Buat Duit Dengan Mudah.my

66
www.seminarmudah.my 1

Transcript of Buat Duit Dengan Mudah.my

Page 1: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

1

Page 2: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

2

Perhatian

Ebook ini telah dihasilkan untuk tujuan berkongsi pendapat, pengajaran dan menyalurkan

maklumat umum mengenai tajuk yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai

mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau perundangan.

Segala teknik dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap

individu dan tidak dijamin akan menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Segala logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam ebook ini

samaada secara tulisan atau visual adalah hak milik syarikat pengeluar dan pemiliknya

masing-masing.

Penulis adalah pihak berkecuali yang tidak mempunyai sebarang hubungan atau kaitan

dengan pemilik laman web www.mudah.my iaitu syarikat Mudah.my Sdn Bhd.

Harap maklum.

(YA) Anda boleh menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan untuk tujuan peribadi

(YA) Anda boleh memberikan ebook ini secara percuma atau sebagai bonus hanya dari link

www.seminarmudah.my/bonus sahaja

(TIDAK) Anda tidak boleh menjual ebook ini kepada individu lain

(TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang maklumat atau tulisan di dalam ebook ini

(TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang pautan di dalam ebook ini

Page 3: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

3

Kenali Penulis

Hi dan salam sejahtera. Nama saya Umar Taib. Kepakaran saya ialah berniaga secara

online. Antara laman web yang menjadi kegemaran saya berniaga adalah Mudah.my.

Kenapa saya memilih Mudah.my? Anda akan temui jawapannya setelah habis membaca

ebook ini.

Saya telah menggunakan Mudah.my sejak tahun 2009. Di bawah, anda boleh lihat emel

daripada Mudah.my yang dihantar kepada setiap pengguna Pro Niaga setelah

mendaftarkan akaun.

Akaun Pro Niaga saya yang pertama didaftarkan atas nama Hala Maya. Ini bersempena

dengan nama perniagaan yang saya daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu

Hala Maya Resources. Ia merupakan nama perniagaan rasmi saya yang pertama. Sebelum

itu semasa bergelar pelajar universiti saya berniaga secara ‘haram’ saja. Hehe.

Sepanjang berniaga di Mudah.my, saya mendapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan

yang ingin mencuba juga. Ada yang tanya macam mana nak mula, apa yang boleh dijual,

senang ke nak letak iklan, berapa kena bayar, kenapa iklan selalu kena tendang dan

macam-macam lagi lah. Kan bagus kalau saya dibayar oleh pihak Mudah.my untuk

memberikan khidmat pelanggan ini. =P

Page 4: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

4

Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya di forum dan di Facebook. Kadang-kadang

saya terpaksa menghidupkan status Go Offline di Facebook akibat lambakan soalan yang

diterima apabila orang perasan saya sedang Online. Bukannya kedekut ilmu. Tapi dah tak

larat nak jawab kepada sorang-sorang dengan soalan masing-masing.

Page 5: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

5

Maka saya pon berkongsikanlah pengalaman dan ilmu saya berniaga di Mudah.my di blog,

forum dan program yang saya anjurkan. Ini lebih baik kerana saya dapat kongsikan sekali

gus kepada ramai orang. Di bawah adalah antara perkongsian saya di forum Wang Cyber.

Page 6: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

6

Ini pula di blog saya.

Page 7: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

7

Page 8: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

8

Saya juga suka berkongsikan ilmu dan pengalaman saya di program-program yang

dianjurkan pihak lain atau saya sendiri.

Page 9: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

9

Ingin saya kongsikan sedikit kata-kata positif yang diterima di Facebook yang membuatkan

saya terus bersemangat berkongsikan ilmu dan pengalaman saya berniaga di Mudah.my.

Page 10: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

10

Di Mudah.my, saya telah mengiklankan berbagai-bagai produk dan servis. Antaranya ialah:

1. Kamera Digital

2. MP4

3. MP3

4. Game

5. Radio

6. Baju

7. Seluar

8. Topi

9. Jaket

10. Sticker

11. CD

12. DVD

13. Peralatan pejabat

14. Peralatan sekolah

15. Cenderahati

16. Servis menjahit

17. Servis percetakan

18. Sewakan peralatan audio dan video

19. Aksesori Telefon

20. Sewakan pejabat

21. Carikan pekerja untuk kilang

22. Dan banyak lagi..

Setiap produk dan servis yang saya iklankan, ada yang sememangnya dipunyai oleh saya

dan ada yang saya sekadar iklankan produk dan servis milik orang lain. Mesti ada yang

tertanya-tanya, kenapa saya iklankan produk dan servis orang lain?

Ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk saya buat untung atas angin!

Di ebook ini saya akan kongsikan bersama anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa

Menjual Produk Sendiri.

Ingin saya maklumkan di sini juga bahawa saya bukanlah wakil daripada Mudah.my atau

diupah pihak Mudah.my untuk memberikan perkongsian ini. Saya hanyalah salah seorang

daripada ribuan usahawan di Mudah.my. Yang membezakan saya dengan yang lain ialah,

saya usahawan SUPER!

Usahawan Super bukan sekadar buat duit untuk diri sendiri, tetapi turut membantu orang

lain buat duit untuk diri mereka. Adakah anda sudah bersedia? Jika sudah teruskan bacaan

di muka surat sebelah.

Page 11: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

11

Pengenalan Mudah.my

Mudah.my di pelopori oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Press

Holdings dan Schibsted ASA dan diuruskan oleh anak syarikatnya di Malaysia iaitu

701Search Sdn Bhd.

Mudah.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia. Dalam masa sebulan, 5.2 juta pelawat

masuk ke Mudah.my. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’!

Anda tidak tahu apa itu unique visitor? Tak mengapa. Mari saya terangkan dengan ringkas.

Unique visitor dikira berdasarkan IP dan setiap IP yang berbeza, ia akan dikira sebagai 1

unique visitor. Sekiranya laman web dilayari oleh 100 IP yang berbeza, ini umpama laman

web anda sedang dilihat oleh 100 orang yang berbeza.

Kesimpulannya Mudah.my menerima sebanyak 5.2 juta pelawat yang berbeza sebulan.

Oleh yang demikian, setiap iklan di Mudah.my akan dilihat oleh prospek yang berbeza juga!

Mudah.my menyediakan kemudahan kedai online yang dipanggil sebagai Pro Niaga.

Sesiapa pun boleh mendaftar dan membuka akaun Pro Niaga secara percuma.

Buat masa ini, sudah ada 84,000 akaun Pro Niaga yang didaftarkan. Kedai-kedai online di

Mudah.my ini giat buat duit setiap hari.

Page 12: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

12

Jumlah pengunjung ke Mudah.my seramai 5.2 juta bukanlah fakta daripada saya. Tapi pihak

Mudah.my sendiri yang nyatakan di laman web mereka.

Jadi dengan visitor atau prospek pelanggan seramai itu, kenapa masih ramai yang gagal

untuk meraih pendapatan lumayan daripadanya?

Sebagai pemancing, di mana tempat anda pilih untuk menangkap sebanyak mungkin ikan?

Ya betul! Di lubuk yg terdapat banyak ikan. Anda cuma perlu memancing di lubuk ikan dan

tunggu umpan disentap. Tetapi, jika teknik memancingnya salah & umpannya tidak sesuai,

maka seekor ikan pun tidak akan berselera untuk memakan umpan tersebut.

Kita sudah pun jumpa lubuknya. Cuma tinggal untuk gunakan teknik memancing yang betul

dan umpan yang menyelerakan!

Page 13: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

13

OK sekarang mari kita ke Mudah.my pula.

Gambar di atas ialah laman utama Mudah.my. Di Mudah.my, anda boleh mengiklankan

produk dan servis secara percuma sahaja. Tahukah anda bahawa masih ramai yang

menyangka mereka perlu bayar untuk menggunakan servis Mudah.my? Kesian.

Iklan produk dan servis anda perlu dipaparkan mengikut negeri-negeri seperti:

1. Perlis

2. Kedah

3. Penang

4. Kelantan

5. Terengganu

6. Perak

7. Pahang

8. Selangor

9. Kuala Lumpur

10. Negeri Sembilan

11. Melaka

12. Johor

13. Sarawak

14. Sabah

Page 14: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

14

Iklan anda juga boleh dikategorikan kepada:

1. Vehicles

a. Cars

b. Motorcycles

c. Car Accessories & Parts

d. Other Accessories & Parts

e. Other Vehicles

2. Properties

a. Apartments

b. Houses

c. Commercial Properties

d. Land

e. Rooms

f. New Properties

3. Electronics

a. Mobile Phones & Gadgets

b. TV/Audio/Video/Cameras

c. Computers & Accessories

4. Home & Personal Items

a. Home & Garden

b. Watches/Accessories

c. For Children

d. Others

5. Leisure/Sports/Hobbies

a. Sports & Outdoors

b. Hobby & Collectibles

c. Music/Movies/Books

d. Pets

6. Business to Business

a. Professional / Office Equipment

b. Business for Sale

7. Jobs & Services

a. Jobs

b. Services

8. Travel

a. Accommodation

b. Tours & Holidays

9. Food

10. Others

Page 15: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

15

Di Mudah.my anda boleh beriklan secara biasa ataupun dengan akaun Pro Niaga. Adalah

lebih baik anda beriklan menggunakan akaun Pro Niaga kerana banyak manfaat yang kita

boleh perolehi dan keuntungan jualan boleh digandakan.

