BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesarjana muda ini dapat disempurnakan dalam jangka...

21
PSZ 19:16 (Pinc.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PEKA FIZIK SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SUHAILAH BINTI SAMSON (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG. PARIT RABU, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR. Tarikh: Tarikh: PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN Nama Penyelia TIDAK TERHAD SULIT TERHAD Disahkan oleh CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesarjana muda ini dapat disempurnakan dalam jangka...

PSZ 19:16 (Pinc.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PEKA FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SUHAILAH BINTI SAMSON

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

KG. PARIT RABU,

84800 BUKIT GAMBIR,

LEDANG, JOHOR.

Tarikh: Tarikh:

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

TIDAK TERHAD

SULIT

TERHAD

√ Disahkan oleh

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan peanugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : .....................................................................................

Nama Penyelia: Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin

Tarikh : ....................................................................................

ii

TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PEKA FIZIK

SUHAILAH BINTI SAMSON

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”.

Tandatangan : .....................................................................................

Nama : Suhailah binti Samson

Tarikh : ....................................................................................

iv

Khas buat ...

Mak dan Abah yang dirindui,

Guru-guru yang dihormati,

Adik-adik yang disayangi,

Rakan-rakan yang diingati,

Terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan.

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, dengan kudrat dan rahmat yang diberikan oleh Ilahi, laporan projek

sarjana muda ini dapat disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih ditujukan khas buat Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin

Noordin selaku penyelia projek atas segala teguran, bimbingan, bantuan, nasihat dan

tunjuk ajar yang sentiasa diberikan sepanjang proses penyelidikan.

Tidak lupa juga kepada semua pihak-pihak yang sentiasa memberikan

sokongan dan galakan dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah

sentiasa merahmati kalian. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak

yang terlibat dalam penyelidikan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kerjasama kalian amat dihargai.Wassalam.

vi

ABSTRAK

PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang masih baru dalam

sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap

pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik.

Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan program pengajian. Peserta

kajian adalah seramai 40 orang bakal guru Fizik yang terdiri daripada lelaki dan

perempuan. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan Ujian Pencapaian Tahap

Pengetahuan PEKA Fizik (UPTPPF) sebagai alat kajian yang terdiri daripada 40 item

berbentuk objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α=.718. Data dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim. Secara

keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik

tentang PEKA Fizik adalah baik. Terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal

guru Fizik lelaki dan perempuan di mana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki

adalah sederhana berbanding bakal guru Fizik perempuan yang mempunyai tahap

pengetahuan yang baik. Terdapat juga perbezaan tahap pengetahuan merentas

program pengajian di mana pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

berada pada tahap sederhana manakala pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer

(Fizik) berada pada tahap baik. Ini menunjukkan bakal guru Fizik belum menguasai

PEKA Fizik sepenuhnya.

vii

ABSTRACT

PEKA Fizik is a School-based Assessment for Physics which is still new in

the Malaysian education system. This research was conducted to identify future

Physics teachers’ level of knowledge in terms of concept and frame about PEKA

Fizik. Independent variables in this research comprised of gender and course taken at

university. 40 respondents involving 11 males and 29 females in the research. The

research method used to collect data was a survey using the questionnaire called

“Assessment of Level of Knowledge about PEKA Fizik (UPTPPF)”. The UPTPPF

contains 40 objective questions and has a reliability α = .718. Descriptive statistics in

the forms of mean and standard deviation was used in the data analysis. Generally,

the research findings showed that these future Physics teachers’ level of knowledge

in terms of concept and frame of PEKA Fizik was good. However, there is a

difference in the level between genders whereby the level of knowledge among male

was average as compared to female which was good. There is also a difference in

level of knowledge among respondents from the different courses whereby the level

of knowledge of Bachelor of Science and Computer with Education (Physics)

students was good as compared to Bachelor of Science with Education (Physics)

students which was average. The findings from the research indicated these future

Physics teachers have not completely mastered the concept and frame of PEKA

Fizik.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Pengetahuan Guru yang Lemah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rangka Kerja Konsep 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Andaian Kajian 9

