BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA...

115
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o JUDUL: PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DI GIATMARA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN. SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya _ _SHARIPAH NORBAINI BT SYED SHEIKH_________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN Nama Penyelia No. 154-A Batu Satu Jalan Seremban 72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan Tarikh: _____________ Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN

KEMAHIRAN VOKASIONAL DI GIATMARA KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _ _SHARIPAH NORBAINI BT SYED SHEIKH_________

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN

Nama Penyelia

No. 154-A Batu Satu

Jalan Seremban

72000 Kuala Pilah

Negeri Sembilan

Tarikh: _____________ Tarikh: _________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan :

Nama penyelia : Prof Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin

Tarikh :

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

“PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM

LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DI GIATMARA

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN”

SHARIPAH NORBAINI BT SYED SHEIKH

“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)”

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

iii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama : Sharipah Norbaini Bt Syed Sheikh

Tandatangan :

Nama Penulis : Sharipah Norbaini Bt Syed Sheikh

Tarikh : 9 Mei 2011

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui

Segala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T. Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Istimewa buat Bonda

Laili Bt Arshad

Segala dorongan dan pengorbanan tidak mampu ku ungkapkan hanya dengan kata-kata

Maafkan segala salah dan silap dari anakndamu ini.

Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain dari mendapat keredhaanmu.

Buat kakakku, abang-abangku serta adikku,

Ikatan kasih sayang kita selamanya

Buat teman-teman seperjuangan

Suatu saat ada yang harus pergi

Suatu saat ada yang akan datang

Mungkin yang pergi tidak akan kembali

Dan mungkin yang datang hanya sementara

Terima kasih untuk segalanya

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, rahmat serta

hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah S.W.T yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin diatas

bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta perbincangan yang telah diberikan sepanjang

penyelidikan projek sarjana muda ini. Tanpa bantuan dan dorongan beliau, penyelidikan

ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima kasih kepada

pengurus Giatmara Kuala Pilah iaitu En. Zulkifli Ahmad Nazli yang sudi memberikan

kerjasama yang amat bermakna buat diri ini. Tiada kata yang mampu diungkapkan

setelah menerima layanan yang baik dari pihak Giatmara Kuala Pilah, serta kerjasama

dari pelatih Giatmara Kuala Pilah. Buat En. Muhammad Azali Kalki yang sudi

meluangkan masa beliau untuk mengesahkan borang soal selidik, serta memberi nasihat

dan tunjuk ajar semasa menyediakan soal selidik.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada yang membantu serta memberi kerjasama,

rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam membantu dari segi nasihat dan

perbincangan, serta membantu dalam penyediaan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian. Wasalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelatih terhadap program latihan kemahiran

vokasional di Giatmara, Kuala Pilah. Ia bertujuan untuk memberi peluang dan

pendedahan kepada pelatih sebagai persediaan untuk diterima di dalam sektor pekerjaan

dan industri apabila tamat pengajian kelak. Kajian ini berbentuk deskriptif dan instrumen

kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan, dibina dan diubahsuai oleh

penyelidik sendiri dan ia terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A merupakan

latarbelakang responden, manakala bahagian B pula menjelaskan analisis berkaitan

dengan penekanan aspek kurikulum, peralatan dan kelengkapan, tenaga pengajar serta

kemudahan. Keputusan kajian rintis seramai 8 orang sebagai responden ialah 0.961 alpha

cronbach. Pengkaji telah melaksanakan kajian sebenar di Giatmara Kuala Pilah dengan

memilih keseluruhan populasi iaitu seramai 60 orang responden. Pengkaji menganalisis

data dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS)

v16.0 For Windows. Dapatan menunjukkan peratusan dan min yang tinggi hasil daripada

kajian, iaitu kurikulum, peralatan serta kelengkapan, tenaga pengajar dan juga

kemudahan yang disediakan. Pihak pentadbiran Giatmara telah melaksanakan pelbagai

program vokasional, serta cadangan penambahbaikan seperti mengadakan program“Lab

voctech” iaitu sebuah konsep latihan yang “simple and flexible”.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

vii

ABSTRACT

The research is focused to find out trainee’s opinion on programmed organized by

Vocational Training of Giatmara, Kuala Pilah. Their objectives are to provide

opportunities and exposure to the trainee before they embark working sector when they

have completed their studies. This research is descriptive and its instrument is by way of

questionnaire. The questionnaire had been created and modified by the researcher and it

is divided into 2 categories; part A and part B. Part A attentive on responder’s

background. Part B, on the other hand, focused on analyzing aspect of curriculum, tools,

lecturer and facilities. The outcome of the research on 8 respondents is 0.961 alpha

cronbach. Researcher had implemented investigation at Giatmara Kuala Pilah with total

population of 60 respondents. Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0

For Windows is used for data analyzing throughout this research. Based on finding;

curriculum, trainer and equipments used by the institution are apposite. Giatmara

management continuously undergoes improvement and offers variety of vocational

training such as “Lab voctech” with “simple and flexible” concept throughout its

institution.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Definisi Terminilogi 14

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

ix

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Program Giatmara Malaysia 18

2.3 Bidang keusahawan serta Giatmara selepas

tamat pengajian. 27

2.4 Kemudahan semasa latihan 33

2.5 Latihan Kemahiran 34

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka bentuk kajian 38

3.3 Kerangka operasi 40

3.4 Populasi kajian 41

3.5 Sampel kajian 41

3.6 Batasan kajian 41

3.7 Instrumen kajian 42

3.7.1 Bahagian A

3.7.2 Bahagian B

3.8 Kajian rintis 44

3.9 Analisis kajian 46

3.10 Penutup 48

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Bahagian A 51

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

x

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Status

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Negeri

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang

Kemahiran

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Berkerja

4.3 Analisis Bahagian B 57

4.3.1 Dapatan Kajian

4.3.1.3 Persepsi Pelatih Terahadap

Kurikulum Yang Dipelajari 58

4.3.1.4 Persepsi Pelatih Terhadap

Peralatan Dan Kelengkapan

Yang Digunakan 61

4.3.1.5 Persepsi Pelatih Terhadap

Tenaga Pengajar 63

4.3.1.6 Persepsi Pelatih Terhadap

Kemudahan Yang Disediakan 65

4.3.1.7 Analisis Data Bagi Persepsi

Pelatih Terhadap Program

Latihan Kemahiran Vokasional

Mengikut Bidang Pengkhususan 67

4.4 Penutup 69

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xi

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan Kajian 71

5.2.1 Latar Belakang Responden 72

5.2.2 Pernyataan Maklum Balas Responden 73

5.3 Perbincangan 73

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 74

5.3.2 Perbincangan Pernyataan Maklum Balas

Responden 76

5.3.2.1 Perbincangan Terhadap Persepsi

Pelatih Bagi Kurikulum 76

5.3.2.2 Perbincangan Terhadap Persepsi

Pelatih Bagi Peralatan/Kelngkapan 77

5.3.2.3 Perbincangan Terhadap Persepsi

Pelatih Bagi Tenaga Pengajar 78

5.3.2.4 Perbincangan Terhadap Persepsi

Pelatih Bagi Kemudahan 79

5.4 Cadangan 80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 84

BILBLIOGRAFI xvi

LAMPIRAN xix

Lampiran A: Borang Soal Selidik xx

Lampiran B: Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat xxi

Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik xxii

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xii

SENARAI JADUAL

PERKARA MUKA SURAT

Jadual 3.7.2.1: Item Soal Selidik 43

Jadual 3.7.2.2: Skala likert 43

Jadual 3.9.1: Kaedah Menganalisis Data 46

Jadual 3.9.2: Pengkelasan Maklum Balas Responden

Berdasarkan Skor Min 46

Jadual 4.1.1: Tahap Pencapaian Berdasarkan

Skor Min 50

Jadual 4.1.2: Nilai Penskoran Item 51

Jadual 4.2.1.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Bangsa 52

Jadual 4.2.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina 52

Jadual 4.2.3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Umur 53

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xiii

Jadual 4.2.4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Agama 54

Jadual 4.2.5.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Status 54

Jadual 4.2.6.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Negeri 55

Jadual 4.2.7.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Bidang 56

Jadual 4.2.8.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Pengalaman 56

Jadual 4.3.1.1 : Min mengikut darjah penilaian

terhadap kesesuain. 57

Jadual 4.3.1.2 : Jadual 10 petunjuk untuk memgukur

tahap penilaian terhadap responden

berdasarkan peratus 58

Jadual 4.3.1.3 Persepsi Pelatih Terahadap Kurikulum

Yang Dipelajari 58

Jadual 4.3.1.4 Persepsi Pelatih Terhadap Peralatan

Dan Kelengkapan Yang Digunakan 61

Jadual4.3.1.5 Persepsi Pelatih Terhadap Tenaga Pengajar 63

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xiv

Jadual 4.3.1.6 Persepsi Pelatih Terhadap Kemudahan

Yang Disediakan 65

Jadual 4.3.1.7: Analisis Data Bagi Persepsi Pelatih

Terhadap Program Latihan Kemahiran

Vokasional Mengikut Bidang

Pengkhususan 67

Jadual 4.3.1.8: Taburan peratus keseluruhan bagi

persepsi pelatih terhadap program

latihan kemahiran vokasional di pusat

Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 68

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xv

SENARAI SINGKATAN

α alpha cronbach

f frekuensi

% Peratus

STS Sangat tidak setuju

TS Tidak setuju

TP Tidak Pasti

S Setuju

SS Sangat setuju

SPSS Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows

N Responden

RMK Rancangan Malaysia Ke

EPU Pembangunan Ekonomi wilayah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IKM Institut Kemahiran MARA

KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA

3M Membaca, Menulis dan Minat

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Giatmara Malaysia adalah institusi yang menjurus kepada kemahiran dan

praktikal yang bermaksud hampir keseluruhan proses pembelajaran dijalankan di dalam

bengkel kerja. Ia merupakan satu institusi latihan kemahiran yang diwujudkan oleh

MARA bagi membangunkan sosio-ekonomi bumiputera selanjutnya mewujudkan

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti yang

dijalankan. Institusi ini bermula pada 1986 di Jitra, Kedah dan ditempatkan di Pusat

Latihan Belia yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebanyak tiga Kursus telah

dijalankan pada awal penubuhannya iaitu kursus Automotif, Elektrik dan Binaan

Bangunan serta sebanyak 93 orang pelatih kumpulan pertama telah Berjaya menamatkan

latihan. Kini terdapat 176 buah pusat latihan Giatmara yang beroperasi hampir di setiap

negeri di seluruh Malaysia. (Giatmara Malaysia, 2010).

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

2

Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik,

sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta berasaskan

teknikal. Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir

dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA)

organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW) melalui Kerangka Artikulasi Pengajian Teknikal MARA menyediakan laluan

alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk

melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program

Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT). Pengarah Bahagian Pendidikan

dan Latihan (Kemahiran) BPL(K) MARA, Abd. Rahim Hashim berkata, MARA

menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut

Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). (Utusan

Malaysia Sabtu, 5 Disember 2009).

Giatmara telah melahirkan ramai pekerja mahir dalam pelbagai bidang untuk

memenuhi sektor kemahiran di negara ini. Berdasarkan laporan tahunan Unit Perancang

Ekonomi (EPU), kira-kira 83,000 hingga 85,000 belia tercicir dalam bidang pelajaran.

Namun begitu, MARA masih mampu melihat potensi mereka sebagai modal insan yang

perlu dibangunkan. Sehubungan itu, MARA telah mewujudkan 209 buah Giatmara di

seluruh negara. Institusi itu dibina di kawasan-kawasan kediaman untuk memberi latihan

dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran termasuk kepada golongan yang hanya

tahu membaca, menulis dan minat (3M). Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara, Meriyam

Abd. Majid berkata, Giatmara yang diwujudkan sejak 23 tahun lalu telah membangunkan

potensi diri dan menggilap semangat pelajar untuk bangkit daripada kegagalan. Ketika ini

Giatmara menawarkan 29 jenis kursus membabitkan 11 kluster dalam pelbagai bidang

kemahiran yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup

dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat

Bumiputera. (Utusan Malaysia Sabtu, 5 Disember 2009).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

3

Di antara kursus di Giatmara yang mana proses pembelajarannya dilaksanakan

dalam bengkel adalah kursus fabrikasi logam, pendawaian elektrik domestik, binaan

bangunan, membaiki enjin kereta dan bot, mengetuk dan mengecat kereta, teknologi

automotif dan membaiki motosikal (Giatmara Malaysia, 2010). Kursus-kursus ini

memerlukan pelajar sentiasa berada dalam bengkel yang mana sentiasa terdedah kepada

bahaya terhadap keselamatan dan kesihatan bagi setiap kerja amali yang dijalankan.

Bekerja di dalam bengkel juga memerlukan tenaga pengajar serta para pelajar

berada dalam keadaan sihat dan selamat bagi setiap aktiviti pekerjaan mereka. Ini

merupakan peruntukan yang disediakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 1994. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP), Akta 514 menyediakan rangka perundangan untuk memupuk,

merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi semasa

bekerja. (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994).

Akta 514 merupakan satu akta yang diwartakan pada 24 Februari 1994 yang

bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri.

Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di

atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada. Secara amnya, Akta 514 ini

merupakan satu akta yang diwujudkan bagi memastikan adanya peruntukan yang lebih

bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja serta melindungi

pekerja daripada risiko kemalangan sewaktu bekerja dan perkara-perkara yang berkaitan.

Setiap pekerjaan yang dilaksanakan dalam bengkel mahupun industri adalah tertakluk di

bawah perlindungan serta peraturan dalam Akta 514. Ini membuktikan bahawa tenaga

pengajar serta pelajar yang terlibat dalam gerak kerja amali di Giatmara sentiasa

dilindungi dari sebarang risiko kemalangan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran. (Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

4

Secara amnya halatuju lepasan pelatih-pelatih Giatmara ialah sebahagian besarnya

akan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, sebahagiannya akan melanjutkan

pelajaran, sebahagiannya pula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan namun

bilangannya masih lagi kecil dari jumlah keseluruhannya. Belia yang mempunyai ciri

sosio budaya tertentu seperti pengangguran, tercicir daripada pendidikan, kehidupan

keluarga yang tidak terurus dengan baik, mudah terpengaruh, cepat putus asa, tidak

menyukai tugas yang memerlukan tumpuan merupakan antara faktor-faktor belia terlibat

dengan jenayah. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Edisi 1 –

2009).

Keperluan industri di Malaysia telah banyak berubah disebabkan pembangunan

teknologi dan penyusunan semula industri. Kini industri memerlukan banyak pekerja

mahir, berkemahiran tinggi dan pakar dalam sesuatu bidang pekerjaan. Justeru itu.

Malaysia perlu menyediakan program-program latihan yang sistematik yang dapat

memenuhi keperluan industri. Menyedari keperluan tenaga mahir yang semakin

meningkat, majlis MARA telah meluluskan satu program latihan yang dinamakan pusat

Giatmara pada tahun 1986. MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat,

merupakan sebuah sebuah agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi. (Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan,

Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

Giatmara adalah salah satu institusi yang menjalankan program latihan praktikal

dan teori di bawah program MARA. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah

menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor

perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga di

kawasan separa bandar. Giatmara ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat

bumiputera untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu kemahiran ketukangan khususnya

yang berkait rapat dengan aspek perdagangan dan perindustrian dalam jangka pendek.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

5

Kursus pengajian yang dijalankan di Giatmara kurang daripada 20 jam kredit dalam

tempoh kurang daripada 16 minggu dan membawa kepada penganugerahan sijil

Giatmara, sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan sijil Suruhanjaya

Tenaga bagi kursus Pendawaian Elektrik Domestik. (Laporan Unit Penyelidikan dan

Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

Objektif penubuhan Giatmara adalah memberi latihan praktikal dan teori kepada

masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan

tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang

usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar

umbi mayasrakat, Giatmara merialisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf

hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat

bumiputera. Sehingga September 2004, jumlah keseluruhan Giatmara yang telah

beroperasi ialah 169 buah dan terdapat 29 kursus yang ditawarkan (Laporan Unit

Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

Pembudayaan integriti (kejujuran, ketulusan) perlu disemai sejak dari kecil

dengan ajaran agama sebagai teras membentuk modal sosial yang boleh meningkatkan

pembangunan komuniti dan negara. Budaya hiburan yang melampau dan semakin

berleluasa perlu dipantau oleh pihak berkuasa agar generasi muda tidak terus terbabas,

liar dan tersasar dari tanggungawab untuk menuntut ilmu, seterusnya membangunkan

keluarga, masyarakat dan negara. Pembudayaan integriti perlu disuburkan dalam

interaksi sosial kehidupan seharian masyarakat kita yang pelbagai kaum dan sifatnya. Ini

kerana masyarakat akan terus memantau perkembangan dan perjalanan hala tuju Negara.

Pembudayaan integriti perlu disemarakkan dan diperluaskan secara berterusan di

kalangan generasi muda terutama golongan belia. Peranan belia cukup penting kerana

mereka adalah aset masa depan negara. Belia perlu lebih prihatin dan berhemah untuk

menegur mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan soal integriti. Belia sebagai agen

sosial boleh membawa perubahan dalam memajukan masyarakat dan Negara. Belia perlu

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

6

lebih terbuka dan proaktif dalam melontarkan gagasan integriti sebagai pemangkin

pembangunan mapan secara kolektif. Rukun Negara menjadi satu wadah penting untuk

menekankan benih integriti dalam pemikiran masyarakat. Benih ini perlu dibaja dan

disemai secara ikhlas agar mendatangkan kekuatan dan kebanggaan kepada masyarakat

dan Negara. Semangat ‘kepimpinan melalui tauladan’ untuk menyuntik mesej

pembudayaan integriti amat perlu dalam mendidik ahli masyarakat. (Dr. Sarjit S. Gil,

2009).

Oleh itu, pencegahan adalah penting supaya dapat menghindarkan masalah ini

disamping menggalakkan penerapan nilai-nilai murni, semoga usaha yang dilakukan

dapat melahirkan golongan remaja yang mempunyai pelbagai ciri-ciri daripada segi

kemahiran teknikal, kemahiran generik dan sebagainya. Salah satu pendekatan yang

dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mengadakan Program Latihan Kemahiran

Vokasional yang memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir

bagi memenuhi permintaan tenaga manusia yang diperlukan. Negara-negara maju

percaya terhadap kepentingan menjayakan dan memperluaskan sektor latihan kemahiran

vokasional kerana ia merupakan elemen yang perlu sebagai strategi kerajaan untuk

melengkapkan rakyat dengan kemahiran vokasional dalam industri (Wilkins, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan

mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil

luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan,

gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah

kepada mat rempit. (Arkib Utusan Malaysia, 2010).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

7

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995,

1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42

peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes

(17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan

154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan

samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan

kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

(Arkib Utusan Malaysia, 2010).

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan nilai teras, pendidikan sivik,

pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya masih jauh untuk dapat

menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti

mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan, kongsi gelap, dadah,

bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma

akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan

institusi pendidikan yang sedia ada. Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memulihkan

masalah remaja daripda terus terjebak dengan hiburan mainan dunia semata.

Untuk mendefinisikan pemulihan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Menurut

Abd. Hadi, "Rehabilitation is a generic term which is capable of being ambigous and

vague" (1992:49). Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji telah memberikan maksud

pemulihan. Menurut Fox (1977), pemulihan merupakan suatu kaedah yang membolehkan

pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dan memberikan sumbangan kepada

masyarakat atau setidak-tidaknya tidak membahayakan orang lain. Irwin (1974) dalam

Abd. Hadi (1992) pula menyatakan pemulihan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti

kehidupan remaja dengan membentuk mereka menjadi individu yang berguna, berdikari,

mempunyai kesempurnaan diri dan kesedaran sosial serta dapat melibatkan diri dalam

aktiviti sosial dengan individu lain. Manakala Snarr (1996), pula mendefinisikan

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

8

pemulihan sebagai usaha-usaha sistematik yang disusun oleh masyarakat bagi

menghukum remaja serta mengubah tingkahlaku remaja.

Maka terdapat pelbagai institusi awan serta swasta diwujudkan bagi

menghindarkan remaja kini terus hanyut dalam kancah masalah, anataranya ialah institusi

bagi meningkatkan kemahiran serta akedemik. Namun terdapat masalah yang timbul dari

segi peluang kemasukan hanya kerana terbatas oleh keputusan selepas mengambil

peperiksaan yang setaraf yang dilaraskan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hal, ini memyebabkan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik tidak mendapat peluang

untuk melanjutkan pelajaran. Walhal, mereka ini boleh diubah sekiranya diberi peluang,

maka wujudlah Giatmara satu-satunya institusi yang hanya menerima pelajar yang lulus

dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Minat. (Giatmara Malaysia, 2009).

Peruntukan RM550 juta diperlukan untuk menaik taraf 209 Pusat GiatMara di

samping menampung keperluan kos melatih lebih 14,000 pelatihnya di seluruh negara di

bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab.

Moin berkata, peruntukan itu antaranya bagi membaik pulih bangunan dan bengkel-

bengkel selain melengkapkan peralatan pembelajaran dan pengajaran di pusat berkenaan.

"Peruntukan sama perlu digunakan untuk pembayaran elaun RM200

sebulan kepada setiap pelatih yang berkursus di GiatMara."

(Datuk Shahiruddin Ab. Moin, RMK-10)

Peruntukan itu sudah dipohon dan dikemukakan kepada kerajaan untuk

dipertimbangkan. Setakat ini Pusat GiatMara di seluruh negara menawarkan 32 kursus

kepada pelatih yang berminat terutama remaja lepasan sekolah yang gagal melanjutkan

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

9

pelajaran ke peringkat tinggi. Katanya, usaha itu merupakan agenda pusat berkenan bagi

membantu remaja menjalani latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat

pekerjaan dalam bidang yang memerlukan kepakaran vokasional. Ini termasuk melatih

mereka membaik pulih kenderaan bermotor, pendawaian elektrik, jahitan, sulaman,

perabot dan sebagainya. (Arkib Utusan Malaysia, 2010).

Objektif utama Giatmara ialah untuk mengubah remaja supaya menjadi individu

yang berguna dan mudah diterima oleh ahli – ahli masyarakat (Abd. Hadi 1992). Untuk

mencapai objektif tersebut, salah satu bentuk program yang boleh dijalankan iaitu melalui

pembentukan semula tingkah laku pesalah (Walker 1980). Pembentukkan semula

tingkahlaku merupakan suatu bentuk pemulihan yang diberikan kepada remaja yang

bertujuan untuk mengubah tingkahlaku remaja agar mereka dapat menghormati peraturan

dan undang-undang yang di tetapkan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan

kecenderungan pesalah melakukan perbuatan yang dilarang. Bentuk pemulihan ini boleh

dilakukan melalui kaunseling, latihan kemahiran vokasional, pendidikan agama dan

moral serta pendidikan siviks dan tatanegara. Sekiranya ia berjaya dilakukan, remaja

akan mengambil sikap yang berbeza terhadap perbuatan yang dilarang iaitu tidak akan

mengulangi kesalahan lagi.

Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi kita seharusnya duduk bersama

berbincang dan mencari punca dan bagaimana mencegahnya. Satu persoalan yang perlu

diberi perhatian ialah kesukaran remaja untuk memulihkan tingkah laku serta disiplin diri

mereka. Masyarakat umumnya berpendapat remaja yang bermasalah tidak mampu

dibentuk lagi, maka wujudlah pandangan yang negetif terhadap diri mereka. Hal ini akan

memyebabkan berlaku masalah dalam diri remaja kerana pada usia yang awal ini mereka

memerlukan kasih sayang serta perhatian dari keluarga serta masyarakat setempat.

Masalahnya bukan program yang tidak berjaya dan tidak berkesan. Ia sebenarnya terletak

pada diri individu itu sendiri untuk membuat keputusan mahu berubah atau tidak.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

10

Dalam usaha memberi peluang kepada remaja yang ketinggalan dari segi

akademik dan kurikulum, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pemecahan

subbudaya yang ada pada diri mereka. Pemecahan subbudaya ini bermaksud membuang

sikap dan tingkah laku negatif yang selalu mereka lakukan. Untuk melakukan pemecahan

subbudaya terdapat empat struktur utama yang perlu diberi perhatian iaitu sikap, emosi,

pemikiran dan kemahiran vokasional. Setiap unsur ini merupakan kunci utama bagi

pemulihan sepenuhnya seseorang.

Menurut Mohd Yusof Othman (1993), pendidikan merupakan sumber terpenting

dalam pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pendidik adalah sumber dan pelajar

merupakan sasaran. Oleh yang demikian, proses pembelajaran baik hanya akan berlaku

jika wujudnya hubungan yang baik antara pendidik dan pekerja. Pelajar cemerlang akan

berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan hubunganya dengan pendidik.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah remaja yang runtuh akhlak bukan satu masalah baru. Usaha untuk

mengatasinya telah dijalankan sejak lebih 20 tahun lalu. Walau pelbagai cara dilakukan

namun, masalah ini masih membelenggu kitaran hidup masyarakat di negara kita. Ibarat

'duri dalam daging', masalah remaja ini sentiasa menimbulkan polemik dan keresahan di

kalangan masyarakat mahu pun penggubal polisi negara. Pelbagai program seperti

akademik, vokasional, ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling serta keagamaan telah

dilaksanakan agar program-program pemulihan yang dijalankan dapat mengubah tingkah

laku remaja.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

11

Persoalan yang timbul ialah sama ada program latihan kemahairan vokasional

yang dijalankan oleh Giatmara tersebut mampu mengubah sikap remaja agar tidak

mengulangi kesilapan yang sama semasa dibangku sekolah.

Justeru itu, kajian ini perlu dilakukan bagi melihat latihan kemahiran vokasional

yang diaplikasikan di kalangan remaja ini dalam bentuk kurikulum, kelengkapan dan

perlatan, kemudahan serta tenaga pengajar di Giatmara. Ini sebagai persediaan pelatih

bagi menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang berguna terhadap diri sendiri dan

masyarakat apabila tamat pengajian kelak. Keperluan untuk mengkaji keberkesanaan

program latihan kemahiran vokasional dari masa ke masa merupakan satu inisiatif bagi

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program-program tersebut agar dapat merancang

program yang lebih berkesan. Maka, kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi

pelatih terhadap program-program latihan kemahiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah,

Negeri Sembilan.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

12

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi pelatih

terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional di Giatmara Kuala Pilah,

Negeri Sembilan. Objektif khusus bagi kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti kurikulum yang dipelajari berguna.

ii. Mengenal pasti pengunaan peralatan dan kemudahan yang terdapat di

pusat latihan berkesan dalam tugas harian.

iii. Mengenal pasti tahap keberkesanan tenaga pengajar membantu dalam

memberi latihan kemahiran vokasional.

iv. Menegenal pasti kemudahan yang disediakan membantu pelatih dalam

meningkatkan kemahiran vokasional.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian adalah seperti

berikut:

i. Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari?

ii. Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang

terdapat di pusat latihan berkesan dalam tugas harian pelatih?

iii. Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam

memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan?

iv. Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi

membantu dalam meningkatkan kemahiran vokasional?

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

13

1.6 Kepentingan Kajian

i. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada pihak

yang terlibat dalam melaksanakan program-program latihan kemahiran

vokasional di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Di samping itu penyelidik

juga berpeluang untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan keluarga

pelatih tentang program-program latihan kemahiran vokasional yang dilaksanakan

di Giatmara ini.

ii. Kajian ini juga cuba melihat kesesuaian program-program yang telah dijalankan

dalam memenuhi matlamat asas penubuhan Giatmara ini. Dengan segala

kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di Giatmara ini, kajian ini cuba

meninjau keberkesanan penggunaan peralatan yang digunakan, kurikulum serta

tenaga pengajar yang terlibat dalam membantu melaksanakan program ini.

Berdasarkan analisis terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelatih,

ia bolehlah dijadikan asas dan panduan kepada para kaunselor yang terlibat untuk

memperbaiki lagi cara bimbingan dan didikan mereka kepada para pelatih.

iii. Selain itu juga, kajian ini juga penting agar pihak-pihak pentadbiran Giatmara

Malaysia dapat memainkan peranan dalam menyalurkan kemahiran kepada

pelatih dan merangka pelan tindakan agar pelatih akan datang memiliki

kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Mudah-mudahan ianya dapat membantu

negara dalam mencapai sebuah negara industri suatu hari nanti.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

14

1.7 Skop Kajian

Memandangkan kajian yang dijalankan ini bersifat peribadi, segala maklumat

yang diperoleh bersifat sulit. Kajian ini hanya dapat dijalankan di Semenanjung Malaysia

seperti di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan sahaja. Ini kerana terdapat kekangan

masa dan kewangan maka kajian di sebuah lagi pusat yang lain di Pusat Giatmara

Seremban, Negeri Sembilan tidak dapat dilaksanakan.

1.8 Definisi Terminilogi

1.8.1 Persepsi

Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu);

pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan masyarakat terhadap isu

tersebut. Mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran

tentang sesuatu: Objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus

Pelajar Edisi Kedua, 2009).

1.8.2 Pelatih

Orang yang melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir. (Kamus Pelajar

Edisi Kedua, 2009).

1.8.3 Terhadap

Kepada; akan; tentang; mengenai; berkenaan. (Kamus Pelajar Edisi

Kedua, 2009).

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

15

1.8.4 Program

Rancangan yang menentukan dasar yang akan dijalankan (dalam

pembangunan negara, perekonomian); mengatur (menyusun) program atau

rancangan, merancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2009).

1.8.5 Kemahiran Vokasional

Pendidikan yang tidak menyediakan seseorang ke alam pekerjaan tetapi

menyediakan kemahiran yang menggabungkan kemahiran praktikal dan amali

(teori dan amali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2009).

1.8.6 Giatmara

Institusi yang memberi latihan kemahiran kepada masyarakat bandar dan

luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. (Kamus

Pelajar Edisi Kedua, 2009).

1.9 Penutup

Usia, motivasi, sosial dan latar belakang pendidik memainkan peranan yang

penting dalam membentuk kecermelangan dalam pencapai akademik pelajar. Ilmu

pengetahuan yang mantap dan program latihan kemahiran vokasional yang terancang

membolehkan pelajar itu mencapai kecermelangan kemahiran dan akademik didalam

pelbagai peringkat pembelajaran kelak.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyeledik akan meyorot beberapa pendapat dan penulisan dari

kajian-kajian terdahulu yang ada kaitan dengan tujuan kajian ini dijalankan. Diantara

aspek yang dihuraikan dalam sorotan kajian ini berkisar kepada kurikulum, peralatan dan

kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan.

Dalam tahun 1980, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa

Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat

dipertimbangkan oleh kerajaan. Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak

swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan

yang dinamakan Pusat Giatmara sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986

(Giatmara Malaysia, 2010).

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

17

Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam

Rancangan Malaysia Ke-5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat Giatmara dan dalam

Rancangan Malaysia Ke-6 sebanyak 21 Pusat Giatmara menjadikan sebanyak 36 Pusat

Giatmara. (Rancangan Malaysia Ke-5 dan ke-6)

Tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan

ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128

Pusat Giatmara yang beroperasi sehingga Januari 1999. Pihak MARA ada berbagai

program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh

Pusat Giatmara. Tahap pertengahan dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA (IKM).

Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute

(GMI) dan lain-lain. (Giatmara Malaysia, 2010).

Falsafah Giatmara dalam Rancangan Malaysia Ke-6 adalah untuk memberi

latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa.

(Giatmara Malaysia, 2010).

Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-6, konsep penubuhan Pusat Giatmara adalah

dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma atau sewa dengan

menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi (Rancangan Malaysia ke-6)

Dalam Rancangan Malaysia ke-7, pihak Giatmara mencadangkan supaya konsep

dalam status tapak atau bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana

kebanyakan tapak atau bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-6

adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak atau bangunan.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

18

Sehingga kini terdapat 133 Pusat Giatmara sedang beroperasi di seluruh negara.

Manakala jumlah Pusat Giatmara yang diluluskan ialah 140. (Rancangan Malaysia Ke-6

dan ke-7)

2.2 Program Giatmara Malaysia

Program Giatmara dilaksanakan sebagai suatu usaha yang cepat ke arah

menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor

perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga di

kawasan separa bandar (Giatmara Malaysia, 2010).

Kursus-kursus yang diadakan juga adalah sesuai dengan keperluan semasa dan

berperanan lebih rapat dengan masyarakat serta boleh disesuaikan mengikut tahap dan

jenis keperluan tenaga kerja.

Dengan ini, pelatih keluaran Pusat Giatmara akan dapat mempertingkatkan taraf

sosio-ekonominya apabila kemahiran yang diperolehinya digunakan untuk menggalakkan

sesuatu aktiviti ekonomi sebagai perangsang yang akan mencetuskan berbagai kesan

gandaan kepada masyarakat tempatan (Giatmara Malaysia, 2010).

Di samping membekal tenaga mahir tempatan, pelatih-pelatih juga boleh dibentuk

menjadi usahawan dipersekitaran yang berpotensi kerana mereka ini mempunyai

kebolehan dalam aspek teknikal (Giatmara Malaysia, 2010).

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

19

Pusat Giatmara juga boleh memberi kemudahan latihan kepada kumpulan sasaran

berikut:

i. Mereka/pelajar yang tidak berkebolehan di peringkat akademik (dropouts) yang

biasanya tidak diberi peluang langsung atau tidak mempunyai tempat untuk

menunjukkan bakat di dalam bidang lain;

ii. Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat

kerja dan berusaha sendiri;

iii. Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru;

iv. Mereka yagn ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan

kerjaya;

v. Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran

dalam jurusan yang diceburi;

vi. Kumpulan pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah

vokasional.

Program Giatmara ini juga merupakan satu usaha ke arah membantu menyelesaikan

masalah penghijrahan belia-belia ke bandar dan mengurangkan jumlah pengangguran di

kalangan masyarkat tempatan serta mengurangkan jumlah peratusan belia-belia terjebak

dalam masalah sosial seperti penagih dadah, jenayah dan sebagainya (Giatmara Malaysia,

2010).

Oleh kerana Giatmara ditubuhkan di persekitaran daerah luar bandar maka pelatih

masih berdekatan dengan keluarga. Dengan ini, nilai dan budaya kekeluargaan masih

kekal pada setiap pelatih. Ini adalah selaras dengan saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri Malaysia supaya masyarakat mempunyai nilai sosial dan

kewibawaan, maruah bangsa serta berkeyakinan (Berita Harian - 2 Mac 1991).

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

20

Konsep latihan serta kandungan kurikulum di Giatmara adalah „flexible’ dan boleh

diubahsuai mengikut tahap, jenis dan keperluan semasa. Latihan di Giatmara juga

berunsur berterusan (life long) yang mana walaupun latihan selama 6 hingga 12 bulan,

pelatih masih boleh mendapat bimbingan teknikal dan kaunseling bila-bila masa, kerana

mereka bekerja/berniaga dalam daerah berdekatan dengan Pusat Giatmara. (Giatmara

Malaysia, 2010).

Penyertaan penduduk tempatan dalam pembangunan industri tempatan boleh diceburi

melalui Giatmara. Jika tiada latihan kemahiran, pembangunan di tempat sendiri lama

kelamaan pelung pekerjaan yang akan dinikmati oleh orang luar contohnya dari

Indonesia, Bangladesh, Philipines dan sebagainya (Giatmara Malaysia, 2010). Giatmara

juga boleh dijadikan sebuah agensi untuk membentuk generasi masa hadapan ke arah

beerpengetahuan teknikal dan etika kerja berdisiplin dengan adanya agensi-agensi Biro

Tatanegara, Jabatan Agama dan lain-lain (Giatmara Malaysia, 2010).

Untuk membantu malaksanakan program Masyarkat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB), Giatmara boleh menjadi perantaraan sebagai agen perhubungan

untuk menyatukan tenaga di kalangan lepasan-lepasan pelatih Pusat Giatmara dan lain-

lain Bumiputera ke arah menjadi Masyarakat Bumiputera sebagai Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) (Giatmara Malaysia, 2010).

Giatmara telah mewujudkan program Inkubator di persekitaran semua Pusat Giatmara

di mana lepasan pelatih yang berpotensi untuk menjadi usahawan ditempatkan di

Inkubator tersebut dan diberi bantuan khidmat nasihat berterusan dan peralatan sehingga

mereka berkeyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri. Sehingga kini 931 buah

syarikat telah diwujudkan. Mereka aktif dalam perniagaan dan sentiasa mendapat

bimbingan berterusan dari Giatmara di seluruh negarra dalam berbagai bidang teknikal.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

21

Giatmara telah mengatur peraancangan program dalam latihan kemahiran agar seiring

dengan keperluan industri dan gunatenaga mengikut perkembangan teknologi dengan

cara penglibatan Giatmara secara terus menerus dengan industri tempatan, kerajaan

tempatan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain. Pihak industri tempatan seperti

Master Carriage, Pekan Pahang, Produa, MAS dan Air-Rod telah pun menerima pekerja

lepasan Giatmara dan prestasi kerja mereka memenuhi kualiti yang telah ditetapkan.

Sehingga hari ini hubungan dua hala masih berterusan dengan baik. (Giatmara Malaysia,

2010).

Dari segi sosio-politik tempatan, struktur penduduk dapat dikekalkan malahan

mungkin bertambah kerana kekurangan penghijrahan dengan adanya kemudahan

daripada Giatmara. Komuniti berkemahiran dan perniagaan dapat terus bergerak cergas

bersama Giatmara, terutamanya dalam memahami dasar-dasar kerajaan di masa kini dan

bersikap positif.

Program latihan Giatmara juga diadakan di kampung-kampung yang berjauhan dari

Pusat Latihan. Mesin-mesin serta tenaga pengajar dibawa ke kampung yang dikenalpasti.

Melalui program ini ramai penduduk tempatan khasnya kaum wanita mendapat latihan

dalam bidang teknikal. Kemahiran yang diperolehi digunakan terus untuk menambah

pendapatan harian yang mana kesan positif dikalangan penduduk amat membanggakan.

Giatmara ditubuhkan dengan menggunakan bangunan-bangunan kerajaan yang

terbiar dan tidak digunakan atau bangunan mudah alih. Pengubahsuaian bangunan dapat

dibuat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ubahsuai bangunan Pusat Giatmara biasanya

rendah kerana kebanyakkannya dibuat sendiri oleh pelatih Giatmara. Manakala

pembinaan institusi-institusi latihan oleh agen lain di negeri ini biasanya menelan belanja

berpuluh atau beratus juta ringgit. (Giatmara Malaysia, 2010).

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

22

Giatmara mendapat kerjasama dengan penduduk tempatan dan biasanya program

latihan boleh dijalankan dengan segera. Kadangkala gotong-royong mendirikan bangunan

Pusat Giatmara diadakan bersama penduduk tempatan.

Isu kumpulan rakayat termiskin telah dibangkitkan di Jabatan Perdana Menteri.

Giatmara telah diminta untuk bekerjasama dalam Program Pembasmian Rakyat

Termiskin (PPRT) dengan memberi latihan khas kepada kumpulan rakyat termiskin

dalam bidang teknikal dan keusahawanan. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan

Belia Dan Masyarakat, 2009)

Kebanyakkan kampung-kampung di luar bandar berhampiran Pusat Giatmara ternyata

kekurangan agensi yang boleh memberi khidmat teknikal kepada masyarakat. Giatmara

telah melibatkan diri sendiri langsung dalam membantu masyarakat tempatan dengan

memberi segala khidmat yang mungkin terutamanya dalam hal-hal teknikal termasuk

memebaiki alat peralatan rumah, jentera, peralatan pertanian dan sebagainya. (Buletin

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan Masyarakat, 2009)

Konsep memajukan masyarakat di daerah dan kampung-kampung yang mana

usahawan yang memajukan barangan pembuatan ala satu kampung satu produk dapat

dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui program latihan daripada Giatmara.

Kerjasama dan penglibatan lain-lain agensi untuk memajukan sesuatu kumpulan

masyarakat secara menyeluruh telah dilaksanakan antaranya termasuklah:

i. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

ii. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

iii. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

iv. Pihak swasta seperti – Proton, Produa dan lain-lain.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

23

Saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia terdahulu

untuk menjadikan bidang pelajaran dan latihan sebagai satu komoditi. Giatmara Sdn.

Bhd. Telah mengambil inisiatif membantu Kerajaan Malaysia (mewakili Malaysia) dalam

program kerjasama ASEAN-JAPAN beroperasi di Cambodia. Program ini telah bermula

pada tahun 1994, di mana dalam tempoh 4 tahun, 4 kumpulan telah dihantar berturut-

turut untuk menjayakan program tersebut. Kumpulan ke 5 yang terdiri daripada 8 orang

Tenaga Pengajar telah bertolak ke Cambodia pada 1 Febuari 1999. Sehingga kini

Giatmara telah melatih seramai 1,740 rakyat Cambodia.

Wawasan 2020 mengharapkan negara Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian

Baru (New Industrial Nation – NIC). Bagi satu pihak yang lain, masyarakat bumiputera

di semua peringkat di luar bidang teknikal, teknologi komputer, teknologi maklumat, hi-

tech dan sebagainya. Maka sehingga kini Syarikat Giatmara Sdn. Bhd. Sahaja yang

mampu memainkan peranan dalam penyebaran pengetahuan melalui latihan di Pusat

Giatmara seluruh negara.

Pengurusan Giatmara sentiasa pro-aktif dan kreatif ke arah menangani cabaran

wawasan negara sepertimana dikehendaki oleh pemimpin. Akhir kata, program Giatmara

yang telah, sedang dan akan diatur boleh menjadi pemangkin serta salah satu agen

pelaksanaan yang aktif ke arah mendukong cita-cita pemimpin Negara. (Giatmara

Malaysia, 2010).

Namun terdapat segelintir remaja kini yang terlibat dengan dadah. Pusat Giatmara

menerima pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan tingkah laku serta tabiat

buruk yang sukar dibendung. Maka, pihak Giatmara telah menjalankan sesi pemulihan

bagi memastikan pelati-pelatih ini tidak terlibat dengan najis dadah kelak. Terdapat

pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan perkara ini dapat dibendung, antaranya

mengadakan sesi ceramah pada hari jumaat selepas bengkel. Namun, masih terdapat

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

24

kekurang dalam program ini. Apabila dikaitkan remaja dan dadah, perkara ini harus

diambil serius dalam pemulihannya seiring dengan membekalkan latihan kemahiran

kepada pelatih-pelatih ini. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan

Masyarakat, 2009)

Untuk mendefinisikan pemulihan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Menurut

Abd. Hadi, “Rehabilitation is a generic term which is capable of being ambiguous and

vogue” (1992:49). Walaubagaimanapun, beberapa pengkaji telah memberikan maksud

pemulihan. Menurut Fox (1977), pemulihan merupakan suatu kaedah yang membolehkan

pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dan memberikan sumbangan kepada

masyarakat atau setidak-tidaknya tidak membahayakan orang lain. Irwin (1974) dan Abd.

Hadi (1992) pula menyatakan pemulihan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti

kehidupan pesalah dengan membentuk mereka menjadi individu yang berguna, berdikari,

mempunyai kesempurnaan diri dan kesedaran sosial serta dapat melibatkan diri dalam

aktiviti sosial dengan individu lain. Manakala Snarr (1996), pula mendefinisikan

pemulihan sebagai usaha-usaha sistematik yang disusun oleh masyarakat bagi

menghukum pesalah dan memberikan ganti rugi kepada individu yang menjadi mangsa

pesalah. Empat elemen utama definisi ini ialah ( i ) hukuman, ( ii ) perlindungan, ( iii )

perubahan dan, ( iv ) ganti rugi.

Dalam konteks penulisan ini, pemulihan yang dinyatakan adalah fokus kepada

pemulihan dadah. Yusof (1994) menyatakan bahawa pemulihan dadah sebagai proses

penyembuhan hasil daripada menahan diri (abstinence) dari menggunkan dadah serta

melibatkan diri program kejiwaan (spiritual) yang tidak semestinya bercorak agama.

Manakala Agensi Dadah Kebangsaan (1997) pula mendefinisikan pemulihan dadah

sebagai teknik membantu penagih dadah membebaskan diri mereka daripada

menggunakan dadah dan membuat mereka merasa dirinya berguna dan dihormati oleh

keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Ia diadakan di pusat-pusat pemulihan iaitu

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

25

pesalah-pesalah dadah atau penagih diajar dengan teknik untuk menangani masalah

kehidupan dan membantu mereka mengalami ketenagan tanpa menggunakan bahan

kimia. (ADK, 1997)

Objektif utama pemulihan ialah untuk mengubah pesalah supaya menjadi individu

yang berguna dan mudah diterima oleh ahli-ahli masyarakat (Abd. Hadi 1992). Untuk

mencapai objektif tersebut, salah satu bentuk pemulihan yang booleh dijalankan iaitu

melalui pembentukan semula tingkah laku pesalah. Pembentukan semula tingkah laku

merupakan suatu bentuk pemulihan yang diberikan kepada pesalah yang bertujuan untuk

mengubah tingkahlaku pesalah agar mereka dapat menghormati peraturan dan undang-

undang yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kecenderungan pesalah

melakukan perbuatan yang dilarang. Bentuk pemulihan ini boleh dilakukan melalui

kaunseling, latihan kemahiran vokasional, pendidikan agama dan moral serta pendidikan

siviks dan tatanegara. Sekiranya ia berjaya dilakukan, pesalah akan mengambil sikap

yang berbeza terhadap perbuatan yang dilarang iaitu tidak akan mengulangi kesalahan

lagi. (Walker 1980).

Selain itu, satu lagi bentuk pemulihan yang boleh dijalankan ialah dengan melatih

pesalah mempertingkatkan kemahiran sosial dan kemahiran ekonomi yang boleh

dipasarkan (Abd. Hadi 1992). Ia penting kerana pesalah boleh menggunakan dan

mempraktikkan kemahiran ini apabila menamatkan pemulihan kelak.

Kemahiran ekonomi yang boleh dipasarkan boleh diberikan kepada pesalah

melalui latihan kemahiran vokasional yang disediakan di pusat-pusat pemulihan.

Misalnya kemahiran menjahit, membaik pulih kenderaan, melakukan kerja-kerja

pertanian, penternakan dan sebagainya. Melalui latihan yang diperolehi, pesalah-pesalah

akan memperolehi kemahiran yang boleh memberikan mereka peluang untuk

mendapatkan pekerjaan dan sekaligus dapat menyara kehidupan mereka setelah

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

26

menamatkan pemulihan. Ia sekaligus akan mengecilkan ruang dan kesempatan untuk

mereka terlibat semula dengan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan atau

perbuatan-perbuatan yang dilarang. (AADK, 2008)

Dalam pada itu, Mahmood Nazar (2003) menjelaskan terdapat dua pendekatan

yang boleh digunakan dalam merawat dan memulihkan penagih dadah iaitu Pendekatan

Farmakologi dan Pendekatan Tingkahlaku. Pendekatan farmakologi merupakan rawatan

yang bergantung kepada ubat-ubatan atau dadah yang berfungsi untuk mengurangkan

kegianan semasa dadah digunakan. Ia juga dapat menekan simptom putus dadah dan

kegianan yang biasanya dialami diantara dos-dos yang digunakan. Pendekatan ini boleh

dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis dadah gentian seperti Methadone,

Naltrexone, Levo-alpha-acetylmethdol (LAAM) dan Buprenorphine.

Pendekatan tingkahlaku pula bertujuan untuk mengubah penggabungan psikologi

penagih kepada keupayaan untuk mengurus tekanan serta konflik secara yang produktif.

Penagih akan dilatih untuk mengatakan tidak kepada dadah, membenci dadah, mencari

jalan lain mengantikan dadah, membina pertahanan diri terhadap dadah dan mengurus

semua tekanan tanpa perlu merujuk kepada dadah dan sebagainya. (Mahmood Nazar

2003). Terapi kognitif, terapi kekluargaan, terapi tingkahlaku kognitif (CBT) dan

beberapa terapi yang lain merupakan pendekatan tingkahlaku yang sering digunakan.

Selain itu, terdapat juga latihan kemahiran dan pekerjaan, perkhidmatan kaunseling yang

merangkumi kaunseling individu, keluarga dan kelompok digunakan dalam pendekatan

ini.

Secara umumnya, dadah dikelaskan kepada beberapa jenis. Nama-nama seperti

morfin, heroin, kokain, ganja, amfetamin dan LSD, semua ini membayangkan jenis-jenis

dadah yang boleh mendatangkan ketagihan (Dzulkifli,1998).

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

27

Berasaskan ini, dadah boleh dikategorikan kepada jenis dadah yang boleh

merangsang otak dan minda dan sejenis lagi adalah dadah yang boleh menekan fungsi

otak dan minda. Jenis ketiga adalah bahan-bahan yang dipanggil halusinogen (William,

2006).

Kebanyakan masyarakat berpendapat remaja adalah golongan yang penuh dengan

dengan masalah atau penuh dengan konflik serta suka memberontak. Remaja ialah

mereka yang berada dalam peringkat umur antara 12 tahun hingga 23 tahun dan

merupakan satu peringkat zaman yang dipenuhi pergolakan dan tekanan. Zaman ini ialah

zaman di mana remaja mengalami konflik dan perubahan ragam yang tidak menentu

(Santrock, 1998).

Kerajaan Malaysia khususnya memperuntukkan sebanyak RM 9.725 bilion pada

tahun 2002 untuk perbelanjaan pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 63.8

peratus daripada keseluruhan perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial. Bagi tahun 2003

pula kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 9.795 bilion untuk

pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 60.7 peratus daripada peruntukan untuk

perkhidmatan sosial (Laporan Ekonomi 2002/2003).

2.3 Bidang keusahawan serta Giatmara selepas tamat pengajian.

Pada dasarnya bidang keusahawanan ini lebih terbuka bagi mahasiswa Giatmara.

Ini kerana Giatmara di tubuhkan khusus untuk bumiputera tempatan. Selain itu program

Giatmara ini lebih menjurus kepada kemahiran, kebolehan atau kecekapan melakukan

pekerjaan dan sesuai permintaan pasaran. Peluang bagi mahasiswa Giatmara sangat besar

kerana mempunyai tenaga pengajar yang professional dan berkebolehan serta mahir

dalam bidang masing-masing. Bukan itu saja, bantuan juga turut diberikan kepada

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

28

pelajar-pelajar yang menyertai kursus tersebut. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak,

2009)

Menurut Pengarah Mara Johor Bahru, En Haji Ahmad Sukirin ketika ditanya

tentang MARA, ia memberi peluang kepada bumiputera untuk terus maju dalam

perniagaan serta sedia membantu dari segi kewangan contohnya, pihak MARA memberi

pinjaman dengan kadar faedah yang sangat rendah.

“Ini merupakan platform untuk bumiputera pergi ke „next stage’ dalam bidang

keusahawanan sekali gus melahirkan generasi yang berdaya saing serta maju

dalam mengukuh dan membangunkan ekonomi Negara”.

(En Haji Ahmad Sukirin; 1999; )

Penurunan kadar ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan kepada

penstrukturan semula sektor pekerjaan , industri dan pelaburan malah mampu memberi

kesan kepada masalah sosial serta pengangguran di negara ini. Keadaan ekonomi semasa

mencatatkan pertumbuhan yang sangat membimbangkan.

Bagi mereka, ini adalah satu percubaan untuk melangkah ke arah sesuatu yang

baru. Minat yang mendalam terhadap perniagaan juga banyak mendorong mahasiswa

menceburi bidang ini.

Menurut seorang usahawan tempatan, Salmah Mohamad, bidang keusahawanan

banyak memberi peluang kepadanya untuk menambahkan kemahiran yang sedia ada

selain menambah pendapatan harian. Beliau telah mengikuti kursus menjahit pakaian

lelaki di Giatmara selama enam bulan dan kini telah mempunyai sebuah kedai yang

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

29

menerima tempahan seperti pakaian lelaki dan wanita, beruniform, t-shirt, pakaian sukan,

cadar, langsir dan menjual pakaian siap. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)

“Pada mulanya saya hanya mengambil tempahan baju kurung sahaja dan menjahit

di rumah, hinggalah saya berfikir ingin menambahkan lagi kemahiran menjahit.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mengikuti kursus di GIATMARA”.

(Salmah Mohamad; 2009; )

Selain itu, sasaran kelompok yang dikhaskan oleh Giatmara adalah terdiri kepada

mereka yang tidak berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang akademik, mereka

yang ingin mengasah kemahiran yang ada, yang telah kehilangan pekerjaan, ingin

mencuba pekerjaan baru, ingin memperbaiki tahap kecekapan dan kemahiran dalam diri

atau mengubah karier masa depan. Tidak salah jika dikatakan peluang ini juga terbuka

kepada semua bumiputera. Pokok pangkalnya mahu dan tidak mahu sahaja serta nawaitu.

Walau bagaimanapun, bidang keusahawanan ini turut berkembang di kalangan

mahasiswa IPT di seluruh Malaysia. Bagi mereka, menceburi bidang ini semasa

menuntut bukanlah satu beban malah satu semangat untuk memotivasikan diri menjadi

usahawan yang berjaya suatu hari nanti. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)

Di samping itu, mahasiswa perlulah lebih kreatif ketika berdepan dengan masalah

kemerosotan ini. Kejayaan yang berimpak tinggi akan diperoleh daripada keberanian

berhadapan dengan risiko dan kemahiran memasang strategi ketika berhadapan suasana

genting. Justeru, mahasiswa perlulah bersedia mempersiapkan diri dengan segala

kebolehan generik dalam bidang keusahawanan.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

30

Menurut Mohd Tarmizi Baharudin, penuntut di sebuah IPTA, minat adalah sangat

penting untuk mencari pengalaman dalam apa jua bidang yang di ceburi. Semuanya tidak

semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi kita perlu berkorban masa yang ada demi

cita-cita.

“Saya memang minat dalam perniagaan. Sekarang saya belajar sambil bekerja.

Memang tidak dapat dinafikan susah nak sesuaikan diri dan bahagi masa. Tapi

lama-kelamaan saya dapat uruskannya dengan bijak. Inilah pengorbanan yang

saya harus bayar untuk meneruskan minat menceburi bidang keusahawanan”.

(Mohd Tarmizi Baharudin; 2009; )

Hari ini telah menunjukkan keperihatinan mahasiswa tentang masa depan mereka.

Kebanyakkan daripada mereka mencari satu pilihan baru iaitu dengan menceburi bidang

ini bagi mengukuhkan ekonomi dalam kehidupan seharian selain membantu bumiputera

lain untuk terus maju. Dengan peluang yang sedia ada, tiada yang mustahil jika kita terus

berusaha untuk maju selangkah kehadapan di iringi nawaitu yang betul. (Unit Usahawan

Giatmara Sarawak, 2009)

Namun apa yang pasti, apabila mempunyai minat yang mendalam terhadap

perniagaan dan keusahawanan, kejayan pasti menanti di hadapan. Jelas alternatif ini

dapat mengurangkan masalah penggangguran di kalangan rakyat Malaysia dan anak

muda lepasan ijazah khususnya.

Selain itu, alam mahasiswa merupakan medan terbaik untuk mahasiswa mengasah

bakat mereka sebelum mereka benar-benar keluar ke arena pekerjaan. Dalam keadaan

sebegini mahasiswa perlu bijak mencari dan meraih peluang bersaing antara satu sama

lain. Dalam realiti sebenar, kecemerlangan akademik bukanlah penentu segalanya.

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

31

Fenomena ini sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan sama ada di IPTA

mahupun di Giatmara. Masing-masing berusaha dan bersaing meningkatkan daya

kreativiti untuk menjadi individu yang berinovasi tinggi. Apa yang penting adalah tahu

untuk menghargai peluang. Tidak hairanlah jika mereka mampu untuk membuka sebuah

perniagaan secara kecil-kecilan. Alam pekerjaan terlalu luas menanti anak-anak muda

yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya. Bukan setakat ilmu di dada yang harus

mereka bawa ketika memasuki alam pekerjaan tetapi kemahiran juga diperlukan. (Unit

Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)

Salmah Mohamad ketika ditanya mengapa ramai mahasiswa yang menceburi

bidang ini mengatakan sukar untuk menstabilkan perniagaan mereka dan sudahnya

semuanya terhenti separuh jalan, lalu dibiarkan begitu sahaja.

“Bagi saya, peluang hanya datang sekali. Jadi apa salahnya kita ambil dan

hargainya. Untuk menceburi bidang keusahawanan, kita perlu berfikiran jauh dan

matang dalam setiap keputusan yang kita ambil. Dalam percubaan melangkah

setapak ke bidang ini, kita perlukan kepandaian dalam diri yang harus dicungkil

agar sentiasa memberikan yang terbaik ketika menjalankan tanggungjawab

sebagai penuntut dan seorang usahawan muda. Inilah lumrah jatuh bangunnya

seorang usahawan”.

(Salmah Mohamad; 2009; )

Bukan sahaja ilmu dan kemahiran yang diperlukan malah cara berkomunikasi

juga sangat penting. Mahasiswa harus sedar bahawa mereka akan berdepan dengan

semua lapisan masyarakat yang mempunyai sikap berbeza. Jadi, di sinilah mahasiswa

boleh belajar menghadapi bermacam-macam ragam manusia. Walaupun ia tidak terlalu

terdedah kerana mahasiswa masih menuntut dan menjadikan bidang keusahawanan

adalah aktiviti sampingan, tetapi mahasiswa perlulah bersedia lebih awal.

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

32

Selain pihak MARA, terdapat banyak pihak yang membantu dengan memberi

peluang kepada mahasiswa yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Contohnya, Program Francais Siswazah. Ini adalah sebuah program yang bertujuan untuk

melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah supaya mereka

adalah yang berkaliber, mempunyai daya saing yang tinggi dan berkeyakinan untuk

berkerjaya di dalam bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta

berpeluang untuk memperolehi pengetahuan berguna mengenai pengurusan perniagaan,

sedar akan risiko-risiko perniagaan yang bakal dihadapi, menjalani kelas motivasi dalam

membentuk diri menjadi usahawan yang berjaya dan yang paling bernilai sekali. (Unit

Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)

Menurut Ahmad, peserta boleh memohon bantuan kewangan daripada agensi-

agensi yang terlibat iaitu PNS, MARA, Bank Pembangunan dan Industri Malaysia

Berhad (“BPIMB”) atau skim-skim jaminan di bawah Credit Guarantee Corporation

(“CGC”). Ini membuktikan bahawa kerajaan memberi galakkan dengan memberi bantuan

dari segi kewangan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek

berkata, bimbingan secara khusus dalam pelbagai bidang menjadikan usahawan GiatMara

disifatkan sebagai menjuarai pembentukan modal insan negara. Katanya, sehingga kini

sebanyak 209 pusat GiatMara di seluruh negara terlibat dalam menghasilkan pelatih yang

berkemahiran, proaktif dan berdaya saing.

“Kita tahu bahawa GiatMara sudah melalui pelbagai proses transformasi dan

penambahbaikan bagi memastikan perjuangan untuk menghasilkan masyarakat

berkemahiran serta membasmi kemiskinan di kalangan rakyat diteruskan”.

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

33

”Dengan pembabitan dalam GiatMara ia dilihat dapat membantu mengurangkan

penglibatan generasi muda dalam masalah sosial, malah dapat menyediakan

golongan yang berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja”.

(Datuk Hasan Malek; 2009; )

Dalam pada itu, Hasan turut menggalakkan penubuhan Kelab Usahawan

GiatMara di seluruh negara sekali gus dapat memberi peluang kepada ahlinya untuk

menerokai bidang keusahawanan. Katanya, langkah itu penting bagi meningkatkan

bilangan bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang

bersesuaian dengan keperluan negara dan sasaran utamanya ialah belia dan masyarakat

setempat.

2.4 Kemudahan semasa latihan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di

Giatmara. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi

keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di

antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak Giatmara ialah :

i. Latihan percuma

ii. Elaun bulanan (sepenuh masa)

iii. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin

iv. Sukan dan Rekreasi

v. Sijil Kemahiran GIATMARA

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

34

vi. Sijil JPK (Di mana berkenaan)

vii. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)

viii. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

2.5 Latihan Kemahiran

Memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada masyarakat luar bandar dalam

bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan ke arah meningkatkan taraf hidup

mereka melalui pewujudan usaha niaga dan peluang pekerjaan. (Giatmara Malaysia,

2010).

Pendidikan vokasional membawa maksud pengalaman menyeluruh sesorang

individu di mana ia belajar dengan cemerlang untuk berada dalam bidang kerja yang

menguntungkan (Prosser, 1950). Dalam skop yang lebih kecil lagi, Prosser telah

menyifatkan pendidikan vokasional sebagai kewujudan siri pengalaman yang terkawal

dan terurus untuk melatih seorang atau lebih individu ke arah persediaan untuk ke alam

pekerjaan. Berdasarkan kenyataan ini dapat dilihat betapa pendidikan vokasional juga

boleh diibaratkan sebagai satu medium untuk melengkapkan seseorang individu dengan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan untuk menempuh alam

pekerjaan.

Oleh yang demikian, pendidikan teknik dan vokasional sangat berperanan dalam

proses melahirkan tenaga kerja professional dan separa professional yang amat

diperlukan dalam bidang perindustrian. Pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi

moden ini memerlukan pengurusan sumber manusia yang mampu melaksanakannya.

Kurikulum pendidikan ini telah dirombak dan diselaraskan mengikut keperluan pasaran

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

35

kerja dan perubahan teknologi terkini. (Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan,

Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

Matlamat pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan segi

intelek, jasmani, rohani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia. Sekiranya

tercapai matlamat ini, maka negara bakal memiliki aset yang paling berharga ke arah

perkembangan dan pembangunan negara dan aspek politik, ekonomi dan sosial.

Kemudahan bengkel yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan

keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel sebagai

tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. (Laporan Unit Penyelidikan dan

Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

Bengkel kemahiran adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran . Walau

apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran

tetap berjalan. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti

di tempat-tempat yang tertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina.

Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah

mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan produk yang positif.

(Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara,

2005).

Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi

pendidikan dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel. Pengurusan

secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang diuruskan

dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

36

pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu

sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di

dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang

berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989).

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi adalah faktor yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu

kajian. Ini bagi membolehkan pengkaji mendapat keputusan yang mempunyai kesahan

dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pendekatan cara persampelan

dan penganalisisan data yang digunakan perlulah dikenalpasti terlebih dahulu agar ianya

bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Perkara-perkara penting yang dihuraikan di dalam bab ini merangkumi

rekabentuk kajian, kerangka operasi, tempat kajian, instrumen kajian, subjek kajian,

tatacara menjalankan kajian, cara menganalisis data dan kebolehpercayaan alat ujian.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

38

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah jenis deskritif

dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian deskritif adalah kajian yang bertujuan

untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan di dalam

penyelidikan pendidikan. Keadah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk

mengumpulkan segala maklumat mengenai pembolehubah.

Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana ia diedarkan kepada

responden untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan

persoalan kajian. Tujuan pengkaji menggunakan soal selidik ini adalah untuk

mendapatkan makluman yang berkaitan dengan persepsi pelatih terhadap program latihan

kemahiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pengkaji telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan dan juga mudah

di fahami serta dikelolakan. Beberapa perkara telah di pertimbangkan untuk memilih

instrumen ini iaitu :

i. Instrumen jenis ini adalah menjimatkan waktu pengkaji dan responden,

cepat di samping menjimatkan kos.

ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang

telah disediakan dan menandakan jawapan dengan pensil atau pen. Ini

dapat memudahkan responden dalam memberikan tindakbalas.

Instrumen jenis ini adalah berbeza dengan cara temubual di mana responden

terpaksa memilih jawapan. Tambahan pula, ia memerlukan masa, tenaga dan

perbelanjaan yang besar (Mohd Majid Konting, 2000).

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

39

Menurut Mohd Majid Konting (2000), soal selidik merupakan alat ukur yang

digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik juga dapat digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,

kehendak dan sebagainya.

Menurut kenyataan Mokhtar Mokri (1999), penyelidikan deskriptif bermatlamat

untuk menerokai suatu bidang yang belum atau kurang dikaji bagi menjelaskan keadaan

atau fenomena yang sedang berlaku. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data, membuat

tafsiran, membuat perbandingan dan merumus generalisasi (kesimpulam secara umum).

Data-data mengenai persoalan kajian pula diperolehi menerusi borang soal selidik yang

dijawab oleh responden.

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

40

3.3 Kerangka Operasi

< 0.7

>0.7

TAMAT

MENGENALPASTI MASALAH

MEMILIH MASALAH YANG DIKAJI

MENGHASILKAN KERTAS CADANGAN BAGI MASALAH

MEMILIH PEMBOLEHUBAH

MEMBUAT SOAL SELIDIK

MENGEDARKAN SOAL SELIDIK

MENGUMPUL SOAL SELIDIK

KEPUTUSAN KAJIAN

MENGANALISIS DATA

KAJIAN

RINTIS

MULA

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

41

3.4 Populasi Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pelatih Giatmara Kuala Pilah, Negeri

Sembilan sebagai responden utama.

Menurut Mohd Majid Konting (2000), populasi merupakan satu cerapan ke atas

sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai

sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain.

3.5 Sampel Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jenis persampelan kluster atas kluster

(multi kelompok). Oleh kerana jumlah pelatih Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan

adalah kurang dari 70 orang , maka pengkaji telah memutuskan hanya menggunakan

seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang (agama,

bangsa, kemahiran, umur).

3.6 Batasan Kajian

Batasan kajian ini terhad dan hanya dijalankan di Giatmara Kuala Pilah, Negeri

Sembilan. Selain daripada itu terdapat kekangan masa dalam menjalankan penyelidikan

ini antara faktornya adalah disebabkan maklumat daripada pihak pentadbiran adalah sulit

dari segi peruntukan kewangan. Selain daripada itu, maklumat dari bekas pelatih

giatmara yang telah berjaya mengendalikan perniagaan dan keusahawanan sendiri

dibawah penajaan MARA, serta temubual yang dijalankan berdasarkan pelatih yang

hanya baru dua bulan menjalani latihan.

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

42

3.7 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen

kajian. Instrumen kajian ini sering digunakan dalam bidang kajian kerana ia agak mudah

berbanding dengan cara lain. Menurut Mohd Majid Konting (2000), soal selidik lebih

praktikal dan berkesan digunakan terutama yang melibatkan populasi yang besar. Selain

itu, ia juga digunakan untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan fakta-fakta,

kepercayaan, perasaan, kehendak dan lain-lain.

Kesemua item yang terdapat dalam borang soal selidik ini adalah dibina sendiri

oleh pengkaji berdasarkan pada kesesuaian tajuk (merujuk kepada Lampiran A).

Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :-

3.7.1 Bahagian A

Bahagian ini mengandungi lima item yang merujuk kepada latarbelakang

responden iaitu bangsa, umur, agama, status perkhawinan, negeri asal dan

program latihan kemahiran vokasional yang dipelajari di Giatmara.

3.7.2 Bahagian B

Untuk bahagian B mengandungi 36 item soalan yang dibina berdasarkan

kepada persoalan kajian ini. Pengkaji menggunakan skala likert untuk memberi

pilihan jawapan kepada responden. Responden dikehendaki menandakan tahap

persetujuan terhadap item-item dengan menandakan ( / ) pada setiap kotak item

yang dikemukakan mengikut tahap persetujuan masing-masing. Item bagi soalan

dalam soal selidik dan lima skala likert adalah seperti berikut:

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

43

Jadual 3.7.2.1: Item Soal Selidik

Jadual 3.7.2.2: Skala likert

Melalui penggunaan skala likert lima gred ini, data-data yang diperolehi dianalisis

dan dinyatakan mengikut bilangan, peratus dan min. Penyelidik menghasilkan keputusan

analisis-analisis kajian pada bahagian B dengan mengkategorikan skala kepada tiga

kategori sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1999).

Bil Persoalan kajian No. Item Bil Item

1 Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum

yang dipelajari? 1,2,3,4,5,6, dan 7 7

2

Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan

peralatan/kelengkapan yang terdapat di

Giatmara berkesan dalam tugas harian pelatih?

8,9,10,11,12,13,14

15 dan 16 9

3

Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga

pengajar yang membantu dalam memberi

latihan kemahiran vokasional yang berkesan?

17,18,19,20,21,22

23,24 dan 25 9

4

Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan

yang disediakan bagi membantu dalam

meningkatkan kemahiran vokasional?

26,27,28,29,30,31,

32,33,34,35,dan 36. 11

Jumlah 36

Skala Singkatan skala

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

44

Penyelidik juga menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada

responden. Sebelum responden menjawab borang soal selidik, penyelidik memberi

penerangan secara terperinci kepada responden bagi mengelakkan kekeliruan semasa

menjawab borang soal selidik.

Setelah borang soal selidik dipungut, proses pengumpulan maklumat dijalankan

bagi memperolehi keputusan hasil maklum balas dari responden. Seterusnya proses

analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social

Science (SPSS) v16.0 For Windows. Melalui keputusan yang diperoleh maka satu

kesimpulan serta cadangan-cadangan secara menyeluruh dibuat terhadap kajian tersebut.

3.8 Kajian Rintis

Bagi kajian ini, penyelidik telah membuat kajian rintis di Giatmara Kuala Pilah,

Negeri Sembilan. Jumlah responden yang diambil dalam kajian rintis ini adalah seramai

lapan orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Kajian rintis bertujuan menguji set soal selidik sebelum kajian sebenar dijalankan

ke atas responden dan juga untuk kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Selain

daripada itu, kajian rintis ini juga bertujuan untuk mengetahui kesesuain item-item soal

selidik yang digunakan. Dalam kajian Rosliah (2006), tujuan kajian rintis adalah untuk

mengetahui tahap kefahaman soalan, mengetahui reaksi awal dan mengesan kesalahan-

kesalahan yang dianggap ketara dalam soalan-soalan.

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

45

Mengikut Mohammad Najib Abdul Ghaffar (1999), saiz sampel rintis tidak

memerlukan jumlah yang ramai dan memadai sekitar enam hingga sembilan orang bagi

memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang kajian tersebut.

Dalam analisis yang dibuat untuk mancari nilai alpha, cronbach, penyelidik akan

menggunakan perisian computer iaitu SPSS Vesion 16.0 For Windows. Mengikut

pandangan Daris (1971) dalam Mohd Zolkifli Abd Hamid (1999), beliau telah

mengkategorikan seperti berikut:-

i. 0.7 dan keatas - sangat kuat

ii. 0.5 – 0.69 - kuat

iii. 0.3 – 0.49 - sederhana kuat

iv. 0.1 – 0.29 - kaitannya boleh diabaikan

Menurut Mohammad Najib (1999), ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia

merupakan salah satu ujian statistik bagi mendapatkan koefisien kebolehpercayaan. Nilai

indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.7 ( > 0.7) bolehlah digunakan sebagai alat ukur

untuk sesuatu kajian Mohammad Majid (1990). Oleh yang demikian jika nilai alfa yang

diperolehi dalam kajian ini adalah melebihi 0.7 ( > 0.7), item-item yang dibina dalam soal

selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi soalan yang dibina

pengkaji, nilai yang diperolehi adalah 0.961.

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

46

3.9 Analisis Data

Data yang diperolehi melalui instrument yang dianalisis mengunakan perisian

Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows untuk

mendapatkan kekerapan (f), peratusan (%), dan min untuk menganalisis maklumat dan

profil responden.

Jadual 3.9.1: Kaedah Menganalisis Data

Persoalan Kajian Analisis Data

Persepsi terhadap kurikulum Peratus (%), kekerapan (f), Min

Persepsi terhadap peralatan/kelengkapan Peratus (%), kekerapan (f), Min

Persepsi terhadap tenaga pengajar Peratus (%), kekerapan (f), Min

Persepsi terhadap kemudahan Peratus (%), kekerapan (f), Min

Pengkelasan skor Min dibuat mengikut skor min yang diperolehi melalui

persoalan kajian yang berkaitan dengan tujuan untuk memudahkan pengkaji

mendapatkan pengkelasan. Penyelidik akan menggunakan rumus untuk mendapatkan

nilai julat yang sama dan seimbang bagi setiap tahap yang dikehendaki. Penyelidik

menujukkan rumus untuk mendapatkan nilai julat yang seimbang.

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

47

Persamaan 1: Rumus Mendapatkan Nilai Julat Yang Seimbang

5 (Peringkat Skala Likert) – 1

= 1.33

3 (Pembahagian Tetap)

Maka,

1.33 1.33 1.33

1.00 2.33 3.67 5.00

Rendah/Lemah Sederhana Tinggi/Baik

Jadual 3.9.2: Pengkelasan Maklum Balas Responden Berdasarkan Skor Min

Tahap Penialaian Nilai Min

Tinggi/baik 3.68 – 5.00

Sederhana 2.34 – 3.67

Rendah/lemah 1.00 – 2.33

Dalam kajian ini, perisian komputer iaitu SPSS Vesion 16.0 For Windows telah

digunakan untuk menganalisis kesemua data yang telah diperolehi daripada responden

yang telah menjawab soalan. Perisian ini digunakan untuk mengelakkan berlakunya

kesilapan yang mungkin dilakukan dengan pengiraan manual. Menurut Mohd Majid

Konting (2000), perisian komputer boleh digunakan untuk mempercepatkan proses

pengiraan pekali kebolehpercayaan sesuatu alat ukur.

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

48

Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis data untuk mencari nilai peratusan bagi

setiap soalan kajian yang dibina.

Dalam menentukan tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang

dikaji, ianya ditentukan oleh melalui penganalisis data. Nilai itu dikategorikan kepada

tiga bahagian iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

3.10 Penutup

Keputusan analisis Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden

seperti status bangsa, umur, agama, status perkhawinan, negeri asal, program latihan

kemahiran vokasional yang diikuti di pusat Giatmara serta pengalaman bekerja.

Bahagian B pula menjelaskan analisis berkaitan dengan penekanan aspek kurikulum,

peralatan dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan.

Data-data yang diperolehi dari soal selidik dikumpulkan dan dianalisis. Data

dianalisis kepada bab empat dan dibincangkan dalam bab lima. Bagaimanapun, terdapat

berbagai-bagai kaedah boleh digunakan dalam menjalankan kajian. Terpulang kepada

penyelidik untuk memilih kaedah yang sesuai untuk memperolehi maklumat bagi

kajiannya.

Namun begitu, segala kaedah penyelidikan yang digunakan hendaklah mengikut

kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian

yang dijalankan. Kajian adalah satu kajian tinjauan yang akan melibatkan 60 orang

responden dariapada pelatih di Pusat Giatmara Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini pula merupakan permulaan analisis terhadap data-data yang diperolehi

melalui borang soal selidik yang telah diproses menggunakan pakej Statistical Packages

for the Social Science (SPSS) v16.0 For windows (SPSS). Fokus analisis dalam Bab ini

adalah terhadap ciri-ciri demografi ataupun yang dikatakan profil sosio ekonomi

responden yang terdiri daripada 60 orang pelatih-pelatih di Giatmara Kuala Pilah. Ia

melibatkan latarbelakang responden bagi analisis bahagian A dan bahagian B adalah

soalan berdasarkan item-item bagi soalan kajian.

Penyelidik akan menjelaskan hasil kajian berdasarkan jawapan yang dikemukan

oleh responden di Pusat Giatmara. Analisis data dilakukan ke atas soal selidik yang telah

diberikan kepada responden. Perbincangan dibuat dalam bentuk diskriptif. Berdasarkan

persoalan kajian analisis data ini akan dibahagikan kepada dua bahagian.

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

50

Bahagian A akan menerangkan ciri-ciri latar belakang responden, manakala

Bahagian B pula akan membincangkan jawapan responden terhadap empat persoalan

kajian iaitu persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih terhadap

penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas

harian pelatih, kemudian persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu

dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan, serta persepi pelatih

terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran

vokasional. Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diproses

menggunakan pakej Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For

windows (SPSS) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan nilai min bagi setiap item

dalam persoalan kajian.

Bagi mendapatkan skor pencapaian sampel, hasil analisis dinyatakan dalam

bentuk jadual taburan kekerapan dan peratus bagi menujukkan tahap skor secara

terperinci. Skor Min yang diperolehi disusun mengikut hieraki dan dikelaskan mengikut

kategori tahap pencapaian. Jadual 4.1.1 di dibawah menunjukkan pencapaian bentuk skor

min.

Jadual 4.1.1: Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min

Tahap Penialaian Nilai Min

Tinggi/baik 3.68 – 5.00

Sederhana 2.34 – 3.67

Rendah/lemah 1.00 – 2.33

Pengubahsuaian data dalam bentuk 5 peringkat telah ditukar kepada 3 bentuk

peringkat, ia dilakukan bagi memudahkan penentuan tahap pencapaian. Respon sangat

tidak setuju dan tidak setuju digabungkan sebagai respon tidak setuju bersimbol “TS”,

respon sangat setuju dan setuju digabungkan sebagai respon bersimbol “S”, manakala

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

51

respon tidak pasti masih kekal dan diberi symbol “TP”. Jadual 4.1.2 di bawah

menujukkan jadual skala likert dari lima peringkat ditukar menjadi tiga peringkat.

Jadual 4.1.2: Nilai Penskoran Item

5 peringkat 3 peringkat

Sangat tidak setuju Tidak setuju (TS)

Tidak setuju

Tidak pasti Tidak Pasti (TP)

Setuju Setuju (S)

Sangat setuju

4.2 Analisis Bahagian A – Latar Belakang Responden

Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan bangsa, jantina,

umur, agama, status, negeri kelahiran, bidang kemahiran serta pengalaman bekerja.

Terdapat 8 soalan dikemukan dalam bahagian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam

jumlah frekuensi dan peratus.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 4.2.1.1 menujukkan bilangan responden mengikut bangsa.

Daripada 60 responden, seramai 59 responden (98.3%) adalah melayu dan seramai 1

responden (1.7%) adalah India.

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

52

Jadual 4.2.1.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Melayu 59 98.3

Cina 0 0

India 1 1.7

Lain-lain 0 0

Jumlah 60 100

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.2.2.1 menujukkan bilangan responden mengikut jantina. Daripada

60 responden, seramai 40 responden (66.7%) adalah lelaki dan seramai 20 responden

(33.3%) adalah perempuan.

Jadual 4.2.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Lelaki 40 66.7

Perempuan 20 33.3

Jumlah 60 100

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

53

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.2.3.1 menujukkan bilangan responden mengikut umur. Daripada

60 responden, seramai 49 responden (81.7%) adalah 15 hingga ke 19 tahun, 20 hingga

25 tahun seramai 10 responden (16.7%) manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah

berumur diantara 30 hingga 35 tahun.

Jadual 4.2.3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur

Umur Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

15 – 19 tahun 49 81.7

20 – 25 tahun 10 16.7

26 – 29 tahun 0 7.5

30 – 35 tahun 1 1.7

36 – 39 tahun 0 0

40 tahun ke atas 0 0

Jumlah 60 100

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

54

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama

Jadual 4.2.4.1 menujukkan bilangan responden mengikut agama. Daripada

60 responden, seramai 59 responden (98.3%) adalah islam, manakala seramai 1

responden (1.7%) adalah hindu.

Jadual 4.2.4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama

Agama Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Islam 59 98.3

Buddha 0 0

Hindu 1 1.7

Kristian 0 0

Lain-lain 0 0

Jumlah 60 100

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Status

Jadual 4.2.5.1 menujukkan bilangan responden mengikut status. Daripada

660 responden, seramai 59 responden (96.7%) adalah bujang, manakala seramai 2

responden (3.3%) adalah berkhawin.

Jadual 4.2.5.1:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Status

Status Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Bujang 58 96.7

Berkahwin 2 3.3

Jumlah 60 100

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

55

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Negeri Kelahiran

Jadual 4.2.6.1 menujukkan bilangan responden mengikut negeri kelahiran.

Daripada 60 responden, seramai 55 responden (91.7%) adalah berasal dari Negeri

Sembilan, manakala seramai 4 responden (6.7%) berasal dari johor dan 1 responden

(1.7%) berasal dari Melaka.

Jadual 4.2.6.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Negeri

Negeri Kelahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Negeri Sembilan 55 91.7

Johor 4 6.7

Melaka 1 1.7

Lain-lain 0 0

Jumlah 60 100

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran

Jadual 4.2.7.1 menujukkan bilangan responden mengikut bidang

kemahiran. Daripada 60 responden, seramai 20 responden (33.3%), adalah mengambil

dalam bidang kemahiran membaiki motosikal, seramai 20 oresponden mengambil dalam

bidang membuat pakaian (33.3%), manakala seramai 20 responden mengambil dalam

bidang kemahiran fabrikasi logam (33.3%).

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

56

Jadual 4.2.7.1:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bidang

Bidang Kemahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Membaiki motosikal 20 33.3

Membuat pakaian 20 33.3

Fabrikasi logam 20 33.3

Jumlah 60 100

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja

Jadual 4.2.8.1 menujukkan bilangan responden mengikut spengalaman

bekerja. Daripada 60 responden, seramai 23 responden (38.3%) adalah mempunyai

pengalaman bekerja, manakala seramai 37 responden (61.7%) tidak mempunyai

pengalaman bekerja

Jadual 4.2.8.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman

Bidang Kemahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)

Ya 23 38.3

Tidak 37 61.7

Jumlah 60 100

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

57

4.3 Analisis Bahagian B – Pernyataan Maklum Balas Responden

4.3.1 Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi

aspek-aspek didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang

digunakan sebagai landasan bagi responden menjwab soal selidik. Di

dalam analisis bahagian B ini jadual petunjuk Min mengikut darjah

penilaian terhadap kesesuain. Terdapat 36 soalan yang dibentuk dalam

bahagian ini yang meliputi:

i. Persepsi pelatih dari segi kurikulum ( 7 soalan )

ii. Persepsi pelatih dari segi peralatan dan kelengkapan ( 9 soalan )

iii. Persepsi pelatih dari segi tenaga pengajar ( 9 soalan )

iv. Persepsi pelatih dari segi kemudahan ( 11 soalan )

Jadual 4.3.1.1 : Min mengikut darjah penilaian terhadap kesesuain.

Tahap Penialaian Nilai Min

Tinggi/baik 3.68 – 5.00

Sederhana 2.34 – 3.67

Rendah/lemah 1.00 – 2.33

Sumber : Mohd Majid Konting (2000)

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

58

Jadual 4.3.1.2 : Jadual 10 petunjuk untuk memgukur tahap penilaian

terhadap responden berdasarkan peratus

Tahap Penilaian Peratus %

Tinggi 70.0 – 100

Sederhana 40.0 – 69.9

Rendah 0 – 39.9

Jadual 4.3.1.3: Persepsi Pelatih Terahadap Kurikulum Yang Dipelajari

Bil Item Tidak

setuju

Tidak

pasti

Setuju Min

Bil % Bil % Bil %

1 Saya mempelajari sesuatu

kemahiran yang baru di pusat

latihan ini.

0 0 4 6.7 56 93.3 4.32

2 Saya yakin dengan kurikulum

yang dipelajari adalah amat

mudah untuk diaplikasikan.

1 1.7 7 11.7 52 86.6 4.17

3 Saya yakin dengan kurikulum

yang dipelajari adalah berkesan. 1 1.7 6 10.0 53 88.3 4.20

4 Saya yakin bahawa kemahiran

vokasional amat penting untuk

melaksanakan tugas/kerja.

0 0 2 3.3 58 96.6 4.20

5

Sukatan latihan yang diberikan

amat sesuai mengikut taraf dan

peringkat pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran saya.

1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.10

6 Isi kandungan pembelajaran yang

dilangsungkan mudah difahami

dan dipraktikkan.

1 1.7 12 20.0 47 78.4 4.03

7 Program yang ditawarkan

menarik minat saya untuk terus

mendalami bidang tersebut.

2 3.4 11 18.3 47 78.3 3.96

Purata 4.13

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

59

Persoalan kajian pertama bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih terhadap

latihan kemahiran vokasional bagi kurikulum yang dipelajari. Soal selidik ini dibuat di

di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Item 1 hingga 7 yang dibina adalah bagi

menjawab persoalan kajian pertama.

Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa kurikulum yang

dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana, persepsi mereka terhadap

mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah sangat tinggi.

Peratusan bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang responden, bagi

item 1 adalah 93.3% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya 6.7% tidak pasti

dan 0% tidak setuju.

Diikuti dalam item ke dua hingga ke lima iaitu pelatih yakin dengan kurikulum

yang dipelajari adalah amat mudah untuk diaplikasikan, yakin dengan kurikulum yang

dipelajari adalah berkesan, dan mereka juga yakin bahawa kemahiran vokasional amat

penting untuk melaksanakan tugas/kerja. Sukatan latihan yang diberikan amat sesuai

mengikut taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan kemahiran adalah berkesan

dalam kurikulum di pusat giatmara ini. Peratusan bagi persepsi pelatih, menunjukkan

daripada keseluruhan 60 orang responden, bagi item 2 adalah 86.6% memberi

persetujuan, manakala selebihnya hanya 11.7% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Begitu

seterusnya bagi item-item sehingga item yang ke tujuh, dimana majoriti pelajar yakin

dengan kurikulum yang diaplikasikan dalam modul serta sistem pembelajaran dan

pengajaran seharian. Bagi item 3 adalah 88.3% memberi persetujuan, manakala

selebihnya hanya 10.0% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Ini jelas menujukkan bahawa

responden sendiri mengakui keyakinan terhadap kurikulum yang diaplikasikan kepada

mereka. Bagi item 4 adalah 96.6% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya

10.0% tidak pasti dan 0% tidak setuju. Latihan kemahiran vokasional penting dalam

kehidupan, sehingga tiada responden yang bersetuju bahawa kemahiran vokasional tidak

penting dalam kehidupan seharian.

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

60

Bagi item 5 adalah 85.0% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya

13.3% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Bagi item 6 adalah 78.4% memberi persetujuan,

manakala selebihnya hanya 20.0% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Bagi item 7 adalah

78.3% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya 18.3% tidak pasti dan 3.4%

tidak setuju. Penjelasan daripada item 6 dan item 7 menujukkan bahawa program yang

ditawarkan bersesuaian dengan kerjaya serta peluang industri yang cerah pada diri

responden.

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

61

Jadual 4.3.1.4: Persepsi Pelatih Terhadap Peralatan Dan Kelengkapan

Yang Digunakan

Bil Item Tidak

setuju

Kurang

pasti

Setuju Min

Bil % Bil % Bil %

8 Peralatan/ kelengkapan yang

disediakan di pusat pemulihan

dapat digunakan dengan baik.

3 5.0 10 16.7 47 78.3 3.85

9 Semasa menggunakan peralatan,

saya dapat melakukan tugas

dengan selamat.

4 6.7 10 16.7 46 76.6 3.83

10 Peralatan/ kelengkapan yang

digunakan adalah mesra

pengguna.

1 1.7 13 21.7 46 76.7 4.56

11 Saya tidak menghadapi sebarang

masalah untuk menggunakan

peralatan/ kelengkapan di bengkel

4 6.7 17 28.3 39 64.9 3.80

12 Saya diberi kursus untuk

menggunakan semua peralatan/

kelengkapan di bengkel.

2 3.3 7 11.7 51 84.9 4.15

13 Saya sentiasa yakin untuk

menggunakan peralatan/

kelengkapan yang disediakan.

1 1.7 15 25.0 44 73.3 3.95

14

Saya kerap bertanya pelatih lain

mengenai penggunaan peralatan/

kelengkapan untuk berasa lebih

yakin.

0 0 14 23.3 46 76.7 4.11

15 Peralatan/ kelengkapan di pusat

latihan banyak membantu dalam

menjalankan tugas.

1 1.7 5 8.3 54 90.0 4.11

16

Penggunaan peralatan/

kelengkapan di bengkel adalah

amat mencabar dan memerlukan

pengetahuan untuk

mengendalikannya.

3 5.0 4 6.7 53 88.3 4.26

Purata 4.07

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

62

Persoalan kajian kedua bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap

penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas

harian dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara. Item 8

hingga 16 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian kedua.

Bagi soalan item 10, 12, 13 dan 14 pelatih merasa yakin apabila menggunakan

peralatan dan kelengkapan semasa menjalankan tugas walaupun penggunaan peralatan/

kelengkapan di bengkel adalah amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk

mengendalikannya. Ini terbukti apabila nilai peratusan yang rendah bagi tidak setuju dan

kurang pasti.

Namun demikian pada item 8, 9, 11 dan 16 terdapat segelintir responden kurang

yakin dan tidak yakin apabila menggunakan perlatan serta kelengkapan yang disediakan

oleh Pihak Giatmara ini. Peratusan yang dicapai adalah 6.7% namun ia masih dalam

kedudukan tahap darjah kesesuain yang rendah.

Bagi item 9 adalah 76.6% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya

16.7% tidak pasti dan 6.7% tidak setuju. Hal ini kerana nilai peratusan bagi tidak setuju

adalah ketara disebabkan semasa mengunakkan peralatan pelajar tidak diberi perhatian

sepenuhnya semasa melakukan amali. Bagi item 11 adalah 64.9% memberi persetujuan,

manakala selebihnya hanya 28.3% tidak pasti dan 6.7% tidak setuju. Hal ini kerana nilai

peratusan bagi tidak setuju adalah ketara disebabkan semasa terdapat kes-kes lampau

dimana berlaku kemalangan kecil di bengkel semasa amali.

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

63

Jadual 4.3.1.5: Persepsi Pelatih Terhadap Tenaga Pengajar

Bil Item Tidak

setuju

Kurang

pasti

Setuju Min

Bil % Bil % Bil %

17

Kaedah penyampaian oleh tenaga

pengajar di pusat ini memberi

tunjuk ajar dengan cara yang

lengkap dan mudah difahami.

0 0 8 13.3 52 86.7 4.23

18 Tenaga pengajar mengendalikan

arahan tugas/kerja dengan selesa

tanpa tekanan

5 8.3 12 20.0 43 71.6 3.91

19

Tenaga pengajar mengendalikan

sesi pembelajaran dengan teratur

dan cekap tanpa seberang

masalah.

2 3.4 13 21.7 45 75.0 3.85

20

Tenaga pengajar sentiasa

berusaha unuk memahirkan

latihan kemahiran vokasional

saya.

0 0 8 13.3 52 86.7 4.18

21

Tenaga pengajar sering

membantu saya didalam

menyelesaikan setiap masalah

yang dihadapi.

0 0 10 16.7 50 83.3 4.18

22 Kerja dalam bengkel lebih mudah

difahami apabila terdapat arahan

daripada tenaga pengajar.

1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.10

23

Tenaga pengajar sering kali

mempelbagaikan kaedah

pengajaran untuk memudahkan

pemahaman tentang kemahiran

yang dipelajari.

1 1.7 7 11.7 52 86.7 4.16

24

Saya dapat melaksanakan

tugas/kerja yang diberi oleh

tenaga pengajar dengan cepat dan

selamat.

2 3.3 11 18.3 47 78.3 4.05

25

Tenaga pengajar menjadi sumber

rujukan sekiranya saya

mempunyai masalah dalam

menjalankan tugas yang diberi.

1 1.7 10 16.7 49 81.7 4.10

Purata 4.08

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

64

Persoalan kajian ketiga bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap tenaga

pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan

dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara. Item 17 hingga

25 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga.

Bagi soalan item 17, 20, dan 21 pelatih merasa yakin terhadap tenaga pengajar

yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan dalam

mempengaruhi pemilihan kursus. Ini melibatkan tenaga pengajar dimana nilai peratusan

bagi tidak setuju adalah 0% dan jelas terbukti tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk

memahirkan latihan kemahiran vokasional, kerja dalam bengkel lebih mudah difahami

apabila terdapat arahan daripada tenaga pengajar, dapat melaksanakan tugas/kerja yang

diberi oleh tenaga pengajar dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi

sumber rujukan sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas yang

diberi. Ia juga terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti.

Nilai Min juga adalah tinggi iaitu diatas > 4.0. Bagi item 18 adalah 71.6% memberi

persetujuan, manakala selebihnya hanya 20.0% tidak pasti dan 8.3% tidak setuju. Hal ini

kerana nilai peratusan bagi tidak setuju adalah ketara disebabkan semasa amali terdapat

kekangan waktu dimana masa yang diperuntukan oleh tenaga pengajar terlalu singkat

untuk pelajar menyiapkan amali mereka. Maka, mereka merasa tekanan untuk

menyiapkan amali tersebut.

Namun demikian pada item 19, 22, 23, 24 dan 25 tidak terdapat kurang

keyakinan dalam diri pelatih dan tidak yakin apabila persepsi pelatih terhadap tenaga

pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan

dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara, hal ini terbukti

apabila nilai peratusan bagi tidak setuju. Nilai min bagi item-item tersebut adalah tinggi.

Ini jelas menujukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang mendalam terhadap latihan

kemahiran vokasional apabila dibantu oleh tenaga pengajar yang mempunyai sikap yang

sentiasa member pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi dalam

kehidupan seharian.

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

65

Jadual 4.3.1.6: Persepsi Pelatih Terhadap Kemudahan Yang Disediakan

Bil Item Tidak

setuju

Kurang

pasti

Setuju Min

Bil % Bil % Bil %

26 Kemudahan alatan yang

disediakan di bengkel adalah

mencukupi.

4 6.7 11 18.3 45 75.0 3.98

27 Ruang bengkel adalah sesuai

dengan keselesaan pelatih dalam

melakukan kerja/tugasan.

2 3.3 10 16.7 48 90.0 4.11

28 Mesin yang disediakan adalah

dalam keadaan yang selamat

digunakan.

1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.26

29 Kemudahan seperti alatan mesin

amat mencukupi untuk proses

pembelajaran.

1 1.7 6 10.0 53 88.3 4.26

30 Kemudahan seperti bahan rujukan

mudah diperolehi. 4 6.7 14 23.3 42 70.0 3.95

31 Saya dapat menyesuaikan diri

dengan kerja / tugas di bengkel. 2 3.4 11 18.3 47 78.4 3.90

32

Sistem telekomunikasi yang

disediakan memudahkan

perhubungan pelatih dan tenaga

pengajar.

3 5.0 10 16.7 47 78.3 3.91

33

Makmal komputer disediakan

untuk memberi pendedahan

kepada pelatih dengan teknologi

terkini.

4 6.6 13 21.7 43 71.6 3.90

34

Selain dari menjalani latihan

kemahiran, pusat latihan ini

menyediakan kemudahan untuk

golongan pelatih menjalani

aktiviti sosial, riadah dan

kebudayaan.

2 3.4 8 13.3 50 83.3 4.16

35

Ia juga menyediakan kemudahan

pembelajaran yang moden dan

berteknologi tinggi selaras

dengan perkembangan teknologi

terkini.

2 3.4 12 20.0 46 76.6 4.05

36 saya memdapatkan khidmat

nasihat, bimbingan, galakan dan 2 3.3 3 60.0 55 91.7 4.16

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

66

halatuju dalam latihan kemahiran

yang dipelajari melalui pusat

kaunseling yang disediakan.

Purata 4.06

Persoalan kajian keempat bertujuan mengetahui persepi pelatih terhadap

kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran

vokasional. Item 26 hingga 36 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian

keempat ini.

Bagi soalan item 28 dan 29 pelatih merasa yakin apabila terhadap kemudahan

yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran vokasional. Ini

terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Iaitu (1.7%) bagi

tidak setuju dan (10.0%) bagi kurang pasti. Manakala peratusan bagi setuju adalah tinggi

iaitu sebanyak (88.3%).

Namun demikian pada item 26, 30 dan 33 terdapat kurang keyakinan dalam diri

pelatih dan tidak yakin terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih

dalam meningkatkan kemahiran vokasional. yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini.

Iaitu (6.7%) bagi tidak setuju dan (18.3%) bagi kurang pasti. Manakala peratusan bagi

setuju adalah tinggi iaitu sebanyak (75.0%). Terdapat peratusan serta min yang dicapai

adalah 3.9833 namun ia masih dalam kedudukan tahap darjah kesesuain yang tinggi.

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

67

Jadual 4.3.1.7: Analisis Data Bagi Persepsi Pelatih Terhadap Program Latihan

Kemahiran Vokasional Mengikut Bidang Pengkhususan

Bil Bidang Tidak setuju (%) Tidak pasti (%) Setuju(%)

1 Membaiki motosikal 3.457 13.90 82.64

2 Membuat pakaian 1.344 17.89 80.85

3 Fabrikasi logam 3.220 16.11 80.67

Purata 2.67 15.97 81.38

Merujuk pada jadual 4.3.1.7, jumlah keseluruhan analisis data bagi persepsi

pelatih terhadap program latihan kemhiran vokasional mengikut bidang pengkhususan.

Nilai peratusan yang tinggi bagi setiap bidang yakin dengan program-program latihan

kemahiran vokasional yang dijalankan di Giatmara. Peratusan yang tinggi bagi membaiki

motosikal ialah 82.64%, membuat pakaian ialah 80.85% dan fabrikasi logam ialah

80.67%, manakala nilai peratusan bagi tidak setuju adalah rendah.

Ini jelas menujukkan bahawa tiada pelatih yang tidak merasa kurang yakin dalam

menjalani latihan kemahiran di Giatmara. Namun demikian terdapat sedikit keputusan

peratusan tidak pasti dalam persepsi pelatih, iaitu sebanyakn 13.90% bagi membaiki

motosikal, 17.89% bagi membuat pakaian dan 16.11% bagi fabrikasi logam.

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

68

Jadual 4.3.1.8: Taburan peratus keseluruhan bagi persepsi pelatih terhadap

program latihan kemahiran vokasional di pusat Giatmara Kuala

Pilah, Negeri Sembilan.

Bil Persoalan kajian Setuju (%) Tidak pasti( %) Tidak setuju (%)

1 Persepsi terhadap kurikulum 86.64 11.90 1.457

2 Persepsi terhadap

peralatan/kelengkapan 78.85 17.60 3.344

3 Persepsi terhadap tenaga

pengajar 81.67 16.11 2.233

4 Persepsi terhadap kemudahan 87.45 21.05 4.110

Purata 83.65 16.67 2.786

Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa kurikulum yang

dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana, persepsi mempelajari

sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah sangat tinggi. Purata peratusan

bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang responden, 90.0% meberi

persetujuan yang tertinggi, serta nilai min yang melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0. Malah

pelatih juga pelatih merasa yakin apabila menggunakan peralatan dan kelengkapan

semasa menjalankan tugas walaupun penggunaan peralatan/ kelengkapan di bengkel

adalah amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk mengendalikannya. Ini

terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Namun demikian

pada item 10, 11 dan 13 terdapat kurang keyakinan dalam diri pelatih dan tidak yakin

apabila menggunakan perlatan serta kelengkapan yang disediakan oleh Pihak Giatmara

ini. Terdapat peratusan yang dicapai adalah rendah, namun ia masih dalam kedudukan

tahap darjah kesesuain yang tinggi.

Begitu juga denga persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat giatmara ini

pelatih merasa yakin terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

69

kemahiran vokasional yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus ini

melibatkan tenaga pengajar. Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan latihan

kemahiran vokasional, kerja dalam bengkel lebih mudah difahami apabila terdapat arahan

daripada tenaga pengajar, dapat melaksanakan tugas/kerja yang diberi oleh tenaga

pengajar dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi sumber rujukan

sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas yang diberi Ini terbukti

apabila nilai peratusan yang tinggi dicapai dalam item 17 hingga item 26, serta

mempunyai nilai min yang tinggi daripada .> 4.0. Dalam pada masa yang sama, persepsi

pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam

meningkatkan kemahiran vokasional yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini dapat

meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran, serta menambah tinggi keyakinan

pelajar-pelajar yang menuntut di pusat Giatmara untuk terus mempelajari serta

mendalami ilmu pengetahuan di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hal ini

kerana peratusan yang diperolehi adalah tinggi serta nilai min yang melebihi > 4.0.

4.4 Penutup

Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Manakala

instrumen yang di gunakan ialah soalselidik bagi mendapat data yang telah di analisis

oleh penyelidik secara manual. Soal selidik terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A

merupakan latarbelakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi 4

komponen iaitu persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih

terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam

tugas harian pelatih, persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam

memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan dan persepi pelatih terhadap

kemudahan yang disediakan bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran

vokasional.

Page 86: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

70

Dapatan kajian ini juga menunjukan persepsi pelatih terhadap kurikulum, perlatan

dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahn menjadi punca bahawa mereka minat

untuk mempelajari latihan kemahiran vokasional di Giatmara ini. Dapatan juga

menunjukkan pelatih merupakan golongan yang sedia menerima tunjuk ajar walaupun

mempunyai prestasi akademik yang lemah. Oleh itu Giatmara ini mampu mengubah

persepsi pelatih terhadap latihan kemhiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah ini.

Page 87: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab akhir ini menerangkan rumusan, perbincangan dan cadangan yang dihasilkan

daripada dapatan-dapatan yang diperolehi dalam bab sebelumnya. Bahagian rumusan

membincangkan kandungan penting dalam semua bab. Manakala bahagian perbincangan

akan membincangkan dapatan yang diperolehi dengan mengaitkannya dengan sorotan

penulisan dan akhir sekali segala cadangan-cadangan bagi mengatasi kekangan yang

terdapat pada kajian yang dilakukan dan bagi penambahbaikan program yang sedia ada

dinyatakan di dalam bahagian cadangan.

5.2 Rumusan Kajian

Seperti yang diterangkan dalam Bab satu, Pihak Giatamara Malaysia telah

mengariskan fungsi program latihan kemahiran vokasional yang memberikan pendedahan

kepada pelatih untuk menjalani program latihan kemahiran yang berkesan.

Page 88: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

72

Pendapat penyelidik bahawa majoriti pelatih yang sedang menjalani latihan

kemahiran di Giatmara mampu berdikari dengan sendiri, hasil daripada soal selidik yang

diberikan. Pelatih begitu yakin dengan kurikulum yang sedia ada, serta yakin dalam

pengunaan peralatan serta kelengkapan yang disediakan. Begitu juga dengan tenaga

pengajar yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar kepada pelatih. Dan pelatih juga yakin

dengan kemudahan yang disediakan.

Untuk memdapat keputusan bagi setiap persoalan, satu set soal selidik dibina

untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik berbentuk skala likert iaitu

daripada skala 5 hingga 1. Skala likert lima gred ini, bermula daripada 1- sangat tidak

setuju, 2 – tidak setuju, 3 – tidak pasti, 4- setuju dan akhir sekali 5 – setuju. Sebanyak 36

item dikemukakan bagi menjawab keempat-empat soalan kajian dan 8 item bagi

menjawab soalan latar belakang responden. Soal selidik tersebut telah diedarkan kepada

60 orang responden yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang sedang menjalani program

latihan kemhiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah.

Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perwakilan nombor

dan ditukar kepada bacaan yang bermakna iaitu nilai kekerapan dan peratusan melalui

penggunaan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For

Windows. Berikut adalah hasil dapatan yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan

terhadap item-item bahagian A latar belakang responden dan item-item bahagian B

pernyataan maklum balas responden.

5.2.1 Latar Belakang Responden

Rumusan bahagian A mendapati hampir keseluruhan responden

adalah melayu yan berusia dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun. Mereka

Page 89: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

73

yang berumur lingkungan 15 tahun keatas merupakan pelajar yang tidak

melanjutkan pelajaran. Mereka juga tiada pengalaman bekerja dan

kebanyakan responden berasal daripada Negeri Sembilan.

5.2.2 Pernyataan Maklum Balas Responden

Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi

aspek-aspek didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang

digunakan sebagai landasan bagi responden menjwab soal selidik.

Daripada item-item yang disoal seperti kurikulum, peralatan dan

kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan didapati peratusannya

adalah tinggi serta nilai min juga tinggi.

5.3 Perbincangan

Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap persediaan dan

pengetahuan pelatih yang terpilih untuk mempelajari latihan kemahiran Vokasional di

Giatmara ini berada tahap tinggi (min > 4.0). Ini jelas membuktikan pelatih-pelatih yang

terpilih untuk mempelajari latihan kemahiran Vokasional ini mempunyai persediaan dan

pengetahuan yang cukup dalam bidang ini. Walau bagaimanapun pelatih-pelatih di

giatmara ini perlu meningkatkan dengan ilmu pengetahuan kerana pengetahuan

merupakan asas penting dalam proses pembelajaran. Pelatih perlulah mempunyai tahap

kemahiran yang tinggi untuk melahirkan rasa minat dan yakin dalam setiap tugasan yang

diberikan oleh tenaga pengajar di giatmar. Kemahiran yang tinggi membolehkan

seseorang pelatih melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

Page 90: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

74

Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir pelatih yang tidak bersetuju

dengan kenyataan ini. Ini mungkin disebabkan oleh tenaga pengajar atau peralatan dan

kelengkapan yang tidak mencukupi, selain daripada kurang minat dalam sesi akademik

dan kemudahan yang terhad. Untuk mengatasi kelemahan ini, pelatih seharusnya sentiasa

bersedia menghadapi perubahan supaya tidak ditinggalkan arus kemodenan. Namun

begitu ilmu pengetahuan tentang kemahiran serta teknologi juga diperlukan untuk

menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang kompleks. Pendidikan hari ini menjadi

cabang dan bertambah ‘specialized’ serta tiap-tiap bidang kursus itu memerlukan ilmu

dan kemahiran yang mendalam mengenai bidang tersebut.

Oleh itu, latihan asas semata-mata tidak mencukupi dengan peredaran masa

sebaliknya pelatih-pelatih di giatmara perlu berdaya saing setaraf dengan IPTA dan IPTS

yang lain.

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan bangsa,

jantina, umur, agama, status, negeri kelahiran, bidang kemahiran serta pengalaman

bekerja. bilangan responden mengikut bangsa. Daripada 60 responden, seramai 59

responden (98.3%) adalah melayu dan seramai 1 responden (1.7%) adalah India. Ini

adalah kerana faktor persekitaran yang dimonopoli oleh kaum melayu, manakala

sebilangan kecil adalah kaum india dan cina. Hasil dapatan menunjukkan kaum cina dan

india dikawasan Kuala Pilah ini tidak berminat dalam bidang latihan kemahiran

vokasional, sebaliknya berminat untuk berkerja sendiri atau menyambung perniagaan

keluarga. Bilangan responden mengikut jantina, daripada 60 responden, seramai 40

responden (66.7%) adalah lelaki dan seramai 20 responden (33.3%) adalah perempuan.

Hal ini kerana, jumalah pelatih yang berminat dalam bidang kemahiran dimonopoli oleh

pelatih lelaki disebabkan kekurangan mahir dalam bidang akademik seperti yang

Page 91: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

75

dilaporkan dalam Bab 2 iaitu jumlah peratusan pelajar perempuan ke IPTA dan IPTS

adalah 70%. Bilangan responden mengikut umur daripada 60 responden, seramai 49

responden (81.7%) adalah 15 hingga ke 19 tahun, 20 hingga 25 tahun seramai 10

responden (16.7%) manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah berumur diantara 30

hingga 35 tahun. Kebanyakan pelatih berumur 15 tahun hingga 19 tahun adalah

disebabkan majority pelatih tidak dapat menamatkan pengajian di sekolah menengah

akibat faktor kurang minat dalam akedemik sebaliknya meminati kemahiran. Ini jelas

menunjukkan bahawa pelatih diberi peluang oleh Giatmara untuk melanjutkan pelajaran

dengan berbekalkan 3M iaitu menulis, membaca dan minat (Giatmara Malaysia, 2010).

Bilangan responden mengikut agama daripada 60 responden, seramai 59

responden (98.3%) adalah islam, manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah hindu.

Bilangan responden mengikut status daripada 60 responden, seramai 58 responden

(96.7%) adalah bujang, manakala seramai 2 responden (3.3%) adalah berkhawin.

Kebanyakan pelatih adalah berumur 15 tahun hingga 19 tahun, maka nilai peratusan

adalah sedikit bagi status perkhawinan. Bilangan responden mengikut negeri kelahiran

daripada 40 responden, seramai 60 responden terdiri daripada 55 orang (91.7%) adalah

berasal dari Negeri Sembilan. Bilangan responden mengikut bidang kemahiran daripada

60 responden, seramai 20 responden (33.3%) adalah mengambil dalam bidang

kemahiran membaiki motosikal, seramai 20 oresponden mengambil dalam bidang

membuat pakaian (33.3%) manakala seramai 20 responden mengambil dalam bidang

kemahiran fabrikasi logam (33.3%). Seperti yang dinyatakan dalam sorotan kajian,

Giatmara memberikan bidang khusus yang terdiri daripada pelbagai program yang boleh

diikuti oleh pelatih mengikut minat dalam kemahiran pelatih (Giatmara Malaysia, 2010).

Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja daripada 60 responden, seramai 23

responden (38.3%) adalah mempunyai pengalaman bekerja, manakala seramai 37

responden (61.7%) tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Page 92: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

76

5.3.2 Perbincangan Pernyataan Maklum Balas Responden

Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi aspek-aspek

didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang digunakan sebagai landasan

bagi responden menjwab soal selidik. Daripada item-item yang disoal seperti kurikulum,

peralatandan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan didapati peratusannya

adalah tinggi serta nilai min juga tinggi. Hal ini kerana mereka diberi segala kemudahan

untuk melakukan pembelajaran serta melakukan latihan kemahiran vokasional dengan

bimbingan tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman. Pelatih juga yakin dengan

kurikulum yang disampaikan. Begitu juga dengan peralatan, kelengkapan serta kemudan

membuat pelatih berasa yakin dalam penggunaanya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti

harian dengan sempurna.

5.3.2.1 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Kurikulum

Persoalan kajian pertama bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih

terhadap latihan kemahiran vokasional bagi kurikulum yang dipelajari. Soal

selidik ini dibuat di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Item 1 hingga

7 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu persepsi

pelatih dari segi kurikulum.

Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa

kurikulum yang dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana,

pelatih mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah

sangat tinggi. Purata peratusan bagi persepsi pelatih menunjukkan daripada

keseluruhan 60 orang responden, 90.0% memberi persetujuan yang tertinggi, serta

nilai min yang melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0.

Page 93: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

77

Diikuti dalam item ke dua hingga ke lima iaitu pelatih yakin dengan

kurikulum yang dipelajari adalah amat mudah untuk diaplikasikan, yakin dengan

kurikulum yang dipelajari adalah berkesan, yakin bahawa kemahiran vokasional

amat penting untuk melaksanakan tugas atau kerja seharian. Sukatan latihan yang

diberikan amat sesuai mengikut taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran adalah berkesan diaplikasikan dalam kurikulum di pusat giatmara ini.

Purata min bagi persepsi pelatih menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang

responden memberi keyakinan yang sangat tinggi, manakala selebihnya hanya

adalah rendah berbanding. Ini jelas membuktikan bahawa pelatih yakin dengan

kurikulum yang dipelajari di Pusat Giatmara ini. Dalam sorotan kajian, adalah

dijelaskan bahawa Giatmara memberikan inisiatif kepada pelatih untuk memilih

bidang kemahiran yang diminati agar kurikulum yang mereka pelajari berkesan

serta dapat diaplikasikan (Giatmara Malaysia, 2010).

5.3.2.2 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Peralatan

Dan Kelengkapan

Persoalan kajian kedua iaitu persepsi pelatih dari segi

peralatan/kelengkapan bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap

penggunaan peralatan dan kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam

tugas harian pelatih bagi mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat

Giatmara. Item 8 hingga 16 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian

kedua. Purata peratusan bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60

orang responden, 90.0% meberi persetujuan yang tertinggi, serta nilai min yang

melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0. Malah pelatih juga merasa yakin apabila

menggunakan peralatan dan kelengkapan semasa menjalankan tugas walaupun

penggunaan peralatan dan kelengkapan di bengkel adalah amat mencabar dan

memerlukan pengetahuan untuk mengendalikannya. Ini terbukti apabila tiada nilai

peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Namun demikian pada item 10, 11

Page 94: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

78

dan 13 terdapat segelintir pelatih kurang yakin dalam menggunakan perlatan serta

kelengkapan yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini.

Peratusan yang dicapai adalah rendah, namun ia masih dalam kedudukan

tahap darjah kesesuain yang tinggi. Ini dijelaskan dalam sorotan kajian apabila

terdapat kemalangan semasa kendalian peralatan didalam bengkel sewaktu amali

(Arkib Utusan Malaysia, 2010). Pelatih tersebut mengalami kecederaan akibat

daripada kerosakan perlatan yang tidak dipantau dari masa ke masa oleh pihak

yang bertanggung jawab. Hal ini mempengaruhi keputusan terhadap peralatan dan

kelengkapan yang disediakan oleh pihak terbabit sehingga menimbulkan rasa

kurang yakin terhadap diri pelatih.

5.3.2.3 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Tenaga Pengajar

Persoalan kajian ketiga bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap

tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional

adalah berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih. Item 17

hingga 25 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga.

Persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat giatmara ini adalah

amat yakin terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan

kemahiran vokasional yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus.

Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan latihan kemahiran

vokasional pelatih, selain daripada tunjuk ajar kerja di dalam bengkel lebih mudah

difahami apabila terdapat arahan daripada tenaga pengajar, dan ia dapat

dilaksanakan oleh pelatih bagi tugas dan kerja yang diberi olehtenaga pengajar. Ia

dapat dilaksanakan dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi

sumber rujukan sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas

Page 95: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

79

yang diberi. Ini terbukti apabila nilai peratusan yang tinggi dicapai dalam item 17

hingga item 26, serta mempunyai nilai min yang tinggi daripada .> 4.0. Dalam

sorotan kajian ada dijelaskan bahawa tenaga pengajar yang mengajar di

Giatamara adalah merupakan pekerja serta pendidik yang mahir dalam bidang

yang akan dipelajari oleh pelatih-pelatih di Giatmara (Giatmara Malaysia, 2010).

5.3.2.4 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Kemudahan

Persoalan kajian keempat bertujuan mengetahui persepi pelatih terhadap

kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan

kemahiran vokasional. Item 26 hingga 36 yang dibina adalah bagi menjawab

persoalan kajian keempat ini.

Daripada analisis yang terdapat dalam Bab 4, jelas terbukti bahawa

kemudahan yang disediakan oleh Pusat Giatmara ini bersesuian serta memenuhi

kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran

di Pusat Giatmara ini kelak. Dalam pada masa yang sama, persepsi terhadap

kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan

kemahiran vokasional yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini dapat

meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran, serta menambah keyakinan

pelatih yang menuntut di pusat Giatmara untuk terus mempelajari serta

mendalami ilmu pengetahuan di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Hal ini kerana peratusan yang diperolehi adalah tinggi serta nilai min yang

melebihi > 4.0. ini jelas ditunjukkan bahawa Giatmara membekalkan kemudahan

yang lengkap serta selamat. Keluasan bengkel yang sesuai iaitu boleh mengisi

seramai 20 orang pelatih melakukan amali dalam satu masa. Dalam sorotan kajian

ada menjelaskan pihak kerajaan serta MARA telah membekalkan sejumlah

peruntukan kewangan yang tinggi bagi menyediakan bengkel yang selesa dan

Page 96: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

80

besar untuk kegunaan pelatih (Giatmara Malaysia, 2010). Kemudahan bengkel

yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan

keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel

sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. (Laporan Unit

Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).

5.4 Cadangan

Setiap perkara yang dikaji pasti memerlukan cadangan serta penambah baikan,

begitu juga dengan penyelidikan ini dimana pengkaji telah mencadangkan beberapa

perkara yang boleh dipertimbangkan bagi memudahkan sistem pembelajaran

dilaksanakan di giatmara ini. Seperti yang diterangkan dalam Bab 1 tentang kepentingan

kajian adalah untuk memberi lebih perhatian khusus kepada pelatih, keluarga pelatih serta

masyarakat setempat tentang keberkesanan program latihan kemahiran vokasional di

Giatmara Kuala Pilah.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, penyeledik

mengemukakan beberapa cadangan dan saranan supaya ia boleh dijadikan panduan oleh

pihak-pihak terbabit untuk menilai program latihan kemahiran vokasional di Giatmara

Kuala Pilah. Diharapkan cadangan ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran di Giatmara mahupun lain-lain institusi latihan kemahiran vokasional yang

lain di masa hadapn. Merujuk kepada dapatan kajian, secara keseluruhannya persoalan

kajian berada dalam tahap positif. Walaupun kajian ini bukan merupakan piawai yang

menjadikan ukuran sebenar, namun beberapa usaha dan langkah dikenalpasti dengan

lebih terperinci, bagi pihak Giatamara untuk melahirkan pelatih-pelatih yang cemerlang

dan berkualiti.

Page 97: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

81

Dan hasil dapatan tersebut beberapa cadangan dan penambahbaikan akan

dilakukan bersama oleh pihak Giatmara serta masyarakat setempat dalam menjayakan

program tersebut, antaranya adalah:

“Lab voctech”: Konsep Latihan (Simple & Flexible)

i. 3M (Menulis, Mengira dan Membaca)

Konsep latihan yang menekankan aspek 3M iaitu menulis, mengira dan

membaca kepada pelatih untuk meningkatkan prestesi mereka dalam bidang

akademik. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih untuk

melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi apabila tamat menjalani latihan

kemahiran vokasional di Giatmara. Tenaga pengajar perlu meningkatkan dan

mempelbagaikan kemahiran mengajar supaya proses pengajaran menjadi menarik

minat pelatih untuk mempelajarinya. Tenaga pengajar hendaklah sentiasa

memberi galakan dan bimbingan kepada pelatih untuk belajar bagi mencapai

keputusan yang cemerlang. Selain daripada itu, tenaga pengajar juga hendaklah

mengenali masalah yang sering dihadapi oleh pelajar, dan tenaga pengajar juga

perlu mempertingkatkan hubungan yang erat dan mesra anatara pelatih dan ini

akan menambahkan minat mereka terhadap program 3M.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses 3M ini ialah

mengulangkaji pelajaran iaitu samada berbincang dengan rakan-rakan ataupun

sendirian pada masa yang terluang iaitu waktu amali ataupun diluar waktu amali.

Page 98: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

82

ii. GCPA iaitu purata nilai gred keseluruhan untuk transkrip peljar

diperkenalkan.

GCPA ini merupakan suatu inisiatif yang berkesan sekiranya

dilaksanakan. Ini dapat membantu keputusan akademik serta kemahiran dalam

diri pelatih apabila mengetahui tahap prestasi pembelajaran mereka. Ini dapat

menimbulkan daya saing antara pelatih untuk memajukan diri mereka apabila

melihat keputusan keseluruhan pengajian. Mereka perlu diberi peluang untuk

dinilai, serta ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan Giatmara bagi

memantau dan mengawasi perkembangan dan pembelajaran anak mereka. Dari

GCPA ini, ibubapa juga perlulah prihatin terhadap minat anak mereka terhadap

kemahiran selain daripada akademik. Ia dapat membantu pelatih untuk terus maju

dan berusaha meningkatakn kualiti hidup mereka walaupun tidak berjaya

menamatkan pengajian disekolah.

iii. Competency transfer iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk

melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dengan usaha sama UniKL.

Konsep yang menekankan aspek Competency transfer kepada pelatih

untuk adalah untuk meningkatkan prestesi mereka dalam bidang akademik. Ini

bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran

yang lebih tinggi apabila tamat menjalani latihan kemahiran vokasional di

Giatmara. Hal ini dijelaskan dalam sorotan kajian bahawa pihak Giatmara

Malaysia telah menjalinkan usahasama dengan Pihak UniKL iaitu Universit i

Kuala Lumpur, (Giatmara Malaysia, 2010) bahawa pelatih yang telah tamat

pengajian boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain

daripada memiliki sijil, mereka juga mampu memiliki diploma, advance diploma

malah juga ijazah sekiranya proses 3M ini ditekankan dalam modul pembelajaran

Page 99: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

83

harian. Ini memberi peluang kepada pelatih untuk membuktikan kemahiran yang

mereka ada ke peringkat yang lebih tinggi serta dipandang masyrakat standing

dengan IPTA dan IPTS yang lain, walaupun hanya bermula daripada peringkat

sijil di Giatmara. Pelajar juga haruslah mempunyai motivasi yang tinggi walaupun

mempunyai kesulitan ketika belajar.

Lab voctech ini adalah tiga pilihan yang akan diberikan oleh pihak giatmara kepada

pelatih-pelatih semasa dalam latihan. Ia melibatkan kemahiran, akdemik dan teknik serta

vokasional. Program ini berkesan sekiranya pelatih-pelatih dapat mengimbangi diantara

ketiga-tiga aspek berikut supaya mereka melanjutkan pengajian yang lebih tinggi

diperingkat sijil, diploma, advance diploma serta ijazah. Hal ini kerana giatmara sedang

berkerjasama dengan pihak Unikl, iaitu salah sebuah institusi swasta yang menerima

pelaja-pelajar dari giatmara untuk menyambung pengajian di Unikl kelak.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, erikut adalah beberapa cadangan

bagi kajian lanjutan. Diantaranya adalah seperti:

i. Kajian ini hanya melibatkan tinjauan di Pusat Giatamara Kuala Pilah sahaja.

Penyelidik berharap kajian ini dijadikanasas untuk membuat kajian lanjutan yang

melibatkan bilangan pusat latihan kemahiran vokasional yang lain yang lebih

banyak yang merangkumi semua negeri di Malaysia. Ini akan dapat memberkan

suatu gambaran sebenara tahap presepsi terhadap program latihan kemahiran

vokasional.

ii. Responden yang terlibat dalam kajian ini hanya tertumpu kepada pelatih di Pusat

Giatmara sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan melibatkan

Page 100: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

84

pelatih-pelatih lain di institusi lain sebagai responden bagi mendapat hasil

penyelidikan yang lebih luas lagi terhadap program latihan kemahiran vokasional.

5.6 Penutup

Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk deskriptif. Manakala instrumen yang

di gunakan ialah soalselidik bagi mendapat data yang telah di analisis oleh penyelidik

secara manual. Soalselidik terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A merupakan

latarbelakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi 4 komponen iaitu

persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih terhadap

penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas

harian pelatih, persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi

latihan kemahiran vokasional yang berkesan dan persepi pelatih terhadap kemudahan

yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran vokasional.

Dapatan kajian ini juga menunjukan persepsi pelatih terhadap kurikulum, perlatan

dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan menjadi punca bahawa mereka minat

untuk mempelajari latihan kemahiran vokasional di giatmara ini. Dapatan juga

menunjukan pelatih merupakan golongan yang sedia menerima tunjuk ajar walaupun

mempunyai prestasi akademik yang lemah. Oleh itu, tenaga pengajar di giatmara ini

mampu mengubah persepsi pelatih terhadap latihan kemhiran vokasional di Giatmara

Kuala Pilah ini.

Suasana tempat kerja memerlukan keadaan yang tenang, kurang bising, cahaya

yang mencukupi dan kemudahan perhubungan yang baik serta bilik yang sesuai.

Sehubungan dengan itu, tempat latihan juga memerlukan suasana pembelajaran yang

selesa bagi mengekalkan prestasi dan minat pelajar.

Page 101: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

85

Sebagai kesimpulan, hasil kajian dan pemerhatian yang dijalankan mendapati

persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional di Giatmara dari segi kurikulum

ini dapat memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Fizikal bengkel yang selesa akan membantu menambahkan minat pelajar untuk

mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam mata pelajaran yang baru diperkenalkan

ini dimana pelajar akan dapat member tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran ini.

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan terhadap persepsi pelatih

terhadap latihan kemahiran vokasional di Giatmara. Setelah melihat perkembangan

industri berasaskan latihan kemahiran vokasional, pengkaji ingin mengetahui pendorong

utama mereka ingin mempelajari latihan kemahiran dalam bidang ini. Memandangkan

pusat Giatmara menyediakan kursus kemahiran kepada pelajar yang mempunyai

pencapaian akademik yang rendah dan tempoh kursus yang singkat, pengkaji ingin

melihat faktor-faktor persekitaran yang mampu mendorong mereka iaitu latihan

kemahiran vokasional, Program Kaunseling Kerjaya, rakan sebaya, maklumat dalam

internet dan peluang kerjaya.

Seterusnya, pengkaji membuat sorotan kajian lepas berkenaan kajian yang hendak

dijalankan merangkumi teori membuat keputusan, mengkaitkan faktor-faktor yang telah

dikenal pasti dengan pembacaan yang telah dilakukan. Antara sumber pembacaan adalah

daripada kajian lepas, hasil penulisan, buku dan akhbar. Instrumen kajian adalah set

borang soal selidik yang diedarkan kepada 60 orang pelatih yang sedang mengikuti

kursus dalam bidang membaiki motosikal, membuat pakaian dan fabrikasi logam di pusat

Giatmara Kuala Pilah.Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic

Package for Social Science (SPSS) For Windows dan dipersembahkan dalam bentuk

bilangan dan peratusan. Bagi memudahkan penganalisaan data, pengkaji telah

mengurangkan nilai skor yang menunjukkan darjah persetujuan daripada lima kepada tiga

iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju.

Page 102: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xvi

BILBLIOGRAFI

Giatmara Malaysia (2010). Buku Panduan Giatmara Malaysia: Bangunan Medan

MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Cumming, C., Gordon, J.R., & Marlatt, G.A. (1980). Relapse: Prevention and Prediction.

The Addictive Behaviours: Drug Abuse, Smoking and Obesity, pg 291-319.

Britain: Pergamon Press.

Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan Masyarakat, (2009).

Giatmara Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan: cetakan gemilang, (2009).

Mahmood Nazar Mohamed (1996). Peranan & Penglibatan Keluarga dan Masyarakat

Dalam Pencegahan Penagihan Berulang. Jurnal PERKAMA. Bil.6.ISSN

0127/6301. Terbitan Persatuan Kaunseling Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed, Mohd Shuib Che Din, Lasimon Matokrem, MUHAMAD

Dzahir Kasa & Rusli Ahmad (1999). Penagihan Dadah dan Residivisme: Aspek-

Aspek Psikososial dan Persekitaran. Kedah: Pusat Penyelidikan dan Perundingan,

Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perpektif dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur:

Pustaka Antara.

Adam, E. (1975). Inservice Education and Teachers Centres. New York: Pergamon

Press.

Ahmad Mohammad Sharif (1989). Leader Behavior Organization Effectiveness and Job

Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi Phd. Louisiana State

University.

Arends, R. I. (1988). Learning to Teach. New York: Random House, Inc.

Ariffin Hj. Zainal (1985). Pekerja dan Pekerjaan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Page 103: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xvii

Arfah A. Aziz (1992). Improving the Quality of Education: Strategies for Impelemnting

of Change. Undated.

Atkin, J.M. (1963). Some Evaluation Problems in a Course Content Improvement

Project. J.Res. Science Teaching 1.

Azizah Abdul Rahman & Sharifah Md. Nor (1993). Pendidikan Vokasional dalam

Reformasi Pendidikan di Malaysia.

Fullan, M.G. (1992). Visions that Blind. Educational Leadership 49(5), 19-20.

Garrison, F. (1991). Planning Inservice Teacher Education: Promising Alternatives,

Bethesda, Md.: ERIC Document Reproduction Service.

West, M., Jackson, D., Harris, A., & Hopkins, D. (2000). Leadership for school

improvement. Dim. K. Riley & K. S. Louis (Ed.), Leadership for change.

London: Routledge. World Bank. (1991). World development report: The

challenge of development. Oxford: The World Bank and Oxford University Press.

Turiman Suandi. (1997). Gejala Sosial: Belia Boleh Membantu. Dewan Budaya.

Bil.4. Jilid 19. DBP. K.Lumpur.

Vengadesan, R.S. (1991). Keberkesanan Program di Institusi Kebajikan. Journal

Kebajikan Masyarakat. Vol.1, ms: 16-26.

Wan Hussain Azmi Abd.Kadir. (1994). Kaunseling & Psikologi Menurut Islam. DBP.

Kuala Lumpur.

Zaini Ujang. (1997). Benarkah Remaja Berpenyakit Sosial. Dewan Siswi. Bil.4.

Jilid 19. DBP. K.Lumpur.

Sezali Din. (1997). Langkah Menangani Gejala Sosial. Akademik Keluaran Khas.

Bil.123. Al Azim Publication. Tmn.Keramat Permai. K.Lumpur

Jaafar Abd.Rahim. (1997). Mendidik Remaja Secara Proaktif. Dewan Siswa

Bil.8.Jilid 19. DBP. K.Lumpur.

Jaafar Abdul Wahid. (1989). Ke Arah Meningkatkan Program Perkhidmatan

Pemulihan Akhlak. Journal Kebajikan Masyarakat. Vol.9, No.1, ms:29-34.

Agensi Anti dadah Kebangsaan. (2009). Laman Web Statistik Penyalahgunaan Dadah

http://www.adk.gov.my/utama.html. Diperolehi pada 20 Februari 2009.

Page 104: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xviii

Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala

Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2006. Kuala

Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala

Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.

Ismail bin Haji Ibrahim, Dato’ Dr. (1992). Sejauh Mana Wawasan 2020 Menepati

Kehendak Islam. Kongres Menjelang Abad 21: Islam Dan Wawasan

2020. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Crites, J. (1969). Vocational Psychology The Study of Vocational Behavior An

Development. London: McGraw Hill Book Company.

Page 105: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xix

LAMPIRAN

Page 106: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xx

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Page 107: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

1

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOAL SELIDIK

TAJUK :

PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

VOKASIONAL DI GIATMARA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang saudara. Bahagian B

berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan.

Segala maklumat yang saudara/saudari berikan adalah SULIT. Diharapkan saudara

dapat menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai objektif kajian

ini dijalankan.

Di atas kerjasama yang diberikan oleh saudara didahului dengan berbanyak terima

kasih. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 108: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

2

BAHAGIAN A

ARAHAN :

i) Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan yang berkaitan

dengan diri anda.

ii) Untuk soalan terbuka, tuliskan jawapan anda dengan tepat dan jelas di ruang yang

telah disediakan.

LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Bangsa

a. Melayu

b. Cina

c. India

d. Lain-lain

2. Jantina

a. Lelaki

b. Perempuan

3. Umur

a. 15 – 19 tahun

b. 20 – 25 tahun

c. 26 – 29 tahun

d. 30 – 35 tahun

e. 36 – 40 tahun

4. Agama.

a. Islam

b. Buddha

c. Hindu

d. Kristian

e. Lain-lain sila nyatakan ________

Page 109: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

3

5. Status

a. Bujang

b. Berkahwin

5. Negeri asal : _____________________________

6. Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dipelajari Di GIATMARA

1. Membaiki motosikal

2. Membuat pakaian

3. Fabrikasi logam

PENGALAMAN BEKERJA : Ya Tidak

(Sekiranya Ya jawab soalan di bawah)

i. Bidang : Awam Elektrik Mekanikal

Lain-lain (Sila nyatakan : ..........................)

ii. Tempoh : Bawah 6 bulan Bawah 1 tahun

Bekerja

Bawah 2 tahun Atas 2 tahun

iii. Jawatan : Operator Juruteknik Pembantu jurutera

Lain-lain (Sila nyatakan : .............................)

iv. Gaji : Bawah RM700 RM701-RM1000

Pokok

RM1001-RM2000 RM2001 keatas

Page 110: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

4

BAHAGIAN B

ARAHAN :

Sila bulatkan / tandakan nombor yang sesuai pada ruangan jawapan sebagai pilihan

anda berdasarkan persoalan yang dikemukakan.

Contoh:

Item

STS

TS

TP

S

SS

Saya minat dengan latihan vokasional 1 2 3 4 5

Soalan Kajian 1

Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari?

Soalan Kajian 2

Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang

terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas harian pelatih?

Soalan Kajian 3

Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam

memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan?

Soalan Kajian 4

Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu

dalam meningkatkan kemahiran vokasional?

Soalan Kajian 5

Apakah persepsi pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional di

Giatmara Kuala Pilah Negeri Sembilan mengikut bidang program yang dipelajari?

Simbol Pilihan pandangan/Respon

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Page 111: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

5

BIL ITEM STS TS TP S SS

1 Saya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di

pusat latihan ini. 1 2 3 4 5

2 Saya yakin dengan kurikulum yang dipelajari adalah

amat mudah untuk diaplikasikan. 1 2 3 4 5

3 Saya yakin dengan kurikulum yang dipelajari adalah

berkesan. 1 2 3 4 5

4 Saya yakin bahawa kemahiran vokasional amat

penting untuk melaksanakan tugas/kerja. 1 2 3 4 5

5

Sukatan latihan yang diberikan amat sesuai mengikut

taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran saya.

1 2 3 4 5

6 Isi kandungan pembelajaran yang dilangsungkan

mudah difahami dan dipraktikkan. 1 2 3 4 5

7 Program yang ditawarkan menarik minat saya untuk

terus mendalami bidang tersebut. 1 2 3 4 5

8 Peralatan/ kelengkapan yang disediakan di pusat

pemulihan dapat digunakan dengan baik. 1 2 3 4 5

9 Semasa menggunakan peralatan, saya dapat

melakukan tugas dengan selamat. 1 2 3 4 5

10 Peralatan/ kelengkapan yang digunakan adalah mesra

pengguna. 1 2 3 4 5

11 Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk

menggunakan peralatan/ kelengkapan di bengkel 1 2 3 4 5

12 Saya diberi kursus untuk menggunakan semua

peralatan/ kelengkapan di bengkel. 1 2 3 4 5

13 Saya sentiasa yakin untuk menggunakan peralatan/

kelengkapan yang disediakan. 1 2 3 4 5

14 Saya kerap bertanya pelatih lain mengenai penggunaan

peralatan/ kelengkapan untuk berasa lebih yakin. 1 2 3 4 5

15 Peralatan/ kelengkapan di pusat latihan banyak

membantu dalam menjalankan tugas. 1 2 3 4 5

Page 112: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

6

16

Penggunaan peralatan/ kelengkapan di bengkel adalah

amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk

mengendalikannya.

1 2 3 4 5

17

Kaedah penyampaian oleh tenaga pengajar di pusat ini

memberi tunjuk ajar dengan cara yang lengkap dan

mudah difahami.

1 2 3 4 5

18 Tenaga pengajar mengendalikan arahan tugas/kerja

dengan selesa tanpa tekanan 1 2 3 4 5

19 Tenaga pengajar mengendalikan sesi pembelajaran

dengan teratur dan cekap tanpa seberang masalah. 1 2 3 4 5

20 Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan

latihan kemahiran vokasional saya. 1 2 3 4 5

21 Tenaga pengajar sering membantu saya didalam

menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. 1 2 3 4 5

22 Kerja dalam bengkel lebih mudah difahami apabila

terdapat arahan daripada tenaga pengajar. 1 2 3 4 5

23

Tenaga pengajar sering kali mempelbagaikan kaedah

pengajaran untuk memudahkan pemahaman tentang

kemahiran yang dipelajari.

1 2 3 4 5

24 Saya dapat melaksanakan tugas/kerja yang diberi oleh

tenaga pengajar dengan cepat dan selamat. 1 2 3 4 5

25

Tenaga pengajar menjadi sumber rujukan sekiranya

saya mempunyai masalah dalam menjalankan tugas

yang diberi.

1 2 3 4 5

26 Kemudahan alatan yang disediakan di bengkel adalah

mencukupi. 1 2 3 4 5

27 Ruang bengkel adalah sesuai dengan keselesaan

pelatih dalam melakukan kerja/tugasan. 1 2 3 4 5

28 Mesin yang disediakan adalah dalam keadaan yang

selamat digunakan. 1 2 3 4 5

29 Kemudahan seperti alatan mesin amat mencukupi

untuk proses pembelajaran. 1 2 3 4 5

30 Kemudahan seperti bahan rujukan mudah diperolehi. 1 2 3 4 5

Page 113: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

7

31 Saya dapat menyesuaikan diri dengan kerja / tugas di

bengkel. 1 2 3 4 5

32 Sistem telekomunikasi yang disediakan memudahkan

perhubungan pelatih dan tenaga pengajar. 1 2 3 4 5

33 Makmal komputer disediakan untuk memberi

pendedahan kepada pelatih dengan teknologi terkini. 1 2 3 4 5

34

Selain dari menjalani latihan kemahiran, pusat latihan

ini menyediakan kemudahan untuk golongan pelatih

menjalani aktiviti sosial, riadah dan kebudayaan.

1 2 3 4 5

35

Ia juga menyediakan kemudahan pembelajaran yang

moden dan berteknologi tinggi selaras dengan

perkembangan teknologi terkini.

1 2 3 4 5

36

saya memdapatkan khidmat nasihat, bimbingan,

galakan dan halatuju dalam latihan kemahiran yang

dipelajari melalui pusat kaunseling yang disediakan.

1 2 3 4 5

-TAMAT-

PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DI

DI GIATMARA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

Page 114: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xxi

LAMPIRAN B

SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT

Page 115: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · SPM Sijil Pelajaran Malaysia ... KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA 3M Membaca, Menulis dan Minat MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan . BAB 1

xx

LAMPIRAN C

SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK