BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung...

28
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : AMALAN PENDEKATAN INKUIRI GURU DALAM PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya _______________MUHAMMAD BIN MOHD ZAIN______________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ______________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 988, JALAN ANGGERIK 5/1, TAMAN ANGGERIK TENGGARA, PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD 81440, BANDAR TENGGARA , Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh : 14 OGOS 2013 Tarikh : 14 OGOS 2013 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : AMALAN PENDEKATAN INKUIRI GURU DALAM PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya _______________MUHAMMAD BIN MOHD ZAIN______________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

______________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 988, JALAN ANGGERIK 5/1, TAMAN ANGGERIK TENGGARA, PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD 81440, BANDAR TENGGARA, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh : 14 OGOS 2013 Tarikh : 14 OGOS 2013

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : ....................................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF BIN

HJ. ARSHAD

Tarikh : 14 OGOS 2013

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

AMALAN PENDEKATAN INKUIRI GURU DALAM PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH

MUHAMMAD BIN MOHD ZAIN

Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OGOS 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

ii

“Saya akui karya bertajuk “Amalan Pendekatan Inkuiri Guru Dalam Pengajaran

Sains Sekolah Menengah” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Penulis : MUHAMMAD BIN MOHD ZAIN

Tarikh : 2 OGOS 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

iii

DEDIKASI

Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang,

JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR

Terima kasih di atas kesabaranmu yang senantiasa disisi kala senang dan sukarku.

Al-Fatihah ku kirimkan buat ayahanda dan bondaku,

MOHD ZAIN BIN WOOK & AZIZAH BINTI MAT JUSOH

semoga abah dan mek sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang

Allah S.W.T.

Jutaan terima kasih buat ayahanda dan bonda mertuaku,

HJ. ABU BAKAR BIN MOHD SIH & HJH. ZARIAH BINTI ZAINAL

di atas doa dan sokongan yang mengiringi perjuanganku selama ini

Buat anakanda-anakandaku sekalian,

MUSLIH, MUIZ, DAMIA DAN AFEEF

Perjuangan dan pengorbananku ini adalah untuk kalian. Moga satu hari nanti kalian akan menjadi insan yang jauh lebih baik dariku

dan

Sekalung penghargaan buat seluruh ahli keluarga yang memberi sokongan serta

galakan.

Budi dan jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan penulisan tesis ini. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya

Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang sentiasa memberikan

bimbingan dan tunjuk ajar dalam usaha penyelidikan saya. Begitu banyak ilmu yang

sangat berguna telah beliau curahkan tanpa rasa jemu. Jutaan terima kasih juga

kepada Prof. Madya Aziz bin Nordin dan Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman yang

juga telah banyak menyumbangkan buah fikiran dalam menambahbaik dan

memperbaiki penyelidikan ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi

baik kalian.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak membantu, tuan pengetua dan rakan sejawat di SMK

Sultan Alauddin, Kulaijaya yang sentiasa memberikan ruang untuk saya. Tidak lupa

juga kepada rakan-rakan guru di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Kulaijaya

yang terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas kerjasama anda. Semoga

ALLAH memberikan sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas budi dan jasa kalian.

Sekian.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap amalan dan kefahaman guru sains

sekolah menengah terhadap pelaksanaan pendekatan inkuiri. Selain itu, ia juga

bertujuan mengenalpasti halangan-halangan kepada pendekatan inkuiri. Bagi

tujuan ini, satu kajian kualitatif telah dijalankan ke atas 41 orang guru sains dari

sekolah-sekolah harian biasa dalam daerah Kulaijaya, Johor. Instrumen kajian terdiri

daripada temubual separa struktur dan satu set soal selidik. Data-data dalam kajian

ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian

menunjukkan kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri adalah sangat rendah.

