BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang...

20
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PROFIL ANTROPOMETRI DAN SOMATOTAIP ATLIT BOLA JARING KEBANGSAAN SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: NOORRUL AFNIZA BINTI AHMAD JAMALUDN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 11 JLN BYN 2, EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI TMN BKT KATIL, 75450 MELAKA. Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PROFIL ANTROPOMETRI DAN SOMATOTAIP ATLIT BOLA JARING KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya: NOORRUL AFNIZA BINTI AHMAD JAMALUDN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 11 JLN BYN 2, EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI TMN BKT KATIL, 75450 MELAKA. Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : _______________________________________ Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

PROFIL ANTROPOMETRI DAN SOMATOTAIP ATLET BOLA JARING KEBANGSAAN

NOORRUL AFNIZA BINTI AHMAD JAMALUDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

23 APRIL 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________ Nama Pelajar : NOORRUL AFNIZA BINTI AHMAD JAMALUDIN Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

iii

DEDIKASI

Teristimewa….

Buat ayahanda dan bonta tercinta

Ahmad Jamaludin Bin Dahlan Dan Rokiah Bt Haron

Pengorbanan, jasa dan dorongan serta doa kalian adalah azimat kekuatan bagiku

Akan ku balas segala pengorbanan yang tiada nilai ini

Buat kekanda dan adinda yang kusayangi

Sokongan dan dorongan kalian merupakan sumber ilhamku

Terima kasih keranan memahami diriku

Buat yang dikasihi

Kata-kata semangat dan doronganmu penguat keazamanku

Akan ku simpan sebagai memori nkita bersama

Dan yang terindah dalam kenangan

Buat sahabat-sahabat seperjuangan

Perjuangan bersama kalian tidak akan dilupai

Hingga ke akhir hanyat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaan serta hidayahNYA,

penulisan ini dapat juga disiapkan akhirnya dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada En. Syahrul Ridhwan

Morazuki selaku penyelia PSM ini di atas segala susah payah memberi tunjuk ajar,

menasihati, menyemak, menyumbang idea dan bimbingan yang diberi sepanjang tempoh

projek ini dijalankan. Sesungguhnya jasa yang diberi amatlah berguna dan berharga.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang membantu dan memberikan

dorongan dalam bersama-sama menyelesaikan projek ini khususnya buat sahabat saya,

rakan sepasukan bola jaring kebangsaan, pensyarah-pensyarah Sains Sukan, Fakulti

Pendidikan dan rakan-rakan SPS semua. Terima kasih di atas segala sokongan dan

bantuan yang diberikan.

Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada

penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Sebagai pengakhir bicara, saya berdoa padaNYA semoga usaha saya yang sekecil ini

mampu memberi sedikit pengetahuan buat semua. Terima kasih di atas pertolongan yang

begitu bermakna bagi saya untuk mendapat segulung ijazah. Semoga Allah S.W.T yang

dapat membalas jasa kalian.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan profil antropometri atlit bola

jaring kebangsaan serta mengenalpasti kategori somatotaip mengikut kumpulan posisi

pemain. Kajian ini dijalankan ke atas 12 orang subjek yang berumur di antara 19 hingga

24 tahun. Pengujian antropometri yang dijalankan ialah pengukuran tinggi dan berat,

ujian lipatan kulit, pengukuran lilitan lengan atas dan betis, pengukuran diameter tulang

humerus dan tulang femur, dan peratusan kandungan lemak. Hasil kajian mendapati

bahawa kesemua subjek tergolong dalam kategori somatotaip jenis mesomorf. Secara

kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan ketara mengenai ciri-ciri

fizikal antara atlit bola jaring kebangsaan bagi setiap posisi. Atlit bola jaring

kebangsaan juga mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan atlit bola jaing

Australia.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to obtain the anthropometrical profile of national netball

athletes and to identify the somatotype category according to their playing position. The

study was conducted on 12 subjects who aged between 19 to 24. Anthropometrical tests

that were conducted are height and weight measurement, skinfold measurement,

measurement of arm and calf circumference, measurement of humerus and femur

diameter, and body fat percentage. Results of this study found that the somatotype

category of all subject are mesomorph. In conclusion, the findings of this study show no

significant differences in physical characteristics of the national netball athletes for

every position. National netball athletes also possessed similar physical characteristics as

the Australia netball athletes.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 3

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Kepentingan Kajian 4

1.5 Limitsi Kajian 4

1.6 Delimitasi Kajian 4

1.7 Definisi Istilah 5

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

viii

2 SOROTAN KAJIAN 7

2.0 Pengenalan 7

2.1 Antropometri 8

2.2 Somatotaip 9

2.3 Komposisi Tubuh 10

2.4 Ujian Skinfold Calliper 11

2.5 Mengenalpasti Bakat 12

3 METODOLOGI 13

3.0 Reka Bentuk Kajian 13

3.1 Subjek Kajian 15

3.2 Tempat Kajian 15

3.3 Instrumen Kajian 15

3.4 Prosedur Kajian 16

3.4.1 Pengukuran Antropometri 16

3.4.2 Pengukuran Somatotaip 19

3.5 Penganalisian Data 21

4 ANALISIS DATA 22

4.0 Pengenalan 22

4.1 Profil Fizikal Subjek 22

4.1.1 Ketinggian 24

4.1.2 Berat Badan 25

4.1.3 Peratusan Lemak 26

4.3 Somatotaip 27

4.4 Keseluruhan Ciri-ciri Fizikal 34

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

ix

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 35

5.0 Pengenalan 35

5.1 Perbincangan 36

5.1.1 Tinggi dan Berat 36

5.1.2 Lemak 37

5.1.3 Bentu Badan 37

5.2 Kesimpulan 38

5.3 Cadangan 39

RUJUKAN 40- 43

LAMPIRAN 44-53

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat, tinggi,

BMI dan peratusan lemak. 23

4.2 Data Somatotaip Subjek Posisi Pertahanan 27

4.3 Data Somatotaip Subjek Posisi Tengah 28

4.4 Data somatotaip Subbjek Posisi Penyerang 29

4.5 Nilai Komponen Somatotaip 30

4.6 Nilai Bagi Setiap Kumpulan Posisi 32

4.7 Ketinggian, Berat, Peratus Lemak Dan Somatotaip

Mengikut Kumpulan Posisi 34

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta Alir Pelaksanaan Kajian 14

4.1 Ketinggian 24

4.2 Berat Badan 25

4.3 Peratusan Lemak 26

4.4 Somatotaip Mengikut Individu 31

4.5 Carta Somatotaip Mengikut Kumpulan Posisi 33

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen Pengujian Antropometri Dan Somatotaip 44

B Bahagian Pengukuran Lipatan Kulit 47

C Bahagian Pengukuran Tulang 49

D Bahagian Pengukuran Lilitan 50

E Surat Perlantikan Subjek 51

F Surat Perjanjian 52

G Borang Pengukuran Antropometrik Dan Somatotaip 53

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang amat penting dan

melalui sukan juga Negara Malaysia mula dikenali di seluruh dunia. Pada masa kini,

semakin ramai atlit tempatan yang bertaraf dunia telah dilahirkan seperti Dato Nicol

Ann David pemain skuash dan Dato Lee Chong Wei pemain badminton. Di

Malaysia, terdapat pelbagai jenis sukan yang telah dibangunkan seperti olahraga,

renang, basikal dan sebagainya. Bola jaring juga merupakan salah satu sukan yang

turut dibangunkan oleh Majlis Sukan Negara.

Sukan bola jaring telah mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James

Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini semakin diminati

oleh pelbagai golongan masyarakat. Walaupun sukan ini kurang popular pada

peringkat dunia tetapi ia telah lama dikenali oleh masyarakat Malaysia khususnya

kaum wanita. Malah sekarang sukan ini telah dimainkan oleh kaum lelaki.

Permainan ini merupakan permainan berkumpulan yang terdiri daripada dua

pasukan dan setiap pasukan mempunyai 7 orang pemain. Posisi yang terdapat dalam

setiap pasukan adalah Goal Shooter (GS), Goal Attack (GA), Wing Attack (WA),

Centre (C), Wing Defence (WD), Goal Defence (GD), dan Goal Keeper (GK). Posisi

ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu penyerang, penjaring dan

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

2

 

pertahanan. Setiap posisi tersebut mempunyai peranan masing-masing. Sebagai

contoh posisi GS merupakan individu yang berperanan untuk menjaringkan bola ke

dalam jaring. Manakala GK adalah pemain yang berperanan untuk mempertahankan

bola daripada pihak lawan mendapat mata.

Sukan ini mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap

pemain iaitu kemahiran menghantar dan menagkap bola, melompat, mengelecek,

menghadang dan menjaring. Segala aktiviti yang dilakukan memerlukan kekuatan

otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskualar, ketangkasan dan kelenturan.

Pemiliihan atlit yang baik akan menghasilkan pemain yang berkualiti.

Faktor fizikal memainkan peranan penting bagi mencapai kejayaan dalam

sukan bola jaring. Mengikut pengalaman pengkaji sebagai pemain Kebangsaan,

faktor fizikal merupakan salah satu punca utama kegagalan atlit bola jaring pada

peringkat antarabangsa. Contoh yang termudah adalah tahap ketinggian pemain

negara yang lebih rendah berbanding pemain bola jaring antarabangsa.

Selain itu faktor fizikal lain juga turut mempengaruhi pencapaian pasukan

memandangkan setiap posisi berkemungkinan memerlukan kondisi fizikal yang

berbeza. Pengkajian tentang maklumat fizikal ini dikenali sebagai antropometri.

Lanjutan daripada antropometri, fizikal seseorang individu boleh dikategorikan

mengikut kategori tertentu yang mana ia dikenali sebagai somatotaip.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

3

 

1.1 Latar Belakang Kajian

Berdasarkan pengetahuan penyelidik, pada asalnya tiada lagi profil atlit bola

jaring Malaysia mengenai antropometri dan somatotaip untuk menjadi rujukan oleh

para jurulatih semasa pemilihan atlit tetapi kajian ini telah dibuat oleh Kim Geok

Soh, Ruby Husain dan Kim Lam Soh (2007). Melalui kajian tersebut, purata atlit

yang menjadi subjek adalah 18 tahun yang dikategorikan sebagai atlit remaja dan

hasil dapatan mendapati kategori somatotaip adalah endomorf (6-2-2). Sebagai

permulaan, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan

antropometri dan somatotaip atlit yang mewakili negara pada masa kini dan ini

seterusnya dapat membantu jurulatih menjadikan rujukan semasa mencari atlit dari

awal untuk meningkatkan sukan bola jaring negara.

1.2 Penyataan Masalah

Antropometri dan somatotaip merupakan komponen fizikal yang penting

dalam sukan bola jaring. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk membantu jurulatih

mencari dan mengenalpasti atlit yang sesuai bermain bola jaring serta dapat

mengelaskan atlit mengikut posisi berdasarkan ciri-ciri yang dikaji.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Mengukur antropometri atlit mengikut posisi.

1.3.2 Mengenalpasti kategori somatotaip berdasarkan posisi.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

4

 

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi membantu jurulatih mencari dan mengenalpasti

atlit semasa sesi pemilihan atlit untuk sukan bola jaring dan penetapan yang sesuai

untuk setiap posisi.

1.5 Limitasi Kajian

Kajian dijalankan terhadap pemain bola jaring Negara iaitu seramai 12 orang

yang masih aktif mewakili negara.

1.6 Delimitasi Kajian

Kajian yang dijalankan tidak terbatas kepada perkara-perkara seperti berikut :

1.6.1 Penyelidik tidak mengawal segala aktiviti atau latihan subjek.

1.6.2 Penyelidik tidak mengawal segala pemakanan dan makanan tambahan subjek.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

5

 

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Antropometri

Pengukuran fizikal manusia iaitu tinggi, berat, dan ukur lilitan manusia.

1.7.2 Somatotaip

Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem

klasifikasi jenis fizikal manusia.

1.7.3 Endomorf

Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat

kebulatan dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang

berlemak tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala

dilindungi dibawah lemak.

1.7.4 Mesomorf

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan

bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang

agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak berlemak dan

berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis♦ judul: profil antropometri dan somatotaip atlit bola jaring

6

 

1.7.5 Ektomorf

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang,

bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi.

Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam

kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu mereka

dikenali sebagai golongan yang kurus.

1.7.6 Center ( C ) – Pemain Posisi Tengah.

1.7.7 Goal Attack ( GA ) – Pemain Posisi Penyerang. 1.7.8 Goal Defence ( GD ) – Pemain Posisi Pertahanan. 1.7.9 Goal Shooter ( GS ) – Pemain Posisi Penyerang. 1.7.10 Wing Attack ( WA ) – Pemain Posisi Tengah. 1.7.11 Wing Defence ( WD ) – Pemain Posisi Pertahanan. 1.7.12 Goal Keeper ( GK ) – Pemain Posisi Pertahanan.