Namun untuk ebook ini, saya cuma akan kongsikan cara yang paling ringkas iaitu beriklan

secara biasa.

Anda klik pada butang Post a Free ad.

Page 16: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

16

Anda akan di bawa ke laman ini pula. Di laman inilah anda boleh iklankan produk dan servis

anda dengan mengisi maklumat tertentu.

Maklumat tersebut adalah:

1. Nama

2. Emel

3. Nombor Kad Pengenalan

4. Nombor Telefon

5. Kategori

6. Negeri

7. Tajuk Iklan

8. Isi Kandungan Iklan

9. Harga

10. Gambar

Dengan hanya memberikan maklumat-maklumat di atas, iklan anda berpotensi untuk

menarik pelanggan daripada 5.2 juta pelawat unik di Mudah.my.

Seterusnya saya akan kongsikan, teknik yang membolehkan anda buat duit di Mudah.my

tanpa menjual produk sendiri!

Page 17: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

17

Teknik Dropshipping

Saya akan tunjukkan kepada anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual

Produk Sendiri. Teknik ini dipanggil Dropshipping.

Secara mudah Dropshipping adalah seperti perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan

pesanan dan pengeposan.

Kelebihan utamanya ialah anda tidak perlu berbelanja besar dalam menyediakan stok

semata-mata untuk memperolehi diskaun harga ke atas barang yang dibeli dan anda juga

tidak memerlukan tempat untuk menyimpan stok.

Kita lihat contoh di bawah:

Katakan anda menjual baju di Mudah.my. Baju tersebut anda jual dengan harga RM60 +

RM10 kos pengeposan. Pembeli akan bayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut

RM70.

Kemudian anda hubungi Dropshipper ataupun Supplier untuk membeli baju yang ditempah

oleh pelanggan anda. Sebagai contoh, harga baju tersebut untuk anda sebagai ejen

Dropship ialah RM39 saja. Penghantaran pula dikenakan bayaran sebanyak RM6. Jumlah

RM45.

RM70 – RM45 = RM25. Dari sini anda sudah mendapat keuntungan RM25 bagi sehelai baju

yang dijual secara pantas dan mudah!

Err ada yang masih tak faham lagi? Tidak mengapa. Saya akan terangkan pula dengan

contoh bergambar.

Page 18: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

18

1. Anda promosikan produk daripada Dropshipper di laman jual beli seperti Mudah.my.

Secara asasnya anda cuma promosikan maklumat dan gambar produk. Maklumat

dan gambar produk ini pula pihak Dropshipper sudah pun sediakan. Anda cuma

perlu ‘copy & paste’ ke Mudah.my.

2. Apabila pembeli melihat iklan anda di Mudah.my dan tertarik dengannya, maka dia

akan hubungi anda untuk membeli.

3. Pembeli akan buat bayaran produk dan kos pos.

4. Anda akan menerima bayaran tersebut dan kemudian menggunakan duit itu untuk

membuat pembelian daripada Dropshipper pula dengan harga khas sebagai ejen.

Lebihan daripada duit itu anda simpan sebagai untung.

5. Dropshipper akan menguruskan belian daripada pelanggan anda dengan

membungkus dan menghantar produk tersebut kepada mereka.

Page 19: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

19

Daftar Sebagai Ejen Dropship

Di Malaysia terdapat beberapa pihak yang menyediakan servis Dropshipping. Ada yang

percuma dan ada juga yang berbayar untuk mendaftar. Nasihat saya, carilah pihak yang

berkaliber dan mampu untuk membantu anda menjalankan bisnes secara Dropship dengan

lancar.

Jangan gunakan pihak Dropshipper yang berniat untuk mencuri pelanggan anda. Saya akan

ceritakan lebih lanjut tentang mencuri pelanggan ini kemudian.

Di sini saya akan tunjukkan satu contoh, bagaimana anda boleh menjadi ejen atau rakan

niaga Dropship di UMTboutique.com.

Pertama, layari www.umtboutique.com

Anda akan dibawa ke halaman utama laman web UMTboutique.com.

