BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir...

25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR MELALUI KELAS AMALI SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya : JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 730 Simpang Tiga En Mohd Ali Bin Ibrahim 14310 Nibong Tebal Nama Penyelia . Pulau Pinang Tarikh: Februari 2004 Tarikh: Februari 2004 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR MELALUI KELAS AMALI

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

730 Simpang Tiga En Mohd Ali Bin Ibrahim 14310 Nibong Tebal Nama Penyelia

. Pulau Pinang

Tarikh: Februari 2004 Tarikh: Februari 2004 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR SAINS MELALUI

KELAS AMALI

JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAISIA

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

ii

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

iii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

iv

Istimewa buat insan-insan ini

Mak dan abah tersayang, kak bita, kak sobi, abang atan, adikku agok, ima, dayah, ida, azi

dan hanan 4spf dan semua yang terlibat. Tak lupa buat cikgu Ali yang banyak membantu.

Terima kasih kalian….

‘Teruskan perjuangan walau di mana medan, moga ar-Rahman

mempermudahkan segala urusan…’

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

v

PENGHARGAAN

Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan kekuatan dan

keizinan untuk saya meneruskan dan seterusnya menyiapkan tugasan projek ini.

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk penyelia saya, En

Mohd Ali Bin Ibrahim di atas tunjuk ajar dan kesabaran membantu saya dalam

menjayakan projek ini. Juga ucapan terima kasih buat PM Dr. Shaharom Bin Noordin

seterusnya kepada pihak Pentadbiran Fakulti Pendidikan.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat

seperjuangan Empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik yang turut memberi

sokongan dan dorongan

Akhir kalam, terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan

projek ini. Mohon maaf untuk segalanya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

vi

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan bakal-bakal guru yang mengikuti

Kursus Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia untuk mengajar

melalui kelas amali. Aspek utama yang dikaji oleh penyelidik ialah kemahiran

menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali, kemahiran menguruskan kelas

amali dan keyakinan bakal-bakal guru untuk mengajar melalui kelas amali. Instrumen

kajian menggunakan satu borang soal selidik yang mengandungi item-item yang

berhubung dengan aspek yang hendak dikaji. Borang soal selidik tersebut diedarkan

kepada bakal-bakal guru sesi pengambilan 2000/2001 yang mengikuti Kursus Sarjana

Muda Sains Pendidikan.. Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan

perisian SPSS 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratus dan min bagi setiap item.

Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan bakal guru-guru sains untuk mengajar melalui

kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan

agar kajian ini dijalankan semula dengan menggunakan borang soal selidik yang sama

untuk menguji sejauhmana kesahan item soalan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

vii

ABSTRACT

The purpose of this reseacrh is to study the availability of the graduated student

from Degree Of Bachelor of Education course in UTM to teach the practical classes.

This research focused on three main skills which are conducting skill, assessment

experimental skill and class management skill. Besides that, this research also has been

conducted in order to study the graduated student self-confident in conducting the

classes. One sets questionnaire have been answered by 103 educational students from

2000/2001 entry session in Universiti Technologi Malaysia. Data collected were

analyzed using SPSS version 11.5 to obtain the frequency (f), percentage and the mean

value of each item in the questionnaires.. The results showed that, the availability of

graduated student to conduct the practical classes was at medium level. Finally, this

research suggested that this study should be repeat by using the same questionnaire form

in order to evaluate the validity of the questions.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi-xii

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Amali

1.1.2 Kursus Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan

1.1.3 Keyakinan

1.2 Penyataan Masalah 9

1.3 Objektif Kajian 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

ix

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian 11

1.6 Skop Kajian 12

1.7 Batasan kajian 13

1.8 Difinisi Istilah 13

1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains

1.8.2 Kemahiran

1.8.3 Amali Sains

1.8.4 Penilaian Amali

BAB II` SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 15

2.1 Model Sains 15

2.2 Amali Sains 16

2.3 Penilaian Amali 18

2.4 Guru Sains 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 24

3.1 Reka Bentuk Kajian 25

3.2 Sampel Kajian 25

3.3 Alat Kajian 26

3.4 Analisis Data 28

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 31

4.1 Analisis Latar Belakang Sampel Kajian 32

4.2 Analisis Bahagian B 34

4.3 Analisis Bahagian C 37

4.3.1 Analisis Kemahiran Menjalankan Amali 37

4.3.2 Kemahiran Membuat Penilaian Amali 42

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

x

4.3.3 Kemahiran Mengurus Amali 46

4.3.4 Keyakinan Dalam Mengajar Amali 52

4.4 Analisis Perbandingan Min Mengikut 57

Pembolehubah Bangsa dan Jantina

4.5 Analisis Kebolehpercayaan 59

BAB V PERBINCANGAN

5.0 Pendahuluan 60

5.1 Perbincangan 61

5.1.1 Persoalan Kajian Satu 62

5.1.2 Persoalan Kajian Dua 63

5.1.3 Persoalan Kajian Tiga 65

5.1.4 Persoalan Kajian Empat 67

5.1.5 Persoalan Kajian Lima 68

5.2 Ringkasan 70

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 71

BIBLIOGRAFI 72-74

LAMPIRAN 75

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Amali sains memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran sains kerana

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang mengutamakan pembelajaran melalui

pengalaman. Amali adalah kaedah yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji

kebenaran sesuatu teori dengan menjalankan ujikaji dan membuat cerapan bagi

memperolehi pengetahuan sains. Ujikaji dan cerapan merupakan keperluan asas bagi

sains dimana pembelajaran sains yang dilengkapi dengan aktiviti aktiviti ujikaji dan

pencerapan dapat membantu guru dalam meningkatkan kefahaman pelajar disamping

membantu interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar dan antara pelajar-guru.

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

2

Performing laboratory activities is considered an important activity for all

students, yet minority students are lesslikely to have such opportunities. Science

education should give children an opportunity to explore how things work

firsthand, through activities an experiences with a wide variety of materials

(Loucks-Horsley, 1990)

Pengajaran melalui amali juga melibatkan kesepaduan antara teori dan praktis, yang turut

menjadi alternatif dari pelbagai kaedah pengajaran yang dianggap baik, yang wajar

diaplikasikan oleh guru-guru sains.

1.1 Latar Belakang Masalah

Sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang bersistem di mana pada asasnya

melibatkan penyelidikan dan tafsiran dunia fizikal melalui tiga bidang asas iaitu fizik,

kimia dan biologi. Ketiga-tiga bidang ini walaupun berbeza dari segi bidang pengkajian,

namun pendekatan yang digunakan adalah sama iaitu penyiasatan secara emperikal. Ahli

fizik mementingkan penyelidikan tenaga dan ciri umum benda yang tidak bernyawa, ahli

kimia lebih mementingkan ciri khusus benda yang tidak bernyawa manakala ahli biologi

menyelidik tingkahlaku dan ciri benda yang bernyawa ( Zol Azlan Hamidin, 2000).

Dalam konteks pendidikan, sains memerlukan kemahiran intelektual dan kemahiran

motor seperti cerapan yang tepat tentang sesuatu fenomena sains dan penggunaan alat

radas yang betul. Jisteru itu pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan satu

pendekatan yang bukan sekadar teori untuk mengingat fakta semata-mata, sebaliknya

perlu kepada kaedah pengajaran yang memberi pengalaman secara terus iaitu kaedah

amali. Guru sains memerlukan satu kefahaman tentang asas yang dapat membina

pengajaran yang berkesan, guru perlu mempunyai strategi dalam membuat perancangan,

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

3

penyampaian dan penilaian. Secara umumnya guru perlu mengetahui tentang matlamat

pendidikan sains. Sejajar dengan itu, untuk melahirkan guru-guru sains yang

berkemahiran, bermula pada tahun 1972 UTM telah menyediakan Kursus Diploma

Pendidikan di bawah Fakulti Sains dengan kerjasama Kementerian pendidikan (Buku

Panduan Fakulti Sains 2000/2001) dan pada tahun 1994, UTM telah menubuhkan Fakulti

Pendidikan bagi melahirkan para pendidik yang dapat mendukung Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kurikulum yang digubal dan dirancang untuk diikuti oleh bakal-bakal guru

sains adalah bersesuaian dengan pengkhususan masing-masing agar bakal-bakal guru

sains lebih berkeyakinan untuk mengajar kelak.

1.1.1 Amali

Pada akhir tahun 50-an pengajaran melalui kelas amali telah berkembang dan

berpengaruh di luar negara. Amali merupakan aktiviti menjalankan eksperimen di dalam

makmal sains dengan menggunakan bahan dan radas saintifik (Brian E Woolnough,

1991). Semenjak tahun 1950-an, sekolah- sekolah di United Kingdom telah menjalankan

penyelidikan dan menemui satu garis panduan untuk mengubah kaedah pengajaran

tradisional kepada kaedah amali dan proses sains ( A Process Approach, American

Association For The Advancement of Science, 1967). Hasil dari perkembangan aktiviti

amali dalam pengajaran yang dijalankan, menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian

objektif pengajaran yang lebih menggalakkan berbanding pendekatan secara teori sahaja.

Kelemahan yang jelas pada awal perkembangan pengajaran melalui amali ialah

pendekatan yang menyekat kebolehan pelajar untuk mempraktikkan teori sains dengan

menggunakan pengalaman sendiri. Ini kerana rekabentuk amali yang menekankan

perolehan hasil ujikaji yang tepat dan jalan kerja yang dilampirkan untuk diikuti oleh

pelajar menggagalkan fungsi makmal itu sendiri. Makmal seharusnya berfungsi sebagai

tempat yang memberikan penghayatan, semangat, kaedah sains dan meninggikan

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

4

kebolehan penyelesaian masalah, analitik dan generalisasi (Ausubel,1969 dalam tesis

Annamal, 2000)

Pada tahun 1960-an, penekanan terhadap cara kerja telah ditukar kepada

penekanan terhadap proses sains dan perkembangan kognitif yang lebih tinggi. Makmal

bukan sahaja sebagai tempat tunjuk cara dan pemastian, tetapi sebagai teras berlakunya

proses sains. Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa objektif yang

perlu diketahui dalam pengajaran menggunakan makmal antaranya ialah untuk memberi

pengalaman, membina kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif disamping memupuk sikap saintifik (J. A. Mc Donell,1961

dalam tesis Shaharom Noordin). Para pendidik dan guru-guru masih gagal untuk

menyediakan satu yang rasional dalam pengajaran dan gaya tersendiri bagi aktiviti amali

untuk pengajaran sains di sekolah (E Woolnough,1991). Situasi yang sama turut berlaku

dalam sistem pendidikan di Malaysia, di mana para pendidik masih gagal mencapai

objektif pengajaran melalui kelas amali. Masalah yang ketara dalam aktiviti amali ialah,

aktiviti ini dikawal oleh jawapan atau keputusan yang tepat, ini menjadikan aktiviti amali

tidak memenuhi objektifnya, iaitu mementingkan pembelajaran melalui penemuan (Gott

dan Duggan,1995). Selain dari itu masalah dalam pengajaran melalui amali juga adalah

berpunca dari kelemahan guru sains sendiri. Kebanyakan guru pelatih khususnya dari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah

kerana tidak menguasai pedagogi dengan baik ( Prosiding Bengkel Maklum Balas

Latihan Mengajar 1,1989).

