BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELEMAHAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM MATA PELAJARAN KEJURUTERAAN JENTERA ( KJ ) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KEMAMAN, TERENGGANU. SESI PENGAJIAN: Semester 2 Sesi 2003/2004 Saya : MD.ZAINI BIN MD.LAZIN @ MD.LAZIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELEMAHAN PENCAPAIAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM

MATA PELAJARAN KEJURUTERAAN JENTERA ( KJ )

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KEMAMAN,

TERENGGANU.

SESI PENGAJIAN: Semester 2 Sesi 2003/2004

Saya : MD.ZAINI BIN MD.LAZIN @ MD.LAZIM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

“ Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia : En.Yusri bin Kamin

Tarikh : ......................................................................

* Potong yang tidak berkenaan

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELEMAHAN PENCAPAIAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM MATA PELAJARAN

KEJURUTERAAN JENTERA ( KJ ) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

KEMAMAN, TERENGGANU.

MD.ZAINI BIN MD.LAZIN @ MD.LAZIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

ii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

iii

DEDIKASI

Al-Fatihah

ALLAHYARHAM HJ. MD.LAZIN @ MD.LAZIM BIN HJ. YUNUS

ALLAHYARHAM HJ.WAN SULAIMAN BIN HJ.CHE SAMAD

( Ayahanda )

HJH.KHALIJAH BT HJ.AWANG

HJH WOOK BT HJ.DRIS

( Bonda )

WAN NORAINI BT WAN SULAIMAN

( Isteri )

MUHAMMAD UZAINI ZARIZI BIN MD.ZAINI

MUHAMMAD UZAINI ZAHINI BIN MD.ZAINI

( Anakanda )

Dan semua adik beradik yang dikasihi, segala budimu tetap dikenang sepanjang

hayat. Pengorbanan, dorongan dan sokongan daripada kalian telah menguatkanku

menempuh cabaran dan mengajar erti ketabahan. Kejayaan ini adalah untuk kita

semua.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi yang Mahakuasa kerana dengan limpah dan kurniaNya

dan dengan izinNya, laporan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En. Yusri Bin Kamin yang tidak

pernah mengenal erti jemu dalam memberi tunjukajar, bimbingan , nasihat dan

teguran sepanjang menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua Sekolah Menengah

Teknik Kemaman dan guru-guru matapelajaran Kejuruteraan Jentera disekolah

tersebut yang telah bersusah payah membantu saya ketika proses pengumpulan data

dijalankan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat

memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Semoga Allah akan membalas segala budi dan sumbangan yang telah mereka berikan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

v

ABSTRAK

Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kejuruteraan

Jentera. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di

Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. Populasi kajian adalah lima puluh

lapan orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Kejuruteraan Jentera. Kaedah

yang dipilih oleh penyelidik adalah menggunakan soal selidik sebagai instrumen

kajian. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian

SPSS 11.5 ( Statistical Package For Sosial Science ) dan data telah dinyatakan dalam

bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa

kemerosotan pencapaian matapelajaran Kejuruteraan Jentera adalah dipengaruhi oleh

faktor sikap pelajar dan faktor kemudahan yang disediakan disekolah. Manakala

faktor guru, faktor minat dan faktor isi kandungan matapelajaran tidak mempengaruhi

kemerosotan pencapaian pelajar. Sebagai kesimpulan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Kejuruteraan Jentera ini boleh dipertingkatkan lagi sekiranya faktor sikap

pelajar dan faktor kemudahan sekolah diberikan tumpuan serta penekanan

sepenuhnya.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

vi

ABSTRACT

This descriptive study was conducted to identify factors that influence students

achievement in Mechanical Engineering subject. The subject stands from the Form

Four students of Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. About fifty-eight

of the Form Four Mechanical Engineering students are involved in this study. The

data were collected and processed using Statistical Package For Social Science for

Windows Release 11.5 (SPSS software) and the findings presented by percentage and

frequency. The findings show that the students’ achievements are influenced by factor

of attitude and factor of learning facilities. However the factor of teachers, factor of

interest and factor of subject syllabus have already fulfilled the needs of students. As

a conclusion, the achievement of students in Mechanical Engineering can be

improved if the factors that still haven’t got any attention by the students are

emphasized and are given full attention by the school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Minat 8

1.8.2 Sikap 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

viii

1.8.3 Kemudahan 8

1.8.4 Pengajaran 9

1.8.5 Mata Pelajaran Kejuruteraan Jentera 9

II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar 11

2.1.1 Faktor Minat Pelajar 12

2.1.2 Faktor Sikap Pelajar 13

2.1.3 Faktor Guru 15

2.1.4 Faktor Kemudahan Yang Disediakan

Di sekolah 18

2.1.5 Faktor Isi Kandungan Pelajaran ( Kurikulum ) 20

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 22

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Tatacara Kajian 25

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 26

3.7 Analisis Data 27

IV ANALISA DATA

4.0 Pengenalan 29

4.1 Bahagian A

4.1.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 30

4.1.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keturunan 30

4.1.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/Penjaga 31

4.1.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Peringkat

Pendidikan Ibubapa/Penjaga

4.1.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan

Matapelajaran Matematik PMR. 32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

ix

4.1.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Markah.

