brochure design baina 061009 -...

2
1.Berita BERNAMA - Koleksi bermula 1968 hingga kini sama ada dalam bentuk jilid, fail ataupun di dalam BLIS. 2.Keratan akhbar - Keratan akhbar tempatan bermula dari 1968 hingga kini samada dalam bentuk fail ataupun di dalam BLIS. 3.Pangkalan Data Berperkara - Maklumat terkini dan arkib yang meliputi berbagai bidang perkara di Malaysia berkenaan kerajaan, pertahanan, kehakiman, politik, sosial, sukan dan sebagainya. 4.Pangkalan Data Tokoh - Meliputi lebih dari 5,000 profil tokoh masyarakat terkenal seperti ketua serta pemimpin dan tokoh dalam bidang politik, ekonomi, pertahanan, sosial, pendidikan, sukan, hiburan serta tokoh yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. 5.Buku - Meliputi bidang perkara media massa, politik, sejarah, pengurusan, ekonomi, sosial, biografi dan lain-lain. 6.Bahan rujukan - Terdiri dari ensiklopedia, kamus, buku panduan, terbitan kerajaan, atlas dan lain-lain. 7.Majalah - Meliputi majalah dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan bacaan umum. 8.CD-ROM - Koleksi artikel mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan koleksi berita BERNAMA dari tahun 1996 hingga 2007. 9.Akta - Terdapat dalam bentuk naskah dan CD ROM (dalam Bahasa Inggeris) 10.Pamflet/Laporan Tahunan/Terbitan Kerajaan -Koleksi dari organisasi kerajaan, agensi dibawahnya serta swasta. 11.Laporan Suruhanjaya Pilihanraya - Koleksi dari tahun 1959 hingga terkini. Koleksi lengkap hanya laporan bagi Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Info Lib Telefon : 603-2693 9933 Kaunter Rujukan : 202 (samb.) Pengurus Maklumat : 420 (samb.) Faks : 603-2694 4203 E-mel : [email protected] Info Lib Tingkat 8, Wisma BERNAMA, 28 Jalan 1/65A Off Jalan Tun Razak, Peti Surat 10024, 50700 Kuala Lumpur Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Telefon: : 603-2693 9933 Kaunter : 202 (samb.) Pengurus Maklumat : 420 (samb.) Faks : 603-2694 4203 KAD KEAHLIAN 9.Pertandingan Menulis (Pertandingan menulis karangan yang akan membiasakan diri anak-anak peringkat PMR dan SPM dengan soalan-soalan past year papers) 10.I Am Cutest (Ekspresi anak-anak dalam bentuk fotografi kreatif) 11.Kelas bimbingan menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. 12.Pemeriksaan kesihatan, mata dan gigi kanak-kanak.

Transcript of brochure design baina 061009 -...

Page 1: brochure design baina 061009 - infolib.bernama.cominfolib.bernama.com/equip-bernama/images/announce/risalah_kids.pdf · 1968 hingga kini samada dalam bentuk fail ataupun di ... pengurusan,

1.Berita BERNAMA - Koleksi bermula 1968 hingga kini sama ada dalam bentuk jilid, fail ataupun di dalam BLIS. 2.Keratan akhbar - Keratan akhbar tempatan bermula dari 1968 hingga kini samada dalam bentuk fail ataupun di dalam BLIS. 3.Pangkalan Data Berperkara - Maklumat terkini dan arkib yang meliputi berbagai bidang perkara di Malaysia berkenaan kerajaan, pertahanan, kehakiman, politik, sosial, sukan dan sebagainya. 4.Pangkalan Data Tokoh - Meliputi lebih dari 5,000 profil tokoh masyarakat terkenal seperti ketua serta pemimpin dan tokoh dalam bidang politik, ekonomi, pertahanan, sosial, pendidikan, sukan, hiburan serta tokoh yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. 5.Buku - Meliputi bidang perkara media massa, politik, sejarah, pengurusan, ekonomi, sosial, biografi dan lain-lain. 6.Bahan rujukan - Terdiri dari ensiklopedia, kamus, buku panduan, terbitan kerajaan, atlas dan lain-lain. 7.Majalah - Meliputi majalah dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan bacaan umum. 8.CD-ROM - Koleksi artikel mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan koleksi berita BERNAMA dari tahun 1996 hingga 2007. 9.Akta - Terdapat dalam bentuk naskah dan CD ROM (dalam Bahasa Inggeris) 10.Pamflet/Laporan Tahunan/Terbitan Kerajaan -Koleksi dari organisasi kerajaan, agensi dibawahnya serta swasta. 11.Laporan Suruhanjaya Pilihanraya - Koleksi dari tahun 1959 hingga terkini. Koleksi lengkap hanya laporan bagi Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

