BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKonfigurasi elektron adalah salah satu subtopik bagi...
-
Upload
doannguyet -
Category
Documents
-
view
221 -
download
0
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileKonfigurasi elektron adalah salah satu subtopik bagi...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA CD-ROM KONFIGURASI
ELEKTRON BERASSKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : SABRINA BINTI AZANAN
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIARASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHADDisahkan oleh
____________________________________ _______________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 26, PERSIARAN WIRA JAYA PROF. DR. RIO SUMARNI SHARIFUDDIN
BARAT 52, DESA PERWIRA,
31350 IPOH, PERAK.
Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 7 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan,atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Tanda tangan : .…………………………...............
Nama Penyelia : Prof. Dr. Rio Sumarni Sharifuddin
Tarikh : .…………………………………...
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA CD-ROM KONFIGURASI
ELEKTRON BERASASKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
SABRINA BINTI AZANAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan : .…………………………...............
Nama Pelajar : Sabrina Binti Azanan
Tarikh : .………………………………...7 April 2008
iii
KHAS BUAT:
Mak Yang Dikasihi,
Kesabaran mak mendidik Na tidak dapat dinilai. Doa dan pengorbanan mak yang telah
membawa Na sehingga ke tahap ini. Setiap kejayaan Na adalah kejayaan mak juga.
Abah Yang Dirindui,
Walaupun abah telah tiada, namun harapan dan kata-kata semangat abah menjadi
pendorong Na. Kejayaan Na tidak sempat abah nikmati. Namun doa untuk abah tidak
pernah lekang dari hati Na. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh abah.
Ahli Keluarga Yang Disayangi,
Kakju dan keluarga, Abang dan keluarga, Kakja dan keluarga, Kak Suzi dan keluarga,
Kak Noni dan keluarga serta Kakcik. Terima kasih atas ingatan, bantuan dan dorongan
abang dan kakak Na semua.
Sahabat-sahabatku,
Pandangan, nasihat dan bantuan anda amat dihargai. Terima kasih atas persahabatan
yang terjalin ini. Sukar untuk dilupakan saat-saat manis bersama.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan kudrat yang dikurniakan Allah s.w.t, saya dapat
menyiapkan projek pembangunan perisian multimedia CD-ROM konfigurasi elektron
berasaskan teori kecerdasan pelbagai ini.
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya, Prof.
Dr. Rio Sumarni Sharifuddin atas kritikan, pandangan dan kesabaran yang diberikan
kepada saya. Tanpa galakan berterusan daripada Prof., projek ini berkemungkinan tidak
dapat dihasilkan sehingga ke tahap ini.
Ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
membangunkan perisian ini. Setiap komen dan pandangan amat berguna buat saya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Perisian pendidikan yang dibangunkan dalam kajian ini bertajuk “Perisian
Multimedia CD-ROM Konfigurasi Elektron Berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai
(Learning Electronic Configuration Using MI)”. Konfigurasi elektron adalah salah satu
subtopik bagi matapelajaran Kimia yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi dan
perisian ini amat sesuai digunakan oleh siswazah yang mengambil subjek Kimia. Model
rekabentuk yang digunakan untuk pembangunan perisian ini adalah model ADDIE.
