Brasmana Citra Perlis Permai Lagi Mempersona · 2020. 12. 4. · pasangan Fareed & Yana ke Kuala...

20
Brasmana Citra KUALA PERLIS Kuala Perlis Idea Percutian Singkat di Brasmana Foodtruck & Flea Market (BFF) : Trendy Tourist Place Pelancongan Domestik Merancakkan KEMPEN PEGHELIH Sunset Spot Jom Pi November & December 2020 ( Vol.1 ) Perlis Permai Lagi Mempersona

Transcript of Brasmana Citra Perlis Permai Lagi Mempersona · 2020. 12. 4. · pasangan Fareed & Yana ke Kuala...

  • BrasmanaCitraKUALAPERLIS

    Kuala Perlis

    IdeaPercutianSingkat di

    Brasmana Foodtruck& Flea Market (BFF) :Trendy Tourist Place

    PelanconganDomestikMerancakkan

    KEMPEN

    PEGHELIH

    SunsetSpotJom Pi

    � � � � � �� � � � � � � � � �� � � � � �� � � � � � � � � �� � � � � � �� �� � ��� � � �� �� �� �

    November & December 2020 ( Vol.1 )

    Perlis Permai Lagi Mempersona

  • BrasmanaPutra Brasmana Hotel

    BreakfastPromotion

    From 7.00AM to 10.00AM Daily

    RM10.00Per person

    For reservation please call013-976 2873

  • TableOf Content

    YB TUAN AZMAN BINMOHD YUSOFPengerusi Ahli Lembaga PengarahHotel Brasmana Sdn Bhd

    02 Table Of Content03 Perlis Places Of Interest& Hotel Location05 Satu Malam Di KualaPerlis09 Jom Pi Kuala Perlis11 Putra Brasmana Hotel12 Accommodation13 Samudera Co�ee House14 Halls & Meeting Rooms15 Brasmana Lounge16 Brasmana Food & Flea17 Ocean Glow

    Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

    Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam Citra Brasmana.

    Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurusan Hotel Putra Brasmana atas kejayaan menerbitkan Citra Brasmana yang sungguh istimewa ini.

    Sesungguhnya, Hotel Putra Brasmana telah melalui proses transformasi yang begitu rancak sehingga berubah menjadi sebuah hotel yang dikenali di negeri Perlis.

    Proses ini sebenarnya memerlukan banyak cetusan inovasi dan lonjakan produktiviti yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan hotel.

    Saya yakin dan percaya Hotel Putra Brasmana mampu pergi dengan lebih jauh lagi melalui peningkatan usaha yang lebih progresif dan inovatif.

    Ini adalah penting untuk menjadikan Hotel Putra Brasmana sebagai sebuah hotel digital di negeri Perlis.

    Dalam menuju ke arah hotel digital, Hotel Putra Brasmana perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk penggantian peralatan hotel supaya dapat memastikan Hotel Putra Brasmana berada di puncak kegemilangannya suatu hari nanti.

    Ia adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Perlis untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai sektor utama ekonomi di negeri Perlis.

    Akhir kata, saya berharap agar komitmen yang diberikan oleh pengurusan Hotel Putra Brasmana akan terus dikekalkan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.

    Selamat Maju Jaya.

    2

  • LocationHotel

    PlacesOfInterest

    Perlis3

  • 5

  • Siapa sangka Kuala Perlis yang menjadi pintu masuk ke Pulau Langkawi turut menawarkan tarikan-tarikan menarik yang tersendiri untuk dilawati.Ikuti jurnal percutian tidak dirancang pasangan Fareed & Yana ke Kuala Perlis baru-baru ini.

    Musim pandemik wabak Covid-19 membataskan niat kami untuk bercuti ke luar negara terutama Thailand, jadi bagi menyahut kempen kerajaan untuk bercuti di dalam negara kami memilih untuk ke destinasi terkenal iaitu Pulau Langkawi.Percutian yang dirancang hanyalah untuk satu malam di Pulau Langkawi menaiki feri paling awal dan pulang pada lewat petang keesokan harinya.Memandangkan jadual tugas Fareed sebagai barisan hadapan di pintu sempadan yng sentiasa sibuk sejak bermulanya PKP, kami terpaksa memanfaatkan masa cuti sehari ini dengan sebaik-baiknya.

