BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Nur Atikah.. Putera-puteraku.. Muhammad Haider, Ibni...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Nur Atikah.. Putera-puteraku.. Muhammad Haider, Ibni...
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA
SESI PENGAJIAN: 2007-2008Saya RAJEMAN BIN KAILANI
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ ___________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:LOT 1872, BATU 7, EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEKPEKAN MERU, Nama Penyelia41050 KLANG, SELANGOR D.E.
Tarikh: 27April,2008 Tarikh: 28 April,2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
Tarikh : 28 April, 2008
SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA
RAJEMAN BIN KAILANI
Laporan Projek Reka Cipta ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
PENGAKUAN
“ Saya mengaku bahawa tesis yang bertajuk Sistem Penggera Kereta Dwi Hala
ini adalah keputusan dan idea saya, kecuali beberapa kerja yang diambil sebagai
rujukan.”
Tandatangan : ___________________________
Nama : RAJEMAN BIN KAILANI
Tarikh : 27 APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Buat yang dikasihi,
Bonda Hjh. Ramlah & Hjh. MariamAyahanda Hj Kailani & Hj. Ali
Pengorbanan kalian tidak terhingga,anakanda sanjung semulia syurga..
Isteriku tercinta...
Hindon bte Ali,Kaulah kekasih,
Kaulah isteri,Kaulah ibu,
Terima kasih kerana..Sudi menjaga makan minum abang..
menjaga & mendidik anak-anak kita..Tanpa pengorbananmu, siapalah
diri ini…
Buat puteriku,Nur Atikah..
Putera-puteraku..Muhammad Haider, Ibni Hajar & Muhammad Daniel..
belajarlah rajin-rajin.,ikutlah jejak ayah.dan emak
Ayah doakan kalian semua berjaya,di dunia & akhirat..
Isteriku..Ayuh kita buktikan,
pada putera puteri kita,pada usia ini,
kita mampu ke puncak menara gading..kita mampu menggenggam segulung ijazah!
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Sekalung budi dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
kajian, Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek di atas segala bantuan, bimbingan serta
panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tanpa nasihat dan
panduan yang diberikan, projek reka cipta ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan
sempurna. Hanya doa disisipkan agar beliau sekeluarga sentiasa memperoleh
kebahagiaan dari Ilahi.
Tidak dilupakan juga kepada Penyelia Akademik, Dr Zainuddin bin Abu Bakar
yang bukan sekadar menjadi ’sahabat’ saya di sini, malah turut membantu memberi
semangat dan dorongan serta nasihat yang tidak ternilai. Sekalung doa dipanjatkan ke
hadrat Ilahi moga beliau seisi keluarga sentiasa beroleh keberkatan di atas keikhlasan
budi yang dicurahkan, InsyaAllah.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi
semangat, dorongan dan bimbingan. Bantuan kalian semua telah memberi kekutan
kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Hanya Allah jua yang dapat
membalas jasa baik kalian. Moga persahabatan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat,
Amin.
Terima kasih semua.
v
ABSTRAK
Tujuan projek rekacipta ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kemampuan dan
keberkesanan sistem penggera kereta. Dengan sistem siren amaran penggera kereta yang
sedia ada, tahap keupayaan dan kemampuanya dipertingkatkan lagi dengan
menyediakan fungsi penggetar, sistem pemutus litar suis penghidup dan motor
penghidup kereta. Dengan menggunakan pemancar dan penerima yang berfungsi untuk
menghantar isyarat kepada pemilik kereta jika terdapat sebarang pencerobohan terhadap
keretanya, sistem pengggera kereta ini diharap dapat membantu mencegah berlakunya
sebarang pencerobohan mahupun kecurian kereta. Kaedah yang digunakan dalam
perlaksanaan projek ini adalah melalui pengumpulan maklumat dan data, pemerhatian,
pengalaman sendiri dan soal selidik. Kaedah pengujian secara manual dan soal selidik
telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas dari responden. Set
soal selidik mengandungi 30 soalan menggunakan Skala Likert. Analisis statistik
deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Data-data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science Version
14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian
penggunaan Sistem Penggera Kereta Dwi Hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan
pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Aspek harga yang berpatutan dan
mesra alam juga menjadi faktor yang mendorong pengguna untuk memasang Sisten
Penggera Kereta Dwi Hala ini. Namun, untuk mempertingkatkan lagi prestasi sistem
penggera ini, pereka mencadangkan supaya ianya diinovasikan lagi cara operasinya
melalui penggunaan telefon bimbit.
