Buatebook

83
1Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 1 SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN EKSKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF PERCUMA PERCUMA PERCUMA PERCUMA BUAT BUAT BUAT BUAT SAHABATKU… SAHABATKU… SAHABATKU… SAHABATKU…

Transcript of Buatebook

Page 1: Buatebook

1Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

1

SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN

EEEEKKKKSKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF PERCUMAPERCUMAPERCUMAPERCUMA BUAT BUAT BUAT BUAT

SAHABATKU…SAHABATKU…SAHABATKU…SAHABATKU…

Page 2: Buatebook

2Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

2

Disclaimer

Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia

perniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan ebook

melalui internet yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat anda.

Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda

berjaya dengan mudah dalam perniagaan ebook. Bayak yang anda perlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaan

perkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan

pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahan teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook

ini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum

membaca ebook ini:

• Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun

• Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana – mana pihak

sekalipun

• Anda dilarang mengedarkan ebook percuma ini secara terus

kepada mana – mana pihak tanpa melalui laman web www.buatebook.com

• Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk

anda.

• Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa saja melalui laman web www.buatebook.com

• Anda dibenarkan memberikan ebook ini sebagai bonus bagi

produk anda dengan syarat melalui pendaftaran sebagai subscriber di www.buatebook.com

Page 3: Buatebook

3Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

3

SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG

MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI

UNTUK ANDA ?UNTUK ANDA ?UNTUK ANDA ?UNTUK ANDA ?

Page 4: Buatebook

4Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

4

Pengenalan Diri Saya Sebelum saya pergi ‘detail’ mengenai tajuk laporan ini, saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah:

• Nama – Jamaluddin Bahari

• Umur – 28 tahun

• Besday – 23 March 1981 • Tempat tinggal – KL (rumah sewa je)

• Kerja – makan gaji di sektor awam • Mula menceburi bisnes internet – Disember 2008

• Bisnes internet – sumber pendapatan sampingan • Income dari internet – RM8k – RM30K sebulan

• Pangkalan utama – forum wangcyber.com (komuniti usahawan internet Malaysia)

• Laman web yang dimiliki oleh saya - www.kerja-kerajaan.com,

- www.rahsiablog.com, - www.rahsiaemas.com,

- www.blogjamal.com - www.kerja-kerajaan.com/blog

- www.buatebook.com

• Produk utama – ebook / produk informasi

• 2 laman web produk informasi ilmiah seksual telah diserah/dijual kepada pemilik baru

• Mula menceburi affiliate pada March 2009 • Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu

1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1 2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2

3. PPL kad Bisnes 4. PPL Kuasa Email

5. PPL Youthsays Wan Mus 6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan)

7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar) • Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 – Sept 2009) –

RM15 K

• Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu industri perniagaan internet Malaysia

• Sasaran – mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun

Page 5: Buatebook

5Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

5

Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook

1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) – 800 unit dalam masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000.

2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com – melebihi

2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih

RM60, 000 dari ebook tersebut.

3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya seorang rakan – melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan

sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan.

4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir

RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook berjaya dijual sehingga ke hari ini.

5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di

www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000 dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah

terjual dalam tempoh tersebut.

6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan

ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM 15, 000

dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.

Page 6: Buatebook

6Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

6

ISI KISI KISI KISI KANDUNGANANDUNGANANDUNGANANDUNGAN

Disclaimer………………………………………………………………………..2 Siapa Jamal Yang Menulis Ebook Ini Untuk Anda ?............................3 Isi Kandungan………………………………………………………………………………….…….6 Pengenalan Ebook……………………………………………………….……………...7 Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook………………….………………….10 Niche – Niche Ebook Popular Yang Mudah Dijual…………….………..…21 Bagaimana Mengkaji Permintaan Terhadap Ebook………………………24 Langkah – Langkah Menulis Ebook…………………………………………….28 Membina Laman Web Jualan Ebook…………………………………………..32 Promosi Ebook…………………………………………………………………………35 Penutup Kata……………………………………………………………………………52 Kronologi Jualan Ebook Emas – Emas Yang Hilang……………………..57 Pendedahan Tips Menulis Ebook Esklusif Dari Sifu Ebook Saya……66 Ruangan Iklan………………………………………………………………………….80

Page 7: Buatebook

7Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

7

PENGENALAN EBOOKPENGENALAN EBOOKPENGENALAN EBOOKPENGENALAN EBOOK

Page 8: Buatebook

8Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

8

Pengenalan Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kita berkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukah

saya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITAB

KUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buat

dalam bentuk point di bawah:-

Apa itu ebook?

• Nama omputihnya – electronic book – jadila e-book • Dalam BM – buku elektronik – e-buku

• Produk informasi digital/produk ilmiah • Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file

• Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia • Boleh dibuat dengan gunakan mic. Word dan ditukarkan kepada

file pdf

Mengapa ebook? • Mudah dipindah dan disimpan

• Boleh dicetak • Boleh dapat update dari penjual ebook

• Lain dari lain - unik • Tiada di pasaran buku – biasanya banyak rahsia yang orang

ramai tak tahu

• Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa • Jimat kos – beli, hantar dll

• Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan • Keuntungan adalah 100%

• Mudah dijual – melalui minisite • Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup

Di mana menjual ebook? • Jual di internet melalui minisite

• Forum • Blog

• Laman web social

Bagaimana nak buat ebook?

Mencari idea untuk ebook? - baca dulu ebook ni sampai habis, ada diterangkan

Page 9: Buatebook

9Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

9

Membuat ebook?

- ya, ada diterangkan dalam ebook ini secara asas

Menjual ebook? - membeli domain & hosting

- membina laman web – sendiri atau upah orang - minisite grafik

- penulisan sales letter - cara pembelian ebook

Mempromosi ebook?

- ada ditunjukkan beberapa cara promosi percuma dan juga yang berbayar

Siapa membeli ebook?

• Orang yang memiliki kuasa membeli – ada duit nak beli la:)

• Orang yang tahu membeli – belah di internet, tak tahu pun boleh beli..

• Orang yang memang memerlukan informasi dari ebook yang dijual

Ebook VS Buku

Buku Ebook

Kena pergi kedai buku nak beli beli di internet pon boleh

dah..cepat pantas dan jimat masa

Berat jika dah banyak..tak boleh simpan dalam pendrive…

Boleh simpan dalam PC, CD, pendrive ke…rasa nak print, tiada

masalah…

Risiko terkoyak, terbakar, hilang

atau kena conteng dengan anak kan kena beli baru pulak buku tu

Boleh print semula jika hilang ke,

terbakar ke atau sebagainya..

Jika tak faham lepas baca buku,

nak tanya siapa ye….

Tak faham? Email je atau call

penulis ebook..Dia boleh bantu…

Buku dikemaskini – versi terbaru,

kita kena beli la sekali lagi..

Biasanya penjual ebook berikan

secara percuma..

Ayat dalam buku berjela – jela panjangnya penuh & dengan kata

– kata berbunga – bunganya…

Biasanya ditulis dalam bentuk ringkas – straight to the

point..mudah nak faham:)

Tak boleh sembang – sembang

atau mengorat penulisnya..

Boleh berchatting ke, email ke,

call ke dengan penulisnya..silap – silap haribulan bertemu jodoh

pula dengan penulisnya..hehehe

Page 10: Buatebook

10Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

10

BAGABAGABAGABAGAIMANA IMANA IMANA IMANA MENCARI MENCARI MENCARI MENCARI

IDEA MENULIS EBOOKIDEA MENULIS EBOOKIDEA MENULIS EBOOKIDEA MENULIS EBOOK

Page 11: Buatebook

11Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

11

Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis Ebook Yang Boleh Dijual?

Idea..idea..idea..Susahnya mencari idea..� Sampai pecah kepala

pening – pening kepala nak dapatkan idea. Tapi ada orang tu senang – senag je dapat idea. Masa tidur pon boleh dapat idea..Usah risau!

Saya akan membantu anda bagaimana untuk mencari idea untuk menghasilkan ebook dengan beberapa kaedah yang telah saya

gunakan sebelum ini. Teruskan bacaan.

1. Berdasarkan pengalaman Pengalaman memang banyak membantu dalam menghasilkan

ebook. Seperti saya hasilkan ebook percuma ini. Jika saya tiada pengalaman membeli, menjual dan menerbitkan ebook,

bolehkah saya menerbitkan ebook ini? Sudah tentu tidak bukan? Seperti ebook Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan, saya

hasilkan berdasarkan kisah pengalaman saya sendiri.

Akan tetapi pengalaman bagaimana yang boleh anda

tukarkannya kepada ebook?

Mudah saja! Iaitu pengalaman yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Ataupun kisah kejayaan anda

menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya anda pernah menyelesaikan masalah orang ramai berdasarkan pengalaman, teknik – teknik dan juga kepakaran

anda, anda boleh kumpulkannya dalam bentuk ebook. Ebook yang boleh dijual adalah ebook yang dapat menyelesaikan

masalah orang ramai.

Sebagai contoh: ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK dihasilkan berdasarkan pengalaman saya yang telah

beberapa kali menghadiri temuduga di sektor awam.

Dalam temuduga tersebut, saya telah beberapa kali lulus dan

ada juga yang gagal untuk jawatan yang berbeza-beza. Dan apabila berjaya dalam temuduga, saya terfikir untuk menulis

ebook tersebut. Saya rasa dengan gabungan pengalaman saya, kajian saya, pembacaan buku berkenaan temuduga, soal selidik,

saya akan dapat menghasilkan sebuah ebook yang dapat

Page 12: Buatebook

12Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

12

membantu orang ramai/pencari kerja untuk menghadapi

temuduga di sektor awam.

Anda faham bukan? Seperti yang anda sedia maklum, ramai orang berminat untuk memasuki bidang kerja sektor awam.

Akan tetapi ramai yang kecewa kerana gagal melepasi tapisan temuduga. Sebenarnya apa masalah atau punca yang

menyebabkan kegagalan mereka itu? Jawapannya mudah saja iaitu :

- mereka tidak tahu adab – adab semasa temuduga

- mereka tidak tahu nak buat persediaan apa sebelum temuduga - mereka tidak tahu cara menjawab soalan yang ditanya

- mereka tidak tahu cara mereka dinilai semasa temuduga - dan banyak lagi masalah yang sering dihadapi oleh calon

Nah! Inilah masanya saya jadikan pengalaman dan kejayaan anda itu untuk membantu mereka. Jadi, saya menyediakan

penyelesaian masalah tersebut dalam bentuk ebook iaitu ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Objektif utama ebook

ini dihasilkan adalah membantu menyelesaikan masalah calon untuk bakal menghadapi temuduga sektor awam

dan seterusnya berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan.

Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang saya

sampaikan berdasarkan contoh/sample yang diberikan? Mungkin anda memiliki pengalaman – pengalaman hebat yang dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jadi ambil peluang ini. Di samping membantu orang

ramai, anda juga akan mengaut keuntungan dari ebook yang

anda hasilkan.

2. Berdasarkan Hobi/Minat Apakah hobi dan minat anda? Adakah anda seorang yang suka

memancing? Dan anda selalu mendapat hasil dari pemancingan anda? Atau anda beberapa kali memenangi pertandingan

memancing/JORAN? Apa kata anda kongsikan teknik memancing anda yang hebat itu dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai

kaki – kaki pancing akan dapatkan ebook anda. Lebih – lebih lagi jika anda memang hebat dalam teknik memancing yang tidak

diketahui ramai orang.

Page 13: Buatebook

13Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

13

Sungguh mudah bukan, contoh yang saya berikan tersebut?

Atau anda cari info – info berkenaan teknik memancing di dalam buku, carian di internet, tanya otai pancing atau sebagainya dan

kemudian hasilkan satu tips memancing yang lengkap dan hebat. Anda akan berkongsikan tips – tips pemancingan anda

dalam bentuk ebook dan sudah tentu anda boleh menjual dengan mudah ebook ini kepada kaki – kaki pancing.

Ada bermacam – macam lagi hobi dan minat orang lain yang

sama dengan anda. Contohnya menanam bunga, memelihara binatang kesayangan, memasak, bersukan, membaca, dan lain –

lain lagi. Tahukah anda, sekiranya anda menulis ebook berdasarkan minat atau hobi anda, hasilnya amat memuaskan.

Sudah tentu anda mampu menghasilkan pendapatan dari ebook tersebut

Mengapa?

Jawapannya adalah - anda melakukan sesuatu yang memang anda suka dan anda sangat tahu apa yang anda tulis. Tanpa

dipaksa anda akan menyediakan bahan – bahan terbaik yang akan dimuatkan dalam isi kandungan ebook anda.

Di bawah adalah contoh idea – idea menulis ebook berdasarkan

minat/hobi:

• Ebook Panduan Lengkap Melukis Kartun/ karikatur/ potret • Ebook Teknik paling Efektif Memikat Awek/Pakwe

• Ebook 10 Cara Memancing Ikan Toman Paling Efektif • Ebook Teknik Mudah Senyum

• Ebook Teknik Menyulam Baju Cara Jepun

• Ebook Belajar Berenang Dengan Cepat, Selamat dan Berkesan

• Ebook Panduan Memasak Nasi Kandar Penang • Ebook Cara Main Game Bola PES Paling Hebat

• Ebook Panduan Membaiki Komputer Sendiri • Ebook Cara – Cara Mudah Membaiki Kereta Sendiri

• Ebook Panduan Landskap Dalaman Rumah Yang Menarik • Ebook Cara Bersenam Yang Paling Efektif

• Ebook Cara – cara Memelihara Ikan Kelisa • Ebook Bagaimana Untuk Menghias Laman Rumah Seperti

Taman Bunga?

Page 14: Buatebook

14Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

14

• Ebook Teknik – teknik Mengajar Budak Berumur 2 Tahun

Membaca • Ebook Bagaimana Menjana Duit Dengan Menjual Kuih

Bahulu Di Rumah • Ebook Panduan Penanaman Bunga Orkid

• Ebook Teknik – teknik Menternak Kambing Boer • Ebook Panduan Menanam Buah Naga Kuning

3. Berdasarkan Kepakaran Anda Mencipta ebook berdasarkan kepakaran sendiri adalah yang

terbaik! Dengan menjadi pakar, anda mampu menjawab segala permasalahan pembeli ebook anda. Cuba anda lihat bagaimana

Chef Wan sebagai pakar dalam bidang masakan, Dr Fazilah Kamsah sebagai pakar motivasi, Dr Irfan Khairi sebagai pakar

dalam perniagaan internet, Shuth sebagai pakar dalam

penghasilan ebook, Ammar Zahar sebagai pakar dalam affiliate marketing, Siti Nurhaliza pakar dalam bidang nyanyian, dan

sebagainya.

Akan tetapi jika anda tidak pakar bagaimana pula nak jadi pakar? Camne ye? Pening anda memikirkannya? Mudah saja!

Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu rajin mengkaji, membaca dan mempraktikkan apa yang dipelajari berkenaan

bidang tersebut tidak kira samada melalui pembacaan buku, artikel, kajian, temuramah ataupun lain – lain cara. Biasanya

dengan membaca banyak buku berkenaan bidang berkaitan, anda mampu untuk menjadi pakar. Jadi, jangan

risau sekiranya anda tidak pakar lagi dalam bidang tersebut.

Baca..baca..baca…dan anda akan jadi pakar! Ambil masa anda :)

Akan tetapi tidak semestinya anda perlu menjadi begitu pakar untuk memulakan penulisan ebook anda. Bina kepakaran anda

dari masa ke semasa dengan cepat. Pengalaman dari penulisan ebook, penjualan ebook, dan juga pertanyaan dari pembeli akan

membuatkan anda menjadi pakar dalam bidang anda. Yang penting adalah tindakan pertama anda untuk memulakannya.

Contoh – contoh ebook yang boleh ditulis berdasarkan dari

kepakaran:

• Ebook Teknik Advance Membina Laman Web • Ebook Cara Memasak Makanan Barat

Page 15: Buatebook

15Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

15

• Ebook Cara Paling Efektif Memotivasikan Mat Rempit

• Ebook 10 Cara Berkesan Uruskan Wang • Ebook Teknik Belajar di Universiti Paling Ummmphh…..

• Ebook Rahsia Menjual Nasi Lemak Kukus Paling Menguntungkan

• Ebook Rahsia Keenakan Sate Kajang Dibongkarkan! • Ebook Panduan Belajar Autocad Dibongkarkan1

• Ebook Pandai Belajar Mengaji Dalam Masa Sebulan • Ebook Belajar Matematik Dengan Formula Rahsia

• Ebook Rahsia Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia • Ebook Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah

• Ebook Belajar Menggunakan Microsft Excell Dengan Berkesan

• Ebook Panduan Bina Badan Untuk Lelaki Kurus Dibongkarkan

• Ebook 10 Teknik Langsingkan Badan Tanpa Bersenam

• Ebook Panduan Membaiki Kereta Dengan Lengkap • Ebook Teknik Memandu Seperti Pelumba F1

• Ebook Bagaimana Membaiki Rumah Anda Sendiri • Ebook Bagaimana Berniaga Di Pasar Malam

• Ebook Panduan Membina Blog • Ebook Cara Menulis Buku Yang Laris

• Ebook Rahsia Orang – Orang Tua China Berumur Panjang • Ebook Teknik – Teknik Senaman Tai Chi

• Ebook Mari Belajar Silat • Ebook 5 Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok

• Ebook Cara Membuat Pelaburan Rumah • Ebook 10 Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Berkesan

4. Berdasarkan Kepakaran Orang Lain

Senang ceritanya adalah, orang lain tulis ebook, anda

menjualnya. Itulah yang banyak saya praktikkan. Ianya boleh juga dipanggil jv partner. Maknanya anda berkongsi milik

dengan penulis ebook. Akan tetapi cara sebegini memerlukan pengalaman dalam penulisan ebook sendiri sebelum menjual

ebook jv orang lain seperti ini. Pengalaman anda amat diperlukan bagi memastikan ebook yang ditulis oleh rakan jv

partner anda terjual. Lebih – lebih lagi pengalaman dalam pemasaran ebook dan juga promosi.

Sebelum itu, pastikan rakan jv partner anda benar – benar

faham dan mengetahui apa yang ditulisnya. Anda juga perlu

Page 16: Buatebook

16Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

16

terlibat dalam kerja penyuntingan dan semakan ebook sebelum

dipasarkan.

Sebagai contoh, ebook Panduan Asas Blogger dan juga ebook Emas – Emas Yang Hilang dihasilkan berdasarkan penulisan oleh

orang lain yang memang pakar dalam bidangnya. Saya cuma menguruskan dari segi pemasaran, teknikal web, sales letter,

dan lain – lain. Kerja – kerja teknikal berkaitan isi kandungan ebook diuruskan oleh jv partner saya. Ianya memudahkan kerja

– kerja saya kerana saya dapat menumpukan kepada hal – hal terpenting dalam jualan ebook iaitu marketing.

Tanpa marketing yang baik, adalah mustahil ebook anda akan

terjual dengan laris. Hal – hal pemasaran akan saya bincangkan dalam bab akan datang nanti ye. Sabar……

Dari segi keuntungan pula, biasanya saya offer 50 % kepada penulis ebook. Dan ianya amat berbaloi. Dengan kerja – kerja

yang lebih fokus, iaitu dengan menumpukan kepada pemasaran target jualan ebook akan berjaya dicapai. Biasanya untuk projek

seperti ini, saya akan bertindak sebagai ‘leader’ kepada pasukan saya.

5. Ebook Berdasarkan Temuramah

Wah! Ini kerja mudah..Temuramah orang je boleh buat duit. Ada beberapa cara untuk hasilkan ebook sebegini. Anda boleh

menemuramah seseorang atau lebih yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. Contohnya adalah menemuramah 5 orang

usahawan menternak kambing yang berjaya.

Anda boleh menyediakan temuramah samada melalui rakaman

audio, catatan di borang temuramah, video atau menyediakan satu set soalan temuramah untuk dijawab semula oleh mereka.

Kesemua hasil temuramah itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam ebook. Sungguh mudah bukan? Sediakan soalan,

sediakan jawapannya. Jadikannya seperti perbualan biasa yang tersusun.

Akan tetapi, anda perlu memaklumkan kepada orang yang

ditemuramah oleh anda itu akan objektif utama temuramah tersebut. Pastikan juga anda memberitahu mereka akan

Page 17: Buatebook

17Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

17

keuntungan yang bakal mereka perolehi dengan kerjasama itu

samada dalam bentuk royalti, komisyen, pengiklanan, ataupun lain – lain yang dipersetujui oleh mereka.

Contoh – contoh ebook yang boleh dibuat adalah:

• Ebook Temuramah 5 Usahawan Tiram Yang Berjaya • Ebook Kisah 10 Jutawan Internet Malaysia

• Ebook Soal – Jawab Dengan 5 Tokoh Agama • Ebook Kisah Kejayaan Mr. X

• Ebook Mentor Jutawan Pasar Malam • Ebook Kisah 2 Mat Rempit Yang Kaya Raya

• Ebook Temuramah 50 Usahawan Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

• Ebook Kisah 10 Pelajar Cemerlang • Ebook Rahsia Otai – Otai Affiliate Didedahkan

• Ebook 10 Cerita Temuduga Yang Sukses

• Ebook Bicara Jutawan MLM • Ebook Bual – Bual Bersama Dr. Kamsah

• Ebook Chef Wann Bercerita Tentang Rahsia Masakannya • Ebook Dari Seorang Penganggur Menjadi Jutawan

• Ebook Temubual Bersama Tokey Kedai Mamak • Ebook Mentor Affiliate

• Ebook Mentor Ebook • Ebook Apa Kata 5 Pakar Kewangan

• Ebook Soal Jawab Ilmu Tentang Jin • Ebook Apa Kata Azizi Ali..

Lihat, anda dapat menghasilkan tajuk ebook yang hebat –hebat

dengan kaedah ini. Dan sudah tentu akan ramai orang tetarik dari apa yang anda sampaikan dalam ebook nanti.

6. Ebook Berdasarkan Kajian Projek Akhir Tahun Pelajar

Universiti Ha, ha, ha..Agak pelik kaedahnya..Boleh ke projek akhir tahun

budak U dijadikan ebook. Ya, sudah pasti boleh! Apapun ianya bergantung kepada topik yang ditulis oleh mereka. Apa kata

anda pinjam projek mereka, baca dan cuba hasilkan ebook darinya. Jika perlu, bayarlah royalti kepada mereka. Ye la kan,

mereka penat – penat buat kajian, anda pinjam camtu saja dan buatr untung darinya.

Page 18: Buatebook

18Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

18

Projek yang bagaimana tu? Iaitu projek yang lebih ke cenderung

ke arah penyelesaian masalah orang ramai. Contohnya, jika si budak U tu buat projek berkenaan kajian bagaimana untuk

membuat perokok berhenti merokok, kan anda boleh buat ebook yang bertajuk 10 Cara Mudah Berhenti Merokok.

