BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen...

27
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya SUHAIMI BIN RAMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN PT 2548 KG TERSUSUN BATU 4, Nama Penyelia 35400 TAPAH ROAD , PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: ___ APRIL 2008 ____ Tarikh: _____APRIL 2008 ______ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya SUHAIMI BIN RAMLI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN PT 2548 KG TERSUSUN BATU 4, Nama Penyelia 35400 TAPAH ROAD , PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: ___ APRIL 2008____ Tarikh: _____APRIL 2008______

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN

ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH

ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.

SUHAIMI BIN RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : SUHAIMI BIN RAMLI

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

iii

DEDIKASI

Ingatan tulus ikhlas buat ibuku, HALIMATUN SAADIAH BT MOHAMED.

Apa yang telah diberi, akan kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima

kasih atas segala-galanya.

Ingatan ikhlas buat insan bergelar ayah, RAMLI BIN ABDULLAH.

Semoga sihat selalu untuk menjadi pendorongku.

Buat abang dan adikku, SHUHAIRY, SUHAIROL, SUHAILA, dan MOHD

NAJIB. Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga

kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara

kita.

Buat yang teristimewa, NURHIDAYAH BT MUSA. Sesungguhnya kehadiran mu

menambah semangat perjuanganku. Semoga perhubungan ini diberkati oleh-Nya.

Buat rakan-rakan seperjuangan SPJ. Sesungguhnya kalian semua pelengkap

pelayaranku. Semoga kalian semua diberi rahmat dari-Nya.

Semoga kita semua dalam redha Ilahi…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah

pembimbing, Tn Haji Hassan Bin Hushin atas pandangan, perbincangan dan

nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan.

Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti

Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Ungkapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada warga Sekolah Rendah

Islam Hidayah (SRIH) kerana membantu dan berkerjasama bagi saya menyediakan

penulisan ilmiah ini.

Di akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di

Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Universiti Teknologi Malaysia

di atas sokongan dan dorongan dalam usaha untuk menyempurnakan projek sarjana

muda ini dengan jayanya.

Akhir kalam, buat ibu dan ayah yang dikasihi, ahli keluarga yang disayangi

serta kekasih yang dicintai, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai.

Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

v

ABSTRAK

Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah sekolah swasta di bawah

rangkaian Sekolah Islam Hidayah yang menawarkan pendidikan bersepadu KBSR

dengan menggabungkan matapelajaran akademik dan juga deeniah bagi pelajar-

pelajarnya. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dilakukan adalah untuk

mengenalpasti tahap amalan oleh pihak sekolah terhadap elemen pengurusan

peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. Bilangan responden yang terlibat

dalam kajian ini adalah seramai 68 orang dan hasil kajian ini diproses dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15.0 for

Windows ( SPSS ). Hasil analisis menunjukkan tahap amalan elemen pengurusan

peperiksaan dan elemen kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah berada pada

tahap tinggi. Penyelidik juga menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan

untuk tujuan penambahbaikan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

vi

ABSTRACT

Sekolah Rendah Islam Hidayah is a private school under the network of

Sekolah Islam Hidayah which offers intergrated education with a combination of

both academic and Deeniah subject for its students. This research is conducted to

determine the level of implementation by the school examination management and

co-curicular management element. The numbers of respondent involved in the study

were 68. The data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version

15.0 for Windows (SPSS). The result showed that the level of both the examination

and co-curriculur management was high. The suggestion for further research have

been proposed for continuous improvement.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.2.1 Latar Belakang Sekolah 3

1.2.2 Pengurusan Peperiksaan 4

1.2.3 Sistem Pentaksiran Pelajar

Musleh (SPPM) 6

1.2.4 Pengurusan Kokurikulum 7

1.2.5 Pergerakan Syabab dan

Fatayat Malaysia (PSFM) 8

1.3 Penyataan Masalah 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

viii

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definasi Operasional 13

1.9 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kualiti Dan Pendidikan 16