Mereka juga didapati tidak dapat memahami definisi, fasa dan kepentingan

pembelajaran inkuiri. Kefahaman yang rendah terhadap inkuiri menyebabkan guru

tidak mengamalkan inkuiri atau mengamalkan inkuiri tahap rendah (inkuiri

berstruktur). Selain daripada kefahaman yang rendah, guru sains juga didapati

cenderung untuk menjalankan pengajaran secara tradisional disebabkan beberapa

faktor halangan lain seperti kekangan masa, keupayaan pelajar yang rendah dan

keutamaan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Dapatan ini menggambarkan

bahawa satu usaha perlu diambil untuk menambahbaik penguasaan guru sains

mengenai pendekatan inkuiri samada di peringkat pra perkhidmatan atau dalam

perkhidmatan supaya kelangsungan pembelajaran sains yang bermakna dapat

diteruskan dalam bilik darjah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

vi

ABSTRACT

The aim of the study is to identify the level of inquiry approach practiced by

science teachers of secondary school and their understanding about inquiry as well.

In additional, the study also identify the constrains of inquiry approach in science

teaching and learning. To achieved the stated purposes, a research using qualitative

method had been done to 41 secondary school science teachers from Kulaijaya

district, Johor. Research instrument used were open-ended questionnaire and semi-

structured interview. Collected data from the study was analyzed using content

analysis method. Research findings show science teachers understanding about

inquiry approach is very weak. They also couldn’t afford to understand the

definition, phases and importance of inquiry approach. Low level of teachers

understanding about inquiry lead them to leave inquiry practice or implementing low

level of inquiry (structured inquiry). Besides weak understanding about inquiry,

teachers were also attracted to do traditional teaching practice because of certain

constraint such as lack of time, students with low ability, students immaturity and

priority to accomplish syllabus of the subject. Research findings give a picture that

an effort to improvise science teacher proficiency about inquiry approach must be

taken either in preservice or in service to ensure the continuity of meaningful science

learning in our classroom.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Penggunaan Kaedah Pengajaran Tradisional

Masih Diamalkan Dalam Pengajaran Sains.

3

1.2.2 Kefahaman Guru Terhadap Pendekatan Inkuiri 4

1.2.3 Pelbagai Halangan Dalam Melaksanakan

Pendekatan Inkuiri.

5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

viii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Kerangka Konsep 9

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Definisi Inkuiri Penemuan 13

2.3 Jenis–Jenis Inkuiri 14

2.3.1 Inkuiri Berstruktur 15

2.3.2 Inkuiri Terbimbing 15

2.3.3 Inkuiri Terbuka 16

2.4 Model Pengajaran Inkuiri 16

2.4.1 Model Inkuiri Saintifik 16

2.4.2 Model Inkuiri Suchman 17

2.5 Fasa Dalam Pengajaran Inkuiri 18

2.6 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 19

2.6.1 Pengetahuan dan Kepercayaan Guru Penting

untuk Menjayakan Pendekatan Inkuiri

19

2.6.1.1 Pengetahuan Guru 19

2.6.1.2 Kepercayaan Guru 21

2.7 Kepentingan Pendekatan Inkuiri dalam Pengajaran Sains 21

2.7.1 Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap

Alam Sains

22

2.7.2 Mengembangkan Kemahiran Berfikir Pelajar 23

2.7.3 Meningkatkan Penguasaan Konsep 24

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

ix

2.7.4 Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

25

2.7.5 Memupuk Sikap Positif Pelajar 26

2.8 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendekatan Inkuiri 27

2.8.1 Kajian Mengenai Tahap Pelaksanaan Pendekatan

Inkuiri dalam Pengajaran Sains

27

2.8.2 Kajian Mengenai Kefahaman Guru Terhadap Inkuiri

28

2.8.3 Kajian Mengenai Halangan-Halangan Dalam

Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri

30

2.8.3.1 Kekangan Masa 31

2.8.3.2 Kurikulum dan Bahan Pengajaran 32

2.8.3.3 Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran 34

2.8.3.4 Kefahaman dan Kemahiran Guru yang

Lemah Dalam Amalan Inkuiri

35

2.8.3.5 Keupayaan dan Sikap Pelajar 36

2.8.3.6 Kekurangan Peruntukan dan

Kemudahan

37

2.9 Penutup 38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Persampelan 41

3.4.1 Latar Belakang Guru 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.5.1 Instrumen Soal Selidik Terbuka 43

3.5.2 Temubual Separa Struktur 44

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

x

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Prosedur Kajian 46

3.8 Analisis Data 47

3.8.1 Soal Selidik Terbuka 47

3.8.2 Temubual Separa Struktur 47

3.9 Penutup 48

BAB IV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Amalan dan Pelaksanaan Inkuiri Dalam Pengajaran

