BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 1 · 2013. 11. 19. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :...

25
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN WANITA DI PUSAT SERENTI BACHOK (W), KELANTAN . SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya ZAWANI BINTI AWANG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO. 742, KG. PASIR PEKAN HILIR, JLN. PALEKBANG, 16040 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : ____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR. YAHYA BUNTAT NAMA PENYELIA Tarikh :

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 1 · 2013. 11. 19. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :...

  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN WANITA DI PUSAT SERENTI BACHOK (W), KELANTAN.

    SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya ZAWANI BINTI AWANG

    (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

    SULIT

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

    TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

    ________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS)

    Alamat Tetap : NO. 742, KG. PASIR PEKAN HILIR, JLN. PALEKBANG, 16040 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh :

    ____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

    DR. YAHYA BUNTAT NAMA PENYELIA

    Tarikh :

  • i

    “Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya ini

    adalah memadai daripada aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

    Tandatangan : …………………………………………

    Nama Penyelia : DR. YAHYA BUNTAT

    Tarikh : ................................................................

  • ii

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYALAHGUNAAN DADAH DI

    KALANGAN WANITA DI PUSAT SERENTI BACHOK (W) , KELANTAN

    ZAWANI BINTI AWANG

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

    Elektrik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    NOVEMBER 2007

  • iii

    “ Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

    Tandatangan : ...........................................................

    Nama Penulis : ZAWANI BINTI AWANG

    Tarikh : ...........12/11/2007................................................

  • iv

    DEDIKASI

    Dedikasi untuk Ayah, Ibu dan keluarga…

    Untuk sokongan dan doamu…

    Ia amat bermakna untukku…

    Demi sebuah cinta dan impian...

    Terima kasih...

  • v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnaiNYA

    dapat disempurnakan tesis untuk program Projek Sarjana Muda yang bertajuk “ Faktor-

    faktor Yang Mempengaruhi Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Wanita Di Pusat

    Serenti Bachok (W), Kelantan”.

    Kepada Dr Yahya Bin Buntat, selaku penyelia saya yang sentiasa memberikan

    sokongan dan galakkan membina. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang amat berguna

    dari beliau telah saya gunakan untuk menyiapkan tesis ini.

    Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada orang perseorangan yang terlibat

    dalam membantu memberikan sokongan moral dan memberikan idea-idea yang bernas.

    Terima kasih tidak terhingga juga buat keluarga yang sentiasa berada di sisi di saat-saat

    diperlukan. Akhir kata, semoga apa sahaja yang dilakukan akan diberkati Allah S.W.T.

  • vi

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYALAHGUNAAN DADAH

    DI KALANGAN WANITA DI PUSAT SERENTI BACHOK (W), KELANTAN.

    Zawani Binti Awang (SPE)

    Dr. Yahya Bin Buntat

    Kajian ini bertujuan untuk melihat “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

    Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Wanita Di Pusat Serenti Bachok (W),

    Kelantan”. Tajuk kajian seperti ini dilihat perlu dikaji oleh penyelidik

    memandangkan kepada masalah gejala sosial yang semakin meruncing di kalangan

    remaja perempuan hari ini, terutama dalam kes pengambilan dan penyalahgunaan

    dadah. Oleh yang demikian, tujuh faktor yang berkait dengan masalah

    penyalahgunaan telah dipilih, iaitu faktor kerohanian, psikologikal, rumahtangga,

    keluarga, pekerjaan, sosial dan situasi dadah itu sendiri. Seramai 77 orang responden

    dari Pusat Serenti Bachok (W), Kelantan telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini.

    Kaedah soal selidik dan Skala Likert Lima Pemeringkatan telah digunakan untuk

    mengukur jawapan yang diberikan oleh responden. Cara seperti ini dirasakan amat

    mudah bagi penyelidik untuk menganalisa data yang diperolehi. Setiap data yang

    diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social

    Science’ (SPSS). Hasil dapatan juga mendapati bahawa enam faktor lain lebih

    mempengaruhi golongan wanita terjebak dalam kancah penagihan dadah, kecuali

    faktor rumahtangga sahaja yang kurang mempengaruhi penglibatan golongan wanita

    dengan dadah.