Matapelajaran KJ Dalam Peperiksaan Penggal

Pertama 32

4.2 Bahagian B

4.2.1 Adakah Faktor Minat Mempengaruhi Pencapaian

Dalam Matapelajaran KJ. 33

4.2.2 Adakah Faktor Sikap Mempengaruhi Pencapaian

Dalam Matapelajaran KJ. 35

4.2.3 Adakah Faktor Kemudahan Mempengaruhi

Pencapaian Dalam Matapelajaran KJ. 37

4.2.4 Adakah Faktor Guru Mempengaruhi Pencapaian

Dalam Matapelajaran KJ. 39

4.2.5 Adakah Faktor Isi Kandungan Mempengaruhi

Pencapaian Dalam Matapelajaran KJ. 41

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Perbincangan Kajian

5.2.1 Adakah Faktor Minat Pelajar Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Kejuruteraan Jentera. 44

5.2.2 Adakah Faktor Sikap Pelajar Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Kejuruteraan Jentera. 45

5.2.3 Adakah Faktor Pengajaran Guru Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Kejuruteraan Jentera. 46

5.2.4 Adakah Faktor Kemudahan Pelajar Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Kejuruteraan Jentera. 46

5.2.5 Adakah Faktor Isi Kandungan Pelajaran

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

x

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Kejuruteraan Jentera. 47

5.3 Rumusan 48

5.4 Cadangan 49

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 51

LAMPIRAN A ( SURAT KEBENARAN EPRD ) 55

LAMPIRAN B ( SURAT KEBENARAN JPN

TERENGGANU ) 56

LAMPIRAN C ( SURAT PERMOHONAN UNTUK

MENJALANKAN KAJIAN ) 57

LAMPIRAN D ( SURAT KEBENARAN

MENJALANKAN KAJIAN DARI

PIHAK UTM ) 58

LAMPIRAN E ( BORANG SOAL SELIDIK ) 59

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Analisis peperiksaan Pengajian Kejuruteraan

Jentera SPM 1999. 3

Jadual 1.2 Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian

( A1 – C6 ) Dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan

empat bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di

Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu

dari 1999 hingga 2002. 4

Jadual 1.3 Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian

( A1 – C6 ) Dalam peperiksaan SPM bagi

matapelajaran Kejuruteraan Jentera di Sekolah

Menengah Teknik Kemaman, Terengganu dari

1997 hingga 2002. 4

Jadual 3.1 Faktor Kajian Dan Taburan Nombor Item Soalan 24

Jadual 3.2 Skala Likert 25

Jadual 3.3 Pengkelasan Skala Likert 28

Jadual 3.4 Pemarkatan Skala Likert Yang Dimudahkan 28

Jadual 4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 30

Jadual 4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keturunan 30

Jadual 4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pekerjaan Bapa/Penjaga 31

Jadual 4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Peringkat Pendidikan

Ibubapa/Penjaga 31

Jadual 4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan

Matapelajaran Matematik PMR. 32

Jadual 4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Markah

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

xii

Matapelajaran KJ Dalam Peperiksaan Penggal Pertama. 32

Jadual 4.7 Respon pelajar terhadap faktor minat mempengaruhi

pencapaian dalam matapelajaran KJ. 33

Jadual 4.8 Respon pelajar terhadap faktor sikap mempengaruhi

pencapaian dalam matapelajaran KJ. 35

Jadual 4.9 Respon pelajar terhadap faktor kemudahan mempengaruhi

pencapaian dalam matapelajaran KJ. 37

Jadual 4.10 Respon pelajar terhadap faktor guru mempengaruhi

pencapaian dalam matapelajaran KJ. 39

Jadual 4.11 Respon pelajar terhadap faktor isi kandungan mempengaruhi

pencapaian dalam matapelajaran KJ. 41

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

xiii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

EPRD - Education Palanning And Research Department

( Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan )

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KJ - Kejuruteraan Jentera

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS - Statistical Package Of Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah

sebuah negara maju. Jika direnung kembali segala perubahan yang berlaku dari setahun

ke setahun bermula dari mula merdeka hingga kini, Malaysia telah banyak berubah dalam

segala aspek. Untuk mencapai hasrat menjadikan Malaysia pusat pendidikan bertaraf

dunia maka perubahan perlu dilakukan. Perubahan yang dilakukan perlu agar masyarakat

Malaysia mampu berfikir dan bersaing di peringkat global.