InfoLib

Telefon : 603-2693 9933 Kaunter Rujukan : 202 (samb.) Pengurus Maklumat : 420 (samb.) Faks : 603-2694 4203 E-mel : [email protected]

InfoLib Tingkat 8, Wisma BERNAMA, 28 Jalan 1/65A Off Jalan Tun Razak, Peti Surat 10024, 50700 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Telefon: : 603-2693 9933 Kaunter : 202 (samb.) Pengurus Maklumat : 420 (samb.) Faks : 603-2694 4203

KAD KEAHLIAN 9.Pertandingan Menulis (Pertandingan menulis karangan yang akan membiasakan diri anak-anak peringkat PMR dan SPM dengan soalan-soalan past year papers) 10.I Am Cutest (Ekspresi anak-anak dalam bentuk fotografi kreatif) 11.Kelas bimbingan menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. 12.Pemeriksaan kesihatan, mata dan gigi kanak-kanak.

Page 2: brochure design baina 061009 - infolib.bernama.cominfolib.bernama.com/equip-bernama/images/announce/risalah_kids.pdf · 1968 hingga kini samada dalam bentuk fail ataupun di ... pengurusan,

InfoLib adalah Pusat Maklumat & Perpustakaan yang ditubuhkan pada tahun 1968 seiring dengan penubuhan BERNAMA. InfoLib merupakan sebuah pusat maklumat dan perpustakaan khusus di dalam bidang berita yang meliputi berita keluaran BERNAMA dan koleksi keratan akhbar terbitan tempatan yang utama dan maklumat mengenai Malaysia iaitu Pangkalan Data Berperkara dan Tokoh. Perkhidmatan utama ialah BLIS (Bernama Library & Infolink Service) dan Portal InfoLib. Pengguna utama adalah petugas BERNAMA dan pengguna luar yang datang secara ad-hoc dan pelanggan BLIS.

Mengumpul, memproses bahan bacaan dan berita serta maklumat agar boleh diakses oleh petugas BERNAMA dan pelanggan BLIS.

Menjamin perkhidmatan yang cekap dan tepat bersesuaian dengan kehendak pengguna dan pelanggan BLIS.

1.Rujukan dan Maklumat Menyediakan maklumat untuk tujuan rujukan berdasarkan keperluan pengguna dengan menggunakan perkhidmatan dan bahan yang disediakan.

2.Pinjaman bahan Pinjaman bahan dijalankan di Infolib dan semasa perkhid-matan “Le Tour de Infolib” di Jabatan Pengarang dan Jabatan/Bahagian terpilih. Pinjaman hanyalah dibenarkan kepada petugas BERNAMA. a. Buku - 3 buah bagi buku BERNAMA (3 minggu) dan 2 buah Perpustakaan Negara Malaysia (2 minggu). b. Fail - Keratan akhbar tempatan dan berita BERNAMA dari tahun 1968. Hanya dibenarkan meminjam 2 buah tajuk fail sahaja bagi satu masa, dalam tempoh 24 jam. c. Laporan kerajaan dan akta - Bahan ini hendaklah dipulangkan pada hari yang sama. d. Majalah kebelakangan - Sebanyak TIGA buah majalah sahaja yang boleh dipinjam pada satu masa, dalam tempoh 5 hari.

3.Pinjaman antara perpustakaan Pinjaman bahan yang tidak terdapat di InfoLib, boleh didapati dari perpustakaan lain yang menjadi ahli Katalog Induk Kebangsaan (KIK), di bawah Perpustakaan Negara Malaysia.

4.BLIS (BERNAMA Library and Infolink Service) http://blis.bernama.com Pangkalan data berita dan maklumat.

5.Portal InfoLib (http://infolib.bernama.com) Web InfoLib untuk mengakses bahan maklumat mengenai InfoLib/BERNAMA.

6.Factiva (http://www.factiva.com) Merupakan salah satu perkhidmatan berita dan maklumat dari seluruh dunia.

7.Malaysia Kini (http://www.malaysiakini.com) Merupakan laman web kendalian bebas yang menawarkan mengenai berita dan video mengenai Malaysia.

8.“Le Tour de InfoLib” Perkhidmatan troli bergerak dengan buku terpilih dan terkini yang dibawa ke Jabatan Pengarang dan Tingkat terpilih di BERNAMA, pada setiap Khamis bermula 3.00 petang.

9.“InfoLib Corner” Bermula 21 Februari 2008, “InfoLib Corner” telah ditempatkan di Jabatan Pengarang. Petugas InfoLib yang telah ditugaskan secara berjadual dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari bekerja untuk membantu petugas Jabatan Pengarang mendapatkan sebarang maklumat dengan merujuk kepada BLIS dan Portal InfoLib disamping memberi latihan kepada petugas menggunakan perkhidmatan InfoLib.

10.Sambungan “202” “Hotline” ini bertujuan membantu para petugas terutamanya dari Jabatan Pengarang untuk mendapatkan maklumat dengan kadar segera dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang pada hari bekerja (Isnin - Jumaat).

11.Latihan Menjalankan latihan BLIS serta Portal InfoLib kepada petugas BERNAMA. Ia diadakan di Pusat Kecemerlangan tingkat 12, setiap Khamis, dua bulan sekali. Pihak InfoLib juga terlibat dengan latihan BLIS bagi pelanggan BLIS yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Khusus, Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Awam di setiap negeri di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan serta kemahiran penggunaan BLIS.

12.Fotokopi Percuma untuk petugas dan bayaran dikenakan kepada pengguna luar.

KATEGORI PENYELIDIKAN FOTOKOPI / CETAKAN

Kerajaan RM20 RM0.50 / salinan

Swasta RM50 RM0.50 / salinan

Pelajar RM10 RM0.20 / salinan

Profil Tokoh RM50 / profil

Databank RM50 / sub-modul

Keahlian InfoLib hanya dibuka kepada petugas BERNAMA sahaja. Petugas dari organisi swasta serta kerajaan dan pelajar yang ingin membuat pencarian bahan berasaskan keperluan. Bayaran minima yang dikenakan adalah seperti berikut :

PENGENALAN

Penyertaan dibuka kepada anak-anak ke-luarga petugas BERNAMA. Jawatankuasa terdiri dari Wakil Jabatan/Bahagian di BERNAMA termasuk Benita dan Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) yang mana dinaungi oleh Pengurus Besar.

OBJEKTIF

1.Mendekatkan anggota keluarga setiap petugas BERNAMA dengan agensi berita ini melalui aktiviti-aktiviti kelab, yang berteraskan pendidikan, kenali dan cintai BERNAMA serta kasih sayang sesama insan. 2.Memupuk minat anak-anak petugas BERNAMA membaca dan menimba ilmu, menambah pengetahuan, membantu kecemerlangan pembelajaran melalui kaedah 5W 1H, motivasi pendidikan, mengasah bakat dan minat terhadap penulisan dan fotografi serta memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.

1.Had umur : 4 tahun hingga 17 tahun. 2.Promosi aktiviti dimaklumkan melalui email,poster dan Portal InfoLib - http://infolib.bernama.com. 3.Pelbagai aktiviti dianjurkan dari masa ke semasa. 4.Pinjaman boleh dilakukan oleh ibu-bapa dan juga pada hari Sabtu yang mana aktiviti dijalankan. 5.Untuk menjadi ahli : Perlu mendaftar Dengan mengisi borang yang boleh didapati di InfolLib

INFORMASI

AKTIVITI PILIHAN

1.Cintai Bahasa Kebangsaan (Bimbingan membaca dalam Bahasa Kebangsaan bagi kanak-kanak tahap tadika) 2.Taman Cerita (Program membina keyakinan diri melalui latihan pengucapan awam atau ‘public speaking’ peringkat umur sekolah rendah dan sekolah menengah)

3.Laman Kreatif (Program galakan anak-anak berkarya seperti melalui permainan lego ~ origami mudah ~ penulisan haiku ; yang merupakan kaedah de-stress dan rihat daripada tumpuan ke atas pembelajaran) 4.Program Nilam (Program membantu anak-anak mencapai target pembacaan buku seperti yang dikehendaki pihak sekolah) 5.I Love English (Bimbingan membiasakan anak-anak bercakap dalam bahasa Inggeris seperti melalui drama sebabak dengan skrip mudah disediakan) 6.Pertandingan Melukis (Program riang ria untuk anak-anak peringkat umur tadika dan sekolah rendah) 7.News Writing for Kids (Bimbingan membiasakan anak-anak berlatih menulis dalam bahasa Inggeris, menulis tentang diri mereka dan aktiviti harian) 8.Indah Alamku (Program kesedaran penjagaan Alam Sekitar seperti pendidikan kitar semula)