BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah...
Transcript of BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI … · 6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah...
BORANG PENYERTAAN
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
Nama Pasukan : ..............................................................................................................
Nama Pengurus : ..............................................................................................................
Nama Jurulatih : ..............................................................................................................
Nama Fisio/Kitman : ..............................................................................................................
No. Tel. Pengurus : ..............................................................................................................
BIL. NAMA PEMAIN NO. K/P
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
* Sila sertakan salinan kad pengenalan bagi setiap peserta.
KEJOHANAN BOLA JARING BANDARAYA PELANCONGAN 2019
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1.0 PENGENALAN
Kejohanan ini merupakan Kejohanan Bola Jaring Bandaraya Pelancongan 2019 Majlis
Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.
2.0 PENGANJURAN
Kejohanan ini merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan sebagai memenuhi Kalendar Aktiviti tahun 2019 yang telah
dirancang.
3.0 TEMPAT KEJOHANAN
Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi Kedah
4.0 TARIKH KEJOHANAN
Kejohanan akan diadakan pada 27 & 28 April 2019 ( Sabtu & Ahad )
5.0 YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM 150.00 sepasukan dan perlu
dijelaskan sebelum tarikh tutup penyertaan melalui :-
5.1 Bayaran secara tunai hendaklah dilakukan di Kaunter Bayaran Majlis
Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.
5.2 Bayaran secara dalam talian melalui akaun nombor 152077270077 (MAYBANK)
atau 02066023699676 (BIMB) dan hendaklah dikemukakan resit/bukti
bayaran bersama-sama borang penyertaan. Resit rasmi bayaran penyertaan akan
disediakan.
5.3 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan ingin menarik diri
dari kejohanan.
5.4 Bayaran penyertaan adalah di atas tujuan Menyertai Kejohanan Bola Jaring
Bandaraya Pelancongan 2019 dan menyatakan catatan nama penuh serta
nombor kad pengenalan pembayar bagi tujuan pengeluaran Resit Bayaran.
5.5 Sila Hubungi Urusetia Kejohanan iaitu En. Shyfullizan bin Padzil ( 017-5478183 )
atau Pn. Faezah binti Abdullah ( 017-4757969 ) bagi memaklumkan pengesahan
penyertaan atau untuk sebarang pertanyaan.
5.6 Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mengesahkan
penyertaan.
6.0 KELAYAKAN PESERTA DAN PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Kejohanan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dalam Daerah Langkawi
sahaja yang berminat dengan syarat pendaftaran pemain yang layak adalah
seperti berikut :-
i. Warganegara Malaysia
ii. Wanita dan Berumur 21 tahun ke atas (lahir pada tahun 1998 ke
bawah)
iii. Pasukan bertanding dibenarkan untuk mendaftarkan mana-mana pemain
dari luar Daerah Langkawi yang mematuhi syarat pada para i & ii di atas.
iv. Pemain berstatus pemain negeri atau kebangsaan layak untuk
didaftarkan.
v. Setiap pasukan hendaklah wajib mendaftarkan minmun 2 orang pemain
veteran berumur 40 tahun ke atas ( lahir tahun 1979 ke bawah ).
6.2 Setiap pasukan hendaklah dan dibenarkan mendaftarkan :-
a) 1 orang pengurus pasukan.
b) 1 orang jurulatih.
c) 1 orang fisio/kitman/pembantu pasukan.
d) 10 orang pemain.
6.3 Setiap pasukan mestilah memakai pakaian pasukan yang seragam semasa
pertandingan.
6.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang penyertaan yang disediakan oleh penganjur, hanya pemain berdaftar
sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
6.5 Seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja sepanjang
kejohanan berlangsung dan mana-mana pemain melanggar peraturan ini maka
penyertaan pasukan yang diwakili akan dikira kalah dalam perlawanan yang
disertai dan pemain tersebut akan digantung sepanjang kejohanan.
6.6 Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan dan sebelum majlis cabutan undi berakhir.
6.7 Pengurus Pasukan juga boleh didaftarkan sebagai pemain dalam pasukan.
Jurulatih dan Fisio/kitman/pembantu pasukan tidak dibenarkan.
6.8 Pihak Penganjur adalah berhak untuk menambah bilangan jemputan kepada
pasukan-pasukan dari luar Daerah Langkawi sekiranya didapati jumlah
penyertaan terlalu sedikit pada sebelum tarikh tutup kejohanan.
7.0 PERAUTURAN UMUM
7.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Bola Jaring
Antarabangsa (IFNA) tahun 1977 dikuatkuasa dan diputuskan oleh Persatuan
Bola Jaring Kebangsaan Malaysia
7.2 Peraturan Tambahan selain dari peraturan umum diatas, Jawatankuasa
Penganjur adalah berhak mengadakan/meminda peraturan-peraturan tambahan
yang selaras dengan matlamat dan objektif penganjuran.
8.0 FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal
dijalankan secara liga manakala pusingan seterusnya secara kalah singkir.
8.2 Pembahagian mata adalah seperti berikut :-
Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
8.3 Setiap pasukan wajib menyenaraikan dua (2) orang pemain veteran semasa
setiap kali perlawanan dan hanya pemain veteran layak menggantikan
pemain veteran.
8.4 Jika berlaku keputusan seri diperingkat kalah singkir, maka keputusan
pertandingan akan ditentukan seperti berikut :-
i. Pertandingan disambung semula setelah 5 minit rehat dan kedua-dua pasukan
akan mengundi semula untuk memilih 5 hantaran tengah.
ii. Permainan akan diteruskan dengan 5 hantaran tengan secara bergilir-gilir.