Menurut Ee Ah Meng ( 1994 ), manusia yang kamil sentiasa berani dan tabah

menguasai pelbagai jenis perubahan. Banyak perubahan yang berlaku sama ada dalam

bidang sains dan teknologi mahupun pendidikan. Sejajar dengan Wawasan 2020 untuk

membentuk masyarakat yang maju dalam bidang industri dan perdagangan, maka

pembangunan sumber manusia hendaklah dimulai dari sekarang. Bagi memenuhi

tuntutan ini, maka kurikulum sekolah, maktab dan universiti hendaklah diubah. Lantaran

itu, komponen perkembangan dan perlaksanaan kurikulum dalam struktur pelajaran asas

pendidikan turut diberi penekanan baru.( Ee Ah Meng , 1994 )

Fenomena yang berlaku sekarang menyebabkan cara menilai kejayaan seseorang

dalam pelajaran sudah berbeza. Ibubapa akan berbangga jika anak mereka berjaya dengan

cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan. Oleh itu pelbagai usaha dilakukan supaya

anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan. Berjaya dalam peperiksaan akan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

2

mencerahkan peluang untuk terus melanjutkan pelajaran dan lebih mudah menempuh

cabaran hidup di masa hadapan. Kebiasaannya pelajar yang mencapai kelulusan yang

cemerlang dianggap sebagai pelajar yang berjaya, manakala pelajar yang tidak

menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dianggap sebagai pelajar yang lemah.

Ee Ah Meng ( 1994 ), menyatakan penilaian kurikulum boleh dilakukan dalam

pelbagai peringkat kategori individu yang berlainan. Pihak berkuasa mungkin ingin tahu

sejauh manakah keberkesanan kurikulum itu secara keseluruhannya. Guru akan menilai

dari segi pencapaian murid-muridnya. Murid-murid pula akan membuat penilaian tentang

apa yang mereka telah pelajari dan setakat mana mereka telah mencapai objektif-objektif

yang ditentukan. Pihak ibubapa pula akan menilai keberkesanan kurikulum menerusi

pencapaian anak mereka.

Kejayaan pelajar menguasai ilmu dalam bidang sains dan teknologi merupakan

aset yang paling berharga bagi sesebuah negara. Pelajar merupakan pemangkin kepada

pembangunan teknologi serta pelapis kepada kepimpinan negara di masa akan datang.

Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan ahli

teknologi yang mantap dan cemerlang. Untuk mencapai hasrat ini penguasaan mata

pelajaran sains dan teknologi perlu dipupuk dan disemai di peringkat awal lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa setiap pelajar wajib

mengambil sekurang-kurangnya satu matapelajaran dari kumpulan II ( Vokasional dan

Teknologi ) yang terdiri daripada Perinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains

Pertanian, Ekonomi Rumahtangga, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan

Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,

Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Negara Malaysia telah berubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada

sebuah negara industri dalam menuju wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Untuk

mencapai hasrat tersebut, langkah awal yang diambil ialah mewujudkan banyak pusat

latihan bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir. Sekolah

menengah Teknik adalah salah satu pusat pendidikan yang akan melahirkan pelajar-

pelajar yang berpengetahuan asas mengenai kemahiran tertentu yang bakal menyumbang

kepada kemajuan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah mensasarkan 60 peratus pelajar

sains memasuki universiti tempatan dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan

datang ( Utusan Malaysia 1 Mac 2000 ). Kelemahan pelajar untuk menguasai

matapelajaran sains dan teknologi sudah tentulah akan menimbulkan masalah kepada

mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Matapelajaran

teknologi adalah salah satu matapelajaran wajib diikuti oleh pelajar aliran teknik dan

vokasional. Mata pelajaran ini boleh dianggap sebagai salah satu matapelajaran yang

agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar.

Jadual 1.1 : Analisis peperiksaan Pengajian Kejuruteraan Jentera SPM 1999.

