BORANG KASTAM

download BORANG KASTAM

of 2

Transcript of BORANG KASTAM

  • 8/9/2019 BORANG KASTAM

    1/2

    Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengimportan adalah mengikut

    kategori konsainan:

    Haiwan

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalankan pemeriksaan dokumen dan fizikal bagi semua

    pengimportan di pintu masuk pertama. Maklumat ketibaan konsainan komersial diterima

    daripada Jabatan Kastam secara manual atau elektronik. Dokumen diserahkan oleh pengimport/

    agen kepada Pegawai Pemeriksaan di pintu masuk termasuk permit Import, Sijil Kesihatan

    Veterinar, Sijil Halal Sijil CITES, JK 69, Bill of Lading/ Airway Bill (mana-mana yang perlu).

    Makanan

    Pemeriksaan dokumen dan fizikal untuk kobis bulat dan kopi

    FAMA menjalankan pemeriksaan dokumen dan fizikal untuk kobis bulat dan kopi di pintu

    masuk.

    Agen Pengimport akan menyerahkan dokumen-dokumen yang terliibat untuk diperiksa oleh

    Pegawai FAMA dan dokumen terlibat adalah Borang Kastam (K1), airway bill,manifest.

    Pemeriksaan dokumen adalah untuk memastikan bahawa kuantiti produk yang diisytiharkan

    dalam Borang K1 adalah sama atau kurang daripada kuantiti yang tercatat dalam Permit Import,

    dan juga memastikan syarat-syarat permit import dipatuhi.

    Ikan

    Jabatan Perikanan

    Jabatan Perikanan mengeluarkan permit dan sijil untuk import dan angkut untuk mengawal

    import.

    Pengeluaran sijil atau permit tersebut dibuat di pintu-pintu keluar/ masuk di pejabat Pusat

    Kuarantin Ikan Jabatan. Bagi negeri yang tidak ada pusat kuarantin, permit akan dikeluarkan

    oleh Pengarah Perikanan Negeri.

    Sijil Angkut dikeluarkan untuk membolehkan pengangkutan ikan di antara Semenanjung Sabahdan Sarawak.

    Jabatan Perikanan memeriksa dokumen import termasuk invois import asal atau airway bill atau

    bill of lading dan sijil kesihatan ikan dari negara pengeksport.Jika tidak ada perkara yang

    meragukan, permit import diluluskan dan Borang K1 diperakukan.

    Setiap konsainan import perlu disertakn dengan sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak

    penguasa negara pengeksport. Pemeriksaan ke atas konsainan dibuat pada hari ketibaan

    mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

  • 8/9/2019 BORANG KASTAM

    2/2

    Kebiasaanya sepuluh peratus dari jumlah konsainan dipilih secara rawak untuk pemeriksaan

    secara visual. Walau bagaimanapun, bagi spesis tertentu seperti Ikan Arowana pemeriksaan

    visual dan semakan tag elektronik dilakukan seratus peratus.

    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

    LKIM membuat pemeriksaan dan pengesahan dokumen pengimportan seperti berikut :

    a) Lesen pengimport untuk memastikan semua pengimport mamatuhi syarat-syarat yangditetapkan oleh LKIM.

    b) Borang Skim Kawalam Pemeriksaan Ikan (SKPI)c) Borang Ikrar Kastam (Borang Kastam K1, Borang Kastam K2, Borang Kastam K3, dan

    Borang Kastam K8)

    d) Invois/Nota Hantaran Syarikate) Sijil Kesihatan untuk Udang (Untuk tujuan import sahaja)

    LKIM menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas koisanan yang dibawa dihadapan pengimport

    atau agen yang dilantik untuk pemeriksaan dan mengira jumlah bilangan sebenar, kuantiti (kg)

    serta jenis dan kategori megikut sepertimana yang telah diisytiharkan.

    Tumbuhan

    Jabatan Pertanian

    Pengimportan kesemua produk yang dikawal oleh Akta dan Peraturan- Peraturan KuarantinTumbuhan sama ada melalui udara,laut, dan darat, adalah tertakluk kepada pemeriksaan

    dokumen dan fizikal. Merinyu Kuarantin Tumbuhan menggunakna Sistem Maklumat Kastam

    untuk mengenalpasti konsainan-konsainan yang tertakluk dibawah Akta dan Peraturan Kuarantin

    Tumbuhan sebelum agen mengemukakan dokumen - dokumen pengimportan untuk

    pemeriksaan. Konsainan-konsainan berkenaan akan ditahan (di dalam SMK) untuk sementara

    waktu sehingga Merinyu Kuarantin membuat pemeriksaan dan seterusnya melepaskannya

    dengan tahanan tersebut. Bagi pintu masuk yang tidak dilengkapi dengan SMK, Agen

    Pengimportan akan membuat pengisytiharan mengenai konsainan-konsainan yang terlibat

    dengan membawa terus dokumen pengimportan ke Pejabat Kuarantin Tumbuhan.

    Jabatan Pertanian menjalankan pemeriksaan fizikal untuk:

    i. menentukan produk yang diimport adalah seperti yang diimport adalah seperti yangternyata dalam Airway bill/ Manifest, Borang K1, Borang JK69 (jika berkenaan), Permit

    Import dan juga Sijil Fitosanitasi;

    ii. menentukan bahawa rawatan kuarantin telah dilaksanakan di negara pengeksport,sepertimana yang tertera di Permit Import; dan

    iii. menentukan bahawa konsainan berkenaan bebas dari perosak dan penyakit.