BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks...

42
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN PROGRAM BERTERASKAN NILAI___ SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN____________________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh ___________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. ROHANA HAMZAH IBU PEJABAT POLIS, DAERAH KOTA KINABATANGAN, 90200, SANDAKAN, SABAH Tarikh: ____________________ Tarikh: ____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab atau tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS�

JUDUL: PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN PROGRAM BERTERASKAN NILAI___

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN____________________________________(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi4. **Sila tandakan (�)

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

� TIDAK TERHAD

____________________________(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

___________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: DR. ROHANA HAMZAHIBU PEJABAT POLIS, DAERAH KOTA KINABATANGAN, 90200,SANDAKAN, SABAH

Tarikh: ____________________ Tarikh: ____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan sebab atau tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau

disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik dan Vokasional)

Tandatangan : …………………………...................

Nama Penyelia : Dr. Rohana Binti Hamzah

Tarikh : 29 JULAI 2013

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN PROGRAM BERTERASKAN NILAI

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JULAI 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penulis : Mohd Zulfadly Bin Othman

Tarikh : 29 JULAI 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

iii

Teristimewa untuk insan – insan tersayang ...

Untuk Ayahanda & Bonda

Othman Bin Baharum & Orip Binti Alan

Yang banyak berkorban dan memberikan semangat

serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.

Untuk kekanda-kekandaku & insan-insan yang dihargai

Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar.

Untuk teman – teman seperjuangan,

Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian

Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.

Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku

Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur

Amin

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah serta

inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada

kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah

banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan tesis ini sehingga dapat

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Rohana Hamzah,

selaku penyelia kajian saya di atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Segala yang dipelajari daripada beliau amat berguna dalam menjayakan tesis ini.

Kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa saya, yang tidak pernah jemu-jemu

memberi sokongan dan semangat semenjak saya mula melihat dunia. Dorongan, doa dan

keperluan bahan yang diberikan amat saya hargai dan tidak mampu dibalas dengan

wang ringgit. Turut tidak saya lupakan sahabat-sahabat, kawan-kawan, kenalan dan juga

teman seperjuangan yang telah memberi sokongan dan pendapat sepanjang proses

menyiapkan tesis ini.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

v

ABSTRAK

Aktiviti kepada implimentasi proses penilaian kurikulum memerlukan panduan, prosedur dan kerangka berkesan untuk dijadikan garis panduan utama oleh pelaksana kurikulum. Analisis penyelidik terhadap model dan teori penilaian mendapati wujudnya kelemahan ketara khususnya dari segi penerapan nilai ketuhanan dalam penilaian. Situasi ini memberikan inspirasi kepada penyelidik untuk membangunkan instrumen penilaian kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina dengan mengadaptasi Model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP) sebagai kerangka perlaksanaan dan Model Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai (KPKBN) sebagai pengisian utamanya. Penilaian universal akan menjadikan falsafah ketuhanan sebagai teras utama implimentasinya di samping berupaya untuk membentuk setiap individu sebagai agen kepada pemimpin perubahan berkesan program akademik. Pembangunan instrumen penilaian universal (IPU) mengadaptasi tiga fasa pembangunan konstruk oleh Lewis et al., (2005) sebagai kerangka pengoperasian kajian. Keseluruhan proses ini telah melibatkan 5 orang pakar untuk prosedur pra-ujian, 10 responden ujian rintis, dan 5pakar untuk prosedur penapisan item. Fasa pertama iaitu proses analisis kandungan telah menghasilkan konstruk IPU terdiri daripada 4 komponen, 14 dimensi, dan 109 item. Seterusnya fasa kedua terdiri daripada 3 peringkat iaitu pra-ujian, ujian rintis, dan penapisan item. Peringkat pra-ujian menyingkirkan 31 item dan meninggalkan sebanyak 78 item IPU. Analisis ujian rintis memperlihatkan nilai alpha Cronbach iaitu 0.976(kebolehpercayaan tinggi), namun 6 item dengan nilai corrected item-total correlationkurang daripada 0.30 telah disingkirkan. Seterusnya dalam peringkat penapisan item, nisbah kesahan kandungan (CVR) bagi setiap item ditentukan dan 16 item dengan nilai CVR kurang daripada 0.99 telah disingkirkan. Secara keseluruhannya, analisis statistik ini telah menyingkirkan 53 item dan mengekalkan 56 item IPU. Namun, penyelidik mencadangkan 9 item yang telah disingkirkan untuk dimasukkan semula ke dalam senarai item IPU memandangkan kepentingan item-item tersebut dalam mengukur komponen universal kurikulum dinilai.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

vi

ABSTRACT

The implementations of curriculum evaluation process require effective guidelines,procedures and framework as the main reference by curriculum implementer. Analysis by the researcher on the evaluation models and theories found clear weakness especiallyon the adaptation of divine values in curriculum evaluation. This situation encouragedresearcher to develop curriculum evaluation instrument based on universal divinity values in the Technical and Vocational Education (TVE) context of higher learninginstitutions. The instrument built by adapting the Context, Input, Process and Product (CIPP) Model as the frame and the Value-Based Total Performance Excellence Model (VBTPEM) as the main content. Universal evaluation will apply the divine philosophy core as well as its implementation is able to form each individual as an effective transformation leader. The development of universal evaluation instrument (UEI)adopted three-phase constructs development by Lewis et al., (2005) as the research operational framework. The whole process involved 5 experts for pre-testing procedures, 10 respondents for pilot test, and 5 experts for item screening procedure. The first phase of content analysis process has developed IPU construct that consists of 4 components, 14 dimensions, and 109 items. Hence, the second phase consists of three stages; pre-testing, pilot testing, and items screening. Pre-testing stage has deleted 31 items and retained 78 items. Pilot test analysis showed that the alpha Cronbach value was 0.976(high reliability) yet, 6 items with corrected item-total correlation value less than 0.30were deleted. Then, in item screening stage, content validity ratio (CVR) for each item determined and 16 items with CVR values less than 0.99 were deleted. In overall, these statistical analyses has deleted 53 items and retained 56 items of the UEI constructs.However, researcher suggests 9 items that were removed to be restored to the list of UEIitems based on the importance of the items in measuring the universal component of the curriculum evaluation.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

vii

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI RINGKASAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

viii

BAB TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pihak yang terlibat dalam Implimentasi Kurikulum

