Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara...

8
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011 311 SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN Program Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan adalah program yang melibatkan kerjasama yang sepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. Pelajar program ini akan mengkhusus kepada kursus Fakulti Sains samada Teras dan Pilihan yang melibatkan kursus dari komponen Biologi, Matematik, Kimia atau Fizik. Bagi kursus Fakulti Pendidikan, pelajar boleh memilih Kaedah Matematik atau Sains sebagai Kaedah Pilihan Pertama dan Kedua dalam kategori kursus Pilihan Pendidikan. PELUANG PEKERJAAAN Peluang pekerjaan bagi Graduan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan adalah khususnya dalam bidang pendidikan dan perguruan, samada di bawah Kerajaan atau swasta. KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI SAINS Sila rujuk sinopsis kursus dari Institut/Jabatan pilihan masing-masing. KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI PENDIDIKAN Sila rujuk sinopsis kursus dari Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains. JABATAN PENDIDIKAN MATEMATIK DAN SAINS Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya merupakan jabatan yang terunggul dan terulung di Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam arena pendidikan secara profesional khususnya dalam bidang pendidikan matematik dan sains. Beberapa program ijazah dasar serta program ijazah tinggi telah ditawarkan oleh jabatan ini. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Program ini dimulakan bersama dengan Fakulti Sains, Universiti Malaya pada tahun 1975 bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru matematik dan sains bagi peringkat sekolah menengah atas. Jabatan ini sangat aktif dan produktif dalam penyelidikan pendidikan matematik dan sains disemua peringkat iaitu, peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Jabatan ini telah banyak menjalinkan usahasama melalui kegiatan koloborasi dengan institusi antarabangsa seperti institusi di Australia, Amerika, Britain dan sebagainya. Staf akedamik jabatan sentiasa giat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti penyelidikan di mana kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam usaha menggorak perubahan dan mencetus inovasi dalam pendidikan matematik dan sains di Malaysia khususnya dan di rantau ini amnya. KETUA: Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, B.Sc., M.Ed.(Ohio), Ph.D(Mal) PROFESOR: Nik Azis Nik Pa, B.Sc.(NIllinois), MS(NIllinois), Ed.D(Georgia) Noraini Idris, B.Sc.Ed.(Hons)(Mal), M.Ed.(Mal), Ph.D(OSU) PROFESOR MADYA: Esther G.S. Daniel, B.Sc.Ed.(Hons)(Mal), M.Ed., Ph.D(USM) Rohaida Mohd Saat, B.Sc.(Indiana), M.Sc.Ed.(Indiana), Ph.D.(UPM) PENSYARAH KANAN: Lim Loong Fatt, B.Sc.(Hons)(Mal), Dip.Ed.(Mal), MA(London) Selva Ranee Subramaniam, B.Sc.(USA), Dip.Ed.(Mal), MEd.(Mal), PhD.(UKM) Shabeshan a/l Rengasamy, B.Bs., M.Ed.(Texas), Ph.D(UM) PENSYARAH: Norjoharuddeen Mohd Nor, B.Sc.(Queensland), M.Ed. (Houston), SPLI(MPTI) Syed Kamaruzzaman Syed Ali, B.Pend., IKIP(Indonesia), M.Sc.(UPM) KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI PENDIDIKAN SINOPSIS KURSUS SXEP1101 PERANCANGAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan termasuklah pengkonsepan matematik dan pendidikan matematik, peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan kurikulum matematik, analisis bahan utama yang mewakili kurikulum matematik, kandungan kurikulum matematik KBSR dan KBSM, pelaksanaan kurikulum matematik, penghayatan nilai murni dalam pendidikan matematik, reformasi kurikulum matematik di Barat dan di Malaysia, dan penilaian kurikulum.

Transcript of Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara...

Page 1: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

311

SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN

Program Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan adalah program yang melibatkan kerjasama yang sepadu di antara Fakulti Sains dan Fakult i Pendidikan. Pelajar program ini akan mengkhusus kepada kursus Fakulti Sains samada Teras dan Pilihan yang melibatkan kursus dari komponen Biologi, Matematik, Kimia atau Fizik. Bagi kursus Fakulti Pendidikan, pelajar boleh memilih Kaedah Matematik atau Sains sebagai Kaedah Pilihan Pertama dan Kedua dalam kategori kursus Pilihan Pendidikan.

PELUANG PEKERJAAAN Peluang pekerjaan bagi Graduan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan adalah khususnya dalam bidang pendidikan dan perguruan, samada di bawah Kerajaan atau swasta.

KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI SAINS

Sila rujuk sinopsis kursus dari Institut/Jabatan pilihan masing-masing.

KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI PENDIDIKAN

Sila rujuk sinopsis kursus dari Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains.

JABATAN PENDIDIKAN MATEMATIK DAN SAINS

Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakult i Pendidikan, Universiti Malaya merupakan jabatan yang terunggul dan terulung di Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam arena pendidikan secara profesional khususnya dalam bidang pendidikan matematik dan sains. Beberapa program ijazah dasar serta program ijazah tinggi telah ditawarkan oleh jabatan ini. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Program ini dimulakan bersama dengan Fakulti Sains, Universiti Malaya pada tahun 1975 bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru matematik dan sains bagi peringkat sekolah menengah atas. Jabatan ini sangat aktif dan produktif dalam penyelidikan pendidikan matematik dan sains disemua peringkat iaitu, peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan t inggi. Jabatan ini telah banyak menjalinkan usahasama melalui kegiatan koloborasi dengan institusi antarabangsa seperti institusi di Australia, Amerika, Britain dan sebagainya.

Staf akedamik jabatan sentiasa giat melibatkan diri dalam pelbagai aktivit i penyelidikan di mana kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam usaha menggorak perubahan dan mencetus inovasi dalam pendidikan matematik dan sains di Malaysia khususnya dan di rantau ini amnya. KETUA: Prof. Madya Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, B.Sc., M.Ed.(Ohio), Ph.D(Mal) PROFESOR: Nik Azis Nik Pa, B.Sc.(NIllinois), MS(NIllinois), Ed.D(Georgia) Noraini Idris, B.Sc.Ed.(Hons)(Mal), M.Ed.(Mal), Ph.D(OSU) PROFESOR MADYA: Esther G.S. Daniel, B.Sc.Ed.(Hons)(Mal), M.Ed., Ph.D(USM) Rohaida Mohd Saat, B.Sc.(Indiana), M.Sc.Ed.(Indiana), Ph.D.(UPM) PENSYARAH KANAN: Lim Loong Fatt, B.Sc.(Hons)(Mal), Dip.Ed.(Mal), MA(London) Selva Ranee Subramaniam, B.Sc.(USA), Dip.Ed.(Mal), MEd.(Mal), PhD.(UKM) Shabeshan a/l Rengasamy, B.Bs., M.Ed.(Texas), Ph.D(UM) PENSYARAH: Norjoharuddeen Mohd Nor, B.Sc.(Queensland), M.Ed. (Houston), SPLI(MPTI) Syed Kamaruzzaman Syed Ali, B.Pend., IKIP(Indonesia), M.Sc.(UPM)

KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH FAKULTI PENDIDIKAN

SINOPSIS KURSUS SXEP1101 PERANCANGAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan termasuklah pengkonsepan matematik dan pendidikan matematik, peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan kurikulum matematik, analisis bahan utama yang mewakili kurikulum matematik, kandungan kurikulum matematik KBSR dan KBSM, pelaksanaan kurikulum matematik, penghayatan nilai murni dalam pendidikan matematik, reformasi kurikulum matematik di Barat dan di Malaysia, dan penilaian kurikulum.

Page 2: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

312

Kaedah Penilaian: Ujian dan Tugasan Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, TS2 Rujukan: 1. Keeley, P. & Rose, C.M. (Eds). (2006).

Mathematics curriculum topics study: Bridging the gap between standards and practice. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

2. National Council of Teachers of Mathematics (2000). Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM.

3. Nik Azis, N.P. (1995). Penghayatan matematik KBSR dan KBSM: Agenda tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Pinar, W.F. (Ed.). (2003). International handbook of curriculum research. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

SXEP1102 SEJARAH, FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada sejarah perkembangan, aliran semasa, teori dan amalan pendidikan matematik di Malaysia. Topik yang akan dibincangkan termasuklah usaha reformasi dalam pendidikan matematik di Malaysia, keperluan untuk berubah, model perubahan dalam pendidikan matematik, sokongan terhadap perubahan, refleksi terhadap iklim pendidikan masa kini, dan arah haluan masa depan,perspektif tentang perubahan dalam pendidikan matematik. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 40% Peperiksaan : 60% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS2, CT3, TS1, LL1, LS1 Rujukan: 1. Keeley, P. & Rose, C.M. (Eds). (2006).

Mathematics curriculum topics study: Bridging the gap between standards and practice. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

2. National Council of Teachers of Mathematics (2000). Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM.

Available: http://standards.nctm.org/document/index. htm 3. Nik Azis, N.P. (1995). Penghayatan matematik

KBSR dan KBSM: Agenda tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Burton, D. M. ( 2007). The history of mathematics: An introduction (6th. ed.). Boston: McGraw-Hill International.

SXEP1103 PERANCANGAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN SAINS Kursus ini memberi pengenalan kepada aspek utama dalam perancangan kurikulum dalam pendidikan sains. Kursus ini merangkumi kurikulum, reka bentuk kurikulum, perkembangan dalam bidang sains dan pendidikan sains di peringkat antarabangsa dan tempatan, model kurikulum sains dan inovasi dalam pendidikan sains, isu pelaksanaan kurikulum sains dan penilaian kurikulum. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 60% Peperiksaan : 40% Bahasa Pengantar: Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT2, LS1 Rujukan:

1. Ericson,H.L. (2002). Concept-based Curriculum and Instruction-Teaching Beyond the Facts.Corwin Press, USA

2. Gabel, D.(Ed). (1994). Handbook for Science Instruction in the Middle and Secondary School. New Jersey. Prentice Hall.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Sains. Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 1-5. Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur.

5. Wiles, J & Bondi, J. (1998). Curriculum and Development. A Guide to Practice. Prentice Hall International, S’pore.

6. Wiles, J. (1999). Curriculum Essentials. MA: Allyn & Bacon.

SXEP1104 KERJA AMALI DALAM SAINS Perbincangan akan diadakan tentang sejarah dan perkembangan kerja amali dalam pendidikan sains serta objektif mengadakan kerja amali sains di sekolah. Pelajar akan meneliti tujuan dan objektif pelbagai jenis

Page 3: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

313

kerja amali sains dan menyedari masalah tentang persediaan dan menjalankan kerja amali sains. Beberapa kemahiran proses dan manipulatif yang harus dikuasai akan dikenalpasti dan pendekatan untuk membolehkan pelajar sekolah menguasai kemahiran itu akan dit itik beratkan. Strategi untuk menilai kerja amali sains dahulu dan sekarang akan dibincangkan. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan dan Ujian Akhir Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT2, TS1, LL1 Rujukan: 1. Psillos, D.(2002) Teaching and Learning in the

Science Laboratory Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

2. Frost, J. (Ed.) (1995) Teaching Science London: Woburn Press.

3. Woolnough, B. (Ed.) (1991) Practical science : The role and reality of practical work in school science Milton Keynes : Open University Press.

4. Woolnought, B. and Allsop, T. (1985). Practical work in science education series. Cambridge: Cambridge University Press.

PDET1105 ASAS PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KO-KURIKULUM v.1 Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap asas anatomi, fisiologi manusia, prinsip lat ihan dan beberapa konsep dalam pembelajaran motor dan bio mekanik sukan. Antara topik-topik yang turut dibincangkan ialah falsafah, konsep dan amalan dalam pendidikan jasmani, kesihatan dan kokurikulum, khususnya, dalam konteks pendidikan Penekanan juga diberi kepada pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan pendidikan jasmani dan kokurikulum di sekolah menengah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 40% Peperiksaan : 60% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS1, CT2, TS2, EM1, LS1 Rujukan: 1. Paul, W., Darst et al., (2005). Dynamic Physical

Education for Secondary School Students. 2. Lumpkin A., (2004). Introduction to physical

education, Exercise Science, and Sports Studies.

3. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Siri Pendidikan Perguruan. Shah Alan: Karisma Publication.

4. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Siri Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya: Longman

5. Pearce, C.E. (2001). Anatomi dan fisilogi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn Bhd.

6. Wuest, D.A. & Bucher, C.A. (2000). Foundations to physical education and sports. (12th Ed.) St Louis: Mosby Co.

SXEP2105 SAINS KOGNITIF DAN PENDIDIKAN SAINS Memperkenalkan kepada pelajar idea asas tentang kognitif sains yang berkaitan dengan pendidikan sains. Ini termasuk perbincangan tentang ciri dan penguasaan kemahiran saintifik serta strategi yang berkaitan dengan sains, khususnya pengoperasian kognitif bagi setiap aras taksonomi Bloom, kemahiran proses sains SAPA, pola penaakulan konkrit dan formal dalam Model Piaget, tugasan inkuiri sains, proses kognitif yang melibatkan kemahiran berfikir secara kritis, dan strategi penyelesaian masalah. Semua kemahiran ini akan dibincangkan dan implikasi untuk peningkatan kualit i pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 60% Peperiksaan : 40% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, EM1 Rujukan: 1. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 2002). Apa itu ilmu

sains?. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

2. Bowell, T & Kemp, G. (2002). Critical thinking: A Concise Guide. London: Routledge.

3. Harre, R. (2002). Cognit ive Science: a philosophical introduction. London: Sage Publications.

4. Porter, B.F. ( 2002). Fundamentals of Critical Thinking. New York: Oxford University Press.

5. Sobel, C.P. ( 2001). The cognit ive sciences: an interdisciplinary approach. California: Mayfield Publications Co.

6. Vaughn, L. (2005). The Power of Critical Thinking. New York: Oxford University Press.

Page 4: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

314

SXEP2107 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini dibentuk untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan tentang pelbagai teknologi digital untuk menyiasat idea matematik yang signifikan. Penekanan adalah terhadap kefahaman konsep asas matematik melalui penggunaan teknologi digital dalam kelas metematik menengah, mengukuhkan pemikiran matematik pelajar dan meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. Dalam kursus ini, pelajar akan membentuk masalah matematik yang mengintegrasikan pelbagai teknologi digital. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 70% Peperiksaan : 30% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS2, LL1, EM1 Rujukan: 1. Burto, L. & Kowaoski, B.(1995). Technology in

mathematics teaching: A bridge between teaching and learning. NY: Chartwell-Bratt Publishing and Training Ltd.

2. Bennett, D. (1999). Exploring Geometry with the Geometer’s Sketchpad, Emeryville: California, Key Curriculum Press.

3. Sue John-Wildon & David Pimn(eds.)(2005). Teaching Secondary mathematics with ICT. NY;New York, Open University Press.

SXEP2108 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN SAINS Fokus kursus ini adalah untuk membantu pelajar mengintegrasikan teknologi berasakan teori, seperti OHP, TV, video, projektor slaid dan teknologi baru berasaskan computer, contohnya CD-ROMS ke dalam pendidikan sains, agar pelajar dapat membina persekitaran pembelajaran hypermedia yang stimulatif dan interaktif. Antara topik yang diberi penekanan adalah kemahiran mencari maklumat dan kemahiran pengurusan maklumat dengan menggunakan perisian computer seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, grafik persembahan, Internet, dan World Wide Web serta teknologi optik seperti cakera video interaktif. Pelajar juga akan didedahkan kepada pengaturcaraan ringkas untuk mereka dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 70% Peperiksaan : 30% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS3, LL2, EM2, LS3 Rujukan: 1. Labaron, J. F. & Collier, C. (2001). Technology in

its place: Successful technology infusion in schools. Jossey-Bass: Boston.

2. Newby, T.J., Stepich, D., Lehman, J. & Russell, J.d. (2005). Educational technology for teaching and learning (3rd Edition). Prentice Hall: New York.

3. Noraini Idris, Daniel, E.G.S. & Rohaida Mohd. Saat (2004). Teknologi dalam Pendidikan Sains dan Matematik. Penerbit UM: Kuala Lumpur.

4. Roblyer, M.D. (2003). Educational technology in action. Prentice Hall: New York.

PPEX2101 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN Tujuan utama kursus ini adalah untuk mambiasakan pelajar dengan konsep, teori dan amalan prinsip pentaksiran berkualit i di peringkat sekolah. Antara lain, topik-topik yang dibincangkan termasuklah pentaksiran alternatif seperti portfolio, penaksiran autentik, pentaksiran berasaskan prestasi, isu kebolehpercayaan dan kesahan instrument. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 60% Peperiksaan : 40% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS1, LL1, EM2 Rujukan: 1. McMillan, J.H. (1997). Classroom assessment:

Principles and practice for effective instruction. Boston, MA: Allyn and Bacon.

2. Walsh and Betz (1998). Tests and assessment (2nd Ed). Columbus, OH: Charles Merril l Publishers.

3. Bashah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim : Quantum Books

Page 5: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

315

PPET2104 PSIKOLOGI PENDIDIKAN V.1 Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pengetahuan kepada pelajar mengenai teori perkembangan dan faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Ini akan meliputi topik seperti proses perkembangan, kecerdasan, perbezaan individu, konsep diri dan motivasi. Kursus ini juga akan mengetengahkan teori pembelajaran dan strategi asas pengajaran. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan: 40% Peperiksaan : 60% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia Kemahiran Insaniah: CS2, CT3, EM1 Rujukan: 1. Slavin, R.E.(1997). Educational Psychology.

Needham Hight, MA: Allyn and Bacon. 2. Woolfolk, A.E.(1998).Educational Psychology.

Needham Hight, MA: Allyn and Bacon. 3. Rothstein, P.R. (1997). Educational Psychology.

Singapore: McGraw-Hill.

SXEP3107 PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung penyelesaian masalah dalam pendidikan matematik. Perbincangan dalam kursus merangkumi aspek penyelesaian masalah sebagai satu proses, matlamat pengajaran, pendekatan pengajaran dan kepentingan logik dan penaakulan. Di samping itu, penggunaan heuristik dalam penyelesaian masalah dan teknik penyelesaian masalah yang sesuai akan juga dibincangkan. Kaedah untuk menilai proses penyelesaian masalah juga akan diterangkan. Kaedah Penilaian: Peperiksaan Bertulis dan Penilaian Berterusan (Tugasan) Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT2, TS2, EM1 Rujukan: 1. Keeley, P/ & Rose, C.M. (Eds.) (2006).

Mathematics curriculum topic study: Bridging the

gap between standards and practice. Thousand Oks, CA: Corwin Press.

2. National Council of Teachers of Mathematics (2000). Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM.

3. Nik Azis, N.P. (1995). Penghayatan matematik KBSR dan KBSM: Agenda tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Pinar, W.F. (Ed.). (2003). International handbook of curriculum research. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

SXEP3109 PENGURUSAN MAKMAL Tujuan utama kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada bakal guru-guru sains kemahiran yang diperlukan untuk mengurus makmal sains di sekolah menengah. Kursus ini terdiri daripada syarahan, perbincangan, tugasan dan kerja amali untuk membantu pelajar mengendali makmal sains secara berkesan. Beberapa teknik pengurusan, penyediaan dan pelupusan bahan kimia akan dibincangkan. Beberapa aspek keselamatan makmal juga akan diperkenalkan. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan): 40% Peperiksaan : 60% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS1, LL1, KK1 Rujukan: 1. Good Laboratory Practice Regulations, 3rd

Edition, S.Weinberg, Nov 6, 2002. 2. How safe is your science lab? Simple steps

administrators can take to prevent serious accidents. J. A. Kaufman District Administration (Magazine/Journal), 2002.

3. Lab and Safety Skills In the Science Classroom. Glencoe/ McGraw-Hill; 1st edition (2001).

SXEP3203 KAEDAH PENGAJARAN KIMIA Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai teori dan prinsip pengajaran kimia khususnya di peringkat sekolah menengah. Kursus ini meliputi syarahan, tutorial, aktiviti makmal, dan pengajaran mikro. Kemahiran generik seperti berfikir, menyelesaikan masalah dan kreativiti serta penyisipan nilai-nilai murni akan ditekankan di sepanjang kursus. Antara topik yang akan dibincangkan adalah teori dan kaedah pengajaran kimia, kurikulum kimia dan sukatan pelajaran kimia, susunan kandungannya, penulisan

Page 6: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

316

rancangan pengajaran, pengurusan dan organisasi makmal, keselamatan makmal, penyediaan bahan bantu pengajaran dan prinsip dan kaedah penilaian dalam kimia. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan : 50% Peperiksaan : 50% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS4, CT3, TS2, LL1, EM1, LS2 Rujukan: 1. Ministry of Education Malaysia (2006) Kurikulum

bersepadu sekolah menengah :Huraian sukatan pelajaran Kimia Tingkatan IV dan V Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

2. Minyl,S.K., Lourdusamy,A.,Quek,C.L. & Wong, F.L.Angela (2005) Classroom management : Facilitating teaching and learning Singapore : Prentice-Hall.

3. Sears,J. & Sorensen,P. (Eds) (2000) Issues in science teaching London : Routledge/Falmer.

4. Yap,K.C., Toh,K.A. & Goh,N.K. (2002) Teaching science : Readings and resources for the primary school teachers Singapore : Prentice-Hall.

SXEP3204 KAEDAH PENGAJARAN FIZIK Kursus ini membantu pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan teknik untuk mengajar mata pelajaran fizik di sekolah. Komponen teori membincangkan pengetahuan asas, strategi dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar f izik di bilik darjah dan makmal. Komponen amali akan membiasakan pelajar dengan teknik eksperimen dan sesi pengajaran simulasi akan mengembangkan kemahiran pengajaran fizik pelajar melalui eksperimen, demonstrasi dan aktiviti kumpulan. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 30% Peperiksaan : 70% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS4, CT2, TS2, LL1, EM1, LS2 Rujukan: 1. Chang, S.E., Chia, S.C., Hasnah, Koay, K.C., &

Yew, K.L.(2002). Fizik KBSM 5. Kuala Lumpur: Gunung Cipta Enterprise.

2. Christian, W. & Belloni, M. ( 2001). Physlets: Teaching Physics with Interactive Curricular Material. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

4. Tong, Y.C., Yoong, K.S. Rema, R, Faizatul Shima & Roslina. (2005). Physics Form 4. Selangor. Danalis Distributors Sdn. Bhd.

SXEP3205 KAEDAH PENGAJARAN BIOLOGI Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai pendekatan pengajaran dan strategi Biologi termasuk pendekatan inkuiri-penemuan, pendekatan kontekstual,pendekatan konstruktivis dan pendekatan masteri dan lain-lain. Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada teori berkenaan pembelajaran Biologi,berbagai pendekatan dan kaedah mengajar Biologi di peringkat sekolah menengah, bagaimana menyediakan rancangan pelajaran yang berkesan, menilai pemahaman pelajar dalam sains Biologi. Pelajar akan juga diberi peluang mengukuhkan pemahaman prinsip dan mengamalkan pengajaran Biologi yang sesuai untuk peringkat sekolah menengah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 30% Peperiksaan : 70% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS2, LL1, EM1 Rujukan: 1. Mintzes, J.J., Wandersee, J.H.; & Novak, J.D.

(2000). Assessing science understanding: A human constructivist view. CA: Academic Press.

2. Agarwal, D.D. (2001). Modern Methods of Teaching Biology. New Delhi, Sarup & Sons.

3. Potter, S. (2008). Biology Teacher Answer Guide and CD. UK:Philip Alan.

4. Hassard, J. (2004). The Art of Teaching Science: Inquiry and Innovation. UK:Oxford University Press.

SXEP3206 KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pelajar dalam perkembangan professional pengajaran matematik sekolah menengah. Topik perbincangan meliputi konsepsi tentang matematik, kurikulum matematik, teori pembelajaran, model pengajaran matematik, pendekatan dan strategi pengajaran matematik, integrasi teknologi, sumber matematik,

Page 7: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

317

perancangan pelajaran dan penilaian dalam matematik. Kemahiran pemikiran, penyelesaian masalah, dan penyelidikan berasaskan bilik darjah juga akan ditekankan. Penerapan nilai akan dibincangkan secara implisit dalam kursus ini. Pelajar juga akan diberi peluang untuk menjalankan pengajaran mikro dan refleksi pengajaran akan dilakukan untuk tujuan penambahbaikan. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 60% Peperiksaan : 40% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS2, LL1, EM1, LS2 Rujukan: 1. Cangelosi, J.S. (1996). Teaching mathematics

in secondary school and middle school: an interactive approach. (2nd Ed.). N.J.: Merril, Englewood Cliffs.

2. Posamentier, A. S. (1999). Teaching secondary school Mathematics (5 th Edition) NJ: Merrill Englewood Cliffs.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Goos, M., Stillman, G.& Vale, C. (2007). Teaching secondary school mathematics:Research and practice for the 21st Century, NSW: Allen & Unwin, Australia.

SXEP3207 KAEDAH PENGAJARAN SAINS Kursus ini merangkumi konsep berkaitan dengan pendekatan dan kaedah pengajaran sains sekolah menengah. Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar tentang teori berkaitan dengan pembelajaran sains peringkat sekolah menengah, pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran sains, bagaimana untuk merangka pengajaran secara efektif, dan menilai kefahaman pelajar. Kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan pemahaman dan amali dalam konteks pengajaran sains yang sesuai di peringkat sekolah menengah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Kerja Kursus) : 70% Peperiksaan : 30% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS2, LL2, EM1 Rujukan: 1. Gallangher, J.J. (2007). Teaching science for

understanding: A practical guide for middle and high school teachers. Columbus , OH: Merill/Prentice Hall.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Mintzes, J.J., Wandersee, J.H., & Novak, J.D. (2000). Assessing science understanding: A human constructivist view. CA: Academic Press.

PAET3101 ETIKA DAN PERGURUAN Kursus ini mendedahkan pelajar dengan teori dan amalan nilai sebenar dalam bidang perguruan yang mencakupi definisi, konsep dan ciri etika serta kod etika perguruan. Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami kepentingan etika dan agama ke arah perkembangan insan yang mulia serta merancang pelajar untuk mengamalkan tingkahlaku yang beretika dan bersifat keperguruan. Kursus ini juga mencerakinkan nilai dan ciri insan multazim yang bermoral untuk kehidupan yang sejahtera dan mahir menyelesaikan masalah dan isu etika. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 60% Peperiksaan : 40% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris Kemahiran Insaniah: CS3, CT3, TS2, LL1, EM1 Rujukan: 1. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisma

keguruan : Prospek dan cabaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka. 2. Bertens, K. (2003). Etika dan moral untuk

pengajian tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

3. Mohd. Janib Johari (2001). Etika profesional, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Page 8: Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011fizik.um.edu.my/prog/PendidikanBM.pdfsepadu di antara Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan. ... Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Pinar,

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2010/2011

318

PPET3104 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Kursus ini membincangkan prinsip asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk amalan di bilik darjah. Pelajar akan mempelajari cara menulis objektif yang baik dalam merancang satu pelajaran bilik darjah, dan memilih bahan serta kaedah pengajaran mengikut objektif yang ditulis. Disamping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa aspek pengurusan bilik darjah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan) : 40% Peperiksaan : 60% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia Kemahiran Insaniah: CS4, CT4, TS2, LL3, EM2 Rujukan: 1. Abd. Ghafar Md.Din (2003). Prinsip dan Amalan

Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication. 2. Sharifah Alwiah Alsagoff ( Edisi Terkini). Ilmu

Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

3. Cruckshank,D. R.,(1999). The Art of Teaching. Boston: McGraw-Hill.

SXEP4190 LATIHAN MENGAJAR Tujuan latihan mengajar adalah untuk menyediakan guru pelatih peluang pengalaman yang mendalam dan berperanan penuh sebagai guru matematik dan sains di sekolah menengah. Pengalaman ini merangkumi merancang, mengorganisasi, mengurus dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah. Kursus latihan mengajar merupakan komponen praktikal dalam pendidikan profesional guru yang dijalankan bagi tempoh 12 minggu. Dalam tempoh ini, pelajar cuba menyatupadukan apa yang telah mereka pelajari tentang teori pendidikan dan kaedah pengajaran dalam mata pelajaran pengkhususan masing-masing ke dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar dibilik darjah. Selain tugas-tugas pengajaran, pelajar perlu melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum di sekolah atau apa sahaja tugas pentadbiran bilik darjah, perkhidmatan khas dan pengurusan sekolah yang diminta oleh pihak sekolah. Kaedah Penilaian: Penilaian Berterusan (Tugasan Amali) : 100% Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia

Kemahiran Insaniah: CS4, CT4, EM2, LS1 Rujukan: Huraian Sukatan Matematik dan Sains terkini Sukatan pelajaran matematik dan Sains.