vi
ABSTRACT
The objective of this project is to improve the ability and efficiency of a car
alarm system. The existing car alarm system in our market is enhanced by the using of
vibration system, circuit breaker starter system, and assisted with the car motor system.
Using emitter and receiver function as signal transmitter to the car owner, in case of car
thief, it is hoped that the alarm system help in overcoming car thief cases. The method
used in this project are collecting information and data, observation, self experience and
questionaires. Manual testing method and questionaires are carried out to get data and
responses from the respondent. The questionaire set contains 30 questions, using Likert
Scale. Descriptive statistic analysis is used in analysing the data and the datas obtained
are processed using SPSS 14.0. The research shows that the efficiency and functional of
this car alarm system increase the confidence of the car owner to the security of his car.
With reasonable price and user friendly factors are taken into consideration, this will
encourage the user to upgrade his car alarm system using this innovation. In case to
improve the performance of this car alarm system, the inventor suggests that this
innovation is applied through the using of mobile phone.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
xiv
xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
viii
1.6 Kepentingan Reka Cipta
1.6.1 Mengelak Berlakunya Kejadian Kecurian
Kereta
1.6.2 Menjamin Tahap Keselamatan Yang Lebih
Tinggi Terhadap Kereta
1.6.3 Memberi Kemudahan Kepada Pengguna
6
7
7
7
1.7 Skop Kajian 8
1.8
1.9
Definisi Istilah
1.8.1 Sistem
1.8.2 Penggera
1.8.3 Dwi Hala
1.8.4 Tahap Keselamatan Kereta
1.8.5 Keberkesanan Sistem Penggera
1.8.6 Penambahan Fungsi
1.8.7 Mesra Pengguna
1.8.8 Memenuhi Keperluan Pengguna
Kesimpulan
9
10
10
10
11
11
11
12
12
12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2
2.3
Teori Reka Cipta
Kajian Terhadap Projek Reka Cipta
17
18
2.4 Reka Bentk Kajian 18
2.5
2.4.1 Inovasi Alat
2.4.2 Persoalan Kajian
2.4.3 Pengujian
Kesimpulan
19
19
20
21
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Proses Reka Cipta 23
3.3 Kaedah Fungsi Projek 23
3.4 Komponen Yang Terlibat
3.41 Alatan Yang Digunakan Dan Fungsinya
3.42 Unit Penggetar (vibrator)
3.43 Unit Geganti (relay)
27
27
28
28
3.5 Pegiraan Kos
3.5.1 Kos Bahan
3.5.2 Kos Upah
3.5.3 Kos Sampingan
3.5.4 Kos Pengeluaran
3.5.5 Keuntungan
29
30
30
31
31
31
3.6 Kaedah Pembuatan 32
3.6.1 Pembinaan
3.6.2 Pemasangan
32
33
3.7
3.8
Lankah-langkah Kerja
3.7.1 Carta Gantt
Populasi Kajian
33
33
35
3.9 Instrumen Kajian
3.9.1 Pengujian
3.9.2 Aspek Inovasi Komponen
35
36
37
3.9.2.1 Litar Alat Kawalan Jauh 38
3.9.2.2 Litar Utama Sistem Penggera Kereta
Dwi Hala
39
3.9.3 Soal Selidik 40
3.10 Kesahan Soal Selidik 40
3.11 Kajian Rintis 41
x
3.12 Analisis Data 42
3.13 Kesimpulan 44
BAB 4 PENGUJIAN REKA CIPTA DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Objektif 47
4.3 Pengujian Ke Atas Kefungsian Alat Penggetar
(Vibrator)
47
4.4 Ujian Sistem Pemutus Litar Suis Penghidup Dan
Motor Penghidup (Starter) 48
4.5 Keputusan Deskriptif 49
4.6 Keputusan Dan Analsis Data Bahagian A
4.6.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina
4.6.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur
4.6.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Bangsa
4.6.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Status
4.6.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pendidikan
4.6.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Kerjaya
4.6.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pendapatan
50
50
51
51
52
53
54
55
4.7 Bahagian B – Analisis Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala
4.7.1 Persoalan Kajian Pertama
4.7.2 Persoalan Kajian Kedua
4.7.3 Persoalan Kajian Ketiga
56
57
59
61
xi
4.7.4 Persoalan Kajian Keempat
4.7.5 Persoalan Kajian Kelima
63
66
4.8
4.9
Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian
Kesimpulan
68
70
BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan Kajian 73
5.2.1 Rumusan Pengujian 73
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 75
5.3 Perbincangan 77
5.3.1 Keputusan Kajian Reka Cipta 77
5.3.2 Hasil Soal Selidik 78
5.4 Cadangan Dan Masa Depan Projek 79
5.5 Kesimpulan 81
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
82
84
92
93
94
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jenayah Indeks 2005-2007 3
3.1 Senarai Alatan Dan Bahan 27
3.2 Alatan Yang Digunakan Dan Fungsinya 27
3.3 Jadual Kos Bahan 30
3.4 Proses Pencantuman Dan Pemasangan Projek 33
3.5 Carta Gantt Projek Reka Cipta Sistem Penggera
Kereta Dwi Hala 35
3.6
3.7
Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
Peringkatan Skala Likert 1
42
43
3.8
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Peringkatan Skala Likert 2
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Status
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Pendidikan
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
43
50
51
51
52
53
xiii
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Mengikut Kerjaya
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Pendapatan
Analisis Kekerapan,Peratus Dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Persoalan Kajian Pertama
Analisis Kekerapan,Peratus Dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Persoalan Kajian Kedua
Analisis Kekerapan,Peratus Dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Persoalan Kajian Ketiga
Analisis Kekerapan,Peratus Dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Persoalan Kajian Ke
Empat
Analisis Kekerapan,Peratus Dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Persoalan Kajian Ke
Lima
Analisis Keseluruhan Puratan Min Bagi Keseluruhan
Persoalan Kajian
54
55
57
59
61
63
66
68
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Operasi Asas Sistem Penggera Kereta Dwi Hala
Kekotak (Casing) Alat Kawalan Jauh
24
3.2 Gambaran Fungsi Kerja Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala 24
3.3 Rajah Blok System Penggera Kereta Dwi Hala 26
3.4 Contoh Unit Penggetar (vibrator) 28
3.5 Contoh Unit Geganti (relay) 29
3.6 Litar Penerima Dan Pemancar Pada Alat Kawalan
Jauh
38
3.7 Litar Penerima Dan Pemancar Sistem Penggera Pada
Kereta
39
xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
Bil. - Bilangan
GPS - Global Positioning System
JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan
PDRM - Polis DiRaja Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijill Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
V14 - Version 14
f - frekuensi
V - voltan
% _ peratus
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
1 Borang Soal Selidik 82
2 Surat Pengesahan Pakar Bidang 92
3 Surat Pengesahan Penilaian Pakar Bidang 93
4 Laporan Deskriptif 94
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Memiliki kenderaan sendiri menjadi satu keperluan pada hari ini. Ianya dapat
memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain , lebih-lebih
lagi dalam kehidupan yang serba pantas ini. Di sebalik faedah yang diperlolehi, ianya
juga memerlukan usaha-usaha penjagaan terhadap kenderaan itu sendiri. Servis
terhadap enjin, kebersihan kereta, sehinggalah kepada yang lebih penting iaitu
keselamatan terhadap kenderaan daripada risiko kemalangan, pencerobohan dan
kecurian. Untuk mengatasi masalah kecurian kenderaan ini maka pelbagai alat-alat
tambahan telah direka sama ada di dalam mahupun di luar kenderaan yang telah
disediakan sama ada oleh pengeluar, pemilik kereta itu sendiri mahupun oleh pengeluar-
pengeluar alat-alat tambahan keselamatan kemudiannya. Alat-alat keselamatan
tambahan ini termasuklah seperti kunci stering, kunci brek, kunci gear, kunci pedal
minyak dan sebagainya yang terdapat di dalam kenderaan, ataupun alat-alat tambahan
seperti ‘sky guard’, sistem penggera berpusat, sistem ‘alarm’ anti kecurian dan
sebagainya yang dikawal dari luar kenderaan itu sendiri. Semua ini adalah sebagai alat
tambahan keselamatan untuk melindungi kenderaan dari risiko pencerobohan dan
kecurian.
