Budaya Material Dan Budaya Bukan Material

2
Budaya Material dan Budaya Bukan Material Budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan budaya bukan material. Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material. Budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Satu contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen bukan material, iaitu adat istiadat. Keris Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya oleh pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Keris ialah suatu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus di hujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61 sm dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang. Aspek penting mata keris ialah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud daripada campuran logam dan nikel. Inilah

Transcript of Budaya Material Dan Budaya Bukan Material

Page 1: Budaya Material Dan Budaya Bukan Material

Budaya Material dan Budaya Bukan Material

Budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan budaya bukan material.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup

seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material.

Budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence),

misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Satu contoh elemen material, iaitu keris dan

satu contoh elemen bukan material, iaitu adat istiadat.

Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan

pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya oleh

pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Keris ialah suatu alat kebesaran bagi raja-

raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar

dipangkal dan tirus di hujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok

dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri daripada

jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang

panjang berukuran 61 sm dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang.

Aspek penting mata keris ialah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak

berombak yang wujud daripada campuran logam dan nikel. Inilah kehebatan orang Melayu yang

bijak mencampurkan bahan-bahan logam hingga terbentuknya senjata yang demikian rupa.

Adat istiadat

Adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup

serta amalan sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut

kebiasaan dan seterusnya kebiasaan tersebut akan menjadi adat yang diterima secara

bersama-sama oleh masyarakat. Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh

masyarakat yang mendukungnya tanpa paksaan. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan

secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus

Page 2: Budaya Material Dan Budaya Bukan Material

dipatuhi. Istiadat pula ialah cara-cara atau peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah

menjadi kebiasaan atau resam. Dalam masyarakat Melayu, ada dua bentuk adat yang penting,

iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.