Sains

50

4.2.1 Tahap Amalan Inkuiri Guru Dalam Pengajaran

Sains

53

4.3 Kefahaman Guru Mengenai Pendekatan Inkuiri 57

4.3.1 Kefahaman Guru Terhadap Definisi Inkuiri 58

4.3.1.1 Guru Sains Masih Tidak Memahami

Pendekatan Inkuiri

59

4.3.1.2 Huraian Definisi Inkuiri Guru 60

4.3.2 Kefahaman Guru Mengenai Fasa Inkuiri 65

4.3.3 Kefahaman Guru Mengenai Kepentingan Inkuiri 69

4.4 Halangan Dalam Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 74

4.4.1 Kekangan Masa 77

4.4.2 Kemampuan Pelajar 79

4.4.3 Kematangan Pelajar 80

4.4.4 Keutamaan Menghabiskan Sukatan 82

4.4.5 Halangan-halangan Lain 83

4.5 Penutup 84

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

xi

BAB V KESIMPULAN 85

5.1 Pendahuluan 85

5.2 Ringkasan 85

5.3 Rumusan 86

5.3.1 Tahap Amalan Inkuiri Guru Sains Sekolah Menengah

86

5.3.2 Kefahaman Guru Sains Mengenai Pendekatan Inkuiri

87

5.3.3 Halangan-halangan Dalam Pelaksanaan Inkuiri 88

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.5 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A-I 105-163

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Nama sekolah dan bilangan guru yang terlibat dalam kajian

41

Jadual 3.2 Maklumat demografi responden kajian 42

Jadual 3.3 Taburan soalan untuk mendapatkan data bagi aspek yang dikaji.

43

Jadual 3.3 Taburan soalan yang terdapat dalam set A dan B 45

Jadual 4.1 Dakwaan guru mengenai jenis inkuiri diamalkan dalam pengajaran sains

51

Jadual 4.2 Tahap amalan inkuiri guru yang sebenar mengikut jenis inkuiri

55

Jadual 4.3 Perbandingan diantara dakwaan guru mengenai jenis inkuiri yang diamalkan dengan amalan sebenar

56

Jadual 4.4 Jawapan guru terhadap makna inkuiri 61

Jadual 4.5 Penerangan guru mengenai fasa inkuiri 66

Jadual 4.6 Contoh jawapan guru dikategorikan sebagai “penerangan spesifik”

67

Jadual 4.7 Kepentingan amalan inkuiri dalam pengajaran sains

70

Jadual 4.8 Halangan utama inkuiri yang dikemukakan oleh guru sains

75

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Menunjukkan kerangka konsep dalam kajian ini 10

Rajah 2.1 Fasa dalam inkuiri yang diubahsuai berdasarkan Joolingen dan Zacharias (2009) dan Seraphin (2012)

18

Rajah 4.1 Graf menunjukkan jawapan guru mengenai jenis inkuiri diamalkan.

51

Rajah 4.2 Graf menunjukkan penerangan guru mengenai amalan inkuiri yang mereka laksanakan

54

Rajah 4.3 Graf menunjukkan kategori huraian guru mengenai inkuiri

59

Rajah 4.4 Graf menunjukkan halangan dalam pelaksanaan inkuiri

76

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

CBATLEI Comprehensive Beliefs About Inquiry and Teaching and Learning Experiences

ENVISION Learning Environmental Science and Learning to Teach through Inquiry

NRC National Research Council

NSES National Science Educational Standard

OECD

Organization for Economics Co-operation and Development.

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

USA United States of America

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen soal selidik terbuka 105-109

Soalan temubual separa struktur 110-111

B Contoh instrumen soal selidik terbuka yang telah dijawab

112-116

C Transkrip jawapan guru dalam temubual 117-136

D Jadual senarai jawapan responden dalam temubual 137-141

E Hasil analisis kandungan bagi data soal selidik terbuka dan temubual separa struktur

142-147

F Jadual analisis data mengenai tahap amalan inkuiri guru

148-149

G Analisis data soal selidik mengenai fasa dalam pendekatan inkuiri

150-159

H Surat-surat kebenaran menjalankan penyelidikan 160-161

I Pengesahan instrumen kajian 162-163

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan di Malaysia telah

dicetuskan dalam suatu revolusi idea oleh pihak kerajaan sebagai satu wadah untuk

menjana kecemerlangan generasi akan datang. Usaha-usaha untuk merealisasikan

kewujudan sebuah negara bangsa yang maju dan disegani sangat bergantung kepada

generasi masa hadapan yang menjadi aset insani yang akan memainkan peranan

utama dalam memacu kejayaan bangsa (Zahara, 1998). Bagi menjayakan hasrat

tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang

berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terutamanya sains dan

teknologi. Justeru, bidang pendidikan di Malaysia diberikan tumpuan utama untuk

menghasilkan modal insan yang dapat menjayakan aspirasi ini. Salah satu bidang

yang utama adalah bidang sains. Oleh kerana itu, pihak kerajaan perlu

menitikberatkan pendidikan sains bermula dari peringkat sekolah rendah lagi

(Wagler, 2009).

Sains bermaksud kita dapat menerangkan apa yang berlaku di alam

sekeliling kita (Bybee, 2006). Pengetahuan saintifik perlu untuk menghuraikan alam

semulajadi biasanya berasaskan kepada pemerhatian, data eksperimental dan

penjelasan mengenai bagaimana alam ini berfungsi. Hal ini seperti dinyatakan oleh

US Education Department (2005) yang menyatakan bahawa pembelajaran sains

adalah suatu proses yang melibatkan aktiviti seperti pemerhatian, pengelasan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

2

maklumat, meramal tentang sesuatu kemungkinan, menguji ramalan, membuat

kesimpulan dan seumpamanya. Pembelajaran sains pada masakini juga dilihat

tertumpu kepada cara pelajar membuat keputusan yang bermaklumat dan seimbang

mengenai bagaimana sains memberi impak kepada kehidupan mereka (Brickman et

al., 2009).

Manusia yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara.

Mereka akan mengumpul, menyusun dan menginterpretasi maklumat mengenai diri

sendiri, orang lain dan persekitaran. Dengan maklumat ini manusia akan berfikir

secara kompleks bagi membuat keputusan. Proses ini dinamakan inkuiri (Wagler,

2009). Pendekatan inkuiri telah digunakan dalam bidang sains yang perlu diamalkan

oleh guru-guru sains bagi tujuan meningkatkan hasil pembelajaran pelajar-pelajar

mereka (Melville et al., 2008). Inkuiri adalah pendekatan pengajaran yang dapat

membantu pelajar mencapai kefahaman sains yang berteraskan penyoalan dan

kemahiran berfikir. Di sini para pelajar perlu membuat hipotesis, memerhati,

membuat inferens dan proses-proses lain yang terdapat didalamnya bagi membina

pengetahuan dan konsep sains (Zahara, 1998). Pelajar yang mempelajari sains

melalui pendekatan inkuiri akan mampu menghuraikan sesuatu peristiwa dengan

mengajukan persoalan, membina penerangan terhadap pengetahuan sains semasa dan

mampu berkomunikasi di antara satu sama lain (Newman et al., 2004; Tuan et al.,

2005). Di peringkat sekolah menengah pendekatan inkuiri diterapkan melalui

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2006). Ia

bertujuan supaya pelajar belajar dengan aktif dan dapat membina strategi bagi

menjana dan menyelesaikan masalah (Melville et al., 2008)

Cendikiawan dalam dunia pendidikan sains secara keseluruhannya bersetuju

bahawa inkuiri adalah kaedah pengajaran terbaik berbanding dengan kaedah

pembelajaran tradisional yang ternyata tidak dapat meningkatkan kefahaman

konseptual pelajar (Trundle et al., 2009). Oleh kerana itu, guru sains perlu

memainkan peranan mereka dalam memastikan aspirasi untuk membudayakan

pendekatan inkuiri dalam pembelajaran sains menjadi kenyataan. Sekiranya hasrat

ini didokong oleh para guru, pembelajaran sains akan menjadi suatu pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat memberi kefahaman yang lebih baik

terhadap pelajar mengenai dunia yang mereka diami.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

3

1.2 Latarbelakang Masalah

1.2.1 Penggunaan Kaedah Pengajaran Tradisional Masih Diamalkan Dalam

Pengajaran Sains.

Kejayaan sesi pengajaran sangat bergantung kepada kaedah pengajaran yang

digunakan oleh guru. Guru-guru sains seharusnya melaksanakan pendekatan inkuiri

kerana ianya telah dibuktikan memberi banyak manfaat dalam pembelajaran sains.

Antara kepentingan pendekatan inkuiri ialah pelajar akan dilibatkan secara aktif

dalam proses pembelajaran sains dan menimbulkan keseronokan semasa mereka

meneroka pengetahuan (Asay dan Orgill, 2010). Pelajar yang terlibat secara aktif

dalam pembelajaran akan lebih bermotivasi untuk mempelajari sains dan

membangunkan sikap positif mereka terhadap sains. Dengan itu diharap para pelajar

menguasai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Namun begitu, sejauh

manakah pendekatan pengajaran yang telah digunakan oleh guru-guru pada masa ini

menepati hasrat pembelajaran sains yang sebenar? Adakah pendekatan pengajaran

yang digunakan bersesuaian dengan isi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang

diingini?

Pengajaran inkuiri telah berusia lebih 50 tahun sejak diperkenalkan pada

tahun 60an. Walaupun telah sekian lama pendekatan inkuiri disarankan, tetapi guru

sains masih menggunakan teknik pengajaran tradisional. Guru masih memilih

pendekatan tradisional dalam pembelajaran sains seperti menggunakan kaedah kuliah

bagi menyampaikan kandungan sains dan menggunakan latihan teknikal untuk

memperolehi kemahiran praktikal (Rushton et al., 2010). Sebahagian besar guru

sains di Malaysia di dapati masih menggunakan pengajaran tradisional yang

berpusatkan guru ini. Antara faktor guru cenderung kepada pendekatan tradisional

kerana guru kurang pengalaman dan kefahaman mengenai pendekatan inkuiri dan

kurang kefahaman tentang inkuiri (Melville et al., 2008). Menurut Lotter et al.

(2009) dan Marshall et al. (2007) pendekatan tradisional masih diamalkan oleh guru

kerana tahap keyakinan guru mengenai inkuiri sangat rendah. Guru sains tidak yakin

bahawa pendekatan inkuiri dapat membantu pelajar menguasai hasil pembelajaran.

Wallace dan Kang (2004) menyatakan di sekolah guru terikat dengan budaya bilik

darjah dan meletakkan sasaran menghabiskan sukatan bagi menyediakan pelajar

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

4

untuk peperiksaan penting. Sungguhpun terdapat juga usaha untuk menjalankan

amalan inkuiri di dalam bilik darjah, tetapi tanpa kefahaman yang kukuh terhadap

pendekatan inkuiri menyebabkan guru-guru sains selalunya menyimpang daripada

inkuiri sebenar dan menjalankan pelaksanaan pendekatan inkuiri yang bercelaru.

(Abrams et al., 2008). Adakah faktor-faktor ini juga yang menyebabkan pendekatan

inkuiri itu kurang diamalkan di negara kita?

1.2.2 Kefahaman Guru Terhadap Pendekatan Inkuiri.

Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri merupakan faktor kepada

kejayaan pendekatan inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran sains (Lotter et al.,

2009). Kajian yang dijalankan oleh Kang (2008) menunjukkan ramai guru tidak

memahami tentang pendekatan inkuiri. Guru mempunyai pelbagai kefahaman

mengenai pendekatan inkuiri sehingga ada diantara guru tidak dapat melaksanakan

pendekatan inkuiri seperti yang dikehendaki dalam kurikulum sekolah. Crawford

(1997) mendapati jika guru tidak memahami dengan baik maksud inkuiri akan

menyebabkan mereka tidak dapat menghayati peranan mereka untuk membimbing

pelajar membina pengetahuan mereka melalui pendekatan inkuiri (Asay et al., 2009).

Terdapat juga guru yang percaya bahawa pendekatan inkuiri tidak dapat

dilaksanakan berpunca daripada sukatan pelajaran sains. Mereka merasakan

sebahagian daripada sukatan pelajaran sains itu perlu diajar secara penerangan dan

meminta pelajar membuat pembacaan barulah hasil pembelajaran itu dapat dicapai

(Holliday, 2006). Aulls dan Shore, (2008a) pula mendapati kebanyakan guru

memahami inkuiri dengan menyangka bahawa inkuiri itu adalah suatu set aktiviti

pembelajaran interaktif yang dibina dengan mencukupi, konkrit dan jelas. Oleh itu

penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti pelajar dan bukannya perbincangan

serta perbahasan berkaitan pengalaman yang dilalui pelajar, bukti-bukti yang

diperolehi dan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh pelajar dalam menuju ke arah

proses membentuk makna sesuatu yang dipelajari. Tidak banyak yang dilakukan oleh

guru bagi menyokong pembinaan pengetahuan, penyatuan diantara idea baru dengan

gambaran konseptual pelajar kerana guru-guru ini mempunyai kefahaman bahawa

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

5

kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran melalui satu aktiviti dapat di atasi

dengan menjalankan aktiviti yang lain.

Berdasarkan beberapa kenyataan yang telah dikemukakan ini, jelas

menunjukkan bahawa guru tidak memahami makna sebenar pendekatan inkuiri.

Persoalannya, adakah kefahaman yang salah terhadap pelaksanaan pendekatan

inkuiri ini turut dialami oleh guru di negara kita? Apakah pengetahuan guru terhadap

pendekatan inkuiri? Adakah pengetahuan menjadi faktor halangan kepada

pelaksanaan pengajaran inkuiri?

1.2.3 Pelbagai halangan dalam melaksanakan pendekatan inkuiri.

Sungguh pun terdapat banyak potensi dan kebaikan dalam amalan pendekatan

inkuiri di dalam bilik darjah, kajian menunjukkan guru menghadapi pelbagai

halangan dalam melaksanakan pendekatan inkuiri (Lee and Songer 2003; Newman et

al., 2004). Malah para guru dan penyelidik telah mengenalpasti sebilangan halangan

dalam melaksanakan inkuiri di bilik darjah. Halangan yang disenaraikan antaranya

seperti kesukaran guru mengawal pelajar semasa aktiviti inkuiri dijalankan dan

pelajar-pelajar juga dikatakan tidak mempunyai kebolehan untuk menjalankan

pembelajaran inkuiri.

Pendapat guru yang lain pula menyatakan bahawa halangan kepada

pendekatan inkuiri ialah masa yang terhad. Aulls dan Shore, (2008b) menyatakan

bahawa ada diantara guru yang menyatakan bahawa pendekatan inkuiri tidak dapat

dijalankan kerana kaedah penilaian semasa yang berorientasikan peperiksaan.

