bmtahun3ayattanya

3
Bahasan Malaysia Tahun 3 Nama: Tarikh : Selamat pagi, murid-murid. Pagi ini, giliran cikgu untuk berceramah. Tajuknya ialah “Keselamatan di Tempat Awam”. Tempat awam itu adalah di pusat beli-belah, stesen komuter dan perhentian bas. Tempat ini selalu sibuk. Di situ terdapat banyak orang awam yang tidak kamu kenali. Oleh itu, kamu dilarang bersendirian di tempat awam. Cikgu juga menasihati kamu supaya mengawasi barang- barang kamu semasa di tempat awam. NOTIS Kawasan sekolah ialah zon selamat. Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang keselamatan murid-murid. Pihak sekolah melarang murid-murid berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Jika ada orang yang tidak dikenali hendak berjumpa dengan murid- murid, laporkan hal itu kepada pihak sekolah.

description

ayat tanya

Transcript of bmtahun3ayattanya

Bahasan Malaysia Tahun 3Nama: Tarikh :

Selamat pagi, murid-murid. Pagi ini, giliran cikgu untuk berceramah. Tajuknya ialah Keselamatan di Tempat Awam. Tempat awam itu adalah di pusat beli-belah, stesen komuter dan perhentian bas. Tempat ini selalu sibuk. Di situ terdapat banyak orang awam yang tidak kamu kenali. Oleh itu, kamu dilarang bersendirian di tempat awam. Cikgu juga menasihati kamu supaya mengawasi barang-barang kamu semasa di tempat awam.

NOTISKawasan sekolah ialah zon selamat. Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang keselamatan murid-murid. Pihak sekolah melarang murid-murid berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Jika ada orang yang tidak dikenali hendak berjumpa dengan murid-murid, laporkan hal itu kepada pihak sekolah.

A) Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberikan.

Siapakah di manakah apakah

i) ?Tajuk ceramah pada pagi itu ialah Keselamatan di Tempat Awam.

ii) ?Tempat awam itu di pusat beli belah, stesen komuter dan perhentian bas.

iii) ?Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang keselamatan murid-murid.

iv) ?Terdapat banyak orang awam yang tidak dikenali di Tempat Awam.

v) ?Pihak sekolah melarang murid-murid berurusan dengan orang yang tidak dikenali.

vi) ?Jika ada orang yang tidak dikenali hendak berjumpa dengan murid-murid, laporkan hal itu kepada pihak sekolah.

Ayat tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti Berapa Mengapa Bagaimana Apa Bila Di mana Siapa Contoh: Berapakah harga minuman itu? Apakah yang adik lakukan pada waktu petang?