Mata pelajaran Bil. Ambil Peratus peringkat Peratus

Jumlah

Sangat Baik ( 1 & 2 )

Kepujian ( 3 & 6 )

Lulus ( 7 & 8 ) Lulus

Peng.Kejuruteraan Jentera 2714 1.5 33.0 58.8 93.3

Merujuk Jadual 1.1, sebahagian besar pelajar yang mengambil matapelajaran

teknologi tidak menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dalam matapelajaran

Kejuruteraan Jentera (KJ). Kegagalan pelajar untuk menguasai matapelajaran ini,

menjadi penghalang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

4

khususnya dalam bidang Kejuruteraan Jentera. Pencapaian pelajar yang rendah dalam

matapelajaran KJ ini menggambarkan wujudnya beberapa masalah yang telah dihadapi

oleh pelajar untuk menguasai matapelajaran tersebut. Begitu juga dalam analisis

peperiksaan akhir tahun tingkatan empat di SMT Kemaman sepanjang tiga tahun lalu,

dapat diperhatikan bahawa keputusan pelajar yang mendapat kepujian dalam mata

pelajaran KJ adalah rendah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian ( A1 – C6 ) Dalam

peperiksaan akhir tahun tingkatan empat bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di

Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu dari 1999 hingga 2002.

Jumlah % Kepujian Cemerlang GRED

Tahun Calon Lulus %( 1 - 6 ) %( 1 & 2 ) 1A 2A

2000 35 97.1 54.3 0.0 0 0

2001 138 56.4 12.9 0.0 0 0

2002 112 83.0 33.9 0.9 0 1

Jadual 1.3 : Analisis bilangan pelajar yang mendapat kepujian ( A1 – C6 ) Dalam

peperiksaan SPM bagi matapelajaran Kejuruteraan Jentera di Sekolah Menengah Teknik

Kemaman, Terengganu dari 1997 hingga 2002.

Jumlah % Kepujian Cemerlang GRED

Tahun Calon Lulus %( 1 - 6 ) %( 1 & 2 ) 1A 2A

1997 63 58.73 33.33 1.59 0 1

1998 35 28.57 68.57 2.86 0 1

1999 36 72.22 11.11 0.00 0 0

2000 68 51.47 48.53 0.00 0 0

2001 35 48.57 22.86 0.00 0 0

2002 139 51.08 24.46 0.72 0 1

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

5

Merujuk jadual 1.1, jadual 1.2 dan jadual 1.3, keputusan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran KJ adalah rendah. Fenomena sebegini seharusnya tidak perlu dibiarkan

berterusan, ia amat perlu dibuat satu kajian mengenalpasti masalah yang timbul di

kalangan pelajar KJ.

Keputusan peperiksaan menunjukkan terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi keputusan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran ini.

Sekiranya fenomena ini berterusan, hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan

akademik di rantau ini akan terbantut.

Adakah faktor-faktor seperti minat, sikap, kemudahan,guru dan sukatan pelajaran

mempengaruhi pencapaian dalam peperiksaan. Melalui analisis pengkaji menunjukkan

perlu untuk menjalankan kajian ini untuk mengenalpasti faktor yang terlibat.

1.3 Pernyataan Masalah

Pencapaian akademik seseorang pelajar diukur melalui penilaian ujian

peperiksaan sekolah dan peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM, SPMV dan

STPM, yang mana menjadi penentu hala tuju masa depan pelajar tersebut. Berjaya atau

gagal seseorang pelajar itu akan dihubungkaitkan dengan faktor yang mempengaruhi

seperti suasana pembelajaran difokuskan kepada guru, sikap pelajar terhadap pengajaran

dan pembelajaran, minat pelajar terhadap matapelajaran itu, kemudahan pengajaran dan

pembelajaran yang disediakan dan isi kandungan sukatan pelajaran tersebut. Sehubungan

itu pengkaji ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

pencapaian pelajar tingkatan empat dalam matapelajaran KJ di SMT Kemaman,

Terengganu.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan

6

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah

i. Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

matapelajaran KJ?

ii. Adakah faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

matapelajaran KJ?

iii. Adakah faktor kemudahan yang disediakan pihak sekolah memepengaruhi

pencapaian pelajar dalam matapelajaran KJ?

iv. Adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

matapelajaran KJ?

v. Adakah faktor isi kandungan sukatan pelajaran mempengaruhi pencapaian

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran KJ?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

kelemahan pencapaian pelajar tingkatan empat kursus Kejuruteraan Jentera dalam

matapelajaran Kejuruteraan Jentera. Di antara objektif kajian ialah:-

i. Mengenalpasti adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam matapelajaran KJ.

ii. Mengenalpasti adakah faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam matapelajaran KJ.

iii. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan yang disediakan pihak sekolah

memepengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran KJ.

iv. Mengenalpasti adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam matapelajaran KJ.