BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU … LOG KOMPETENSI PEGAWAI... · bagi menilai...

25
BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEGAWAI DIETETIK BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Transcript of BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU … LOG KOMPETENSI PEGAWAI... · bagi menilai...

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU

PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEGAWAI DIETETIK

BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

BUTIRAN PERIBADI Nama : ________________________________________________ No. Kad Pengenalan : ________________________________________________ Tempoh Penempatan Klinikal : Mula – _____________Tamat – ______________ Nama Penyelia : ________________________________________________

Jawatan/ Gred Penyelia : ________________________________________________

Nama Hospital/ Institusi / PKD / KK : _____________________________________

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

PENGENALAN

Perkhidmatan dietetik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula sejak tahun 1953. Lantikan pertama jawatan Pegawai Dietetik adalah di Hospital Kuala Lumpur dengan nama jawatan Penyelia Jenis Makanan dengan kelulusan peringkat diploma. Jawatan Penyelia Jenis Makanan yang berijazah kemudiannya telah dinaiktaraf kepada kategori Pengurusan dan Profesional (Gred A22) pada tahun 1980. Kumpulan ini merupakan graduan luar negara. Seramai sepuluh (10) graduan dietetik tempatan yang pertama telah dihasilkan pada 1989 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan tujuh (7) daripadanya memulakan perkhidmatan di KKM. Sehingga kini, perkhidmatan dietetik telah ditawarkan di 88 hospital daripada jumlah 142 hospital di bawah KKM. Bermula tahun 2010, perkhidmatan dietetik terus berkembang ke klinik kesihatan dan sehingga kini Pegawai Dietetik memberikan perkhidmatan di 65 klinik kesihatan. Kebanyakan Pegawai Dietetik ditempatkan di hospital-hospital dan terdapat juga di klinik-klinik kesihatan, sekolah sukan serta institusi kesihatan dan penyelidikan. Bagi penempatan di persekitaran yang telah mempunyai pegawai senior, penyeliaan secara tidak formal seperti sistem mentor-mentee atau in-house training dilaksanakan bagi menilai kompetensi pegawai baru. Namun, ramai di antara lantikan baru ditugaskan terus untuk menjalankan tugasan secara bersendirian. Pegawai-pegawai ini selalunya kurang persediaan untuk menghadapi beban tugas klinikal yang berat, disamping tugasan pengurusan. Menyedari keperluan profesion untuk menghadapi persekitaran kerja yang memerlukan kemahiran yang bersesuaian terutama bagi Pegawai Dietetik yang baru, maka satu program latihan yang berstruktur dibangunkan. Dengan adanya program latihan ini, diharapkan ia dapat membantu Pegawai Dietetik yang baru supaya lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dalam persekitaran kerja yang sebenar.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

TUJUAN Tujuan program latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan yang sistematik dalam bidang tugas utama kepada Pegawai Dietetik lantikan baru sebelum bertugas di dalam persekitaran kerja sebenar di hospital dan klinik kesihatan.

OBJEKTIF Objektif program latihan ini adalah seperti berikut : 1. Pegawai mencapai tahap kompetensi yang baik untuk menterjemahkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran klinikal dietetik secara berdikari di dalam persekitaran kerja KKM.

2. Pegawai mempunyai tahap keyakinan diri yang mencukupi bagi membolehkan pengurusan perkhidmatan dietetik kepada pesakit dijalankan dengan baik.

3. Pegawai berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan menepati piawaian perkhidmatan secara profesional dan beretika.

