Budaya Membaca

32
Membaca rangsang kecemerlangan April 8, 2008 Posted by CikguMat in: Knowledge , trackback Oleh Syuhada Choo Abdullah bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan Teknologi Pendidikan) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Dr Faridah Mohamed Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam ANTARA matlamat utama Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sehingga 13 April ini, ialah menggalakkan orang ramai membeli dan membaca buku. Apakah usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan minat ini di kalangan pelajar. Salah satu program utama galakan membaca dilaksanakan Kementerian Pelajaran ialah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diperkenalkan pada 1999. Pelaksanaan Program Nilam ini dimulakan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah di mana rekod pembacaan pelajar diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. Program ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan pelajar membaca sebanyak mungkin buku diminati dan kemudian dicatat dalam Buku Rekod Nilam. Pada tahap kedua, iaitu Tahap Rakan Pembaca, pelajar yang banyak membaca digalakkan mengajak atau menggalakkan rakan mereka pula untuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai pelajar akan terbabit dalam program ini. Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas hampir 10 tahun pelaksanaannya.

Transcript of Budaya Membaca

Page 1: Budaya Membaca

Membaca rangsang kecemerlangan April 8, 2008

Posted by CikguMat in: Knowledge , trackback

Oleh Syuhada Choo Abdullah bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan Teknologi Pendidikan) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Dr Faridah Mohamed

Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam

ANTARA matlamat utama Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sehingga 13 April ini, ialah menggalakkan orang ramai membeli dan membaca buku. Apakah usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan minat ini di kalangan pelajar.

Salah satu program utama galakan membaca dilaksanakan Kementerian Pelajaran ialah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diperkenalkan pada 1999. Pelaksanaan Program Nilam ini dimulakan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah di mana rekod pembacaan pelajar diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

Program ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan pelajar membaca sebanyak mungkin buku diminati dan kemudian dicatat dalam Buku Rekod Nilam.

Pada tahap kedua, iaitu Tahap Rakan Pembaca, pelajar yang banyak membaca digalakkan mengajak atau menggalakkan rakan mereka pula untuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai pelajar akan terbabit dalam program ini.

Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas hampir 10 tahun pelaksanaannya.

Berdasarkan statistik data dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati pembabitan pelajar semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini.

Namun, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini saja bagi membentuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Kita bertekad untuk mencapai sasaran pembabitan 100 peratus pelajar dalam Program Nilam dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan persekolahan.

Apakah strategi dilakukan kementerian, khususnya BTP, untuk mencapai 100 peratus pembabitan pelajar dalam Program Nilam.

Walaupun cita-cita untuk mencapai pembabitan 100 peratus pelajar masih belum tercapai, usaha giat turut dijalankan rakan kita dalam rangkaian BTP di BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru.

Page 2: Budaya Membaca

Kita juga mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka program galakan membaca. Sebagai contoh, kita melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program Nilam. Antaranya, aktiviti Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku serta pameran buku yang mendapat sokongan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Selain itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program Nilam ketika membuat pemantauan ke sekolah. Secara tidak langsung, ini menunjukkan penegasan Kementerian Pelajaran mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan pihak pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama serta perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan juga memantau program galakan membaca yang dirancang Guru Perpustakaan & Media.

Trend membaca pelajar kini didapati berubah seiring dengan perubahan teknologi. Adakah Program Nilam turut berubah mengikut trend semasa.

Ada dua perkara perlu dimaklumkan apabila kita bercakap mengenai trend membaca dalam kalangan pelajar. Pertama, jenis buku yang menjadi minat mereka. Dalam kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, didapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.

Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar lebih terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah difahami.

Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku perlu mengambil kira faktor ini dalam usaha membina koleksi di pusat sumber sekolah. Setiap tahun, kementerian akan mengedarkan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah. Senarai ini adalah senarai bahan bacaan dikemukakan penerbit serta pembekal buku dan sudah melalui proses penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan bacaan berkualiti boleh dibekalkan ke sekolah.

Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan pelajar ialah bentuk buku dibaca. Saya sangat setuju bahawa trend dan minat pelajar sekarang lebih terarah kepada suatu yang bersifat teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kita melihat ini sebagai suatu yang positif dan Program Nilam juga sememangnya sentiasa ditambah baik seiring kemajuan teknologi sedia ada.

Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita meminta pelajar membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod Nilam. Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibeli sendiri. Bagaimanapun seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital, e-book dan juga cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD).

Malah, mereka juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet untuk dibaca dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku digital untuk kita dan boleh disimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod. Dengan kepesatan teknologi yang

Page 3: Budaya Membaca

semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca.

Apakah bentuk pengiktirafan diberikan kepada pelajar terbabit dalam Program Nilam sebagai galakan

Pada peringkat sekolah, galakan berbentuk hadiah serta sijil adalah sebahagian pengiktirafan dan ganjarannya. Di kebanyakan sekolah, pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam diberi ganjaran serta pengiktirafan mengikut kemampuan pihak sekolah, dan kebiasaannya diadakan sewaktu Hari Anugerah Cemerlang.

Kategori pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku dibaca pelajar. Bagi peringkat sekolah rendah, bacaan antara 90 hingga 179 buku, kategori pengiktirafannya ialah gangsa, diikuti 180-269 (perak), 270-359 (emas) dan 360 ke atas (Nilam). Manakala bagi peringkat sekolah menengah pula, 72-143 buku (gangsa), 144-215 (perak), 216-287 (emas) dan 288 ke atas (Nilam).

Seterusnya, setiap negeri mempunyai satu program Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri di mana BTP Negeri menjadi urus setia dengan kerjasama JPN masing-masing. Pada peringkat ini, pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam akan dinilai bukan saja dari segi bilangan buku dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim dilantik. Pemenang peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan.

Bagaimana pemilihan Tokoh Nilam Kebangsaan dilakukan.

Calon dalam lima kategori, iaitu Sekolah Rendah Pedalaman, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan juga Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk pemilihan pemenang mengikut kategori masing-masing, dan seterusnya meraih anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Rendah serta Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Menengah.

Kategori Sekolah Rendah Pedalaman ialah kategori baru diperkenalkan tahun ini bagi memenuhi aspirasi strategi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk merapatkan jurang pendidikan, di samping membuka peluang sama rata kepada pelajar dari kawasan terbabit yang mungkin agak ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dan capaian terhadap bahan bacaan.

Dua jenis penilaian, iaitu lisan dan bertulis, dijalankan hakim yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan, institut perguruan serta pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia. Antara elemen dinilai ialah kemahiran membaca, mencari maklumat, membuat analisis, membuat rumusan, kebolehan berhujah, kefasihan bertutur dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Selain lima kategori berkenaan, empat kategori baru khusus untuk pelajar pendidikan khas turut diperkenalkan tahun ini, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Pendengaran, SRPK Penglihatan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Pendengaran dan SMPK Penglihatan.

Bukan itu saja, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Anugerah Nilam yang lalu, kita bersetuju untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada setiap pemenang tahun ini. Tokoh Nilam Kebangsaan kali ini menerima hadiah wang tunai RM1,500 berbanding RM600 sebelumnya. Bagi setiap kategori pula, pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai

Page 4: Budaya Membaca

RM1,000 berbanding RM500 tahun lalu, tempat kedua RM800 berbanding RM300, dan tempat ketiga RM500 berbanding RM200.

Tahun ini, Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan sudah pun berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, sebagai tetamu kehormat. Seperti lazim, program ini diadakan dalam tempoh terdekat dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apakah harapan daripada pelaksanaan Program Anugerah Nilam Kebangsaan 2008.

Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang benar-benar berketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar lain. Kita ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan.

Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A. Tahun lalu, sekali lagi kita berjaya melahirkan Tokoh Nilam Kebangsaan yang juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.

Semoga dengan contoh ditunjukkan itu akan membuka mata semua pihak, termasuk pelajar, pendidik dan ibu bapa, mengenai peri pentingnya membina tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu budaya hidup. Ahli Parlimen pemangkin budaya membaca

Ahli Parlimen pemangkin budaya membacaPosted on Wednesday, April 20 @ 11:06:26 MYT

AHLI Parlimen boleh menjadi pemangkin dalam meningkatkan tabiat membaca di kalangan rakyat negara ini, terutama bacaan ilmiah yang mampu mengubah tahap pemikiran masyarakat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Page 5: Budaya Membaca

Timbalan Perdana Menteri berkata, amalan penduduk di negara maju yang menatap buku atau akhbar tanpa mengira masa dan keadaan mencerminkan budaya membaca yang mantap serta sudah lama berakar umbi.

“Saya tidak nampak cara lain untuk kita menjadi masyarakat berilmu selain mendampingi tabiat membaca.

“Bagaimanapun, apabila kita membaca, biarlah bahan yang ilmiah dan bukan yang diragui kandungannya,” katanya ketika berucap merasmikan kempen `Drop A Book' bersama Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen anjuran Puteri Umno di lobi Parlimen, semalam.

Hadir sama Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.

Page 6: Budaya Membaca

Budaya Membaca dan Peningkatan Ilmu

itulah tajuk buku yang kubaca kini. pada permulaannya aku membaca hasil karya Sharom ini hanyalah untuk membuat sinopsis kepada kerja kursus yang perlu aku siapkan bagi mendapatkan markah. namun dalam proses pembacaanku, buku ini memang menarik kerana pengarangnya telah menghuraikan beberapa persoalan yang sering kali menjadi isu apabila budaya membaca dibangkitkan.

antara intipati menarik dalam buku 'Budaya Membaca dan Peningkatan Imu' ini adalah mengenai cara untuk memupuk cinta akan buku.

pengarang juga membawa beberapa perumpamaan yang beliau petik daripada beberapa tokoh terkenal seperti Prof Nik Sapiah dan Prof Naquib al Attas tentang kepentingan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

contoh petikan yang cukup besar maknanya adalah melalui petikan kata-kata Prof Naquib Al Attas. beliau mengatakan yang hanya kekal selama berkurun-kurun dan walaupun tamadun telah musnah, manusia telah mati, namun karya akan kekal dan menjadi tatapan generasi baru. hal ini telah terbukti dengan buku-buku ratusan malahan ribuan tahun masih boleh kita tatap pada hari ini.

sehinggakan Sharom seorang Pustakawan dan Kolumnis ini, memberikan beberapa garis panduan dalam melatih diri supaya suka membaca sehingga pada satu tahap apabila tidak membaca dalam sehari akan menimbulkan rasa kekurangan pada diri.

pengarang juga ada mengelaskan pembaca kepada dua kelompok. kelompok pertama dikenali sebagai pembaca literal. pembaca literal ini adalah mereka yang membaca hanya untuk mencari bahan atau ingin mencari satu jawapan dan kelompok literal ini hanya memahami luaran isi bahan bacaan yang dibacanya.

berbanding dengan kelompok pembaca yang kedua, juga dikenali sebagai kelompok pembaca tahap tinggi. individu yang berada dalam kelompok ini merupakan mereka yang menjadikan buku sebagai perkara wajib untuk dibaca dan fiksyen buku yang menjadi pilihan juga adalah dari kategori karya-karya besar. contoh buku Imam Al Ghazali, Newton, dan ramai lagi.

kelompok pembaca tahap tinggi ini juga dapat memahami sehingga ke dasar mengenai satu-satu buku yang dibacanya. mereka juga mampu untuk mengkritik buku tersebut dan pada satu peringkat mereka mampu menulis semula tajuk yang sama dengan membuat pembaharuan dan kritikan terhadap karya lepas.

kesimpulannya buku ini baik dibaca bagi mereka yang baru memulakan budaya membaca dan ingin pergi lebih jauh yakni menjadikan budaya membaca bukan sekadar membaca novel tapi boleh membaca buku-buku berat seperti buku yang berkaitan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. kerana kita akan mengetahui akan peri pentingnya budaya membaca disuburkan dalam masyarakat bagi membina jati diri sesebuah bangsa dan dapat bersaing secara global.

Page 7: Budaya Membaca
Page 8: Budaya Membaca

Budaya Membaca Meningkatkan Kreatifitas & Imajinasi

”Gimana filmnya nes, bagus?”, tanya Sari kepada Ganes sehabis nonton DVD di rumahnya.

”Bagus! Visual efeknya memukau, tetapi tetap jauh dari imajinasi yang aku bayangkan, jalan ceritanya terlalu terburu-buru”, kata Ganes sambil melihat buku di tangannya yang baru saja filmnya mereka tonton.

”Aku setuju!”, sela Sari. ”Visual efek secanggih apapun tidak mungkin bisa mengalahkan imajinasi kita saat membaca. Dan mungkin kalau kita belum membaca bukunya, kita akan menganggap film itu bagus hanya karena efek-efeknya tadi”.

”Iya, karena beberapa kali kita menonton film yang diambil dari buku tidak pernah mengalahkan imajinasi yang kita bayangkan. Apa yang ada di film adalah imajinasi instan, siap saji sehingga membuat otak kita menjadi tumpul bila tidak diimbangi dengan membaca”. Ganes menimpali, sambil bersiap-siap merapikan barang bawaannya untuk kembali ke kiosnya karena ada acara temu akrab dengan mereka yang suka membaca.

Ganes dan Sari pada sore hari seringkali mengajak anak-anak atau bahkan orang dewasa berkumpul untuk melakukan segala aktivitas entah itu diskusi buku, film, menyanyi, menari, drama atau mengadakan aktivitas sosial lainnya. Karena pengetahuan yang kita dapat bila tidak diimbangi dengan pengalaman akan membuat seseorang menjadi sombong dan sangat kaku.

Ada seorang teman sekolah Sari, Jason, namanya cukup keren bergaya kebarat-baratan. Ia sering membaca buku, tetapi yang cukup menganggu teman-temannya, setiap memulai pembicaraan selalu diawali dengan,”Menurut buku ini....”. Hampir semua omongannya mengutip buku dan setiap ada orang lain yang berbeda pendapatnya, ia kemudian mencari pembenaran lain lewat buku-buku lain. Memang ia jarang sekali bersosialisasi karena selalu membedakan teman yang satu dengan yang lain. Intinya ia tidak menerima perbedaan pendapat bila pendapat tersebut berbeda dengan buku yang ia baca. Tetapi tidak sedikit orang yang percaya dan kagum akan kata-kata Jason. Mereka adalah orang yang tidak suka membaca sehingga mudah dibodoh-bodohi. Ketidaktahuan dan kebodohan mereka menjadi makanan empuk bagi Jason untuk melampiaskan kesombongannya karena sudah membaca banyak buku.

Page 9: Budaya Membaca

Inilah akibat dari pengetahuan yang tidak diimbangi dengan pengalaman pribadi dan keinginan berbagi dengan orang lain. Hilangnya kreativitas dan imajinasi membuat orang menjadi sangat kaku dan kerutan didahinya tidak pernah hilang karena berusaha untuk selalu membenarkan pendapatnya. Padahal buku hanya satu sisi atau pandangan dari sang penulis. Dan faktanya adalah kebenaran memiliki banyak sisi. Ini yang disadari oleh Ganes dan Sari sehingga mereka seringkali bergaul dengan siapa saja tanpa pandang bulu untuk melakukan aktivitas apa saja untuk menerapkan dan lebih memahami apa yang mereka baca. Belajar dari perbedaan akan membuat kita melihat kehidupan secara utuh, tidak setengah-setengah.

”Anak apa yang paling keren di dunia?” Tanya Othyss, salah seorang peserta temu akrab di kios Ganes kepada mereka yang kumpul di sana.

”Anaknya Brad Pitt” seru Dini.

”Salah!!!”

”Anak Bayi, pasti selalu keren, bener kan?” jawab Beti dengan penuh keyakinan.

”Salah, Salah, Salah!!!”

”Abis apa dong?” pinta Ade penasaran.

“Anak-anak bilang sih, GUEEEE!!!” jawab Othyss.

”HUUUUU!!!!! Garing, Garing, Garing!!!!” sahut para peserta di sana.

Budaya Membaca2008 June 30

tags: buku, membaca

by Abu Umair

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

Page 10: Budaya Membaca

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?

Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!

Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Begitulah budaya minat membaca yang tersemai dalam diri sarjana Islam satu ketika dahulu. Bagaimana pula dengan kita? Marilah sama-sama kita menghitung berapa buah bukukah yang kita baca dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Selamat membaca!!

Page 11: Budaya Membaca

Teknologi bunuh budaya membaca? Written by Super Admin Tuesday, 23 September 2008 10:52 Bukan sesuatu yang luar biasa apabila minat membaca di kalangan generasi muda semakin merudum. Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca. Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.

Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan. National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina semula sistem budaya mereka. Menurutnya, jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan gagal.

"Pelik apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik.

"Jurang yang pada mulanya kecil menjadi besar kerana masing- masing cuba menegakkan pendapat sedangkan membaca satu keperluan bukan paksaan.

"Perbalahan itu wajar dihentikan kerana ia akan 'membunuh' minat yang sudah atau baru tumbuh," katanya.

Kajian NEA mendapati hanya 17,000 kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat benar-benar minat membaca sepanjang tempoh 20 tahun sejak 1982. Itupun terhad kepada bahan seperti novel, cerita pendek dan sajak. Bahan ilmiah berbentuk serius dan berat kurang mendapat perhatian dan jatuh 28 peratus dalam tempoh itu. Kajian itu turut mendedahkan hanya 57 peratus penduduk di negara maju minat membaca. Baki yang tidak berminat terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan terpinggir, berpendapatan rendah dan sudah berusia.

Kajian itu turut mendapati setiap tahun, kejatuhan sebanyak empat peratus di kalangan pembaca di negara maju dan senario itu semakin membimbangkan berikutan tiada peningkatan peratusan bagi pembaca baru. Pengerusi NEA, Dana Gioia, berkata sesiapa yang sukakan sastera atau menimbangkan nilai budaya dan intelektual pasti bimbang dengan situasi ini kerana bahan bacaan bercetak sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Menurutnya, kebanyakannya beralih kepada hobi menonton televisyen, Internet dan pelbagai permainan video berbanding membaca bahan bacaan bermutu walaupun untuk tempoh yang singkat.

"Ini natijahnya apabila teknologi mula menguasai dunia.

Namun, menyalahkan teknologi bukan penyelesaian kerana kita perlu bersedia menerima perubahan dunia.

"Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk suka membaca, ia harus datang sendiri dan ikhlas. Ramai pihak keliru kerana beranggapan membaca sesuatu yang wajib dilakukan sedangkan tabiat itu bukan paksaan.

Page 12: Budaya Membaca

"Siapa, bagaimana bentuk bacaan atau tujuannya tidak penting sebaliknya kesedaran dan keinginan membaca itu perlu ditekankan," katanya.

"Transaksi ilmu bukan berlaku dalam tempoh yang lama.

Justeru, jika tiada usaha untuk menambah pengetahuan, ia akan terhenti dan menyumbang kepada kegagalan.

"Kesannya, bukan saja ditanggung satu generasi malah berterusan melainkan ada perubahan kepada generasi berikutnya.

"Bayangkan apa yang bakal berlaku jika generasi berkenaan terus leka, tidak mahu menambah ilmu atau tiada ruang menambah pengetahuan," katanya.

Kebimbangan itu turut melanda golongan cendekiawan terutama kecenderungan membaca bahan bacaan kurang bermutu. Profesor di Bennington College and New York University, David Lehman, berkata masyarakat harus membuka minda dan melihat kepentingan membaca sebagai menu utama kehidupan. Menurutnya, tanpa bahan bacaan bermutu, budaya atau warisan sesebuah masyarakat akan terasing dan segala usaha termasuk pengajian ilmu di sekolah hanya membuang masa.

"Membaca dapat membantu seseorang melihat dunia dan kehidupan secara keseluruhan dan memahami keinginan masyarakat luar.

"Masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang atau kedudukan perlu menggunakan peluang itu menambah pengetahuan dan meningkatkan harga diri," katanya.

Bagi penyunting buku kanakkanak, Leonard Marcus, kaedah memupuk minat membaca perlu diubah kepada cara lebih menarik dan tidak membosankan.

"Ramai di kalangan pelajar menganggap membaca sesuatu yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada konsep pemahaman, mengingati jalan cerita dan susunan ayat.

"Bagi golongan muda, mereka mahu bahan bacaan bertenaga, penuh ilustrasi dan mampu memberi kepuasan.

"Bagi mempertingkatkan minat golongan dewasa, anjakan sama perlu dilakukan kerana bacaan sarat dan berbelit kini kurang mendapat perhatian," katanya.

Utusan Malaysia: Majalah Membentuk Budaya Membaca

May 12th, 2008 Visited 1924 times, 1 so far todayPosted in Artikel Luar by Najibah

Page 13: Budaya Membaca

Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM

MEMBACA adalah pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang.

Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah majalah. Maka lambakan majalah di pasaran adalah satu petanda yang sihat.

Majalah selalunya diterbitkan setiap bulan. Fokus setiap majalah adalah berlainan dan unik setiap satunya.

Misalnya, ada majalah yang membicarakan tentang dunia Islam. Ada juga yang menjadikan artis dan hiburan sebagai fokus utama.

Tidak kurang juga yang menjadikan sesebuah hobi itu sebagai fokus utama mereka, seperti hobi fotografi, kereta dan sebagainya.

Bagi masyarakat Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran sesebuah majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca.

Kemungkinan salah satu sebab utama untuk tidak membaca ialah kerana kesuntukan masa yang seringkali dikaitkan dengan kerja dan kesibukan kehidupan di kota-kota.

Letih

Buku-buku tebal yang kurang nampak menarik juga menjadi antara faktor ‘malas membaca’ kerana minda yang letih setelah kepenatan bekerja.

Jadi seharusnya disediakan satu bentuk alternatif. Majalah yang ditulis ringkas, padat dan menarik adalah antara pilihan yang terbaik. Ia bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan foto-foto berwarna-warni akan menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Sudah tentu, ia boleh dibawa ke mana-mana. Sambil menunggu bas, atau semasa berada di LRT, majalah lebih mudah dibawa dan dibaca.

Isu-isu yang menjadi fokus setiap bulan juga perlu lebih bijak ditulis. Ada juga majalah yang menjadikan isu-isu semasa di dalam masyarakat sebagai fokus utama mereka. Ia perlu dikupas dengan ilmu.

Teori-teori ‘berat’ yang selalunya berada di dalam sesebuah buku tebal perlu dikupas bersesuaian dengan sesuatu isu, dan tentunya ia perlu ditulis secara bijak di dalam sesebuah majalah.

Hal ini akan menjadikan membaca sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat.

Kemungkinan masyarakat kita yang lebih terarah kepada hiburan dan artis, yang menyebabkan majalah-majalah berunsur hiburan begitu laku. Sama ada yang berbahasa Melayu mahupun yang berbahasa asing.

Page 14: Budaya Membaca

Hobi

Manakala majalah-majalah yang memfokuskan hobi sebagai subjek utama mereka juga tidak boleh dilihat dari sebelah mata sahaja. Ia begitu penting sebagai makanan utama kepada perkembangan hobi mereka.

Hobi, yang seringkali dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang juga boleh dikategorikan sebagai salah-satu kaedah untuk menenangkan kekusutan.

Untuk memastikan sesebuah masyarakat membaca, pelbagai kaedah yang kreatif, mudah dan murah perlu sentiasa diperkenalkan. Tentunya majalah boleh menjadi jenteranya.

Apabila sesuatu tulisan itu dapat menarik pembacanya, tidak mustahil bagi pembaca-pembaca yang inginkan lebih maklumat mengenai sesuatu perkara yang telah diperbincangkan di dalam majalah tersebut akan mencari punca-punca kepada idea-idea penulisan itu.

Sudah tentu buku adalah rujukan terakhir mereka. Seterusnya akan memungkinkan buku-buku akan dibaca.

Cuma, penerbit majalah perlu lebih peka dengan matlamat utama penerbitan sesuatu majalah itu. Sudah tentu matlamat utama kepada sesebuah penerbit ialah untuk keuntungan.

Tetapi, sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, tentunya masyarakat dan ilmu seharusnya menjadi matlamat utamanya.

Page 15: Budaya Membaca

Budaya membaca perempuan Aceh rendah WASPADA ONLINE, 18 Juni 2009

BANDA ACEH - Kepala Badan Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Provinsi Aceh, Raihan Putri, mengatakan, kaum perempuan di Aceh kurang membaca buku karena waktunya lebih banyak dihabiskan untuk mengurus pekerjaan rumah tangga. "Budaya membaca perempuan di Aceh rendah," ungkap Raihan Putri pada pembukaan pelatihan ketrampilan bagi perempuan korban konflik dari Aceh Besar, di kantor Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Aceh, Lambhuk, Banda Aceh, tadi siang.Menurut Raihan, minat baca perempuan di Aceh rendah tersebut merupakan hasil penelitian bukan mengada-ada. "Ini hasil penelitian saya. Perempuan di Aceh banyak menghabiskan waktu mengurus pekerjaan rumah tangga dan anak-anaknya," tegasnya lagi.

Untuk menumbuhkan minat baca perempuan Aceh, katanya, butuh dukungan kaum laki-laki. Maksudnya, ada kerjasama yang baik antara laki-laki dan perempuan dalam rumah tangga. Rendahnya minat baca perempuan ini juga tidak terlepas juga dari budaya patrialkhat di Aceh, tandasnya..

Pengalamannya, ungkap Raihan, ketika dirinya menghadiahkan sebuah buku kepada seorang teman perempuan terkesan kurang berkenan diberikan buku. "Ia lebih senang diberikan hadiah semacam bross misalnya," ujarnya yang menyebutkan perempuan Aceh juga kurang ketrampilan.

Pelatihan ketrampilan korban konflik tersebut diikuti 25 orang perempuan yang umumnya janda dari Aceh Besar. "Ibu-Ibu yang mengikuti pelatihan ini merupakan orang-orang yang diseleksi. Jadi sangat beruntung mendapat kesempatan, karena masih banyak kaum perempuan yang nasibnya seperti ibu-ibu di Aceh," tukasnya.

Karena itu, pihaknya berharap para peserta untuk serius mengikuti pelatihan ketrampilan menjahit dengan pelatih dari Fakultas Keguruan dan Ilmu Pengetahuan (FKIP) jurusan PKK Unsyiah. "Apalagi di akhir pelatihan akan diberikan modal kerja, dan bantuan ini akan dipantau oleh tim," tandas Raihan.

Selain diberikan modal usaha, kepada peserta pelatihan yang dilaksanakan selama empat hari tersebut juga diberikan seperangkat alat shalat. "Ini amanah dan harus disyukuri, karena siapa yang mensyukuri nikmatnya akan ditambah," demikian Raihan.

Page 16: Budaya Membaca

Ortu Berperan Besar Bangun Budaya Membaca!

Shutter StockKuncinya adalah orangtua memberi teladan pada anaknya untuk mengenalkan budaya membaca sejak dini. Orangtua juga mesti senang membaca.

/Artikel Terkait:

Perpustakaan Layanan Anak Masih Minim Awas, Jangan Salah Langkah Tumbuhkan Minat Baca! Ibumu, Perpustakaan Pertamamu!

Jumat, 31 Juli 2009 | 11:35 WIBJAKARTA, KOMPAS.com – Anak zaman modern memiliki kecenderungan jauh dari dunia aksara. Budaya membaca dan menulis terus tergencet oleh banyaknya tawaran digital dan audio-visual yang jauh lebih menarik. Belum lagi, banyaknya tuntutan studi yang dibebankan kepada si anak. ”Mana sempet,” begitu mereka beralasan.Namun, ketika ditelisik lebih jauh, alasan tersebut mungkin ada benarnya. Anak-anak Indonesia saat ini kerap dibayangi ketakutan akan ketidaklulusan, tak mencapai batas ketuntasan, ataupun jika sudah lulus masih takut, akan diterima di sekolah lanjutan yang diidamkan atau sebaliknya. Menurut Rudi Putranto, Ahli Penyakit Dalam FKUI Devisi Psikosomatik, hal tersebut bisa menimbulkan stres dan sakit psikosomatis. Namun sebaliknya di pihak sekolah, demi menjaga reputasi dan nama baik mereka menjejali anak didiknya dengan materi-materi ”bergengsi”. Ya, sedini mungkin anak sudah diajari Bahasa Inggris dan Matematika. Bahkan, orangtua pun tidak mau kalah. Selepas si anak sekolah, ada bermacam jenis les yang mesti mereka hadapi.”Tema-teman Nilam jadinya banyak yang enggak suka bahasa Indonesia,” kata Nilam Zubir (13), penulis buku The Diary of Nilam Zubir, saat peluncuran bukunya di Jakarta (30/7).Nilam, mungkin satu dari sedikit anak Indonesia yang ”terselamatkan”. Dia tidak terjebak oleh kehidupan formal anak-anak sekolah. Sejak TK, orangtuanya membiarkan imajinasinya liar mengikuti tiap cerita yang ia baca. Bahan bacaan yang telah dicerna lalu dituangkannya ke dalam bentuk tulisan. ”Mulai TK, Nilam dibiasakan menulis lima paragraf, supaya mereka, para orangtua tahu apa yang Nilam kerjakan. Soalnya mereka sering bepergian,” ungkapnya.Mulai dari situlah, gadis kecil kelahiran Cinere 8 Maret 1996 ini menapaki dunia jurnalisme. Pengalamannya mewawancarai pejabat tinggi negara dibukukan dengan judul Pengalamanku

Page 17: Budaya Membaca

Mewawancarai Pejabat Tinggi Negara. Ia mendapatkan kesempatan tersebut tatkala menjadi presenter program Swara Anak, sejak kelas 1 SD.Tidak hanya itu. Menjadi pembaca acara pun Nilam lakoni, bahkan menjadi pemain sinetron dan film. Belum lagi les bimbel, les wushu, les privat piano, les menari, serta olah vokal yang masuk ke dalam jadwalnya. Namun yang menarik dari semua itu, Nilam tetap memandang semua pelajaran sekolah sebagai yang utama.“Nilam tidak tertekan dengan banyak kegiatan itu, yang jelas Nilam tetap membaca dan menulis,” tutur penggemar pelajaran Bahasa Indonesia ini.Sulitnya Mencari Sosok NilamMenurut sastrawan K.Usman, komentator buku Nilam, sulit di zaman sekarang menemukan anak-anak seperti Nilam. Kesempatan mereka membaca dibajak oleh kesibukan berbasis pelajaran-pelajaran sekolah. Selepas sekolah ada les dan tawaran televisi, dan game online. ”Oleh karena itu kuncinya adalah bagaimana orangtua memberi teladan pada anaknya untuk mengenalkan budaya membaca sejak dini. Orangtua juga mesti senang membaca,” tutur Usman. Tanpa peran orangtua, ia melanjutkan, sulit bagi generasi muda kita gemar membaca. Buku-buku yang diterbitkan banyak terpaku pada kurikulum. Menurutnya, kurikulum mesti diperbaiki, karena kurang mendorong kreatifitas.Terkait peran orangtua, pada kesempatan yang sama, Cri Puspa Dewi Motik Pramono memberi kesaksian. Demi membiasakan cucunya membaca, Dewi tiap hari membaca dan membacakan cerita untuk mereka. ”Ketika saya membacakan cerita, saya juga mengekspresikan apa yang saya baca sehingga menarik. Harapannya, hal ini akan lebih menarik daripada mereka menonton televisi,” ucap Dewi.Televisi memang menjadi penghambat lain dalam membangun budaya membaca dan berkreativitas. Dewi pun menegaskan, bahwa orangtua mesti mengambil peran yang lebih besar untuk mengendalikan pengaruh televisi dan terus membangun suasana membaca di rumah. “Kita tidak bisa mengendalikan penyaringan, baik dari pemerintah maupun dari stasiun televisi. Kita yang mesti pro aktif,” papar Dewi.Dalam hal ini, Nilam, kelas VII SMPN 68 Jakarta, menjadi bukti konkret. Bahwa, kemampuannya menulis tidak terlepas dari kegemarannya membaca, walaupun di lingkungannya tidak banyak yang suka membaca. ”Membaca dan menulis tidak pernah lepas, kalau mau mulai membaca, baca yang kalian suka. Boleh baca komik, lalu nanti baca buku sastra, itu akan memperkaya pengetahuan dan cinta bahasa kita sendiri,” ajak Nilam.Kehadiran Nilam, penggemar Pramoedya Ananta Toer ini, menambah deret penulis cilik Indonesia. Sebelumnya ada Ramya Hayasrestha Sukardi (10), penulis buku 'Dunia Es Krim' yang telah lima kali cetak ulang.Selain itu, ada juga Ahmad Ataka Awalul Rizki (17). Ahmad menulis sejak SD. Salah satu karyanya adalah novel trilogi 'Misteri Pedang Skinheld'.Mereka tetap ada dan mampu berekpresi di tengah tekanan studi di sekolah maupun di luar sekolah. Mereka tetap berkarya sekalipun banyak tawaran menarik dari acara televisi, atau game online.'The Diary of Nilam', yang berisi "curhat" kegiatan keseharian anak pasangan Zubir Dahlan-Nina Triastuti sebanyak 102 halaman ini, menjadi bukti kuatnya komitmen orangtua dalam mendidik anak-anaknya. Dan tentu saja, tentang kejujuran anak dalam mengembangkan dirinya. ”Ayo anak-anak muda menulislah, karena dengan menulis cinta kita pada sastra dan Bahasa Indonesia akan membuat kita semakin mencintai tanah air,” tandas si bungsu.

Page 18: Budaya Membaca

MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KAMPUS

MembacaApa yang terlintas dalam benak kita ketika mendengar kata itu? Sebagian ada yang berfikir membaca adalah kegiatan yang membosankan. Ada juga yang mengatakan bahwa membaca hanya menyita waktu, tenaga dan pikiran. Bahkan ada yang berasumsi bahwa membaca bukanlah kegiatan yang bermanfaat karena tidak menghasilkan materi. Padahal, kalau kita mau berpikir kritis, kita akan menemukan begitu banyak manfaat dari kegiatan membaca. Dengan membaca suatu bacaan, seseorang dapat menerima informasi, memperdalam pengetahuan, dan meningkatkan kecerdasan. Pemahaman terhadap kehidupan pun akan semakin tajam karena membaca dapat membuka cakrawala untuk berpikir kritis dan sistematis. Hanya dengan melihat dan memahami isi yang tertulis di dalam buku pengetahuan maupun pelajaran, membaca bisa menjadi kegiatan sederhana yang membutuhkan modal sedikit, tapi menuai begitu banyak keuntungan.

Kebiasaan membaca adalah ketrampilan yang diperoleh setelah seseorang dilahirkan, bukan ketrampilan bawaan. Oleh karena itu kebiasaan membaca dapat dipupuk, dibina dan dikembangkan. Bagi negara – negara berkembang aktivitas membaca pada umumnya adalah untuk memperoleh manfaat langsung. Untuk tujuan akademik membaca adalah untuk memenuhi tuntutan kurikulum sekolah atau Perguruan Tinggi. Buku sebagai media transformasi dan penyebarluasan ilmu dapat menembus batas – batas geografis suatu negara, sehingga ilmu pengetahuan dapat dikomunikasikan dan digunakan dengan cepat di berbagai belahan dunia. Semakin banyak membaca buku, semakin bertambah wawasan kita terhadap permasalahan di dunia. Karena itulah buku disebut sebagai jendela dunia.

Manfaat Perpustakaan

Salah satu unsur penunjang yang paling penting dalam dunia pendidikan tinggi adalah keberadaan sebuah perpustakaan. Adanya sebuah perpustakaan sebagai penyedia fasilitas yang dibutuhkan terutama untuk memenuhi kebutuhan civitas akademik ( Dosen, Staf dan Mahasiswa ) akan sangat dirasakan manfaatnya oleh masyarakat kampus itu sendiri. Didalam penulisan artikel ini, penulis ingin mengkhususkan pembahasan kepada salah satu bagian dari masyarakat kampus yaitu mahasiswa.

Seperti kita ketahui bersama, salah satu tujuan utama penyelenggaraan kegiatan belajar di Perguruan Tinggi adalah untuk menciptakan sumber daya manusia yang berkualitas, bukan sekedar memenuhi jumlah minimal SKS yang dibebankan lantas mendapatkan ijazah dan gelar akademik atau profesi. Seseorang akan dikatakan berkualitas apabila ia mempunyai wawasan luas dan mendalam serta tanggap terhadap perkembangan ilmu pengetahuan khususnya pada bidang yang digelutinya.Seorang mahasiswa yang ingin mencapai sukses dalam studinya harus mempunyai strategi khusus dalam memanfaatkan waktu untuk belajar semaksimal mungkin dan senantiasa memprediksi lima atau enam tahun kedepan, pada saat mana ia meninggalkan Perguruan Tinggi dan mengaplikasikan ilmunya dilapangan. Perlu diingat bahwa, belajar mandiri (self education) adalah ciri khas belajar di Perguruan Tinggi, ini berarti bahwa inisiatif untuk belajar aktif dituntut lebih banyak pada mahasiswa, salah satunya dengan memanfaatkan waktu yang tersisa di perpustakaan.

Page 19: Budaya Membaca

Manfaat perpustakaan sangat penting untuk mengasah kemampuan analisis dan pendalam materi perkuliahan. Perpustakaan memiliki bahan pustaka yang beraneka ragam jenisnya. Buku-buku sebanyak mungkin harus dibaca, baik buku yang dianjurkan dosen maupun buku lain yang tidak dianjurkan. Disarankan agar mahasiswa tidak membatasi diri hanya membaca buku yang dianjurkan dosen tetapi bacalah buku mengenai fenomena yang sama sebanyak mungkin, karena pandangan dari banyak pakar dengan membaca berarti memperluas wawasan kita mengenai objek studi yang kita pelajari.

Kurangi Tradisi Lisan, Tingkatkan Tradisi membaca

Di era globalisasi dengan kemajuan teknologi, kebanyakan orang cenderung mendengar dan berbicara ketimbang melihat diikuti membaca. Di lembaga – lembaga pendidikan pun tradisi lisan mendominasi proses belajar mengajar sehingga minat baca dan ingin memiliki buku-buku ilmu pengetahuan bukanlah prioritas utama atau sama sekali tidak difungsikan secara efisien. Kenyataan menunjukkan adanya dua alternativ pilihan yakni ketika orang dihadapkan dengan buku-buku ilmu pengetahuan dan tayangan film menarik, orang akan cenderung melelahkan indra penglihatan (mata) untuk menonton film berjam – jam daripada membaca buku-buku ilmu pengetahuan.

Membaca buku-buku ilmu pengetahuan disertai dengan menulis sangat berarti karena mengurangi beban memori ingatan kita. Ilmu pengetahuan hanya dapat diciptakan oleh mereka yang sama sekali terserap dengan aspirasi menuju kebenaran dan pemahaman. Dalam masyarakat pembaca, selalu terkandung pemikiran bahwa dikala orang telah membaca dan menguasai isi ilmu pengetahuan, orang sering sudah menganggap telah menjadi ilmuwan atau peneliti yang hebat. Salah satu etika moral seorang ilmuwan adalah memiliki kesadaran bahwa dia baru mengetahui sebagian dari ilmu itu. Menjadi ilmuwan bukanlah menjadi orang serba tahu, tetapi menjadi orang yang dituntut untuk belajar secara terus – menerus dengan jalan banyak membaca buku-buku ilmu pengetahuan. Svami Vivekanda seorang tokoh ilmuwan terkenal mengatakan ilmu pengetahuan dan agama akan bertemu dan berjabat tangan, puisi dan filsafat akan menjadi kawan. Apabila kita dapat mewujudkanya, kita dapat yakin bahwa ia akan terjadi selama – lamanya dan bagi semua orang.

Kurangilah tradisi lisan, mendengar dengan membaca dan menulis, tukarkan pembelian barang-barang yang tak memberi input bermakna dengan membeli buku-buku ilmu pengetahuan, luangkanlah waktu sejenak dengan membaca di perpustakaan karena masa depan kita ditentukan masa hari ini dan masa hari ini ditentukan masa yang lampau. Kesemuanya diharapkan dapat mengaktualisasikan makna saraswati dengan arif dan bijaksana sehingga dapat mendatangkan dampak positif ke arah kemajuan. Oleh karena itu, jadikanlah budaya membaca bagian dari kehidupan kita yang tak akan terpisahkan.*

budaya membaca rakyat Malaysia

Page 20: Budaya Membaca

Berdasarkan statistik dari Jabatan Statistik Negara 2008, kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi. Kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas adalah 93.2 peratus. Ini mungkin kerana reformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara dan juga mungkin disebabkan wujudnya Dasar Buku Negara (DBN). Peningkatan amalan dan tabiat membaca warga Malaysia merupakan satu kejayaan besar negara ke arah meningkatkan literasi rakyat Malaysia.

Berbanding 2005, dimana profil pembaca mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca (sekadar dua buah buku setahun!). Bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar, 3 peratus membaca majalah dan buku manakala 1.6 peratus membaca komik. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan berbanding dengan rakyat negara maju yang lebih gemar kepada bahan bacaan yang lebih berat termasuk generasi muda mereka.

Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia masih berada di belakang negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Jerman yang mana kadar literasi dinegara-negara tersebut adalah amat tinggi sehingga 99 peratus. Menjadi kelaziman apabila sesebuah negara semakin maju, rakyatnya dilihat semakin gemar membaca dan Malaysia menunjukkan komitmennya untuk menuju negara maju. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding dikedudukan ke 56 pada tahun 2008. Sebagai sebuah negara yang menyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar, pihak kerajaan serta rakyat Malaysia seharusnya lebih bersemangat untuk merealisasikan agenda tersebut di Malaysia.