Menurut guru-guru berkenaan, kaedah penilaian tradisional berasaskan peperiksaan

ini memaksa mereka menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangka waktu yang

sangat terhad sehingga mereka tidak berkesempatan melaksanakan pendekatan

inkuiri dalam pengajaran sains (Asay et al., 2009).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

6

Beberapa kumpulan penyelidik juga bersetuju bahawa halangan kepada

pendekatan inkuiri juga disebabkan mereka tidak mendapat cukup latihan semasa

menjalani kursus perguruan. Mereka lebih banyak didedahkan dengan teori tentang

inkuiri tetapi kurang melalui sendiri pengalaman melaksanakan pendekatan inkuiri di

dalam bilik darjah (Asay, 2009; Anderson, 2002 dan Kang et al., 2008).

Edelson et al. (1999) mencadangkan 5 halangan dalam melaksanakan

pengajaran berasaskan inkuiri iaitu a) memotivasikan pelajar, b) kebolehcapaian

teknik penyiasatan, c) pengetahuan latar pelajar, d) pengurusan aktiviti latihan oleh

pelajar dan e) kekangan konteks pembelajaran. Persoalannya adakah benar faktor-

faktor ini turut menjadi halangan kepada pelaksanaan pendekatan inkuiri dinegara

kita? Sejauh manakah faktor-faktor ini menghalang pelaksanaan inkuiri di Malaysia?

1.3 Pernyataan Masalah

Didapati amalan inkuiri yang disarankan untuk dilaksana dalam pembelajaran

sains juga sangat kurang digunakan oleh guru-guru. Ada kaedah yang lain yang

lebih digemari dan diyakini oleh guru sebagai medium penyampaian pengetahuan

sains kepada pelajar. Walaupun pelbagai usaha telah diberikan untuk menunjukkan

bahawa penekanan kepada amalan inkuiri dalam pengajaran sains itu sangat penting,

malangnya guru-guru masih kekal dengan amalan yang berbentuk pembelajaran

berpusatkan guru. Amalan inkuiri dalam pembelajaran sains didapati masih belum

mencapai tahap yang diperlukan. Persoalannya, sejauh manakah guru-guru sains kita

dapat memenuhi tuntutan amalan inkuiri dalam bilik darjah. Jika tidak, kegagalan

inkuiri dalam pengajaran sains ini akan membawa kepincangan dan masalah yang

lebih besar dalam penyampaian ilmu pengetahuan sains di negara kita tambahan pula

ianya memberi kesan jangka panjang yang tidak dapat dilihat dalam masa terdekat.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

7

Kefahaman guru tentang pendekatan inkuiri sangat penting bagi memastikan

suatu proses inkuiri itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini untuk memastikan

objektif pembelajaran yang diharapkan dapat dicapai dalam pengajaran dan

pembelajaran sains dengan lebih berkesan. Namun begitu masih ramai guru yang

tidak memahami maksud dan kehendak sebenar pendekatan inkuiri dalam

pembelajaran sains. Oleh sebab itu, kefahaman guru-guru sains terhadap pendekatan

inkuiri juga perlu dikaji untuk mendapatkan maklumat sejauh mana guru-guru sains

memahami pengajaran menggunakan pendekatan inkuiri.

Oleh kerana itu, adalah sangat perlu untuk kita mengenalpasti apakah faktor-

faktor yang menyebabkan kumpulan pelaksana amalan inkuiri ini iaitu guru sains

tidak dapat menyempurnakan tugas mereka sebagai pengamal pendekatan inkuiri

dalam bilik darjah. Kajian-kajian diluar negara telah mengemukakan halangan-

halangan inkuiri di tempat masing-masing. Sudah tentu di Malaysia juga terdapat

pelbagai halangan yang dihadapi oleh para guru dan perlu kepada kajian yang lebih

mendalam. Diharap kajian yang akan dijalankan ini akan dapat dimanfaatkan untuk

menambahbaik amalan inkuiri dalam sistem pendidikan sains di Malaysia.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk :

a. Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan inkuiri dalam

pengajaran dan pembelajaran Sains.

b. Menentukan kefahaman guru-guru Sains terhadap pendekatan inkuiri

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

c. Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru Sains dalam

melaksanakan pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

8

1.5 Persoalan Kajian

a. Apakah tahap pelaksanaan inkuiri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan guru-guru Sains?

b. Apakah kefahaman guru-guru Sains terhadap pendekatan inkuiri?

c. Apakah halangan yang dihadapi oleh guru-guru Sains dalam

melaksanakan pembelajaran inkuiri?

1.6 Rasional Kajian

Kajian ini diharap membawa beberapa kepentingan kepada bidang

pendidikan kimia secara amnya dan kepada profesion perguruan khasnya. Kajian

yang dijalankan akan memberi sumber maklumat ataupun pendedahan yang sangat

besar kepada semua guru sains di Malaysia terutama guru baru yang akan

berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah. Melalui dapatan kajian ini,

penyelidik berharap semua guru dapat mengetahui dengan lebih mendalam bahawa

pendekatan pembelajaran secara inkuiri seharusnya diaplikasikan di dalam

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini terbatas di 10 buah sekolah menengah Daerah Kulaijaya, Johor di

mana kesemua sekolah yang dikaji adalah sekolah harian biasa. Respondan yang

dipilih adalah guru-guru sains yang terdiri daripada 41 orang guru. Kajian hanya

ditumpukan kepada kefahaman guru, tahap pelaksanaan dan halangan-halangan

inkuiri sahaja.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

9

1.8 Kerangka Konsep

Perjalanan keseluruhan kajian ini adalah berdasarkan kerangka konsep yang

telah ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Sebagaimana objektif kajian yang telah

dinyatakan, kajian ini secara umumnya bertujuan mengenalpasti tahap amalan inkuiri

guru sains sekolah menengah.

Bagi tujuan tersebut, kajian akan ditumpukan kepada tahap kefahaman guru

terhadap pendekatan inkuiri. Menurut Abdallah (2003), kefahaman guru terhadap

inkuiri ditunjukkan melalui definisi dan huraian yang diberikan oleh guru terhadap

inkuiri. Oleh sebab itu, kefahaman guru diukur melalui huraian guru tentang a)

definisi inkuiri, b) jenis inkuiri, c) fasa dalam inkuiri, d)pengetahuan dan

kepercayaan dan e)kepentingan inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian akan menunjukkan sama ada amalan inkuiri guru telah mantap

ataupun masih lemah.

Tumpuan kedua dalam kajian ini ialah tahap pelaksanaan. Aspek ini sangat

berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri. Tahap amalan

yang rendah akan memberikan maklumat bahawa kemungkinan besar kepada punca

guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran sains. Namun begitu,

sekiranya kefahaman guru bukanlah faktor utama, maka kajian bagi aspek ketiga

akan dapat membantu mengenalpasti faktor-faktor halangan yang lain. Kesimpulan

akan dibuat dan cadangan penyelesaian akan dikemukakan bagi mencapai tahap

amalan inkuiri yang baik dalam pengajaran sains di sekolah menengah.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

10

KERANGKA KONSEP

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Mohd Zain.TP.pdfiii DEDIKASI Setulus kasih sekalung budi istimewa buat isteri tersayang, JULIANA NOOR BINTI ABU BAKAR Terima kasih di

11

1.9 Penutup

Pendidikan sains di Malaysia perlu kepada kaedah pembelajaran yang

berpusatkan pelajar untuk menghasilkan para pelajar yang berpengetahuan tinggi

dalam bidang sains. Pendekatan yang sangat sesuai untuk merealisasikan hasrat

tersebut adalah pendekatan inkuiri. Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah pun

memberi panduan dan penekanan dalam dokumen kurikulum sains yang diedarkan

ke sekolah di seluruh negara berhubung perkara ini. Sungguhpun begitu, guru masih

mengabaikan amalan inkuiri dengan memilih pendekatan yang lain selain daripada

inkuiri atas pelbagai alasan. Berdasarkan perkembangan yang tidak baik ini, perlu

untuk kita mengkaji tahap amalan inkuiri dalam pengajaran sains. Dapatan kajian

diharap akan dapat membantu memperbaiki amalan inkuiri di Malaysia.