Cuba ambil idea dalam kajian tersebut. Sudah pasti kajian itu

dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh pelajar itu. Sudah tentu sangat banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Cara

ini memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah baca sampai habis kajian itu, catatkan apa yang akan anda masukkan

dalam ebook terutamanya info – info paling penting.

Contoh – contoh ebook yang boleh dihasilkan berdasarkan kaedah ini adalah:

• Ebook Kajian Kes Elakkan Dengkur Semasa Tidur • Ebook Teknik Pengurusan Wang Yang Terbaik

• Ebook Teknik Ketulkan Perut Dalam Masa 1 Bulan • Ebook 10 Teknik Senaman Untuk Menambahkan

Ketinggian • Ebook Bagaimana Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain

• Ebook Rahsia Mengekalkan Keremajaan Wajah • Ebook Bagaimana Membina Personaliti Unggul

• Ebook Bagaimana Hidup Sihat Seperti Orang Muda • Ebook 10 Tips Mencegah Kanser

• Ebook Bagaimana Untuk Menghias Rumah Idaman Dengan Kos Rendah

• Ebook Teknik – teknik Pelaburan Untuk Masa Depan Dibongkarkan

7. Ebook Berdasarkan Penerbitan Semula Buku Lama

Bagaimana tu? Terbit semula buku – buku lama yang tiada dalam pasaran! Ya, inilah caranya. Cuba anda ke perpustakaan

dan cuba cari buku – buku lama yang mana tajuknya boleh menarik perhatian orang ramai ataupun mempunyai kehebatan

dan nostalgianya tersendiri.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi semula penerbit buku tersebut dan minta kebenaran dengannya untuk

menghasilkan semula ebook itu dalam bentuk ebook. Bincangkan royalti yang boleh anda berikan kepadanya

Page 19: Buatebook

19Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

19

berdasarkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebelum itu,

pastikan isi kandungan buku itu mampu menarik perhatian orang ramai, ada permintaan tinggi, dan juga mampu

menyelesaikan masalah orang ramai. Idea ni saya ambil dari idea yang disyorkan oleh Dr Irfan Khairi. Mungkin anda boleh

menggunakannya.

Contoh mudah: Buku Popular Tahun 1980 – 90 an, Permata Yang Hilang..hehehehe

Mungkin anda boleh menghasilkan ebook berdasarkan buku ini?

Cubalah..belum try belum tahu….

8. Ebook Berdasarkan Penterjemahan Bahasa Asing

Ini kerja paling mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran.

Cuba anda cari ebook – ebook English dan kemudian anda terjemahkannya mengikut kesesuaian anda. Jangan

terjemahkan sebijik dengan karya asal, tapi ubahsuainya. Dan anda boleh menambah lagi dengan info – info lain yang

berkaitan dengannya yang boleh anda perolehi di internet, dalam buku ataupun dari pengalaman anda. Yang penting, anda

faham apa yang anda buat. Apapun pastikan tajuk ebook memiliki permintaan daripada orang ramai.

9. Ebook Berdasarkan produk Resell Right

Apakah Resell Right tu?

Resell Right maknanya ialah kebenaran/hak yang diberikan oleh

penulis/pencipta asal sesuatu produk/ebook kepada pembeli untuk menjual semula produk yang dibeli tersebut dengan

keuntungan 100% milik anda.

Ada 3 jenis utama Resell Right seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR), Private Label Right (PLR) dan sebagainya. Ini

antara kerja paling mudah dalam penghasilan ebook iaitu dengan menjual semula ebook tersebut. Anda hanya beli hak

tersebut dan jual ebooknya, tidak perlu mencipta ebook sendiri.

Ebook jenis Private Label Right (PLR) merupakan salah satu dari produk HOT dan amat menguntungkan. PLR berbeza sedikit dari

Page 20: Buatebook

20Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

20

produk RR atau MRR kerana anda bukan saja boleh menjual

semula ebook itu, malah dibenarkan untuk mengubahsuai ebook itu sendiri.

Dengan Ebook PLR ini, anda diberikan keizinan untuk

mengubahsuai / mengedit/ menambahbaik isi kandungan ebook itu, anda boleh mengaku sebagai penulis, menjual sebagai RR

atau MRR dan lain - lain. Dan yang syoknya, anda juga telah disediakan minisite(lamanwebjualan), suratjualan(salesletter),

grafik dan lain – lain untuk anda. Segala-galanya telah siap tersedia untuk anda jual.

Tapi INGAT! Apabila membeli lesen RR ini, baca syarat –

syaratnya dengan teliti. Takut anda membuat perkara yang dilarang oleh pemilik asal ebook ini.

Nak cari ebook – ebook sebegini, anda boleh layari forum – forum yang membincangkan perniagaan internet seperti

carigold, tanyasifu, wangcyber dan lain – lain.

10. Ebook Berdasarkan teknik – teknik rahsia _______

Ebook cara ini adalah rahsia lagi buat masa ini..suatu hari nanti saya akan sampaikan….Sabar…..Kalau sampaikan sekarang tak

boleh cari makan pula..hehehehe..gurau je:)

Page 21: Buatebook

21Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

21

NICHE NICHE NICHE NICHE –––– NICHE EBOOK NICHE EBOOK NICHE EBOOK NICHE EBOOK

POPULAR YANG POPULAR YANG POPULAR YANG POPULAR YANG MUDAH MUDAH MUDAH MUDAH

DIJUALDIJUALDIJUALDIJUAL

Page 22: Buatebook

22Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

22

Senarai Niche –Niche Popular Untuk Hasilkan Ebook Apakah niche? Niche adalah bidang/tumpuan pasaran bagi produk

ebook yang dihasilkan. Apakah target pembeli anda? Anda ingin menjual ebook berkenaan apa? Bidang kesihatan, bidang kewangan,

bidang pengajaran atau bermacam – macam lagi…Di sini saya senaraikan niche – niche yang popular untuk anda hasilkan dan jual

ebook.

1. Niche Buat Duit – Ya, niche ini merupakan yang paling disukai

oleh ramai orang, terutamanya rakyat Malaysia. Jika anda dapa memperkenalkan teknik – teknik baru dalam membuat duit,

memang ianya boleh meletop. Anda boleh pecahkan lagi niche ini dengan memfokuskan kepada niche yang lebih kecil seperti

Buat Duit Di Internet, Buat Duit Dengan Kedai Makan, Buat Duit Dengan Ikan Keli dan sebagainya.

2. Niche Seksual – Ini antara niche yang boleh hasilkan jualan

dengan pantas. Keperluan seksual merupakan satu fitrah semula jadi manusia di atas muka bumi ini, jadi ianya memang satu

keperluan dalam hidup ini. Ianya boleh dipecahkan lagi kepada beberapa pengkhsusan seperti ebook untuk orang baru

berkahwin, orang yang bermasalah dalam hubungan seksual,

ataupun ebook untuk pasangan berumur.

3. Niche Kesihatan – Badan yang sihat merupakan idaman semua orang. Anda mungkin boleh hasilkan ebook yang fokus kepada

tips penjagaan kesihatan, tips bersenam, tips pemakanan dan sebagainya. Ebook bagi niche ini juga mendapat permintaan

yang tinggi juga di pasaran lokal mahupun global.

4. Niche Kewangan – Ya! Sudah terbukti bahawa niche ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Lebih –

lebih lagi jika tajuk ebook itu adalah unik dan lain dari yang lain. Ebook jenis ini mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit

sehingga mencecah ratusan ribuan ringgit dalam masa tak sampai sebulan. Anda boleh menghasilkan ebook yang

berbentuk perancangan kewangan, pelaburan dan perbelanjaan

atau lain - lain.

5. Niche lain - lain - Ada banyak lagi niche yang boleh anda ceburi iaitu niche keagamaan, pembelajaran, motivasi, didikan,

Page 23: Buatebook

23Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

23

falsafah, masakan, seni mempertahankan diri, teknikal dan sebagainya. Yang penting adalah, ianya boleh dijual.

Page 24: Buatebook

24Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

24

BAGAIMANABAGAIMANABAGAIMANABAGAIMANA MENGKAJI MENGKAJI MENGKAJI MENGKAJI

PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN

TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK

ANDAANDAANDAANDA

Page 25: Buatebook

25Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

25

Bagaimana ye….. Untuk menjual ebook, anda perlu ketahui samada ebook anda memiliki

permintaan atau tidak. Jadi bagaimana untuk mengetahui ebook anda akan memiliki permintaan. Tiada permintaan, tiada keuntungan. Anda

perlu INGAT kata – kata itu. Jadi, bagaimana untuk mengetahui permintaan terhadap ebook yang bakal anda terbitkan. Lihat di

bawah:

1. Dengan menggunakan carian keyword

Dengan menggunakan fungsi carian di laman web google mahupun yahoo, anda boleh mengetahui permintaan terhadap ebook yang

bakal anda hasilkan. Cuba lihat satu case study yang saya lakukan untuk menerbitkan ebook RLTKK sebelum ini.

Page 26: Buatebook

26Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

26

Merujuk paparan di atas, terdapat lebih 4 juta result carian keyword

“kerja kerajaan” di laman web google. Sememangnya ianya satu keyword yang amat popular ditaip oleh pengguna internet. Ini

bermakna ada permintaan dengan apa – apa berkenaan kerja kerajaan. Pada fikiran saya, ramai orang taip keyword ini adalah untuk

mencari kerja di sektor awam atau kata mudahnya kerja kerajaan.

Ini adalah peluang baik kepada saya untuk menerbitkan ebook RLTKK dengan segera berdasarkan kajian keyword ini. Dan pada masa itu,

saya lihat tiada satu pun ebook yang diterbitkan berdasarkan keyword itu. Jadi, inilah perluang yang terbaik untuk saya menerbitkan ebook

ini dengan segera sebelum orang lain. Dengan serta merta juga saya beli domain www.kerja-kerajaan.com sepantas kilat….hehehehe

2. Berdasarkan pemerhatian di blog, forum berkenaan isu

temuduga untuk memasuki sektor awam. Saya layari forum - forum yang ada membincangkan isu temuduga di

sektor awam dan blog – blog yang menceritakan tips – tips temuduga. Saya dapati di situ sungguh ramai pengunjung yang mencari – cari

tips temuduga kerja kerajaan. Dan sudah pasti bukan semua yang mereka mahukan ada di forum atau blog itu.

Dari sini, lagi sekali saya terpandang peluang terbaik untuk

menghasilkan ebook ini. Saya tahu orang ramai – ramai sangat memerlukan ebook saya ini sebagai penyelesaian masalah mereka.

3. Berdasarkan pemerhatian konvensional

Ini boleh anda lakukan dengan melakukan bancian atau temuramah

secara rawak pada sekumpulan orang ramai. Anda mungkin boleh buat borang bancian, temuramah, undian atau lain – lain. Dengan cara

ini anda boleh mengetahui mengenai permintaan terhadap ebook anda kelak.

4. Berdasarkan survey atau poll di internet

Anda boleh membuat survey dengan menggunakan software tertentu ataupun poll di forum – forum. Ini juga dapat membantu anda untuk

mengetahui permintaan terhadap ebook yang akan anda hasilkan. Mungkin dengan cara ini, anda boleh mengetahui dengan lebih jelas

Page 27: Buatebook

27Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

27

akan keinginan yang sebenarnya ataupun permasalahan yang dihadapi

oleh prospek anda.