Keputusan hantaran tengah yang kelima akan berakhir dengan jaringan gol.
8.5 Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.
8.6 Keputusan jumlah jaringan tertinggi di peringkat kumpulan adalah diambil kira
sebagai kelebihan jika berlaku keputusan sama mata untuk layak ke peringkat
kalah singkir.
8.7 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftarkan lebih dari satu pasukan.
9.0 TEMPOH PERLAWANAN
Pusingan Awal – Suku akhir : 7’: 1’: 7’ ( dalam minit )
Separuh Akhir – Akhir : 10’: 3’: 10’ ( dalam minit )
10.0 TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN
10.1 Pakaian bagi setiap pasukan hendaklah seragam.
10.2 Setiap pemain hendaklah memakai T-shirt atau jersi dengan Track Bottom, seluar
pendek atau thight semata-mata adalah tidak dibenarkan.
10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set ‘bib’ yang belainan warna.
11.0 PERALATAN PERTANDINGAN / PENGADILAN
Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan pertandingan dan Pegawai
Teknikal sepanjang kejohanan.
12.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN
21.1 Setiap pasukan atau pemain yang terlewat 10 minit dari masa yang dijadualkan
akan dianggap sebagai menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada
pihak lawan.
12.2 Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku
maka pasukan atau pemain dianggap menarik diri keseluruhan kejohanan.
Keputusan yang terdahulu bagi pasuikan atau pemain berkenaan tidak diambil
kira.
13.0 UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
Undian dan mesyuarat pengurus pasukan bersama pengadil, jawatankuasa teknikal dan
penganjur.
14.0 BANTAHAN
14.1 Semua bantahan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Bertugas di Meja
Urusetia untuk mendapatkan kepastian perkara yang akan dibantah dan
sekiranya masih tidak berpuashati boleh memanjangkan dengan mengisi borang
bantahan yang disediakan kepada Jawatankuasa Rayuan/Bantahan melalui
Urusetia Jawatankuasa Kejohanan dengan dikenakan wang cagaran RM 200.00
dalam masa 30 minit selepas perlawanan tamat. Wang cagaran akan dikembalikan
sekiranya Rayuan / Bantahan itu berjaya dan sekiranya gagal, wang cagaran tidak
akan dikembalikan. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan rayuan semula
dalah tidak dilayan.
14.2 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi yang
dilantik dengan ahli-ahli yang dilantik.
14.3 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan berhak memanggil pemain/pegawai
pasukan/pengadil bertugas sekiranya perlu bagi membantu siasatan.
15.0 RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB
15.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku
kemalangan/kehilangan harta benda kepunyaan pegawai/pemain, kematian
samada sebelum/semasa/selepas kejohanan berlangsung.
15.2 Sebarang pindaan atau perubahan jadual adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun jawatankuasa penganjur boleh menggunakan budi bicara
sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.
15.3 Pasukan bertanding adalah dikehendaki menyediakan alatan pertolongan
kecemasan ( kit kecemasan ) sendiri bagi tujuan rawatan awal.
15.4 Sekiranya berlaku kemalangan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan
akan dirujuk terus ke pusat kesihatan/klinik/hospital terdekat.
16.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ( KUASA MUTLAK )
16.1 Apa-apa jua syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang tidak disebut dalam
syarat-syarat dan peraturan pertandingan ini, maka jawatankuasa penganjur
adalah diberi kuasa mutlak untuk menentukan keputusan.
16.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan dan semua pengurus
dikehendaki membuat semakan pendaftaran dimeja Urusetia sebelum
perlawanan bermula.
17.0 HADIAH
a) Johan - Wang Tunai RM 1,000.00 + Medal + Piala Iringan
b) N. Johan - Wang Tunai RM 700.00 + Medal
c) Ketiga - Wang Tunai RM 500.00 + Medal
d) Keempat - Wang Tunai RM 300.00 + Medal
18.0 PERINTAH AM
Sepanjang kejohanan diadakan, para pemain dan pegawai pasukan adalah tertakluk
kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan juga Undang-
Undang Kerajaan Malaysia. Pihak Jawatankuasa Kejohanan adalah berhak mengambil
tindakan dan melaporkan kepada Ketua-Ketua Jabatan Perkhidmatan berkenaan
sekiranya pemain atau pasukan bertanding melanggar mana-mana peraturan yang telah
ditetapkan.
19.0 TARIKH TUTUP KEJOHANAN DAN CABUTAN UNDI
Tarikh Tutup : 21 April 2019 ( Ahad ) jam 05.00 Petang
Cabutan Undi : 24 April 2019 ( Rabu ) 02.30 Petang
20.0 PENGESAHAN PENDAFTARAN PASUKAN
Pendaftaran lengkap pasukan hendaklah dikemukakan/dihantar kepada :-
Urusetia
Kejohanan Bola Jaring Bandaraya Pelancongan 2019
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
07000, Kuah Langkawi
Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-9666590/04-9671824
Fax : 04-9671773
E-mel : [email protected] ( urusetia )
21.0 URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI
1. En. Shyfullizan bin Padzil
No. Tel : 017-5478183
2. Pn. Faezah binti Abdullah
No. Tel : 017-4757969
22.0 TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI
Tarikh : 24 April 2019 ( Rabu )
Masa : 02.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Hibiscus, Aras 3, Bangunan MPLBP
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan pada kadar segera