1.10 Batasan Kajian 10

ix

1.11 Takrifan istilah 10

1.11.1 Tahap 10

1.11.2 Pengetahuan 11

1.11.3 PEKA Fizik 11

1.11.4 Konsep 11

1.11.5 Kerangka 12

1.11.6 Bakal Guru Fizik 12

1.12 Rumusan 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Teori-teori Berkaitan 13

2.2.1 PEKA Fizik 14

2.2.2 Konsep PEKA Fizik 14

2.2.3 Kerangka PEKA Fizik 18

2.2.4 Kemahiran Saintifik 26

2.2.5 Sikap Saintifik dan Nilai Murni 28

2.3 Kajian-Kajian Lepas Mengenai PEKA 29

2.3.1 Kajian Dalam Negara Mengenai PEKA 29

2.4 Rumusan 32

3 PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Peserta Kajian 34

3.4 Alat Kajian 35

3.5 Tatacara Kajian 37

3.5.1 Kajian Rintis 37

3.5.2 Kajian Sebenar 38

3.6 Analisis Data 38

3.7 Rumusan 41

x

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 42

4.2 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 43

Konsep dan Kerangka PEKA Fizik

4.3 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 44

Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina

4.4 Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang 46

Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Program

Pengajian

4.5 Rumusan 48

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 49

5.2 Ringkasan 49

5.3 Kesimpulan 50

5.4 Perbincangan 51

5.4.1 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 52

Kerangka PEKA Fizik

5.4.2 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 54

Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina

5.4.3 Tahap Pengetahuan Tentang Konsep dan 55

Kerangka PEKA Fizik Merentas Program

Pengajian

5.5 Cadangan 57

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 59

5.7 Rumusan 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 64

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hasil Temu Bual dengan Beberapa Bakal 4

Guru Fizik di UTM

2.1 Jadual konstruk 1 dan petunjuk prestasi (PP) 20

2.2 Jadual konsruk ll dan petunjuk prestasi (PP) 22

2.3 Jadual konsruk lll dan petunjuk prestasi (PP) 23

2.4 Jadual konsruk lV dan petunjuk prestasi (PP) 24

2.5 Jadual konsruk V dan petunjuk prestasi (PP) 25

2.6 Perkaitan antara kemahiran berfikir dan 27

kemahiran proses sains

3.1 Peserta Kajian Merentas Program Pengajian 34

dan Jantina

3.2 Taburan rawak item kajian mengikut aspek 37

yang akan dinilai

3.3 Hubungan Markah, Gred dan Mata Nilai 39

xii

3.4 Pemeringkatan Tahap Pengetahuan PEKA Fizik 39

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 43

Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka

PEKA Fizik

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 44

Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka

PEKA Fizik Merentas Jantina

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan 46

Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka

PEKA Fizik Merentas Program Pengajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Rangka Kerja Konsep 7

Rajah 2.1 Ilustrasi Pentaksiran PEKA Fizik di sekolah 17

Rajah 3.1 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam PEKA 35

Fizik

Rajah 3.2 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam konsep 36

PEKA Fizik

Rajah 3.3 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam kerangka 36

PEKA Fizik

Rajah 3.4 Rumus bagi Min Markah Peserta Kajian 39

Rajah 3.5 Rumus Sisihan Lazim Menggunakan Nilai Min 40

Rajah 3.6 Rumus Sisihan Lazim Menggunakan Data 40

Mentah

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

PP Petunjuk Prestasi

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPN 2221 Pendidikan Amali Fizik

SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

UPTPPF Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan PEKA Fizik

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada abad ke-21, sistem pendidikan dilihat sebagai wadah utama untuk

merealisasikan impian negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan bahawa :

“ Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di

Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi

tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

keterampilan teknologi.”

(Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003: ix)

Menyedari kepentingan pendidikan fizik dalam melahirkan masyarakat

saintifik dan berdaya saing, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

(LPM) telah menggubal Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Fizik untuk tingkatan 4

dan tingkatan 5. PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang

bertujuan untuk mempertingkat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

2

 

(P&P). PEKA Fizik membolehkan guru membuat pentaksiran secara langsung di

sepanjang proses P&P.

Antara objektif PEKA Fizik adalah untuk membolehkan pelajar menguasai

kemahiran penyelesaian masalah secara saintifik, memperkukuh teori yang dipelajari

melalui aktiviti amali dan memupuk amalan sikap saintifik. Melalui penguasaan

kemahiran proses sains dan manipulatif, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran

mereka dalam pengolahan maklumat dan menyelesaikan masalah secara sistematik.

Oleh itu, masyarakat yang berupaya memberi sumbangan kepada pembangunan

agama, bangsa dan negara dapat diwujudkan melalui PEKA Fizik.

Menurut Laporan Prestasi SPM 2002, guru disarankan untuk memberi

perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek mengeskperimen dan kemahiran

proses sains yang lain dengan menekankan pelaporan eksperimen yang tersusun dan

lengkap. Justeru, warga pendidik seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas

tentang PEKA supaya dapat menggunakan PEKA sebaik mungkin bagi

mengoptimumkan proses P&P dan seterusnya melahirkan masyarakat yang

berkemampuan untuk berfikir secara terbuka dan kreatif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Sains Negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

PEKA Fizik mula dilaksanakan pada tahun 1999 bagi menggantikan ujian

amali sains. Seseorang pelajar itu perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari

secara teori ke dalam latihan amali dan menguasai semua elemen yang ditaksir dalam

PEKA Fizik. Ini kerana, PEKA Fizik merupakan kayu pengukur kekuatan dan

kelemahan pelajar dalam kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Sehubungan dengan itu, guru mata pelajaran Fizik seharusnya mengendalikan

segala aktiviti PEKA Fizik supaya penyeliaan PEKA Fizik dapat dilaksanakan

3

 

dengan lebih cepat, tepat, berkesan dan menyeluruh secara berterusan. Tugas guru

bukan sahaja merancang gerak kerja amali dan melaksanakan PEKA Fizik, tetapi

meliputi segala proses penyenggelaraan PEKA Fizik.

