Buku Log Futsal
-
Upload
christopher-lius -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
description
Transcript of Buku Log Futsal
LAPORAN MINGGUAN
Minggu Pertama ( 13/09/2011 )
Dalam minggu ini, pengenalan tentang permainan futsal telah disampaikan oleh
instruktur dan setiap ahli memberikan pendapat masing-masing mengenai sejarah kewujudan
futsal. Pembahagian kumpulan dan tugasan juga telah diberikan dan pendedehan awal tentang
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu-minggu kaan datang juga diterangkan secara
ringkas supaya ahli kumpulan dapat tahu serba sedikit tentang perjalanan subjek ini. Pada
minggu ini, tiada sebarang aktiviti padang yang dijalankan dan hanya sesi suai kenal antara
instruktur dengan mahasiswa sahaja yang dijalankan.
Minggu Kedua ( 20/09/2011 )
Dalam minggu ini aktiviti padang telah mula dijalankan. Bermula dengan senaman ringan
untuk memanaskan badan dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan sewaktu melakukan
aktiviti nanti. Selepas itu, setiap orang diberikan sebiji bola dan disuruh untuk melakukan
senanam yang diajar oleh instruktur iaitu asas untuk mahir dalam permainan futsal. Aktiviti ini
amat sukar bagi pihak perempuan kerana mereka tidak terbiasa dengan latihan futsal. Selepas
tamatnya aktivti tersebut, aktiviti permainan futsal antara pihak lelaki telah diadakan dan
perempuan terus melakukan latihan yang disuruh oleh instruktur.
Minggu Ketiga ( 27/09/2011 )
Minggu bermulalah latihan kemahiran untuk bermain futsal iaitu latihan menghantar bola
kepada rakan atau “ passing ball ”. Dalam latihan ini, sebiji bola akan dikongis oleh dua orang
1
dan mereka saling berhadapan antara satu sama lain. Semua ahli disuruh untuk membuat satu
barisan panjang dan masing-masing menghadap pasangan sendiri. Pada mulanya, kami disuruh
untuk menghantar bola perlahan. Apabila semua ahli telah boleh menghantar bola dekat, latihan
seterusnya ialah menghantar bola jauh dan kuat, tetapi bola tersebut mestilah leret dan tidak
melambung ke atas. Apabila tamat aktiviti tersebut, kami bermain futsal lima sebelah antara
lelaki sahaja kerana dalam kumpulan ini memang kekurangan lelaki dan lebih banyak
perempuan.
Minggu Keempat ( 04/10/2011 )
Minggu keempat kami mula belajar kemahiran mengelecek. Kemahiran ini merupakan
satu kemahiran yang penting selepas latihan menghantar bola. Hal ini demikian kerana dalam
permainan futsal, pasukan yang dapat mengawal bola lebih lama dan teratur lebih berpotensi
untuk menjadi pemenang. Penguasan bola bagi setiap individu juga amat penting supaya pasukan
lawan sukar untuk mengambil bola dari kita. Aktiviti mengelecak ini dijalankan dengan
menggunakan kon yang disusun memanjang dan berbentuk S dan L. Latihan mengelecek ini
amat sukar bagi perempuan kerana mereka tidak peranah berbuat demikian sebelum ini. Pihak
lelaki disuruh membuat latihan mengelecek sebanyak lima set setiap orang. Sesudah habis lima
set tersebut, kami semua berasa sangat penat kerana terpaksa melakukan semua set tersebut tanpa
henti. Selesai latihan kemahiran tersebut, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan
mengadakan perlawanan futsal tanpa penjaga gol. Kami terpaksa bermain di padang kerana
gelanggang futsal masih tidak dapat digunakan kerana masih dalam proses pembaikan.
2
Minggu Kelima ( 11/10/2011 )
Kemahiran menanduk telah diajar dalam minggu ini. Walaupun menanduk amat jarang
digunakan dalam permainan futsal dan jarang sekali dilihat pemain menjaringkan gol
menggunakan tandukan, namun demikian kemahiran ini perlu diajar kerana kemhairan ini bukan
saha digunakan untuk menjaringkan gol malah boeh digunakan untuk menghantar bola kepada
rakan. Dalam aktiviti kemahiran ini, setiap bola dikongsi dua orang dan seorang akan membaling
bola dan seorang lagi kana menanduk. Setiap orang akan melakukan tandukan sebanyak 10 kali
dan dilakukan sebanyak lima set. Kemahiran ini bukan senang untuk dikuasai biarpun bagi pihak
lelaki kerana agak sukar untuk mengawal pergerakan bola ketika menanduk. Tidak kiralah
menanduk menggunakan bahagian hadapan kepala mahupun sisi kepala. Walaupan agak
menyakitkan kepala namun semua ahli kumpulan tetap dapat menimba pengalam baharu
bagaimana bermain futsal.
Minggu Keenam ( 18/10/2011 )
Minggu ini kami diajar bagaimana untuk melakukan tendangan yang betul. Tendangan
yang dilakukan mestilah deras, padu dan tepat ke gawang gol. Oleh sebab bola futsal agak berat
dan keras dari bola padang, kelajuanya adalah dua kali ganda lebih laju dan jika terkena di
bahagian badan yang sensitif mungkin akan menyebabkan kecederaan. Cara-cara tendangan
yang betul telah diajar dan setiap pasangan akan saling menendang bola ke arah satu sama lain.
Latihan kemahiran tendangan ini memang perlu diberatkan kerana merupakan salah satu cara
terpenting untuk sebuah pasukan menang. Tanpa mempunyai cara tendangan yang betul,
tendangan yang dilakukan tidak padu dan jauh melepasi sasaran. Latihan ini ditamatkan dengan
aktiviti menendang ke arah penjaga gol dan pelbagai jenis tendangan diajar seperti tendangan
3
voley menggunakan kaki kiri dan kanan. Walaupun pada hari itu keadaan padang yang agak
basah kerana hujan, namun demikian, semua ahli kumpulan tetap bermain dan berlatih dengan
bersungguh-sungguh.
4
PENGENALAN
Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan
pentadbiran antarabangsa bola sepak, Federation International Football Association (FIFA).
Namanya berasal daripada bahasa Portugis Futebol de Salao, dan bahasa Sepanyol fútbol de
salón. Kedua-duanya bermaksud bola sepak dalam dewan.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya
merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak
menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal
juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat
membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih
kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih
cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak
lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan
keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya
kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini
dinamakan kesalahan terkumpul. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak
gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai
keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga
perempuan.
Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos
Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini
telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.
5
Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa
satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federacion Internacional de
Footballl de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia
FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil yang menjuarai
kejohanan tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang
menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu
pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah
mencipta nama futsal pada tahun 1985.
FUTSAL
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan
FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah
satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di
atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di
Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk
pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas
pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan
mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan
Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan
hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada
hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan
6
PERALATAN DAN KEPERLUAN
• Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh
disesuaikan.
Follow up:
• Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atas
simen yang boleh menyerap lantunan.
BOLA FUTSAL
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa. Kasut Futsal dan Penghadang
Kaki (Shinguard).
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai
dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak
danmengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti
Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain.
7
UNDANG-UNDANG BIASA PERMAINAN FUTSAL
• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 orang pemain.
• Pemain gantian yang tidak terhad.
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama.
• Masa dijaga oleh penjaga masa.
• 20 minit separuh masa dengan 1 “ time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa.
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tackle melunjur (shoulder charges or sliding tackle).
• Peraturan 4 saat untuk mula main.
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara
sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan
tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol.
• Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.
8
PERATURAN-PERATURAN DALAM PERMAINAN FUTSAL (FIFA)
1. Penggantian pemain dapat dilakukan selama pertandingan berlangsung.
2. Penggantian pemain dapat dilakukan pada saat bola di dalam atau di luar permainan.
3. Pemain yang ingin meninggalkan lapangan harus dan pemain yang ingin memasuki
lapangan harus melakukannya pada daerah penggantiannya sendiri, tetapi dilakukan setelah
pemain yang diganti telah melewati batas lapangan.
4. Penggantian dianggap sah ketika pemain pengganti telah masuk lapangan, dimana saat itu
pemain tersebut telah menjadi pemain aktif dan pemain yang digantikan telah keluar dan
berhenti menjadi pemain aktif.
5. Penjaga gawang boleh berganti tempat dengan pemain yang lain.
6. Ketika penggantian pemain sedang dilakukan, seorang pemain cadangan masuk sebelum
pemain yang akan digantikannya meninggalkan gelanggang secara sempurna maka: permainan
dihentikan, pemain yang diganti diperintahkan untuk meninggalkan gelanggang, pemain
pengganti tersebut diperingatkan, permainan dimulai kembali dengan melakukan tendangan
bebas tidak langsung yang dilakukan oleh pasukan lawan dari tempat dimana bola berada ketika
permainan dihentikan.
7. Setiap pasukan berhak meminta waktu untuk Time-out selama satu minit di setiap babak,
8. Time-out selama satu minit dapat diminta setiap saat, tetapi hanya diperkenankan jika
pasukan tersebut memegang bola (menguasai bola).
9
9. Pasukan yang tidak meminta time-out pada babak pertama, pada babak kedua pasukan
tersebut hanya berhak mendapatkan satu kali time-out.
10. Bola diluar permainan jika bola secara keseluruhan melepasi garis gawang, apakah
menggelinding atau melayang, permainan telah dihentikan sementara oleh wasit, bola menyentuh
jaring (Ketika pertandingan sedang dimainkan/berlangsung pada lapangan indoor dan secara
tidak sengaja bola menyentuh jaring atas. Permainan akan dilanjutkan kembali dengan tendangan
ke dalam, diberikan kepada lawan dari pasukan yang terakhir menyentuh bola. Tendangan ke
dalam dilakukan dari sebuah titik pada garis terdekat di bawah jaring dimana bola
menyentuhnya.
11. Tendangan bebas langsung diberikan kepada pasukan lawan, jika seorang pemain
melakukan salah satu dari enam bentuk pelanggaran di bawah ini, dengan pengamatan pengadil
dan itu merupakan tindakan yang kurang berhati-hati, kasar atau menggunakan tenaga yang
berlebihan. Menendang atau mencuba menendang lawan, mengganjal atau mencoba mengganjal
lawan, menerjang lawan, Menolak lawan, meskipun dengan bahunya, memukul atau mencuba
memukul lawan, menolak lawan.
12. Tendangan bebas langsung juga dapat diberikan kepada pasukan lawan, jika seseorang
pemain melakukan pelanggaran seperti berikut: memegang lawan, meludah pada lawan,
melakukan sliding tackle dalam rangka mencuba merebut bola ketika bola sedang
dimainkan/dikuasai oleh lawan. Kecuali untuk penjaga gawang di kawasan penaltinya sendiri
dan dengan syarat ia tidak bermain dengan hati-hati, kasar atau menggunakan kekuatan yang
berlebihan, menyentuh lawan sebelumya, ketika berusaha menguasai bola, memegang bola
secara sengaja, kecuali dilakukan oleh penjaga gawang dikawasan penaltinya sendiri.
10
13. Tendangan bebas langsung dilakukan dari tempat dimana terjadinya pelanggaran.
14. Semua pelanggaran yang disebutkan diatas merupakan kumpulan pelanggaran yang
diakumulasikan.
15. Jika seorang pemain telah melakukan pelanggaran keenam bagi pasukannya pada posisi
antara garis tengah lapangan dan titik penalti kedua 10 meter dari garis gawang tendangan bebas
dilakukan dari titik penalti kedua.
16. Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam dari pasukannya dari bahagian
kawasannya sendiri antara garis 10m dan garis gawang, pasukan yang diberi tendangan bebas
tersebut dapat memilih cara mengambilnya dari kotak penalti kedua atau dari tempat dimana
pelanggaran terjadi.
17. Jika tendangan bebas langsung dilakukan ke arah gawang dan apabila bola dapat
dijaringkan, maka gol tersebut dinyatakan sah.
18. Tendangan penalti diberikan, jika seorang pemain telah melakukan pelanggaran di
kawasan penaltinya sendiri, tidak peduli dimana posisi bola, tetapi asalkan bola dalam permainan
atau bola hidup.
19. Tendangan bebas tidak langsung diberikan pada pasukan lawan, jika seorang penjaga
gawang telah melakukan salah satu pelanggaran di bawah ini : Setelah melepaskan bola dari
tangannya, ia menerima kembali dari rakan pasukan (dengan kaki/tangan), sebelum melewati
garis tengah atau sebelum dimainkan atau belum disentuh oleh pemain lawan, menyentuh atau
menguasai bola dengan tangannya, dengan secara sengaja dikembalikan kepadanya oleh rakan
pasukan (back pass), menyentuh atau menguasai bola dengan tangannya, setelah ia menerima
11
bola langsung dari tendangan ke dalam yang dilakukan oleh rakan pasukan, menyentuh atau
menguasai bola dengan tangannya atau kaki, lebih dari empat detik.
20. Tendangan bebas tidak langsung diberikan pada pasukan lawan, dilakukan di tempat
terjadinya pelanggaran, jika menurut pendapat pengadil, seorang pemain yang bermain dengan
cara yang membahayakan, sengaja menghalang gerakan pemain lawan tanpa ada bola padanya
(yang dimaksud bola tidak dalam jarak permainan), mencegah penjaga gawang melepaskan bola
dari tangannya, melakukan pelanggaran lainnya yang tidak disebutkan sebelumnya yang mana
permainan dihentikan untuk memberi peringatan atau mengeluarkan seorang pemain.
21. Tendangan bebas tidak langsung diberikan kepada pasukan lawan, dari tempat dimana
terjadinya pelanggaran. Kecuali, terjadi didalam daerah penalti, maka tendangan bebas tidak
langsung dilakukan dari garis kawasan penalti ditempat yang terdekat dimana pelanggaran
terjadi.
22. Untuk Tendangan Bebas Tidak Langsung, gol hanya dapat tercetak dan dinyatakan sah,
apabila bola tersebut sudah menyentuh/tersentuh pemain lainnya sebelum masuk ke gawang gol.
23. Seorang pemain diperingatkan dan menunjukkan kad kuning, jika ia melakukan
pelanggaran-pelanggaran seperti berikut: bersalah kerana melakukan tindakan yang tidak
menunjukkan semangat kesukanan, memperlihatkan perbezaan pendapatnya dengan melontarkan
perkataan atau aksi yang tidak baik, tetap melanggar peraturan permainan, melambat-lambatkan
waktu pada saat memulai kembali permainan, tidak mengikuti perintah untuk menjaga jarak
yang ditentukan ketika dilakukan tendangan sudut, tendangan kedalam, tendangan bebas atau
tendangan gawang. Secara sengaja meninggalkan lapangan tanpa izin dari pengadil.
12
24. Untuk setiap pelanggaran, dan kepada lawan akan diberikan tendangan bebas tidak
langsung, dilakukan di tempat dimana terjadinya pelanggaran tersebut. Jika pelanggaran ini
terjadi di dalam kawasan penalti, maka tendangan bebas tidak langsung dilakukan dari garis
kawasan penalti pada tempat yang terdekat dimana terjadinya pelanggaran tersebut. Selain itu,
pemain itu diberikan peringatan dengan diberikan kad kuning.
25. Seorang pemain atau pemain cadangan dikeluarkan dengan menunjukkan kad merah, jika
ia melakukan salah satu pelanggaran sebagai berikut: pemain bermain sangat kasar, pemain
melakukan tindakan kasar, meludah pada lawan atau orang lain, menghalangi lawan untuk
menjaringkan gol atau kesempatan menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola dengan
cara yang tidak diperkenankan dalam peraturan ( hal ini tidak berlaku kepada penjaga gawang di
dalam kawasan penaltinya sendiri), mengeluarkan kata-kata yang sifatnya menghina atau kata-
kata caci-maki, menerima peringatan ( Kad Kuning) kedua di dalam pertandingan yang sama.
26. Seorang pemain yang dikeluarkan oleh pengadil (send off) tidak dapat ikut kembali
kepermainan yang sedang berjalan, mahupun duduk di bangku pemain cadangan dan harus
meninggalkan sekitar lapangan. Pemain cadangan dapat masuk ke lapangan dua minit setelah
rakan pasukannya dikeluarkan, kecuali tercipta gol oleh lawannya sebelum masa dua minitnya
berakhir, dan pemain secara sah telah diizinkan oleh pengadil atau penjaga waktu.
28. Pemain boleh berikan bola ke penjaga sendiri dengan kepala ( sundulan pada bola dengan
kepala ), dengan dada atau lutut dan cara lain, asalkan bola telah melewati garis tengah
( lapangan ) atau telah menyentuh/disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan.
29. Menyerang yang dapat membahayakan keselamatan lawannya, harus diberikan sangsi
sebagai pemain sangat kasar (must be sanctioned as serious foul play).
13
30. Tiap tindakan pura-pura di dalam lapangan adalah berniat menipu pengadil, harus
diberikan sangsi sebagai kelakuan tidak sportif (must be sanctioned as unsporting behaviour).
31. Pemain yang melepaskan baju bib/shirt ketika merayakan suatu gol, harus diberikan
peringatan untuk kelakuan tidak sportif (must be caution for unsporting behaviour).
32. Jika tendangan bebas langsung dilakukan kearah gawang dan gol terjadi, maka gol
tersebut dinyatakan sah.
33. Tendangan ke dalam adalah cara untuk memulai kembali permainan. Gol tidak dapat
disahkan langsung dari tendangan ke dalam.
34. Bola harus ditempatkan pada garis pembatas lapangan ( garis samping ), pada saat
menendang bola, bagian dari setiap kakinya berada pada garis pembatas lapangan atau di luar
garis pembatas lapangan, pemain/penendang kedalam harus melakukannya dalam waktu 4 detik
dari saat menempatkan bola.
35. Tendangan sudut adalah cara untuk memulai kembali permainan. Gol dapat tercetak
langsung dari tendangan sudut, tetapi hanya dilakukan terhadap pasukan lawan, tendangan sudut
dilakukan dalam waktu tidak lebih 4 detik oleh pemain yang akan melaksanakan tendangan
menempatkan bola.
14
LAMPIRAN
Ukuran padang futsal mengikut FIFA.
15
KASUT FUTSAL
BOLA FUTSAL
16
GELANGGANG FUTSAL
17