budaya korporat kkm
Transcript of budaya korporat kkm
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
1/12
1
PENGENALAN
Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris nya corporate culture telah di perkenalkan oleh
Tom Peter dalam bukunya In Search for Excellence telah mendapati bahawa kajian yang
dijalankan di Amerika Syarikat bahawa syarikat yang mempunyai budaya korporatnya sendirimempunyai kencenderungan untuk berjaya.
Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju
dengan negara-negara yang semakin membangun seperti Amerika Syarikat termasuklah
Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh intitusi kesihatan
di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program penerapan budaya
korporat bermottokan KAMI SEDIA MEMBANTU
Logo KAMI SEDIA MEMBANTU
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
2/12
2
Latar Belakang Putih
Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian
Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.
Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.
Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan.
Tangan
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
Nilai-nilai Teras
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.
MOTO
Kami Sedia Membantu
Kami- Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk
mencapai matlamat yang sama.
Sedia- Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
Membantu- Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
3/12
3
JANJI KAMI
Kami Sedia Membantu Kami Komited terhadap keperluan anda Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin. Kami melaksanakan apa yang dirancang Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan
penyampaian perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.
KOMITMEN KAMI
Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasakemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional,tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yangdiberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
4/12
4
IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM
Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
5/12
5
PENCARIAN LITERATURE
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Y.B Dato Sri Liow TiongLai semasa ucapan beliau pada
Program Penerapan Budaya Korporat selaras dengan hasrat beliau. Beliau mengalakan semua
warga KKM diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama seseorang individu. Amanah ini hendaklah
dilaksanakan dangan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Pelaksanaan Program
Penerapan Budaya Korporat ini memberi penekanan terhadap tiga nilai teras iaitu Penyayang,
profesionalisme dan kerja berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dan perlu menjadi pegangan
serta amalan setiap warga KKM semasa menjalankan tugas. Beliau yakin dan percaya melalui
usaha gigih dan komitmen semua anggota, pengamatan dan penghayatan nilai-nilai tersebut
berupaya membawa perubahan kepada mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Kita sedia maklum akan nilai penyayang perlu ada pada setiap anggota KKM dalam
menjadikan kita sebagai insan yang peka , prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang
dating untuk mendapatakan bantuan. Amalan sifat penyayang yang mendapatkan perkhidmatan
di kemudahan kesihatan KKM.
Dalam pada itu, kementerian juga memberi penekanan kepada nilai profesionalisme di kalangan
anggota KKM. Ini adalah bagi memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan
semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran berkaitan bagi
memastiakn perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik.
Sebagai salah satu agensi kerajaan terbesar, segala usaha yang dicurahkan tidak akan
mendatangkan hasil sekiranya anggota KKM tidak besatu padu dan berkerja sebagai satu
pasukan. Bak kata pepatah Besatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Oleh itu, penghayatan
budaya kerja berpasukan di kalangan anggota KKM adalah penting dalam memastikan semua
matlamat yang telah di tetapkan oleh Kementerian tercapai.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
6/12
6
Pemilihan moto Kami Sedia Membantu pula membawa pengertian bahawa kita sebagai warga
KKM perlu bersedia memberi perkhidmatan dengan penuh rasa mesra, prihatin, professional
dalam satu pasukan. Dalam pada itu, saya percaya penggunaan moto tersebut juga berupaya
membentuk sikap responsive dan proaktif di kalangan anggota KKM untuk menghulurkan
bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Kejayaan program budaya korporat ini terletak di tangan kita. Justeru itu kita hendaklah komited
dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
7/12
7
PERBINCANGAN
Mengapa perlu kita wujudkan budaya korporat pada hal kita telah Berjaya dalam mencapai
objektif KKM?
Kini kita mesti memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Ini akan hanya tercapai
dengan perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu kita perlu mewujudkan budaya korporat yang
berteraskan kualiti. Bagi Kementerian Kesihatan tiga nilai utama budaya korporat yang telah
dikenalpasti iaitu :
1. Perkhidmatan penyanyang2. Kerja berpasukan3. Profesionalisme.
PERKHIDMATAN PENYAYANG
Sesuai dengan hasrat Kementerian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan, kita hendaklah
mengamalkan perkhidmatan penyayang dengan lebih bermakna. Tuturkata dan layanan awal
yang di berikan kepada pelanggan secara penuh kasih saying akan dapat meringankan beban
kesakitan yang sedang ditanggungnya.
Corak perkhidmatan penyayang yang ingin diwujudkan di Kementerian ini berteraskan kepada
tiga unsur iaiti bersopan santun, responsive dan hormat menghormati.
A. BERSOPAN SANTUNBersopan santun adalah amalan dan perlakuan individu yang sentiasa berbudi bahasa
mempunyai perasaan timbang rasa dan sentiasa menghulurkan pertolongan kepada insan
lain.
Tiga unsur kecil dalam bersopan santun adalah:
i. Berbudi bahasaii. Bertimbang rasa
iii. Sedia membantu
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
8/12
8
B. RESPONSIF
Selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatn untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan
cemerlang kepada para pelanggan, kita semestinya sentiasa bersedia untuk bertindak dengan
cepat atau responsive. Responsive adalah bermaksud sikap sedia bertindak dengan cepat dan
tepat untuk kepentingan pelanggann.
Perlakuan yang berkait dengan responsive ialah proaktif, bertindak pantas dan ketepatan masa.
Proaktif adalah sikap menjangka dengan bijak apa yang diperlukan oleh orang lain serta terus
mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, atau menyelesaikan masalah
yang mungkin timbul.
Bertindak pantas adalah sikap bertindak segera dalam semua keadaan semasa memberi
perkhidmatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita di kementerian sering berhadapan
dengan keadaan-keadaan cemas yang memerlukan kita bertindak spontan. Oleh itu kita
hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang releven supaya
kita tidak teragak-agak untuk melakukan pertolongan cemas bila keadaan mendesak.