Penguasaan pelajar dalam PEKA Fizik akan membantu mereka memahami

konsep Fizik dengan lebih mudah. Oleh itu, semasa menjalankan PEKA Fizik, guru

perlu memerhatikan setiap proses dan produk kerja amali yang dijalankan oleh

pelajar. Dengan ini, guru akan dapat mengambil langkah yang sewajarnya untuk

membimbing pelajar sekiranya seseorang pelajar itu gagal menguasai elemen yang

telah ditetapkan dalam PEKA Fizik.

1.2.1 Pengetahuan Guru yang Lemah

Seseorang guru itu akan dapat memberikan komitmen penuh serta dapat

menjalankan PEKA Fizik dengan berkesan sekiranya mempunyai pengetahuan yang

luas tentang PEKA Fizik. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan dengan saranan dari

LPM dalam Laporan Prestasi SPM 2003:13, “ 3. Guru memahami objektif mata

pelajaran Fizik yang dibekalkan oleh PPK dan objektif pentaksiran Fizik yang

dibekalkan oleh LPM. 4. Guru mesti memahami konstruk berdasarkan contoh soalan

yang dibekalkan oleh LPM.” (Laporan Prestasi SPM 2003 : 13).

Justeru, untuk memastikan pelajar mengikuti proses P&P dan aktiviti amali

dengan berkesan, seseorang guru Fizik itu perlu mengetahui dan menguasai elemen-

elemen dalam PEKA Fizik selain dari memahami konsep Fizik dengan mendalam.

Berikut adalah dapatan daripada hasil temu bual penyelidik dengan beberapa bakal

guru Fizik di UTM Skudai.

4

 

Jadual 1.1: Hasil Temu Bual dengan Beberapa Bakal Guru Fizik di UTM

Soalan 1 : PEKA adalah singkatan untuk

Responden A : Penilaian kemahiran amali

Responden B : Penilaian kemahiran amali

Responden C : Penilaian kemahiran pelajar

Responden D : Penilaian kerja amali

Soalan 2 : Apakah yang anda tahu tentang PEKA ?

Responden A : .....

Responden B : Lupa...

Responden C : Menilai tahap kemahiran pelajar mengendalikan eksperimen (alat

radas), membuat kesimpulan, mengumpul data dan seterusnya

membuat report.

Responden D : Penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap kerja amali yang

dilakukan oleh pelajar.

Berdasarkan dapatan di atas, jelas menunjukkan bahawa bakal-bakal guru

Fizik tidak mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan tentang PEKA Fizik

walaupun telah mengambil kursus Pendidikan Amali Fizik, SPN 2221 dan sudah

menjalani latihan mengajar. Hal ini akan memberi impak kepada PEKA Fizik dan

proses P&P. Kehendak wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara

maju pastinya akan tergugat jika bakal guru yang bertanggungjawab dalam

melahirkan teknokrat dan saintis mempunyai pengetahuan yang cetek dalam PEKA

Fizik.

5

 

1.3 Pernyataan Masalah

PEKA Fizik sudah dilaksanakan hampir kepada satu dekad, namun masih

ramai pelajar yang gagal mendapat gred Fizik yang baik dalam Sijil Pelajaran

Malaysia. Tambahan lagi, masih ada bakal guru yang tidak tahu tentang PEKA Fizik.

Adakah bakal guru tidak memberi perhatian serius kepada PEKA Fizik? Adakah

bakal guru tidak mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang PEKA Fizik?

Kurangnya pengetahuan tentang PEKA Fizik dalam kalangan bakal guru Fizik UTM

merupakan masalah yang serius. Oleh itu dengan menjalankan kajian ini, penyelidik

berharap akan mendapat jawapan untuk persoalan-persoalan yang timbul.

1.4 Objektif Kajian.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti :

1. Tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA

Fizik.

2. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA

Fizik merentasi jantina.

3. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA

Fizik merentasi program pengajian.

6

 

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif, persoalan dalam kajian ini adalah :

1. Apakah tahap pengetahuan bakal guru fizik tentang konsep dan kerangka

PEKA Fizik?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang konsep dan kerangka

PEKA Fizik merentasi jantina?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang konsep dan kerangka

PEKA Fizik merentasi program pengajian?