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

5

1.1.2 Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti yang

menyediakan program ijazah pendidikan, sehingga hari ini terdapat tiga program Ijazah

Sarjana Muda mengikut bidang pengkhususan, iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(SPP), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (SSK) dan Sarjana Muda

Teknologi Pendidikan (STP). Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dan Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan merupakan dua bidang khusus yang ditawarkan

oleh UTM yang bertujuan untuk menyediakan pendidik dalam bidang sains dan

matematik yang berdedikasi dan mempunyai daya kepimpinan dalam menjalankan tugas

dan menyediakan bakal pendidik dalam bidang sains dan matematik disamping

mempunyai kemahiran berkomputer. Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidukan

Biologi (SPG) merupakan kursus yang dikendalikan oleh fakulti pendidikan sepenuhnya.

Terdapat beberapa bidang pengkhususan yang dikendalikan secara kerjasama antara

fakulti pendidikan dan fakulti sains, iaitu;

I Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Fizik/Matematik - SPF

Kimia/Matematik - SPC

Matematik/Fizik - SPM-1

Matematik/Kimia - SPM-2

II Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

Fizik/Komputer - SPP

Kimia Komputer - SPK

Matematik - SPT

(Buku Panduan Akademik Fakulti Sains 2000/2001)

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

6

Bakal-bakal pendidik yang mengikuti program ijazah di UTM telah didedahkan

dengan kelas amali bermula dari tahun satu sehingga tahun tiga. Jadual 1.0, 1.1, 1.2 dan

1.3 berikut menunjukkan kod amali yang diambil oleh pelajar SPP/SPF, SPC, SPK dan

beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang terkandung dalam amali tersebut:

Jadual 1.0 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti

oleh pelajar SPF dan SPP

KOD MATA PELAJARAN SINOPSIS

SSK 1103

SSK 1811

SSF 1801

SSF 1811

SSF 2811

SSF 2821

SSF 3811

SSF 3821

Amali Kimia Am I

Amali Kimia Am II

Amali Fizik I

Amali Fizik II

Amali Fizik III

Amali Fizik IV

Amali Fizik V

Amali Fizik VI

Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am I

Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am II

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I

Ujikaji Yang sesuai dengan Fizik II

Ujikaji yang sesuai dengan fizikal Optik

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Moden dan

Termodinamik

Ujikaji yang sesuai dengan Mekanik Gunaan

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Nukleus

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

7

Jadual 1.1 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti

oleh pelajar SPC

KOD MATA

PELAJARAN

SINOPSIS

SSF 1801

SSF 1811

SSK 1801

SSK 1811

SSK 2881

SSK 2811

SSK 2831

SSK 3851

SSK 3831

Amali Fizik I

Amali Fizik II

Amali Kimia Am I

Amali Kimia Am II

Amali Kimia IIIB

Amali Kimia IV

Amali Kimia IVA

Amali Kimia VA

Amali Kimia VIA

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan

Kimia Analisis I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Fizik I dan

Kimia Analisis II

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

8

Jadual 1.2 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti

oleh pelajar SPK

KOD MATA

PELAJARAN

SINOPSIS

SSF 1801

SSF 1811

SSK 1801

SSK 1811

SSK 2881

SSK 2811

SSK 2831

SSK 3851

Amali Fizik I

Amali Fizik II

Amali Kimia Am I

Amali Kimia Am II

Amali Kimia IIIB

Amali Kimia IV

Amali Kimia IVA

Amali Kimia V

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I

Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan

Kimia Analisis I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I

Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II

1.1.3 Keyakinan

Pendidikan Sains di Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk budaya sains dan

teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan

teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989). Guru memainkan peranan yang

penting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Seorang guru adalah

merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam proses mengajar dan belajar, oleh itu

guru harus betul-betul membawa pelajarnya kepada tujuan yang ingin dicapai (CeCe

Wijaya,Djadja Djadjuri dan A. Tabrani Rusyan, 1992). Untuk itu, guru-guru yang sedia

ada dan bakal-bakal guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sains.

Ilmu pengetahuan dalam bidang pengkhususan, pedagogi dan kemahiran saintifik dapat

membantu guru membina keyakinan dalam menjalankan proses pengajaran sains.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

9

Keyakinan seseorang itu boleh mengakibatkan kebimbangan dan kerisauan yang

akan menyebabkan gangguan di dalam menjalankan apa sahaja tugas (Aziz Bin

Noordin,1995). Kurang keyakinan diri (self-confidence) guru, akan mengganggu proses

pengajaran dan menggagalkan objektif pengajaran. Dalam konteks pengajaran melalui

amali, kurangnya keyakinan diri guru adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya

ialah kurangnya pengetahuan terhadap pedagogi pendidikan, kurang pengetahuan

terhadap ilmu sains, kurang pengetahuan terhadap disiplin sains, proses sains dan kaedah

amali (laboratory skills).

1.1 Penyataan Masalah

Masalah yang melibatkan kesediaan bakal-bakal guru untuk menjalankan

pengajaran melalui amali merupakan perkara yang perlu diberi perhatian, masalah ini

merupakan masalah yang ketara, di mana bakal-bakal guru kurang mendapat pendedahan

terhadap pengajaran di dalam kelas-kelas amali. Di Universiti Teknologi Malaysia,

bakal-bakal guru sains hanya mengikuti kelas-kelas amali yang bersesuaian dengan Mata

pelajaran Teras Program/pengkhususan yang ditawarkan oleh fakulti. Pengalaman untuk

menjalankan amali tingkatan empat dan lima hanya diperolehi ketika bakal-bakal guru ini

belajar di sekolah menegah dahulu. Untuk merialisasikan Falsafah Pendidikan Sains

Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada bakal-bakal guru mempunyai kepakaran

dalam menjalankan amali, membuat penilaian dan berkeupayaan menguruskan kelas-

kelas amali, kerana kelas amali yang mencapai objekif dapat menjadikan pengajaran dan

pembelajaran sains lebih berkesan. Namun sejauh manakah bakal-bakal guru sains ini

menguasai semua kemahiran yang diperlukan dalam menjalankan pengajaran melalui

kelas amali. Amali merupakan pembelajaran yang penting untuk matapelajaran sains

kerana ia menggalakan pelajar berfikir seperti seorang saintis Tanpa pembelajaran

melalui ujikaji menjadi pelajar bosan dengan hanya menghafal fakta dan teori semata-

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

10

mata. Jesteru itu , penyelidik ingin menyelidik sama ada bakal-bakal guru Sains bersedia

atau tidak untuk menjalankan pengajaran melalui kelas amali

1.2 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenalpasti:-

i Kemahiran bakal-bakal guru Sains menjalankan amali.

ii Kemahiran bakal-bakal guru sains dalam membuat penilaian amali

iii Kemahiran bakal-bakal guru Sains.dalam menguruskan kelas

amali.

iv Sikap dan keyakinan bakal-bakal guru sains mengajar amali di

sekolah.

v perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains mengikut

pembolehubah jantina dan kursus

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

11

1.3 Persoalan kajian.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti :

i Adakah bakal-bakal guru sains mempunyai kemahiran dalam

menjalankan amali?

ii Adakah bakal-bakal guru sains Berkemahiran dalam membuat

penilaian amali?

iii Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai kemahiran dalam

menguruskan kelas amali (makmal)?

iv Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai keyakinan untuk

menjalankan pengajaran melalui amali?

v Adakah terdapat perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains

mengikut pembolehubab kursus dan jantina

1.5 Kepentingan Kajian

Ramai penyelidik yang mengkaji tentang kepentingan amali dalam mengajar

sains, antaranyaWeiss (1987), Driver (1984-1989)dan Locks-Horsley (1990) . Dapatan

kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa mengajar melalui kelas amali adalah lebih

berkesan , dimana pelajar belajar melalui pengalaman. Lee (1978) telah menyelidik

peranan pengajaran makmal dalam pengajaran biologi, beliau mendapati fungsi makmal

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

12

utama yang diperolehi ialah kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains dan

pengetahuan tentang subjek. Layton (1989) mendakwa terdapat ramai guru yang tidak

memahami kaedah pengajaran inkuiri saintifik. Kajian-kajian tentang kepentingan amali

terus berkembang, namun kajian yang menyentuh tentang kesediaan bakal-bakal pendidik

mempunyai kemahiran mengajar melalui amali masih kurang dijalankan.

Di Malaysia tidak ramai pengkaji yang memfokuskan kajian terhadap kesediaan

bakal-bakal guru untuk mengajar melalui amali, sebaliknya kajian yang dibuat adalah

secara umum atau lebih kepada kesediaan guru untuk mengajar melalui pengajaran biasa.

Jesteru itu kajian yang menyelidik tentang sejauh mana bakal-bakal guru bersedia untuk

mengajar melalui kelas amali dilihat sangat wajar dijalankan. Kajian ini dapat membantu

guru-guru sains, pihak universiti seterusnya para penyelidik yang turut sama berminat

dalam bidang kajian ini untuk sama-sama memastikan bakal-bakal guru lebih bersedia

dan berkeyakinan untuk mengajar melalui kelas amali.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini difokuskan kepada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru

dalam menjalankan pengajaran melalui amali, kemahiran yang dikaji ialah, kemahiran

menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali sebagaimana yang disarankan

oleh kementerian, kemahiran menguruskan kelas amali. Disamping itu penyelidikan ini

juga cuba melihat sejauhmana bakal-bakal guru berkeyakinan untuk mengajar melalui

amali di sekolah.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

13

1.7 Batasan Kajian

Penyelidikan ini terbatas kepada pelajar-pelajar UTM sesi pengambilan

2000/2001 yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik(SPF),

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia (SPC), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Biologi, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik (SPP), Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia (SPK), yang telah menjalani latihan

mengajar.

1.8 Definisi Istilah

Difinisi istilah adalah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh

penyelidik dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah beserta dengan difinisinya.

1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains.

Dalam penyelidikan ini bakal-bakal guru sains adalah murujuk kepada pelajar-

pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti kursus SPF, SPP,

SPK, SPC, SPN dan SPG sesi pengambilan 2000/2001 yang telah menjalani latihan

mengajar.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini

14

1.8.2 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mahir didifinisikan sebagai terlatih untuk

mengerjakan sesuatu atau cekap. Kemahiran pula boleh didifinisikan sebagai kecekapan

atau kepandaian (Hajah Noresah,1994). Dalam kajian ini kemahiran membawa maksud

kecekapan bakal-bakal guru sains terhadap beberapa aspek yang dinilai seperti yang

dinyatakan di dalam objektif kajian.

1.8.3 Amali Sains

Amali didifinisikan sebagai perlaksanaan prinsip atau teori (Hajah Noresah,1994).

Dalam konteks kajian, amali merujuk kepada aktiviti makmal atau eksperimen mata

pelajran sains yang dijalankan oleh pelajar tingkatan empat dan lima mengikut sukatan

yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

1.8.4 Penilaian amali

Secara umum dalam konteks pendidikan, penilaian merujuk kepada proses

membuat pertimbangan setakat mana pemahaman (konsep) dan penguasaan kemahiran

pelajar terhadap apa yang telah pelajar pelajari (Abu Hassan,2001). Dalam kajian ini

penilaian difokuskan kepada penilaian amali. Penilaian amali dalam kajian ini

didifinisikan sebagai proses guru membuat pertimbangan terhadap kemahiran proses

sains dan kemahiran sikap saintifik pelajar semasa aktiviti amali berlangsung.