Budaya masyarakat malaysia

download Budaya masyarakat malaysia

of 15

Transcript of Budaya masyarakat malaysia

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    1/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    1.0 PENDAHULUAN

    Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyaimasyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dengan

    kaum terbesar ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain.

    Kewujudan pelbagai etnik ini memberi banyak dimensi kepada budaya,

    perpaduan dan sering menjadi agenda yang mewarnai politik, sosial dan

    pentadbiran negara. Sebaik mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi

    keresahan masa depan yang tidak menentu dalam menangani isu perpaduan

    kaum. Walau bagaimanapun kewujudan masyarakat berbilang bangsa,

    agama dan budaya ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita hidup

    saling bertelingkah dan berprasangka antara satu sama lain, sebaliknya ia

    harus dilihat sebagai satu peluang untuk kita memperkenalkan negara kita

    sebagai sebuah negara unik yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat

    resam di pesada dunia.

    Namun peluang yang ada ini bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah

    menjadi mimpi ngeri seperti mana yang pernah tercatat dalam sejarah hitamnegara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat perpaduan kaum, jika

    masalah-masalah kecil akibat salah faham tentang budaya sesuatu kaum ini

    dianggap remeh dan dipinggirkan begitu sahaja. Sejarah hitam yang menjadi

    igauan buruk generasi tua ini harus dijadikan pengajaran dalam kita berusaha

    menulusuri haluan masa depan negara.

    Oleh itu semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan

    bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini

    penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah

    dasar1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd

    Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali

    peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat . Oleh

    itu, kita harus menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang kita dalam

    usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan mengisi kemerdekaan yang kita

    kecapi sekarang ini dengan penuh semangat perpaduan kaum agarWawasan2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    2/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page2

    2.0 ISU KEBUDAYAAN (ADAT RESAM MASYARAKAT CINA)

    Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai

    bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh

    dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan

    India. Oleh yang demikian, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya

    kerana memiliki kelompok masyarakat yang majmuk. Budaya ini merangkumi

    pelbagai aspek seperti sejarah, muzik, lukisan,seni bina, falsafah, tabiat dan nilai

    kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi.

    Berkaitan dengan isu kepelbagaian sociobudaya ini, saya ingin berkongsi satu

    kisah benar yang telah berlaku di sebuah sekolah Cina di Kelantan pada 15

    September 2011. Seperti yang telah diketahui, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih

    Di Pasir Puteh telah mengadakan satu pesta atau Perayaan Tanglungdi sekolah

    tersebut. Pesta Tanglung itu merupakan adat resam dan pesta budaya bagi orang

    Cina yang terdahulu dan ia masih diamalkan sehingga sekarang.

    Namun, budaya Pesta Tanglung ini telah menimbulkan salah faham

    terhadap masyarakat Melayu di kawasan itu. Mereka menganggap pesta ini adalah

    berbentuk hiburan semata-mata dan bukan perayaan budaya. Mereka juga

    mendakwa bahawa pesta tanglung itu disambut dan diadakan di kawasan sekolah

    tanpa kebenaran dan permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

    Oleh yang demikian, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah

    berhadapan dengan tindakan undang-undang yang telah dilakukan oleh Pejabat

    Tanah dan Jajahan Pasir Puteh kerana mengadakan perayaan tanglung di dalam

    kawasan sekolah. Ini juga kerana, di bawah Enakmen Hiburan Negeri 1998 tiada

    sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda

    menghormati waktu solat Jumaat.1

    Pejabat Tanah Jajahan Pasir putih telah menghantar surat saman kepada

    pihak SJK (C) Kai Chih 3 hari selepas pesta tanglung berlangsung iaitu pada 18

    1http://sel13.com/archives/395

    http://sel13.com/archives/395http://sel13.com/archives/395http://sel13.com/archives/395http://sel13.com/archives/395
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    3/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page3

    September 2011. Alasan mereka adalah kerana pihak sekolah telah mengadakan

    pesta tanglung tanpa permit. Senario yang berlaku itu berpunca daripada kurangnya

    pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang kepelbagaian sosiobudaya di

    Malaysia.

    Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia

    supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan menyesuaikan diri

    dengan kepelbagaian budaya di Malaysia demi menjaga keamanan dan

    keharmonian dalam hidup.

    2.1 BAGAIMANA MASALAH PESTA TANGLUNG DI SJK (C) KAI CHIH,

    PASIR PUTEH TERJADI?

    Sebagaimana yang telah diketahui, Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir

    Puteh telah mengadakan Perayaan Tanglung di kawasan sekolah tersebut. Pesta

    Tanglung itu merupakan adat resam orang Cina yang terdahulu lagi dan ia masih

    diamalkan sehingga ke hari ini oleh kaum Cina.

    Sebelum menceritakan dengan lanjut tentang isu pesta tanglung yang

    berlaku di sekolah di Kelantan, marilah sama-sama kita melihat dan memahami

    sejarah asal usul adat resam kaum Cina ini dan mengetahui dengan lebih lanjut

    maksud yang tersirat di sebalik pesta tanglung tersebut.

    Menurut wikipedia Pesta Tanglung adalah suatu pesta Cina yang dirayakan

    pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya

    dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta

    Tanglung" di lokasi seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-

    kanak keluar ke Pekong membawa tanglung kertas dan menyelesai riddles di

    tanglung. Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina. 2

    2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglung

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglung
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    4/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page4

    Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan

    akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina. Pada hari ke-15 adalah

    malam pertama untuk melihat bulan penuh. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di

    China. Menurut dengan tradisi Cina, pada permulaan tahun baru, apabila bulan

    penuh terang berada di langit, seharusnya beribu-ribu tanglung berwarna-warni

    digantung untuk orang lain menghargainya.

    Ada banyak kepercayaan berlainan tentang asal-usul pesta tanglung. Ia

    sebenarnya berkenaan dengan perayaan dan menunaikan hubungan positif di antara

    orang, keluarga, alam semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka

    memperpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap

    tahun.

    Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini disambut. Suatu lagenda

    mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa Taoisme yang

    bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama

    bulan berkenaan bulan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis

    hiburan, jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana

    mereka berdoa untuk nasib yang baik.

    Meskipun, perayaan Pesta Tanglung mengambil tempat sewaktu bahagian

    awal kurun ke-15, perayaan-perayaan itu berterusan selama sepuluh malam.

    Maharaja Chengzu telah mendirikan kawasan pusat bandar diketepikan untuk

    sebuah pusat memaparkan tanglung-tanglung. Sehingga ke hari ini, ada sebuah

    tempat di Beijing digelar Dengshikou. Dalam bahasa Cina, Deng bermakna tanglung

    dan Shi adalah pasar. Kawasan ini menjadi sebuah pasar di mana tanglung dijual

    pada waktu siang. Pada waktu petang, orang tempatan akan pergi ke sana untukmelihat tanglung bercahaya cantik di paparkan.

    Budaya Pesta Tanglung ini telah dikekalkan sehingga pada masa kini. Kaum

    cina di Malaysia juga sentiasa menyambut perayaan tanglung ini. Namun, apa yang

    menjadi masalah dan isu hangat tentang pesta tanglung ini ialah apabila ia

    diadakan di dalam kawasan sekolah. Ini telah menimbulkan salah faham yang

    sangat besar terhadap masyarakat Melayu di Kelantan apabila mereka

    mengganggap bahawa perayaan tanglung ini adalah berbentuk hibuan semata-mata.

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    5/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page5

    Dengan alasan itu, Pihak Polis Jajahan Pasir Puteh telah mengambil tindakan yang

    tidak sewajarnya dengan memberikan surat saman kepada pihak sekolah kerana

    telah mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa ada permit.

    Banyak sebab yang mendorong kepada berlakunya salah faham tentang isu

    kebudayaan di sekolah tersebut. Antaranya, kita dapat melihat bagaimana perilaku

    masyarakat yang kurang mengambil peduli terhadap persekitaran. Hal itu

    disebabkan karena mereka menganggap tidak sesuainya perilaku dan norma-norma

    kehidupan dengan gagasan atau idea nasional yang dikembangkan, serta adanya

    penyimpangan sosial yang terjadi dari tindakan yang tidak selaras dengan norma

    dan nilai sosial atau sekelompok individu yang tidak berhasil menyesuaikan diri

    dengan kehendak-kehendak tertentu di dalam masyarakat.

    Penyimpangan sosial lazimnya ditandai oleh perbuatan atau tindakan yang

    mengabaikan norma/nilai sosial dari biasanya. Proses terbentuknya perilaku yang

    menyimpang salah satunya terjadi karena proses sosialisasi yang gagal, baik dalam

    keluarga, sekolah maupun masyarakat. Jika proses sosialisasi tidak berhasil atau

    gagal, maka seseorang tentu saja tidak mampu memahami apalagi menaati nilai-nilai

    sosial atau norma yang berlaku di masyarakat.3

    Selain itu, sikap tidak suka bergaul dengan pelajar Cina dan India dalam

    masyarakat Melayu di dalam dan luar sekolah adalah menjadi salah satu faktor untuk

    membentuk cara pemikiran yang negatif terhadap kaum lain. Ini kerana kurangnya

    ilmu pengetahuan tentang budaya lain dan sentiasa bersikap prejudis terhadap

    mereka.

    Selain faktor pelajar, guru juga menjadi punca kepada timbulnya isu budaya

    ini dalam sekolah. Sikap guru yang kurang mesra dengan pelajar dan tidak adil

    dalam melaksanakan tugas menyebabkan timbulnya masalah seperti ini. Hubungan

    erat antara guru dan pelajar berbilang kaum hendaklah dipupuk di sekolah lagi. Ini

    kerana dengan hubungan yang erat, guru dapat belajar budaya baru sekaligus

    menarik pelajar lain untuk menerima budaya kaum yang lain.

    3 http://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.html

    http://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.htmlhttp://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.html
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    6/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page6

    2.2 KONSEP MESRA BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH GURU DI

    SEKOLAH

    Pada era globalisasi ini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam

    mencorak konsep mesra budaya di dalam bilik darjah di kalangan pelajar-pelajarnya

    yang berbilang kaum. Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat

    dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun

    organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan

    mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan,

    sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

    Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana

    pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya

    turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang

    harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang di

    perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-

    menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada

    peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah

    mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di

    kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.4

    Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai

    orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan

    prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunansuasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan

    perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah

    yang mungkin timbul.

    Selain itu, Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah

    mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah

    4 Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    7/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page7

    berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan

    masyarakat.5

    Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru mewujudkan persekitaran bilik

    darjah yang mesra budaya. Sekiranya dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang

    berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam

    kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya dengan menggabungkan murid- murid

    Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila

    beraktiviti. Dengan menggabungkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid-

    murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka.

    Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagaibangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan

    menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak

    berbangsa Melayu.

    Bayangkan apabila murid- murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara

    mereka. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka

    bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika murid pelbagai

    bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat. Murid Cina

    tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan

    murid berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan.6

    Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara

    satu sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga

    dapat membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan

    akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid-

    murid ini berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan

    menghormati budaya rakan- rakan lain.

    Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya juga

    mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang

    5 Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

    6 http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html#

    http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.htmlhttp://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    8/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page8

    dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama-kelamaan

    akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid

    mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman

    dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan

    dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan

    ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya

    seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di

    situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.

    Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap

    kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun

    jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai

    keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa

    keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini

    dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan

    tidak takut mencuba.

    Sehubungan dengan ini, guru juga harus mengaitkan isi pembelajaran dengan

    budaya. Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik

    darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan

    perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan

    pembelajaran mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh

    mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk

    mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya, salah satu

    caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang

    berkaitan.

    Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum-kaum yang

    pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan

    sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini,

    mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik.

    Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh

    mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai

    kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    9/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page9

    basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau

    dengan cara pengukusan.

    Selain itu, dalam subjek Pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab

    terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di

    hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan

    Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya

    India dan Cina.

    Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya

    pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan

    pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalumewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya-

    budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun

    impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan.

    Bukan hanya dengan mengaitkan ilmu dengan kebudayaan, guru juga boleh

    menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Kaedah main merupakan satu kaedah

    yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang

    menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya

    bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam

    pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya

    pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti

    kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi.

    Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.

    Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam pengajaran dan

    pembelajaran guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada

    masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu

    kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek

    Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid-

    murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan

    bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

    Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakanpermainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    10/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    0

    Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu

    seremban untuk mengajar murid mengira.

    Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang

    mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid akan menghasilkan suasana

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa

    tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Ini berkait rapat

    dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. Anda sendiri dapat menentukan

    apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Tidak sukar untuk kita sebagai

    guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan

    ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian.

    Seperti pendapat Good & Brophy (2002), yang mengatakan bahawa guru

    yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam

    menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.7

    2.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK MENDEPANI MASALAH

    KEPELBAGAIAN BUDAYA

    Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan

    maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik

    darjah komunikasi bermaksud perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru

    dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau

    gerak geri.

    Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Komunikasi berbal dan non-

    verbal. Definisi Komunikasi verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara

    langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Guru

    menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Komunikasi

    Non-Verbal pula bermaksud semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan seperti

    7 http://mofa1190.blogspot.com/2010/05/budaya-pembelajaran.html

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    11/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    1

    bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Dalam konteks dalam bilik darjah kita dapat

    melihat jika guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.

    Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran

    yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu

    mempraktikkan prinsip-prinsip seperti berusaha untuk mendengar cadangan murid-

    muridnya. Selain itu, guru hendaklah memastikan bahawa tidak ada halangan

    apabila guru ingin menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. Guru hendaklah

    menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi

    denagn lebih senang.8

    Melalui kemahiran lisan, guru dan murid memahami dan dapat merasaiperasaan pengalaman rakan yang bertutur sekalipun berbeza dari segi budaya dan

    latar belakang. Contohnya melalui renungan mata, pergerakan tangan, ukiran

    senyum di bibir, ekspresi muka, perubahan air muka, pergerakan kecil tubuh badan

    akan memberikan makna yang lebih jelas terhadap mesej yang disampaikan dalam

    komunikasi lisan.

    Selain itu, guru harus mengelak dari masalah yang boleh menjejaskan

    keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salah tafsir,bahasa yang kasar, suara

    yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid,

    komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan Seorang guru yang

    hebat adalah guru yang mempunyai suara jelas, gaya pengajaran menarik, fleksibiliti

    tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk

    membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan

    masa yang berkesan tentang pengajaran dan pembelajaran.

    Semasa berkomunikasi, elakkan sebarang gangguan-supaya mesej disampai

    dengan jelas dan tepat. Terdapat dua jenis gangguan ketika berkomunikasi dengan

    pelajar. Pertama adalah gangguan luaran yang mana datangnya dari suasana

    persekitaran yang terlalu bising, penggunaan laras bahasa yang sukar difahami dan

    8 http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.html

    http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.htmlhttp://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.html
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    12/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    2

    suasana bilik darjah itu sendiri. Kedua adalah angguan dalaman iaitu unsur bias

    dalam persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan dalam budaya.

    Sehubungan dengan itu, guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial

    murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa

    sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang

    interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Guru tidak

    harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid

    mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan

    berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

    Selain itu, guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasayang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk

    mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang

    standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah

    dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa

    berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.

    Dengan penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam

    situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai

    supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata

    yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

    Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana

    pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan

    kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Murid mudah

    menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti

    mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan.

    Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi

    penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

    sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.9

    9 http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.html

    http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm
  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    13/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    3

    3.0 KESIMPULAN

    Sesungguhnya kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini merupakan satu

    keistimewaan dan juga aset penting yang boleh membantu menjana ekonomi dan

    pembangunan negara. Pun begitu, sekiranya perkara ini tidak diurus dengan bijak

    pastinya akan mengundang malapetaka kepada negara.

    Kejayaan negara dalam mengurus kepelbagaian ini telah menjadikan negara ini

    contoh kepada negara-negara yang mendambakan keamanan dan kesejahteraan

    rakyatnya yang berbilang kaum dan budaya serta kepercayaan.

    Sebagai seorang pendidik, isu-isu seperti ini perlu ditangani seawal mungkin

    dari peringkat prasekolah lagi. Para pendidik perlu peka kepada suasana dan latar

    belakang murid-murid supaya sebarang masalah dapat diselesaikan. Falsafah

    pendidikan kebangsaan perlu dihayati, manakala dasar-dasar pendidikan perlu

    dilaksanakan sejajar dengan hasrat kerajaan.

    Natijahnya, apabila kaum pendidik berjaya melaksanakan tugas dengan

    sempurna, maka matlamat pendidikan negara akan dapat dicapai. Semoga

    pendidikan di Malaysia terus cemerlang dan bertaraf dunia.

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    14/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    4

    4.0 REFLEKSI

    Setelah membuat beberapa tinjauan di dalam internet, saya tertarik untuk memilih

    isu kebudayaan yang melibatkan adat resam masyarakat Cina dalam tugasan ini.

    Aspek yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana tindakan dan langkah-langkah

    yang sewajarnya yang perlu diambil seandainya saya sebagai seorang pendidik

    berdepan dengan isu-isu seumpama ini. Di samping itu sebagai pendidik juga saya

    harus memikirkan bagaimana untuk mengelakan isu seumpana ini berulang.

    Kurangnya ilmu pengetahuan tentang budaya dan adat resam kaum-kaum lain

    di kalangan masyarakat setempat menjadi menjadi punca terjadinya isu ini.

    Walaupun telah lebih daripada 57 tahun kita hidup bersama di bumi Malaysia ini,

    namun ternyata kita masih kurang mengenali budaya dan adat resam kaum-kaum

    lain. Hasil analisis, saya juga mendapati masyarakat kurang bijak dalam

    berkomunikasi apabila berdepan dengan sesuatu masalah sehingga menimbulkan

    berbagai prasangka negatif dan melahirkan tindakan yang kurang rasional.

    Oleh yang demikian, kita haruslah menyedari langkah-langkah untuk

    menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia harus difikirkan secara

    serius oleh semua pihak dari pemimpin, pembuat dasar, pihak media, para pendidik

    hinggalah kepada individu-individu yang sayang dan cintakan keharmonian di

    Malaysia.

    Sebagai seorang pendidik, saya menyedari saya memikul tanggung jawab

    dan peranan yang besar untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia benar-benar tulin dan bukan sekadar indah khabar dari rupa sahaja. Di samping itu

    sebagai seorang guru saya juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar

    segala pendidkan dan ilmu yang dicurahkan dapai disampaikan dengan lebih

    berkesan.

  • 7/29/2019 Budaya masyarakat malaysia

    15/15

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

    Page1

    5

    RUJUKAN

    1) Melissa Ching dan Adnan Baharom (2011). Budaya Dan Pembelajaran,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    2) Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya DanPembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong Selangor.

    3) http://sel13.com/archives/395

    4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglung

    5) http://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.html

    6) http://visual.merriamwebster.com/society/education/school/classroom.php

    7) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

    8) http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-

    persekitaran.html#

    9) http://mofa1190.blogspot.com/2010/05/budaya-pembelajaran.html

    10) http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-

    berkesan.html

    11) http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.ht

    ml

    http://sel13.com/archives/395http://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglunghttp://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.htmlhttp://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.htmlhttp://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.htmlhttp://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.htmlhttp://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.htmlhttp://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.htmlhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.htmlhttp://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan.htmlhttp://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.htmlhttp://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.htmlhttp://samzlee.blogspot.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pesta_Tanglunghttp://sel13.com/archives/395