2.2.1 Pengelolaan Sekolah Berkesan 17

2.2.2 Malaysia Standard- International

Standard Organisation (MS-ISO) 19

2.2.2.1 Asas-Asas Utama Perlaksanaan ISO

di Sekolah 20

2.2.3 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) 22

2.2.4 Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia (SKPM) 24

2.2.5 Management By Objective (MBO) 26

2.3 Pengurusan Sekolah 29

2.4 Pengurusan Peperiksaan 29

2.5 Pengurusan Kokurikulum 30

2.6 Kajian Luar Negara 31

2.7 Kajian di Malaysia 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 39

3.5.2 Bahagian B Dan C: Elemen Pengurusan

Peperiksaan Dan Elemen Pengurusan

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

ix

Kokurikulum 40

3.5.3 Penentuan Skor Item 40

3.6 Kajian Rintis 41

3.6.1 Kesahan 42

3.7 Analisis Data 43

3.8 Prosedur Kajian 44

3.9 Kesimpulan 45

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Dapatan Kajian 46

4.3 Analisis Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 47

4.3.1 Jantina 47

4.3.2 Umur 48

4.3.3 Taraf Pendidikan 48

4.3.4 Tempoh Perkhidmatan 49

4.4 Analisis Bahagian B

(Elemen Pengurusan Peperiksaan )

4.4.1 Perancangan 51

4.4.2 Pengurusan Peperiksaan Dalaman 53

4.4.3 Pengurusan Peperiksaan Luar 54

4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 55

4.6 Analisis Bahagian C

(Elemen Pengurusan Kokurikulum )

4.6.1 Perancangan 57

4.6.2 Pemantauan Dan Penyeliaan Aktiviti 59

4.6.3 Pengurusan Kawalan Khas 61

4.7 Ringkasan Dapatan Kajian 64

4.8 Kesimpulan 65

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan kajian 67

5.3 Perbincangan Kajian 69

5.4 Cadangan Tindakan 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.6 Kesimpulan 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 83

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Panduan Penarafan Sekolah 26 3.1 Pecahan Item Soal Selidik 39

3.2 Pengambilan Data Dengan Cara Penskoran 40 3.3 Jadual Penentu Skor 40 3.4 Skala Pemeringkatan 43 3.5 Tahap Penilaian Aspek Berdasarkan Min 44 4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 47 4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 48 4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Taraf Pendidikan 48

4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut

Tempoh Perkhidmatan 49

4.5 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Perancangan 51

4.6 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Pengurusan Peperiksaan Dalaman 53

4.7 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Pengurusan Peperiksaan Luar 54

4.8 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 55

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

xii

4.9 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Perancangan 57

4.10 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Pemantauan dan Penyeliaan Aktiviti 59

4.11 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam

Aspek Pengurusan Kawalan Khas 61

4.12 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 64

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.2 Konsep ISO 9000 20 2.3 Fasa Perlaksanaan Management by Objective (MBO) 28

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 83 B Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 89 C Pengesahan Pelajar Menjalankan Kajian Bagi Projek

Sarjana Muda 91

D Nilai kebolehpercayaan (Alfa-Cronbach) bagi kajian rintis 93

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kualiti adalah isu yang kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat

kini. Kualiti biasanya dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan

kakitangan dan kelicinan sistem operasi.

Sistem pengurusan kualiti ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya

sesebuah agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada

dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu

yang digariskan. Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang

diharapkan, bagaimana untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi

untuk mencapainya. (Kassim Bin Muhammad dan Jamil Bin Shaari 1997) dalam

Edris Abu Bakar (2004).

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kualiti pemimpin negara

adalah dilihat dari kebolehan mereka merangka strategi yang berkesan,

mengembeleng sumber yang terhad serta menerajui proses pemulihan. Manakala

kualiti sekolah pula adalah dilihat dari aspek pengurusan dan perkhidmatannya

bagi melahirkan output yang berkualiti.

Dalam matlamat pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

merangkumi tujuan keseluruhan pendidikan Malaysia. Ia dinyatakan bahawa

pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

2

“…untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat negara”

(Sumber Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk

menguruskan polisi, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang

tujuan pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting. Sekarang,

secara amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (

matlamat dan objektif sekolah ) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan

sekolah itu. Spinks (1990), mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan

penyeliaan prosedur sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan

dengan itu menentukan kejayaan dan kegagalan sekolah.

Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah

perlu mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti

perkhidmatannya seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini perlu

berorientasikan pengurangan, pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan

wujud iaitu ’zero defect’.

1.2 Latar Belakang Masalah

Satu sistem pengurusan perlu diwujudkan dan dilaksana bagi memastikan

sekolah sentiasa mempertingkatkan standard pengurusan mereka. Sistem

pengurusan di sekolah akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan

kawalan dalaman. Pengurusan merupakan komponen terpenting bagi menjayakan

sesebuah sekolah selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan

serta stail dan strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya

tercapai matlamat sekolah ( Kamaruddin Hj Kachar, 1989 ).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

3

Pengurusan di sekolah boleh dilihat dari segi pengurusan kurikulum,

kokurikulum, hal-ehwal pelajar, staf atau kakitangan sekolah. Hernenlez (1993)

dalam Omardin Ashaari (2001) mengatakan bahawa pengurusan akan

menghasilkan output yang berkualiti. Konsep kualiti perlu diterapkan dalam

organisasi untuk menghasilkan pengurusan yang efisyen.

Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen

yang menyatakan pengurusan yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di

Malaysia. Dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta, terdapat enam

elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum, pengurusan

kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan, pengurusan kesihatan dan

keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-kurikulum. Dalam

kajian ini, institusi pendidikan swasta yang telah dikaji ialah Sekolah Rendah

Islam Hidayah.

1.2.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Rendah Islam Hidayah telah ditubuhkan sejak 1989 bermula

dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di

Skudai, Johor Bahru. Pada tahun kedua ia beroprasi, pelajarnya telah meningkat

kepada 65 orang dan memaksa operasinya dipindahkan ke tempat lain di sebuah

rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor. Permintaan yang semakin

meningkat telah mendesak pihak Lembaga Pemegang Amanah untuk

membesarkan sekolah dan beroperasi di tapak yang lebih sesuai.

Akhirnya, berkat bantuan orang ramai dari seluruh negara, serta

sumbangan tenaga sukarela yang tidak henti-henti, Sekolah Rendah Islam Hidayah

telah dapat membeli tanah 2.5 ekar dan mendirikan bangunan kayunya sendiri.

Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berpindah ke tapak

tetapnya dengan tenaga pengajarnya ketika itu seramai 11 orang. Pelajar pula

ketika itu adalah seramai 87 orang. Sejak berpindah ke tapak tetap tersebut,

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

4

Sekolah Rendah Islam Hidayah semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan

ibu bapa sekitar Johor Bahru dan Singapura untuk menghantar anak mereka bagi

mendapatkan pendidikan. Sehingga tahun 2000, pelajar Sekolah Rendah Islam

Hidayah telah bertambah pada kadar 37% setahun.

Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sekolah yang menawarkan

pendidikan bersepadu menggabungkan matapelajaran akademik KBSR dan

Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata

bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau

bagaimanapun Sekolah Rendah Islam Hidayah tetap mendapat pengiktirafan

kerajaan apabila diterima pendaftarannya di bawah Kementerian Pelajaran dan

Majlis Agama Islam Johor. Sekolah Rendah Islam Hidayah telah diterima dalam

mengendalikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah Rendah Islam Hidayah ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah

(BOT) yang didaftarkan di bawah pendaftar syarikat (ROC) atas nama Pusat

Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik kepada sekolah. PPH

didaftarkan sebagai ”non-profit making company”. BOT berperanan menentukan

dasar dan polisi Sekolah Islam Hidayah (SIH). Urusan pentadbiran harian sekolah

pula dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Hidayah. Untuk tahun 2007, Sekolah

Rendah Islam Hidayah telah mengendalikan 30 kelas iaitu 5 kelas untuk setiap

tahun pembelajaran. Seramai 67 orang guru kini berkhidmat sepenuh masa

mendidik 980 orang pelajar dengan dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan.

1.2.2 Pengurusan Peperiksaan

Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan

input sumber tenaga manusia dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui

aktiviti perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk tujuan mengeluarkan

hasil. Secara umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai

produk yang berkualiti tinggi.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

5

Di sekolah-sekolah sama ada peringkat menengah atau rendah, terdapat

dua kategori peperiksaan iaitu peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.

Peperiksaan dalaman merupakan peperiksaan di peringkat sekolah. Pihak sekolah

menyediakan soalan-soalan, pemeriksa-pemeriksa, menentukan tarikh, waktu dan

jenis peperiksaan yang hendak dijalankan.

Manakala peperiksaan awam, adalah peperiksaan yang dijalankan di

peringkat kebangsaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah

Rendah (PMR) bagi sekolah menengah dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) bagi peringkat sekolah rendah. Calon-calon bagi peperiksaan awam ini

adalah terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti tahap pengajian peperiksaan

tersebut. Peperiksaan ini dijalankan serentak dalam waktu yang sama di seluruh

negara dan dikenali sebagai peperiksaan tertutup ataupun luar yang bermakna

segala maklumat soalan adalah sulit sehingga selepas peperiksaan berlangsung.

