Borang Markah Calon ....

8
BORANG MARKAH CALON NAMA CALON : FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR NO K/P : 930218-07-5218 ANGKA GILIRAN : NAMA INSTITUT : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TAJUK : LUKISAN NO. TUGASAN : BIL KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH DIPEROLEH CATATAN 1. Pemilihan media Menggunakan media dengan memuaskan 12 Alat dan bahan yang mencukupi dan cekap menggunakannya 2. Pengwujudan idea Baik dalam menepati tema yang diberikan 20 Tema haiwan liar dapat dilihat dengan jelas pada lukisan kerana pengkarya memilih subject matter serigala yang merupakan binatang buas dan liar. 3. Gubahan Baik dalam mewujudkan gambaran dengan tajuk yang bersesuaian 36 Unsur seni seperti jalinan, garisan dan ruang diapliasikan oleh pengkarya. Prinsip rekaan dapat dilihat dengan jelas pada iaitu

description

lmlm;mmmmmmm

Transcript of Borang Markah Calon ....

BORANG MARKAH CALONNAMA CALON : FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR NO K/P : 930218-07-5218ANGKA GILIRAN : NAMA INSTITUT : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TAJUK : LUKISAN NO. TUGASAN : BIL KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH DIPEROLEH CATATAN

1. Pemilihan media Menggunakan media dengan memuaskan12Alat dan bahan yang mencukupi dan cekap menggunakannya

2. Pengwujudan idea Baik dalam menepati tema yang diberikan20Tema haiwan liar dapat dilihat dengan jelas pada lukisan kerana pengkarya memilih subject matter serigala yang merupakan binatang buas dan liar.

3.Gubahan Baik dalam mewujudkan gambaran dengan tajuk yang bersesuaian36Unsur seni seperti jalinan, garisan dan ruang diapliasikan oleh pengkarya. Prinsip rekaan dapat dilihat dengan jelas pada iaitu kesatuan, keharmornian dan irama dan pergerakan.

4. Proses dan teknik Menghasilkan kerja mengikut sistem dan prosedur4Menggunakan teknik selari dengan betul dan proses penghasilan lukisan juga diikuti mengikut urutan yang ditetapkan

5.Kemasan Hasil karya sangat kemas dan berkualiti dalam semua aspek15Spray pemati digunakan, lukisan tiada kotoran yang kelihatan dan menggunakan kertas lukisan yang berkualiti

.JUMLAH MARKAH 87Cemerlang

87100Tajuk : Lukisan Penilaian saya

Pemilihan karya Berdasarkan empat bidang yang saya ketahui, bidang yang saya pilih ialah bidang menggambar. Saya memilih bidang ini kerana saya suka akan bidang menggambar. Aktiviti yang saya pilih daripada bidang menggambar ialah aktiviti lukisan. Saya menghasilkan lukisan kerana mempunyai minat yang mendalam dalam seni lukisan. Saya sering kali terdetik untuk menjadi pelukis yang profesional. Lukisan juga agak mudah dihasilkan jika dibandingkan dengan bidang pendidikan seni visual yang lain bagi saya. Walaupun lukisan merupakan sesuatu aktiviti yang mudah tetapi seseorang itu tetap memerlukan kemahiran yang tinggi dan baik semasa menghasilkannya. Seseorang itu perlu mengetahui bagaimana membuat ton pada lakaran, arah pencahayaan, bahagian yang perlu didetailkan dan sebagainya. Saya suka melukis berkaitan realisme kerana saya dapat melukis subject matter yang saya gemari. Lukisan ini menggambarkan tentang haiwan liar di mana haiwan liar yang saya pilih ialah serigala. Lukisan juga tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana media untuk melukis telah saya miliki. Hal ini sangat menjimatkan dan memudahkan. Alatan seperti pensil pelbagai gred saya sudah miliki beserta kertas lukisan yang agak berkualiti. Semasa menyiapkan tugasan ini saya sering menggunakan pensil 8B, 7B, 6B, 3B dan 2B. Kebanyakkan gred pensil yang saya pilih adalah gelap. Hal ini kerana saya ingin menonjolkan lagi subject matter yang saya lukis tersebut. Saya sangat menyukai haiwan. Maka saya memilih serigala sebagai subject matter saya. bahagian yang paling saya sukai untuk hasilkan ialah bahagian bulu serigala. Hal ini kerana serigala mempunyai bulu yang pendek dan lembut seperti bantal. Serigala ini juga jika dilihat dari sudut lain kelihatan seperti haiwan peliharaan saya iaitu kucing saya yang saya pelihara di rumah. Perkara ini juga merupakan antara sebab saya memilih untuk membuat lukisan. Saya juga dapat meluahkan perasaan saya semasa membuat lukisan kerana apabila saya melukis lebih-lebih pada bahagian bulu saya dapat menenangkan emosi sangat yang sedang sarat dengan pelbagai tugasan di maktab.

Refleksi Saya mempelajari ilmu yang banyak semasa menyiapkan tugasan kecil ini. Saya mendapati bahawa sebelum kita membuat penilaian kita perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pertama sekali kita perlulah menyediakan rubrik pemarkahan yang sesuai dengan tugasan yang perlu dihasilkan. Setiap tugasan dalam karya seni boleh dinilai dari pelbagai cara dan berbeza bagi setiap-tiap karya. Hal ini kerana dalam Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang yang wujud dan setiap bidang juga wujud pelbagai aktiviti. Bidang menggambar aktiviti yang ada ialah lukisan, catan dan pelbagai lagi. Kita sebagai seorang guru tidak boleh memberi markah dengan begitu sahaja. Kita perlulah menyediakan kriteria-kriteria yang ingin kita uji bersesuaian dengan tugasan yang akan dinilai. Penilaian sangat penting kerana kita dapat menilai sama ada karya yang dihasilkan berkualiti ataupun banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Apabila wujudnya penilaian seseorang itu dapat memahami kekurangan dan kekuatan karya yang dihasilkan olehnya. Maka seseorang itu tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan cuba menghasilkan karya yang lebih baik dan cemerlang. Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Penilaian boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. Tujuan Penilaian ialah mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar, menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif. a. Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. 8 9. (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. b. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi. Latihan 9 Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? [Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111] Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? [Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111] 10. (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan. - Ujian Pencapaian Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. - Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu. - Ujian Prestasi Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar 10 11. (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian. d. Penilaian Alternatif Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. PERKAITAN 3P 1 Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap 11 12. (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga- tiga aspek bekenaan. Mengumpul Maklumat 12 Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan ujian alternatif. 13. (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)