Buasir

5
Buasir Daripada Wikipedia, ensiklopediabebas. PENAFIAN: Untukpengetahuansahaja. Siladapatkannasihatdoktor/pakarperubatanbertauliahmengenaikesihatananda. Maklumatperubatandanpenjagaankesihatandalamlamaninitidakbertujuanmenggantikanjagaanprofesional, khidmatnasihat, diagnosis ataurawatandoktor/pakarperubatanbertauliah. Lamaninitidakmempunyaijawapankepadasemuamasalahkesihatandanperubatan yang dialami. Jawapankepadamasalahumummungkintiadakaitanlangsungdengankeadaankesihatananda. Sekiranyaandamenyedaritanda/gejalapenyakitataujatuhsakit, silahubungidoktor/pakarperubatanbertauliahuntukrawatansegera. Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. Isi kandungan [sorokkan ] 1 Jenis-jenisbuasir o 1.1 Buasirdalaman o 1.2 Buasirluaran 2 Penyebabutama Buasir Demonstrasianatomibuasir. ICD -10 I84 ICD -9 455 MedlinePlus 000292 eMedicine med/2821

Transcript of Buasir

Page 1: Buasir

Buasir Daripada Wikipedia, ensiklopediabebas.

PENAFIAN: Untukpengetahuansahaja.

Siladapatkannasihatdoktor/pakarperubatanbertauliahmengenaikesihatananda. Maklumatperubatandanpenjagaankesihatandalamlamaninitidakbertujuanmenggantikanjagaanprofesional, khidmatnasihat,

diagnosis ataurawatandoktor/pakarperubatanbertauliah.

Lamaninitidakmempunyaijawapankepadasemuamasalahkesihatandanperubatan yang dialami.

Jawapankepadamasalahumummungkintiadakaitanlangsungdengankeadaankesihatananda.

Sekiranyaandamenyedaritanda/gejalapenyakitataujatuhsakit, silahubungidoktor/pakarperubatanbertauliahuntukrawatansegera.

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektumdan dubur. Apabila

vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membrandi sekitarnya membengkak, terasa

sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian

rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh

pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Isi kandungan

[sorokkan]

1 Jenis-jenisbuasir

o 1.1 Buasirdalaman

o 1.2 Buasirluaran

2 Penyebabutama

Buasir

Demonstrasianatomibuasir.

ICD-10 I84

ICD-9 455

MedlinePlus 000292

eMedicine med/2821

Page 2: Buasir

3 Pencegahan

4 Rawatan

5 Pengurusansendiri

6 Pautanluar

[sunting]Jenis-jenis buasir

[sunting]Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak

merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan

permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna

merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan

perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser

kolorektum.

[sunting]Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.

Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia

terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan

rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir

adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun

dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

[sunting]Penyebab utama

Sentiasa duduk

Meneran (ketika najis keras atau sembelit)

Cirit-birit

Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama

Batuk yang teruk

Bersalin

Mengangkat berat

Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

[sunting]Pencegahan

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua

berikut:

Page 3: Buasir

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-

jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat

mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan

nafas anda.

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi

selepas masalah ini berpanjangan.

Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan

usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin

menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa

lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada

waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat

mengazabkan.

[sunting]Rawatan

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya

anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan

semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka

barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan

gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali

sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh

membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh

mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.

Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap

serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa

membuang air besar.

Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi

perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang

menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat

melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir

anda.

Page 4: Buasir

Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh

dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di

sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari

buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman

sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin

mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan

bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit

pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah,

dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur

Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak

menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari

segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi

semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi

pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh

berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam

beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak,

anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit

keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda

masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

[sunting]Pengurusan sendiri

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari

Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan

sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas

besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah,

alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Page 5: Buasir

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur),

berjumpalah doktor.

[sunting]Pautan luar