5. Berdasarkan dari paparan di media massa atau isu semasa Ini juga merupakan salah satu kaedah tradisional paling efektif untuk

mengetahui akan permintaan terhadap ebook anda. Anda boleh lihat berita mengenai isu semasa, akhbar, kajian oleh mana – mana badan,

radio dan satu cara mudah adalah dengan mengetahui statistik menunjukkan peratusan/angka masalah orang ramai yang berkaitan

ebook anda. Contohnya, jika anda ingin menerbitkan ebook mengenai masalah batin kaum suami, anda boleh mencari statistik di majalah,

akhbar mahupun mana – mana yang mengandungi fakta tersebut. Contohnya dalam satu majalah wanita (mingguan wanita)

memaparkan : “60% lelaki muda di Malaysia yang berumur bawah 30 tahun lemah tenaga batinnya”. Dari situ anda tahu jika anda jual

ebook anda, pasti akan ramai yang akan mendapatkannya kerana

ianya menunjukkan statistik yang memang anda perlukan.

Page 28: Buatebook

28Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

28

LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH –––– LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH

MENULIS EBOOKMENULIS EBOOKMENULIS EBOOKMENULIS EBOOK

Page 29: Buatebook

29Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

29

Bagaimana Untuk Start Menulis/Menaip Ebook

Apa yang paling penting anda buat sebelum mula menulis ebook adalah:

1. Merangka struktur isi kandungan ebook anda dengan

membuat peta minda Ini adalah teknik efektif untuk menghasilkan ebook anda dengan

cepat, padat dan berkualiti.

• Mula - mula, senaraikan bab - bab utama yang akan anda isikan sebagai kandungan ebook.

• Buat peta minda bermula dengan tajuk ebook anda,

kemudian pecahkannya kepada bab – bab utama dalam

ebook tersebut (cabang 1)

• Bagi setiap bab itu pula, buat beberapa cabang yang menerangkan perihal bab tersebut. Mungkin perlu 5-10

cabang mengikut kesesuaian. (cabang 2)

• Bagi setiap cabang 2 itu pula, anda boleh buat beberapa cabang lagi dengan menyenaraikan isi – isi penting

mengenai cabang 2.

• Dah siap 3 cabang kan? Kini anda boleh masukkan contoh – contoh bersesuaian dengan kandungan ebook mengikut

cabang yang 3 tadi.

• Adalah dinasihatkan supaya anda guna warna yang

berbeza –beza bagi setiap cabang yang anda buat supaya anda dapat membezakan mana yang utama mana yang

tidak.

Page 30: Buatebook

30Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

30

2. Mula menulis/menaip isi kandungan ebook anda Sekarang, mulakan menulis kandungan ebook anda. Tulis

berpandukan peta minda yang anda hasilkan tadi. Tulis ikut idea dan cara anda. Tulis berdasarkan turutan bab satu persatu.

Habis bab 1 teruskan bab 2, dan sambung seterusnya sehingga tamat keseluruhan bab.

3. Tulis pelengkap ebook

Apa tu pelengkap ebook? Ini ayat yang saya sendiri berikan. Sebuah ebook jika hanya ada isi kandungan saja akan kelihatan

tidak menarik. Apa yang perlu anda tambah adalah, muka surat penghargaan, Disclaimer, table of content, pengenalan, penutup.

Tanpanya, ebook anda kelihatan tidak lengkap dan tidak menarik

4. Semak/sunting Ebook Anda Ebook dah siap, semak dulu..Adakah ejaan betul, susunan ayat

tidak tergantung, contoh penerangan ada dan lain – lain perkara. Ulang 1 – 2 kali proses semakan ini. Jika malas, bagi

saja rakan anda baca atau upah orang lain untuk menyemaknya. Passtikan ayat dalam ebook anda tidak meleret – leret dan

mudah untuk difahami. Seeloknya untuk satu perenggan, hanya mengandungi 3-5 baris ayat dan jadikan ianya dalam bentuk

point untuk lebih kemas.

5. Mengemas dan Menghias Ebook Ebook yang telah siap sepenuhnya perlu dikemas dan dihias

dengan sebaiknya.

• Gunakan font yang sesuai – verdana, calibri, arial, Georgia

atau courier • Pastikan anda ‘justify’ semua perenggan ayat dalam

ebook. • Selangkan satu baris bagi setiap perenggan

• Boldkan tajuk, sub tajuk • Warnakan, bold, atau italic kan ayat – ayat penting dalam

ebook • Masukkan imej gambar yang bersesuaian dengan keyword

dalam ebook • Di muka hadapan sekali, iaitu cover ebook letakkan

gambar ecover ebook, dan juga sedikit ayat KILLER mengenai ebook anda.

Page 31: Buatebook

31Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

31

5. Memasang sistem keselamatan Ebook Ebook anda sudah siap mengikut turutan di atas? Dah siap,

bagusla. Kini antara tindakan terpenting dalam penghasilan ebook adalah, memasang ‘security’ pada ebook anda dengan:

• Meletakkan disclaimer dalam ebook yang memaklumkan

ebook anda tidak boleh ditiru, diubah, dijual dan juga amaran lain yang bersesuaian kepada pembeli ebook.

Selain itu juga anda perlu memasukkan Hak Cipta Terperlihara dan juga nama web anda contohnya

domain.anda .com pada setiap muka surat ebook anda iaitu di bahagian header dan footer.

• Menukar ebook anda ke bentuk pdf dengan menggunakan

software percuma primopdf. Biasanya kita akan menaip

ebook dalam format word dan seterusnya kita tukarkannya kepada bentuk pdf. Di sini anda perlu setting kan supaya

kandungan ebook anda tidak boleh diubah, di copy paste. Semuanya anda boleh anda lakukan dengan menggunakan

software percuma ini.

Jeng, jeng, jeng..siapla ebook anda….Dah boleh jual ke? Tunggu,, Ada

langkah seterusnya iaitu…membina minisite jualan..Baca di muka surat berikutnya.

Page 32: Buatebook

32Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

32

MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB

JUALAN EBOOKJUALAN EBOOKJUALAN EBOOKJUALAN EBOOK

Page 33: Buatebook

33Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

33

Laman Web Jualan Ebook Untuk menjual ebook, anda perlu memiliki laman web atau minisite jualan khas untuk ebook tersebut. Saya tidak akan membincangkan

secara detail mengenai pembinaan laman web jualan ini kerana ianya adalah lebih kepada hal teknikal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut

mengenai pembinaan laman web dengan mendapatkan ebook panduan berbayar ataupun mencari panduan percuma di internet.

Walaubagaimanaupun, saya memberikan sedikit tips menganai

pembinaan dan pemasangan laman web jualan bagi ebook anda.

1. Pastikan web jualan anda kelihatan professional dan menarik. Ini adalah perkara penting dalam penjualan ebook

anda kelak. Usah risau jika anda tidak memiliki kemahiran

mereka web jualan kerana anda boleh mengupah mereka yang pakar dalam mereka minisite jualan ini. Dengan cara ini, ianya

akan menjimatkan masa anda, selain dapat menghasilkan web/minisite jualan yang menarik dan berkualiti dan yang paling

penting, dapat menarik pelawat web untuk membeli. Anda boleh dapatkan servis mereka ini di forum wangcyber.com dengan

harga serendah RM60.

2. Pemasangan sistem – sistem yang wajib ada pada web jualan iaitu penggunaan autoresponder pada borang opt in,

pemasangan borang order, sistem affiliate dan lain – lain. Bunyinya macam susah sangat, tetapi mudah saja jika anda ikuti

panduannya. Banyak panduan untuk memasang kesemua sistem ini di pasaran. Atau mungkin anda boleh mengupah mereka

yang mahir memasangnya.

3. Penulisan ayat jualan yang berkesan dan ampuh amat

diperlukan dalam memastikan kejayaan jualan ebook anda. Anda boleh melihat contoh – contoh ayat menjual di laman – laman

web yang menjual ebook seperti di www.kerja-kerajaan.com ataupun di www.rahsiablog.com. Saya amat mengesyorkan anda

mendapatkan buku Rahsia Membina Senjata Jualan tulisan Zahrul Azua Kamaluddin yang boleh didapati di kedai – kedai

buku utama.

4. Reka ecover (kulit depan/imej ebook) yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk ebook yang anda gunakan. Ecover

yang menarik amat penting untuk membuatkan pembeli tertarik

Page 34: Buatebook

34Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

34

untuk mendapatkan ebook anda. Anda boleh mencipta sendiri

ecover ini menggunakan Adobe Photoshop ataupun software tertentu. Nak cepat, anda boleh upah saja mereka yang

berpengalaman. Anda boleh melihat ecover ebook yang menarik yang terbukti mampu meraih jualan yang lumayan yang pernah

saya gunakan di bawah:

Page 35: Buatebook

35Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

35

PROMOSI EBOOKPROMOSI EBOOKPROMOSI EBOOKPROMOSI EBOOK

Page 36: Buatebook

36Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

36

Bagaimana Membuat Promosi, Susah la… Tanpa promosi, usaha anda menghasilkan ebook adalah sia – sia.

Usah berharap yang orang akan membeli ebook anda dengan sendirinya selepasa anda menyiapkan ebook anda. Tahukah anda

bahawa promosi adalah usaha terpenting yang menentukan kejayaan jualan ebook anda. Bagaimana membuat promosi ebook?

Anda perlu menggunakan kaedah promosi berbayar dan juga yang percuma dalam menjual ebook anda. Untuk permulaan, saya amat

syorkan anda menggunakan promosi percuma terlebih dahulu sebelum mengeluarkan modal untuk membuat promosi berbayar pula.

Promosi Percuma

1. Promosi melalui email Promosi ebook melalui cara ini adalah cara paling mudah dan

berkesan. Ada beberapa cara membuat promosi melalui email ini, antaranya adalah:

- Dengan menghantarkan email promosi ebook (jangan

lupa masukkan nama laman web jualan anda) anda kepada senarai email kenalan atau rakan – rakan anda. Anda

dinasihatkan menghantar email ini satu – persatu kepada kenalan anda untuk mengelakkan anda dianggap membuat

SPAM. Anda boleh menggunakan email yahoo, email google atau lain – lain.

- Meletakkan link laman web ebook anda pada signature

email anda. Apabila anda menghantar email kepada rakan

– rakan anda, signature ini secara automatik akan dipaparkan pada email yang diterima oleh rakan anda.

Inilah signature yang

saya setup pada

akaun gmail saya

Page 37: Buatebook

37Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

37

- Menggunakan aplikasi ‘vacation responder’ pada email anda. Ini bermakna, apabila kenalan anda menghantar

email kepada anda, secara automatik email ini akan diterima oleh si penghantar email. Ianya amat berguna

kerana ianya adalah dihantar secara automatik. Lihat gambar di bawah yang menunujukkan saya mempromosi

ebook dari www.rahsiaemas.com:

2. Promosi di blog

Ini juga merupakan satu kaedah promosi yang bagus. Bagaimana melakukannya?

- Jika anda memiliki blog sendiri, inilah yang patut anda

gunakan sebagai medium promosi samada dengan membuat pengumuman mengenai pelancaran ebook anda

dan juga meletakkan banner jualan produk anda. Lihat contoh di bawah:

Ayat inilah yang akan

diterima secara

automatik oleh rakan

anda sebaik saja

mereka menghantar email kepada anda

Page 38: Buatebook

38Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

38

Sumber gambar: www.blogjamal.com

- Dan anda juga boleh membuat promosi dengan memberi komen pada blog orang lain yang membincangkan

sesuatu topik artikel. Anda boleh meng’link’ kan nama anda ke laman web anda ataupun memberikan artikel

yang berkaitan. INGAT! Jangan memporomosi membabi

buta di blog mereka. Berikan komen ikhlas anda dan jika dapat, boleh letakkan link laman web anda (jika owner

blog mengizinkan).

Contoh banner laman

web ebook saya yang

dipaparkan dalam

blog perniagaan internet saya

Berita pengumuman

pelancaran ebook saya

Page 39: Buatebook

39Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

39

Contoh komen yang

boleh dibuat

berdasarkan artikel di sesebuah blog.

Nama ini di link

kan ke laman

web jualan ebook kita

Page 40: Buatebook

40Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

40

3. Laman Web Iklan Percuma Terdapat banyak laman web yang menyediakan ruangan

pengiklanan percuma. Taip saja iklan percuma di ‘search engine’ dan anda akan jumpa banyak laman web yang menawarkan

ruangan pengiklanan percuma. Iklankan web jualan ebook anda di sana ye☺

4. Facebook Facebook merupakan satu medium terpantas dalam membantu

promosi produk ebook anda. Jadi, gunakan kelebihan ini sebaiknya. Promosikan laman web ebook anda samada dengan

meletakkan link laman web pada profile anda, membuat komen pada wall rakan – rakan, wall pada profile anda, menghantar

messages pada rakan – rakan anda, mencipta groups, dan lain –lain cara lagi. Buat apa yang anda rasa mudah terlebih dahulu….

Page 41: Buatebook

41Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

41

5. Friendster Friendster juga merupakan satu laman web social yang popular

seperti facebook juga. Cara promosi di friendster juga tidak jauh berbeza dengan facebook. Jadi, selamat mencuba ye☺

Page 42: Buatebook

42Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

42

6. Yahoo Messenger Senang untuk saya katakan promosi cara ini adalah, sambil anda

berchatting dengan rakan – rakan, sambil mempromosi ebook anda. Jadi, gunakannya sebaik mungkin.

7. Search Engine Optimization Ini merupakan kaedah mengoptimumkan kedudukan laman web

ebook anda di carian google berdasarkan carian keyword oleh pengguna internet. Dengan penggunaan teknik ini, laman web

anda akan berada di kedudukan teratas atau top 10 di laman web google.

8. Pengedaran laporan percuma Pengedaran laporan percuma seperti ebook yang saya berikan

pada anda ini juga membantu dalam promosi ebook. Biasanya

anda boleh mengiklankan laman web anda dalam ebook percuma ini di muka surat terakhir. Anda boleh lakukannya

seperti yang saya buat di muka surat terakhir dalam laporan

Dengan keyword

“kerja kerajaan” ditaip

di carian google,

laman web ebook

saya iaitu www.kerja-

kerajaan.com berada

di kedudukan teratas

laman web google.

Tahukah anda bahawa sebanyak

lebih 4 juta results perkataan ‘kerja

kerajaan” dilakukan oleh

pengguna internet di serata dunia .

Ini boleh meningkatkan peluang

pembelian ebook saya oleh mereka.

Page 43: Buatebook

43Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

43

yang anda baca ini. Orang memanggil ini adalah kuasa viral

marketing….

9. Affiliate Inilah antara senjata paling utama dalam pemasaran ebook

anda. Anda WAJIB memasang sistem affiliate dalam laman web jualan ebook anda. Dengan memasang affiliate, anda dengan

mudahnya dapat merekrut jurujual ebook anda (affiliater) yang mana anda perlu membayar komisyen kepada mereka sekiranya

mereka berjaya membuat jualan. Biasanya komisyen yang diberikan adalah 50% dari harga ebook.

Dengan pemasangan affiliate ini, affiliater – affiliater akan

bekerja untuk anda dalam mempromosikan laman web anda. Yang penting, anda perlu jaga kebajikan affiliter – affiliater ini.

Dengan bantuan affiliater ini, jualan ebook anda mampu naik

mendadak dan sudah pasti keuntungan yang anda perolehi adalah berganda.

Sekiranya produk anda memang berpotensi tinggi, adakan satu

pertandingan affiliater untuk mereka dengan menawarkan hadiah – hadiah yang lumayan selain komisyen yang bakal

diberikan. Lihat di bawah cabaran atau pertandingan affiliate yang saya adakan di forum wangcyber.com

Ini link cabaran/pertandingan yang saya telah buat sebelum ini: http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/19678-cabaran-emas-ke-2-

bermula-jom-dapatkan-duit-raya-anda.html

Page 44: Buatebook

44Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

44

10. JV Affiliate

Jv ini adalah bermaksud menjemput mereka – mereka yang memiliki senarai email yang besar atau memiliki laman web

bertrafik tinggi untuk mempromosikan ebook kita.

Teknik ini adalah paling berkesan untuk melengkapkan kejayaan jualan ebook kita. Akan tetapi sebelum kita menjemput mereka,

pastikan kita sudah menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka samada melalui forum, blog, berjumpa terus atau berYM

dengan mereka. Dengan cara ini, lebih mudah kita menjemput mereka menyertai affiliate ebook kita.

Dan berikan rakan JV kita ni lebih kelebihan berbanding rakan

affiliate biasa. Ini adalah kerana mereka amat berpengaruh

dalam membantu kejayaan produk kita kelak. Cuba lihat email jemputan di bawah yang pernah saya hantarkan kepada seorang

rakan JV.

Page 45: Buatebook

45Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

45

11. Forum

YA! Forum dapat membantu anda membuat promosi dengan berkesan. Akan tetapi pastikan anda mematuhi etika berforum

dan tidak membuat SPAM. Di forum, anda boleh menggunakan beberapa cara untuk membuat promosi ebook anda.

Antaranya:

- Membuka thread pengiklanan di ruangan pengiklanan seperti contoh di bawah di wangcyber.com

- Meletakkan ayat promosi di signature post seperti saya

lakukan di bawah ini. Penggunaan link ke web jualan anda

boleh disetting kan secara automatik pada profil anda. Jadi, ianya memang memudahkan.

Page 46: Buatebook

46Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

46

- Meletakkan banner promosi di signature juga

membantu orang klik pada banner tersebut. Pilih banner yang bersesuaian yang melintang seperti di bawah ini.

Ayat ini saya link kan ke

laman web jualan ebook

saya iaitu www.kerja-

kerajaan.com

Banner ini saya link kan ke

laman web jualan ebook

saya iaitu www.kerja-

kerajaan.com

Page 47: Buatebook

47Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

47

12. Yahoo & google groups

Anda juga boleh membuat promosi di yahoo atau google groups ini. Cari groups yang ramai ahlinya dan sertainya.

Apapun sila membuat promosi yang beretika dan tidak melanggar syarat oleh owner group tersebut. Contoh groups

yang boleh anda sertai untuk membuat promosi terlalu banyak. Taip je apa jenis/topik groups yang sesuai dengan ebook anda

di ruangan ‘search’. Jika anda menjual ebook berkenaan memancing, taip je memancing.

13. Promosi di YouTube Anda juga boleh membuat promosi laman web anda di laman web

Youtube. Dengan mencipta video klip screen shot produk anda dan masukkannya ke youtube.

Page 48: Buatebook

48Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

48

Page 49: Buatebook

49Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

49

Promosi Berbayar Promosi berbayar merupakan kaedah antara paling berkesan tapi ada

yang berisiko untuk mendapatkan jualan bagi ebook anda.

1. Email Autoresponder Inilah kuasa promosi yang paling hebat dalam mendapatkan

jualan ebook. Ini adalah kunci kejayaan seseorang internet marketer dalam penjualan ebook. Oleh itu, jika anda mahu maju

dan berjaya dengan pantas, inilah yang patut anda buat dahulu.

Dengan penggunaan sistem email berbayar seperti norobot, getresponse ataupun aweber ianya mampu memberi pulangan

yang sangat – sangat lumayan kepada anda. Apa yang anda

perlu tahu mengenai promosi menggunakan sistem email ini:

- Anda boleh mengumpul senarai email yang ramai dalam masa yang singkat.

- Dengan hanya satu klik button send, kita boleh menghantarkan email yang sama kepada beribu – ribu

orang dalam masa beberapa saat saja. - Kita boleh membuat promosi berterusan dengan

menyediakan “follow up email” selepas pembaca subscribe atau mendapatkan ebook percuma dari kita.

- Penggunaan system email ini amat berbaloi untuk penjualan berulang kepada pembeli sebelumnya ataupun

membuat promosi produk affiliate - Harga langganan bagi sistem email autoresponder ini

tidaklah mahal mana. Saya syorkan norobot untuk

mendapatkan kos yang terendah berbanding aweber dan getresponse.

www.aweber.com www.getresponse.com

Page 50: Buatebook

50Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

50

www.norabots.com

2. Banner di blog trafik tinggi Dapatkan blog – blog yang memiliki pengunjung yang ramai dan

konsisten. Anda boleh membayar kos pengiklanan kepada pemilik blog untuk meletakkan iklan di ruangan banner ataupun

meminta pemilik blog membuat review di blog mereka. Pastikan blog tersebut mempunyai kaitan dengan niche ebook anda bagi

mendapatkan jualan yang lebih baik.

3. Berita harian Online, Harakah Online, Metro Online Pengiklanan di berita harian antara yang paling berkesan di

antara akhbar online yang lain. Anda boleh mengiklan ebook anda di ruangan iklan teks dengan kadar RM150 seminggu

ataupun iklan banner yang lebih mahal.

Iklan teks di berita harian

online

Iklan banner di berita

harian online

Page 51: Buatebook

51Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

51

4. Promosi dengan Google AdWords Anda boleh menggunakan google adwords untuk membuat

targetted marketing iaitu berdasarkan keyword ebook anda. Pergi ke https://adwords.google.com/select/Login dan ikut

arahan langkah demi langkah yang tertera di screen komputer anda.

5. Promosi dengan pelbagai cara lagi Sebenarnya, terdapat bermacam – macam cara lagi untuk anda

mempromosikan web jualan ebook anda. Saya tidak dapat dedahkan kesemuanya kerana tidak akan habis kesemuanya jika

dibincangkan. Lebih baik anda mencuba teknik promosi yang sedikit daripada mencuba semuanya. Cuba dan fokus kepada 2 –

3 teknik sebelum anda mencuba teknik yang lain. Itu adalah

kunci kejayaan saya dalam pemasaran ebook. Untuk promosi berbayar ini, saya amat syorkan anda supaya memfokuskan

kepada penggunaan autoresponder untuk membuat promosi.

Iklan menggunakan

google adwords dengan

keyword – emas

Page 52: Buatebook

52Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

52

PENUTUPPENUTUPPENUTUPPENUTUP KATA KATA KATA KATA

Page 53: Buatebook

53Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

53

Kata – kata dari hati ke hati…..

Semua orang boleh membuat duit di internet terutamanya dalam pemasaran ebook. Pengalaman dan kejayaan ramai usahawan ebook

telah membuktikan tiada yang mustahil dengan internet ini. Malah ramai juga usahawan internet di Malaysia ini yang mendapat income 6

angka dengan menjual ebook.

Mereka boleh lakukan, anda juga boleh! Untuk berjaya dalam

pemasaran ebook, anda perlu bekerja keras dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai perniagaan ebook dengan secukupnya. Bukan

bermakna anda perlu belajar ilmu tersebut dengan sebanyak – banyaknya, tetapi yang paling penting, apa yang anda pelajari, terus

saja anda praktikkan. Ini adalah mengelakkan anda ‘overload’ info sehingga tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Apa yang anda tahu, terus saja anda mulakan. Jangan bertangguh!

Bertindak memulakan sesuatu dengan ilmu yang sedikit adalah

lebih baik dari memiliki ilmu yang banyak tapi tidak bertindak.

Terutamanya sekiranya anda memiliki idea yang hebat, jika anda lambat bertindak, mungkin ada orang akan mendahului anda. Hanya

mereka yang bijak mengambil peluang saja mampu mencipta

kejayaan dengan cepat.

Akan tetapi, jangan lupa untuk sentiasa memburu apa –apa ilmu untuk memajukan pengetahuan anda berkenaan ilmu pemasaran

ebook ini. Anda bukan saja perlu tahu menulis ebook, anda perlu tahu asas membina laman web, menulis ayat jualan, membuat promosi dan

lain – lain. Kelihatan amat susah bukan? Tidak susah sebenarnya kerana terdapat banyak panduan lengkap yang dijual oleh usahawan –

usahawan internet Malaysia yang lain. Anda boleh membelinya dengan harga yang rendah sahaja.

Apa yang penting sekarang, selepas membaca ebook ini, apakah anda

sudah terfikir idea untuk menulis ebook? Jika belum ada, cuba cari tajuk ebook anda dahulu. Lupakan terlebih dahulu bagaimana untuk

buat laman web, memasang affiliate, opt in dan sebagainya. Itu boleh

dilakukan kemudian dengan beberapa cara yang mudah. Yang penting adalah tindakan pertama anda, iaitu mendapatkan idea untuk menulis

ebook. Jika anda kejar semuanya dalam satu – satu masa, saya risau anda akan menjadi ‘blur’ dan akhirnya hilang semangat apabila pening

melihat hal – hal teknikal ini nanti.

Page 54: Buatebook

54Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

54

Jadi tindakan penting anda sekarang adalah, hasilkan ebook anda yang pertama sekarang. Pastikan terdapat permintaan terhadap ebook

anda. Menulis ebook yang tiada permintaan adalah satu usaha yang merugikan. Dan satu lagi saya nasihatkan, tulis ebook yang anda

memang minat topiknya. Usah lakukan perkara yang anda memang tidak sukai. Kelak anda juga yang rugi.

Dengan minat yang mendalam, ebook yang akan dihasilkan oleh anda

dapat memberi kepuasan yang sebenarnya dalam diri anda. Dan sudah tentu juga hasil ebook anda menjadi menarik dan kualiti yang

dihasilkan amat membanggakan.

Cuba jadikan kisah kejayaan usahawan – usahawan ebook sebagai pemangkin semangat anda untuk berjaya. Cuba pelajari apa yang

mereka telah buat untuk berjaya dan usah lakukan kesilapan yang

mereka lakukan dahulu.

Anda juga perlu sabar, rajin, sentiasa dahagakan ilmu dalam perniagaan ebook ini. Sekali anda gagal, jangan terus berputus asa.

Usah ulangi perkara atau sebab yang menyebabkan kegagalan anda. Bukan semua perniagaan ebook berjaya, ianya bergantung kepada

kekuatan dalaman kita sendiri, keadaan semasa dan juga permintaan di pasaran.

Dan antara paling penting dalam perjalanan mencipta kejayaan dalam

pemasaran ebook ini adalah JANGAN KEDEKUT UNTUK MELABUR

UNTUK ILMU. Ramai orang ingin menjadi kaya, tetapi kedekut

untuk menjadi kaya. Hanya dengan ilmu sahaja anda boleh berjaya. Akan tetapi terdapat ramai juga rakyat Malaysia ini kedekut untuk

melabur demi ilmu. Akan tetapi bila melabur dalam skim cepat kaya,

ribuan ringgit sanggup dilaburkan. Kesudahannya, wang yang dilabur ribuan ringgit tersebut hilang begitu saja disebabkan ketamakan

mereka.

Jadi, tidak rugi anda melabur untuk mendapatkan ilmu. Saya sendiri sentiasa mendapatkan ilmu dengan membeli ebook, video, buku atau

menyertai seminar untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan saya. Bukan saya bermaksud anda perlu melabur serta – merta untuk

mendapatkan semua ilmu itu sekaligus. Dapatkan satu – persatu dan terus amalkan. Setelah dipraktikkan, barulah anda mendapatkan ilmu

yang lain pula. Itulah yang saya lakukan dari mula bergiat dalam pemasaran ebook hinggalah sekarang.

Page 55: Buatebook

55Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

55

Rajin membaca adalah usaha kejayaan. Anda perlu pegang kata- kata itu. Semua orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang

rajin membaca. Oleh itu, saya sendiri membaca pada setiap hari. Biasanya saya membaca dalam LRT saja dalam perjalanan pulang ke

rumah. Saya dahulu yang jenis malas membaca, kini amat rajin membaca. Membaca apa yang amat diminati oleh saya, iaitu

perniagaan dan pemasaran internet.

Jadi, ambil peluang ini untuk merubah kehidupan anda dalam mendapat wang sampingan dengan menerbitkan dan menjual ebook.

Jika anda seorang yang bertuah, mungkin anda mampu menjana ribuan ringgit sebulan dengan hanya menjual satu ebook. Dengan ilmu

yang secukupnya dan mentaliti yang kuat untuk mencapai kejayaan, tiada yang musatahil buat anda.

Manatahu suatu hari nanti anda akan bergelar…

JUTAWAN EBOOKJUTAWAN EBOOKJUTAWAN EBOOKJUTAWAN EBOOK “Setiap kejayaan bermula dengan impian dan “Setiap kejayaan bermula dengan impian dan “Setiap kejayaan bermula dengan impian dan “Setiap kejayaan bermula dengan impian dan

angan angan angan angan –––– angan..”angan..”angan..”angan..”

Jadi, tanamkan impian anda mulai sekarang. Apakah yang anda mahu

dengan perniagaan ebook ini? Adakah anda mahu berkongsi pengalaman, minat, kepakaran anda? Sudah pasti anda mahu

merubah situasi kewangan anda bukan?

Ya, lakukannya sekarang..Usah biarkan angan – angan menguasai fikiran anda. Hanya angan – angan yang disertakan dengan matlamat

dan usaha yang berterusan mampu membantu anda mencapainya.

Pedulikan apa yang dikatakan oleh mereka yang di luar sana yang mungkin menyindir – nyindir akan usaha anda. Jadikan sindiran

mereka sebagai pencetus semangat yang kuat dalam diri anda iaitu

“ Aku Pasti Akan Berjaya Dengan Apa Yang Aku Usahakan”

Page 56: Buatebook

56Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

56

Sekian saja kata – kata motivasi dari saya…..

Ikhlas,

Jamaluddin Bahari a.k.a JaMaL

Usahawan Internet Malaysia Pemilik www.blogjamal.com

www.rahsiaemas.com www.rahsiablog.com

www.kerja-kerajaan.com www.buatebook.com

Selamat mencuba dan mempraktikkan ilmu yang

anda pelajari dari perkongsian ini…Jika anda ada apa – apa pertanyaan mengenai perniagaan ebook atau

affiliate, anda boleh emailkan pada [email protected]. Dan anda juga boleh layari

blog saya di www.blogjamal.com untuk membaca

artikel –artikel mengenai perniagaan internet.

Page 57: Buatebook

57Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

57

KRONOLOGI JKRONOLOGI JKRONOLOGI JKRONOLOGI JUALAN UALAN UALAN UALAN

EBOOK EMAS EBOOK EMAS EBOOK EMAS EBOOK EMAS –––– EMAS EMAS EMAS EMAS

YANG HILANGYANG HILANGYANG HILANGYANG HILANG

Page 58: Buatebook

58Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

58

Idea datang – ketika bersembang dengan seorang rakan di forum (Abd Hafiz Wasa). Beliau memberitahu yang beliau sedang membuat

pelaburan emas di bawah tunjuk ajar pakar emas. Terus saja dapat idea dan jemput Hafiz tulis ebook.

Memikirkan nama domain, nama tajuk ebook, harga ebook dan juga perancangan penjualan ebook. Setelah mengambil masa

beberapa hari, tajuk ebook dipilih sebagai ebook Emas – Emas Yang Hilang dan nama domain/laman web www.rahsiaemas.com.

Menghubungi pereka laman web kegemaran saya, Bearnerd Bondly

(www.webjualanexpress.com) untuk menempah minisite dan juga system affiliate, opt in, borang order dan lain – lain dengan

kadar yang segera. Biasala saya, bayar lebih kepada Bearnerd supaya laman web/minisite dapat disiapkan dengan segera.

Saya mula menulis rangka ayat jualan untuk web (sales letter) berdasarkan pengalaman dan juga panduan dari buku Rahsia

Menjana Senjata Jualan karya Zahrul Azua Kamaluddin dan juga Syed Akil. Buku ini memang menjadi rujukan utama saya ketika

menulis sales letter untuk jualan ebook sejak mula saya berkecimpung

dengan perniagaan internet ini lagi.

Saya meminta Hafiz untuk menjemput sifunya En Syukor jutawanemas.com untuk menjadi penasihat dalam penerbitan

ebook Emas – Emas Yang Hilang ini. Saya juga meminta Hafiz menulis satu laporan percuma iaitu Emas Sebagai Senjata Kekayaan

untuk dijadikan sumber utama untuk ‘capture email’.

Page 59: Buatebook

59Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

59

Hafiz Wasa memberikan ebook yang sudah siap ditulisnya. Setelah

membaca beberapa kali ebook yang ditulis beliau, saya mula menulis sales letter dengan lengkap dalam format Microsoft word.

Setelah siap, saya berikan sales letter tersebut kepada Hafiz untuk membaca dan melihat responnya. Dia mengatakan sales letter yang

saya karang sangat ampuh. Tak tahu la kan..Hehehehe..Kemudian sales letter itu saya emailkan kepada Zahrul Azua Kamaluddin penulis

buku Rahsia Menjana Senjata Jualan yang juga guru saya dalam copywriting ini. Ternyata beliau berpuas hati dengan sales letter yang

ditulis saya dan men’touch-up’ sedikit untuk memberi lebih power pada sales letter tersebut.

Pra – pelancaran ebook Emas – Emas Yang Hilang di forum

wangcyber.com bermula jam 9 pagi sehingga jam 7 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM40. Hampir 20 unit terjual dalam masa

tersebut. Tepat jam 7 malam, jualan ditutup. Tujuan pra pelancaran adalah untuk ‘test market’ di forum.

Seorang dua pembeli ebook memberi komen membina untuk menambah baik ebook tersebut. Jadi, dengan komen tersebut, isi

kandungan ebook dikemaskini dengan lebih baik lagi.

Bearnerd telah menyiapkan laman web lengkap beserta banner – banner pengiklanan. Saya mula memindahkan semua fail ke hosting.

Beberapa kali testing dijalankan pada laman web seperti borang belian, sistem affiliate, link dan system email supaya berada dalam

keadaan berfungsi dengan baik.

Ebook sudah ‘ready’ untuk dijual dengan rasminya. Sebelum itu, saya telah menjemput ramai IM yang memiliki senarai email yang

Page 60: Buatebook

60Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

60

besar sebagai rakan JV affiliate. Tidak juga saya jemput affiliater –

affiliater bagi web kerja-kerajaan.com untuk turut sama menjayakan pelancaran rahsiaemas.com ini. Lebih 40 IM utama bersetuju untuk

turut serta dalam pelancaran ebook ini.

Penjualan ebook Emas – Emas Yang Hilang dilancarkan 14 Julai

09 dengan harga RM70 di forum wangcyber.com. Selain komisyen RM35 diberikan bagi setiap jualan, cabaran affiliater yang dinamakan

Cabaran Emas juga diadakan dengan menawarkan hadiah wang tunai ribuan ringgit kepada affiliater yang berjaya membuat sasaran jaulan

tertentu.

Sebanyak 6 ayat promosi KILLER disediakan untuk affiliater di ruangan bahan promosi di ruangan affiliate. Ini memudahkan affiliater

dalam kerja – kerja promosi. Dan ada ayat promosi yang disediakan khas buat bagi tarikh - tarikh khas iaitu semasa orang dapat gaji.

Beberapa teknik pemasaran dilakukan selain dari bantuan rakan – rakan affiliate demi menjayakan misi 500 sales dalam masa 17

hari. Teknik pemberitahuan di email, email follow up, di facebook, friendster, pengiklanan berbayar sebanyak RM80, forum dilakukan

sendiri oleh saya. Cara promosi percuma banyak digunakan bagi

memasarkan ebook ini. Pada masa yang sama juga saya sibuk mempromosikan produk affiliate T4WTF oleh Zamri Nanyan.

Kepada senarai email yang merupakan subscriber di rahsiaemas.com, setiap 3-4 hari tips – tips/info percuma mengenai ilmu

pelaburan emas diemailkan bagi tujuan pemahaman oleh subscriber. Tidak lupa, di samping memberikan tips/info, promosi

tetap dijalankan dengan bersungguh - sungguh.

Page 61: Buatebook

61Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

61

Sasaran 500 sales berjaya dicapai awal sehari dari masa yang dijangkakan. Nampaknya orang ramai berebut - rebut mendapatkan

ebook ini di hari – hari terakhir promosinya.

Tepat jam 12 pagi 2 Ogos 2009, jualan ditutup serta - merta.

Apabila jualan dikira kembali, sebanyak 554 jualan berjaya dihasilkan dalam masa 17 hari pelancarannya. Amat

membanggakan.

Jualan ebook sudah ditutup. Bayaran komisyen dan bonus affiliater dibayar dalam masa seminggu. Hampir RM 15 Ribu

dibayar kepada agen – agen affiliate yang membuat jualan. Tahniah kepada saudara Razif Yusof kerana menjadi top affiliate dalam cabaran

emas. Tidak lupa juga buat naib johan Yoji dan juga tempat ke-3 greatoffer.

Rehat panjang…..Rehat – rehat juga, tapi subscriber rahsiaemas.com tetap diberi info atau tips berkenaan pelaburan

emas setiap 3-4 hari. Ini menambahkan kefahaman mereka dalam

pelaburan emas ini dan juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengetahuan ini.

Mula merancang strategi untuk penjualan semula Emas – Emas

Yang Hilang. Ianya dinamakan Emas – Emas Yang Hilang versi Terbaru. Perancangan rapi dibuat bagi menyebarkan ilmu pelaburan

emas ini dengan lebih cepat dan meluas di kalangan rakyat Malaysia.

Page 62: Buatebook

62Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

62

Bertemu seorang web designer bertaraf International semasa

hadiri seminar T4WTF Zamri Nanyan di Penang. Zaizen Goro nama glamernya, diperkenalkan oleh raja affiliate, Ammar Zahar kepada

saya. Webnya http://www.graphicsalien.com. Satu hari tu saya melepak dengan dia, Ammar Zahar. Dari kisahnya, saya dapat tahu

dia ni banyak merekabentuk website jutawan – jutawan internet antarabangsa seperti John Delavera, Adeel Chowdhry, Edmund Loh

dan ramai lagi. Terus saja saya menjemput beliau untuk merekabentuk laman web rahsiaemas.com kepada design yang

baru. Walaupun upahnya tinggi, tapi hasil kerjanya sangat berkualiti dan ada umphhhh…

Saya berjumpa dengan En Syukor, Hafiz di Melaka selepas balik dari Penang untuk membincangkan mengenai pelancaran Emas –

Emas Yang Hilang versi Terbaru. Hasil perbincangan, team Rahsia Emas dikuatkan dengan kemasukan En Syukor 100% demi pelancaran

ebook ini. Untuk pembeli tawaran istimewa diberikan iaitu keahlian gold membership di ruangan blog jutawanemas.com, ebook

versi terbaru, ebook tambahan baru yang lebih praktikal, dan ruangan forum khas untuk pembeli.

Saya mula menjemput rakan – rakan IM lebih 50 orang untuk

menyertai promosi pelancaran semula ebook ini. Ramai juga nama besar yang menyertai promosi kedua ini seperti Shuth, Razif,

Zamri, Syam, dan ramai lagi. Mereka semua ni memang terkenal dengan pemasaran internet. Ayat – ayat promosi baru juga

disediakan untuk para affiliater semua.

Page 63: Buatebook

63Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

63

Kepada rakan – rakan JV terpilih, mereka diberikan ebook secara

percuma bagi tujuan review oleh mereka bagi memudahkan lagi mereka untuk membuat promosi affiliate. Ruangan pendaftaran

affiliate biasa juga dimaklumkan lebih awal di forum wangcyber.com. Pengumuman tarikh pelancaran semula ebook

dimaklumkan kepada semua iaitu pada 24 ogos 2009 di forum, blog dan senarai email. Jadi, memang ramai tak sabar nak promot semula

ebook ini.

Sebelum dilancarkan semula, laman web yang berwajah baru hasil tangan Zaizen Goro, disediakan penambahbaikan pada sales

letter. Ianya adalah untuk memberi impak yang lebih kuat kepada pembaca. Antara penekanan yang diberikan adalah pada testimonial,

jaminan, dan kredibiliti Team Rahsia Emas iaitu dengan meletakkan

gambar ahli kumpulan dan juga meletakkan no telefon setiap ahli dalam laman web.

Pada 24 0gos 09 Isnin, 3 Ramadhan Emas – Emas Yang Hilang Versi Terbaru dilancarkan besar – besaran dengan memaklumkan

pada senarai email, rakan JV affiliate, affiliate biasa, facebook dan juga di forum. Semua rakan JV affiliate terpilih juga kebanyakannya

memaklumkan pelancaran ebook ini kepada subscriber mereka. Harga ebook kali ini dinaikkan kepada RM80 dan komisyen affiliate adalah

RM40. Sasaran jualan pada kali ini adalah 1000 sales dalam masa 22 hari.

Cabaran Emas ke - 2 dilancarkan untuk affiliater semua dengan menawarkan hadiah wang tunai lumayan iaitu dari top 10 affiliate

yang bernilai hampir RM5000. Nampaknya, pelancaran ke – 2 ini mendapat perhatian lebih ramai orang sehinggakan ahli affiliate

berjumlah sehingga 1500 orang.

Page 64: Buatebook

64Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

64

Setiap ahli Team Rahsia Emas memainkan peranan masing – masing dalam pelancaran projek ini. Untuk makluman, dalam

team ini, saya bertindak sebagai agen pemasaran dan juga manager projek, Hafiz sebagai pengurus penerimaan dan penghantaran email

dan En Syukor sebagai pengurus teknikal di ruangan gold membership. Kerja saya adalah menguruskan dan merancang segala

strategi pemasaran, termasuk kerja promosi, pengrekrutan affiliate, jemputan rakan jv, editor, surat jualan, ayat promosi, pengurus

cabaran affiliate, dan juga kaunter pertanyaan..hehehehe.

Dalam tempoh jualan yang bermula 24 Ogos 09 – 15 Sept 09 (22

hari), setiap 3 – 4 hari, email promosi saya hantarkan secara

berkala kepada subscriber rahsiaemas.com. Tidak lupa juga beberapa strategi digunakan di mana 2 review (sample) ebook dan

juga satu kertas kerja pembentangan seminar En Syukor saya berikan kepada subscriber. Ini menambahkan lagi pemahaman mereka

mengenai pelaburan emas sebelum mendapatkan ebook versi lengkap dari rahsiaemas.com.

Jualan semakin mencapai sasarannya sehari sebelum tarikh akhir. Saya minta semua rakan jv affiliate membuat promosi terakhir

sebelum jualan ditutup. Usaha dari saya sendiri juga dibuat pada sehari sebelum penutupan dengan menghantar email kepada senarai

email saya yang berjumlah lebih 20 ribu orang. Dan hasilnya, awal

pagi di hari terakhir iaitu pada 15 Sept 09, jualan mencecah angka 1000. Menjelang tengah malam jualan semakin meningkat sehingga

1080 jualan.

Jualan ditutup tepat jam 12 pagi 16 Sept 09. Ye la kan, nak cuti

raya, mesti la perlu tutup jualannya. Saya pun nak shopping raya juga.:) Setelah semakan dibuat, hasil kiraan bersih jualan ebook Emas

– Emas yang Hilang versi Terbaru, 1085 unit ebook berjaya dijual

Page 65: Buatebook

65Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

65

dalam masa 22 hari dan lebih RM 85k berjaya dikumpul. Wow!

Lumayan……

Komisyen dibayar kepada semua affiliater termasuk rakan JV

termasuk hadiah wang tunai. Semuanya lebih RM 30k dibayar kepada mereka. 99% komisyen dibayar sebelum raya, duit raya untuk diorang

la kan…..Komsiyen dibayar dengan cara online banking, CDM machine, ATM Transfer,..Yang penting, sebelum saya bercuti raya, komisyen

perlu habis dibayar…Alhamdulillah setel semuanya termasuk pembahagian keuntungan untuk setiap ahli Team Rahsia Emas.

Memang lumayan hasilnya..Beraya sakan la saya…

TAMAT

Sekian saja sedikit perkongsian dari saya. Walaupun kronologi ini

terlalu umum, saya harap ianya bermanfaat untuk anda. Jika saya tulis secara lengkap kronologi dan teknik penjualan ebook saya ini,

100 muka surat pun tak kan habis – habis lagi. Kebanyakannya adalah perkara – perkara teknikal dan strategi – strategi pemasaran yang

istimewa yang akan saya kongsikan di lain masa. Sila gunakan info – info dari kronologi ini jika ianya dapat membantu jualan ebook anda

kelak.

Page 66: Buatebook

66Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

66

PENDEDAHAN PENDEDAHAN PENDEDAHAN PENDEDAHAN TIPS TIPS TIPS TIPS

MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK

EEEESKSKSKSKLUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU

EBOOK SAYAEBOOK SAYAEBOOK SAYAEBOOK SAYA

Page 67: Buatebook

67Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

67

Siapakah Shuth?

Dalam ebook percuma ini juga, saya tidak lepaskan peluang untuk

memperkenalkan seorang sifu saya dalam pemasaran ebook. Beliau

tidak lain tidak bukan adalah saudara Suhaimy a.k.a Shuth yang juga pengasas forum komuniti usahawan internet Malaysia,

wangcyber.com.

Saya mula mengenali beliau secara kebetulan semasa terlihat laman

web maskahwin.com yang menjual ebook MasKahwin Yang Hilang pada tahun 2006 yang lalu. Semasa itu saya langsung tidak

mengetahui apa itu perniagaan internet. Semasa itu, saya langsung tidak memperdulikan siapakah beliau.

Akan tetapi, setelah saya mula menceburi perniagaan ebook pada akhir 2008 yang lalu, saya baru tahu bahawa beliau adalah pengasas

forum wangcyber.com. Masa itulah saya mendaftarkan diri sebagai ahli

WC Premium di wangcyber iaitu sebagai ahli esklusif di forum tersebut.

Tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan saya banyak dibantu dengan keaktifan saya di forum tersebut di mana saya banyak

mempelajari ilmu perniagaan internet dari mereka – mereka yang berjaya di serata Malaysia. Jadi saya juga mengesyorkan anda

melawar dan menyertai komuniti di forum tersebut.

Shuth juga sering dijemput oleh pihak media massa seperti pihak TV

untuk diwawancara berkenaan perniagaan di internet. Beliau boleh

Page 68: Buatebook

68Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

68

juga dianggap tokoh usahawan internet selain dari Dr Irfan Khairi

kerana usahanya menyebarkan “kempen celik buat duit di internet” di kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2005.

Saya menjadi lebih akrab dengan beliau selepas menyertai seminar pertamanya, iaitu Seminar Perniagaan Ebook yang dianjurkannya pada

April 2009 di KL. Dari seminar tersebut saya banyak belajar mengenai perniagaan ebook darinya. Walaupun sebelum itu saya telah

menghasilkan 2 ebook, akan tetapi saya tetap menghadiri seminar tersebut demi menambahkan ilmu perniagaan ebook saya.

Gambar saya bersama Shuth sewaktu menghadiri seminarnya tidak lama dahulu

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri seminar Perniagaan Ebook oleh Shuth ini, saya amat menggalakkan anda untuk menghadirinya.

Banyak ilmu dan pengalaman yang akan disampaikannya. Bukan setakat pada hari seminar saja, tetapi selepas seminar pun anda akan

Page 69: Buatebook

69Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

69

dibantu oleh Shuth dalam perniagaan ebook ini. Hanya mereka yang

pernah menghadiri seminar ebook ini saja yang mengetahui betapa beruntungnya mereka.

Jika anda ingin menyertai Seminar Perniagaan Ebook oleh Shuth, anda

boleh sertainya dengan klik link di bawah. Anda akan dibawa ke laman web pendaftaran seminarnya.

www.buatebook.com/seminarebook

Satu Tips Dari Shuth

Layakkah Anda Menulis eBook?

Saya sering mendengar orang berkata…

“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”

“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak

dari saya untuk menulisnya”

“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..

saya tahu dengan mendalam mengenainya”

“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun

belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”

Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.

Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan

ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula

Page 70: Buatebook

70Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

70

mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya

boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidang

perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu

fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apa

sahajalah lagi bidang ilmu.

Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada

4 peringkat.

Peringkat Pertama : Zero Knowledge

Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini,

seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya,

seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan

internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang

jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).

Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang

“bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah

(mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.

Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah?

Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”… apabila

anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.

Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik

kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.

Peringkat Kedua : Newbie

Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan

tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan

pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah

melakukannya.

Page 71: Buatebook

71Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

71

Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membaca

blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan

beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjaya

hasilkan, tetapi, bila tiba “part” buat duit dengan blog.. masih belum begitu

berhasil. “Ada lah dapat sikit-sikit… tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujar

beliau sambil tersengih-sengih.

Peringkat Ketiga : Intermediate

Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu

bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerap

melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.

Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang

telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.

Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2

tahun.

Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing

di waktu lapang.

Peringkat Keempat: Expert / Advanced

Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu

memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang

mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam

tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisah

kejayaan yang telah mereka tempuhi.

Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu

dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.

Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri dan

beberapa buah cawangan seluruh malaysia.

Page 72: Buatebook

72Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

72

Contoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandingan

memancing di seluruh daerah dan negeri.

Menjawab Persoalan..

Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut dan

memberikan alasan “Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam mana

saya nak menulis ebook?”

Hakikatnya, adalah begini… untuk menulis ebook, anda tidak perlu

tunggu diri anda sehingga mencapai “Tahap Expert/Advanced”. Apa

yang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana ia

bermaksud, ilmu di peringkat “Newbie” atau pun “Intermediate”.

Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat “Expert” , itu adalah

lebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, “anda belum sampai

tahap expert, maka anda tidak boleh menulis”. Ianya hanya akan merugikan diri

anda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.

Dan… Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika anda

berada pada peringkar “Zero Knowledge” di dalam bidang tersebut.

Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukur

baju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebook

mengenai “Panduan Memasak” hanya semata-mata disebabkan anda tahu

bahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran. Sedangkan,

periuk dan kuali pun ada tidak dapat bezakan.

Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang “Rahsia Menjana Wang Berjuta-

juta dengan Google Adsense” sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaun

adsense.

Nilai Diri Terlebih Dahulu..

Page 73: Buatebook

73Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

73

Anda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada di

peringkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?

Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat

“Zero”.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab anda

tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.

Jika ilmu anda berada di peringkat “Newbie”.. yer.. anda sudah boleh

menghasilkan ebook pada peringkat ini . Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalah

ditujukan kepada golongan “Zero” (golongan bawah dari anda). Contohnya..

“Panduan ASAS Google Adsense”.. ianya adalah ebook panduan asas tentang

google adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nak

mendaftar? dan sebagainya..

Jika ilmu anda pada tahap “Intermediate”… maka ebook anda lebih besar

“pasarannya”.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukan

kepada mereka yang berada pada peringkat “Newbie” dan “Zero Knowledge”.

Mungkin ebook anda, berjudul, “Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense”

Jika ilmu anda berapa pada tahap “Expert”, sudah pastinya, anda

memiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk mereka

yang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook anda

mungkin berjudul, “Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense”

Kesimpulan..

Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kali

ini.

1. Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam

bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.

2. Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda “zero

knowledge” tentangnya, walaupun topik tersebut mempunyai potensi

keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi.

Page 74: Buatebook

74Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

74

Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan

industri akan kacau-bilau.

3. Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan

mengukur “baju di badan sendiri”, seelok-eloknya, tulislah ebook yang

dapat membantu orang yang berada pada “level knowledge” di bawah

anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang

bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia

sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada

mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu

bagus, dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus..

ianya hanyalah perbezaan “level of knowledge”).

Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikel

ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendak

menaip.. saya rasa.. tips-tips yang selebihnya.. seperti…

• Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah ” Newbie,

Intermediate atau Expert” pada sesuatu bidang ?

• Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang

expert? Ya! sebenarnya ada caranya..

• Bagaimana membuat “content research” dengan mudah? Teknik yang

akan menukarkan diri anda dari seorang “newbie” kepada “intermediate”

dan dari “intermediate” kepada “expert”..

dan banyak lagi… itu belum tiba bab “niche” lagi.. anda pasti akan terkejut

apabila mengetahui “niche” sebenarnya bukanlah perkara “pertama” yang perlu

anda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook… Ada perkara yang lebih penting

yang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang “niche”..

Page 75: Buatebook

75Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

75

Dan sedarlah.. jika anda mengutamakan “niche” dalam penghasilan ebook.. anda

mungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusi

ebook anda.

Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam Seminar

Perniagaan Ebook yang akan berlangsung pada setiap bulan.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth www.mohdsuhaimy.com

Page 76: Buatebook

76Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

76

Siapakah Zahrul Azua Kamaluddin?

Beliau adalah seorang pengkaji dalam ilmu pemasaran tidak kira

pemasaran online mahupun offline. Beliau adalah penulis buku yang bertajuk “Rahsia Membina Senjata Jualan” terbitan TrueWealth

Publishing yang membincangkan bagaimana membuat surat jualan

yang paling efektif bagi tujuan pemasaran produk mahupun menjual servis.

Saya mula mengenali beliau setelah membeli, membaca dan

mempraktikkan teknik – teknik yang terkandung dalam buku tulisan beliau. Sejak awal – awal pembabitan saya dalam pemasaran ebook,

buku beliau inilah menjadi rujukan utama saya dalam penulisan ayat jualan yang memukau di laman web ebook saya. Bukan saja ianya

sesuai untuk ayat jualan di laman web, tapi teknik – teknik yang terkandung dalam bukunya itu turut saya aplikasikan dalam bentuk

pemasaran melalui email.

Bukan setakat di bukunya saja, beliau juga berhubung dan memberi tunjuk ajar saya secara online. Beliau banyak memberi tunjuk ajar

kepada saya dalam menghasilkan ayat jualan yang berpesuasif tinggi

seperti di laman web pertama saya dahulu (dah dijual) dan juga di www.rahsiaemas.com. Untuk makluman anda, web rahsiaemas ini

mendapat komen dan sentuhan sedikit dari beliau untuk menjadikannya lebih “berkuasa kuda”.

Page 77: Buatebook

77Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

77

Satu Tips Dari Zahrul Azua

Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi

Hukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawah

disenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akan

menyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlah

sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.

- Menulis secara bersahaja

Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda.

Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk

memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah

anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang

lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat

atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda

hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke

destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami

oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.

Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus

menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya

bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan

penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu

perkara.

- Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana

ia bakal dibaca.

Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk

menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang

Page 78: Buatebook

78Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

78

penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan

buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan

mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.

- Ayat dan perenggan.

Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang

membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik

mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang

mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca

terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang

sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia

nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya

jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.

- Sunting dan tulis semula

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah

mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja

penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan

maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk

mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke

atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.

Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah

untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda

menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu

tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan

masa antara 20 minit ke 40 minit.

Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi

penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda.

Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.

Page 79: Buatebook

79Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

79

- Hukum 50 minit Sejam.

Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan

satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah.

Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa

selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10

minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja

yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika

penulisan anda.

Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak

anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10

minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti

anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu

meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa

penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.

Sekian,

Zahrul Azua Kamaluddin http://infomarketingfanatics.blogspot.com/

Semoga tips – tips dari saudara Shuth dan saudara Zahrul Azua dapat memberikan

lebih manfaat kepada anda untuk memulakan perniagaan internet iaitu dengan

perniagaan ebook. Apa yang anda pelajari, usah disimpan begitu saja. Praktikkan

apa yang anda pelajari dan bersedia untuk memajukan diri anda. Hanya anda saja

yang mampu merubah diri anda, bukan orang lain…

Page 80: Buatebook

80Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

80

RUANGAN IKLANRUANGAN IKLANRUANGAN IKLANRUANGAN IKLAN

Page 81: Buatebook

81Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

81

DAPATKAN EBOOK YANG AMAT DICARI-CARI OLEH MEREKA

YANG BERMINAT DENGAN KERJA KERAJAAN SEKARANG INI..

Ebook Yang Telah Membantu Ramai Mereka Yang Berjaya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan Kini Telah Terjual Lebih Dari 1000 Unit

Dalam Masa 3 Bulan Dilancarkan...Dapatkannya RM30 hanya di www.kerja-kerajaan.com Dengan Pembelian ebook Rahsia Lulus

Temuduga Kerja Kerajaan (versi kemaskini ke-2 ini) anda akan memiliki bonus-bonus ini secara percuma....

Page 82: Buatebook

82Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

82

INGIN MEMILIKI BLOG SENDIRI DAN MENJANA PENDAPATAN

DARINYA?

Dan Semua Orang Pasti Dapat Memiliki Blog Sendiri Untuk Pelbagai

Tujuan Samada Sebagai Diari, Untuk Perniagaan, Perbincangan, Berkenalan, Hobi dan Minat..Dan Juga Boleh Mencari Wang

Sampingan!!! Klik sini untuk mengetahuinya... www.rahsiablog.com

Page 83: Buatebook

83Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com

83

Rahsia Pelaburan Yang Dijamin 100% Paling Menguntungkan Yang Patut Semua Warga Malaysia Ketahui,

Iaitu......

"PELABURAN EMAS"

Jika anda berminat untuk mengetahui rahsia pelaburan emas, dan menjana keuntungan darinya lawati www.rahsiaemas.com sekarang.