BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· - fp.utm.my · belakang yang baik dalam bidang sukan pada pelbagai...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· - fp.utm.my · belakang yang baik dalam bidang sukan pada pelbagai...
PSZ 19:16(pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· mOUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENYELIAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (UKJK) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NORA IDURA BINTI OTHMAN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/SaIjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
I. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (,j )
(Mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
o SULIT
o TERHAD
EJ TlDAK TERHAD
[fA~PFNlJLIS) Alamat Tetap : NO 61 JALAN PP 3/11 TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG SELANGOR
Tarikh: _5.L...1_s-.......120__0~-'--__
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
Disahkan oleh,
---~
(TANDATANGAN PENYELlA)
PM DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ OMAR
Nama Penyelia
Tarikh: 5_;!_~ I_~_09__
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan .. Jenis tesis ini SUUT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan SaIjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ljazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Tandatangan : ::_-~_-~_-_~_~ _
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFlDZ BIN HAJl OMAR
Tarikh: 25 APRIL 2009
ii
PEMBANGUNAN SISTEM PENYELIAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (UKJK) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN (PJK)
NORA IDURA BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................................................
Nama Penulis : ......................................................................
Tarikh : ......................................................................
iv
Dedikasi
Untuk ayah yang disanjungi
Othman bin Mat Isa
Untuk ibu yang disayangi
Rohana binti Din
Untuk teman yang dikasihi
Ahmad Faisal bin Ismail
v
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek
Sarjana Muda saya iaitu P.M. Dr. Abdul Hafidz bin Omar kerana beliau telah banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan usaha yang tidak jemu dalam membantu
saya dalam menyempurnakan projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
keluarga tersayang terutama ayah dan ibu yang banyak memberi sokongan yang tidak
ternilai buat saya.
Di samping itu, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Khairudin bin Hasan
dari Fakulti Elektrik dan Izwyn binti Zulkapri dari Fakulti Bioperubatan dan Sains
Kesihatan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan proses Pembangunan
Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan saya iaitu Umi Natrah binti Abdul Rahman, Razmal bin Shapiei,
Suhaimi bin Daubi, Norbaizura binti Abu Bakar yang banyak membantu saya dalam
usaha menyiapkan projek ini. Akhir sekali tidak lupa saya untuk mengucapkan terima
kasih kepada pelajar-pelajar Sains Sukan UTM dan Sekolah Sukan Bandar Penawar,
Johor yang banyak memberi kerjasama kepada saya dalam proses pengujian.
vi
ABSTRAK
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ada sekarang masih menggunakan kaedah manual dalam pengumpulan data kecergasan pelajarnya. Selain itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini juga kurang diselia dan dianalisis dengan baik oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini dijalankan untuk membangunkan sistem penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan empat komponen utama sistem ini iaitu pengujian peralatan kecergasan, sistem penasihatan, sistem analisis dan sistem pemfailan. Dua bentuk kajian dijalankan dalam kajian ini iaitu kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan pada pelbagai peringkat.manakala kajian sebenar pula melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 16 tahun-19 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan prestasi tinggi. Individu hanya memerlukan alat ingatan untuk menyimpan ID, nama dan data supaya semua stesen ujian boleh mengenalpasti individu tersebut dan menyimpan data kecergasan dalam alat ingatan tersebut. Sistem yang dibangunkan akan membaca dan menganalisis data daripada alat ingatan tersebut dan mengenalpasti tahap kecergasan individu tersebut. Dua pengujian kecergasan dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pos. Dalam tempoh masa antara kedua-dua ujian tersebut, subjek diberi nasihat mengenai latihan-latihan yang dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka, Terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian pada ujian Duduk Jangkau, Tekan Tubi, Bangkit Tubi dan Lompat Jauh Berdiri.. Tiga ujian lagi iaitu Naik Turun Bangku, Treadmil dan Lari Ulang Alik pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua ujian. Berdasarkan dapatan kajian, pembangunan sistem dari aspek pengujian, penasihatan, analisis dan pemfailan telah dapat dibangunkan dengan jayanya
vii
ABSTRACT
The main purpose of this research is to develop National Physical Fitness Test (NPFT) Monitoring System for Physical Education and Health subject. National Physical Fitness Test (NPFT) still using manual procedure in collecting student’s data. Besides, the test were less monitored and analyzed by Physical Education’s teacher. This study focused to develop four (4) main components of the system; fitness equipment’s testing, advice system, analysis system and e-filing system. Pilot study chose ten male and ten female university students from age 19 to 29 with background in sports meanwhile ten male and ten female Sekolah Sukan Bandar Penawar’s students from age 16 to 19 with background in high performance sports were chosen as subjects for real study. A person only need Removable Memory Device to store his ID, name and data so that all stations can identify the person and stores the results in the device. The system will read and analyze the data from the memory and recognize the fitness level of the person. Two types of testing were evaluated that is pre-test and post-test. Between these two tests, subjects were given advice about the trainings that can improve their fitness level. Results analysis shows that there are significance differences of the pre-post test Sit and Reach, Sit Up, Push Up and Standing Long Jump. There are no significance differences of the pre-post test of Step Up, Treadmill and Shuttle Run. Based on results analysis, development of four (4) main component of the system has been achieved.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI CARTA ALIR ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI JADUAL xi
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 9
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sistem Pendigitalan dan Elektronik 13
2.3 Sistem Penasihatan 15
2.4 Sistem Analisis 17
2.5 Sistem Pemfailan Elektronik 18
2.6 Penutup 20
x
BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKASURAT
3.1 Pengenalan 21
3.2 Antaramuka Sistem 22
3.2.1 Muat Naik Data dari Alat Ingatan 22
3.2.2 Penyeliaan Guru 23
3.2.3 Data Pengguna 24
3.2.4 Analisis Data 25
3.2.5 Penasihatan 26
3.2.6 Aturan & Cetak 27
3.3 Rekabentuk Kajian 28
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Populasi dan Persampelan 29
3.6 Instrumen Kajian 30
3.6.1 Alat Ingatan 30
3.6.2 Sistem Penyeliaan UKJK 31
bagi Matapelajaran PJK
3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan UKJK 31
3.6.4 Perisian Statistical Package 31
for Social Science (SPSS 12.0)
3.7 Prosedur Kajian 31
3.7.1 Pemilihan Subjek 32
3.7.2 Taklimat Kajian 32
3.7.3 Taklimat Penggunaan 33
3.8 Pengumpulan Data 33
3.9 Kaedah Penganalisaan Data 33
3.10 Sistem Penasihatan 34
3.11 Penutup 34
xi
BAB IV REKABENTUK & PEMBANGUNAN MUKASURAT
SISTEM
4.1 Pengenalan 35
4.2 Keseluruhan Sistem 36
4.2.1 Carta Alir Perjalanan 37
Keseluruhan Sistem
4.3 Alat Ingatan Mudah Dikeluarkan 37
4.4 Stesen-stesen Ujian Kecergasan 38
4.4.1 Carta Alir Semua Stesen 39
Ujian Kecergasan
4.5 Treadmill 40
4.5.1 Stesen Ujian Treadmill 41
4.5.2 Carta Alir Prosedur 42
Ujian Treadmill
4.6 Duduk Jangkau (Sit & Reach) 43
4.6.1 Stesen Ujian Duduk Jangkau 44
(Sit & Reach)
4.6.2 Carta Alir Prosedur Duduk Jangkau 45
(Sit & Reach)
4.7 Tekan Tubi (Push Up) 46
4.7.1 Stesen Ujian Tekan Tubi 47
(Push Up)
4.7.2 Carta Alir Prosedur 48
Tekan Tubi (Push Up)
4.8 Bangkit Tubi (Sit Up) 49
4.8.1 Stesen Ujian Bangkit Tubi 50
(Sit Up)
4.8.2 Carta Alir Prosedur Bangkit 51
Tubi (Sit Up)
xii
BAB IV REKABENTUK & PEMBANGUNAN MUKASURAT
SISTEM
4.9 Naik Turun Bangku (Step Up) 52
4.9.1 Stesen Naik Turun Bangku 53
(Step Up)
4.9.2 Carta Alir Prosedur Naik 54
Turun Bangku (Step Up)
4.10 Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 55
4.10.1 Stesen Lari Ulang Alik 55
(Shuttle Run)
4.10.2 Carta Alir Prosedur Lari 56
Ulang Alik (Shuttle Run)
4.11 Lompat Jauh Berdiri (Standing 57
Long Jump)
4.11.1 Stesen Lompat Jauh Berdiri 58
(Standing Long Jump)
4.11.2 Carta Alir Prosedur Lompat 59
Jauh Berdiri (Standing Long Jump)
4.12 Penutup 59
BAB V ANALISIS DATA MUKASURAT
5.1 Pengenalan 60
5.2 Kaedah Analisis Data 61
5.3 Treadmill 61
xiii
BAB V ANALISIS DATA MUKASURAT
5.4 Duduk Jangkau (Sit and Reach) 63
5.5 Tekan Tubi (Push Up) 66
5.6 Bangkit Tubi (Sit Up) 68
5.7 Naik Turun Bangku (Step Up) 70
5.8 Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 72
5.9 Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 74
5.10 Penutup 76
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN MUKASURAT
DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 81
6.2 Perbincangan 82
6.2.1 Keberkesanan pengujian alatan 82
kecergasan bagi Sistem Penyeliaan
UKJK untuk digunakan di sekolah-
sekolah.
6.2.2 Keberkesanan pengemaskinian 83
program penasihatan ini dapat
menyatakan program latihan yang
benar-benar merangkumi
komponen kecergasan.
6.2.3 Keberkesanan sistem analisis 84
dalam membantu para guru dan
jurulatih menilai dan
meningkatkan tahap prestasi
pelajar dan atlit mereka
xiv
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN MUKASURAT
DAN CADANGAN
6.2.4 Keberkesanan pembangunan 86
program pemfailan pangkalan
data (database filing) ini dalam
mengumpulkan data kecergasan
pelajar yang terlibat dalam
(UKJK) secara sistematik
dan saintifik
6.3 Masalah Yang Dihadapi 88
6.3.1 Masalah pada stesen ujian 89
kecergasan
6.3.2 Masalah pada pengaturcaraan sistem 90
6.3.3 Masalah pengetahuan dalam 90
bidang elektronik
6.4 Cadangan 91
6.4.1 Persampelan Kajian 91
6.4.2 Penambahbaikan Pada 91
Pengaturcaraan Sistem
6.4.3 Rekabentuk Yang Lebih 92
Kreatif
6.5 Rekabentuk Kajian 92
6.6 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN 97
xv
SENARAI CARTA ALIR
NO TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Carta alir perjalanan keseluruhan sistem 37
4.4.1 Carta alir semua stesen ujian kecergasan 39
4.5.2 Carta alir prosedur Ujian Treadmill 42
4.6.2 Carta alir prosedur Ujian Duduk 45
Jangkau (Sit and Reach)
4.7.2 Carta alir prosedur Ujian Tekan 48
Tubi (Push Up)
4.8.2 Carta alir prosedur ujian Bangkit 51
Tubi (Sit Up)
4.9.2 Carta alir prosedur Ujian Naik 54
Turun Bangku (Step Up)
4.10.2 Carta alir prosedur Ujian Lari 56
Ulang Alik (Shuttle Run
4.11.2 Carta alir prosedur Ujian Lompat Jauh 59
Berdiri (Standing Long Jump)
xvi
SENARAI RAJAH
NO TAJUK MUKA SURAT
3.2 Antaramuka Sistem 22
3.2.1 Muat Naik Data Daripada Alat Ingatan 22
3.2.2 Penyeliaan Guru 23
3.2.3 Data Pengguna 24
3.2.4 Analisis Data 25
3.2.5 Penasihatan 26
3.2.6 Aturan dan Cetak 27
4.3.1 Alat ingatan mudah dikeluarkan 37
(Removable Memory Device)
4.5.1 Stesen Treadmill 41
4.6.1 Stesen Duduk Jangkau (Sit and Reach) 44
4.7.1 Stesen Tekan Tubi (Push Up) 47
4.8.1 Stesen Bangkit Tubi (Sit Up) 50
4.9.1 Stesen Naik Turun Bangku (Step Up) 53
4.10.1 Stesen Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 55
4.11.1 Stesen Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 58
xvii
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
5.3.1 Data Ujian Treadmill 62
5.3.2 Nilai Min Ujian Treadmill 62
5.3.3 Nilai Ujian t Treadmill 63
5.4.1 Data Ujian Duduk Jangkau (Sit and Reach) 64
5.4.2 Nilai Min Duduk Jangkau (Sit and Reach) 64
5.4.3 Nilai Ujian t Duduk Jangkau (Sit and Reach) 65
5.5.1 Data Ujian Tekan Tubi (Push Up) 66
5.5.2 Nilai Min Tekan Tubi (Push Up) 67
5.5.3 Nilai Ujian t Tekan Tubi (Push Up) 67
5.6.1 Data Ujian Bangkit Tubi (Sit Up) 68
5.6.2 Nilai Min Bangkit Tubi (Sit Up) 69
5.6.3 Nilai Ujian t Bangkit Tubi (Sit Up) 69
5.7.1 Data Ujian Naik Turun Bangku (Step Up) 70
5.7.2 Nilai Min Naik Turun Bangku (Step Up) 71
5.7.3 Nilai Ujian t Naik Turun Bangku (Step Up) 71
5.8.1 Data Ujian Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 72
5.8.2 Nilai Min Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 73
5.8.3 Nilai Ujian t Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 73
5.9.1 Data Ujian Lompat Jauh Berdiri 74
(Standing Long Jump)
5.9.2 Nilai Min Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 75
5.9.3 Nilai Ujian t Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 75
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, pada
tahun 2002 terdapat 26% orang dewasa di Amerika Syarikat yang berumur antara 20
tahun-74 tahun mempunyai masalah berat badan berlebihan. Latihan fizikal adalah satu
strategi utama yang penting untuk menghilangkan lemak di tubuh dan sekaligus
menyihatkan badan. Latihan fizikal juga tidak perlu membebankan dan menyakitkan
untuk meningkatkan keberkesanan kerana kajian menunjukkan hanya dengan
meningkatkan kadar nadi dalam lingkungan zon latihan spesifik yang berseuaian dengan
umur dan berat individu tersebut, latihan itu dapat dimaksimumkan
keberkesanannya.(Zarar, 2003)
Kecergasan fizikal sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan
produktif. Atas kesedaran inilah pihak kerajaan Malaysia sering menjalankan usaha dan
2
kempen bagi menggalakkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat dan
meningkatkan tahap kecergasan individu. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi semasa Majlis Pelancaran Kalendar Acara dan Program Hidup
Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata:
“ Tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik dan pintar, tetapi berpenyakit dan
tidak sihat akibat kurang cergas.”
Tegas beliau lagi, kekuatan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyat
yang sihat sebagai sumber bagi menggerakkan pertahanan dan pembangunan. Beliau
turut menasihatkan golongan remaja agar tidak mengabaikan kepentingan penjagaan
kesihatan dan sama-sama menjayakan program kecergasan dan gaya hidup sihat yang
dianjurkan oleh kerajaan untuk mereka.
Di Malaysia, kemajuan teknologi dalam sukan dan kecergasan ini masih di
peringkat awal dan belum berkembang maju. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas, pihak Kementerian Belia dan Sukan
dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia telah mewujudkan satu
program khas untuk menguji tahap kecergasan individu iaitu Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UKJK). Program ini direka khas untuk mengukur tahap kecergasan
individu mengikut komponen-komponen kecergasan tertentu. Program Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini dilihat sebagai satu usaha untuk membantu
para guru mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah, mengumpul data-data serta
melihat kemajuan dan perkembangan kecergasan mereka.
Namun begitu, penilaian dan pengukuran dalam Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UKJK) masih lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah
pengumpulan data masih dilakukan secara manual. Seiring dengan hasrat kerajaan
3
untuk menjadikan Malaysia negara yang maju dan berteknologi, pelbagai usaha dan
kajian dilakukan untuk menjadi perintis dalam mengubah kaedah manual dalam
pengumpulan data Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini ke dalam bentuk
sistem pengurusan maklumat secara digital.
Sistem pengurusan maklumat kecergasan fizikal secara digital ini bukanlah
perkara asing lagi di negara-negara maju. Biro Kakitangan Tentera Laut Millington
(Millington Bureau of Naval Personnel Online) telah menubuhkan satu sistem maklumat
digital berasaskan web mengenai kecergasan fizikal tentera laut mereka. Sistem ini
dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Kesediaan Fizikal (Physical Readiness
Information Management System (PRIMS)). Sistem ini menyimpan maklumat
kecergasan, perubatan, komposisi badan dan Program Meningkatkan Kecergasan
(Fitness Enhancement Program). (Barbara, 2002)
Ariel Computerized Exercise System (ACES) pula adalah satu sistem yang dihasil
dan dibangunkan oleh penyelidik Coto Research Center of Coto de Caza, California.
Sistem yang menggunakan perisian Lotus 1-2-3 untuk menguruskan operasinya ini lebih
menekankan aspek pemuliharaan, kecergasan dan program latihan dalam
pembangunannya. Keistimewaannya ialah dari aspek biomekaniknya iaitu mampu
mengawal dan menilai jumlah daya, halaju, pecutan, kerja, kuasa dan sebagainya. Dua
contoh sistem kecergasan digital ini merupakan salah satu bukti kejayaan para saintis
dan penyelidik sukan untuk memajukan bidang sukan dan sekaligus menyumbang ke
arah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dunia. (Gideon Ariel,2001)
Terdapat juga sistem yang bukan sahaja mencadangkan latihan-latihan yang
sesuai dengan pengguna setelah mengambil kira faktor-faktor seperti tabiat merokok,
penyakit kronik dan sebagainya, ia turut memberi cadangan pemakanan, resepi dan tips
pemakanan kepada pengguna. Fitness Triage System and Nutrition Gets Personal ini
4
bagaikan pelatih dan penasihat personal kepada pengguna sistem ini. (Linda Pfeffer,
2003)
Malaysia turut tidak ketinggalan dalam usaha membawa dan mengaplikasikan
tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini ke dalam bidang sukan di Malaysia.
Pelbagai kajian dan penyelidikan dijalankan secara berperingkat dan berterusan untuk
menghasilkan satu sistem pengurusan maklumat Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK) dalam bentuk digital. Kini sistem digital ini lebih dikenali sebagai Sistem
Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Namun ia masih merupakan sistem prototaip
dan perlu dibangunkan dan diuji keberkesanan sebelum ianya digunakan di sekolah-
sekolah.
Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) ini dihasilkan melalui perisian
Visual Studio 2006 dan pengaturcaraan C++. Sistem ini menggunakan alat ingatan
(memory) untuk menerima dan menghantar bacaan yang diperolehi kepada sistem
penyimpanan data. Apabila data-data ini diperolehi barulah sistem ini akan menyelia,
memberi nasihat dan menganalisis data secara automatik. Kelebihan sistem pangkalan
data (database) ini ialah ia membolehkan ramai pengguna mengakses sistem pada masa
yang sama dan boleh berkongsi data sesama pengguna.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dilihat sebagai
medium utama yang berfungsi untuk mengukur tahap kecergasan individu setiap pelajar.
Pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk menambahbaik dan
memasukkan elemen teknologi dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ada sekarang masih
menggunakan kaedah manual dalam pengumpulan data kecergasan pelajarnya. Selain
itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini juga kurang diselia dan
dianalisis dengan baik oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Kebiasaannya guru terpaksa meminta bantuan pelajar lain untuk mengambil data dan
ralat biasanya berlaku. Oleh itu, saranan program latihan yang sesuai dan analisis tahap
kecergasan mereka tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
1.3 Penyataan Masalah
Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah satu sistem pengumpulan
data kecergasan pelajar dalam bentuk digital. Sistem ini dapat memudahkan para guru
dan jurulatih untuk memantau prestasi kecergasan pelajar dan atlit mereka secara
berterusan.
6
Masalah utama yang dikenalpasti dalam Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan
Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) ini ialah sistem pengumpulan data kecergasan pelajar sedia ada masih bersifat
prototaip dan perlu dibangunkan. Ketiadaan sistem pemfailan menyebabkan data pelajar
tidak diatur secara sistematik. Selain itu, program latihan saranan untuk meningkatkan
tahap kecergasan pelajar masih tidak merangkumi latihan – latihan dalam semua
komponen kecergasan. Program penasihatan dan saranan ini akan lebih sempurna
sekiranya terdapat saranan program latihan mengikut komponen-komponen kecergasan.
Sistem penyeliaan sedia ada masih diperingkat minimum iaitu hanya guru – guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sekolah berkenaan sahaja yang menyelia.
Ianya masih tidak bersifat menyeluruh dimana ia boleh diselia secara jarak jauh oleh
pihak Kementerian Pelajaran atau organisasi-organisasi sukan tertentu, samada melalui
satelit, emel dan sebagainya. Di sini lah dapat kita lihat kepentingan ICT dalam sistem
ini. Seterusnya ialah ketiadaan sistem analisis automatik untuk mengkaji dan menilai
tahap perkembangan pelajar dan atlit. Sistem analisis ini memberi banyak kemudahan
kepada guru dan jurulatih khususnya dalam membantu meningkatkan tahap prestasi
kecergasan pelajar dan atlit mereka.
1.4 Objektif Kajian
i. Menjalankan pengujian alatan kecergasan bagi Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UKJK).
ii. Mengemaskini program penasihatan yang mengandungi program latihan yang
merangkumi komponen kecergasan.
7
iii. Membangunkan sistem analisis bagi membantu guru dan jurulatih mengukur dan
menilai prestasi pelajar dan atlit.
iv. Mengemaskini program pemfailan pangkalan data (database filing) bagi
mengumpulkan semua data kecergasan pelajar yang terlibat dalam Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).
1.5 Persoalan Kajian
i. Sejauh manakah keberkesanan pengujian alatan kecergasan bagi Sistem
Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan untuk digunakan di sekolah-
sekolah?.
ii. Sejauh manakah keberkesanan pengemaskinian program penasihatan ini dapat
menyatakan program latihan yang benar-benar merangkumi komponen
kecergasan?.
iii. Adakah sistem analisis yang dibangunkan ini benar-benar dapat membantu para
guru dan jurulatih menilai dan meningkatkan tahap prestasi pelajar dan atlit
mereka?
iv. Sejauh manakah keberkesanan pembangunan program pemfailan pangkalan data
(database filing) ini dapat mengumpulkan data kecergasan pelajar yang terlibat
dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) secara sistematik dan
saintifik?