  • vii

    THE CAUSES OF DRUG ABUSE AMONG WOMEN IN PUSAT SERENTI

    SERENTI BACHOK (W), KELANTAN.

    Zawani Binti Awang (SPE)

    Dr. Yahya Bin Buntat

    The purpose of this study is to view “The Causes of Drug Abuse among Women in

    Pusat Serenti Bachok (W), Kelantan”. The researcher think a title of the research like

    this is very important to study because most of the young people today, especially the

    girls are involved in unhealthy activities like removal and abuse the drug. This

    scenario needs to overcome early before too late. Therefore, seven factors which

    related with the problem of drug abuse among the women are selected. The seven

    factors are causes of drug abuse perceived to be important were spiritual factor,

    psychological, marital, family, occupation, social and the drug situation itself. This

    research is carried out by 77 respondents (recruits) from Pusat Serenti Bachok (W),

    Kelantan. The questionnaires paper with 5 Likert Scale is used for measure the

    answer given by the respondents. The researcher thinks this method very useful and

    easy to manage. Statistical Package for Social Science (SPPS) software version 13

    was used to analyze the data collected and presented in frequency, percentage and

    level. The result shown the six factors are most influenced the women to involve in

    abuse drug’s problems, except marital factor are less influenced them.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB I PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 2

    1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Kepentingan Kajian 9

    1.6 Skop dan Batasan Kajian 10

    1.8 Definisi Operasional 11

  • ix

    1.8.1 Dadah 11

    1.8.2 Penyalahgunaan Dadah 12

    1.8.3 Wanita 13

    1.8.4 Sosial 13

    1.8.5 Agama 14

    1.8.6 Situasi Dadah 14

    1.8.7 Keluarga 14

    1.8.8 Rumahtangga 15

    1.8.9 Faktor Psikologikal 15

    1.8.10 Faktor Pekerjaan 15

    1.9 Ringkasan 16

    BAB II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 17

    2.2 Penyalahgunaan Dadah 18

    2.3 Faktor Keluarga 19

    2.4 Faktor Rumahtangga 22

    2.5 Faktor Persekitaran Kerja 23

    2.6 Faktor Kerohanian 23

    2.7 Faktor Psikologikal 24

    2.8 Faktor Situasi Dadah 26

    2.9 Ringkasan 27

  • x

    BAB III METHODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan 28

    3.2 Rekabentuk Kajian 28

    3.3 Tempat Kajian 29

    3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

    3.5 Instrumen Kajian 31

    3.5.1Bahagian A: Latar Belakang Responden31

    3.5.2Bahagian B: Item Soal Selidik 31

    3.6 Keesahan item soal selidik 33

    3.7 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 34

    3.8 Kajian Rintis 35

    3.9 Prosedur Kajian 36

    3.10 Ringkasan 37

    BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pendahuluan 38

    4.2 Analisis Data Bahagian A

    (Maklumat Diri Responden) 39

    4.2.1 Bangsa 39

    4.2.2 Umur 40

    4.2.3 Status 41

    4.2.4 Agama 41

    4.2.5 Pekerjaan 42

    4.2.6 Penjaga 43

    4.2.7 Penglibatan Ahli Keluarga Dengan

    Dadah 43

    4.2.8 Analisis Rakan-rakan Responden 44

  • xi

    4.3 Analisis Data Bahagian B ( Soalan Kajian) 45

    4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 46

    4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 48

    4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 50

    4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 51

    4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 53

    4.3.6 Analisis Data Persoalan Kajian 6 55

    4.3.7 Analisis Data Persoalan Kajian 7 57

    4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 58 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

    DAN KESIMPULAN

    5.1 Pendahuluan 61

    5.2 Rumusan 61

    5.3 Perbincangan 63

    5.3.1 Adakah faktor kekeluargaan

    merupakan faktor yang menyebabkan

    masalah penyalahgunaan dadah

    di kalangan wanita? 64

    5.3.2 Adakah faktor rumahtangga

    merupakan faktor yang menyebabkan

    masalah penyalahgunaan dadah

    di kalangan wanita? 65

    5.3.3 Adakah faktor kerohanian

    merupakan punca kepada masalah

    penyalahgunaan dadah

    di kalangan wanita? 66

    5.3.4 Adakah faktor psikologikal

  • xii

    merupakan faktor yang mempengaruhi

    masalah penyalahgunaan dadah

    di kalangan wanita? 68

    5.3.5 Adakah faktor pekerjaan

    merupakan faktor yang mendorong

    kepada masalah penyalahgunaan

    dadah di kalangan wanita? 69

    5.3.6 Apakah faktor situasi dadah itu

    sendiri yang menyebabkan masalah

    penyalahgunaan di kalangan

    wanita? 70

    5.3.7 Adakah faktor sosial juga

    mempengaruhi masalah penyalahgunaan

    dadah di kalangan wanita? 71

    5.4 Cadangan 72

    5.4.1 Cadangan Kepada Sasaran

    Kepentingan Kajian 73

    5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 74

    5.5 Kesimpulan 75

    BIBLIOGRAFI 77

    LAMPIRAN 80

    LAMPIRAN A: KERTAS SOAL SELIDIK

    LAMPIRAN B: SURAT PENGESAHAN ITEM

    LAMPIRAN C: SURAT KEBENARAN DARI AGENSI DADAH

    KEBANGSAAN MALAYSIA

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    JADUAL TAJUK MUKA

    3.1 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 32

    3.2 Skala Likert 33

    3.3 Klassifikasi kekuatan kolerasi 35

    4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

    4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40

    4.3 Taburan Responden Mengikut Status 41

    4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 42

    4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 42

    4.6 Taburan Responden Mengikut Penjaga 43

    4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan ahli keluarga

    Dengan Dadah 44

    4.8 Taburan Responden Mengikut Jenis Rakan Responden 44

    4.9 Item-item Mengikut Persoalan Kajian 45

    4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari Aspek

    Kekeluargaan 46

    4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Rumahtangga 48

    4.12 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Kerohanian. 50

  • xiv

    4.13 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Psikologikal. 52

    4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Pekerjaan 54

    4.15 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Situasi Dadah. 55

    4.16 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, dan Peratusan Yang

    Menunjukkan Faktor Penyalahgunaan Dadah Dari

    Aspek Sosial. 57

    4.17 Purata Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian Faktor-faktor

    Yang Mempengaruhi Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan

    Wanita Di Pusat Serenti Bachok (W), Kelantan 59

    4.18 Faktor-faktor Penyalahgunaan Dadah Mengikut Keutamaan

    Responden 60

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    SINGKATAN

    PEMADAM Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

    SPSS Statistical Package for Social Science

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK

    A Borang Soal Selidik

    B Surat Pengesahan Item

    C Surat Kebenaran Dari Agensi Dadah Kebangsaan

  • BAB I

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan wanita bukanlah satu fenomena baru

    yang mengejutkan masyarakat. Hanya masyarakat kita sahaja yang kurang memberikan

    tumpuan kepada masalah ini. Ini disebabkan mereka tidak peka dan berpendapat bahawa

    golongan wanita tidak akan terlibat dengan dadah kerana sikap dan sifat wanita yang

    lemah-lembut, pemalu, penyayang dan sifat-sifat kewanitaan lain yang menghalang

    mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat serta dipandang rendah oleh

    masyarakat umumnya.

    Sifat malu yang menebal dan kelembutan sifat sebagai seorang kaum hawa tidak

    lagi mampu menghalang kaum wanita dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

    Penagihan dadah di kalangan wanita mula dikesan pada awal tahun 1970-an. Kajian

    yang digunakan oleh Arafat dan Yorburg pada tahun 1971 membuktikan bahawa 64%

    daripada pelajar kolej wanita terlibat dengan dadah. Kenyataan ini sekaligus menyangkal

  • 2

    pendapat masyarakat bahawa golongan wanita yang terkenal dengan sifat kewanitaannya

    tidak mungkin terlibat dengan dadah.

    Justeru itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin dan memandang serius kepada

    gejala yang tidak baik dan tidak bermoral ini perlu bersama-sama berganding-bahu

    untuk mengatasi dilema masalah yang membelenggu golongan wanita hari ini.

    Memandangkan kepada gejala penyalahgunaan dadah yang semakin menular inilah yang

    mendorong pengkaji untuk lebih menekankan aspek atau faktor-faktor yang

    mempengaruhi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan kaum wanita di Malaysia

    umumnya.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam

    tahun 1993 sahaja, sebanyak 24023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.

    Daripada bilangan ini 59.3 peratus adalah penagih yang menagih semula manakala

    sebanyak 10216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah.

    Penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan

    dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan

    dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan

    perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah

    negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahuun keselamatan.

    Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama

    ini tidak akan berkekalan sekiranyan masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

  • 3

    Perubahan sosial, nilai hidup dan peranan yang dimainkan oleh kaum wanita

    dalam masyarakat hari ini telah banyak mengubah sifat dan cara hidup mereka

    (Azizah,1985). Masyarakat hari ini masih lagi kurang memberikan perhatian kepada

    masalah yang melibatkan penagihan dan penyalahgunaan dadah di kalangan wanita.

    Malah pengkaji-pengkaji tempatan juga tidak memberikan perhatian yang khusus

    terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan wanita (Berita Harian, Mei 1990). Masalah

    ini adalah disebabkan bilangan penagih wanita sangat kecil berbanding dengan penagih

    lelaki.

    Jumlah penagih pada tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 30.47 peratus

    kepada 22,811 orang berbanding seramai 32,808 penagih yang dikesan pada 2005

    (Berita Harian, Febuari, 2007). Statistik Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan

    (Nadi) menunjukkan jumlah penagih baru seramai 10,381 orang atau 45.51 peratus juga

    mencatatkan pengurangan, iaitu sebanyak 32.54 peratus berbanding 15,389 orang yang

    dicatatkan pada tahun sebelumnya. Seramai 12,430 penagih berulang mewakili 54.49

    peratus dikesan tahun lalu iaitu penurunan 28.64 peratus berbanding 17,419 orang pada

    2005. Secara purata, 865 penagih baru dan 1,036 penagih berulang dikesan dalam

    tempoh sebulan atau 29 penagih baru dan 35 penagih berulang dikesan setiap hari.

    Khantzian (1974) merupakan salah seorang pakar psikologi yang amat memberi

    tumpuan kepada penyesuaian kepada ego dalam hal penyesuaian penagih kepada

    persekitaran. Beliau mengutarakan pandangan bahawa seseorang individu bergantung

    kepada dadah kerana mempunyai ego yang lemah, gangguan id konsep kendiri, jagaan

    diri dan masalah memenuhi kepuasan. Dalam ertikata lain, penagih-penagih tidak upaya

    untuk menggunakan mekanisme-mekanisme penyesuaian apabila berhadapan dengan

    masalah-masalah dalaman (dengan diri sendiri) walaupun tekanan luaran (persekitaran

    dan masyarakat). Kegagalan penyesuaian ego ini akan menyebabkan penagih dadah

    terus bergantung kepada dadah.

  • 4

    Menurut Dr. Mahmud, apabila seseorang individu mengambil heroin setiap hari

    dalam tempoh setahun, ia bukan sahaja dilihat sebagai masalah perlakuan tetapi turut

    membabitkan kerosakan otak. Penagihan dadah secara serius lama-kelamaan akan

    menyebabkan gangguan pada bahagian otak yang dipanggil sistem ganjaran. Jumlah

    hormon kortisol yang meningkat akan menyebabkan penagih sukar tidur, merasa

    gelisah, mudah mengalami tekanan dan sukar mengawal masalah harian.sistem di dalam

    otak yang berubah akibat menagih dadah turut mendorong penagih untuk menagih

    semula sekiranya mereka melihat penagih lain dan tempat di mana mereka mengambil

    dadah. Selain itu, apabila mereka marah, rasa bosan, sedih atau gembira, ingatan untuk

    mengambil dadah juga akan menjadi sangat kuat. Proses-proses inilah yang

    menyebabkan penagih sering keluar masuk pusat pemulihan.

    Kajian perbandingan yang melibatkan penagihan di antara kedua-dua jantina

    dikaji oleh Prather dan Fidell (1978) (dalam Renzentti & Curran, 1989). Keputusan

    kajian menunjukkan bahawa terdapatnya pertambahan dari segi penagihan dadah jenis

    heroin di kalangan wanita berbanding lelaki.

    Gold (1983) ( dalam Renzetti & Curran, 1989) pula melakukan kajian ke atas

    jenis-jenis penggunaan dadah di kalangan wanita. Mengikut laporan beliau, separuh

    daripada wanita di Amerika menggunakan dadah jenis psikotropik, manakala 70%

    daripada mereka menggunakan dadah jenis tranquilizer dan 72% adalah pengguna dadah

    ‘anti-depress’.

    Kajian-kajian yang dilakukan di Barat ini menunjukkan bahawa masalah

    penagihan dadah di kalangan wanita bermula sejak tahun 1960-an lagi. Walaupun pada

    peringkat awalnya bilangan wanita yang terlibat dengan dadah adalah kurang, tetapi

    akhir-akhir ini penglibatan mereka semakin bertambah. Penglibatan kaum wanita dalam

    masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah hari ini adalah wujud ekoran daripada

  • 5

    perubahan kedudukan dan peranan mereka dalam masyarakat. Dalam masyarakat yang

    lebih mementingkan kebendaan menyebabkan hubungan kekeluargaan, nilai-nilai murni

    dan pegangan agama mula dilupakan.

    Perubahan masa dan nilai hidup turut mengubah corak dan gaya hidup individu.

    Pengaruh sosial yang semakin meluas di kota metropolitan, terutama dari segi pergaulan

    bebas antara anak-anak gadis dengan kawan-kawan yang bermasalah menyebabkan

    golongan wanita terlibat dengan gejala yang boleh merosakkan diri seperti penagihan

    dadah, pelacuran dan kegiatan lain yang menjatuhkan maruah mereka sebagai kaum

    wanita.

    Kajian-kajian mengenai dadah yang dilakukan oleh pengkaji tempatan atau luar

    negara menunjukkan bahawa faktor-faktor yang berkait dengan penyalahgunaan dadah

    ialah faktor keluarga, kepincangan rumahtangga, agama, psikologikal, sosial, pekerjaan

    dan kebolehdapatan dadah. Kajian yang dilakukan oleh Spencer dan Navaratnam (1976)

    menunjukkan faktor psikologikal, iaitu perasaan ingin tahu merupakan penyebab utama

    yang mendorong kepada pengambilan dadah di kalangan pelajar. Faktor-faktor lain

    termasuklah untuk melupakan masalah dan pengaruh rakan sebaya. Faktor rakan sebaya

    yang pernah menggunakan dadah merupakan faktor utama mengapa penagihan dadah

    berlaku pada hari ini (Navaratnam & Spencer, 1977).

    Kajian yang dilakukan di Britain menunjukkan bahawa mereka yang mengambil

    dadah adalah kerana mengalami masalah perasaan yang tidak tenang, kekecewaan,

    kesunyian, perasaan malu dan sebagainya (Leech & Jordan, 1968). Kesemua masalah ini

    berhubung-kait dengan masalah psikologikal individu. Begitu juga dengan hasil dapatan

    yang diperolehi oleh Nik Mohd. Zaini (1991).

  • 6

    Kajian yang dilakukan oleh Raja Abdul Karim (1981) pula mendapati bahawa

    mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan telah dimasukkan ke pusat-

    pusat pemulihan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai penghayatan agama

    yang sempurna. Keputusan yang sama juga diperolehi dalam kajian yang dilakukan oleh

    Maznah (1994).

    Kesimpulannya, dalam kajian tentang faktor-faktor penyalahgunaan dadah

    sebenarnya terdapat pelbagai faktor lain yang mendorong kepada masalah yang ingin

    dikaji. Faktor ibu bapa atau keluarga yang tidak memberikan perhatian atau kasih sayang

    kepada anak-anak serta keadaan rumahtangga yang tidak harmoni juga mendorong

    kepada penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat kita. Ini juga jelas membuktikan

    bahawa institusi kekeluargaan yang mantap memainkan peranan penting dalam

    mencegah sebarang perilaku atau gejala yang buruk di kalangan ahli keluarga yang lain.

    Jika hal ini dititikberatkan, secara tidak langsung kita dapat menghalang daripada

    menularnya gelaja penagihan dan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat kita.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Banyak kajian yang telah dilakukan tentang penyalahgunaan dadah, tetapi amat

    kurang sekali tumpuan yang diberikan kepada penagih-penagih wanita. Kebanyakan

    kajian terdahulu mengambil responden yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah,

    remaja dan kaum lelaki sahaja. Oleh itu, satu kajian mengenai penyalahgunaan dadah di

    kalangan wanita wajar dilakukan bagi mencari jawapan bagi setiap punca penglibatan

    golongan ini dengan gejala dadah. Kajian ini akan menyentuh aspek-aspek yang

    merangkumi faktor agama, kekeluargaan, rumahtangga, persekitaran kerja, masalah

    psikologikal, sosial dan situasi yang melibatkan dadah itu sendiri.

  • 7

    1. 4 Objektif Kajian

    Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang

    mempengaruhi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan wanita. Terdapat dua tujuan

    spesifik mengapa kajian ini dilakukan. Pertamanya, adalah untuk mengetahui sebab-

    sebab penyalahgunaan dadah di kalangan wanita. Di mana kajian ini melibatkan aspek

    kekeluargaan, agama, sosial, psikologikal, pekerjaan dan situasi dadah itu sendiri. Faktor

    ini dipilih kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Contohnya, seseorang itu boleh

    mengambil dadah kerana faktor psikologikal seperti kesunyian, dan faktor ini juga

    adalah kerana mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

    Begitu juga dengan pegangan agama yang lemah memudahkan seseorang terpengaruh

    dengan tindakan kawan-kawan yang menagih dadah. Di samping mudahnya untuk

    mereka mendapatkan bekalan dadah daripada pasaran gelap dengan harga yang murah.

    Objektif lain yang mendorong kepada mengapa kajian ini dilakukan adalah untuk

    melihat keutamaan yang berkait dengan penyalahgunaan dadah dari segi faktor yang

    ingin dikaji. Walaupun kini kajian mengenai masalah penyalahgunaan dadah semakin

    meningkat, tetapi bagi penyelidik ia adalah penting bagi mendapatkan gambaran yang

    lebih jelas tentang situasi sebenar bilangan dan faktor yang mempengaruhi

    penyalahgunaan dadah di negara Malaysia amnya.

    Tujuan ketiga kajian ini dilakukan adalah sebagai syarat untuk mendapatkan

    Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dari pihak Universiti

    Teknologi Malaysia (UTM). Oleh yang demikian, kajian ini adalah sangat penting bagi

    memastikan segala matlamat dan objektif kajian ini tercapai serta memenuhi syarat yang

    telah ditetapkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

  • 8

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian ini memberi tumpuan kepada permasalahan yang melibatkan

    penyalahgunaan dadah di kalangan kaum wanita. di Pusat Serenti Bachok (W), Kelantan

    Lantaran kekurangan kajian yang khusus mengenai sebab-sebab berlakunya

    penyalahgunaan dadah di kalangan wanita, maka kajian ini cuba memenuhi ruang

    tersebut untuk pengetahuan umum semua lapisan masyarakat. Antara persoalan yang

    dikaji ialah:

    1 Adakah faktor kekeluargaan merupakan faktor yang menyebabkan masalah

    penyalahgunaan dadah di kalangan wanita?

    2 Adakah faktor rumahtangga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah

    penyalahgunaan dadah di kalangan wanita?

    3 Adakah faktor kerohanian merupakan punca kepada masalah penyalahgunaan

    dadah di kalangan wanita?

    4 Adakah faktor psikologikal merupakan faktor yang mempengaruhi masalah

    penyalahgunaan dadah di kalangan wanita?

    5 Adakah faktor pekerjaan merupakan faktor yang mendorong kepada masalah

    penyalahgunaan dadah di kalangan wanita?

    6 Adakah faktor situasi dadah itu sendiri yang menyebabkan masalah

    penyalahgunaan di kalangan wanita?

    7 Adakah faktor sosial juga mempengaruhi masalah penyalahgunaan dadah di

    kalangan wanita?