1.6.2 Pihak Fakulti Pendidikan

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Kerangka Konsep Kajian

1.10 Definisi Operasi

1.10.1 Pengajian Tinggi

1.10.2 Kurikulum

1.10.3 Program

1.10.4 Penilaian Universal

1.10.5 Dimensi Instrumen

1.10.6 Konteks, Input, Proses dan Produk

1.10.7 Pelajar

1.10.8 Pendidikan Teknik dan Vokasional

1.11 Penutup

1

3

9

10

11

11

12

13

14

14

15

16

16

17

17

18

18

19

19

20

21

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

ix

BAB TAJUK MUKA SURAT

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.3 Kurikulum

2.3.1 Prinsip Perlaksanaan Kurikulum Ideal

2.3.2 Implimentasi Kurikulum melalui Perspektif Organisasi

2.4 Penilaian Kurikulum

2.4.1 Perkembangan dan Isu Model Penilaian Kurikulum

2.4.2 Model Objektif Tyler

2.4.3 Model Kontinen Stake

2.4.4 Model Illuminatif

2.5 Model Konteks, Input, Proses dan Produk

2.5.1 Komponen Model KIPP

2.5.2 Fleksibiliti dalam Pengaplikasian Model KIPP

2.6 Model Kecemerlangan Prestasi Berteraskan Nilai

2.6.1 Kerangka Model KPKBN

2.6.2 Nilai Teras dalam KPKBN

2.6.3 Ihsan dan Falah sebagai Intipati Perlaksanaan KPKBN

2.7 Program Akademik Pendidikan Teknik dan Vokasional

2.7.1 Cabaran Sebenar Pendidikan Teknik dan Vokasional

2.8 Penggubalan Kurikulum Program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan UTM

2.8.1 Struktur Kurikulum Program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan

2.8.2 Kurikulum Bersepadu Program Perguruan Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan

2.9 Penutup

22

23

25

26

27

29

31

32

35

37

39

40

43

49

52

53

54

55

56

59

60

61

63

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

x

BAB TAJUK MUKA SURAT

3.0 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Kaedah Kajian

3.3 Rekabentuk Kajian

3.4 Populasi Kajian

3.5 Sampel Kajian

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Instrumen Pra-Ujian

3.6.2 Instrumen Ujian Rintis

3.6.3 Instrumen Penapisan Item

3.7 Prosedur Kajian

3.7.1 Fasa Pertama: Membina Spesifikasi Domain

3.7.2 Fasa Kedua: Pembinaan Instrumen Penilaian

3.7.3 Fasa Ketiga: Analsis Statistik

3.8 Prosedur Analisis Data

3.8.1 Fasa Pertama: Membina Spesifikasi Domain

3.8.2 Fasa Kedua: Pembinaan Instrumen Penilaian

3.8.2.1 Pra-Ujian (Pre-Test)

3.8.2.2 Ujian Rintis (Pilot Test)

3.8.2.3 Penapisan Item (Item Screening)

3.8.3 Fasa Ketiga: Analisis Statistik

3.9 Etika Kajian

3.10 Penutup

64

64

65

67

68

70

70

71

72

73

75

76

77

77

78

79

79

80

81

82

83

85

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xi

BAB TAJUK MUKA SURAT

4.0 ANALISIS KANDUNGAN INSTRUMEN PENILAIAN

UNIVERSAL (IPU)

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Pembangunan Kriteria Utama Konstruk Instrumen

4.3 Analisis Pembangunan Item Berpandukan Model KIPP

4.3.1 Komponen Konteks IPU

4.3.2 Komponen Input IPU

4.3.3 Komponen Proses IPU

4.3.4 Komponen Produk IPU

4.4 Analisis Pembangunan Item Berpandukan Model KPKBN

4.5 Analisis Integrasi Item Model KIPP dan Model KPKBN

4.5.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Tunjang

Integrasi

4.6 Instrumen Penilaian Universal (IPU)

4.7 Penutup

86

87

87

89

91

91

92

93

99

105

115

109

116

5.0 ANALISIS DATA

5.1 Pengenalan

5.2 Fasa I: Spesifikasi Domain dan Penghasilan Senarai Item

5.3 Fasa II: Pembinaan Instrumen

5.3.1 Pra-Ujian

5.3.2 Ujian Rintis

5.3.3 Penapisan Item

5.4 Hasil Keseluruhan Analisis Statistik

5.5 Kesimpulan

117

117

119

119

124

129

134

135

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xii

BAB TAJUK MUKA SURAT

6.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

6.1 Pendahuluan

6.2 Rumusan

6.2.1 Apakah Komponen-komponen terlibat dalam pembinaan

Instrumen Penilaian Kurikulum?

6.2.2 Adakah Item yang dibina berupaya Mengukur

Komponen dinilai?

6.2.3 Apakah Tahap Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian

Universal?

6.3 Perbincangan

6.3.1 Komponen terlibat dalam Pembinaan Instrumen

6.3.2 Penyingkiran Item dalam setiap Fasa

6.3.3 Penilaian Semula Item Disingkirkan

6.3.4 Prosedur Pembangunan Konstruk Instrumen

6.4 Cadangan

6.4.1 Memperkasa Kajian Penilaian Kurikulum

6.4.2 Penilaian Semula Item IPU sebelum digunakan dalam

Kajian lain

6.4.3 Cadangan Pembangunan Model Penilaian Universal

Program Universiti

6.5 Penutup

136

137

138

139

140

140

140

142

145

151

152

152

153

154

156

RUJUKAN 157

Lampiran I - V 167 – 204

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pengaplikasian Model KIPP bagi menentukan tujuan, kaedah dan keputusan diperlukan untuk menilai progam pengajaran membaca pelajar tahap tiga di New Zealand (Tom Nicholson, 1989). 44

2.2 Penilaian Matrik Model KIPP untuk Kurikulum Pengajian Tinggi Kejuruteraan Teknologi Nano di Taiwan (Kuo-Hung Tseng et al., 2010). 47

2.3 Indeks Penilaian dan Klasifikasi Instrumen Soal Selidik bagi penilaian program Kemahiran Jarak Jauh Metrologi dan Hidrologi di China (Yong Wang dan Xiefei Zhi, 2009). 48

2.4 Nilai teras Model KPKBN. 54

3.1 Prosedur Pembangunan konstruk Instrumen (Lewis et al.,2005). 66

3.2 Jumlah Populasi Kajian. 67

3.3 Pemilihan sampel berdasarkan prosedur Fasa II Pembangunan Konstruk instrumen penilaian universal (IPU). 69

3.4 Struktur Instrumen Pra-Ujian. 71

3.5 Struktur Instrumen Ujian Rintis. 72

3.6 Struktur Instrumen Penapisan Item. 73

3.7 Skala kerelevenan bagi setiap item instrumen (Lewis et al.,2005). 81

3.8 Nilai minimum CVR berdasarkan jumlah panel penilai (Lawshe, C. H., 1975). 83

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xiv

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Tujuan Empat Komponen Penilaian dalam IPU (diubahsuai daripada Stufflebeam, 1971). 88

4.2 Tujuan untuk setiap Dimensi IPU. 94

4.3 Kluster Dimensi bagi setiap empat komponen IPU. 95

4.4 Konstruk item IPU melalui analisis Model KIPP dan Model KPKBN. 97

4.5 (A) Item Komponen Matlamat Program. 102

4.5 (B) Item Komponen Perancangan Program. 103

4.5 (C) Item Komponen Perlaksanaan Program. 103

4.5 (D) Item Komponen Hasil Program. 104

4.6 Penguraian komponen FPK berdasarkan 4 cabang utama falsafah serta implikasinya terhadap pembinaan kerangka penilaian kurikulum universal (diadaptasi daripada PusatPerkembangan Kurikulum, 1988). 106

4.7 Analisis Kandungan Instrumen Penilaian Universal. 110

5.1 Senarai komponen, bilangan item bagi setiap dimensi hasil daripada Fasa I pembangunan konstruk IPU. 118

5.2 Komen dan cadangan bagi format instrumen. 120

5.3 Komen dan cadangan bagi item instrumen. 121

5.4 Item-item koheren yang digabungkan untuk membentuk pernyataan baru. 122

5.5 Jumlah item yang disingkirkan bagi setiap dimensi. 124

5.6 Nilai pekali alpha Cronbach bagi keseluruhan item IPU. 125

5.7 (A) Nilai corrected item-total correlation dan pekali alphamasing-masing bagi setiap item dan komponen Nilai-nilai Matlamat IPU. 126

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xv

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.7 (B) Nilai corrected item-total correlation dan pekali alphamasing-masing bagi setiap item dan komponen Nilai-nilai Perancangan IPU. 126

5.7 (C) Nilai corrected item-total correlation dan pekali alphamasing-masing bagi setiap item dan komponen Nilai-nilai Perlaksanaan IPU. 127

5.7 (D) Nilai corrected item-total correlation dan pekali alphamasing-masing bagi setiap item dan komponen Nilai-nilai Hasil IPU. 128

5.8 Senarai item disingkirkan pada peringkat ujian rintis. 129

5.9 (A) Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi setiap item dalam Komponen Nilai-nilai Matlamat IPU. 130

5.9 (B) Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi setiap item dalam Komponen Nilai-nilai Perancangan IPU. 131

5.9 (C) Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi setiap item dalam Komponen Nilai-nilai Perlaksanaan IPU. 132

5.9 (D) Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi setiap item dalam Komponen Nilai-nilai Hasil IPU. 133

5.10 Nilai pekali alpha Cronbach untuk 56 item IPU selepas melalui peringkat penapisan item. 134

6.1 Antara item-item yang digabungkan bagi membentuk pernyataan baru pada fasa pertama pembangunan konstruk. 143

6.2 Item dengan nilai universal yang telah disingkirkan. 146

7.0 Nilai min, sisihan piawai, corrected item-total correlation,pekali alpha, CVR serta pembolehubah yang diukur untuk keseluruhan konstruk IPU. 198

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xvi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hubungan antara pembolehubah, kerangka teori dan kerangka konseptual kajian. 16

2.1 Model Penilaian Kurikulum Objektif Tyler (Tyler, 1949). 33

2.2 Model Penilaian Kontinen Stake (Stake, 1967). 36

2.3 Model Penilaian Iluminatif Parlett dan Hammilton. 38

2.4 Komponen utama Model Penilaian KIPP (Stufflebeam dan Shinkfield, 2007). 40

2.5 Komponen penilaian dan jenis keputusan berdasarkan kepada Model KIPP (Stuffelbeam, 1971). 42

2.6 CACIIPPEM (Curriculum Adaptation of CIPP Evaluation Model) untuk menilai kurikulum Pendidikan Teknik dalam kolej-kolej di Nigeria (Alade, 2006). 45

2.7 Kerangka penilaian umum kurikulum Pendidikan Kejuruteraan di Taiwan (Kuo-Hung Tseng et al., 2010). 46

2.8 Sebelas kriteria utama Model Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai (Nooreha et al., 2002). 52

3.1 Prosedur Pembangunan Konstruk (Lewis et al., 2005) bagipembinaan instrumen penilaian. 74

3.2 Kaedah analisis kandungan (Lewis et al., 2005). 79

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xvii

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Klasifikasi Model KIPP dalam item IPU (Kuo-Hung Tseng et al., 2010). 89

4.2 Model Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai (KPKBN). 93

4.3 Asas integrasi Model KIPP dan Model KPKBN bagi membentuk konstruk IPU. 99

4.4 Empat kluster utama konstruk item IPU. 101

4.5 Pengintegrasian Model KIPP dan Model KPKBN dengan berteraskan kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan elemen kepimpinan. 108

6.1 Komponen dalam kerangka panduan pembinaan IPU. 138

6.2 Model Penilaian Universal hasil integrasi Model KIPP dan Model KPKBN berteraskan Kalimah Tauhid. 155

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xviii

SENARAI RINGKASAN

CVR - Content Validity Ratio

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPU - Instrumen Penilaian Universal

KIPP - Konteks, Input, Proses, dan Produk

KPKBN - Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

MIS - Management Information System

MPU - Model Penilaian Universal

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

I Draf Instrumen untuk Pra-Ujian. 183

II Senarai Semak Kajian Penilaian Kurikulum. 193

III Draf Instrumen untuk Ujian Rintis. 197

IV Instrumen Selepas Proses Penapisan Item. 205

V Hasil Analisis Statistik Keseluruhan Instrumen 197

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penilaian kurikulum merupakan salah satu daripada proses berterusan dalam

perlaksanaan kurikulum bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan dan

kelancaran perlaksanaan sesuatu kurikulum atau program akademik (Marsh dan Willis,

2007). Sepertimana aktiviti pendidikan lain, pendekatan kepada implimentasi proses

penilaian kurikulum juga perlu berformatkan kepada orientasi falsafah kurikulum

program akademik (Cronbach, 1963). Selain daripada elemen teknikal dan praktikal,

Laurie dan Kerry (2007) dalam penulisan mereka, Curriculum Construction, dilihat

menekankan kepada prinsip etika iaitu keperluan untuk menjadikan nilai sebagai

landasan pengisian penilaian kurikulum. Secara keseluruhannya, proses penilaian

merupakan komponen penting kurikulum untuk memastikan keberkesanan program

akademik yang dilaksanakan serta perlu menjadikan falsafah pendidikan sebagai teras

kepada perencanaannya.

Dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilihat secara

berterusan memformulasikan pelbagai strategi dan pelbagai program pembangunan

intensif bagi memperkasa kualiti kecemerlangan dan kelestarian kurikulum PTV.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

2

Perkara ini adalah kerana kurikulumnya memainkan peranan penting dalam memacu

pembinaan modal insan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara

malah sebagai penjana kepada pembinaan manusia luhur sepertimana diterapkan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Mohamed Rashid, 2007).

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti mewujudkan kumpulan

penasihat kurikulum PTV melibatkan pihak industri dan pihak kerajaan yang lain, sesi

dialog yang diwakili oleh pihak industri pada mana-mana institusi PTV dan

menggalakkan lawatan ke industri oleh pensyarah dan pelajar. Menurut Mohamed

Rashid (2007), strategi pembaharuan dan semakan semula kurikulum PTV melibatkan

beberapa perkara seperti berikut:

i. Memformulasikan struktur kurikulum fleksibel dan berkonsepkan modular.

ii. Mengimplimentasikan kurikulum berdasarkan kompetensi yang menekankan

kepada pengajaran dan pembelajaran kontekstual.

iii. Memperkasa jalinan antara institusi PTV dan industri terutamanya dalam proses

pembangunan kurikulum.

iv. Membangunkan pendekatan baru dalam mengenalpasti dan membuka jurusan

baru dalam pelbagai bidang PTV.

Senario kesejagatan dalam transformasi sistem pendidikan juga dapat dilihat

menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang digubal dengan visi untuk

menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat

antarabangsa. Perletakan asas ini merupakan transformasi pengajian tinggi ke arah

kegemilangan pendidikan melangkaui tahun 2020. Transformasi dan pembaharuan

menerusi pelan ini juga merupakan kesinambungan daripada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan untuk mencapai keseimbangan pembangunan individu serta keperluan

cabaran masa hadapan. Oleh itu, FPK dijadikan sebagai intipati halatuju untuk menjana

falsafah pengajian tinggi di Malaysia (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilihat sebagai salah satu universiti negara yang

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

3

secara jelas menterjemahkan visi pelan ini menerusi penggubalan pernyataan falsafahnya

berpaksikan kepada kepada pernyataan FPK.

“The divine law of Allah is the foundation for science and technology.

UTM strives with total and unified effort to attain excellence in science

and technology for universal peace and prosperity in accordance with His

will.” (www.utm.my).

Menerusi ekosistem pendidikan yang lebih fleksibel dan komprehensif,

kurikulum program Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu dipastikan sentiasa

berkesan dalam memenuhi kriteria ditetapkan. Oleh itu, penilaian kurikulum perlu

dilaksanakan secara berterusan bagi mengenalpasti kewujudan sebarang kelemahan serta

diformulasikan menerusi konteks pembaharuan atau penambahbaikan yang lebih

responsif dan produktif. Tyler (1949) dan Taba (1962) melihat penilaian kurikulum

sebagai sebahagian daripada keperluan komponen kurikulum untuk menilai

keberkesanan, kecekapan dan kesempurnaan sesebuah kurikulum. Saedah (2001) turut

menyatakan penilaian sebagai proses untuk mendapatkan maklumat dan memanfaatkan

maklumat tersebut untuk membuat sebarang keputusan penambahbaikian dan

pembaharuan kurikulum.

1.2 Latar Belakang Masalah

Agenda melestarikan kurikulum program PTV memerlukan proses penilaian

berkesan dan unggul bagi memastikan peranannya sebagai pemacu kepada

pembangunan modal insan berkualiti dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Robiah

(1998) menjelaskan bahawa penilaian program universiti perlu dilaksanakan bagi

memastikan perkhidmatan pendidikan dapat memenuhi matlamatnya serta dijadikan

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

4

sebagai medium untuk menentukan keberkesanan keseluruhan program tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga melihat penilaian sebagai proses untuk menilai

keberkesanan sesuatu program latihan atau jurusan melalui menyemakan kepada

pencapaian objektif dan implimentasi program tersebut. Rowntree (1977) dan Tyler

(1990) berpendapat bahawa penilaian program akademik sebagai proses untuk

menentukan corak dan menjangkakan kesannya terhadap kurikulum.

Namun, penilaian akademik universiti dilihat lebih banyak diperbincangkan

berbanding melalui proses perlaksanaan. Robiah (1998) mengakui bahawa kebanyakan

pihak universiti menganggap bahawa proses penilaian kurikulum sesuatu program

akademik merupakan langkah wajar bagi memastikan keupayaan program akademik

mencapai matlamatnya. Namun, proses penilaian tersebut tidak dijadikan sebagai prioriti

untuk dilaksanakan. Corner (1991) dan Brown (1990) juga berpandangan bahawa

penilaian kurikulum atau program akademik secara keseluruhannya jarang dilihat

sebagai sebahagian penting dalam perlaksanaan kurikulum di institut pengajian tinggi.

Mereka berpendapat bahawa penilaian dan pentaksiran kurikulum merupakan fasa

penting bukan sahaja berfungsi membekalkan informasi berhubung dengan

keberkesanan kurikulum tetapi berperanan juga untuk memberikan maklumat mengenai

perkembangan dan kemajuan pelajar daripada pelbagai aspek pendidikan.

Pendekatan untuk menjana pengisian dan perlaksanaan proses penilaian

kurikulum biasanya berdasarkan kepada model-model penilaian kurikulum seperti

Model Penilaian Objektif Tyler, Model Kontinen Stake, Model Penilaian Illuminatif,

Model KIPP (Context, Input, Process and Product), Model Penilaian Responsif, Model

Kemmis, Model Holistik (Abdul Rahim, 2007; Laurie dan Kerry, 2007; Collin dan

George, 2007) serta lebih daripada empat puluh model penilaian lain (Stufflebeam, dan

Shinkfield, 2007). Di sebalik perkembangan model-model penilaian dalam kurikulum,

terdapat beberapa isu yang menjadi agenda perdebatan sejak daripada wujudnya konsep

implimentasi kurikulum dalam bidang pendidikan. Sebagai permulaannya, Westbury

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

5

pada tahun 1970, menyatakan bahawa penilai kurikulum berhadapan dengan kesukaran

untuk melaksanakan penilaian pada konteks yang betul.

“Evaluation of the wrong kind, at the wrong time, and for the wrong

reasons has characterized too much of the current effort to apprise

educational reforms. Meaningless evaluation is ruining the cutting edge of

educational innovation.” (Westbury, m.s 239, 1970)

Sejak daripada awal tahun 1970-an, Stuffelbeam, Worthen dan Sanders, Smith

dan beberapa orang pakar kurikulum telah mempertengahkan isu agar proses penilaian

dianalisis semula dan kajian-kajian perlu dipergiatkan bagi memperkasa pengetahuan

dalam aktiviti penilaian kurikulum (Worthen, 1990). Jika dilihat dengan teliti, Model

Penilaian Objektif yang dibangunkan oleh Tyler walaupun mempunyai kekuatan dari

segi metodologi dalam proses perlaksanaannya (Fitzpatrick et al., 2004), namun telah

dikritik kerana mengabaikan nilai dalam konteks penentuan objektifnya, bersifat terlalu

linear atau mekanikal, serta dilihat gagal mempertimbangkan hasil sebenar selain

daripada objektif yang telah ditentukan (John, 2009; Colin dan George, 2007).

Model Penilaian Kontinen yang dibangunkan Stake (1967) merupakan model

hasil penambahbaikian terhadap model penilaian Tyler juga dilihat gagal kerana

mengabaikan peranan pengajar dalam proses penilaian serta tidak mempunyai prosedur

panduan yang spesifik untuk dilaksanakan dalam skop kepelbagaian situasi pendidikan.

Walaupun dibekalkan dengan kerangka yang relevan, skala perlaksanaannya terlalu

besar dan kompleks menjadikan model ini sukar untuk diimplimentasikan (Colin dan

George, 2007). Model Penilaian Illuminatif (Parlett dan Hamilton, 1972) juga dipertikai

keberkesanannya kerana bersifat subjektif kepada data kualitatif. Situasi ini

membuktikan bahawa proses penilaian kurikulum memerlukan kefahaman mendalam

mengenai nilai-nilai sejagat yang seharusnya diutamakan dalam perlaksanaan kurikulum.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

6

Responsif kepada realiti ketidaktentuan yang berlaku dalam konteks penilaian

kurikulum secara global, Worthen (1990), menuntut perubahan secara dinamik oleh

semua pihak agar isu dalam penilaian kurikulum program akademik dapat ditangani

secara produktif. Penulisannya yang bertajuk “Program Evaluation” merencanakan

empat indikator sebagai membuktikan kepada keperluan untuk penambahbaikian model

penilaian kurikulum sedia ada:

i. Proses penilaian kekurangan maklumat asas untuk dijadikan sebagai panduan

dalam aktiviti penilaian.

ii. Proses penilaian yang digunakan kurang dinilai keberkesanannya (meta-

evaluation).

iii. Proses penilaian yang dilakukan gagal untuk memahami hakikat (nature) sebenar

tujuan penilaian.

iv. Penilai membuat pilihan yang terlalu subjektif atau kecil dalam menentukan

pendekatan dan prosedur penilaian yang perlu digunakan.

Dalam konteks implementasi model penilaian kurikulum pendidikan di Malaysia,

Model Konteks, Input, Proses dan Produk-KIPP (Context, Input, Product, and Process)

dibangunkan oleh Stufflebeam dan Shinkfield (1984) merupakan antara model yang

sering digunakan dalam pelbagai proses penilaian kurikulum pendidikan. Muhammad

Ihsan (1997) menggunakan model KIPP dalam menilai keberkesanan program Diploma

untuk Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya. Tan (1998) menggunakan model yang

sama untuk menilai keberkesanan subjek Sains bagi program Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI). Azizi (1999) juga telah mengaplikasikan model KIPP dalam menilai

keberkesanan subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah dalam negeri Sembilan,

serta penilaian program Ta’aruf Fakulti Pendidikan di Universiti Islam Antarbangsa oleh

Rosnani dan Mohd Sahari (1998).

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

7

Namun, di sebalik kualiti pelan perancangan yang berkesan, prestasi sebenar

model ini sesungguhnya bergantung kepada intipati perlaksanaannya. Cadangan Ghazali

(2010) agar keberkesanan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dinilai

dengan pendekatan Model KIPP merupakan saranan yang produktif. Akan tetapi,

penilaian kriterianya berpandukan kepada kajian David (1980) iaitu dengan mendasari

elemen intelektual sahaja merupakan implikasi yang perlu dikaji semula oleh semua

pihak. Ghazali, antara lain dalam artikelnya yang bertajuk “Program Evaluation in

Higher Education” merumuskan bahawa keberkesanan program hanya bergantung

kepada jumlah lulusan dan pencapaian kriteria berikut:

i. 90 peratus pelajar berjaya melepasi gred lulus.

ii. 50 peratus lulus dengan kepujian.

iii. Sekurang-kurangnya 8 daripada 10 pelajar yang dipilih secara rawak mencapai

objektif program melalui ujian.

Kajian penilaian kurikulum program Pendidikan Fizik dan Kimia, serta program

Pendidikan Matematik dan Sains yang dilakukan oleh Mohaini, Suhaila dan Fatmahanim

(2008) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga mengaplikasikan standard Model

KIPP sebagai kerangka dalam proses penilaiannya. Berkesinambungan daripada

formulasi yang diketengahkan oleh Ghazali, kajian penilaian ini walaupun menerapkan

elemen-elemen lain seperti kandungan pelajaran, pengetahuan, perkembangan sahsiah,

dan kemahiran generik, namun hasilnya lebih menjurus kepada penambahbaikian aspek-

aspek ekstrinsik (luaran). Situasi ini merupakan justifikasi kepada perlaksanaan

penilaian yang kurang menerapkan nilai-nilai bersepadu dan bersifat material. Kritikan

tradisional Wilhelms (1967) mengenai proses penilaian yang bersifat mekanikal

seharusnya dijadikan petunjuk oleh pelaksana penilaian kurikulum pada masa kini agar

sejarah kegagalan ekosistem pendidikan hasil daripada proses penilaian kurikulum yang

rigid tidak menjadi wahana perdebatan pendidikan di Malaysia.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

8

“…it (evaluation activity) is equally to be condemned for the narrowness

of its focus because in its gross exagreration of the more mechanical,

easier to measure features of education, it virtually blots the broader more

fundamental objectives out of sight. The end results is not simply bad

evaluation, it is distorted teaching and learning”.

(Wilhelms, m.s 348, 1967)

Kebimbangan ini tersurat dengan kenyataan Laurie dan Kerry (2007) yang

menyatakan bahawa penilaian kurikulum berdasarkan kepada pencapaian pembelajaran

afektif dan kognitif pelajar sahaja dilihat sebagai sesuatu yang terlalu subjektif dan

kurang mengambilkira keseluruhan aspek kurikulum tersebut. Mereka menyarankan agar

model-model penilaian yang digunakan bukan sahaja perlu menggariskan objektif

berbentuk ekstrinsik, tetapi perlu mengambilkira objektif-objektif intrinsik (intangible)

yang walaupun sukar untuk diukur namun, mempunyai pengaruh besar dalam

menentukan kejayaan sesebuah kurikulum. Robiah (1998) juga menyatakan bahawa

kelemahan paling ketara dalam institusi pendidikan adalah dalam proses penilaian

program akademik universiti yang hanya memberikan fokus kepada memenuhi

keperluan luaran institusi. Fokus penilaian hanya bertujuan untuk melancarkan proses

pengurusan daripada mencapai matlamat dalaman iaitu kualiti dan kecemerlangan

sebenar akademik. Kecemerlangan sebenar menurut Rohana (2010), bermula apabila

insan berjaya dalam mencapai erti mengenal hakikat diri dan tujuan hidup (self

actualization). Proses kesedaran terhadap fitrah kejadian diri ini seterusnya menjadi asas

kepada pembangunan insan kepada tahap kesedaran untuk menyempurnakan

tanggungjawabnya terhadap diri sendiri, orang lain dan kepada Tuhan.

Melihat kepada implikasi positif hasil daripada konsep integrasi elemen intrinsik

dan ekstrinsik, kebanyakan institusi Barat turut memperakui bahawa kecemerlangan

bukan hanya mampu diukur berdasarkan prestasi kewangan. Hakikatnya, keutamaan

perlu diberikan kepada pelbagai faktor dalaman sebagai penanda aras kepada prestasi

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

9

institusi (Nooreha et al., 2003). Setiap daripada organisasi dalam institusi perlu memiliki

faktor asas dalaman (nilai intrinsik) yang teguh serta terdiri daripada beberapa ciri

perkongsian matlamat, kepercayaan dan ideal unggul untuk diterjemahkan menerusi

amalan dan praktis. Perkara ini yang seterusnya akan mempengaruhi serta memberikan

formulasi yang lebih bermakna kepada faktor-faktor luaran (ekstrinsik) institusi.

Berkesinambungan daripada perkara ini, institusi akademik yang menjadi penggerak

kepada proses implimentasi kurikulum program akademik di institusi pengajian tinggi

dilihat mempunyai konteks yang serupa dengan konsep pengorganisasian umum.

Perkara ini seterusnya menjadi inspirasi penyelidik untuk mengadaptasi konsep penilaian

prestasi Model KPKBN ke dalam institusi kesarjanaan program akademik PTV pada

peringkat universiti.

Secara khususnya, penilaian prestasi kurikulum bersifat universal bukan sekadar

mencakupi prestasi intelektual sahaja tetapi perlu mengambilkira keseluruhan aspek

organisasi kesarjanaan yang terlibat dalam implimentasi kurikulum. Perlaksanaannya

perlu diselarikan dengan jalinan FPK serta berfokuskan kepada penyemaian unsur dan

nilai keinsanan yang berupaya menjadikan pembangunan fitrah manusia sebagai

menyumbang kepada kesejahteraan individu dan masyarakat secara keseluruhannya.

1.3 Pernyataan Masalah

Melihat kepada ketidaktentuan dalam konteks penilaian kurikulum ini, maka satu

kajian yang menggunakan pendekatan komprehensif dicadangkan sebagai langkah

responsif penyelidik untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam lingkungan

penilaian kurikulum secara keseluruhannya. Satu kerangka penilaian kurikulum

dibangunkan dengan mengintegrasikan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan

Produk (Stufflebeam dan Shinkfield, 1984) dengan Model Kecemerlangan Prestasi

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

10

Keseluruhan Berteraskan Nilai (Mazilan, Mokhtar, Mustapha, dan Nooreha, 2003)

sebagai panduan kepada pembentukan instrumen penilaian kurikulum universal.

Penilaian universal akan menjadikan falsafah ketuhanan sebagai teras utama

implimentasinya di samping berupaya untuk membentuk setiap individu sebagai agen

kepada pemimpin perubahan berkesan program akademik.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk memperkasa kualiti pengisian penilaian

kurikulum program akademik Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan

membangunkan instrumen penilaian kurikulum berpandukan kepada model penilaian

Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP) yang diintegrasikan dengan Model

Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai (KPKBN). Perlaksanaan

penilaian memberikan fokus kepada pembangunan nilai intrinsik sebagai pemacu kepada

pembangunan elemen ekstrinsik program akademik. Oleh itu, kajian ini mempunyai

beberapa objektif seperti berikut:

i. Membangunkan kerangka penilaian kurikulum program akademik PTV institusi

pengajian tinggi berteraskan kepada nilai universal melalui pengintegrasian

Model KIPP dan Model KPKBN.

ii. Menghasilkan instrumen penilaian program akademik PTV institusi pengajian

tinggi berdasarkan kepada kerangka penilaian yang telah dibangunkan.

iii. Melaksanakan ujian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian

berpandukan kepada standard pembangunan konstruk instrumen.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

11

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan kajian diterbitkan sebagai

panduan kepada penyelidik untuk mencapai tujuan penyelidikan. Setiap persoalan kajian

akan dirungkaikan melalui metodologi dan analisis data kajian. Berikut merupakan tiga

persoalan bagi kajian ini:

i. Apakah komponen-komponen terlibat dalam pembinaan Instrumen Penilaian

Kurikulum Universal?

ii. Adakah item yang dibina berupaya mengukur komponen-komponen yang

dinilai?

iii. Apakah tahap kebolehpercayaan instrumen penilaian kurikulum universal?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu usaha dan proses untuk meletakkan

agama (dinn) sebagai satu cara hidup yang komprehensif dan perkembangan

pengetahuan menyeluruh. Perkara ini seterusnya diharap berkeupayaan untuk

memantapkan proses pencarian ilmu khususnya di kalangan umat yang bergelar

manusia. Melaluinya, manusia diharap dapat melihat proses pencarian ilmu itu akan

menjadi lebih bermakna sekiranya dilaksanakan dengan pendekatan yang benar dan

bersepadu. Syed Naquib al-Attas dalam Rasid et al., (2008) menyatakan secara jelas agar

manusia perlu dibebaskan daripada tradisi kebangsaaan dan kebudayaan, serta

pembebasan akal dan bahasa dari pengaruh sekularisme iaitu dengan kembali kepada

prinsip kesejagatan Islam.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

12

1.6.1 Pihak yang terlibat dalam Implimentasi Kurikulum

Perancangan yang baik dan rapi sekiranya dilaksanakan bukan pada tempat yang

betul, tidak akan memberikan erti kepada matlamat yang ingin dicapai. Model KIPP oleh

Stufflebeam dan Shinkfield (1984) menyediakan kerangka perlaksanaan penilaian

kurikulum yang berkesan untuk dilaksanakan. Namun, fleksibiliti model ini terhadap

pendekatan serta matlamat penilaian program merupakan kekurangan yang diharap dapat

diatasi secara menyeluruh melalui kajian ini. Pengaplikasian model ini biasanya

berformatkan kepada kecemerlangan luaran (ekstrinsik) sebagai formula pengukur

keberkesanan kurikulum. Melalui kajian ini, perencanaan penilaian kurikulum dengan

melihat kepada dua piawai asas Islam iaitu falah dan ihsan diharap dapat memberi

kesedaran bukan sahaja kepada pelaksana kurikulum tetapi masyarakat secara

keseluruhannya mengenai kepentingan penilaian kepada setiap perkara dan tindakan

dengan menghubungkan secara bersepadu elemen universal ketuhanan (intrinsik).

Kajian-kajian oleh pakar kurikulum seperti Smith (1981), Worthen (1990),

Robiah (1998), Stufflebeam dan Shinkfield (2005), serta Mcneil (2009) mendapati

bahawa proses penilaian memerlukan kefahaman dan pengetahuan asas bagi

memperkasa keberkesanan penilaian kurikulum. Berdasarkan kenyataan ini, maka kajian

ini mempunyai peranan penting untuk meningkatkan pengetahuan asas pelaksana dan

masyarakat amnya terhadap penerokaan ilmu berkaitan dengan penilaian kurikulum.

Perkara ini seterusnya diharap dapat melonjak keupayaan prestasi penilaian kurikulum

pendidikan khususnya dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

13

1.6.2 Pihak Fakulti Pendidikan

Berdasarkan kepada prosedur dan pendekatan yang digunakan dalam kajian ini,

maka instrumen yang dihasilkan berkeupayaan untuk diaplikasikan untuk menilai dan

membuat semakan semula kurikulum program akademik PTV di Teknologi Universiti

Malaysia secara keseluruhannya. Perkara ini seterusnya dapat diselarikan dengan

kehendak Kementerian Pengajian Tinggi agar proses penambahbaikian secara berterusan

dapat dilakukan bagi setiap program akademik yang ditawarkan oleh universiti. Dalam

kertas cadangan penggubalan semula kurikulum Fakulti Pendidikan turut menyatakan

semakan dan pengubahsuaian kurikulum mengikut perkembangan yang berlaku adalah

perlu bagi memastikan kurikulumnya bersifat dinamik (Kertas Kerja Pertimbangan Senat

Fakulti Pendidikan, 1996).

Hasil daripada kajian ini juga akan mencadangkan satu kerangka penilaian

kurikulum universal hasil inovasi daripada pengintegrasian Model KIPP dengan model

KPKBN yang berkemungkinan boleh digeneralisasikan kepada pengaplikasian proses

penilaian kurikulum merentas pelbagai bidang dan skop dalam pendidikan. Kekuatan

utama model yang dihasilkan terletak kepada kerangka pembentukannya berdasarkan

kepada model-model yang telah terbukti keberkesanannya dalam melaksanakan

penilaian kurikulum, bercorakkan budaya dan norma masyarakat Malaysia dan

menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai tunjang utama implimentasinya.

Pembangunan instrumen terhasil berdasarkan kepada kerangka universal dibentuk

diharap dapat meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan penilaian yang meliputi

keseluruhan aspek dalam kurikulum; intrinsik dan ekstrinsik. Secara keseluruhanya,

kajian ini akan memperlihatkan keupayaan dan dimensi baru perlaksanaan penilaian

kurikulum khususnya dalam implimentasi kurikulum program akademik PTV di Fakulti

Pendidikan, UTM.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

14

1.7 Skop Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan instrumen

penilaian bagi mengukur kualiti perlaksanaan program akademik Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu, skop bagi

populasi kajian dihadkan kepada mereka yang terlibat dalam implimentasi kurikulum

PTV di Universiti Teknologi Malaysia sahaja. Penentuan skop bagi populasi kajian dan

pakar untuk kajian ini adalah berdasarkan kepada proses Pembangunan Konstruk

(construct development) oleh Lewis et al., (2005) yang akan diterangkan dalam bab

metodologi kajian ini.

1.8 Batasan Kajian

Walaupun kajian ini mengaplikasikan prosedur kesahan dan kebolehpercayaan

yang tinggi, namun beberapa batasan tetap wujud. Sesungguhnya, tiada sistem yang

sempurna kecuali sistem yang diwujudkan oleh Tuhan. Oleh itu, kajian ini mempunyai

beberapa limitasi terutamanya daripada aspek skop persampelan dan dimensi sumber

rujukan yang digunakan untuk membangunkan instrumen.

Kajian ini hanya memberikan fokus spesifik kepada institusi pengajian tinggi

iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan menggunakan sampel yang terdiri

daripada pensyarah dan pentadbir daripada populasi di Fakulti Pendidikan, UTM. Skop

persampelan kecil ini menjadikan hasil yang diperolehi sukar untuk digeneralisasikan

kepada institusi-institusi pengajian tinggi lain yang mempunyai keunikan dari segi polisi

dan dasar perlaksanaan sistem PTV mereka. Sampel yang digunakan dalam proses untuk

kajian kesahan dan kebolehpercayaan walaupun terdiri daripada pelbagai beberapa orang

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

15

pakar dan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman namun, tiada pelajar yang terlibat

dalam proses pembinaan item instrumen.

Seterusnya, item yang disenaraikan dalam dimensi atau bahagian utama

instrumen adalah berdasarkan kepada sumber kajian literatur, dokumen kurikulum, serta

laporan-laporan yang berkaitan masih lagi dilihat terhad untuk menggambarkan

keseluruhan sistem perlaksanaan program akademik Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) di universiti. Kajian yang akan datang seharusnya mengadaptasi skop sumber

maklumat yang lebih luas dan terperinci agar berupaya untuk menterjemahkan prestasi

dan keberkesanan sebenar program akademik yang dinilai.

Walaupun hasil daripada kajian ini secara realitinya dapat diaplikasikan untuk

proses penilaian sebenar kurikulum PTV universiti, namun metodologi kajian ini

dibataskan sehingga ke proses pembinaan instrumen penilaian sahaja. Hal ini adalah

bagi memberikan jaminan kepada proses pembinaan instrumen penilaian kurikulum

yang lebih berkualiti dan berkeupayaan tinggi daripada segi aplikasinya terhadap proses

penilaian kurikulum.

1.9 Kerangka Konsep Kajian

Dalam kajian kuantitatif, teori diaplikasikan secara deduktif dan

diperkembangkan untuk dijadikan sebagai kerangka kerja bagi keseluruhan kajian dan

merupakan model yang diorganisasikan untuk panduan kepada prosedur kajian

(Creswell, 2009).

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

16

Formulasi kerangka konsep adalah penting bagi membantu penyelidik melihat

secara keseluruhan semua pembolehubah terlibat dalam kajian ini serta hubung kait

antara pembolehubah. Rajah 1.1 menunjukkan gambaran perhubungan secara

keseluruhan pembolehubah, prosedur dan kerangka konsep yang diadaptasi untuk

pengoperasian kajian ini.

Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian

1.10 Definisi Operasi

1.10.1 Pengajian Tinggi

Istilah “Pengajian Tinggi” yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan

kepada Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (1996:13) yang memberikan

KIPP

PKPBN

PTV

UTM

Integrasi Model KIPP dan KPKBN

Instrumen Penilaian kurikulum berteraskan nilai

Prosedur Pembangunan

instrumen

Pembolehubah

Kesahan Kandungan

Kebolehpercayaan

Analisis Statistik

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

17

maksud pengajaran, atau pelatihan sesuatu jurusan yang membawa kepada

penganugerahan sijil, diploma atau ijazah pada akhir pembelajaran (Zailan dan Azad,

2010). Dalam kajian ini pengajian tinggi yang dimaksudkan adalah Universiti Teknologi

Malaysia.

1.10.2 Kurikulum

Kurikulum adalah gabungan aktiviti pendidikan yang dilakukan dalam proses

pembelajaran yang dirancangakan khusus dari segi matlamat, objektif dan hasil

pembelajaran. Kurikulum mengandungi mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar

di bawah penyeliaan Fakulti yang akhirnya dapat manghasilkan graduan seperti

dirancang pada peringkat awal (Kod Amalan Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum

Program, UTM). Dalam kajian ini, kurikulum merujuk kepada kurikulum Pendidikan

Teknik dan Vokasional yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan UTM.

1.10.3 Program

Program bermaksud program pengajian yang diluluskan oleh Universiti sebagai

program akademik untuk tujuan penganugerahan diploma atau ijazah (Kod Amalan

Rekabentuk dan Pembangunan kurikulum Program, UTM). Dalam kajian ini, program

yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Program Pengajian Tinggi Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan UTM.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

18

1.10.4 Penilaian Universal

Perkataan “universal” ini adalah pinjaman dari perkataan Inggeris yang

bermaksud kesemuanya atau sejagat. Dari segi istilah “universal” membawa maksud

umum, keseluruhan atau kesemuanya di dunia. Konsep universal juga merujuk kepada

definisi pendidikan holistik. Menurut Miller (2007), pendidikan holistik mempunyai tiga

prinsip utama iaitu seimbang (balance), merangkumi (inclusion), dan berhubungan

(connection).

Dalam konteks kajian ini, konsep universal merujuk kepada nilai-nilai

kesejagatan dalam kalimah Tauhid iaitu Percaya Kepada Tuhan yang satu serta peranan

setiap individu sebagai khalifah atau pemimpin kesejahteraan. Penilaian universal akan

melihat kualiti perlaksanaan program akademik dari sudut nilai ketuhanan sejagat. Nilai

ketuhanan sejagat ini merujuk kepada aspek-aspek menyeluruh yang dapat diterima dan

dipraktikkan oleh semua peringkat organisasi yang terdiri daripada pelbagai agama,

bangsa dan budaya. Proses penilaian universal akan melibatkan semua ahli organisasi

yang terlibat dalam melaksanakan program akademik PTV. Secara tidak langsung,

peranan yang dimainkan ini merupakan fungsi setiap ahli sebagai pemimpin perubahan

dalam organisasi yang terlibat.

1.10.5 Dimensi instrumen

Dalam pembinaan instrumen, dimensi instrumen merupakan elemen penting bagi

memastikan pembahagian setiap item yang dibina dapat diorganisasikan dan dikelaskan

kepada kumpulan item-item tertentu. Menurut Lewis et al., (2005), dimensi dapat

menggambarkan tahap abstrak yang diperolehi daripada teori atau konsep yang telah

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

19

ditentukan oleh penyelidik. Dalam kajian ini dimensi instrumen merujuk kepada kluster-

kluster yang dinilai seperti kepimpinan, matlamat, budaya, perubahan, dan lain-lain

sepertimana yang terdapat dalam Model KPKBN.

1.10.6 Konteks, Input, Proses dan Produk

Kajian ini mengaplikasikan model KIPP (Stufflebeam dan Shinkfield, 1984)

sebagai salah satu kerangka penting dalam pembentukan dimensi dan item instrumen.

Dalam model ini, keutamaan diberikan kepada empat unsur utama implimentasinya iaitu

Konteks, Input, Proses dan Produk. Konteks adalah meliputi aspek-aspek perancangan

kurikulum program akademik seperti visi, misi, strategi dan halatuju institusi. Input

merujuk kepada pelan pendekatan dan tindakan disediakan oleh institusi bagi mencapai

aspek-aspek perancangan institusi. Komponen Proses pula merujuk kepada penilaian

aktiviti-aktiviti yang sedang berlangsung atau keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum

seperti pengajaran dan pembelajaran, budaya, amalan, pengurusan dan sebagainya.

Manakala Produk adalah penilaian ke atas hasil kurikulum dan perkara-perkara

dirancang oleh institusi seperti pelajar, pensyarah, prestasi institusi dan seumpamanya.

1.10.7 Pelajar

Berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009, “pelajar”

ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu

dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran,

latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan,

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

20

praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam,

oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak

jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah. Dalam kajian ini pelajar

merujuk kepada mahasiswa yang mengambil program PTV di Fakulti Pendidikan.

1.10.8 Pendidikan Teknik dan Vokasional

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 pendidikan Teknik adalah meliputi konsep

seperti berikut:

i. latihan kemahiran;

ii. latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu;

iii. latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan

iv. apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.

Dalam kajian ini, PTV merujuk kepada salah satu program ditawarkan di Fakulti

Pendidikan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan. Dalam

program ini terdapat beberapa kursus ditawarkan berkaitan dengan pendidikan teknik

dan vokasional.

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · kurikulum berteraskan nilai universal ketuhanan dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) peringkat pengajian tinggi. Instrumen dibina

21

1.11 Penutup

Penilaian program akademik perlu ditempatkan dengan betul dalam konteks

pembinaan kurikulum dan berperanan penting dalam menyediakan data dan maklumat

mengenai keseluruhan aspek dalam kurikulum. Perubahan dalam agenda penilaian

kurikulum hendaklah merupakan perubahan yang berkemampuan untuk menilai

keseluruhan aspek, serta berkeupayaan menyediakan data dan maklumat yang

merangkumkan bukan sahaja pencapaian akademik dan pengurusan sistem sahaja,

namun seharusnya melihat kepada pencapaian pertumbuhan keinsanan pelajar.

Bab seterusnya akan menghuraikan sorotan kajian-kajian lepas merangkumi

bidang penilaian kurikulum secara global khususnya dalam pengaplikasian model dan

teori penilaian kurikulum. Selain itu, huraian secara lanjut berkaitan dengan kerangka

teori yang digunakan dalam kajian ini juga dibincangkan dalam Bab Dua.