budaya matematik terkini

8
1.0 PENGENALAN Matematik atau disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh ditafsirkan sebagai suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek. Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata pelajaran Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya dalam urusan perniagaan, seni, permainan tradisional, perbankan dan sebagainya. 2.0 APLIKASI MATEMATIK DALAM KEGIATAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA 2.1 Senibina

description

budaya matematik terkini

Transcript of budaya matematik terkini

Page 1: budaya matematik terkini

1.0 PENGENALAN

Matematik atau disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh ditafsirkan sebagai

suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk

difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah

lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang

dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan.

Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat  bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek.

Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada

secara langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata

pelajaran Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga

peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari

asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan

keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik

iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi

kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid

sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk

menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya dalam urusan

perniagaan, seni, permainan tradisional, perbankan dan sebagainya.

2.0 APLIKASI MATEMATIK DALAM KEGIATAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

2.1 Senibina

Matematik juga telah banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi

sesetengah budaya dalam kehidupan sesuatu masyarakat semenjak dari zaman

berzaman lagi. Antara yang masih jelas kelihatan adalah penggunaan geometri.

Sebagaimana yang kita tahu geometri adalah merupakan satu cabang matematik

yang berkaitan dengan penggunaan saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah

dan sifat ruang.

Dalam rekaan seni bina sesebuah bangunan sejak zaman kuno lagi, konsep

simetri sering kali menjadi bagi menghasilkan corak yang menarik dan seragam.

Simetri merupakan salah satu bidang dalam geometri. Sesuatu objek dikatakan

simetri sekiranya objek tersebut mematuhi operasi simetri. Terdapat tiga jenis

Page 2: budaya matematik terkini

1.

operasi simetri utama iaitu pantulan, putaran, dan translasi. Hasil gubahan bentuk-

bentuk geometri mampu untuk menghasilkan bentuk dan corak kompleks yang

menyerlah, tersusun, dan sangat menarik.

Sehingga kini, penggunaan konsep matematik dalam pembinaan seni bina masih

lagi digunakan. Berikut adalah contoh-contoh seni bina yang menggunakan konsep

matematik dalam pembinaan dan penghasilannya:

Menara berkembar Petronas Bangunan Sultan Abdul Samad

2.2 Permainan Tradisional

Sejak zaman berzaman dahulu, sesuatu aktiviti berbentuk permainanan

adalah sangat dengan kehidupan sesuatu komuniti atau masyarakat. Setiap

masyarakatatau komuniti itu mempunyai sesuatu permainan yang boleh

menggambarkan perihal budaya bagi masyarakat mereka. Sebagai contoh, bagi

masyarakat melayu, mereka terkenal dengan budaya permainan seperti congkak,

batu seremban dan guli. Manakala bagi masyarakat cina pula mereka terkenal

dengan permainan mahjong. Permainan-permainan sedemikian sebenarnya masih

mendapat tempat dihati setiap masyarakat. Namun begitu, uniknya tanpa disedari

setiap daripada permainan bagi budaya tersebut sebenarnya terkait rapat dengan

pengaplikasian matematik.

Sebagai contoh, dalam permainan batu seremban yang dimainkan oleh

masyarakat melayu, matematik digunakan tanpa sedar dimana setelah pemain

selesai mengutip batu, maka pemain akan menimbang batu menggunakan

tangannya. Bagi setiap batu yang berjaya ditimbang dan dipakok, maka 2 mata

1.

Page 3: budaya matematik terkini

akan diberikan. Sekiranya terdapat 4 batu yang berjaya yang ditimbang dan dipakok

(Rujuk rajah dibawah) maka mata yang akan diperolehi adalah berjumlah 8 mata

bagi pusingan tersebut.

Permainan Batu Seremban

Permainan Congkak

Permainan yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan ialah

permainan congkak. Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain

untuk mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.

Kebiasaannya, permainan congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu

secara perseorangan dan berpasukan. Jumlah maksimum pemain bagi permainan

secara perseorangan adalah tidak terhad tetapi genap. Manakala jumlah minimum

mestilah dua orang.

Kemahiran matematik yang diterapkan dalam permainan congkak ialah

kemahiran mengira, dalam operasi asas iaitu tambah, bahagi integer dan

pengiraaan mental. Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus

Lubang kecil (Kampung)

Lubang besar (Rumah)

Page 4: budaya matematik terkini

dilupakan. Aspek intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan

melibatkan proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan mengira guli

yang sama banyak dimasukkan ke dalam kampong, di sini konsep bahagi

diterapkan dalam permainan Ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan

subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain. Sebelum

memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji guli iaitu

sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Konsep matematik yang diterapkan ialah

konsep tambah. Semasa proses mengira guli ini dilakukan secara tidak langsung

pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Ini secara tidak langsung dapat

mengembangkan lagi pemikiran logikal matematik seseorang kanak-kanak itu.

Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori

pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran

berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan

pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba pengalaman secara

memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup.

Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara grafik atau mental

seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbukti bermain sambil

belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-kanak itu.

2.3 Pembahagian Harta Pusaka

Dalam pembahagian harta pusaka bagi masyarakat yang beragama islam,

terdapat pengaplikasian matematik Terdapat 6 bahagian yang digunakan dalam

pembahagian harta pusaka tersebut iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3 dan 1/6 daripada

jumlah harta yang ditinggalkan. Namun begitu, secara amnya sekiranya berlakunya

sesuatu kematian. ibu bapa akan mendapat 1/6 daripada harta pusaka, isteri

mendapat 1/4 jika suami yang meninggal tidak meninggalkan anak dan 1/8 jika

suami yang meninggal ada meninggalkan anak. Begitu pula suami mendapat 1/2

jika isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika isteri yang

meninggal ada meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk anak-

anak dimana anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan.

Penggunaan pengetahuan berkaitan dengan matematik disini adalah amat jelas dan

penting sekali. Sekiranya tanpa pengetahuan matematik adalah amat sukar bagi

masyarakat islam untuk membahagikan harta-harta mereka sesuai dengan syarat-

syarat yang telah ditetapkan. Rajah berikut adalah gambaran umum tentang

bagaimana masyarakat islam membahagikan harta yang yang telah ditinggalkan

oleh si mati.

Page 5: budaya matematik terkini

Carta Faraid

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bidang matematik ini memainkan peranan yang begitu

besar dalam kehidupan manusia di dunia ini. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita

sentiasa dikelilingi dengan ilmu matematik. Ilmu ini merentasi pelbagai bidang ilmu

yang lain yang juga masih berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat.

Masyarakat yang masih belum menguasai ilmu ini seharusnya bertindak dengan

secepat mungkin untuk menguasainya. Ibarat kata pepatah “Sesiapa yang dapat

menguasai matematik dan bahasa, maka ia dapat menguasai dunia”.

Page 6: budaya matematik terkini

Rujukan:

Cara Bermain Batu Seremban. (n.d.). Retrieved July 5, 2014, from Permainan Tradisional: http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/cara-bermain-batu-seremban.html

Faraid. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbm.nsf/Attachment/$File/Isi%20Faraid%20Portal.pdf

Golden Ratio. (n.d.). Retrieved July 1, 2014, from Math Is Fun: http://www.mathsisfun.com/numbers/golden-ratio.html

Khari, N. F. (2009, March 30). Permainan Tradisional Kaum-kaum di Malaysia. Retrieved July 5, 2014, from http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/

mislan, E. (2010, September 29). Siri Fibonacci dan Nombor emas. Retrieved July 3, 2014, from Komuniti Dunia Matematik : http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2010/october-2010/547-aplikasi/803-siri-fibonacci-dan-nombor-emas

Nisbah Keemasan. (n.d.). Retrieved July 1, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Nisbah_Keemasan

Nombor Binari. (2012, March 27). Retrieved July 6, 2014, from http://joul-zero.blogspot.com/2012/03/nombor-binari.html

Permainan Tradisional. (2007, March 22). Retrieved July 5, 2014, from http://tradisional-bib.blogspot.com/

Representation of Numbers. (n.d.). Retrieved July 7, 2014, from http://www.swarthmore.edu/NatSci/echeeve1/Ref/BinaryMath/NumSys.html

Saraswathy. (2014, January). Aplikasi Matematik dalam Bencana Alam. Retrieved July 2, 2014, from Komuniti Dunia Matematik: http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2014/974-aplikasi/1347-aplikasimatematikdalambencanaalam

Shah, N. M. (2011, January 2011). Matematik Pertanian. Retrieved July 4, 2014, from Komuniti Dunia Matematik: http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/624-fokus/859-matematik-pertanian

Sistem Maklumat Faraid. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from Laman Web Islam: http://faraid.usm.my/msl/default.html

The Golden section in architecture. (n.d.). Retrieved Jun 30, 2014, from The Golden Section in Art, Architecture and Music: http://www.math.vt.edu/people/gao/math/godensection/