Perisian utama yang digunakan ialah Macromedia Authorware dan Macromedia Flash 8
kerana ia mudah dikendalikan dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki bagi
menghasilkan perisian ini. Selain itu, beberapa perisian tambahan lain seperti Sound
Forge 6.0 dan Adobe Photoshop CS2 digunakan untuk menggabungkan elemen-elemen
grafik, animasi, teks, suara dan sebagainya ke dalam perisian ini. Penilaian awal yang
dilakukan terhadap perisian ini mendapati keputusan positif. Perisian ini diharapkan
dapat dijadikan sebagai salah satu produk tempatan yang efektif dalam meningkatkan
pengetahuan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
The title of this educational software is “Multimedia Software for Electronic
Configuration Based on the Multiple Intelligence Theory (Learning Electronic
Configuration Using MI)”. Electronic configuration is one of the subtopic in the
chemistry subject offered in the university and this software is useful for any chemistry
student. The design of this software was based on the ADDIE model. The main tools
used for this software development were Macromedia Authorware 7.0 and Macromedia
Flash 8 due to easy operation and handling. Other software that contributed in the
development of this software was Sound Forge 6.0 and Adobe Photoshop CS2 for
combining graphic, animation, text and voice. The result of a preliminary evaluation of
the software showed positive outcomes. This local multimedia product could provide a
useful and helpful tool for students in their learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
TAJUK TESIS i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Projek 9
1.4 Rasional Projek 9
1.5 Kepentingan Projek 10
1.5.1 Pelajar 10
viii
1.5.2 Pendidik 11
1.5.3 Kementerian Pengajian Tinggi 11
1.6 Skop Projek 12
1.7 Definisi 12
1.7.1 Kecerdasan pelbagai 12
1.7.2 Kecerdasan Verbal-Linguistik 13
1.7.3 Kecerdasan Logik –Matematik 13
1.7.4 Kecerdasan Visual-Ruang 14
1.7.5 Kecerdasan Kinestetik 14
1.7.6 Kecerdasan Muzik 15
1.7.7 Kecerdasan Interpersonal 15
1.7.8 Kecerdasan Intrapersonal 15
1.7.9 Kecerdasan Naturalis 16
1.7.10 Perisian Multimedia 16
1.7.11 Konsep Pintar Cerdas 16
1.7.12 Konfigurasi Elektron 17
1.7.13 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 18
2.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 18
2.2 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 22
2.3 Teori Kecerdasan 23
2.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 24
2.5 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 25
2.5.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 25
2.5.2 Kecerdasan Logik –Matematik 26
2.5.3 Kecerdasan Visual-Ruang 27
2.5.4 Kecerdasan Kinestetik 27
2.5.5 Kecerdasan Muzik 28
2.5.6 Kecerdasan Interpersonal 29
ix
2.5.7 Kecerdasan Intrapersonal 29
2.5.8 Kecerdasan Naturalis 30
2.6 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
dalam Pendidikan 31
2.7 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 32
2.8 Model Rekabentuk Perisian 34
2.9 Model Rekabentuk Pengajaran ADDIE 35
2.9.1 Fasa Analisis (Analysis) 35
2.9.2 Fasa Rekabentuk (Design) 36
2.9.3 Fasa Pembangunan (Development) 36
2.9.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 38
2.9.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 38
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 40
3.1 Rekabentuk Projek 40
3.2 Pembinaan Perisian 41
3.2.1 Fasa Pertama: Analisis 42
3.2.1.1 Kumpulan sasaran 42
3.2.1.1 Isi kandungan pelajaran 43
3.2.1.3 Platform 43
3.2.2 Fasa Kedua: Reka Bentuk 44
3.2.2.1 Konsep Perisian 44
3.2.2.2 Objektif Perisian 44
3.2.2.3 Rupa Bentuk Perisian 45
3.2.2.4 Strategi Pengajaran 45
3.2.2.5 Teori Pembelajaran 45
3.2.2.6 Jenis Media dan Teknologi
Yang Terlibat 46
3.2.2.7 Carta Alir Perisian 46
3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan 49
x
3.2.4 Fasa Keempat: Perlaksanaan 52
3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian 53
3.3 Instrumen Kajian Untuk Penilaian Perisian 54
4 PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA
4.0 Pengenalan 55
BAHAGIAN A: REKABENTUK PERISIAN
4.1 Carta Alir Perisian yang telah Dibangunkan 55
4.2 Paparan Antaramuka Perisian 57
4.2.1 Pengenalan Perisian 57
4.2.2 Menu Utama 58
4.2.3 Menu Sinopsis Perisian 60
4.2.4 Menu Ujian Kecerdasan 61
4.2.5 Menu Kecerdasan Pelbagai 62
4.2.6 Pengintegrasian Model Lima Fasa
Needham dalam Penyampaian Isi Pelajaran 63
4.2.7 Bantuan 68
4.2.8 Glosari 70
4.2.9 Kredit 71
4.2.10 Keluar 71
BAHAGIAN B: PENILAIAN PERISIAN
4.3 Hasil Penilaian 72
4.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran 73
4.3.2 Mudah Digunakan 74
4.3.3 Ciri-ciri Multmedia 75
4.3.4 Reka Bentuk Skrin 76
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 78
5.1 Rekabentuk Perisian 78
5.1.1 Faktor Kepakaran 79
xi
5.1.1.1 Kepakaran Isi Kandungan Pelajaran 80
5.1.1.2 Kepakaran Teori Pembelajaran 80
5.1.1.3 Kepakaran Teknikal 81
5.1.2 Masa 81
5.2 Kelebihan Perisian 82
5.3 Hasil Penilaian Perisian 83
5.4 Cadangan 84
5.5 Penutup 85
RUJUKAN 86
LAMPIRAN 89
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 22
3.1 Skala Likert 54
4.1 Dapatan kajian untuk kriteria pengajaran dan 73
pembelajaran
4.2 Dapatan kajian untuk kriteria penggunaan 74
4.3 Dapatan kajian untuk kriteria ciri-ciri multimedia 75
4.4 Dapatan kajian untuk kriteria rekabentuk skrin 76
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 35
3.1 Model Rekabentuk Instruksi ADDIE 42
3.2 Carta Alir Perisian 48
4.1 Paparan montaj 58
4.2 Paparan menu utama 59
4.3 Paparan Sinopsis Perisian 60
4.4 Paparan Maklumat Kecerdasan Pelbagai 61
4.5 Paparan Ujian Kecerdasan 62
4.6 Menu Kecerdasan Pelbagai 63
4.7 Paparan Do you know? 64
4.8 Paparan What is your idea? 65
4.9 Paparan What exactly it is? 66
4.10 Paparan When to apply it? 67
4.11 Paparan Owh! That is how it happens.. 68
4.12 Paparan Help 69
4.13 Paparan Panduan Pengguna 69
4.14 Paparan Glossary 70
4.15 Paparan Credit 71
4.16 Paparan Quit 72
xiv
SENARAI SINGKATAN
PBK - Pembelajaran Bebantukan Komputer
IPT – Institut Pengajian Tinggi
P & P – Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia kini sedang melangkah ke era baru. Untuk
merealisasikan Wawasan 2020, pendidikan di Malaysia seringkali digubal bagi
menghasilkan taraf pendidikan yang diiktiraf dunia. Pendidikan amat penting untuk
memastikan moral serta tatasusila masyarakat Malaysia terpelihara. Pendidikan juga
ditafsirkan sebagai satu proses individu memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan dalam meniti arus kehidupan yang semakin mencabar.
Para cendekiawan menafsirkan pendidikan sebagai satu proses pemindahan nilai
dari generasi ke generasi sama ada ilmu pengetahuan atau kemahiran. Justeru itu,
pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam
semua aspek kehidupan. Sejarah lalu telah membuktikan bahawa kehancuran tamadun
Mesir, Greek, Rome dan Parsi adalah berpunca daripada kegagalan dalam menerapkan
nilai-nilai pendidikan kepada generasi pewaris.
2
Di Malaysia, misi utama pendidikan bertujuan mewujudkan sistem pendidikan
yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi
bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara. Di sini, jelaslah bahawa
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
bagi melahirkan insan yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah dilaksanakan. Rasullullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa “tuntutlah ilmu
dari buaian sehingga ke liang lahad”. Ini membuktikan bahawa kita sebagai umatnya
wajib menjadikan pendidikan sebagai satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam diri setiap individu.
Perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Menengah telah membuka mata semua pihak
bahawa tugas guru bukan sekadar menyampaikan fakta daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi juga perlu menekankan aspek lain
seperti perkembangan potensi dan bakat individu secara menyeluruh. Sebagai
menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan tentang pembelajaran
bersepadu yang menyeluruh, teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner (1983) telah cuba diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya ia menjadi suatu pengalaman yang bermakna dan berkesan (Pusat
Perkembangan Kurikulum KPM, 2001).
Gardner menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai
dan perkembangan kecerdasan berbeza bagi setiap manusia di peringkat pertumbuhan.
Lapan peringkat kecerdasan yang dikenalpasti tersebut ialah kecerdasan verbal-
linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestatik,
kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan
naturalis. Oleh itu, pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Bahan
pembelajaran juga seharusnya sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka yang
pelbagai. Menurut Armstrong (1993), “I prefer not to use the label learning disabilities
because people tend to identify too strongly with the term. There’s a certain quality of
3
fatalism that accompanies the label. The idea that it’s somehow an indelible part of
one’s learning life rather than something that can be transformed. Instead I like to think
of these weak links as learning difficulties or even learning opportunities because they
can challenge one to new heights”.
Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang memahami kebolehan diri sendiri
serta mampu memanfaatkan potensi yang ada dalam dirinya itu. Aspek yang paling
penting dalam menentukan kejayaan pelajar ialah keperibadian pelajar itu sendiri.
Pelajar perlu menilai, melihat dan kemudian mencuba untuk membentuk diri mereka
dengan sempurna (Muhammad Kamil et al., 1999). Ilmu pengetahuan manusia
bukanlah untuk menambah peraturan yang baru, tetapi ia hanya untuk menambahkan
pengetahuan tentang apa yang belum diketahui.
Beberapa perubahan ketara dalam teknologi pendidikan pada hari ini juga telah
berlaku. Komputer adalah antara medium pengajaran terpenting yang sering digunakan.
Penggunaan komputer digalakkan oleh kerajaan kerana ia didapati mempercepatkan
proses pembelajaran di samping meningkatkan kualiti pemahaman pelajar. Pelajar juga
boleh menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri
boleh berlaku di rumah atau di mana-mana sahaja tanpa memerlukan pengawasan guru.
Berikutan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuai selaras dengan
perkembangan era teknologi komputer yang semakin canggih.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dikatakan berlakunya
apabila terdapat interaksi dua hala. Komunikasi tidak hanya berlaku antara kita sesama
manusia, ia juga boleh berlaku antara manusia dan komputer. Menurut Rozinah (2000),
“Kita mesti melihat kepada fitur-fitur dalam sistem pendidikan baru yang merangkumi
fitur-fitur itu distrukturkan, apa yang sepatutnya diajar, dan bagaimana bahan patut
diajarkan”. Oleh itu, guru sebagai pendidik seharusnya mendedahkan kepada pelajar
tentang penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
dengan adanya pengetahuan guru mengenai teknologi komputer, guru boleh
4
menyediakan perisian pembelajaran yang berguna bagi membolehkan pelajar
mengulangkaji sendiri pelajaran di rumah.
Konsep pembelajaran berasaskan teori kecerdasan pelbagai telah pun
diperkenalkan dalam kurikulum sekolah lagi. Namun ia hanya menjadi sekadar abstrak
kepada pelajar tanpa diketengah dan diaplikasikan dalam bentuk yang lebih jelas. Maka,
di peringkat pengajian tinggi inilah perlunya kesinambungan terhadap pembuktian teori
ini dalam bidang pendidikan. Pengetahuan tentang teori ini boleh diaplikasikan dengan
menggunakan teknologi komputer agar ianya lebih teratur dan efisyen kepada setiap
pelajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Proses menuntut ilmu tidak pernah sampai ke penghujungnya. Tanpa
kesanggupan daya fikir untuk terus keluar daripada kehidupan di bawah tempurung ini,
masyarakat tidak akan mampu untuk bersaing di dunia global. Selaras dengan Akta
Pendidikan 1996, pendidikan bertujuan untuk membangunkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan memenuhi kehendak negara.
Pendidikan mencadangkan bahawa pengajaran perlulah selaras dengan tahap
perkembangan akal pelajar dan guru hendaklah menggunakan cara pengajaran yang
paling sesuai dengan tahap perkembangan akal pelajar tersebut. Penyusunan kurikulum
pengajian tinggi dan rendah diselaraskan dengan perkembangan akal dan sesuai dengan
situasi yang dihadapi oleh pelajar. Seorang guru yang berjaya adalah guru yang dapat
memahami tahap perkembangan akal pelajar mereka sendiri. Ini dapat memastikan
kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut.
5
Banyak pihak yang memperkatakan bahawa pelajar yang pintar cerdas dapat
dilahirkan melalui corak pendidikan yang bermutu. Salah konsep tentang pelajar pintar
cerdas ini telah berlaku berkurun dahulu dan telah menimbulkan mitos tertentu tentang
individu yang mempunyai kebolehan ini. Antara mitos tersebut ialah pelajar pintar
terdiri daripada pelajar berbakat yang berjaya secara bersendirian, mempunyai motivasi
yang tinggi untuk belajar serta kesedaran intelektual, kawalan diri yang tinggi dan akhir
sekali bebas daripada tekanan hidup dan juga psikologi. Perbincangan mengenai hal
yang berkaitan dengan pintar cerdas adalah sesuatu yang kompleks dan relatif. Tahap
kepintaran seseorang itu tidak dapat diukur dengan pasti atau diperjelaskan dengan
tepat. Namun begitu, hasil daripada kajian pakar-pakar psikologi lewat 1920-an
mendapati pintar cerdas adalah kebolehan yang membabitkan pelbagai domain seperti
intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif, saintifik, futuristik, seni halus, kepimpinan
sosial dan deria motor. Kajian lanjutan dijalankan dan pakar psikologi mendapati
pelajar pintar cerdas adalah individu yang istimewa, hebat dan cemerlang dalam banyak
aspek seperti akedemik, moral, emosi, kemampuan bersosial, matematik dan
kemampuan fizikal.
Gardner (1983), pengasas teori kecerdasan pelbagai dalam bukunya, Frames Of
Mind menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan
yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud
secara semulajadi (Campbell et al., 1999). Jenis kecerdasan yang telah dikenalpasti oleh
Gardner adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap
kecerdasan adalah berasingan dan saling tidak bergantungan. Seseorang pelajar
mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain atau
bidang kecerdasan yang lain. Menurutnya lagi, setiap individu mempunyai kelapan-
lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan
dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran.
6
Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah
menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan pendidikan dalam semua peringkat
pembelajaran. Thurstone (1983) menakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan mental
yang mengandungi tujuh aspek asas, iaitu kefahaman berbahasa, kelancaran
menggunakan perkataan, kemahiran menggunakan nombor, penggambaran ruangan,
ingatan, penaakulan dan kelajuan pengamatan. Guilford (1967) pula berpendapat
bahawa kecerdasan sebagai kebolehan intelek yang mengandungi 180 faktor atau
subkebolehan yang khusus. Kesemua faktor ini disusun dalam satu struktur tiga
dimensi. Gabungan ketiga-tiga dimensi inilah yang membentuk kecerdasan manusia.
Definisi kecerdasan ini sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut penemuan
saintifik dan maklumat yang baru.
Fogarty dan Stoehr (1995), melalui Integrating Curricula with Multiple
Intelligences Teams, Themes and Thread mengenai pendapat Gardner bahawa teori
kecerdasan pelbagai adalah lebih baik dan bersifat semulajadi terhadap keupayaan
manusia daripada ujian IQ (Intelligent Quotiet). Di dalam buku terbitan Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001), terdapat beberapa faktor yang menyatakan tentang
mengapa perlunya teori kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara faktornya ialah setiap pelajar mempunyai keupayaan kecerdasan
yang berbeza. Oleh itu, guru perlu menerima persamaan atau perbezaan antara individu
dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan. Potensi untuk memperkembangkan kecerdasan seseorang itu juga dianggap
tidak terbatas. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, model teori kecerdasan
pelbagai dapat membantu menganjakkan fokus daripada isi kandungan kepada hasil
pembelajaran generik yang lebih penting dan berguna kepada pelajar sendiri. Selain itu,
teori kecerdasan pelbagai juga dipercayai dapat menggalakkan inovasi dan penyelidikan
baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Perbezaan penilaian
untuk setiap kecerdasan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kefahaman mereka tentang sesuatu isi pelajaran atau kemahiran dalam pelbagai cara.
7
Suasana kolaboratif yang erat antara guru dan pelajar diperlukan untuk menarik dan
merangsang pelajar sepenuhnya. Sekolah bukan sahaja menjadi tempat yang
menyeronokkan bagi pelajar bahkan juga menjadikan pelajar sebagai individu yang
pintar dan cerdas (Sternberg, 1997).
Kimia adalah antara matapelajaran sains yang memerlukan tahap pemikiran
yang tinggi. Matapelajaran ini mula diperkenalkan kepada pelajar semasa di tingkatan
empat untuk pelajar aliran sains. Setakat ini, pendekatan pengajaran di peringkat
pengajian tinggi tidak banyak berbeza dengan proses pengajaran dan pembelajaran di
tingkatan empat dan lima. Cuma yang membezakan proses pengajaran dan
pembelajaran di peringkat matrikulasi adalah konsep dan penyataan yang lebih
mendalam mengenai sesuatu topik. Di peringkat sekolah, guru hanya menggunakan
kaedah hafalan manakala di peringkat pengajian tinggi, konsep pemahaman
diutamakan.
Subjek Kimia bukan sahaja mengandungi fakta, konsep, hukum atau teori
semata-mata. Sebaliknya, subjek ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan
ilmu dan kemahiran Matematik. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas sewaktu pelajar
menyelesaikan masalah kimia yang bersifat kuantitatif. Menurut Adigwe (1981),
kemahiran penyelesaian masalah adalah sukar dikuasai oleh pelajar sekolah menengah
kerana ianya melibatkan struktur intelektual yang kompleks.
Perkembangan teknologi komputer yang pesat telah memberi impak yang jelas
dalam hampir semua bidang kehidupan manusia. Kehadiran komputer dapat
meringankan beban serta kekangan yang wujud dalam pembelajaran tradisi. Proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer tertumpu kepada cara dan strategi
persembahan maklumat bagi memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan yang bermakna
serta bermanfaat (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Dalam sebuah kelas, setiap pelajar
mempunyai perkembangan mental dan tahap kecerdasan yang berbeza. Adalah sukar
seorang guru untuk menepati kesemua mod kecerdasan pelajar dalam satu masa yang
sama. Oleh itu, guru boleh mengatasi kepelbagaian kecerdasan ini melalui
8
pembangunan perisian di mana pelajar boleh menggunakan perisian multimedia ini
sebagai bahan bantu pembelajaran kendiri mereka. Keberkesanan penggunaan komputer
ini dapat memberikan persekitaran yang berbeza mengikut kecerdasan pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Pemikiran manusia berpotensi untuk berkembang menjadi manusia pintar
cerdas. Tuhan tidak menjadikan akal manusia berbeza-beza. Yang membezakan mereka
adalah sikap dan kerajinan. Untuk memiliki otak yang cerdik dan pintar cerdas
bukanlah suatu perkara yang mustahil. Di sini, guru memainkan peranan penting
sebagai penunjuk arah kepada pelajar dalam usaha membantu mereka mengenalpasti
kecerdasan masing-masing. Walaupun kadang kala pelajar pintar boleh belajar secara
bersendirian, mereka tetap akan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan potensi
kecerdasan mereka ke tahap yang optimum tanpa kaedah yang sesuai dengan
kecerdasan mereka (Frederickson dan Rothney, 1972: Jones dan Thornton, 1993 dalam
Nik Azis, 1990). Untuk itu, teori kecerdasan pelbagai digunakan dalam membangunkan
perisian pembelajaran berasaskan CD-ROM ini. Dengan beranggapan setiap pelajar
mempunyai kecerdasan yang berlainan, pelbagai teknik disesuaikan agar dapat
memenuhi kesemua kecerdasan yang diasaskan oleh Howard Gardner ini.