Page 20: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

20

Kemudian, klik pendaftaran baru.

Page 21: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

21

Anda akan dibawa ke laman Daftar Akaun. Di sini anda perlu daftarkan maklumat seperti:

1. Nama

2. Emel

3. Telefon

4. Alamat

5. Katalaluan atau password

Jika anda ingin menerima sebarang maklumat terkini atau tips berguna daripada

UMTboutique.com, klik YA pada langgan Surat Berita atau Newsletter.

Selepas selesai mengisikan maklumat, klik pada kotak Dasar Privasi di sebelah butang

TERUSKAN.

Kemudian baru klik butang TERUSKAN.

Page 22: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

22

Jika semua maklumat yang diberi betul dan lengkap, anda akan dibawa ke laman ini pula.

Ini menunjukkan bahawa akaun anda telah berjaya dicipta!

Satu emel akan dihantar kepada anda dengan segera. Jika anda tidak menerima emel di

Inbox, cuba periksa Spam. Jika masih tiada, anda perlu mendaftar sekali lagi.

Page 23: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

23

Kandungan emel yang dihantar adalah seperti di atas. Apabila anda klik link di atas, anda

akan dibawa ke laman akaun anda.

Beginilah rupanya akaun anda di UMTboutique.com. Anda dapat lihat maklumat akaun dan

pembelian anda secara terperinci di sini.

Page 24: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

24

Kemudian cuba anda klik Shirts.

Page 25: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

25

Anda akan dibawa ke sini. Seperti yang anda dapat lihat, harga yang tertera adalah harga

runcit biasa. Ini adalah kerana akaun anda belum dinaiktaraf sebagai rakan niaga Dropship.

Hanya selepas akaun anda dinaiktaraf kepada rakan niaga Dropship, anda akan dapat

melihat harga istimewa yang lebih rendah untuk anda buat untung!

Page 26: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

26

Sekarang apa yang perlu anda buat ialah membuat sedikit pelaburan sejumlah RM59

kepada UMTboutique.com. Ya betul! Cuma RM59 untuk menjadi rakan niaga Dropship.

Selepas menjual 3 helai pakaian, kos pelaburan anda telah pun terbayar kembali.

Dan apa yang lebih menarik, anda sebagai rakan niaga Dropship UMTboutique.com boleh

meminta kembali wang pelaburan tersebut setelah anda berjaya menjual 10 helai pakaian

sahaja. Ini bermakna seolah-olah anda tidak mempunyai risiko dan tidak memerlukan modal

untuk memulakan bisnes secara dropship dengan UMTboutique.com.

Selepas pembayaran dibuat, maklumkan kepada UMTboutique.com di emel

[email protected]

Maklumat yang perlu diberikan ialah:

1. Nama

2. Alamat

3. Telefon

4. Bank bayaran (Maybank atau CIMB)

5. Tarikh dan masa bayaran

Selepas UMTboutique.com mengesahkan pembayaran tersebut, anda boleh log in ke akaun

anda untuk melihat harga istimewa rakan niaga Dropship.

Page 27: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

27

Tahniah.. Pendaftaran Anda Berjaya!

Klik log in di laman utama.

Di sini anda masukkan alamat emel dan katalaluan yang telah anda daftarkan.

Kemudian cuba anda klik pada Shirts sekali lagi.

Page 28: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

28

Sekarang anda dapat lihat yang harga runcit biasa telah dipotong dan keluar harga istimewa

rakan niaga Dropship. Jadi dengan harga rendah inilah anda akan beli dari

UMTboutique.com dan anda boleh jual mengikut harga anda sendiri tanpa had.

Penghantaran diberikan percuma. Jadi anda boleh simpan caj penghantaran yang anda

kenakan kepada pembeli sebagai untung juga.

Page 29: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

29

Ayuh Buat Duit!

Sekarang ayuh kita mulakan bisnes secara Dropship di Mudah.my.

Kita isikan maklumat yang diperlukan.

Isikan nama, alamat emel, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.

Pada bahagian Category pula, anda pilih Clothes.

Klik bahagian For Sale.

Pilih Region anda. (negeri)

Klik New pada Condition.

Pilih Male pada Gender.

Page 30: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

30

Teknik SEO (Search Engine Optimization)

Selepas itu anda perlu isikan bahagian Heading atau Tajuk dan Ad Text atau Isi Kandungan

Iklan. Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Ia akan menentukan samaada

iklan anda akan menarik pelawat dan menukarkan mereka menjadi pelanggan atau tidak!

Pada bahagian Heading, pastikan anda isikan dengan Keyword atau Kata Kunci yang dicari

ramai pembeli.