C. HORMAT MENHORMATI
Amalan hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secra jujur, mulia dan tidak
menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu. Oleh yang demikian
kita hendaklah peka dan prihatin terhadap perasaan pelanggan dan rakan sejawat berinteraksi.
Terdapat tiga unsur kecil di bawah hormat menhormati iaitu:
i. Hormati privasi orang lainii. Hormati rahsia orang lain
iii. Amalkan etiket social
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
9/12
9
Maksud privasi adalah menhormati hal-hal dan keperluan peribadi. Sebagai contohnya seorang
pesakit perlu dilindungi dari pandangan umum dengan menarik tabir sebelum doctor membuat
pemeriksaan.
Perkara kedua pula ialah mengenai hormat menghormati ialah kerahsiaan, iaitu menjaga hal-hal
menhenai pelanggan dan juga rakan sekerja yang tidak sepatutnya diumumkan kepada orang
lain, berada di dalam keadaan selamat. Di samping ini, kita tidak sepatutnya menghebahkan
perkara-perkara berkenaan kepada sesipa pun.
Untuk menyampaikan sesuatu yang personal kepada pelanggan atau rakan sekerja, amatlah baik
sekiranya orang berkenaan di beritahu di tempat-tempat yang tidak dapat di dengar oleh orang
lain. Dengan cara ini pelanggan dan rakan sekerja akan merasa berterima kasih atas tindakan kita
itu kerana menjaga rahsianya dari orang lain.
Etiket social perlu di amalkan semasa menjalankan tugas umpamanya cara kita memanggil
pelanggan dan cara kita menyapa orang lain bila bertemu. Dengan berpandukan kepada umur
dan perwatakan pelanggan, panggilan adik, saudara, kakak, makcik,puan, encik atau sir dapat
menunjukan kemesraan dan tansa hormat. Juga dengan berpandukan masa pada waktu itu,
ucapan selamat pagi, selamat tengah hari dan selamat petang dapat menunjukan tanda hormat
menhormati. Bagi orang islam mengucapkan salam adalah amalan yang paling baik.
KERJA BERPASUKAN
Pasukan adalah terdiri dari individu individu yang berkerja dalam pasukan untuk mencapai
matlamat yang sama. Ianya berbeza dengan kumpulan kerana ahli dalam kumpulan tidak
semestinya berkerja untuk mencapai matlamat yang sama.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
10/12
10
PROFESIONALISME
Profesionalisme bermaksud melakukan sesuatu tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan
dengan cara yang terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang dikehendaki.
1. Komitmen adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu kerja sehingga sempurna
2. Disiplin pula adalah kita harus mengawasi diri sendiri untuk tidak melakukan sesuatuyang tidak di anggap sesuai atau boleh menjatuhkan imej jabatan.
3. Cara yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah ciri penting bagiprofesionalisme. Seseorang itu boleh di panggil professional apabila ia melakukan kerja
dengan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Pekerjaan sebegini dapat dilaksanakan
dengan mengetahui kaedah yang terbaik dan mengamalkan konsep cost effective.untuk
mengetahui yang manakah kaedah terbaik adalah anda mestilah mempunyai pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang tersebut.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
11/12
11
RUMUSAN
Secara tuntasnya, budaya korporat amat penting dalam sesebuah oraganisasi untuk mencapai
kecermelangan dalam semua perkara. Sebagai warga KKM terutamanya kita seharusnya tidak
memandang enteng budaya korporat ini kerana setiap anggota diwajibkan memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita tanpa mengira pangkat, agama, dan bangsa
seseorang itu. Kita perlu melaksanakan kewajipan kita dengan seikhlasnya dan memberi
komitmen dalam perkhidmatan yang kita berikan.
Pelaksanaan budaya korporat merupakan salah satu penanda aras kita untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik dengan mengunakan tiga elemen yang penting iaitu perkhidmatan
yang penyayang yang mana kita disarankan untuk mempunyai nilai-nilai peka, prihatin, dan
mengambil berat ke atas mereka yang dating mendapatkan perkhidmatan di kemudahan
kesihatan KKM.
Selain itu,profesionalisme juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam budaya
korporat KKM yang mana setiap anggota KKM diberi penekanan tentang nilai profesionalisme
untuk memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa
melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan bagi memastikan
anggota KKM dapat memberikan perkhidmatan kelas pertama.
Kerja berpasukan juga sangat penting demi mencapai matlamat yang disasarkan oleh KKM yang
mana semua anggota seharusnya berkerjasama dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh
KKM.
-
7/22/2019 budaya korporat kkm
12/12
12
SENARAI RUJUKAN
1. Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysiahttp://www.moh.gov.my/v/bu_kor
2. Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia- budaya korporat dalam Kementerian KesihatanMalaysia
http://mohcube.moh.gov.my/
3. Buku kit Penerapan Budaya Korporat KKMhttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKec
il_PenerapanBudayaKorporat.pdf
4. Slide Membentuk Budaya KorporatOleh Lee Oii Wah, pengarah Hcmhttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-
bersama
5. Farah Nadiha- Moto, Etika dan Budaya Korporathttp://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.html
http://www.moh.gov.my/v/bu_korhttp://www.moh.gov.my/v/bu_korhttp://mohcube.moh.gov.my/http://mohcube.moh.gov.my/http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdfhttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdfhttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdfhttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersamahttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersamahttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersamahttp://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.htmlhttp://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.htmlhttp://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.htmlhttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersamahttp://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawab-bersamahttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdfhttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdfhttp://mohcube.moh.gov.my/http://www.moh.gov.my/v/bu_kor