Dengan meningkatnya pelbagai teknologi pada masa kini, masalah sampingan
seperti kecurian kereta juga menjadi semakin berleluasa. Ini berlaku kerana semakin
canggih teknologi keselamatan yang dicipta, maka teknologi untuk memecah masuk ke
sistem yang direka, juga dicipta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Jika diambil contoh, sistem penggera kereta sekarang sebenarnya masih tidak
dapat mengawal keselamatan kenderaan. Iannya lebih kepada kemudahan pengguna
untuk mengunci keretanya. Perkara ini menyebabkan banyak berlaku kecurian kereta.
Masalah ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan sistem penggera kereta itu sendiri.
Bagi membendung masalah yang agak serius ini, pereka cipta telah mengambil
satu alternatif untuk mencipta satu sistem penggera kereta yang dapat membantu
mengatasi masalah pencerobohan dan kecurian kereta. “Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala” telah dicipta dengan tujuan dapat membantu pemilik kereta menjaga keselamatan
keretanya dari risiko pencerobohan dan kecurian kereta, sekaligus dapat sama-sama
membantu membanteras jenayah ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peningkatan kes-kes kecurian kenderaan di negara ini bagaikan menjadi satu
fenomena yang merunsingkan masyarakat. Angka-angka statistik menunjukkan bahawa
jenayah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa dan ianya dilihat seolah-oleh
seperti sukar dibendung. Sehingga Ogos 2007, sejumlah 54,990 kenderaan dilaporkan
hilang atau purata 230 unit sehari, membabitkan tuntutan insurans lebih RM557 juta
dengan sebahagian besarnya motosikal dan kereta persendirian (Berita Harian, 26
Oktober, 2007).
Menurut laporan statistik Jenayah Indeks Tahun 2005-2007 dari Jabatan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM), kadar kes kecurian kenderaan menyumbang peratusan
terbesar dalam kes-kes jenayah di Malaysia.
Jadual 1.1: Jenayah Indeks 2005-2007
2005 2006 2007(Januari-Ogos)Jenayah Kekerasan
JumlahKes
KesSelesai
JumlahKes
KesSelesai
JumlahKes
KesSelesai
Bunuh 497 328 604 385 383 266
Rogol 1,887 1,769 2,435 2,238 2,144 1,965
Samun Berkawan Bersenjata Api 40 7 68 18 22 8
Samun Bersenjata Api 317 59 247 44 155 17
Samun Tanpa Senjata Api 13,210 6,474 18,446 7,878 12,936 5,239
Ugutan Jenayah * * 6,336 4,972 5,493 4,239
Jumlah 15,951 8,637 28,136 15,535 21,133 7,495
Jenayah Harta Benda
Curi 34,317 19,626 37,128 20,099 28,865 14,118
Curi Van/Lori/Jentera Berat 5,507 1,667 6,328 587 3,384 60
Curi Motokar 9,711 4,532 11,101 2,935 7,954 1,810
Curi Motosikal 51,709 22,448 64,858 10,330 43,652 12,319
Curi Ragut 9,617 5,325 9,551 4,264 7,176 2,570
Pecah Rumah Malam Hari 17,542 7,001 19,060 6,864 14,356 4,273
Jumlah 128,40360,599 148,02645,079 105,38735,150
Jumlah Jenayah Indeks 144,35469,236 176,16260,614 26,520 42,645
(Sumber: Berita Harian, 26 Oktober 2007)
Kebanyakan sistem penggera kereta yang dipasangkan pada kebanyakan kereta
pada masa ini hanya berfungsi sebagai pengunci pintu kereta sahaja. Ini menyebabkan
kenderaan mudah dicerobohi atau dicuri.
1.3 Pernyataan Masalah
Dunia hari ini memperlihatkan pelbagai jenis rekaan dan ciptaan aksesori dan
alat penggera untuk kegunaan kenderaan di mana-mana sahaja. Ia boleh didapati di
kedai-kedai aksesori kenderaan dengan pelbagai fungsi, harga dan keperluan pengguna
itu sendiri. Kesemua alat-alat penggera kenderaan ini mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri. Kebanyakan alat-alat penggera kenderaan yang ada di
pasaran pada masa ini hanya mengeluarkan bunyi siren amaran sahaja. Namun, pada
jarak yang lebih jauh, pengguna tidak dapat mendengar bunyi siren amaran penggera
kereta yang dipasang pada kenderaan mereka.
Tambahan pula, alat-alat penggera kenderaan ini kurang berfungsi untuk
mencegah kecurian kenderaan pada masa ini. Kekurangan alat-alat penggera kenderaan
yang selamat dan mesra pengguna di pasaran masa kini telah mencetuskan idea untuk
menghasilkan produk reka cipta ini. Oleh itu, penciptaan Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala ini memberi fokus kepada keselamatan kenderaan terutamnya kereta. Matlamat
pereka mencipta reka cipta ini adalah untuk menjadikan sistem penggera kenderaan
berfungsi dengan lebih berkesan dan dapat digunakan dalam pelbagai situasi, tempat dan
keadaan.
Dalam reka cipta ini, pereka telah menginovasikan sistem penggera yang sedia
ada di pasaran dengan menambahkan fungsi pada sistem iaitu penambahan fungsi
penggetar dan pemutus litar suis penghidup dan motor penghidup.
1.4 Objektif Kajian
Projek Sistem Penggera Kereta Dwihala ini dilaksanakan untuk mencapai
objektif berikut seperti :
1.4.1 Mengenal pasti tahap keselamatan kereta melalui penambahan fungsi alat
penggetar(vibrator) dan pemutus litar suis penghidup dan motor penghidup pada
sistem penggera kereta.
1.4.2 Mengenal pasti keberkesanan sistem penggera kereta melalui penambahan fungsi
penggetar dan pemutus suis penghidup dan motor penghidup pada Sistem
Penggera Kereta Dwi Hala.
1.4.3 Mengetahui kesan penambahan fungsi alat penggetar (vibrator) dan pemutus litar
suis penghidup dan motor penghidup ke atas harga Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala.
1.4.4 Menghasilkan satu Sistem Penggera Kereta Dwi Hala yang dapat memenuhi ciri-
ciri mesra pengguna.
1.4.5 Menghasilkan satu Sistem Penggera Kereta Dwi Hala dapat memenuhi keperluan
pengguna terhadap aspek keselamatan kereta.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah penambahan fungsi alat penggetar (vibrator) dan pemutus litar suis
penghidup dan motor penghidup pada sistem penggera kereta dapat
meningkatkan lagi tahap keselamatan kereta?
1.5.2 Apakah penambahan fungsi alat penggetar (vibrator) dan pemutus litar suis
penghidup dan motor penghidup dapat meningkatkan lagi keberkesanan Sistem
Penggera Kereta Dwi Hala?
1.5.3 Apakah penambahan fungsi alat penggetar (vibrator) dan pemutus litar suis
penghidup dan motor penghidup meningkatkan lagi harga Sistem Penggera
Kereta Dwi Hala?
1.5.4 Apakah fungsi Sistem Penggera Kereta Dwi Hala ini dapat menepati ciri-ciri
mesra pengguna?
1.5.5 Apakah pemasangan dan penggunaan Sistem Penggera Kereta Dwi Hala dapat
memenuhi keperluan pengguna terhadap aspek keselamatan kereta?