    Kami tiba di terminal feri Kuala Perlis menaiki kereta seawal jam 6:00 pagi untuk menaiki feri yang dijangka berlepas pada jam 7:30 pagi.Selesai membeli tiket di kaunter dan sementara menunggu masa berlepas, Fareed mengajak bersarapan di Putra Brasmana Hotel yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari terminal feri.Jarang sekali Yana merasai pengalaman bersarapan di hotel kecuali jika menginap.Di sini mereka menyediakan bu�et pada harga RM10.00 sekepala untuk sesiapa sahaja datang walk-in.Menu-menunya juga banyak! Kalau nak dikira RM10.00 untuk lebih dari 10 jenis menu rasanya sangat-sangat berbaloi.Semuanya sedap-sedap dan menyelerakan tetapi Yana tak makan banyak sebab sudah jadi kebiasaan untuk pergi bercuti hanya akan makan sedikit sebelum sampai ke destinasi dituju.Fareed pula makan sehingga tersandar kenyang!

    Percutian kami tidak seperti yang dirancang.Kami mendapat berita bahawa perjalanan feri terpaksa ditunda ke tengahari disebabkan air terlalu surut pada musim ini.Tambahan pula jumlah perjalanan feri yang dibenarkan agak terhad disebabkan PKPB jadi kami memilih untuk membatalkan percutian di Langkawi kerana mahu memanfaatkan masa sebaiknya.Jadi untuk itu kami menginap sahaja di Putra Brasmana Hotel dan marancang untuk bercuti sahaja di sini.Harga bilik yang ditawarkan cukup berpatutan dengan pemandangan indah menghadap laut dapat dilihat dari balkoni private di setiap bilik.Kali terakhir Yana menginap di sini adalah pada tahun 2012 ketika mengikuti kursus usaha-wan dan ternyata kali ini banyak perubahan naiktaraf dilakukan oleh pihak pengurusan terutamanya untuk bilik jenis premier.

    Menginjak waktu tengahari dan perut berkeroncong lapar, kami keluar mencari kedai makan di sekitar Kuala Perlis.Tidak jauh dari hotel, kami memilih restoran Northalgia Honey Daging Bakar yang terkenal dengan menu daging bakarnya.Sangat menyelerakan dan selesa untuk berkunjung ke restoran ini yang menjadi pilihan pelancong.Selesai makan tengahari, Fareed memulakan jadual percutian tidak dirancang kami dengan melawat Muzium Kota Kayang.Terletak hanya 3.9km atau 6 minit perjalanan dari pekan Kuala Perlis, muzium ini sangat menarik untuk dilawati bagi pencinta sejarah dan pelancong yang ingin mengenali negeri Perlis.Kawasan sekitarnya juga nyaman dikelilingi bukit yang turut terdapat kolam ikan, telaga air bawah tanah, gua dan makam diraja.Semuanya memenuhi elemen muzium ini sebagai sebuah kota pada suatu masa lampau.

    Berdekatan muzium Kota Kayang, terdapat pangkalan nelayan di tebing Sungai Perlis.Pangkalan yang dinamakan Pangkalan Tok Kuning ini menawarkan pakej untuk pelancong menaiki bot menyusuri Sungai Perlis melalui perkampungan nelayan sehingga ke perairan Kuala Perlis untuk melihat matahari terbenam.Kami tiba terlalu awal dan memilih untuk tidak mengambil pakej tersebut sebaliknya hanya bersiar-siar di Taman Sakura yang terletak berhampiran.Aktiviti riadah boleh dilakukan di sini dan difahamkan ketika musim bunga, pokok-pokok Tabebouya akan mengeluarkan bunga seolah-olah bunga sakura.Kerana itulah taman di bawah seliaan JPS ini dinamakan Taman Sakura.