Peperiksaan dapat mengukur kebolehan, bakat, tahap pencapaian dan

kemajuan pelajar dalam bidang akademik pada sesuatu peringkat pengajian

berasaskan kurikulum yang disediakan. Jika perlu, rancangan pengajaran

pemulihan dapat disusun untuk mengatasi kekurangan dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam menuju ke arah kecemerlangan bidang akademik. Peperiksaan

dalaman merupakan perintis jalan dan menjurus kepada peperiksaan awam,

penyelenggaraanya juga hendaklah teratur dengan kemas dan teliti untuk

memastikan kelancaran pengurusannya.

Elemen pengurusan peperiksaan adalah di bawah pecahan organisasi

kurikulum Sekolah Rendah Islam Hidayah yang dikenali sebagai Unit Penilaian

dan Peperiksaan (PEP). Unit ini diketuai Pn. Nafizah Khairiah Bt. Kamaruddin

dan Pn. Rafidah Bt. Mad Jusah. Unit ini adalah penggerak utama dalam mengelola

sesuatu peperiksaan. Menurut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat

sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan

kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat

mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamat.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

6

1.2.3 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)

Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang

mengambil kira manusia secara keseluruhan. Sistem ini mengintegrasikan

penilaian kognitif dengan pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Pelajar

ditaksirkan mengenai aspek ilmu, iman, akhlak, kemampuan dan ibadat khusus

yang dihayati dalam kehidupan seharian. Pentaksiran dibuat dengan menggunakan

pelbagai instrumen yang merangkumi senarai semak, amali dan perbincangan.

Proses menghasilkan pelbagai instrumen itu melibatkan pelajar, guru dan

pentadbir. Keberkesanan pentaksiran holistik seperti ini sudah tentu memerlukan

pemantauan dan pembaikan dari masa ke semasa dan memerlukan komitmen yang

tinggi serta keikhlasan guru, ibubapa dan pelajar.

Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa,

akal dan peribadi ( El Muhammadi, 1987 ). Matlamatnya adalah untuk

mengihsankan qalbu insan, memperkembangkan mindanya, memuliakan

akhlaknya dan tahan lasak jasadnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensi yang sedia ada

mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaat kepada

agama, negara dan ummat sejagat.

Hari ini pentaksiran afektif kurang mendapat sambutan dari kalangan

pendidik. Alasan yang diberi ialah ianya bersifat subjektif. Oleh itu terlalu sukar

untuk membentuk instrumen yang mampu memberi skor yang sah dan boleh

dipercayai. Penekanan terhadap prestasi dan pencapaian yang hanya melihat

keupayaan murid dari aspek kognitif sahaja sangat membimbangkan kerana tanpa

pentaksiran afektif, kedudukan pembentukan dimensi kemanusiaan insan secara

menyeluruh tidak dapat dikenalpasti.

Contohnya, bagaimana tahap pencapaian pelajar dalam ibadat khusus,

adab dan akhlak? Apakah petunjuk yang ada untuk mengambarkan prestasi dan

potensi mereka? Adakah petunjuk-petujuk tersebut pula jelas sehingga

memudahkan usaha untuk membangunkan lagi dimensi kemanusiaannya. Ini

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

7

beberapa persoalan yang tidak di tangani oleh sistem penilaian atau pentaksiran

yang sedia ada.

Peringkat Program pembangunan murid SPPM

Peringkat 1 : Kesedaran

• Pelajar sedar dan mengetahui konstruk yang akan ditaksir

Peringkat 2 : Ilmu dan Kefahaman

• Pelajar mempunyai ilmu dan kefahaman tentang konstruk

Peringkat 3 : Latihan dan Amalan

• Pelajar berusaha untuk beramal dan menghayati konstruk

Peringkat 4 : Penghayatan

• Pelajar menghayati konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasan

1.2.4 Pengurusan Kokurikulum

Program kokurikulum pada dasarnya bukanlah satu konsep yang terpisah

daripada kurikulum kerana program ini merupakan lanjutan kepada matapelajaran

yang diajar dalam kelas. Apa yang membezakan konsep kokurikulum dan

kurikulum ini sebenarnya ialah tanggapan masyarakat sekeliling yang melibatkan

pelajar, guru, institusi pendidikan dan komuniti masyarakat. Oleh yang demikian,

pelbagai pelaksanaan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu agar aktiviti

kokurikulum tidak dipandang remeh atau dijalankan secara sambil lewa oleh

sekolah. Pelaksanaan ini menekankan tujuan dan kepentingan aktiviti serta usaha

dalam mempertingkatkan penglibatan pelajar dan guru selain cara-cara mengatasi

masalah yang berkaitan dengannya.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

8

Bagi memastikan sesuatu program kokurikulum berjalan dengan baik dan

lancar, pihak pentadbir sekolah mesti memberi penekanan terhadap konsep yang

diutarakan oleh beberapa ahli pengurusan. Antara empat aktiviti pengurusan utama

yang ditekankan dalam amalan pentadbiran adalah perancangan, pengelolaan dan

penyeliaan program, arahan dan pelaporan dalam pengurusan.

Gerak kerja kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman melalui

pembelajaran yang bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar

kelas, berasaskan dan lanjutan daripada pembelajaran di kelas. Ia bertujuan untuk

pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran, penerapan Rohani Islam, sifat-sifat

mahmudah, sifat-sifat kepimpinan, sifat-sifat bekerjasama, berkhidmat dan lain-

lain sifat yang mulia.

Matlamat gerak kerja kokurikulum adalah bagi mempersiapkan pelajar

dengan kefahaman Islam yang mantap, mendidik mereka dengan kecintaan kepada

Deen, meningkatkan daya pemikiran, ketrampilan dan kecergasan fizikal serta

menyediakan diri mereka tubuh badan yang sihat. Semua ini bertujuan bagi

melahirkan generasi pelajar yang akan mampu menyumbang dan memimpin

ummah pada masa hadapan.

1.2.5 Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia

Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia bermula dengan gabungan

aktiviti-aktiviti luar kelas yang dijalankan secara berasingan seperti kawad,

pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengurusan diri, dan sebagainya. Pada ketika itu,

nama program ini adalah Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah.

Pada tahun 1995, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGB SIM)

menganjurkan hari Syabab Semalaysia. Semua sekolah yang mendaftar dengan

Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia menghantar wakil dalam pertemuan

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

9

ini. Hasil pertemuan ini, beberapa resolusi telah dibuat. Antaranya termasuklah

pertukaran nama persatuan ini menjadi Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia.

Selain itu, semua pelajar di tahap dua Sekolah Rendah Islam (SRI) dan

pelajar Sekolah Menengah Islam (SMI) diwajibkan mengikuti semua aktiviti

Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia sebagai salah satu sukatan pelajaran

dalam kurikulum Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia. Kurikulum ini

dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu pakaian seragam, persatuan, kelab dan

sukan permainan. Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia di letakkan dalam

bidang pakaian seragam.

Semua guru yang mengajar di Sekolah Rendah Islam dan Sekolah

Menengah Islam adalah pemimpin Syabab manakala Guru Besar dan Pengetua

adalah Ahli Kehormat Syabab Fatayat. Bagi mereka yang telah meninggalkan

alam persekolahan, adalah digalakkan terlibat dalam perlaksanaan aktiviti

Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia. Mereka yang berkelayakan akan

dilantik sebagai Ahli Bersekutu Syabab Fatayat Malaysia.

Pada tahun 2000, satu pasukan khas telah ditubuhkan dibawah Lujnah

Tarbiyah MGB SIM atas nama E-Team yang bertanggungjawab untuk merancang,

memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan latihan kemahiran, pengurusan,

pemeringkatan ahli Syabab Fatayat termasuklah pelajar dan guru pada peringkat

pusat. Didalam Pergerakan Syabab & Fatayat, terdapat tiga peringkat yang

dikenali sebagai peringkat Muayyid, Amil dan Mujahid.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

10

1.3 Penyataan Masalah

Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiadanya suatu standard

yang dikhaskan dan sesuai dengan sekolah-sekolah ini untuk digunapakai sebagai

garis panduan dalam penilaian tahap pengurusan berkaitan dengan elemen

pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. Penyelidik ingin

membangunkan satu instrumen dan seterusnya menjalankan kajian untuk

mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pihak

sekolah dalam elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan

kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah. Objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan peperiksaan.

1.4.2 Mengenalpasti aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam

elemen pengurusan peperiksaan.

1.4.3 Mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan kokurikulum.

1.4.4 Mengenalpasti aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam

elemen pengurusan kokurikulum.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin

11

1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan peperiksaan di Sekolah Rendah Islam Hidayah?

1.5.2 Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen

pengurusan peperiksaan di Sekolah Rendah Islam Hidayah?

1.5.3 Apakah tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah?

1.5.4 Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen

pengurusan kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah?