BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA filebudaya tekno-da’i dalam kalangan mahasiswa :satu...

29
BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA filebudaya tekno-da’i dalam kalangan mahasiswa :satu...

BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA :

SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA :

SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap: Nama Penyelia :

BLOK C-12-10, PPR KERINCHI, DR. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI

JLN. PANTAI PERMAI, 59200,

PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR.

TEL: 013-2569354 / 013-9430663

Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI

Tarikh : 16 MEI 2011

BUDAYA TEKNO-DA’I DALAM KALANGAN MAHASISWA :

SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA

Tarikh : 16 MEI 2011

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW

Dan Seluruh Ahli Keluarganya.

Setinggi-tinggi Penghargaan Buat :

Ibunda dan Ayahanda Tercinta,

Faridah Binti Yusoff

Yahya bin Mat Husin

Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu,

Mengandung, Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku,

Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa Kini,

Doa Dan Restumu,

Tetap Menjadi Sumber Inspirasi & Motivasi Kejayaanku,

Buat Selama-lamanya.

Buat Kekanda-kekandaku,

Rabiatul Adawiyah dan Mohd Syarifful Sallam, Serta Adinda-adindaku,

Abdul Hakim, Mohd Firdaus, Mohd Hafizuddin dan Nabilah,

Hidup Ini Penuh Dengan Ranjau Yang Berliku,

Hanya Keimanan & Ketaqwaan Sebagai Bekalan,

Untuk Kalian Menempuh Setiap Cabaran Mendatang.

Khas Buat Adinda-adindaku,

Mohd Fitri & Mohd Naim,

Yang Telah Lama Pergi Menyahut Seruan Ilahi,

Semoga Roh Kalian Berdua Dicucuri Rahmat,

Dan Mendapat Tempat Di Sisi Allah SWT Dunia dan Akhirat.

Buat Para Guru dan Pensyarah,

Jasamu Akan Ku Kenang Sepanjang Masa,

Kerana Menyinari dan Menyuburkan Diri Ini,

Dengan Didikan Yang Tidak Pernah Kunjung Padam,

Bagi Menjadikan Diri Ini Insan Berguna,

Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.

Buat Teman Seperjuangan,

Hargailah Persahabatan Yang Sekian Lama Terjalin Antara Kita,

Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Di Dalam Diari Hati Ini,

Teruskan Perjuangan Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha

Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan izin

serta limpah kurnia-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat

disiapkan dengan jayanya hingga noktah terakhir.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Dr.

Hj. Mohd Ismail Bin Mustari selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing

dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Begitu juga, buat pihak Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) kerana memberikan peluang yang seluas-luasnya untuk

menjalankan kajian projek ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua mahasiswa Tahun Empat,

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, UTM

kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam proses menyiapkan kajian ini.

Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam segala

hal yang dilakukan. Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak

memberi semangat dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh para

pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan serta pihak-pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Semoga segala usaha, pengorbanan, komitmen, kerjasama dan pengalaman yang

dikongsikan, diberkati Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang Maha Berkuasa

membalasnya. Semoga hasil daripada kajian ini memberi manfaat kepada semua

pihak dan pencinta khazanah ilmu.

v

ABSTRAK

Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini sama ada media elektronik mahupun

media cetak, para pendakwah khususnya dalam kalangan mahasiswa harus

meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi (ICT)

sebagai salah satu pendekatan dakwah semasa. Kajian ini dijalankan untuk

mengetahui persepsi, kepekaan mahasiswa dan faktor-faktor yang membentuk

perkembangan budaya tekno-da’i dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan,

UTM khususnya kepada mahasiswa tahun akhir 4 SPI. Responden yang terlibat di

dalam kajian ini adalah seramai 68 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah set

soal selidik yang mengandungi 51 item soalan telah dianalisis secara deskriptif untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min menggunakan perisian Statistical

Package for The Social Sciences 15.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ialah α = 0.847. Objektif pertama berkaitan persepsi mahasiswa 4 SPI

terhadap budaya tekno-da’i mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.29. Manakala,

objektif kedua mengenai kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da’i juga

mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.11. Objektif ketiga pula berkaitan faktor-

faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-da’i dalam kalangan

mahasiswa, juga memperolehi nilai min yang tinggi iaitu 4.13. Pada akhir kajian

disertakan cadangan khususnya kepada mahasiswa agar menguasai teknologi ICT

dan menitikberatkan penyebaran dakwah kepada seluruh umat manusia.

Kesimpulannya, harapan penyelidik agar kajian yang dijalankan ini dapat

memberikan manfaat yang baik kepada semua pihak.

vi

ABSTRACT

In keeping with development of latest technology whether electronic media or

printed media, missionaries especially among students should increase themselves

with knowledge and master technology (ICT) as a current dakwah approach. This

research was conducted is to determine perception, sensitivity of students and factors

that shaping the development tekno-da’i cultures among students of Faculty of

Education, UTM especially for final year students 4 SPI. Respondents that involved

in this research are 68 people. Research instrument that used is set of questionnaires

containing 51 item questions were analyzed to obtain descriptive value of frequency,

percentage, and mean using the Statistical Package for Social Sciences 15.0 for

Windows. Questionnaire reliability value is α = 0.847. The first objective is about

perception of students 4 SPI to the tekno-da’i cultures got the high value of 4.29

mean. While, the second objective about the sensitivity of students 4 SPI to the

tekno-da’i cultures also showed the high value of 4.11 mean. The third objective is

about the factors that shaping the development tekno-da’i cultures among students,

also showed the high value of 4.13 mean. At the end of this research included

recommendations especially for undergraduates to control the ICT technology and

emphasize preaching spread to all humanity. In conclusion, researcher hope so that

study that was conducted could give many benefits to all parties.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Kesimpulan 15

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Pengertian Budaya Tekno-Da’i 16

2.3 Ciri-Ciri Pendakwah 20

2.3.1 Keikhlasan 20

2.3.2 Ilmu Pengetahuan 21

2.3.3 Seruan Kembali Kepada Al-Quran Dan Al-Sunnah 21

2.3.4 Menggunakan Hikmah Dalam Dakwah 22

2.3.5 Beramal Dengan Apa Yang Diperkatakan 22

2.3.6 Aktif Dan Berkesan Dalam Penyampaian Dakwah 23

2.3.7 Menerima Kebenaran 23

2.3.8 Memberi Nasihat Dan Bersabar Apabila Disakiti 24

2.3.9 Pasti Dalam Sesuatu Perkara 24

2.4 Teknologi Dalam Dakwah 25

2.4.1 Televisyen Dan Radio 26

2.4.2 Internet 26

2.4.3 Multimedia 28

2.4.4 Buku, Majalah Dan Akhbar 29

2.5 Faktor-Faktor Yang Membentuk Perkembangan Budaya

Tekno-Da’i 30

2.5.1 Pengaruh Ledakan Teknologi Maklumat 31

2.5.2 Isu Globalisasi 31

2.5.3 Kehilangan Jati Diri Dan Pegangan Agama 32

2.5.4 Perubahan Sosial Dan Gaya Hidup 32

2.5.5 Media Massa Yang Merosakkan 33

2.5.6 Serangan Pemikiran Oleh Musuh-Musuh Islam 34

2.5.7 Kemudahan ICT Yang Mudah Diperolehi 34

2.5.8 Kemahiran Dan Pengetahuan Tentang ICT 35

2.5.9 Harga 36

2.5.10 Galakan Ibu Bapa 36

2.5.11 Pengaruh Rakan Sebaya Dan Minat Dalam Diri

Mahasiswa 37

2.5.12 Pengaruh Budaya Persekitaran 38

ix

2.6 Peranan Tekno-Da’i Dalam Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi 38

2.7 Kajian Lepas 42

2.8 Kesimpulan 44

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46

3.5 Instrumen Kajian 47

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 48

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 50

3.6 Prosedur Kajian 51

3.6.1 Kajian Rintis 51

3.6.2 Kajian Sebenar 52

3.7 Analisis Data 53

3.8 Jangka Masa Kajian 54

3.9 Kesimpulan 55

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 56

4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 57

4.3 Analisis Data Bahagian B, C dan D 65

4.3.1 Analisis Data Bahagian B : Persepsi Mahasiswa

4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da’i Dalam

Kalangan Mahasiswa 65

4.3.2 Analisis Data Bahagian C : Kepekaan Mahasiswa

4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da’i Dalam

Kalangan Mahasiswa 72

x

4.3.3 Analisis Data Bahagian D : Faktor-faktor

Yang Membentuk Perkembangan Budaya

Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 79

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 86

4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap

Budaya Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 87

4.4.2 Mengenalpasti Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap

Perkembangan Budaya Tekno-Da’i Dalam Kalangan

Mahasiswa 89

4.4.3 Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Membentuk

Perkembangan Budaya Tekno-Da’i Dalam Kalangan

Mahasiswa 91

4.5 Kesimpulan 94

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 95

5.2 Perbincangan 95

5.2.1 Latar Belakang Responden 96

5.2.2 Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya

Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 99

5.2.3 Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya

Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 102

5.2.4 Faktor-Faktor Yang Membentuk Perkembangan

Budaya Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 105

5.3 Rumusan 108

5.4 Cadangan Tindakan 108

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111

5.6 Kesimpulan 111

RUJUKAN 113

LAMPIRAN 120

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Populasi Kajian Mahasiswa SPI 47

3.2 Jumlah Sampel Kajian Mengikut Jantina 47

3.3 Peringkat-Peringkat Skala Likert 49

3.4 Pembahagian Item Soalan Mengikut Klasifikasi

Persoalan Kajian 50

3.5 Kelas Skala Bagi Min Untuk Tahap Persetujuan 53

3.6 Pengkelasan Maklum Balas 54

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 58

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Masuk

Ke UTM 59

4.4 Taburan Responden Mengikut Sekolah / IPT

Terdahulu Sebelum Memasuki UTM 59

4.5 Taburan Responden Mengikut Keaktifan

Penggunaan Laman Sosial Dan ICT 60

4.6.1 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Friendster 61

4.6.2 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Twitter 61

4.6.3 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Facebook 61

4.6.4 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Laman Blog 62

4.6.5 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Laman Web 62

xii

4.6.6 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

My Space 63

4.6.7 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial

Melalui Mel Elektronik 63

4.6.8 Taburan Responden Dalam Penggunaan ICT : Multimedia 63

4.6.9 Taburan Responden Dalam Penggunaan ICT : Telefon

Bimbit 64

4.6.10 Taburan Perbandingan Peratusan Keaktifan Responden

Dalam Penggunaan Laman Sosial Dan ICT 64

4.7 Taburan Skor Bagi Item B1 65

4.8 Taburan Skor Bagi Item B2 66

4.9 Taburan Skor Bagi Item B3 66

4.10 Taburan Skor Bagi Item B4 67

4.11 Taburan Skor Bagi Item B5 67

4.12 Taburan Skor Bagi Item B6 68

4.13 Taburan Skor Bagi Item B7 68

4.14 Taburan Skor Bagi Item B8 68

4.15 Taburan Skor Bagi Item B9 69

4.16 Taburan Skor Bagi Item B10 69

4.17 Taburan Skor Bagi Item B11 70

4.18 Taburan Skor Bagi Item B12 70

4.19 Taburan Skor Bagi Item B13 70

4.20 Taburan Skor Bagi Item B14 71

4.21 Taburan Skor Bagi Item B15 71

4.22 Taburan Skor Bagi Item C16 72

4.23 Taburan Skor Bagi Item C17 72

4.24 Taburan Skor Bagi Item C18 73

4.25 Taburan Skor Bagi Item C19 73

4.26 Taburan Skor Bagi Item C20 74

4.27 Taburan Skor Bagi Item C21 74

4.28 Taburan Skor Bagi Item C22 74

4.29 Taburan Skor Bagi Item C23 75

4.30 Taburan Skor Bagi Item C24 75

4.31 Taburan Skor Bagi Item C25 76

xiii

4.32 Taburan Skor Bagi Item C26 76

4.33 Taburan Skor Bagi Item C27 77

4.34 Taburan Skor Bagi Item C28 77

4.35 Taburan Skor Bagi Item C29 78

4.36 Taburan Skor Bagi Item C30 78

4.37 Taburan Skor Bagi Item D31 79

4.38 Taburan Skor Bagi Item D32 79

4.39 Taburan Skor Bagi Item D33 80

4.40 Taburan Skor Bagi Item D34 80

4.41 Taburan Skor Bagi Item D35 81

4.42 Taburan Skor Bagi Item D36 81

4.43 Taburan Skor Bagi Item D37 82

4.44 Taburan Skor Bagi Item D38 82

4.45 Taburan Skor Bagi Item D39 83

4.46 Taburan Skor Bagi Item D40 83

4.47 Taburan Skor Bagi Item D41 84

4.48 Taburan Skor Bagi Item D42 84

4.49 Taburan Skor Bagi Item D43 85

4.50 Taburan Skor Bagi Item D44 85

4.51 Taburan Skor Bagi Item D45 86

4.52 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa

4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da’i Dalam Kalangan

Mahasiswa 87

4.53 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Kepekaan

Mahasiswa 4 SPI Terhadap Perkembangan Budaya

Tekno-Da’i Dalam Kalangan Mahasiswa 89

4.54 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Faktor-Faktor

Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da’i Dalam

Kalangan Mahasiswa 91

4.55 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 94

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

FP Fakulti Pendidikan

ICT Information and Communication Technology atau Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK)

IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

IRC Internet Relay Chat

IT Information Technology atau Teknologi Maklumat

JAIN Jabatan Agama Islam Negeri

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JIM Jemaah Islah Malaysia

K Kekerapan

KS Kurang Setuju

MMS Multimedia Massages

NGO Non-Government Organisation atau Badan-badan bukan

kerajaan yang bersifat Islamik

RM Ringgit Malaysia

S Setuju

SAW Sallahu A’laihi Wasallam

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMS Short Massages

SMUA Sekolah Menengah Ugama (Arab)

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

xv

SPSS Statistical Package for Social Sciences

SS Sangat Setuju

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

YADIM Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia

xvi

SENARAI SIMBOL

% Peratus

N Populasi Kajian

n Sampel Kajian

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik Kajian. 120

B Surat Memohon Mendapatkan Maklumat Tahun

4 SPI Dan Jumlah Keseluruhan Mahasiswa Yang

Terdapat Di Fakulti Pendidikan Bagi Setiap Kursus. 131

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Dari

Fakulti Pendidikan Dan Data Maklumat Responden

4 SPI Bagi Fakulti Pendidikan Serta Jumlah

Keseluruhan Mahasiswa Yang Terdapat Di Fakulti

Pendidikan Bagi Setiap Kursus. 133

D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Kertas

Kerja Seminar Tekno-Da’i Daripada IKIM

Dan Resit Pembelian. 139

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Dakwah bererti seruan, ajakan dan panggilan ke jalan Allah SWT semata-

mata untuk mengesakan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Untuk

melaksanakan dakwah tersebut perlu ada sebahagian atau segolongan umat manusia

khususnya Umat Islam yang menjalankan kerja-kerja dakwah. Ia bagi memastikan

kesinambungan mata rantai perjuangan menyebarluaskan kefahaman tentang agama

yang diyakini dan diakui oleh Allah yang Maha Agung ini. Sebagaimana firman

Allah SWT yang berbunyi :

Terjemahannya :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru

(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan

menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

(Ali Imran, 3 : 104)

2

Menurut H. M. Asywadie Syukur (1982:1), dakwah ada beberapa tujuan :

1. Dakwah ditujukan kepada seluruh umat manusia pada umumnya dan kepada

umat Islam khususnya agar menyembah Allah SWT dan tidak mensyirikkan-

Nya dengan sesuatu pun.

2. Dakwah ditujukan kepada orang yang bersedia menerima Islam sebagai

agamanya, memurnikan keyakinannya hanya mengakui Allah sebagai

Tuhannya membersihkan jiwanya dari penyakit nifaq, dan selalu menjaga amal

perbuatan supaya tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.

3. Dakwah ditujukan kepada seluruh penduduk bumi ini untuk mengubah sistem

pemerintahan yang zalim yang dipimpin oleh orang yang zalim, yang selalu

membuat kerosakan di muka bumi, memindahkan kepemimpinan yang secara

teori, mahupun praktis dari tangan mereka ke tangan orang yang beriman

kepada Allah, hari akhirat, menjalankan ajaran agama dengan baik serta tidak

berlaku sombong.

Dakwah di dalam Islam tidak akan terhenti walaupun sedetik, meskipun

berlaku perubahan zaman, keadaan, masa, corak kehidupan sosial dan komunikasi

manusia. Orang mukmin lelaki dan perempuan perlu saling bantu-membantu dalam

mengembangkan dakwah tersebut. Ini jelas dinyatakan Allah SWT di dalam al-

Quran :

3

Terjemahannya :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;

mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada

berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan

memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu

akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,

lagi Maha Bijaksana.”

(At-Taubah, 9 : 71)

Dan firman Allah SWT lagi yang berbunyi :

Terjemahannya :

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang

dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh

berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala

perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman

kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli

kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang

semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.

(tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan

mereka: orang-orang yang fasiq.”

(Ali Imran, 3 : 110)

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi masa kini dikatakan mencabar iman umat Islam

terutama remaja malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media massa

sama ada media elektronik mahupun media cetak. Kalau suatu ketika dahulu kanak-

kanak dan remaja suka menonton televisyen atau video game, tetapi kini sukar

berenggang dengan Internet, berchatting, Facebook, laman-laman web, blogspot dan

seumpamanya.

Menurut Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam

ucapan seminar “Memperkasa Peranan Tekno-da’i : Cabaran dalam Pembangunan

dan Penggunaan ICT” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), beliau

menegaskan bahawa sebarang usaha berkaitan dakwah kepada orang ramai perlu

berlandaskan panduan yang digariskan dalam Islam. Sesuai dengan perkembangan

teknologi terkini, para pendakwah juga harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu

pengetahuan dan menguasai Information and Communication Technology (ICT).

Apabila pendakwah dapat menguasai teknologi tersebut, maka sudah pasti

sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja dan mereka yang banyak hidup

bergantung dengan ICT. Menurut beliau lagi, perlunya pendakwah teknologi ini

untuk menghampiri dan mendekati golongan techno-savvy atau masyarakat celik ICT

yang telah begitu selesa dengan perkembangan teknologi supaya mereka lebih

terbuka untuk mengenali dan memahami agama Islam dengan lebih mudah. Dengan

perkembangan teknologi masa kini juga, ia sedikit sebanyak boleh membantu usaha

dakwah para tekno-da’i dalam menyampaikan ajaran Islam, malah dengan lebih

pantas (Ahmad Baei Jaafar, Majalah Solusi, 2009:23-24).

Selaku seorang pendakwah yang berdakwah menggunakan rangkaian

teknologi komunikasi, mereka perlu mengetahui dan mengaplikasikan beberapa

metod dakwah dengan berkesan dalam segenap aspek kehidupan semasa.

Sebagaimana saranan Allah SWT dalam firman-Nya yang berbunyi :

5

Terjemahannya :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat

kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan

berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan

cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang

lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia

lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang

mendapat hidayah petunjuk.”

(An-Nahl, 16 : 125)

Menurut Syahrul N. Junaini, dan Sulaiman Kadikon (2008:1), ledakan ICT

hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah.

Berdakwah dengan kaedah digital nyata lebih mudah. Kelebihan teknologi Internet

menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dari dan ke mana jua

di pelosok dunia. Dalam hal ini, ICT harus diterima sebagai satu platform baru

dalam gerakan dakwah. Dengan membudayakan ICT dalam melengkapi kehidupan

harian, ummah akan dapat diperkasakan. Mereka akan menjadi modal insan yang

inovatif, kompetitif dan efektif. Kesemua ciri ini menjadi prasyarat kepada ummah

untuk bersaing di persada global yang saban hari menuntut persaingan. Kini,

kewujudan beribu-ribu laman web dan portal maklumat bercirikan Islam merupakan

satu sinar yang dijangka mampu menyuluh umat ini daripada kegelapan kejahilan.

6

Dengan perkembangan pesat peralatan teknologi komunikasi dan maklumat

sedikit sebanyak memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat Islam di

Malaysia. Perubahan sosial masa kini dan akan datang pada alaf baru perlu difahami

dan dihadapi dengan bijaksana oleh para pendakwah yang terlibat dalam

menjalankan aktiviti dakwah di alam maya atau alam siber. Dengan menggunakan

satu istilah baru iaitu “tekno-da’i” bagi pendakwah dalam teknologi maklumat, ia

merupakan suatu petanda baru dalam metod dan perkembangan dakwah kini.

Menurut Abdullah Muhammad Zin (2000:3-8), Malaysia dan dunia sedang

menghadapi perubahan yang pesat dari segi ekonomi, teknologi, pentadbiran dan

sistem nilai. Perubahan ini memberi kesan kepada pendakwah dan pengurusan

dakwah. Cabaran yang akan dihadapi oleh pendakwah dan pengurusan dakwah ialah

bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang telah berubah. Ini

disebabkan antara pendakwah dan masyarakat sering pengaruh-mempengaruhi.

Tambah beliau lagi, antara cabaran dakwah pada alaf baru ialah :

1. Media massa yang merosakkan ; media massa sama ada elektronik mahupun

bercetak yang merosakkan masyarakat ialah suatu cabaran dan halangan yang

melambatkan proses dakwah. Sistem komunikasi dan informasi yang canggih

seperti Internet sukar bagi pendakwah menanganinya kerana maklumatnya yang

tidak terbatas sama ada yang baik mahupun yang buruk.

2. Serangan Pemikiran ; musuh-musuh Islam tidak pernah jemu memburukkan

Islam melalui propaganda mereka. Gerakan Islam sering dikaitkan dengan

keganasan, pelampau dan pengacau. Keadaan ini menimbulkan kesulitan

kepada gerakan-gerakan Islam untuk menjalankan kegiatan mereka kerana

sering diberi gambaran buruk oleh musuh-musuh Islam sehingga akhirnya

menjauhkan masyarakat daripada mereka.

Berdasarkan rumusan daripada beberapa hasil kajian, menurut Iran Herman

(2000:87), golongan remaja memerlukan pemerhatian yang serius sama ada untuk

menjadi generasi pewaris pembangunan ummah ataupun untuk tujuan membimbing

7

mereka keluar daripada permasalahan yang sedang mereka alami sekarang ini. Sama

ada setuju atau tidak, golongan muda ini masih memerlukan bimbingan dan pandu

arah untuk menjadi manusia yang benar-benar mengenali diri mereka dan

menggunakan potensi mereka dengan sebaik mungkin.

Di sinilah, proses dan agenda dakwah perlu mengambil peranan dan diberi

perhatian yang serius oleh mahasiswa yang celik ICT. Remaja adalah sebahagian

daripada masyarakat umum. Justeru itu, pendekatan, kaedah (wasilah), dan cara

dakwah (uslub) perlu mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memenuhi metod

asas dakwah itu sendiri berdasarkan situasi dan keadaan semasa arus perubahan

zaman.

1.3 Pernyataan Masalah

Kepentingan golongan tekno-da’i untuk wujud dan memberi sumbangan kepada

dakwah Islamiah memang tidak dapat dipertikaikan. Sebagaimana menurut firman

Allah SWT :

Terjemahannya :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang

menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf

dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang

yang beruntung.”

(Ali Imran, 3 : 104)

8

Malah seperti yang dibincangkan tentang perkataan “minkum” dalam ayat 104

Surah Ali Imran, para ulama Islam seperti Ibn Kathir dan al-Razi bersetuju supaya

firqah dari umat Islam yang mempunyai kemahiran dakwah wajib diwujudkan

(Zulkiple Abd. Ghani, 2003:9). Jika tidak umat Islam keseluruhannya dianggap

berdosa. Kewujudan sekumpulan masyarakat Islam yang bersifat techno-centric

merupakan kumpulan sasaran baru yang perlu ditangani. Persoalannya, apakah di

Malaysia tidak terdapat orang-orang Islam yang mempunyai kemahiran dalam ICT?

Jawapannya tentulah kita mempunyai ramai tenaga sama ada secara individu, dalam

organisasi bukan kerajaan atau di institusi-institusi kerajaan. Begitu juga dengan

para pendakwah. Menurut Zulkiple Abd. Ghani (2003:9) lagi, apa yang kurang

ialah kita kekurangan pendakwah dan golongan teknologi yang mempunyai dan

menguasai kedua-dua kemahiran secara serentak. Tekno-da’i, khususnya yang

berkaitan ICT, dijangka akan mempunyai kemahiran untuk melakukan transformasi

mauduk dalam alam teknikal teknologi dan berkeupayaan tinggi untuk mewujudkan

rangkaian perkhidmatan media baru dalam bentuk industri sehingga mereka boleh

bersaing dan memimpin arus perdana masyarakat.

Dalam memahami tekno-da’i secara umum, ia dapat dikategorikan kepada dua

kategori iaitu pendakwah yang celik komputer dan pendakwah yang celik maklumat.

Pendakwah yang celik komputer di zaman ICT ini memang penting. Tiada persoalan

tentang kepentingannya. Namun begitu, darjah kepentingan pendakwah sepenuh

masa yang mengkhusus dalam ICT dan yang tidak mengkhusus dalam ICT pasti

berbeza, apatah lagi jika dibandingkan dengan pendakwah bukan sepenuh masa yang

berdakwah kerana tanggungjawab. Untuk menghasilkan golongan pertama, ia mesti

diusahakan menerusi pendidikan iaitu yang menggabungkan dua kurikulum serentak

iaitu kurikulum dakwah dan kurikulum komputer (Zulkiple Abd. Ghani, 2006:8).

Seterusnya menurut Zulkiple Abd. Ghani (2006:11) lagi, satu keperluan dalam

celik ICT ialah celik maklumat. Celik maklumat menuntut pendakwah mengetahui

bagaimana mengurus maklumat dengan berkesan terutama dalam tiga proses utama

iaitu mengumpul, memproses dan menyebarkan maklumat. Jika diteliti pengalaman

dakwah yang lalu, banyak medium atau alat yang digunakan. Contohnya, dalam kes

al-Quran, ia dikumpulkan dalam bentuk tulisan, kemudian dibukukan dengan

9

teknologi kertas yang datang dari negeri Cina, dicetak di peringkat awalnya di negara

Barat, direkod dalam bentuk kaset dan kini disimpan dalam bentuk CD, VCD, DVD,

laman sesawang dan dalam telefon mudah alih.

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh

Mohd Salleh (2009:2), ICT boleh dimanfaatkan oleh pendakwah menerusi dua cara.

Pertama, pendakwah menggunakan ICT bagi tujuan mencari maklumat bagi

memperkayakan ilmu pengetahuan pendakwah. Ini penting supaya pendakwah

maklum mengenai isu-isu semasa dan perkembangan-perkembangan mutakhir bagi

membolehkan pendakwah memberikan maklum balas kepada perkara-perkara yang

sedang berlaku. Keupayaan pendakwah memberikan maklum balas mengenai isu-isu

baharu dan semasa menyerlahkan lagi imej pendakwah Islam. Kedua, ICT pastinya

boleh dimanfaatkan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai. Dengan

dunia maya Internet yang bersifat tanpa wajah (faceless), pantas (speedy) dan

meruntuhkan sempadan fizikal masa dan ruang, pendakwah mampu mengambil

peluang ini bagi menyampaikan mesej dakwah kepada sesiapa sahaja di mana sahaja

pada bila-bila masa. Apa yang diperlukan hanyalah bagi pendakwah menggunakan

kebijaksanaan dalam memilih platform dan aplikasi ICT yang sesuai dan terbaik

bagi menyampaikan seperti Internet Relay Chat (IRC), Yahoo! Messenger, Google

Talk dan sebagainya, sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan multimedia (SMS

dan MMS), animasi, program-program radio dan televisyen, multimedia (CD dan

DVD), power point, blog dan lain-lain.

Berdasarkan pernyataan masalah yang dibincangkan, ia menjadi satu

kepentingan untuk penyelidik mengkaji budaya tekno-da’i dalam kalangan

mahasiswa. Justeru itu, satu kajian dilakukan khususnya kepada mahasiswa 4 SPI

yang berada di tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM bagi mengenalpasti persepsi dan

sejauhmanakah kepekaan mereka terhadap perkembangan budaya tekno-da’i dalam

kalangan mahasiswa. Selain itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan mahasiswa

4 SPI berminat untuk menyampaikan dakwah menggunakan Internet dan ICT seperti

Facebook, Twitter, My Space, laman blog, laman web, telefon bimbit, multimedia

dan yang seumpama dengannya.

10

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da’i dalam

kalangan mahasiswa.

1.4.2 Mengenalpasti kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da’i dalam

kalangan mahasiswa.

1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-

da’i dalam kalangan mahasiswa.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang ingin ditimbulkan ialah :

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da’i dalam

kalangan mahasiswa?

1.5.2 Sejauhmanakah kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da’i

dalam kalangan mahasiswa?

1.5.3 Apakah faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-da’i

dalam kalangan mahasiswa?