    Satu Malam DiKuala PerlisPerlis

    6

    Percutian Singkat Yang Menggembirakan

  • Kami pulang ke hotel penginapan untuk berehat sebelum memulakan aktiviti lewat petang.Menurut sta� di kaunter hotel, ketika ini merupakan musim siput gayam dan kami ditawarkan oleh sta� bernama Azizan untuk dibawa bersiar-siar di kawasan Kuala Perlis sebelum pergi melakukan aktiviti mengorek siput gayam.Selepas Asar, kami ditunggu oleh Azizan untuk melawat Kuala Perlis.Lokasi pertama kami adalah restoran Laksa Kak Su.Rupanya Azizan sudah mengaturkan untuk kami minum petang terlebih dahulu sebelum pergi bersiar.Restoran ini menawarkan laksa Kuala Perlis yang menjadi menu wajib tidak kira pagi,petang atau malam sekiranya berkunjung ke Kuala Perlis.Terdapat lebih dari lima pengsaha laksa Kuala Perlis di sini dan salah satunya adalah restoran Laksa Kak Su.

    Seterusnya kami dibawa melawat Jambatan Tuanku Syed Putra yang menghubungkan pekan Kuala Perlis dengn perkampungan nelayan di seberang sungai.Difahamkan terdapat lebih daripada 15 kampung terletak berdekatan antara satu sama lain membentuk satu penempatan luas dan rapat dinamakan Seberang Ramai.Hampir 80% penduduk Seberang Ramai bergantung hidup kepada hasil laut untuk meneruskan kehidupan.Suasana di perkampungan nelayan sangat menarik seolah-olah berada di suatu penempatan terasing kerana rumah-rumah yang dibina saling berdekatan dan bersebelah-an.Segala ternakan seperti kambing, ayam dan itik berkeliaran jinak dan keramahan penduduknya yang menyambut kehadiran orang luar sangat dipuji.Ada diantara suri rumah menjalankan perniagaan kecil kecilan membuat kuih dan kami sempat merasa kuih sepit yang sedap dan dihidang panas-panas oleh mereka.

    Tidak jauh dari perkampungan nelayan, terdapat sebuah kampung petani iaitu Kg. Wai dan Padang Cina.Kami disajikan pemandangan sawah padi terbentang luas yang terletak bersebelahan pantai.Sangat unik geogra� Kuala Perlis yang mempunyai dua elemen bertentangan iaitu air tawar dan air masin tetapi berada bersebelahan. Pemandangan sawah padi ini turut dihiasi sebuah terusan banjir yang luas membelah bukit menuju ke laut.Ia menjadi lokasi popular untuk bergambar dan sangat instaworthy untuk dikunjungi.

    Sebelum terus dipukau dengan keindahan Kg. Wai, kami beredar untuk ke lokasi terakhir iaitu Pulau Ketam.Di sini kami melakukan aktiviti mengorek siput gayam dengan berjalan diatas tebing pasir sejauh 1 kilometer dari pantai yang airnya surut.Sebelum berjalan diatas tebing pasir, kami melalui hutan simpan paya bakau yang sangat cantik dan mempesonakan! Berjalan diatas tebing pasir yang digelar ‘Dragon Spine’ ini membuatkan Yana berasa seperti melalui laut terbelah.Mungkin disebabkan masih terdapat sisa-sisa hidupan akuatik yang dibawa air pasang sebelumnya menjadi faktor kenapa banyak siput boleh didapati di sini.

    Azizan menunjukkan kepada kami sebuah pulau berhampiran yang dinamakan Pulau Brasmana.Jadi terjawablah mengapa hotel penginapan kami dinamakan Putra Brasmana iaitu sempena nama Almarhum Tuanku Syed Putra, Raja ke enam negeri Perlis dan pulau ini.Difahamkan pulau ini kini adalah milik Thailand yang terletak tidak jauh dari Kuala Perlis.Setelah mengorek siput, kami disajikan dengan pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan kepulauan Langkawi.Sangat indah dan romantik sekali suasana di sini! Sebelum gelap, kami pulang ke hotel penginapan dengan gembira.Tidak sabar untuk melihat aktiviti malam di Kuala Perlis.

    Makan malam kami sangat menyelerakan.Kami mengambil pakej ikan bakar Brasmana yang ditawarkan di tapak BFF, singkatan bagi Brasmana Foodtruck & Flea Market.Pelbagai variati makanan dan minuman serta jualan barangan terdapat di sini yang turut disediakan pentas busking; sangat meriah Kuala Perlis di malam minggu! Selesai makan malam, Fareed terlihat poster promosi karaoke Brasmana Lounge di ruang lobi hotel.Apa lagi, kami terus tempah dan menyanyi sampai puas selama tiga jam kerana Brasmana Lounge menawarkan ruang yang luas serta selesa dan eksklusif.Oleh kerana malam masih muda dan ingin memanfaatkan percutian tidak dirancang ini, kami bersiar-siar menaiki kereta kuda di kawasan sekitar.Hentian kami seterusnya adalah di ruang santai Ocean Glow sambil menikmati bayu laut.Ramai pengunjung ke sini untuk bersantai dan melayan telatah anak-anak kecil bermain belon buih yang turut disediakan di sini.

    Keesokan harinya, kami bangun bersarapan dan terus bersiap untuk pulang.Rasa gembira dan puas percutian kali ini kerana banyak pengalaman baru yang kami dapat rasai.Tidak sangka Kuala Perlis mempunyai tempat-tempat ‘rural’ untuk dilawati dan menjadi pilihan pelancong yang sukakan ketenangan serta pengalaman di desa.Sudah semestinya Putra Brasmana Hotel menjadi pilihan utama sekiranya berkunjung ke Kuala Perlis!

    7

  • 8

  • 9

    Masjid Al Hussain yang merupakan masjid terapung terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari Putra Brasmana Hotel.Perkarangan masjid yang terletak di persisir pantai dan muara Sungai Perlis menyajikan pemandangan indah matahari terbenam pada setiap petang sekiranya cuaca baik.Terdapat kincir angin yang menjadi subjek menarik untuk dirakamkan selain masjid terapung denan senibina unik.Pelancong turut dapat melihat suasana pergerakan keluar masuk bot nelayan,feri ke Langkawi serta aksi pemancing tepi pantai.

    (Tips: Bawa minuman dan snek sebagai kudapan)

    TOP 5 Lokasi Matahari TerbenamKuala Perlis

    PerlisKualaJom Pi

    Masjid Terapung Al-Hussain

    Pulau Ketam terletak 10 minit perjalanan menaiki kereta dari Putra Brasmana hotel.Ia jarang dikenali oleh pelancong tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin tular sebagai lokasi terbaik untuk bergambar sambil merasai pengalaman berjalan diatas beting pasir sejauh 1 kilometer ketika air surut.Hampir serupa dengan “The Dragon Spine”di Satun Geopark Thailand, peman-dangan matahari terbenam di tebing pasir Pulau Ketam tidak kurang hebatnya berlatarbelakangkan Kepulauan Langkawi dan Pulau Brasmana yang berada di wilayah Thailand.Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mengorek siput,meli-hat burung-burung akuatik dan helang Brahminy dan White Bellied yang mencari makanan di hutan paya bakaunya.

    (Tips: Pakai pakaian bersesuaian dengan aktiviti outdoor)

    Pulau Ketam

  • Lokasi ini merupakan lokasi matahari terbenam mesra keluarga.Terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Putra Brasmana Hotel, dataran promenade The Ocean Glow adalah pilihan terbaik untuk bersantai sambil melihat gelagat anak-anak kecil yang bermain buih sabun ditiup angin laut.The Ocean Glow merupakan restoran terapung berbumbung putih yang kelihatan dari jauh milik Putra Brasmana Hotel.Ia tersergam gah sebagai subjek menarik untuk dirakamkan ketika matahari terbenam sambil sesekali melihat nelayan berjalan di atas selut ketika air surut untuk mencari siput dan mentarang.

    (Tips: Datang awal untuk elak kesesakan tempat duduk)

    The Ocean Glow

    Terletak 15 minit perjalanan dari Putra Brasmana Hotel berhampiran Kuala Sungai Baru, pantai Alstom dinamakan sempena loji bekalan elektrik ke Pulau Langkawi milik Alstom Powerplant.Lokasi ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan Pulau Batu Layang, satu-satunya pulau milik Perlis.Terdapat pantai berkulit siput yang sesuai dengan aktiviti kanak-kanak selain jualan makanan ringan seperti jagung bakar, lokching (sosej) dan minuman.

    (Tips: Jangan tunggu sehingga lewat senja untuk bergambar kerana tiada lampu jalan di kawasan ini)

    Pantai Alstom

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sungai Lencongan Barat menjadi lokasi baharu pilihan ramai untuk bergambar ketika matahari terbenam.Terletak di Kg. Wai berlatarbelakangan bukit bukau, sawah padi dan air sungai berwarna hijau kebiruan.Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 15 minit dari Putra Brasmana Hotel menaiki kereta.Terdapat dua jambatan iaitu jambatan kecil yang merentasi bukit batu kapur manakala jambatan besar pula menghubungkan Kg. Wai dengan sempadan Bukit Batu Putih di garisan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.

    (Tips: Minta bantuan penduduk tempatan untuk melihat pintu sempadan)

    Jambatan Sungai Lencongan Barat

    10

  • Welcome toPutraBrasmanaHotelSituated in the heart of Kuala Perlis town which is best known as Northern Seafood Heaven and a gateway to Langkawi Island. Strategically located nearby Kuala Perlis Jetty Ferry Terminal and can be easily access by road via Changlun – Kuala Perlis highway or by ETS as Arau Station will be the nearest. O�ers 100 numbers of rooms, Food and Beverage outlet, meeting rooms and halls.

    Choose us whether you need to refresh or a night to stay before travelling to Langkawi Island or as a holiday retreat where you can enjoy our facilities and hospitality or organize any kind of Meetings, Incentives, Confer-ences, Exhibitions and any Socials gatherings.Experience happening night life food and entertainment from Brasmana Food Truck and Flea Market on every weekend and explore exciting Kuala Perlis places of interest during your stay with Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.

    11

  • 12

    AccommodationHaving 100 cosy rooms with individual balcony overlooking the seaand town view. All rates is inclusive of breakfast.

    Category No Of Room

    Standard Room Seaview KingSeaview TwinTown View KingTown View Twin

    12311029

    165.00165.00155.00155.00

    Deluxe RoomTown ViewKing Town ViewKing Seaview

    421

    185.00250.00240.00

    Premier Room 10 250.00

    Family Room 1 270.00

    Total 100

    Publish Rate RMInclusive of Breakfast

  • SamuderaCo�eeHouseAll day dining experience o�ering local and western cuisine in a cosy dining area blend with northern hospitality. Suitable as meeting point or social occa-sion.

    Daily 7.00 am – 11.00 pm

    13

  • Halls & MeetingRooms

    Capacity Chart Banquet Classroom Boardroom U -Shape TheatreBrasmana 1 40 50 35 25 60

    Brasmana 2 40 40 35 25 50

    Brasmana 3 - -

    13 - -

    Brasmana Hall 130 140 90 90 180

    Organize your Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions and Social gatherings as we willaccommodate your arrangement and �exible packages to choose from.

    14

  • Memorable moment with family and friends awaits you at our latest Brasmana Lounge. Sing your heart out.

    BrasmanaLounge

    15

  • BrasmanaFood &FleaExperience your weekend by hang out atBrasmana Food Truck & Flea Market.

    Enjoy the delicious and variety of food from Food Truckers and local street food stalls. Keep up with the beat performed by local band and buskers. Shops for some souvenirs from local Flea Market. Suitable for family, friends and groups social gathering.

    Friday – Sunday 6.00 pm – 12.00 pm

    16

  • OceanGlowUnforgettable dining experience facing the sea during sunset while enjoying fresh made variety of Kuala Perlis seafood with sea breeze lushes and live performance by local band and buskers.

    Daily 6.00 pm – 12.00 pm

    Kuala Perlis Seafood & Grill

    17

  • Taman Ular& Reptilia

    Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400Kangar, Perlis

  • KUALA PERLISPutra Brasmana Hotel

    Managed byHotel Brasmana Sdn Bhd ( 934122-V )

    Perlis State Economic Development CorporationA Subsidiary Company Owned By

    Jalan Kg Perak, 02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia

    [email protected]

    04-985 5900

    013-976 2873

    Putra_Brasmana_Hotel

    Putra Brasmana