4. Pegawai dapat memahami dan mengaplikasikan konsep asas kesihatan dan penyakit dalam pengurusan pesakit secara holistik.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

STRUKTUR PROGRAM LATIHAN Program latihan ini adalah diwajibkan kepada semua Pegawai Dietetik lantikan baru di KKM. Tempoh latihan adalah selama 4 minggu yang merangkumi penempatan di persekitaran hospital dan komuniti. Hospital yang dipilih perlu mempunyai kepakaran dalam bidangPerubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik dan Rawatan Rapi.Bagi Pegawai Dietetik yang telah ditempatkan bekerja di hospital, mereka perlu mengikuti program latihan di hospital selama 3 minggu dan di klinik kesihatan selama 1 minggu. Manakala, Pegawai Dietetik yang telah ditempatkan bekerja di klinik kesihatan, mereka perlu mengikuti program latihan di klinik kesihatan selama 3 minggu dan di hospital selama 1 minggu. Tempoh latihan ini boleh dilanjutkan bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa. Pegawai boleh diarahkan mengulangi latihan sekiranya didapati masih tidak mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Tempoh latihan ulangan ditentukan selama 1 hingga 2 minggu secara case by case basis. Pegawai Dietetik lantikan baru dikehendaki : 1. Mengikuti program latihan di persekitaran kerja yang ditentukan dalam tempoh yang

ditetapkan. (Rujuk Jadual 1) 2. Memahami dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (POS) dalam menjalankan

tugas. (Rujuk Jadual 2) 3. Mengikuti sepenuhnya aktiviti latihan yang telah diaturkan di penempatan tersebut. 4. Mendapat pendedahan dalam aspek dietetik klinikal, asas pengurusan perkhidmatan

dietetik dan profesionalisma. 5. Memastikan Buku Log sentiasa dikemaskini bersama penyelia yang ditetapkan dan

menyimpan Buku Log dengan baik sepanjang tempoh latihan. 6. Melengkapkan Buku Log sebelum tempoh latihan berakhir.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Jadual 1 :Garis Panduan Persekitaran dan Tempoh Latihan Pegawai Dietetik Lantikan Baru

Penempatan Pegawai Dietetik

Persekitaran Latihan Tempoh

(minggu)

Hospital

Hospital dengan *Pakar 3

Klinik Kesihatan dengan Pegawai Dietetik 1

Klinik Kesihatan

Klinik Kesihatan dengan Pegawai Dietetik 3

Hospital dengan *Pakar 1

*Kepakaran wajib diikuti : Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik dan Rawatan Rapi Jadual 2 : Senarai Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik

KKM

Bil. Tajuk Prosedur Operasi Standard (POS)

1. Perkhidmatan Konsultasi Diet Individu (Umum)

2. Perkhidmatan Konsultasi Diet Individu Bagi Penurunan Berat Badan

3. Perkhidmatan Konsultasi Diet Individu Bagi Pesakit Diabetes Mellitus

4. Perkhidmatan Konsultasi Diet Individu Bagi Pesakit Hipertensi

5. Perkhidmatan Konsultasi Diet Individu Bagi Pesakit Kanser

6. Perkhidmatan Pengurusan Diet Individu Bagi Masalah Failure To Thrive(FTT)

7. Perkhidmatan Sokongan Pemakanan Enteral (Enteral Nutrition Support)

8. Perkhidmatan Pendidikan Pemakanan Berkumpulan

9. Perkhidmatan Dietetik

10. Perkhidmatan Konsultasi Diet Bagi Diabetes Gestasi (GDM)

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Carta Alir Program Latihan untuk Pegawai Lantikan Baru Pegawai Dietetik

Tidak

Lulus ?

Ya

Ulangi penempatan latihan selama

1 – 2 minggu

Keputusan Buku Log dihantar ke JK Teknikal

Profesion untuk

pengesahan

Sijil dikeluarkan oleh BSKB

Tamat

Mula

Kursus Orientasi di

BSKB selama 2 hari

Penempatan di Hospital

dan Klinik Kesihatan

menggunakan Buku Log selama 4 minggu

Penilaian oleh penyelia secara

pemerhatianmenggunakan Buku Log

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

KAEDAH PENILAIAN Kaedah Penilaian yang digunakan oleh penyelia adalah melalui :

Pemerhatian (Observation) Penilaian kepada pegawai berdasarkan pemerhatian secara terus di lapangan menggunakan senarai semak dalam Buku Log.

Penyediaan dan Pembentangan Kajian Kes Penilaian kepada pegawai berdasarkan pembentangan kajian kes yang dilihat.

PERANAN PEGAWAI YANG DINILAI DAN PEGAWAI PENILAI 1. Pegawai Yang Dinilai

Menggunakan Buku Log Kompetensi yang dibekalkan sebagai panduan untuk

memenuhi standard kompetensi yang ditetapkan. Memastikan setiap aktiviti di dalam Buku Log dilengkapkan dan dilaksanakan

mengikut jadual. Mendapatkan pengesahan dari Pegawai Penilai bagi aktiviti yang telah dilakukan. Melaksanakan tugas mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (POS)

yang telah ditetapkan.

2. Pegawai Penilai Kriteria Pegawai Penilai

Ketua Pegawai Dietetik Negeri; atau Pegawai Dietetik (Gred U48 ke atas) yang dilantik oleh Ketua Perkhidmatan Dietetik

Negeri; atau Pegawai Dietetik di klinik kesihatan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun. Pegawai Penilai untuk penilaian semula boleh terdiri daripada pegawai yang

berbeza. Pegawai Penilaihendaklah :

Membuat penyeliaan secara berterusan sepanjang tempoh latihan berdasarkan senarai semak pada Buku Log.

Pegawai penilai pada setiap bahagian kompentensi boleh terdiri dari pegawai yang berlainan serta berkelayakan.

Membuat penilaian secara telus terhadap pegawai dan bertanggungjawab memberi penjelasan kepada aspek penilaian yang dinilai ‘tidak memuaskan’ kepada pegawai yang dinilai.

Memastikan Buku Log disemak secara berkala sepanjang tempoh latihan.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

SENARAI SEMAK PENILAIAN MENGIKUT STANDARD KOMPETENSI PEGAWAI DIETETIK LANTIKAN BARU Kompetensi melaksanakan Nutrition Care Process A1. Membuat penilaian pemakanan (Nutrition Assessment) dengan menggunakan maklumat daripada pengukuran antropometri, data biokimia, data klinikal, sejarah pesakit dan sejarah / pengambilan makanan. Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Komponen berkaitan didokumenkan.

Merumuskan komponen berkaitan secara tepat.

Mengambilkira persepsi pesakit terhadap masalah perubatan yang dialami.

(Able to capture essence of patients perception of medical problem)

Tidak Memuaskan Satu atau lebih komponen berkaitan tidak didokumenkan atau data tidak berkaitan didokumenkan.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

Berkebolehan mendapatkan dan menggunakan maklumat berkaitan :

1. Pengukuran antropometri

(Berat, Tinggi, dan BMI).

2. Data biokimia, ujian dan prosedur perubatan.

3. Ubatan pesakit, pengetahuan, sikap dan

tingkahlaku berkaitan, kebolehdapatan makanan dan aktiviti fizikal.

4. Corak tumbesaran, sejarah berat (bandingkan dengan rujukan standard).

5. Pemerhatian secara fizikal atau / dan

maklumat dari rekod perubatan.

6. Corak pengambilan diet / pemakanan melalui diet recall/ sejarah pemakanan.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

7. Jumlah pengambilan makanan

(nutritional intake).

8. Berkebolehan menginterpretasi semua data yang telah diperolehi untuk proses

penilaian semula bagi kes-kes susulan.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

A2. Membuat diagnosis pemakanan (Nutrition Diagnosis) berdasarkan pengambilan makanan atau nutrient, maklumat klinikal dan tingkahlaku atau persekitaran. Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Pernyataan Nutrition Diagnosis ditulis dengan tepat mengikut keutamaan.

Tidak Memuaskan Tidak membuat pernyataan Nutrition Diagnosis. atau

Tidak mematuhi standard terminologi Nutrition Diagnosis.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak memuaskan Able to Assist

in Procedure Observe

1. Berkebolehan membuat diagnosa

pemakanan. Contoh dengan merujuk

International Dietetic Nutrition Terminology (IDNT).

2. Berkebolehan mengenalpasti masalah

pemakanan berdasarkan Problems, Etiology, dan Signs and Symptoms (PES).

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

A3. Melaksanakan Intervensi Pemakanan (Nutrition Intervention).

Tandakan (√) pada ruangan berkenaan.

Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Melaksanakan pelan intervensi pemakanan yang bersesuaian dengan diagnosa pemakanan.

Tidak Memuaskan Pelan intervensi pemakanan yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan diagnosa pemakanan.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

1. Berkebolehan untuk membuat dan

merancang intervensi pemakanan berdasarkan nutrition diagnosis dan

maklumat evidence-based.

2. Berkebolehan untuk menetapkan matlamat penjagaan pemakanan dan

membina strategi intervensi.

3. Berkebolehan untuk merancang dan mengimplementasi nutrition support regime.

4. Berkebolehan untuk mengendalikan konsultasi diet yang sistematik.

5. Berkebolehan untuk mengubahsuai regim diet teraputik bersesuaian dengan

pesakit.

6. Berkebolehan untuk menetapkan matlamat / indikator pemantauan

intervensi pemakanan mengikut

kesesuaian.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

A4. Melaksanakan pemantauan dan penilaian semula (Nutrition Monitoring and Evaluation) – membuat lawatan susulan / pemantauan berterusan atau koordinasikan rawatan pesakit dengan pengamal perubatan yang berkaitan (jika perlu). Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Melaksanakan pemantauan dan penilaian semula bersesuaian dengan pelan intervensi pemakanan yang dirancang.

Tidak Memuaskan Tidak melaksanakan pemantauan dan penilaian semula.

atau Pemantauan dan penilaian semula yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan pelan pemakanan yang dirancang.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak memuaskan Able to Assist

in Procedure Observe

1. Berkebolehan untuk menilai hasil

intervensi pemakanan.

2. Berkebolehan untuk mengenalpasti samada intervensi telah diimplementasi

mengikut preskripsi.

3. Berkebolehan untuk mengubahsuai regim/ diet mengikut perkembangan

pesakit.

4. Berkebolehan untuk merancang transisi pemakanan pesakit atau pengurusan

pemakanan pesakit di rumah.

5. Berkebolehan untuk mengenalpasti pesakit yang memerlukan rawatan

susulan/ pemantauan berterusan atau yang memerlukan koordinasi dengan

pengamal perubatan yang berkaitan.

6. Berkebolehan untuk mengulangi semula proses penilaian pemakanan (Nutrition Assessment).

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

A5. Membuat dokumentasi.

Tandakan (√) pada ruangan berkenaan.

Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Mendokumentasi semua maklumat nutrition care process (NCP) dengan jelas secara sistematik.

Tidak Memuaskan Tidak membuat dokumentasi NCP dengan jelas.

atau

Tidak membuat dokumentasi NCP secara sistematik.

Standard Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure

Observe

1. Berupaya mendokumentasi dengan jelas dan sistematik semua proses penjagaan

pemakanan (Nutrition Care Process) dalam Rekod Perubatan Pesakit (RPP) atau Electronic Medical Records (EMR).

2. Berkebolehan membuat dokumentasi mengikut format ADIME (Assessment, Diagnosis, Intervention, Monitoring and Evaluation) atau menggunakan borang Dietetic Care Notes.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

A6. Pengurusan diet pesakit secara evidence based. Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Membentangkan sekurang-kurangnya satu kajian kes berasaskan dietetic best practice dengan baik.

Tidak Memuaskan Tiada pembentangan kajian kes dibuat.

atau Tidak membentangkan kajian kes dengan baik.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

1. Melaksanakan pembentangan kajian kes

dan berupaya menginterpretasi data secara evidence based berkaitan dietetic best practice atau data-data terkini

dengan intervensi pemakanan yang dijalankan menggunakan POS

Perkhidmatan Dietetik yang berkaitan.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Perkhidmatan Dietetik Komuniti

B. Menjalankan aktiviti promosi dalam perawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) kepada komuniti.

Tandakan (√) pada ruangan berkenaan.

Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Melaksanakan sekurang-kurangnya satu sesi pendidikan pemakanan berkumpulan dan melibatkan diri dalam

satu sesi aktiviti promosi kesihatan dengan baik dan menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Tidak Memuaskan Tidak berkebolehan melaksanakan sesi pendidikan pemakanan berkumpulan dengan baik.

atau Tidak melibatkan diri dalam aktiviti promosi kesihatan.

atau

Tidak berkebolehan menyediakan atau menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Standard Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure

Observe

1. Berkebolehan memberi pendidikan pemakanan secara berkumpulan dalam

perawatan penyakit tidak berjangkit

(NCD).

2. Berkebolehan melibatkan diri dalam

aktiviti promosi kesihatan dan kawalan

penyakit tidak berjangkit (NCD) kepada komuniti atau organisasi yang

memerlukan.

3. Berkebolehan untuk menyediakan dan

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

menggunakan bahan pendidikan

pemakanan yang bersesuaian dengan jenis penyakit.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

Pengurusan Perkhidmatan Diet Teraputik

C. Membuat penyeliaan dan pemantauan pemberian makanan pesakit

Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Berkebolehan mengendalikan diet teraputik dengan baik.

Tidak Memuaskan Tidak berkebolehan mengendalikan diet teraputik dengan baik.

Standard Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure

Observe

1. Berkebolehan menyemak diet normal dan mengubahsuai kepada diet teraputik.

2. Berkebolehan melibatkan diri dalam

perancangan menu untuk diet normal dan diet teraputik.

3. Berkebolehan membuat modifikasi diet

yang bersesuaian daripada menu asal untuk menu modifikasi konsistensi atau

special diet yang lain.

4. Berkebolehan membuat analisa

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

kandungan nutrien dan membuat

perubahan resepi sekiranya perlu.

5. Berkebolehan memantau penyediaan diet normal dan diet teraputik bagi proses

penerimaan, pra-penyediaan, penyediaan, penghidangan dan

pengagihan makanan untuk memastikan

penyediaan makanan mematuhi tatacara yang ditetapkan.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

D. Profesionalisma Kemahiran berkomunikasi, personaliti dan kualiti peribadi

Tandakan (√) pada ruangan berkenaan. Status penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut :

Memuaskan Mempunyai kemahiran berkomunikasi, personaliti dan kualiti peribadi yang baik.

Tidak Memuaskan Perlu mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi, personaliti dan kualiti peribadi.

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

Kemahiran berkomunikasi

1. Berkebolehan membina hubungan baik

(good rapport) dengan pelanggan dan pengamal perubatan yang lain.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

Standard

Kompetensi

Status Kompetensi Penilaian Susulan

Catatan Memuaskan Able to Conduct

Procedure

Tidak memuaskan Memuaskan

Tidak

memuaskan Able to Assist in Procedure Observe

2. Menghormati pendapat, menjaga

kerahsiaantanpa prejudis pelanggan.

3. Memberi maklumat yang jelas, tepat dan mudah difahami.

Personaliti dan Kualiti Peribadi

1. Menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang

tinggi dan dihormati.

2. Mempunyai perwatakan yang kemas,

bersih dan berpakaian dengan kod etika yang betul.

3. Sentiasa menghormati dan sedia

membantu.

4. Komited dengan tugas dan tanggungjawab serta mematuhi

peraturan / kod etika professional.

JUMLAH √ DI RUANGAN MEMUASKAN

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

JADUAL PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI Penilaian tahap pencapaian kompetensi ditentukan seperti berikut :

Jumlah √

Memuaskan

Tahap

Kompetensi Tindakan

> 30 dan mencapai penilaian memuaskan&

> 12 dalam bahagian

A1 – A6

Kompeten Layak untuk bertugas di penempatan yang

ditetapkan

> 30 dan mencapai penilaian memuaskan

&

<12 dalam bahagian A1 – A6

Kurang kompeten Ulang latihan selama 1 – 2 minggu*

< 30

* Penempatan latihan ulangan ditentukan oleh Pegawai Penilai mengikut elemen penilaian yang tidak

memuaskan.

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

JADUALBILANGAN PENILAIAN YANG MEMUASKAN

Perkara yang Dinilai Penilaian

yang Memuaskan

Penilaian Susulan

yang Memuaskan

(Jika Berkenaan)

Jumlah Semua

Bilangan Penilaian

(N)

A1 – Nutrition Assessment 8

A2 – Nutrition Diagnosis 2

A3 – Nutrition Intervention 6

A4 – Nutrition Monitoring and Evaluation 6

A5 – Documentation 2

A6 – Evidence based Management 1

B – Dietetik Komuniti 3

C – Diet Teraputik 5

D – Profesionalisma 7

Jumlah

40

Nama Penyelia :_____________________________ Gred Jawatan :_____________________________ Tarikh : _____________________________

Status Penilaian Yang Memuaskan

Bilangan Status Penilaian Memuaskan

( A1 + A2 + A3 + A4 + A5 + A6 + B + C + D ) = ___________________________

Status Penilaian Susulan Yang Memuaskan

Bilangan Status Penilaian Memuaskan

( A1 + A2 + A3 + A4 + A5 + A6 + B + C + D ) = ___________________________

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

KEPUTUSAN PENILAIAN KOMPETENSI

Lemah (perlu menjalani ulangan selama 2 minggu)

Sederhana (perlu menjalani ulangan selama 1 minggu)

Baik

ULASAN ATAU CADANGAN PEGAWAI PENILAI :

Tandatangan Penyelia : (Tempat Pegawai bertugas) Nama Penyelia : Jawatan/Gred : Cop Rasmi : Tarikh :

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

DOKUMEN SOKONGAN DAN RUJUKAN 1. Arahan Perbendaharaan (yang berkaitan)

2. Standard Operating Procedures (SOP)

3. Ministry of Health Malaysia (www.moh.gov.my)

4. MyCPD online (http://mycpd.moh.gov.my)

5. MyHealth Portal (http://www.myhealth.gov.my)

6. Perintah Am ( A, B, C, D, E, F & G )

7. Surat Pekeliling (yang berkaitan)

8. Garispanduan Medical Nutrition Therapy (MNT)

9. Clinical Practice Guidelines (CPG)

10. International Dietetics & Nutrition Terminology (IDNT) Reference Manual

11. Enteral Feeding Protocol for Ministry of Health Hospitals

12. Manual Diet Hospital KKM 2006

13. Policies & Procedures on Infection Control MOH, 2009

14. Allied Health Professions Manual for NIA/ KPI, Quality in Medical Care Section,

Medical Development Division MOH

15. Garispanduan lain berkaitan perkhidmatan dietetik

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

PENGESAHAN TAMAT LATIHAN ( Oleh : __________________ )

Dengan ini disahkan bahawa _____________________________________ telah tamat

latihan penempatan dengan jayanya di dalam bidang dietetik klinikal di Hospital / Klinik

Kesihatan _______________________________ mulai ______________ hingga

_________________.

Tandatangan Penyelia :

Nama Penyelia :

Jawatan/Gred :

Cop Rasmi :

Tarikh :

BUKU LOG KOMPETENSI BAGI PEGAWAI LANTIKAN BARU PROFESION PEGAWAI DIETETIK BSKB

BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA