikasian video.

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO.MATRIK

    NORZEHAN BINTI ISMAIL D20112055613

    NAMA TUTOR E- LEARNING:DR.ADENAN BIN AYOB

    TARIKH SERAHAN:15 NOVEMBER 2014

    PEMARKAHAN

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 2

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    BAHAGIAN A i)Tiga fungsi multimedia dalam kurikulum pendidikan

    negara 3 - 5

    ii)Tiga manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan

    2 negara.

    5 - 7

    iii)Bibliografi 8

    BAHAGIAN B i)Menjelaskan TIGA cara untuk merangsang guru

    mengaplikasikan video dalam pengajaran.

    9 - 10

    ii ) Menghuraikan TIGA impak kepada murid daripada

    pengaplikasian video.

    11 - 12

    iii)Bibliogafi 13

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 3

    SOALAN A

    Bidang multimedia telah banyak berfungsi dalam kurikulum pendidikan negara, apatah lagi yang

    berkait rapat dengan aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bidang ini turut

    mempunyai pelbagai manfaat dalam kurikulum pendidikan negara. Daripada pernyataan di atas,

    berikan pendapat anda tentang perkara-perkara berikut:

    i) TIGA fungsi multimedia dalam kurikulum pendidikan negara.

    Multimedia berasal daripada 2 perkataan utama iaitu: Multi yang membawa erti banyak

    atau pelbagai ( multiple ) . Manakala media pula atau medium ialah alat untuk menyampaikan

    atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti

    suratkhabar, majalah atau televisyen. ( Dewan Bahasa dan Pustaka ). Apabila dikaitkan dengan

    pemprosesan komputer, medium dianggap sebagai alat pengagihan dan persembahan maklumat

    seperti teks, imej, grafik,suara,muzik dan sebagainya. Sistem multimedia merupakan satu

    teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat ( media) seperti

    teks,grafik,bunyi,animasi,video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan

    dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.

    Multimedia dalam pembelajaran dapat digolongkan ke dalam tiga fungsi . Pertama,

    multimedia digunakan sebagai salah satu unsur pembelajaran di dalam kelas. Contohnya jika

    guru menjelaskan suatu contoh melalui pengajaran di kelas atau berdasarkan suatu buku , maka

    multimedia digunakan sebagai media pelengkap untuk menjelaskan contoh yang diajarkan di

    depan kelas. Multimedia dengan jenis ini dinamakan juga dengan persembahan pembelajaran.

    Gambar atau contoh yang ditayangkan tidak terlalu kompleks dan hanya menampilkan beberapa

    item yang dianggap penting, baik berupa teks, gambar, video maupun animasi. Latihan dan teks

    kurang sesuai diletakkan pada persembahan pembelajaran ini, kecuali bersifat kuiz atau latihan

    yang digunakan untuk mewujudkan suasana kelas agar lebih dinamis dan berkesan. Begitu juga

    sekiranya guru ingin mengajar mata pelajaran Sains misalnya, adalah mustahil untuk guru

    membawa masuk haiwan seperti gajah, singa dan ular ke dalam bilik darjah. Di sinilah tugas

    multimedia di mana guru boleh menggunakan gambar-gambar haiwan tersebut untuk

    ditunjukkan kepada anak muridnya. Begitu juga penggunaan multimedia dalam menjelaskan

    kepada murid tentang sistem tubuh manusia, bekerjanya suatu mesin, peredaran planet, letusan

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 4

    gunung berapi,proses berkembangnya sekuntum bunga dan sebagainya. Penggunaan multimedia

    dalam memperjelaskan topik tersebut dapat memberikan lebih kefahaman kepada pelajar dan

    mereka juga mendapat gambaran yang lebih jelas dan terperinci tentang sesuatu perkara atau

    proses yang berlaku.

    Fungsi yang kedua ialah multimedia digunakan sebagai alat pembelajaran kendiri.

    Multimedia mungkin juga dapat membantu pembelajaran di dalam kelas atau mungkin juga

    tidak. Berbeza dengan fungsi yang pertama, keperluan penerangan dan cara penggunaan

    dipenuhi seluruhnya di dalam paket multimedia. Ini bermaksud seluruh kemudahan bagi

    pembelajaran, termasuk latihan, maklumbalas dan latihan yang mendukung tujuan

    pembelajaran disediakan di dalam paket atau contoh yang disediakan. Justeru itu, guru haruslah

    memainkan peranannya sebagai pembimbing atau pemudahcara bagi membantu murid

    menggunakan kemudahan ini dalam proses pembelajaran mereka. Ini secara tidak langsung

    memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjimatkan masa dalam mencari

    maklumat dan penjelasan. Murid juga boleh mempelajarinya dalam suasana yang lebih santai

    dan tenang mengikut kesesuaian ,kehendak dan suasana pembelajaran yang lebih selesa. Oleh

    yang demikian , suasana pembelajaran dan proses mencari maklumat tidak bergantung kepada

    guru semata-mata atau hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sebagai rujukan.

    Multimedia bukan sahaja berperanan dalam pembelajaran orang dewasa sahaja seperti di

    sekolah menengah dan universiti, namun ia juga memainkan peranan sebagai alat bantu

    mengajar dalam pendidikan kanak-kanak seperti pendidikan prasekolah dan sekolah rendah.

    Dalam hal ini, penggunaan dan pendekatan multimedia dalam kalangan kanak-kanak adalah

    berbeza jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Ini kerana teknik dan cara

    penyampaian multimedia di kalangan kanak-kanak adalah lebih ringkas dan mudah difahami.

    Sebagaimana pendapat Sifoo (2003) bahawa sekiranya sebuah CD pembelajaran untuk peringkat

    sekolah rendah dibuat dengan persembahan yang terlalu serius tanpa menggunakan elemen-

    elemen yang disukai oleh kanak-kanak, sudah tentu CD tersebut tidak akan berupaya menarik

    minat pelajar semasa pembelajaran. Jadi jika persembahan multimedia itu lebih ringkas dan

    mudah difahami, maka kanak-kanak akan lebih berminat untuk mengikuti proses pembelajaran

    itu. Oleh itu, sesuatu produk multimedia juga seharusnya menggunakan pelbagai media bagi

    menjadikannya lebih menarik. Kanak-kanak akan lebih tertarik kepada penggunaan audio, bunyi

    dan animasi yang menarik semasa proses pembelajaran berlaku. Mereka juga lebih mudah untuk

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 5

    mengingati sesuatu perkara jika dibandingkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang hanya

    menggunakan kapur tulis dan papan hitam.

    Kesimpulannya,perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu

    fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini semakin popular

    dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung ataupun

    tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai bahang daripada

    teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, semua pihak

    yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan

    sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi

    tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan

    seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan semasa.

    Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap maklumat yang

    tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-

    mata.Maka, sewajarnya seseorang guru itu seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani

    melibatkan diri serta mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.

    ii) TIGA manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan negara.

    Perkembangan yang serba pesat menjadikan multimedia sebagai alat penunjang untuk

    proses pembelajaran dan pendidikan bagi murid maupun pengajar. Keberadaan multimedia

    sangat membantu dunia pendidikan kerana dapat menjadikan hal-hal yang rumit untuk dipelajari

    menjadi hal yang mudah, menarik dan mudah difahami .Tujuan dasar penggunaan multimedia

    dalam proses pembelajaran antara lain untuk menyalurkan maklumat (pengetahuan,

    keterampilan dan sikap) serta dapat merangsang pemikiran , perasaan, perhatian dan

    kemahuan untuk belajar dan mencari maklumat dalam suasana yang terkawal dan teratur.

    Penggunaan multimedia yang berkembang pesat ini memberikan berbagai manfaat

    dalam kurikulum pendidikan negara.

    Antaranya ialah proses pembelajaran lebih menarik, lebih interaktif dan dapat menarik

    minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik. Murid- murid didedahkan dengan sumber

    maklumat yang terperinci dan jelas untuk memudahkan kefahaman mereka. Penggunaan

    multimedia ini juga bermanfaat sebagai pemudahcara untuk murid menjalankan eksperimen atau

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 6

    ujikaji. Penggunaan media seperti video dan animasi dalam sebuah proses eksperimen

    memperbolehkan pelajar untuk memahami dan menguasai konsep dengan lebih jelas dan mudah.

    Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat

    melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Bahan pelajaran yang

    abstrak menjadi lebih konkrit dan nyata, sehingga mudah dimengerti dan difahami pelajar dan

    guru.. Pelajar yang belum memahami bahan pembelajaran dapat mengulangnya di rumah sama

    seperti dengan yang dipelajari di dalam kelompok.Bahan pelajaran yang disajikan akan

    memberikan kesan yang mendalam pada diri pelajar kerana proses belajar yang menarik dan

    menyenangkan.Multimedia dapat menciptakan suasana yang interaktif baik antara pelajar

    maupun pelajar dengan guru atau pengajar.Pengunaan multimedia yang tepat akan dapat

    merangsang berbagai macam perkembangan kecerdasan pada pelajar .

    Selain daripada itu penggunaan multimedia juga bermanfaat dalam membantu guru-guru

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Kamus Multimedia Elektronik misalnya

    merupakan salah satu contoh bagaimana ianya boleh digunakan bagi tujuan pendidikan . Berbeza

    dengan kamus biasa, kamus multimedia elektronik ini akan memaparkan makna dari suatu

    perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan berbagai media seperti

    audio,video,grafik dan animasi sehingga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Ini

    memudahkan para guru dan pelajar dalam proses mencari maklumat dan secara tidak langsung

    dapat menjimatkan masa . Di dalam proses pembelajaran juga dapat dilakukan di mana sahaja

    dan mengikut waktu yang bersesuaian.

    Penggunaan multimedia juga bermanfaat dalam matapelajaran sejarah . Misalnya belajar

    sejarah juga menjadi lebih mudah dan menyenangkan dengan bantuan multimedia kerana bahan-

    bahan sejarah boleh direkabentuk untuk menghasilkan persembahan secara hidup dengan

    menggabungkan konsep gambar, animasi 3D dan sebagainya. Penggunaan video tentang keadaan

    sebenar tanpa perlu bergerak atau melawat ke lokasi sebenar yang mungkin sulit untuk dituju.

    Proses pengajaran dan pembelajaran ini menjadi semakin menarik sekiranya ianya diselang

    selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar.

    Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa multimedia memainkan peranan yang

    sangat penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di

    negara termasuk dalam pendidikan kanak-kanak seperti prasekolah dan jugasekolah rendah.

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 7

    Dengan wujudnya multimedia dalam sistem pembelajaran, secara tidak langsung, ini dapat

    membantu pelajar untuk lebih mudah memahami dan menangkapi setiap perkara yang diajar oleh

    guru mereka di samping menarik minat mereka untuk mengikuti proses pembelajaran itu. Namun

    demikian, proses mereka bentuk sesebuah perisian atau aplikasi multimedia pendidikan bukanlah

    merupakan satu proses yang mudah dan dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Ia

    melibatkan pelbagai aktiviti penyelidikan yang perlu dijalankan agar perisian yang dibina dapat

    menepati keperluan kumpulan sasaran pelajar. Selain itu,pengetahuan tentang teori-teori

    pembelajaran dan cara mengaplikasikannya dalam mereka bentuk perisian perlu dikuasai terlebih

    dahulu. Dengan itu adalah wajar sekiranya guru dan ahli-ahli psikologi pembelajaran terlibat

    sama dalam proses pembinaan perisian selain ahli-ahli teknologi. Dengan lain perkataan, para

    pendidik ahli-ahli psikologi seharusnya berganding bahu dengan ahli dalam proses pembinaan

    perisian agar perisian yang terhasil akan lebih berkualiti dan sesuai untuk kegunaan pelajar.

    1503 patah perkataan

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 8

    BIBLIOGRAFI

    1. Noresah Baharom, (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. Jamalludin harun & Zaidatun Tasir (2003 ), Multimedia dalam Pendidikan, PTS

    Publications : Bentong.

    3. Jamalludin harun & Zaidatun Tasir (2000 ), Pengenalan Kepada Multimedia , Kuala

    Lumpur : Venton Publishing

    Sumber

    http // www.slideshare.net/.../multimedia-aplikasinya-dalam pendidikan

    http// edukasi.kompasiana.com/.../multimedia-dalam-dunia pendidikan

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 9

    SOALAN B

    Pada era digital ini, usaha guru mengapikasikan video dalam pengajaran Bahasa Melayu

    dianggap sesuatu yang kreatif dan berinovasi. Selaras dengan aspirasi pihak sekolah untuk

    meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu, guru wajar diransang untuk

    mengaplikasikan video dalam pengajaran. Usaha ini turut meninggalkan beberapa impak kepada

    murid daripada pengaplikasian video.

    Daripada pernyataan di atas, anda dikehendaki :

    i) menjelaskan TIGA cara untuk merangsang guru mengaplikasikan video dalam

    pengajaran.

    Perkembangan teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses

    pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah

    satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat

    berbentuk gambar yang bergerak.Bagaimanpun format video berubah mengikut perkembangan

    teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video, cakera video dan kini

    klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian komputer.Walau apa sahaja

    formatnya, fungsinya masih sama terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

    bilik darjah.Dengan lain perkataan elemen-elemen yang terdapat dalam video mampu memberi

    satu pengalaman baru melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah

    dengan situasi sebenar di luar bilik darjah.Menyedari hakikat ini pelbagai pihak menyediakan

    bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran.Teknologi instruksional pada masa ini

    sangat mempengaruhi sistem pendidikan negara. Atas kepentingan ini isu dan cabaran terhadap

    guru yang berkaitan dengan teknologi instruksional wajar diperbincangkan dengan teliti.

    Berbagai cara boleh digunakan untuk meransang guru mengaplikasikan video dalam

    pengajaran mereka. Antaranya ialah memberi pendedahan tentang kepentingan dan cara

    penggunaan video dalam pengajaran mereka. Pihak pentadbir misalnya boleh menganjurkan

    kursus kepada guru-guru bagi memberi pendedahan dan tunjukajar penggunaan video ini. Ini

    secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan dan memberikan keyakinan diri ketika

    mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video.

    Justeru itu memberi pendedahan kepada alam teknologi multimedia perlu dilakukan pada

    peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran dapat dibina dalam

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 10

    suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Oleh yang demikian, guru-guru perlu

    memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan terkini ICT jika

    tidak mahu keciciran dalam bidang pendidikan.

    Di samping itu, penekanan haruslah diberi tentang kepentingan penggunaan ICT untuk

    meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan pendidikan.

    Penggunaan video di dalam pengajaran mampu menarik minat murid dan menggalakkan suasana

    pembelajaran yang lebih kondusif dan mencabar kebolehan murid dengan menggunakan

    perkakasan yang membolehkan pelajar berinteraktif dengan bahan pembelajaran tersebut.

    Penggunaan multimedia seperti perisian pembelajaran @courseware,power point mampu

    memberi kesan positif kepada perkembangan minat para pelajar. Di sinilah guru juga perlu

    menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu,

    buat penambahbaikan bagi memastikan objektif penyediaan bahan tercapai.

    Selain daripada itu, untuk meransang guru mengaplikasikan video dalam pengajaran ialah

    dengan membangunakan MySchoolNet, menyediakan kemudahan untuk mengakses internet dan

    pelbagai kemudahan yang lain ICT yang lain . Pihak sekolah seharusnya memperbaiki

    infrastruktur komunikasi dan multimedia dan meningkatkan infrastruktur.Pentadbir juga perlu

    wujudkan jaringan kerjasama di antara para guru dan wujudkan prasarana ICT yang sesuai

    untuk pembelajaran. Untuk mencapat matlamat ini perlu juga ada kumpulan pembinaan bahan

    yang mendapat dorongan daripada pentadbir dengan memberikan lebih dorongan kepada pelajar

    agar meminati komputer. Pihak KPM juga perlu menyediakan kemudahan bangunan mengikut

    piawai yang telah ditetapkan dan memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan

    diselenggara dengan baik dengan menyelenggara peralatan dan perkakasan secara intensif dan

    bersepadu.

    Justeru itu , langkah-langkah ini haruslah diambil bagi merangsang guru-guru bagi

    mengaplikasikan penggunaan video di dalam pengajaran mereka. Dengan cara ini matlamat

    kementerian untuk menggalakkan minat dan penggunaan multimedia di dalam sistem pendidikan

    negara akan tercapai dan melahirkan insan yang intelektual. berdaya saing, dan maju selaras

    dengan keperluan dan pembangunan negara masa kini.

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 11

    ii ) menghuraikan TIGA impak kepada murid daripada pengaplikasian video.

    Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks

    dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan organisasi untuk

    menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada

    masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.

    Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat

    menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.Teknologi

    boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi

    maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan dan teknik. Perkembangan era

    globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan dunia teknologi sangat penting dalam

    pendidikan.

    Pengaplikasian video di dalam pengajaran telah memberi beberapa impak kepada murid.

    Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari

    video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Oleh

    itu video dipercayai dapat memperkukuhkan lagi pembentukan konsep di samping

    menghasilkan pembelajaran yang lebih luas dan mendalam. Misalnya dalam mata pelajaran

    Sains bagi tajuk Proses Kehidupan Haiwan, cara haiwan membiak dan membesar dapat

    ditunjukkan melalui media bergerak dan ini dapat mengekalkan ingatan murid. Menurut Semrau,

    P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk

    mempelajarinya. Melalui video, sekurang-kurangnya dapat menarik minat pelajar dalam

    pengajaran Sains.

    Yusup dan Alwiah (1999) pula telah menyatakan bahawa penggunaan video boleh

    menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. Melalui video, murid-murid boleh

    membayangkan sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan. Misalnya perubahan fizikal

    sesuatu haiwan,cara haiwan membiak dan sebagainya. Ia dapat merangsang deria-deria individu

    di samping menyediakan pengalaman sebenar. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999) juga

    menyatakan penggunaan video dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke peringkat

    penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video.

    Antaranya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula. Oleh itu, murid-murid lemah

    dapat mengimbas kembali pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja.

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 12

    Di samping itu pengaplikasian video di dalam pengajaran juga telah terbukti berdasarkan

    beberapa kajian yang telah diperolehi sama ada dalam negara mahu pun di luar negara. Beberapa

    pengkaji telah menyatakan bahawa penggunaan video dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran berkesan keranamampu menarik tumpuan pelajar dalam pembelajaran dan

    merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritikal. Berdasarkan hasil kajian David

    Reiss (2007) dalam Video based Multimedia Design, beliau menyatakan bahawa pembinaan

    bahan media pengajaran mampu mengawal tumpuan dan perhatian pembelajaran pelajar. Hal ini

    diperkukuhkan lagi dengan penggunaan fungsi main semula atau playback function bagi video

    dan audio yang mampu merangsang bahagian emosi otak. Akibatnya, pengguna menjadi lebih

    sensitif dan terlibat dalam media yang digunakan walaupun tidak secara logikal. Video boleh

    menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan pelajar untuk memahami Sejarah

    dengan lebih terperinci. Selain itu, video juga dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk

    mempelajari sesuatu pelajaran yang dahulunya hanya menggunakan buku teks dan cara

    penyampaian seperti pengkuliahan.

    Kesimpulannya, hasil kajian yang telah dilaksanakan dalam menguji

    keberkesananpengaplikasian video sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran

    danpembelajaran bagi mata pelajaran telah menunjukkan pengaplikasian ini berjaya menarik

    minat. Selain itu, pembelajaran secara visual ini telah meningkatkankefahaman dan daya ingatan

    pelajar kerana kaedah pengajaran ini dapat menyampaikan isi pengajaran secara telus dengan

    guru bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing. Hal ini kerana pelajar menggunakan

    deria pendengaran dan penglihatan supaya mereka lebih fokus ketika menonton video dalam

    proses penyampaian maklumat dalam pelajaran tersebut.. Akhir sekali, teknik dan kaedah

    pengajaran juga tidak seharusnya diterhadkan kepada kaedah tradisional sahaja. Perkembangan

    ICT dalam dunia pendidikan perlu diaplikasikan sepenuhnya mengikut kesesuaian isi kandungan

    dalam sesuatu mata pelajaran bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    efektif. Ini sesuai dan seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat serta hasilnya

    dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang.

    2018 patah perkataan

  • BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    BMP3093 M/S 13

    BIBLIOGRAFI

    1. Dr Ismail Zain. (2009, Februari 2). Aplikasi video dalam pembelajaran. Portal

    Pendidikan Utusan 2001-2009. Utusan Melayu (M) Berhad. Kuala Lumpur.

    2. Ee Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah

    Pendidikan, Guru Dan Sekolah. 2nd.ed. Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    3. Semrau, P. & Boyer, B.A. (1994). Using interactive video in education. Boston: Allyn

    and Bacon.

    4. Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff (1999), Pendidikan Jarak Jauh: Teori

    dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    5. Baharuddin Aris et.al (2000) Modul Pengajaran Teknologi Pendidikan, Fakulti

    Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

    6. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti