Buku Misteri MH370

38
i

Transcript of Buku Misteri MH370

i

ii

Kandungan

Kandungan ii

Prakata iii

BAB 1 1

1.1: Pesawat MAS Bawa 239 Penumpang Ke Beijing Dilaporkan Hilang 2

1.2: Doa Selamat Penumpang MAS dari PR 4

1.3: Doa Keselamatan “Cukuplah Allah Bagi Kami” 6

1.4: Dah Jumpa? 2 Tumpahan Minyak Dipercayai MH370 9

1.5: Siasat MH370: Wujud Unsur Jenayah Warga Italy? 11

1.6: Setelah Penumpang Italy, Penumpang Austria Pun Tiada Di Pesawat 23

1.7: MAS MH370: Ibu Ini Kehilangan Anaknya 25

1.8: FBI Hantar Pasukan, Tak Tolak Aspek Keganasan. 28

1.9: Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Tho Chu 30

1.9: Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Tho Chu 31

iii

Prakata

Buku ini adalah himpunan lengkap maklumat berkaitan

kehilangan pesawat MH370 yang diperoleh dari pelbagai

sumber media sama ada media massa dan elektronik

dan bukannya ditulis tanpa sebarang fakta dan sumber.

Penulisan buku ini dibuat secara santai dan

menggunakan pendekatan bahasa komunikasi,

sebagaimana tulisan asalnya dari blog dan juga lain-lain

pautan laman web.

Buku ini tidak dihasilkan bagi mempersendakan mana-

mana pihak, atau mencetuskan sebarang spekulasi

tetapi lebih kepada menceritakan kembali perjanan

peristiwa agar kita menggunakan akal yang waras dalam

mentafsir maklumat atau berita yang diperolehi. Tajuk

buku ini disusun mengikut peristiwa semasa.

Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada

kandungan maklumat yang bercanggah kerana ianya

diperolehi dan dihimpun dari pelbagai sumber berita.

Moga buku ini membawa makna yang besar serta

memberi pengajaran kepada semua pembaca. Sama-

samalah kita berdoa untuk keselamatan semua.

JomBaca.my

1-Stop Online Bookstore

[email protected]

1

BAB 1 1.1: Pesawat MAS Bawa 239 Penumpang Ke Beijing Dilaporkan

Hilang

1.2: Doa Selamat Penumpang MAS Dari PR

1.3: Doa Keselamatan & Cukuplah Allah Bagi Kami

1.4: Dah Jumpa? 2 Tumpahan Minyak Dipercayai MH370

1.5: Siasat MH370: Wujud Unsur Jenayah Warga Italy

1.6: Setelah Penumpang Itali, Penumpang Austria Pula

1.7: MAS MH370: Ibu Ini Kehilangan Anaknya

1.8: Shila Amzah & Simpati Insiden Pesawat MH370

1.9: MH370: FBI Hantar Pasukan, Tak Tolak Aspek Keganasan

1.10: MH370: Ada Objek Mencurigakan 100km Dari Pulau Thomas

2

1.1: Pesawat MAS Bawa 239

Penumpang Ke Beijing

Dilaporkan Hilang

Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara

menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi.

Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat

dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus

hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar

flightradar24.com, 8 Mac, 2014.

Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi

selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS)

yang membawa 227 penumpang menuju ke

Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal

trafik udara pagi ini.

3

Menurut MAS, penerbangan MH370 putus

hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang

jam 2.40 pagi ini.

Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada

Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur

(KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan

dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.

"Penerbangan itu membawa 227 penumpang

(termasuk 2 kanak-kanak/bayi), dan 12 anak

kapal," kata MAS dalam kenyataannya.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan

pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan

pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan

pesawat itu," tambahnya. – 8 Mac, 2014.

4

1.2: Doa Selamat Penumpang

MAS dari PR

SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali

ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention

Centre, di sini turut merakamkan doa

keselamatan buat seluruh penumpang dalam

penerbangan Malaysia Airlines MH370 ke Beijing

yang terputus hubungan komunikasi dengan

pusat kawalan.

5

"Kita merakam cemas dan rasa prihatin kita.

Maklumat yang diterima belum muktamad. Tetapi

kita mengharapkan selamat semua dan kesabaran

buat keluarga," kata Ketua Umum PKR, Datuk

Seri Anwar Ibrahim.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang

membawa 227 penumpang dari 14 negara selain

12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan

Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40

pagi tadi ketika berada di antara ruang udara

Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu berlepas dari

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing

pada 6.30 pagi. – (HD)

6

1.3: Doa Keselamatan “Cukuplah

Allah Bagi Kami”

ا اس ح ن يبا با ح ن س ح ح س ب ح ا هللا

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau

mengikuti dengan dekat perkembangan pesawat

MAS ke Beijing yang terputus hubungan

komunikasi dengan pusat kawalan.

“Sama-sama kita doakan semua penumpang

selamat tanpa sebarang insiden yang tidak

diingini. Kepada semua ahli keluarga, jangan

7

putus-putus berdoa memohon kesejahteraan

daripada Allah SWT,” ujar beliau menerusi

facebook.

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Pusat

mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada

Allah memberi keselamatan terbaik untuk

penumpang MAS dengan Boeing 777-200 dari

Kuala Lumpur ke Beijing.

“Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap

pelbagai pesawat kapal terbang dengan

kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-

benar menjiwai nasib dan keselamatan para

penumpangnya,” ujar Ketua Penerangannya, Dr

Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu

kenyataan ringkas.

Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di

pelbagai media berhubung status keselamatan

227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-

200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang

terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40

pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus

menambah, kepada ahli keluarga yang sedang

dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati

kalian dan banyakkan berdoa.

8

Katanya, antara doa yang elok dibaca ialah با ح س ب ح ا هللا

ا اس ح ن يبا yang bermaksud: “Cukuplah Allah bagi ح ن س ح

kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat

penyerahan diri". - (HB)

9

1.4: Dah Jumpa? 2 Tumpahan

Minyak Dipercayai MH370

Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH370

dikesan pada awal pagi Sabtu.

Kuala Lumpur: Pesawat Jabatan Penerbangan

Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak

yang besar dipercayai daripada pesawat MH370

yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu

dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer

(km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter,

10

ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu,

selatan Vietnam.

Kenyatan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti

yang ditinggalkan sebagai bahan api daripada

pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan

239 orang berada di atas kapal dalam

penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

pada pukul 12.41 pagi. Ia kemudiannya hilang

dari radar pada pukul 1.30 pagi. - (mStar Online)

11

1.5: Siasat MH370: Wujud Unsur

Jenayah Warga Italy?

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan

wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa

seorang warga Itali yang disenaraikan dalam

penerbangan MH370 tidak pernah menaiki

pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang

Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai

penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh

Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar

12

Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak

berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di

Thailand Ogos lepas.

"Mereka (pihak berkuasa Malaysia)

mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam

(semakan)," kata Timbalan Menteri Pengangkutan

Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di

sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam

Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan,

pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman

CCTV penumpang serta bagasi.

"Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil

menambah maklumat lanjut tidak boleh

didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sedangkan Malaysia Airlines hari ini menyiarkan

senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang

semasa penerbangan menuju Beijing. Ia

mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur,

termasuk nama penumpang Luigi Maraldi dari

Italy.

13

Berikut ialah senarai semua penumpang

penerbangan:

1. An/Wenlan (65) China

2. Bao/Yuanhua (63) China

3. Bai/Xiaomo (37) Canada

4. Bian/Maoqin (67) China

5. Bian/Liangjing (27) China

6. Bibynazli/MohdHassim (62) Malaysia

7. Brodskii/Nikolai (43) Russia

8. Burrows/Rodney Mr (59) Australia

9. Burrows/Mary Mrs (54) Australia

10.Cao/Rui (32) China

11.Chan/Huanpeen Mr (46) Malaysia

12.Che/Junzhang (68) China

13.Chen/Jian (58) China

14.Chen/Changjun Mr (35) China

15.Chen/Wei (43) Malaysia

16.Chen/Yun Ms (57) China

17.Chew/Karmooi Ms (31) Malaysia

18.Chuang/Hsiuling Ms (45) Taiwan

19.Chng/Mei (33) Malaysia

20.Chustrak/Oleg (45) Ukraine

21.Dai/Shuling (58) China

22.Daisy/Anne (56) Malaysia

23.Deineka/Sergii (45) Ukraine

24.Di/Jiabin (36) China

14

25.Dina/Mohamed Yunus Ramli (30) Malaysia

26.Ding/Ying (28) China

27.Ding/Lijun (43) China

28.Ding/Yingg Ms (62) China

29.Dong/Guowei (48) China

30.Dou/Yunshan Mr (61) China

31. Du/Wen (50) China

32. Feng/Dong (21) China

33. Feng/Jixin (70) China

34. Fu/Baofeng (28) China

35. Gan/Tao (44) China

36. Gan/Fuxiang (49) China

37. Gao/Ge (27) China

38. Gu/Naijun (31) Australia

39. Guan/Huajin Ms (34) Malaysia

40. Guan/Wenjie Mr (35) China

41. Han/Jing (53) China

42. Hashim/Noorida (57) Malaysia

43. Hou/Aiqin Ms (45) China

44. Hou/Bo (35) China

45. Hu/Siwan Chd (3) China

46. Hu/XiaoningMr (34) China

47. Huang/YiMs (30) China

48. Huang/Tianhui (43) China

49. Hue/PuihengMr (66) Malaysia

50. Jia/Ping (32) China

51. Jiang/Cuiyun (62) China

52. Jiang/Xueren (62) China

53. Jiang/YingMs (27) China

15

54. Jiao/Weiwei (32) China

55. Jiao/Wenxue (58) China

56. Jinghang/Jee (41) Malaysia

57. Ju/Kun (32) China

58. Kang/Xu (34) China

59. Koh/Tiongmeng (40) Malaysia

60. Kolekar/Chetana (55) India

61. Kolekar/Swanand (23)India

62. Kolekar/Vinod (59) India

63. Kozel/Christian (30) Austria

64. Lawton/CatherineMrs (54) Australia

65. Lawton/RobertMr (58) Australia

66. Lee/KahkinMr (32) Malaysia

67. Lee/SewchuMDM (55) Malaysia

68. Li/Yanlin (29) China

69. Li/Zhi (41) China

70. Li/Guohui (56) China

71. Li/Hongjing (20) China

72. Li/Jie (27) China

73. Li/Mingzhong (69) China

74. Li/Wenbo (29) China

75. Li/Yan (31) China

76. Li/Yuan (33)Australia

77. Li/Yuchen (27) China

78. Li/Zhijin (30) China

79. Li/Zhixin (35) China

80. Li/Le (36) China

16

81. Liang/LuyangMr (60) China

82. Liang/Xuyang (30) China

83. Lim/PowchuaMs (43) Malaysia

84. Lin/AnnanMr (27) China

85. Lin/Mingfeng (34) China

86. Liu/Fengying (65) China

87. Liu/JinpengMr (33) China

88. Liu/Qiang (40) China

89. Liu/Rusheng (76) China

90. Liu/Shunchao (46) China

91. Liu/Zhongfu (72) China

92. Lou/Baotang (79) China

93. Lu/Jianhua (57) China

94. Lu/Xianchu (33) China

95. Lui/Ching (45) China

96. Luo/Wei (29) China

97. Ma/Wenzhi (57) China

98. Ma/JunMr (33) China

99. Maimaitijiang/A (35) China

100.Mao/Tugui (72) China

101. Maraldi/Luigi (37) Itali

102. Maria/Mohamed Yunus Ramli (52) Malaysia

103. MatRahim/Norfadzillah Miss (39) Malaysia

104. Meng/Nicole Chd (4) USA

105. Meng/Bing (40) China

106. Meng/Fanquan (70) China

107. Meng/Gaosheng (64) China

108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr (29) Malaysia

109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr (33) Malaysia

17

110. MuhammadRazahan/Zamani Mr (24) Malaysia

111. Mustafa/Suhaili Miss (31) Malaysia

112. Mukherjee/Muktesh (42) Canada

113. Ng/MayliMs (37) Malaysia

114. Norliakmar/Hamid Mdm (33) Malaysia

115. Ouyang/Xin (38) China 38

116. Puspanathan/Subramanian (34) Malaysia

117. Ramlan/Safuan Mr (32) Malaysia

118. Sharma/Chandrika Ms (51) India

119. Shi/Xianwen (26) China

120. Shirsath/Kranti (44) India

121. Sim/Kengwei (53) Malaysia

122. Siregar/Firman (25) India

123. Song/Feifei Mr (32) China

124. Song/Chunling Ms (60) China

125. Song/Kun (25) China

126. Su/Qiangguo (71) China

127. Suadaya/Ferryindra Mr (42) Indonesia

128. Suadaya/Herryindra Mr (35) Indoensia

129. Sugianto/Lo Mr (47) Indonesia

130. Surtidahlia/ Mrs (50) Netherlands

131. Tan/TeikhinMr (32) Malaysia

132. Tan/AhmengMr (46) Malaysia

133. Tan/WeichewMr (19) Malaysia

134. Tan/Chongling (48) Malaysia

135. Tan/Sioh (42) Malaysia

136. Tang/Xudong (31) China

137. Tang/XuezhuMs (57) China

138. Tanurisam/IndrasuriaMr (57) Indonesia

18

139. Tee/LinkeongMr (50) Malaysia

140. Teoh/KimlunMr (36)Malaysia

141. Tian/Junwei (29) China

142. Tian/Qingjun (51) China

143. Tong/Soonlee Mr (31) Malaysia

144. Vinny/Chynthyatio Mrs (47) Indonesia

145. Wan/Hockkhoon Mr (42) Malaysia

146. Wang/Shouxian (69) China

147. Wang/Shu (61) China

148. Wang/Xianjun (61) China

149. Wang/Chunhua Mr (34) China

150. Wang/Chunyong (43) China

151. Wang/Dan (54) China

152. Wang/Haitao (26) China

153. Wang/Houbin (28) China

154. Wang/Linshi (59) China

155. Wang/Willysurijanto Mr (53) Indonesia

156. Wang/Yonggang Mr (27) China

157. Wang/Yonghui (33) China

158. Wang/Yongqiang (30) China

159. Wang/Lijun (49) China

160. Wang/Ximin (50) New Zealand

161. Wang/Rui (35) China

162. Wang/Moheng (2) China

163. Wattrelos/Ambre (14) France

164. Wattrelos/Hadrien (17) France

165. Wattrelos/Laurence (52) France

166. Weeks/Paul Mr (39) New Zealand

19

167. Wen/Yongsheng (34) China

168. Wen/Hao (32) China

169. Weng/Mei (39) China

170. Wong/Saisang Mr (53) Malaysia

171. Wood/Philip (51) USA

172. Xie/Liping (51) China

173. Xin/XixiMs (32) China

174. Xing/FengTao (36) China

175. Xing/Qiao (27) China

176. Xiong/Deming (63) China

177. Xu/Chuane (57) China

178. Ya/Na (26) China

179. Yan/Ling Mr (29) China

180. Yan/Peng (29) China

181. Yan/Xioa (27) China

182. Yang/Li (35) China

183. Yang/Ailing Ms (60) China

184. Yang/Jiabao (26) China

185. Yang/Meihua (65) China

186. Yang/Qingyuan Mr (57) China

187. Yang/Xiaoming Ms (59) China

188. Yao/Jainfeng (70) China

189. Yao/Lifei (31) China

190. Yap/Cheemeng Mr (39) China

191. Yin/Boyan (33) China

192. Yin/Yuewang (21) China

193. Yuan/Jin (63) China

194. Yue/Guiju Ms (51) China

195. Yue/Wenchao (26) China

20

196. Yusop/Muzi Mr (50) Malaysia

197. Zang/Lingdi (58) China

198. Zhang/Chi (58) China

199. Zhang/Liqin (43) China

200. Zhang/QiMs (31) China

201.Zhang/Yan (45) China

202. Zhang/HuaMr (43) China

203. Zhang/Lijuan Ms (61) China

204. Zhang/Na Ms (34) China

205. Zhang/Siming (71) China

206. Zhang/Xiaolei Ms (32) China

207. Zhang/Hualian (42) China

208. Zhang/Jianwu (31) China

209. Zhang/Jinquan (72) China

210. Zhang/Meng (29) China

211. Zhang/Xuewen Mr (61) China

212. Zhang/Yan (36) China

213. Zhang/Yan (2) USA

214. Zhang/Yanhui (44) China

215. Zhang/Zhonghai (43) China

216. Zhang/Shaohua (32) China

217. Zhao/GangMr (46) China

218. Zhao/QiweiMr (37) China

219. Zhao/YingxinChd (3) China

220. Zhao/Peng (25) China

221. Zhao/Yan (18) France

222. Zhao/Zhaofang (73) China

223. Zheng/Ruixian (42) China

21

224. Zhou/Feng (56) China

225. Zhou/Jinling (61) China

226. Zhou/Shijie (64) China

227. Zhu/Junyan (41) China

dan 2 orang bayi

Berikut ialah kru kabin dan kru teknikal

penerbangan:

1. Zaharie Ahmad Shah (Pilot) Malaysia

2. Fariq Ab Hamid (co-Pilot) Malaysia

3. Patrick Francis Gomes Malaysia

4. Andrew Nari Malaysia

5. Goh Sock Lay Malaysia

6. Tan Ser Kuin Malaysia

7. Wan Swaid Wan Ismail Malaysia

8. Junaidi Mohd Kassim Malaysia

9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan Malaysia

10. Ng Yar Chien Malaysia

11. Foong Wai Yueng Malaysia

12. Tan Size Hiang Malaysia

- Sumber (IH)

22

Ahli keluarga penumpang yang masih hilang dari

penerbangan MAS memasuki kawasan menunggu di

Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sepang hari ini. –

Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Mac

2014.

23

1.6: Setelah Penumpang Italy,

Penumpang Austria Pun Tiada

Di Pesawat

Seorang warganegara Austria yang dilaporkan

sebagai salah satu penumpang Malaysia Airlines

(MAS) MH370 masih di rumahnya akibat

pasportnya dicuri, kata jurucakap kementerian

luar di Vienna hari ini.

"Kedutaan kami menerima maklumat daripada

Malaysia Airlines bahawa terdapat seorang Austria

di pesawat tersebut.

24

“Sistem kami menunjukkan bahawa pasportnya

dicuri," katanya, sebagaimana dilapor oleh

Reuters.

Katanya pasport itu dicuri dua tahun lalu di

Thailand. Kementerian Luar Itali juga berkata

tiada warganegaranya menaiki pesawat MH370

walaupun senarai MAS mengandungi nama Luigi

Maraldi, 37.

Akhbar Corriere Della Sera melaporkan pasport

Maraldi dicuri di Thailand Ogos lalu.

Kementerian Dalam Negeri Itali tidak memberi

komen berhubung laporan tersebut – 8 Mac,

2014. (TMI)

25

1.7: MAS MH370: Ibu Ini

Kehilangan Anaknya

GAMBAR di atas seorang ibu menghantar anak

lelaki tunggalnya melalui penerbangan MH370

yang berlaku tragedi. Anak lelakinya memakai

26

baju kotak-kotak. Gambar detik akhir semasa di

pesawat MAS MH370 di KLIA ke Beijing, yang

disiarkan menerusi laman sosial. Masa bertolak

pada 12.40 pagi 8 Mac 2014.

Ibunya pula memakai baju seperti di gambar,

tudung hijau muda dan beg tangan. Dengan

pakaian yang sama juga dia kembali ke KLIA

untuk mendapat maklum berita terkini.

27

Till we meet again .. soon. insyaAllah .. ‘mak’ with her

one and only son - with Sofuan Ibrahim at KLIA 2

International Depature Hall.

Kepada ahli keluarga yang sedang dilanda

kebimbangan, tabahkan hatimu dan banyakkan

berdoa. Antara doa yang elok dibaca ialah:

ا اس ح ن يبا با ح ن س ح ح س ب ح ا هللا

bermaksud:

“Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-

baik tempat penyerahan diri".

28

1.8: FBI Hantar Pasukan, Tak

Tolak Aspek Keganasan.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika

Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri

daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu

siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines

(MAS) MH370.

Menurut laporan media AS yang memetik seorang

pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan

tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

29

Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak

menolak aspek keganasan atau faktor lain

sebagai punca kehilangan pesawat tersebut.

Sementara itu, agensi berita Perancis AFP

melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas

sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara

penumpang pesawat berkenaan. Pekerja

Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat

MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan

dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai

Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan

kepada pekerja kami dan keluarga mereka,"

katanya yang dilapor berkata dalam satu

kenyataan. Ingatan dan doa kami bersama

mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.

Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200

dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus

hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua

jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam

kemudian mengesahkan pesawat itu hilang

daripada radar pada 1.30 pagi. Pesawat itu

30

membawa 227 penumpang dari 14 negara

termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak

kapal. – Bernama

31

1.9: Ada Objek Mencurigakan

100km Dari Pulau Tho Chu

Pulau Tho Chu

Pasukan pencari Singapura mengesan objek

mencurigakan terapung 100 kilometer selatan-

barat daya pulau Tho Chu di Vietnam sewaktu

unit mencari dan menyelamat negara itu dalam

usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS)

MH370.

32

Wall Street Journal memetik koordinator

berpengkalan di Vietnam sebagai berkata tentera

Vietnam menghantar tiga kapal ke tempat

kejadian dan kapal pertama dijangka tiba 7

petang waktu tempatan.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang

bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal

pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke

Beijing.

Tentera Vietnam terdahulu melaporkan dua

tumpahan minyak berhampiran pulau sementara

Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM)

turut menjumpai tumpahan minyak 20 batu

nautika daripada kawasan pesawat dilaporkan

hilang.

Penumpang warga China yang ketika itu melintasi

kawasan berkenaan turut mengambil beberapa

keping gambar yang dipercayai serpihan

berhampiran pesawat MH370 terputus hubungan

dengan menara kawalan.

Akhbar perniagaan itu turut melaporkan

sepasukan penyiasat kemalangan udara Amerika

Syarikat yang diketuai pakar Lembaga

33

Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB)

dalam perjalanan ke Asia bagi membantu pesawat

malang berkenaan.

Tentera Laut China melaporkan mereka

menghantar dua kapal perang bagi membantu

kerja mencari. Beijing sebelum ini menghantar

satu kapal penyelamat dan dua kapal mencari dan

menyelamat ke kawasan tersebut, menurut

laporan media.

“Apabila lokasi pesawat dikenalpasti, peraturan

kemalangan antarabangsa akan menentukan

negara mana yang akan mengetuai siasatan,”

kata NTSB.

Pengumuman NTSB isyarat terbaru menunjukkan

minat warga antarabangsa membantu

mempercepatkan untuk mengenalpasti punca

Boeing 777-200 hilang di udara dalam keadaan

cuaca baik.

34

“Pasukan itu yang terdiri daripada penasihat

teknikal Boeing Co dan Unit Pentadbiran

Penerbangan Persekutuan meninggalkan Amerika

Syarikat pada Sabtu dan akan ditempatkan bagi

memberi bantuan kepada pasukan senegara,”

kata NTSB.

NTSB sepertinya tidak akan mengetuai siasatan

lanjut yang lebih kompleks namun lembaga itu

dapat memainkan peranannya dari segi

mengaitkan kejadian peristiwa. China, Malaysia

dan Vietnam kini sedang mencari tanda

35

terdapatnya serpihan yang turut dibantu pihak

Amerika Syarikat.

NTSB seperti dilaporkan sumber rasmi

keselamatan udara memutuskan pada masa ini,

pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat

dan pemerhati keselamatan memantau

keselamatan pesawat serta beranggapan kejadian

berlaku disebabkan kemalangan berbanding

ancaman pengganas. – 9 Mac, 2014. (TMI)