Sekarang kita akan gunakan sedikit Teknik Search Engine Optimization. SEO adalah teknik

meningkatkan dan mempromosi laman web untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada

enjin carian. Kita pula akan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan bilangan pelawat

daripada enjin carian seperti Google ke iklan kita.

Secara mudahnya kita akan buat iklan yang dihasilkan untuk menduduki ranking tertinggi di

hasil carian. Dengan ini iklan tersebut mempunyai kekerapan untuk dilihat pengguna internet

yang lain dan secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan pelawat ke iklan

anda. Jadi ia mampu meningkatkan jualan produk dan servis anda tanpa mengeluarkan

modal sesen pun.

Letakkan diri anda pada kedudukan pembeli. Jika pembeli mahu membeli baju kemeja, apa

yang akan dicari oleh pembeli tersebut di internet?

Pertamanya dia akan ke enjin carian paling popular iaitu Google.

Di Google dia akan taip keyword apa yang dicarinya. Dalam kes ini ialah baju kemeja.

Jika dia sekadar menaip baju, beribu-ribu laman web mengenai baju akan keluar dan ini

akan menyukarkan pencariannya.

Apabila dia menaip baju kemeja pula, akan keluar laman web mengenai baju kemeja yang

pelbagai. Antaranya ialah baju kemeja lelaki, baju kemeja perempuan, baju kemeja kanak-

kanak dan sebagainya.

Page 31: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

31

Jadi dia pun mengecilkan pencariannya di Google dengan menaip Baju Kemeja Lelaki.

Oleh itu lebih banyak laman web yang spesifik dengan pencariannya yang akan keluar di

Google untuk dipilih.

Anda juga boleh melakukan analisa keyword mana yang patut diletakkan sebagai Heading.

Untuk benar-benar mengimplementasikan Teknik SEO, anda perlu gunakan Google Search

Box, Google Keyword Tool, Google Trends dan Google Insights.

Saya amat mencadangkan agar anda tidak abaikan Teknik SEO kerana:

1. Iklan anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin carian seperti Google.

2. Jumlah pelawat ke iklan anda akan meningkat dengan mendadak.

3. Setiap pelawat berpotensi untuk ditukarkan menjadi pembeli.

4. Penting bagi menghadapai persaingan yang ramai menjual secara online.

5. Semua dia atas anda akan dapat tanpa mengeluarkan wang ringgit sebagai modal.

Di sini saya hanya akan kongsikan cara paling sempoi dan ringkas iaitu dengan

menggunakan Google Search Box. Google Trends, Google Keyword Tool dan Google

Insights akan memberikan hasil analisa dan keyword yang lebih baik lagi tepat. Namun ia

lebih mudah dan sesuai untuk saya kongsikan secara berdepan.

Page 32: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

32

Taip www.google.com.my di browser anda. Sebagai contoh, gambar di atas ialah untuk

Google Chrome.

Kemudian anda akan dibawa ke Google Malaysia.

Di sini anda taipkan pula keyword Baju pada Google Search Box.

Akan keluar keyword Baju bersama dengan perkataan lain yang sering dicari oleh

pengguna Google. Seperti yang anda dapat lihat, keyword seperti baju kurung, baju baby

dan baju pengantin yang dicadangkan oleh pihak Google. Dari sini anda dapa tahu bahawa

produk inilah yang sering dicari.

Page 33: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

33

Disebabkan anda berdaftar dengan UMTboutique.com yang menjual pakaian lelaki, maka

cuba cari keyword yang ada berkaitan dengan lelaki. Anda juga kena cari keyword yang

sesuai dengan produk yang anda mahu jual.

Katakanlah anda menjual baju kemeja Tommy Hilfiger model TT09 daripada

UMTboutique.com ini.

Maka anda cuba analisa keyword Baju + Kemeja

Page 34: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

34

Seperti yang anda dapat lihat, selepas anda menaip baju kemeja, akan keluar perkataan

cadangan lain daripada Google. Ia adalah baju kemeja lelaki, baju kemeja perempuan dan

baju kemeja lelaki online.

Pilih pula Baju Kemeja Lelaki.

Akan keluar cadangan daripada Google:

1. Baju Kemeja Lelaki Online

2. Baju Kemeja Lelaki Terkini

3. Baju Kemeja Lelaki Berjenama

Maka saya cadangakan untuk Heading, gunakan keyword Baju Kemeja Lelaki dan diikuti

oleh jenama dan model baju.

Seperti di atas, saya masukkan keyword Baju Kemeja Lelaki.

Kemudian saya masukkan jenama baju iaitu Tommy Hilfiger.

Akhir sekali saya masukkan kod model iaitu TT09.

Jadi bagaimana pula dengan keyword yang lain tadi?

Oh itu kita akan gunakan pada bahagian Ad Text. Teruskan membaca sahabat!

Page 35: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

35

Untuk bahagian Ad Text atau Isi Kandungan Iklan, ada beberapa ciri yang perlu anda

masukkan. Antaranya ialah:

1. Masukkan tajuk ke dalam iklan.

2. Masukkan keyword yang telah dianalisa ke dalam iklan.

3. Ceritakan kelebihan produk atau servis. Bukan sekadar spesifikasi.

4. Berikan sesuatu secara percuma kepada pelanggan. Pelanggan memang suka

pemberian percuma!

5. Berikan jaminan terhadap produk atau servis yang ditawarkan.

6. Terangkan cara pembayaran.

7. Letakkan ayat tindakan supaya pelanggan membeli dengan segera.

8. Pastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan betul.

9. Pastikan semua di atas lengkap. ;)

Berikut merupakan contoh Isi Kandungan iklan yang telah saya hasilkan. Anda boleh copy &

paste dan ubah mengikut kesesuaian.

Anda sedang mencari baju kemeja lelaki berjenama antarabangsa yang terkini dan

murah? Anda telah pun menemuinya!

Kami telah berpengalaman menjual baju kemeja lelaki secara online dan offline.

Baju Tommy Hilfiger ini amat sesuai dipakai untuk majlis rasmi dan aktiviti santai.

Materialnya juga selesa dipakai dan mudah digosok. Dengan warna dan potongan terkini,

anda pasti kelihatan tampan bergaya memakainya.

Bagi menghargai pelanggan kami, penghantaran diberikan PERCUMA sahaja.

Kami JAMIN tempahan yang diterima hari ini, akan tiba kepada anda dalam masa 1-3 hari

bekerja.

Untuk membeli, ikuti langkah di bawah:

1. Hubungi kami untuk periksa stok dan buat tempahan

2. Buat bayaran RM60 ke akaun berikut:

Bank: Maybank

Nama: Umar Mohamad Taib

No akaun: 114179487023

3. Selepas bayaran, SMS atau emelkan maklumat:

-Nama

-Alamat Penghantaran

-Jumlah Bayaran

Page 36: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

36

-Masa dan Tarikh Bayaran

-Mod Bayaran (Cash Deposit Machine / Interbank Transfer / Maybank2u)

-Produk yang dibeli

4. Setelah bayaran disahkan, kami akan buat penghantaran segera.

5. Tempahan akan tiba dalam masa 1-3 hari bekerja dan anda akan kelihatan lebih segak

bergaya!

Jadi apa anda tunggu lagi? Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan Baju Kemeja Lelaki

ini sebelum stok kehabisan!

Telefon: 012 2171766

Emel: [email protected]

Page 37: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

37

Pada bahagian Price, masukkan RM60.

Kemudian anda boleh masukkan gambar. Hanya 3 keping gambar yang dibenarkan. Oleh

itu masukkanlah gambar berkualiti yang mampu membuatkan pelanggan anda membuat

keputusan untuk membeli.

Di UMTboutique.com gambar telah pun disediakan untuk digunakan oleh rakan niaga

Dropship. Sekarang saya akan tunjukkan cara untuk menggunakan gambar yang

disediakan.

Klik pada gambar.

Page 38: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

38

Gambar tadi akan dibesarkan.

Right Click pada gambar tersebut dan klik pula Save Image As.

Page 39: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

39

Save gambar tadi ke komputer anda. Seperti yang anda dapat lihat, saya akan save gambar

ini di Downloads.

Halakan Mouse anda ke bahagian tepi gambar dan klik icon yang keluar untuk ke gambar

yang seterusnya. Ulang kembali langkah untuk save gambar baju ini.

Page 40: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

40

Sekarang anda sudah Save 3 keping gambar di Downloads.

Sekarang anda klik butang Choose File.

Page 41: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

41

Double Click pada gambar pertama yang akan menjadi gambar utama untuk iklan anda.

Sekarang klik pada butang Add Extra Images.

Page 42: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

42

Gambar pertama tadi akan dimuatnaik ke Mudah.my. Seterusnya ulang cara memasukkan

gambar seperti tadi sehingga semua 3 keping gambar dimuatnaik.

Setelah 3 keping gambar berjaya dimuatnaik, klik butang Next.

Page 43: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

43

Anda akan dibawa ke laman ini.

Page 44: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

44

Di sini anda boleh lihat kembali segala maklumat dan gambar yang telah diisikan. Periksa

kembali jika ada sebarang kesilapan. Jika ada klik butang Edit Ad untuk membuat

pembetulan.

Page 45: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

45

Di sini juga Mudah.my ada menawarkan samaada anda mahu menggunakan servis

premium mereka. Maklumat lanjut mengenai servis premium ini boleh dirujuk pada laman

web Mudah.my. Saya tidak menggunakannya untuk perkongsian kali ini. Bagi menggunakan

servis premium ini ada bayaran yang dikenakan oleh Mudah.my. Inilah yang ramai keliru

dan menyangka semua servis Mudah.my perlu dibayar.

Dibawah sekali anda perlu memasukkan katalaluan atau Password. Minima 5 aksara

diperlukan. Gunakanlah katalaluan yang mudah untuk anda ingat dan susah untuk orang

lain teka.

Akhir sekali klik butang Insert Ad.

Page 46: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

46

Anda akan dibawa ke laman ini dengan ucapan terima kasih daripada Mudah.my. Apa yang

anda perlu buat sekarang ialah tunggu sehingga iklan anda diluluskan pihak Mudah.my.

Mengikut daripada pengalaman saya, dalam masa 24 jam iklan anda akan diluluskan jika

tiada masalah.

Page 47: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

47

Yahoo, iklan lulus!

Setelah iklan anda diluluskan, emel seperti di bawah akan dihantar. Anda boleh klik link

yang diberikan untuk melihat iklan tersebut di Mudah.my.

Page 48: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

48

Page 49: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

49

Beginilah rupanya iklan yang telah diluluskan tadi. Sekarang kita lihat pula hasil kerja

keyword yang kita buat sebelum ini.

Page 50: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

50

Ini adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google. Adalah penting untuk mendapatkan

tempat di 5 muka surat pertama. Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Online, kita telah

berada di muka surat pertama Google dengan persaingan 889,000!

Page 51: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

51

Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Terkini, kita juga telah berada di muka surat pertama

Google dengan persaingan 818,000!

Page 52: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

52

Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Berjenama, kita telah berada di muka surat ke dua

Google dengan persaingan 41,600!

Page 53: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

53

Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Murah, kita telah berada di muka surat pertama

Google dengan persaingan 822,000!

Page 54: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

54

Ini sekadar keyword tambahan. Dengan keyword Baju Tommy Hilfiger, kita telah berada di

muka surat ke tiga Google dengan persaingan 221,000!

Page 55: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

55

Umpan Dimakan Ikan

Sekarang anda cuma perlu menungggu mata kail dan umpan anda di lubuk Mudah.my

disentap ikan.

Apabila sudah ada pelanggan ingin membeli produk yang anda iklankan tadi, tunggu

sehingga bayaran diterima daripadanya. Setelah selamat diterima, log in ke akaun

UMTboutique.com untuk melakukan tempahan menggunakan duit bayaran tersebut.

Selepas log in, masukkan kod baju di Search Box yang disediakan dan tekan Enter. Kod

baju yang anda iklankan tadi ialah TT09.

Page 56: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

56

Anda akana dibawa ke laman hasil carian. Seterusnya klik butang Tambah ke Troli baju

yang ingin dibeli.

Page 57: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

57

Di laman ini, pilih saiz baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Kemudian klik butang

Tambah ke Troli sekali lagi.

Page 58: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

58

Akan keluar kotak yang menyatakan berjaya menambah tempahan ke Troli. Sekarang klik

pula Troli.

Anda akan dibawa ke laman Troli. Di sini anda dapat lihat senarai tempahan yang telah

dimasukkan ke Troli. Klik pula butang Checkout.

Page 59: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

59

Anda akan diminta Maklumat Bil. Boleh gunakan maklumat yang telah anda masukkan

semasa pendaftaran atau ubah yang lain. Maklumat seperti nama, alamat dan nombor

telefon ini akan digunakan pada borang kurier.

Maklumat anda akan diisikan pada bahagian atas. Maklumat pelanggan anda pula diisikan

pada bahagian bawah.

Jika pelanggan anda mahu membuat tempahan lagi, maka dia akan hubungi anda kerana

maklumat anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu

bahawa anda menjalankan perniagaan secara Dropshipping saja. Jadi anda tidak perlu

risau pelanggan anda dicuri Dropshipper. Terbaik bukan? Klik Teruskan.

Page 60: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

60

Di Maklumat Penghantaran,klik juga butang Teruskan.

