Borang Sinar Kasih Latest

2
SK/ 2015/ _ / _ _ _ _ / _ _ _

Transcript of Borang Sinar Kasih Latest

Page 1: Borang Sinar Kasih Latest

SK/ 2015/ _ / _ _ _ _ / _ _ _

Page 2: Borang Sinar Kasih Latest

PROGRAM SINAR KASIH

A. PENGENALAN

Program Sinar Kasih diperkenalkan sebagai inisiatif yang inovatif dan proaktif dalam

menyantuni sekaligus memberikan sinar baru kepada anak-anak yang kehilangan

ketua keluarga secara tiba-tiba khususnya yang mengalami kemalangan atau

bencana alam. Melalui Program ini anak-anak yang dikenalpasti melalui pelbagai

sumber termasuk laporan media (khususnya RTM dan Utusan Malaysia) akan

diberikan bantuan segera. Majlis penyerahan pertama disempurnakan oleh YB Mejar

Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri

sempena Golf Amal YaPEIM pada 4 hb Julai 2010.

B. OBJEKTIF

Menangani persoalan kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim yang kematian

ketua keluarga kerana musibah seperti kemalangan dan bencana alam.

C. KUMPULAN SASAR

Balu dan anak-anak yatim yang kematian ketua keluarga kerana musibah seperti:-

- Kemalangan

- Kebakaran

- Mati lemas

- Bencana Alam

Nota : Kematian yang terbukti berpunca dari kesalahan syarak dan bertentangan

dengan undang-undang negara adalah tidak dipertimbangkan.

D. JENIS/BENTUK BANTUAN

BANTUAN KEWANGAN

Kadar bantuan kepada anak-anak yatim adalah sebanyak RM200 / seorang.

BANTUAN KHAS PERNIAGAAN

Bantuan Khas Perniagaan disediakan kepada balu yang ingin membangunkan

perniagaan dengan had maksimum RM20,000.

BANTUAN SOKONGAN PENDIDIKAN

Bantuan Sokongan pendidikan kepada anak-anak dari keluarga yang terlibat di

bawah skim ini juga disediakan sehingga had maksimum RM300 seorang

(pelaksanaan melalui program ditetapkan oleh YaPEIM)

E. PENDEKATAN

Mendapatkan maklumat kumpulan sasar daripada pihak bertanggungjawab, media

massa, media cetak dan Pusat Komuniti YaPEIM. Kerjasama YaPEIM, RTM dan Utusan

Malaysia melalui Program Sinar Kasih dapat mempercepatkan saluran penerimaan

maklumat serta hebahan kepada pihak lain.

URUSETIA PROGRAM

Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin (PEMANGKIN)

(Institusi di bawah kawalan YaPEIM)

Tingkat 7, Grand Seasons Avenue, No. 72 Jalan Pahang,

Beg Berkunci 11012, 53000 Kuala Lumpur

No. Tel : +603-27172690 No. Fax : +603-27172693

Nurul Faiqah Sozani (No. HP: 019-2202934)