Bot Nelayan Melangar Syarat Lesen

1
BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI MELANGGAR SYARAT LESEN KEMAMAN 22 - Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berpangkalan di Pangkalan Maritim Kemaman telah menahan sebuah bot pukat tunda tempatan yang disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 30 batu nautika di perairan Kemaman semalam. Bot nelayan tempatan itu telah ditahan semasa sedang menangkap ikan di kedudukan 15 batu nautika Timur dari Tanjung Berhala . Bot ditahan dan di bawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 S eksyen 8(b). B ot nelayan tempatan yang bernombor pendaftaran PAF 4664 menbawa 5 orang awak- awak warga thailand termasuk tekong telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan yang selanjutnya. Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kemaman

description

nelayan

Transcript of Bot Nelayan Melangar Syarat Lesen

Page 1: Bot Nelayan Melangar Syarat Lesen

BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI MELANGGAR SYARAT LESEN

KEMAMAN 22 - Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berpangkalan di Pangkalan Maritim Kemaman telah menahan sebuah bot pukat tunda tempatan yang disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 30 batu nautika di perairan Kemaman semalam.

Bot nelayan tempatan itu telah ditahan semasa sedang menangkap ikan di kedudukan 15 batu nautika Timur dari Tanjung Berhala. Bot ditahan dan di bawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(b).

Bot nelayan tempatan yang bernombor pendaftaran PAF 4664 menbawa 5 orang awak- awak warga thailand termasuk tekong telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan yang selanjutnya.

Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kemaman