Penghantaran diberikan PERCUMA kepada rakan niaga Dropship. Perkara penting untuk

anda buat di sini ialah isikan maklumat pelanggan anda seperti nama penuh, alamat

penghantaran dan nombor telefon di bahagian Catatan. Kemudian klik butang Teruskan

saja.

Pada Kaedah Bayaran, ada 2 pilihan. Anda boleh membayar cara Pindahan Bank atau

dengan Paypal. Selepas itu klik kotak Terma & Syarat. Kemudian klik butang Teruskan.

Page 61: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

61

Akhir sekali anda perlu sahkan pesanan. Di sini juga anda boleh lihat jumlah keseluruhan

bayaran dan Arahan Pindahan Bank. Jika semuanya betul, klik butang Sahkan Pesanan.

Anda akan dibawa ke laman ini yagn menandakan bahawa pesanan anda sedang diproses.

Page 62: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

62

UMTboutique.com akan menghantar satu emel tentang pesanan anda tadi. Anda buat

pembayaran ke Maybank atau CIMB. Pembayaran perlu dibuat dalam masa 48 jam selepas

pesanan.

Jangan lupa untuk memaklumkan kepada UMTboutique.com selepas pembayaran dibuat.

Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran berjaya diterima. Makluman dihantar

melalui:

E-mel: [email protected]

Hubungi / SMS: 012 217 1761

Butir-butir yang diperlukan:

1. No. Pesanan Anda

2. Nama/E-mel Anda

3. Bank Pembayaran (Bayar kepada Maybank atau CIMB )

4. Jumlah Bayaran

5. Tarikh & masa pembayaran dibuat

Saya nasihatkan supaya menyimpan resit anda. UMTboutique.com mungkin mahu anda

untuk menyediakan bukti pembayaran jika memerlukan pengesahan lanjut tentang

pembayaran anda.

Apa yang berlaku selepas ini, pesanan anda akan dibungkus dan dihantar kepada

pelanggan dengan khidmat kurier. Dalam masa 1-3 hari, pelanggan anda akan menerima

tempahan tersebut dengan senyuman sampai ke telinga.

Anda pula telah pun mendapat keuntungan atas angin secara mudah dan pantas!

Page 63: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

63

Anda boleh log in ke akaun untuk lihat maklumat penghantaran.

Klik Semak Sejarah Belian Anda.

Di laman Sejarah Pembelian, anda klik butang Papar.

Page 64: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

64

Di laman Maklumat Pembelian, anda boleh lihat maklumat penghantaran pesanan anda.

Status Shipped bermakna tempahan anda telah dikurier. Di sini juga anda dapat melihat

nombor Tracking Code kurier. Tracking Code ini anda perlu emel atau SMS kepada

pelanggan anda supaya mereka dapat tahu status pesanan mereka dan tidak rasa

tertunggu-tunggu.

Page 65: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

65

Penutup

Terima kasih kerana sudi membaca ebook percuma daripada saya ini. Ebook ini sebenarnya

saya tulis semasa sedang ‘berehat’ selama 2 minggu di rumah.

Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa 'janggal', masih keliru atau wujud sifat

'takut-takut'. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara

yang tidak pernah dipelajari sebelum ini.

Setiap ilmu yang saya kongsikan di sini anda mesti terus praktikkan. Jangan anda ambil

ringan dengan ilmu yang anda terima secara percuma.

Apa yang disentuh di dalam ebook ini hanyalah 'sedikit' agar anda tidak mengalami

'limpahan maklumat' (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang

dipelajari, maka anda tidak dapat fokus dan akhirnya hasil tidak memuaskan.

Jika anda mahu saya bongkarkan lagi ilmu buat duit di Mudah.my, jemputlah menghadiri

Seminar Buat Duit Dengan Mudah.my. Di seminar tersebut saya akan kongsikan lagi ilmu

yang saya tidak sempat untuk tulis di ebook ini. Anda juga berpeluang untuk terus bertanya

kepada saya sebarang persoalan tentang teknik buat duit di Mudah.my. Ilmu lebih mudah

sampai jika bertemu terus dengan sumbernya. Untuk maklumat lanjut, mohon layari

www.seminarmudah.my

Akhir kata saya doakan rezeki anda terus melimpah-ruah lagi diberkati. Mohon juga untuk

mendoakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat. =)

Sekian.

Page 66: Buat Duit Dengan Mudah.my

www.seminarmudah.my

66

Yang Ikhlas,

Umar Taib

Blog: www.umarvellous.com FB: www.umar.my Email: [email protected]