Buku Panduan Pemilihan Ko-kurikulum

52
1 BUKU PANDUAN Pemilihan Kursus Kokurikulum Semester 2013/2014 (A131) PENTING: Pendaftaran Kursus Kokurikulum bermula pada 20 hingga 27 Julai 2013. Sila rujuk m/s 12 dalam buku panduan ini.

Transcript of Buku Panduan Pemilihan Ko-kurikulum

1

BUKU PANDUAN

Pemilihan Kursus Kokurikulum

Semester 2013/2014 (A131)

PENTING: Pendaftaran Kursus Kokurikulum bermula pada 20 hingga 27 Julai 2013. Sila rujuk m/s 12 dalam buku panduan ini.

2

KATA PENGANTAR

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada saudara/i para pelajar baharu

yang telah ditawarkan untuk mendaftar sebagai pelajar Univesiti Utara Malaysia pada

pengambilan kali ini. Selain daripada mengikuti kursus-kursus berkaitan berkaitan program

yang dipilih, saudara/i juga akan mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum sebagai salah

satu kursus wajib sebelum saudara/i layak dianugerahkan ijazah di akhir pengajian nanti.

Kursus kokurikulum di Universiti Utara Malaysia ini telah dilaksanakan semenjak penubuhannya

pada 1984. Di sepanjang tempoh pelaksanaannya banyak perubahan dan penambahbaikan

telahpun dibuat sebagai usaha memantapkan lagi pelaksanaan kursus kokurikulum di Universiti

Utara Malaysia. Ini termasuklah proses menyemak, mengemas kini dan menyusun semula

kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan

bersesuaian dengan kehendak semasa.

Pada ketika ini terdapat 61 kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi semester A131 yang boleh

dipilih oleh para pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Semua ini

dilakukan supaya kursus kokurikulum yang ditawarkan benar-benar memainkan peranan

memupuk, mengasah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar supaya dapat dimanfaatkan

apabila saudara/i tamat pengajian dan berkhidmat dengan masyarakat suatu masa nanti.

Saya berharap saudara/i akan membaca buku panduan ini dengan teliti dan membuat

pemilihan kursus kokurikulum yang sesuai dengan minat dan kemampuan saudara/i supaya ia

dapat memberikan nilai tambah dan menjadi pelengkap kepada bidang pengajian yang telah

ditawarkan kepada saudara/i.

Seterusnya gunakanlah segala kemudahan yang disediakan oleh universiti ini melalui pusat

kokurikulum untuk saudara/i membina dan memantapkan sahsiah dan jati diri masing-masing.

Akhirnya saudara/i boleh menjadi aset Negara yang bernilai.

3

Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan

dan cadangan dari semua pihak dalam usaha kami meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan

dalam semua urusan berkaitan pengendalian kursus kokurikulum demi kemajuan pendidikan

kokurikulum di universiti ini.

Salam Hormat dan Selamat Maju Jaya.

MENJANA SAHSIAH TERPUJI

DR. KAMARUL FAIZAL BIN HASHIM Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia

4

FALSAFAH UNIVERSITI

Menginsafi Bahawasanya Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan

kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

Mengingati Bahawasanya kedua-dua sumber mesti digembleng dengan sebaik-baik

cara dan seberkesan mungkin dan kunci kepada kejayaan ialah

perancangan, pengurusan, pengesanan, penilaian kembali, penganutan

ilmu, sains dan teknologi.

Menyakini Bahawasanya manusia tidak dapat hidup dengan kemajuan kebendaan

semata-mata, tanpa perikemanusiaan, peradaban dan keimanan,

manakala sumber alam pula tidak boleh dibiarkan dieksploitasi sehingga

mengancam peradaban manusia itu sendiri.

Maka ,

Universiti Utara Malaysia mendedikasikan dirinya kepada matlamat melahirkan lulusan yang

mempunyai kebolehan dan kepimpinan tinggi dalam perancangan sumber manusia dan sumber

alam secara saintifik dan kreatif demi kesejahteraan bangsa, kesentosaan Negara serta

kedamaian dunia seluruhnya.

Adalah juga azam universiti untuk membina sahsiah bakal lulusannya supaya seimbang di

antara keilmuan, kebudimanan, keimanan dan segala sifat kemanusiaan dengan nilai- nilai luhur

dan murni.

Ke arah itu, universiti akan membudayakan dirinya, sekalian pelajar dan kakitangan sejajar

dengan motonya:

ILMU, BUDI, BAKTI

5

JAWATANKUASA PROGRAM KOKURIKULUM

Senarai Ahli

Pengerusi Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Naib Canselor

Ahli Prof. Dr. Rosna Awang Hashim

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Prof . Dr. Abdul Razak Saleh

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Prof. Dr. Mohd. Rasid Hussin

Dr. Muhammad Fuad bin Othman

Wakil Senat

Tuan Hj. Amron Man

Bendahari

Setiausaha Dr. Kamarul Faizal bin Hashim Pengarah Pusat Kokurikulum

Ex-Officio Abdul Hakim Othman Koya

Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum

6

NAMA PENYELARAS PUSAT KOKURIKULUM UUM

BIL NAMA PENYELARAS UNIT JABATAN TEL.

1 Haji Mohd. Fairus Abd. Majid Unit Komunikasi Korporat e-mel: [email protected]

Seni Suara

Canselori 04-9283018

2 Abdul Hakim Othman Koya Pusat Kokurikulum e-mel:[email protected]

Kepemimpinan

PUSAT KOKURIKULUM

04-9285338

3 Haji Abu Bakar Mat Safar Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM CAS e-mel:[email protected]

Sukan Padang, Air dan Udara I

UUM CAS 04-9283404

4 Azhar Anis Mohamad IMBRe e-mel: [email protected]

Sukan Padang, Air dan Udara II

UUM COB 04-9285259

5 Nik Adzrieman Hj. Abdul Rahman Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi e-mel:[email protected]

Kor Mekanik UUM CAS 04-9284820

6 Mohd. Aizul Firdaus bin Musa Unit Sukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar e-mel: [email protected]

Sains Sukan dan Sukan Rekreasi

JHEP 04-9284982

7 Abdul Razak Abdul Wahab Pusat Pengajian Undang-Undang e-mel: [email protected]

Seni Tampak

UUM COLGIS 04-9286578

8 Dr. Md. Zawawi Abu Bakar Pusat Pengajian Pembangunan Sosial e-mel: [email protected]

Khidmat Masyarakat

UUM CAS 04-9283843

9 Haji Mohamad Zainol Abidin bin Adam Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Kolej Perniagaan e-mel: [email protected]

Perniagaan Tani UUM COB 04-9285010

10 Dr. Fauzi Hussin Jabatan Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan e-mel: [email protected]

Seni Bela Diri

UUM COB 04-9283549

11 Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Muhammad Suhaimi Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Siswaniaga (BPNS)

Keusahawanan

HEPA 04-9283206

7

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni e-mel: [email protected]

12 Mohamad Hapisol Othman Student Accommodation Centre e-mel: [email protected]

Pertolongan Cemas

SAC 04-9286741

13 Dr. Mohamad Shukri Abdul Hamid Pusat Pengajian Sains Kuantitatif e-mel: [email protected]

Kemahiran Hidup UUM CAS 04-9286936

14 Mohd. Fairouz Che Rose Pusat Kokurikulum e-mel: [email protected]

Seni Muzik PUSAT KOKURIKULUM

04-9284032

15 Mot Madon Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi e-mel: [email protected]

Teknologi Media dan Kreativiti

UUM CAS 04-9284832

16 Mejar Norzilah Hj. Aziz Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan e-mel: [email protected]

PALAPES

UUM COB 04-9283533 atau 04-9285307

17 Mohd. Zulkifli Mohd. Noor @ Muhammad Jabatan Hal Ehwal Pelajar e-mel: [email protected]

KOR SUKSIS

JHEP 04-9283223

8

KOKURIKULUM DAN PELAKSANAAN

1.0 PENGENALAN

Kegiatan kokurikulum telah diperkenalkan di Universiti Utara Malaysia sejak ia

ditubuhkan pada tahun 1984, dan ia dijadikan sebahagian kursus wajib seperti mana

kursus-kursus (teras) akademik lain. Ini bermakna, setiap kegiatan yang diceburi oleh

pelajar akan diberi kredit dan dikira bersama-sama dengan kredit-kredit lain yang boleh

didapati daripada kursus-kursus akademik sebelum dianugerahkan ijazah.

Oleh sebab itu, kegiatan kokurikulum hendaklah dititikberatkan sebagai kursus

akademik dan bukan sebagai kegiatan sampingan/sambilan.

Semenjak ia diperkenalkan di kampus sementara Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah

sehingga sekarang, kegiatan kokurikulum telah bertambah bidang, jenisnya berdasarkan

penambahan jumlah pelajar dan kepelbagaian minat serta kecenderungan mereka.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai pengalaman dan pasang surut kegiatan kokurikulum

telah ditempuhi. Sesuai dengan era serta situasi kepimpinan universiti ini, ia tetap

bergerak maju sejajar dengan matlamat kewujudannya.

2.0 OBJEKTIF KEGIATAN KOKURIKULUM

Program kokurikulum mempunyai objektif seperti berikut:

Memenuhi hasrat universiti mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh

supaya para pelajar menjadi siswazah yang lebih matang ;

Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan

kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar;

Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri; dan

Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan kaum.

Untuk mencapai objektif di atas Pusat Kokurikulum telah menetapkan motonya iaitu

MENJANA SAHSIAH TERPUJI.

9

3.0 DASAR PELAKSANAAN

Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan ke atas semua pelajar

yang mendaftar untuk mengikuti ijazah pertama di universiti ini. Para pelajar

dikehendaki lulus di dalam kegiatan kokurikulum yang disertainya, sepertimana kursus

akademik yang lain sebelum penganugerahan ijazah dilaksanakan.

3.1 Jumlah Kredit

Mulai semester Julai, sesi 1996/97, jumlah kredit bagi kegiatan kokurikulum telah

diubahsuai menjadi empat (4) semester kecuali PALAPES dan KOR SUKSIS yang diikuti

selama enam (6) semester.

Pelajar bebas memilih mana-mana kursus yang diminatinya bergantung kepada

kekosongan tempat ditawarkan.

Pelajar dikehendaki menganggotai mana-mana kumpulan yang dipilihnya sehingga

semester empat (4) atau dalam kes khas boleh menukarkannya selepas dua (2)

semester dengan kebenaran untuk mengikuti kursus Kepimpinan, Kerohanian,

Pembimbing Rakan Sebaya, Pengucapan Umum, Veterinar, Akuakultur dan Hortikultur

selama dua (2) semester lagi.

4.0 UNIT DAN SUBUNIT KOKURIKULUM

4.1 KEMAHIRAN HIDUP

Kembara

Kelana siswa

Briged RELASIS

4.2 KHIDMAT MASYARAKAT

Pembangunan Keluarga

4.3 KEPEMIMPINAN

Kepimpinan

Kerohanian

Pembimbing Rakan Sebaya

10

4.4 KOR MEKANIK

Kor Mekanik

Go-Kart

4.5 KEUSAHAWANAN

Siswaniaga

Francais

Katering

Hiasan Dalaman

Busana

4.6 PERTOLONGAN CEMAS

Bulan Sabit Merah

St. John Ambulans

Pertahanan Awam/ Kor SISPA

4.7 PERNIAGAAN TANI

Hortikultur (Teknologi Tanaman)

Veterinar (Teknologi Penternakan)

Akuakultur (Teknologi Perikanan)

4.8 SENI BELA DIRI

Silat Olahraga

Taekwando

Karate Do

Silat Cekak

Silat Gayong

4.9 SENI MUZIK

Gamelan

Angklong

Cak Lempong

Brassband

Orkestra

11

4.10 SUKAN PADANG, AIR DAN UDARA

Bola Jaring, Sofbol, Golf, Futsal, Bola Keranjang, Bola Tampar, Memanah,

Boling Padang, Renang, Tenis, Badminton, Ping Pong, Skuasy, Lumba

Basikal, Paramotor dan Ekuestrian.

4.11 SAINS SUKAN DAN SUKAN REKREASI

Sains Sukan

Pengurusan Sukan dan Rekreasi

4.12 SENI SUARA

Vokal / Koir

Debat Bahasa Melayu

Seni Islam

Pengucapan Umum

Tarannum Bil Quran

4.13 SENI TAMPAK

Seni Lukis

Seni Khat

Tarian Melayu

Seni Lakon

4.14 TEKNOLOGI MEDIA DAN KREATIVITI

Teknologi Fotografi

Teknologi Video

Teknologi Grafik

Kewartawanan

Landskap

4.15 PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

Palapes Darat

Palapes Udara

Palapes Laut

4.16 KOR SUKARELAWAN SISWA/SISWI (SUKSIS)

12

5.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Bagi setiap kegiatan yang ditawarkan, terdapat beberapa syarat kemasukan yang

dikenakan. PALAPES dan KOR SUKSIS misalnya, mensyaratkan ukuran dan berat badan

tertentu sebagai syarat khusus dan pelajar dikehendaki lulus dalam ujian pemilihan yang

dikendalikan oleh markas PALAPES atau PDRM.

Kokurikulum kesenian mensyaratkan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam

bidang yang dipilih. Adalah menjadi satu kelebihan jika mereka mempunyai kemahiran

dan bakat berkaitan bidang seni yang dipilih.

6.0 PENDAFTARAN KURSUS

Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan sahaja. Biasanya pelajar

harus mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum pada semester pertama ketika

memulakan pengajiannya di universiti ini.

Pendaftaran Kokurikulum boleh dibuat secara online. Tarikh pendaftaran secara online adalah pada 20 - 27 Julai 2013. Pelajar boleh mendaftar melalui http://www.uum.edu.my/kemasukan.

7.0 YURAN PENDAFTARAN

Setiap pelajar diwajibkan untuk membayar yuran kokurikulum sebanyak RM 260 (Ringgit

Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sahaja) sekali sahaja sehingga pelajar menyelesaikan

kursus kokurikulumnya di universiti ini.

8.0 PEMINDAHAN KREDIT

Pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk kursus kokurikulum tertentu tertakluk

kepada kesesuaian serta memenuhi syarat-syarat pemindahan kredit seperti ditetapkan

oleh universiti. Pertimbangan untuk pemindahan kredit dibuat berdasarkan kelayakan

berikut:

Pelajar lulusan diploma dari UITM, KUSZA dan institusi lain yang diiktirafkan dan

LULUS kursus kokurikulum yang sama sukatan pelajarannya seperti yang

ditawarkan di Universiti Utara Malaysia.

13

Pelajar yang mempunyai kelulusan sijil profesional dari institusi/badan yang

diiktiraf dalam bidang-bidang yang sama akan diikuti di Universiti Utara

Malaysia, misalnya sijil Persatuan Bulan Sabit Merah, Sijil Muzik dan sebagainya.

Pelajar yang pernah bekerja dengan kerajaan, badan-badan berkanun atau

swasta yang dapat membuktikan keterampilan mereka dalam kegiatan

kokurikulum dan khidmat masyarakat boleh dipertimbangkan berpandukan

laporan sulit daripada majikan masing-masing.

Pelajar yang mempunyai kelayakan seperti diatas dinasihatkan supaya membawa

bersama-sama mereka dokumen yang boleh membantu permohonan pemindahan

kredit mereka yang boleh dibuat melalui borang khusus sewaktu pendaftaran.

Walaubagaimanapun, keputusan muktamad kelulusan pemindahan kredit adalah

tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemindahan Kredit UUM.

Permohonan perlu dibuat secepat mungkin dan dalam semester pertama kemasukan

pelajar mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik.

Pemohonan selepas itu tidak akan dilayan.

9.0 PENAMBAHAN DAN PENGGUGURAN KURSUS KOKURIKULUM

Syarat-syarat penambahan dan/ atau pengguguran kursus kokurikulum adalah sama

dengan yang diperuntukkan bagi kursus- kursus akademik yang lain.

10.0 KEPERLUAN KURSUS

Pelajar dikehendaki mengikuti semua program yang disusun untuk setiap kursus,

termasuk kegiatan luar kuliah (KLK) bersesuaian dengan bidang kokurikulum masing-

masing. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar menerapkan

pengetahuan teori kepada praktikal.

11.0 PENILAIAN

Setiap kumpulan kokurikulum mempunyai pengukur penilaian berbeza-beza, tetapi

penilaian terhadap faktor-faktor asas yang diseragamkan ialah:

Ujian bertulis/teori

Latihan amali, kepimpinan dan prestasi pembinaan sahsiah

Kemahiran yang dicapai

14

Penglibatan diri dalam setiap aktiviti kokurikulum/universiti termasuk kehadiran

ke kuliah dan integrasi kokurikulum.

12.0 NILAI KREDIT

Satu (1) kredit akan diberikan kepada aktiviti kokurikulum bagi setiap semester apabila

pelajar memenuhi keperluan penilaian yang ditetapkan. Kredit ini akan dikira pada

setiap semester dan diambilkira dalam purata mata gred semester/ keseluruhannya.

Pelajar hendaklah mengumpul empat (4) kredit daripada kursus kokurikulum sebelum

layak menerima ijazah, kecuali unit PALAPES dan KOR SUKSIS enam (6) kredit.

13.0 PAKAIAN SERAGAM

Setiap pelajar hendaklah memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh unit

kokurikulum masing-masing semasa mengikuti kuliah atau menjalani latihan, sama ada

di dalam ataupun di luar kampus. Pelajar yang tidak memakai pakaian seragam yang

ditetapkan tidak dibenarkan mengikuti kuliah/ aktiviti kokurikulum manakala kehadiran

tidak akan diambilkira.

14.0 MASA KULIAH / AKTIVITI KOKURIKULUM

Semua kuliah dan aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Sabtu mengikut slot

masa yang ditetapkan seperti berikut:

SLOT MASA

PERTAMA 8.30 PAGI - 10.30 PAGI

KEDUA 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI

KETIGA 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

KEEMPAT 4.00 PETANG – 6.00 PETANG

NOTA PENTING:

PAKAIAN FORMAL BAGI MENGHADIRI KULIAH / AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Pelajar dikehendaki menyediakan ‘T-shirt’ putih kosong berkolar bagi menghadiri

kuliah/aktiviti kokurikulum.

2. Seluar sukan (track bottom) bewarna hitam/biru gelap.

3. Kasut sukan (sport shoes).

Pelajar yang tidak memakai pakaian seperti yang ditetapkan, tidak dibenarkan mengikut kuliah

/ aktiviti kokurikulum manakala kehadiran tidak diambilkira.

15.0 PERATURAN PERLU

15

Pelajar diberi kebebasan memilih kegiatan yang diminatinya, tetapi kegiatan tersebut

hendaklah terdiri daripada kelompok yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum pada

semester berkenaan. Pendaftaran bagi kursus tersebut akan diterima tertakluk kepada

kuota pengambilan yang ditetapkan bagi setiap semester.

Setelah mendaftar dan mengikuti kegiatan yang dipilih, pelajar tidak dibenarkan untuk

menukar kegiatannya selepas tamat tempoh gugur/tambah kursus. Oleh itu setiap

pelajar harus berhati-hati sebelum membuat pilihan.

Pelajar bertanggungjawab untuk menentukan bahawa ia telah melengkapkan

keperluan EMPAT (4) jam kredit untuk kegiatan kokurikulum sepanjang pengajian bagi

membolehkannya dianugerahkan ijazah. Bagi PALAPES dan KOR SUKSIS pelajar perlu

melengkapkan ENAM (6) jam kredit.

Setiap pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti

dari semasa ke semasa.

16.0 RAYUAN

Rayuan berkaitan perkara-perkara berikut boleh dibuat oleh pelajar mengikut

keperluan.

Pertukaran bidang/jenis kokurikulum

Penggantian aktiviti integrasi

Penangguhan kegiatan kokurikulum

Pengecualian kegiatan kokurikulum

16.1 PERTUKARAN KURSUS KOKURIKULUM

Dalam keadaan tertentu, apabila pelajar tidak dapat meneruskan kursus kokurikulum

yang dipilihnya, mereka boleh memohon untuk bertukar ke kursus kokurikulum

Hortikultur, Veterinar, Akuakultur, Kepimpinan, Pembimbing Rakan Sebaya, Kerohanian

dan Pengucapan Umum selepas menyelesaikan kursus pilihan awalnya selama 2

semester. Kelulusan pertukaran ini tertakluk kepada kebenaran Pengarah Pusat

Kokurikulum.

Bagi permohonan penggantian aktiviti integrasi, pelajar dibenarkan untuk membuat

pemohonan menukar tarikh aktiviti integrasi dengan alasan yang munasabah.

16

Pemohonan perlulah dibuat di Bahagian Akademik, Pusat Kokurikulum selewat-

lewatnya seminggu sebelum tarikh sebenar.

16.2 PENANGGUHAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Penangguhan hanya akan diberi atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah seperti

kesihatan dan keperluan akademik berdasarkan pemohonan pelajar.

16.3 PENGECUALIAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Permohonan boleh dibuat untuk mendapat kelonggaran daripada menyertai aktiviti-

aktiviti kokurikulum pada masa-masa tertentu dengan cara mengemukakan surat

pengesahan doktor bertauliah dan diiktiraf, yang dapat memastikan taraf kesihatan

fizikal dan / atau mental pemohon. Walau bagaimanapun, jika pengecualian aktiviti

fizikal diluluskan, pelajar dikehendaki mengikuti kuliah-kuliah yang lain.

17.0 LULUS BERSYARAT (LB) DAN IZIN MENGULANG

Kursus kokurikulum ditawarkan mengikut dasar yang sama dengan kursus akademik

yang lain. Pelajar yang gagal dan dibenarkan mengulang semester hendaklah

mengulangi sepenuhnya kursus kokurikulum yang diikuti sebelumnya, atau jika keizinan

mengulang itu diberikan pada waktu pelajar berkenaan sedang mengikuti kursus

kokurikulumnya pada tahap semester 1, maka ia boleh memilih untuk mendaftar bagi

mangikuti kursus kokurikulum yang baru.

18.0 PEMILIHAN DAN KEHADIRAN KULIAH

18.1 PEMILIHAN

Pemilihan untuk menyertai bidang / jenis kokurikulum hanya dapat ditentukan

ketika pendaftaran masuk ke universiti ini dibuat. Walau bagaimanapun,

pendaftaran ini tertakluk kepada kekosongan tempat yang disediakan. Pelajar

hendaklah memilih unit-unit kokurikulum lain sekiranya kuota sesuatu unit

kokurikulum akan menimbulkan masalah dalam proses penganugerahan ijazah.

18.2 PROGRAM KOKURIKULUM PELAJAR CACAT

17

Pelajar yang disahkan cacat dikehendaki mengikuti kegiatan kokurikulum seperti

mana pelajar lain. Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Kokurikulum akan

memberi nasihat/ bimbingan bagi pelajar berkenaan untuk mengikuti kegiatan

kokurikulum yang bersesuaian dengan keupayaannya.

18.3 KEHADIRAN

Sekiranya pelajar gagal pertama kali menghadiri kelas kokurikulum, mereka akan

diberi surat amaran oleh Pusat Kokurikulum.

Sekiranya pelajar tidak menghadiri kelas kokurikulum sebanyak dua (2) kali,

jurulatih dikehendaki memaklumkannya kepada Penyelaras dan amaran akan

diberikan kepada pelajar berkenaan supaya memberi sebab-sebab

ketidakhadirannya.

Ketidakhadiran ke kelas kokurikulum sebanyak dua (2) kali bagi sesuatu

semester dengan tiada sebab munasabah, Jurulatih melalui Penyelaras

dikehendaki menghantar nama pelajar ke Pusat Kokurikulum untuk tindakan

tatatertib dan dibatalkan pendaftaran kokurikulum pelajar bagi semester

berkenaan dan diberi gred X selaras dengan perkara 8.2(a) Akta dan Peraturan

(Akademik) Universiti Utara Malaysia.

CATATAN:

Panduan dan pelaksanaan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, jika diperlukan.

18

SINOPSIS

KURSUS

KOKURIKULUM

19

SINOPSIS KURSUS KOKURIKULUM

UNIT KEMAHIRAN HIDUP

1.0 OBJEKTIF

1.1 mendedahkan mahasiswa kepada ilmu kemahiran hidup melalui syarahan dan

latihan lasak.

1.2 membentuk semangat kepimpinan dan daya tahan di kalangan mahasiswa.

1.3 melahirkan masyarakat kampus yang berwawasan.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada (4) peringkat yang dirancang sebegitu rupa bagi

mencapai maksud objektif. Di samping didedahkan dengan ilmu perkhemahan dan

kembaraan, pelajar diajar teknik pengendalian bot berenjin, kayak, ikatan dan teknik-

teknik pendakian dan penggunaan yang betul dan teratur dibawah pengawasan

jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Pelajar juga diwajibkan

mengikuti kem-kem latihan yang dirangka mengikut unit masing-masing bagi

memantapkan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah.

2.1 Kursus akan dikendalikan dalam bentuk syarahan, latihan amali dan

perkhemahan. Pelajar juga diminta menyediakan dan mengemukakan laporan

bagi setiap aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah sangat digalakkan.

2.2 Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berubah-ubah

mengikut latihan dan semester di samping lantikan AJK khusus untuk setiap

peringkat kursus dan juga induk.

2.3 Pertemuan akan diadakan selama dua (2) jam mengikut kesesuaian silibus.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

20

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VKHA 1011

NAMA KURSUS : KEMBARA 1

PRASYARAT : DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS

SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada asas ilmu kemahiran hidup dari

segi teori dan praktikal bagi membentuk kualiti sikap dan keazaman yang positif. Latihan

jalan lasak secara berkumpulan akan mengajak para pelajar untuk membuat perubahan

dan menerimanya sebagai suatu tapak pembinaan asas di dalam diri mereka ke arah

pencapaian matlamat sebenar.

4.2 KOD KURSUS : VKHB 1011

NAMA KURSUS : KELANA SISWA 1

PRASYARAT : DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS

SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan sejarah pergerakan dan penubuhan badan

pengakap dan kelana siswa, sejarah dan pentadbiran serta struktur organisasi

pergerakan pengakap Malaysia. Undang-undang dan Persetiaan Pengakap, Kawad dan

Sistem berpatrol, Lencana-lencana pengakap, ikatan dan simpulan serta asas

perkhemahan.

4.3 KOD KURSUS : VKHC 1011

NAMA KURSUS : BRIGED RELASIS 1

PRASYARAT : DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS

SINOPSIS: Kursus iniadalah kursus awalan dalam siri kursus-kursus Ikatan Relawan

Rakyat. Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi Ikatan

Relawan Rakyat, Sejarahnya, Penubuhannya serta kepentingan dalam pembangunan

Negara. Pada peringkat awalan, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti, latihan, tugasa

dan silibus pelajaran tentang Ikatan Relawan Rakyat. Kursus ini akan melatih dan

membekalkan para pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman yang membolehkan

mereka menguasai kemahiran-kemahiran asas konsep 1Malaysia, penyatuan dan

perpaduan, sikap kenegaraan dan konsep sukarela.

21

UNIT KHIDMAT MASYARAKAT

1.0 OBJEKTIF

1.1 Memberi peluang kepada pelajar yang terlibat untuk mengalami beberapa

kehidupan sosial secara langsung. 1.2 Membolehkan pelajar terlibat memperolehi pengalaman dan kemahiran untuk

merancang, melaksanakan dan menilai sesuatu projek. 1.3 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan

menggabungkan pengetahuan dan tenaga untuk merancang, menjalankan dan menjayakan sesebuah projek.

1.4 Membentuk sikap pelajar agar sentiasa peka kepada keperluan pembangunan masyarakat.

1.5 Membantu pihak Universiti sebagai sebuah institusi sosial mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan projek yang boleh mempercepatkan pembangunan masyarakat.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Unit Khidmat Masyarakat menawarkan kursus dalam bidang Pembangunan Keluarga

dan silibus disusun berdasarkan keperluan dan halatuju yang ditetapkan.

Kursus Pembangunan Keluarga memberi tumpuan kepada wanita-wanita desa supaya

dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan keluarga sendiri khasnya serta

masyarakat dan negara amnya. Projek yang dikendalikan dibentuk dengan bantuan

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

i. Pada peringkat permulaan semua pelajar akan mengikut kursus asas bidang/jurusan

yang dipilih untuk mendapat ilmu asas yang berkaitan dengan bidang masing-

masing.

ii. Selepas mendapat pengetahuan asas dalam bidang-bidang yang dipilih setiap pelajar

dikehendaki menyediakan Kertas Projek untuk projek yang akan dilaksanakan secara

berkumpulan.

iii. Semasa projek yang dirancang dan dilaksanakan, pelajar dikehendaki mengisi buku

log untuk menjelaskan kemajuan masing-masing.

iv. Sebuah laporan lengkap berhubung dengan projek yang dilaksana hendaklah

disediakan selepas projek berkenaan selesai.

22

v. Sebuah kertas projek baru hendaklah disediakan untuk projek berikutnya

berdasarkan kertas laporan projek yang lepas.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VKMA 1011

NAMA KURSUS : PEMBANGUNAN KELUARGA 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan mengenai peranan institusi

kekeluargaan dalam pembangunan keluarga, negeri dan negara. Pelajar juga akan

didedahkan dengan ilmu perundingan dan penasihatan kepada kaum wanita, kaum

lelaki sebagai ketua keluarga, ilmu psikologi dan sosiologi serta aspek-aspek budaya

yang berkaitan. Dalam kursus ini pelajar diajar menyediakan Kertas Projek, Buku Log,

dan Kertas Laporan sebelum melaksanakan projek di tempat-tempat yang ditentukan.

UNIT KEPEMIMPINAN

1.0 OBJEKTIF

1.1 Mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh agar pelajar menjadi

siswazah yang lebih matang.

1.2 Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan

kerjasama kumpulan di kalangan pelajar.

1.3 Menyediakan pemimpin pelajar yang berkemahiran dalam organisasi.

1.4 Membekal bakal pemimpin Negara dalam pelbagai bidang kehidupan.

23

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam Unit Kepemimpinan dibahagikan kepada tiga (3) sub unit iaitu

Pembimbing Rakan Sebaya, Kepimpinan dan Kerohanian. Silibus bagi setiap bidang

disusun berdasarkan keperluan dan hala tuju yang ditetapkan.

Semua kursus di bawah Unit Kepemimpinan disusun mengikut struktur di bawah:

i. Pada semester pertama semua pelajar akan diberi pendedahan awal tentang

kepimpinan.

ii. Pada semester kedua hingga keempat mereka akan melalui aktiviti-aktiviti

kumpulan masing-masing dan melakukan praktik dan teknik-teknik kepimpinan.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VKPC 1011

NAMA KURSUS : PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada falsafah, proses dan teknik

kaunseling individu secara teori dan praktikal. Pelajar juga akan diberi pendedahan

kemahiran hidup, iaitu kemahiran sosial dan akademik. Di samping itu pelajar juga akan

melalui amalan kepimpinan secara praktikal seperti berurusan dengan pelajar lain dan

mengendalikan dan menjadi jurulatih kepada bengkel-bengkel kemahiran hidup.

4.2 KOD KURSUS : VKPA 1011

NAMA KURSUS : KEPIMPINAN 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan dan input ke arah

pembangunan/pengurusan diri pelajar serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk

membangunkan diri dan sahsiah pelajar. Ini adalah penting sebagai persediaan dan

24

melengkapkan diri mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diatur rancang dalam

sesebuah organisasi. Penekanan adalah mengenai diri, pembangunan diri, falsafah

kepimpinan, motivasi dan kemahiran pengucapan.

Pelajar akan didedahkan dengan pengalaman kepada aktiviti dalam kumpulan (LDK). Di

akhir kursus, pelajar didedahkan dengan Kem Tahunan yang bertujuan merealisasikan

pengisian kursus seperti membina semangat berpasukan dan ketahanan diri pelajar.

4.3 KOD KURSUS : VKPB 1011

NAMA KURSUS : KEROHANIAN 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS : Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu fardhu ain sebagai

asas pembentukan peribadi muslim. Kursus ini akan memberikan pengetahuan asas

tentang ibadah khusus, membentuk jiwa dan semangat pelajar melalui pelaksanaan

sembahyang serta mendedahkan pelajar kepada bacaaan bertajwid Surah Al-Fatihah

dan ayat-ayat lazim.

UNIT KOR MEKANIK

1.0 OBJEKTIF

1.1 Memberikan pendedahan mengenai sistem mekanikal yang dilihat setiap hari

dengan pengkhususan diberi kepada motor mekanik.

1.2 Membantu pelajar mengenal sistem dan bahagian yang terdapat di dalam

sesebuah kenderaan.

1.3 Membantu pelajar membuat perbezaan antara jenis-jenis enjin yang terdapat

dalam kenderaan.

1.4 Mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah membuat ‘trouble shooting’

kepada beberapa sistem yang senang dalam sesuatu kenderaan.

1.5 Memberi peluang latihan amali dalam memperbaiki/membuat ‘adjustment’ dan

latihan-latihan lain yang difikirkan bersesuaian dengan topic berkenaan.

25

1.6 Mendedah, membina dan memupuk nilai-nilai ‘esprit de corp’ bertolak ansur

dan bersemangat perpaduan di antara dan kalangan kaum, bangsa serta agama

semasa menjalani latihan amali khususnya.

1.7 Pendedahan dan pemupukan nilai-nilai di atas akan diterapkan melalui

latihan/kerja amali secara berpasukan.

1.8 Mendedahkan konsep dan tatacara keselamatan, prosedur, peraturan,

penubuhan dan pengurusan sesebuah bengkel kenderaan secara umumnya.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini disusun dan dibahagikan kepada empat (4) peringkat. Bagi peringkat

permulaan, pelajar diperkenalkan tentang keselamatan umum, kegunaan peralatan

tangan dan pemandangan komponen enjin. Peringkat kedua dan ketiga, pelajar akan

diperkenalkan kepada sistem penghantaran (transmission). Peringkat akhir pelajar

didedahkan kepada peralatan dan komponen elektrik kereta. Setiap semester, latihan

amali dan kerja-kerja projek akan dijalankan di bengkel.

2.1 Kursus akan dikendalikan dalam bentuk syarahan, amali (bengkel/lawatan sambil

belajar).

2.2 Pertemuan akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian/

kedapatan jurulatih dan bilik kuliah/bengkel pada sesuatu masa.

2.3 Setiap semester mempunyai silibusnya yang tersendiri dan tidak akan diulang

pada semester yang berikutnya. Kuliah/amali akan diadakan di dewan kuliah

ataupun di bengkel Kor Mekanik pada hari-hari yang ditetapkan.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

26

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VKRA 1011

NAMA KURSUS : KOR MEKANIK 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini menekankan aspek kerohanian, fizikal dan mental, amalan

keselamatan kerja serta penggunaan peralatan dengan betul dan selamat.

Memperkenalkan Sistem Komponen Enjin Dua (2) Lejang dan Empat (4) Lejang.

Penyangga Enjin, Inlet, Ekzos, Pelinciran, Jenis-jenis Bahan Api, Pam dan Karburator.

Memperkenalkan penggunaan peralatan tangan dan keselamatan, membuat carta

jadual servis, senggaraan dan cara-cara kerja mengikut urutan yang betul.

4.2 KOD KURSUS : VKRB 1011

NAMA KURSUS : GO KART 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berhubung pengetahuan

tentang Go-Kart. Secara khusus, kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang

Sistem Komponen Enjin Dua (2) Lejang dan Empat (4) Lejang. Sistem Karburator, Sistem

Ekzos dan Pam Bahan Api. Di samping itu kursus ini menitikberatkan amalan

keselamatan kerja serta penggunaan perkakas dengan betul.

UNIT KEUSAHAWANAN

1.0 OBJEKTIF

1.1 Memupuk pelajar dalam memilih bidang keusahawanan sebagai alternatif

kerjaya pada masa hadapan.

1.2 Memberi peluang kepada para pelajar menerokai program pengkhususan

keusahawanan yang mereka minati.

1.3 Memupuk pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan program

dan aktiviti keusahawanan.

1.4 Mendedahkan peluang-peluang keusahawanan dan memotivasikan para pelajar

untuk terus bergiat dalam bidang keusahawanan.

27

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam Unit Keusahawanan dibahagikan kepada lima (5) sub unit iaitu

Siswaniaga, Francais, Katering, Hiasan Dalaman dan Busana.

Silibus bagi setiap bidang disusun berdasarkan keperluan dan halatuju yang ditetapkan.

Semua kursus di bawah Unit Keusahawanan disusun mengikut struktur di bawah:

i. Pada semester pertama semua pelajar akan diberi pendedahan awal berkaitan

keusahawanan.

ii. Pada semester kedua hingga keempat mereka akan melalui aktiviti-aktiviti

kumpulan masing-masing yang lebih menjurus kepada pengkhususan subunit

yang telah dipilih.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VKWA 1011

NAMA KURSUS : SISWANIAGA 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program

Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin

mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya.

Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan

keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang

boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang

keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan.

28

4.2 KOD KURSUS : VKWF 1011

NAMA KURSUS : FRANCAIS 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program

Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin

mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya.

Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan

keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang

boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang

keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan.

4.3 KOD KURSUS : VKWC 1011

NAMA KURSUS : KATERING 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program

Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin

mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya.

Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan

keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang

boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang

keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan.

4.4 KOD KURSUS : VKWD 1011

NAMA KURSUS : HIASAN DALAMAN 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung

aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang hiasan dalaman. Para

pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan dari

sudut perniagaan dalam bidang hiasan dalaman. Di samping itu, para pelajar turut

didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika

memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang hiasan dalaman.

29

4.5 KOD KURSUS : VKWB 1011

NAMA KURSUS : BUSANA 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung

aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang busana atau jahitan.

Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan

dari sudut perniagaan dalam bidang busana. Di samping itu, para pelajar turut

didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika

memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang busana atau

jahitan.

UNIT PERTOLONGAN CEMAS

1.0 OBJEKTIF

1.1 Membolehkan pelajar memahami prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan

sendiri, keluarga dan masyarakat.

1.2 Membolehkan pelajar menguasai kemahiran pertolongan cemas untuk kegunaan

sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

1.3 Melahirkan pelatih dan jurulatih pertolongan cemas yang mampu membentuk,

memimpin dan merancang kegiatan kesukarelaan di dalam dan di luar kampus.

1.4 Menyediakan tenaga sukarela terlatih yang bertauliah yang sentiasa bersiap

sedia untuk membantu Negara dalam keadaan kecemasan.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam unit ini dibahagikan kepada empat (4) sub unit iaitu Pasukan Bulan

Sabit Merah, Persatuan St. John Ambulans, Briged Bomba dan Pertahanan Awam/Kor

SISPA. Setiap kursus memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan

pelajar menguasai selok belok kemahiran pertolongan cemas dan mampu bertindak

secara perseorangan atau berkumpulan dalam operasi khidmat masyarakat seperti

merawat dan membantu operasi penyelamatan ketika berlaku kecemasan pada bila-bila

masa.

30

Setiap kursus dalam unit ini dibahagikan kepada peringkat awalan, pertengahan dan

lanjutan. Di peringkat akhir kursus, pelajar diberi peluang untuk menduduki

peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan St.

John Ambulans Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pertahanan Awam untuk

mendapat sijil yang diiktiraf oleh kerajaan.

Setiap kursus memberikan teori dan latihan amali untuk memperkukuhkan

pengetahuan pelajar dalam bidang yang diceburi.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VPCC 1011

NAMA KURSUS : BULAN SABIT MERAH 1

PRASYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus asas dalam Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia (PBSM). Kursus ini bertujuan memperkenalkan sejarah perhubungan PBSM

dalam struktur organisasinya. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan

pelajaran asas pertolongan cemas dengan melihat sistem perjalanan tubuh badan

manusia, khususnya dari aspek pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan

sistem deria, perkumuhan serta otot manusia. Latihan berbentuk praktikal akan

diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya.

4.2 KOD KURSUS : VPCD 1011

NAMA KURSUS : ST JOHN AMBULANS 1

PRASYARAT : TIADA

SINOPSIS : Kursus ini bertujuan memperkenalkan prinsip-prinsip asas serta matlamat

pertolongan cemas. Di samping itu, kursus ini juga menerangkan bagaimana tubuh

manusia berfungsi dalam keadaan normal, iaitu dengan cara mengkaji sistem perjalanan

tubuh manusia khususnya dari aspek sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem

31

saraf dan organ deria, perkumuhan, tulang serta otot manusia. Latihan berbentuk

praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan

fungsinya.

4.3 KOD KURSUS : VPCA 1011

NAMA KURSUS : KOR SISPA 1

PRASYARAT : DENGAN KELULUSAN JABATAN PERTAHANAN AWAM

SINOPSIS : Kursus ini adalah kursus awalan dalam siri kursus-kursus Pertahanan Awam.

Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi pertahanan awam,

sejarah serta kepentingan dalam pembangunan Negara. Pada peringkat awal, pelajar

akan dilatih berkawad sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin.

UNIT PERNIAGAAN TANI

1.0 OBJEKTIF

1.1 Menjelaskan kepentingan dan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi

Negara.

1.2 Mempelajari pengurusan projek secara sistematik.

1.3 Memberi pendedahan tentang teknologi terbaru dalam bidang pertanian.

1.4 Mempelajari tentang pengurusan kewangan bagi setiap projek yang hendak

dijalankian.

1.5 Memberi latihan secara praktikal berkaitan pengurusan perniagaan tani melalui

latihan amali dan lawatan sambil belajar.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus yang ditawarkan dalam Unit Perniagaan Tani ialah Akuakultur (Teknologi

Perikanan), Hortikultur (Teknologi Tanaman) dan Veterinar (Teknologi Penternakan).

Setiap pelajar perlu mengikuti kursus ini selama empat (4) semester. Setiap kursus akan

memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar menguasai selok

belok pengurusan projek yang berkaitan dengan bidang pertanian.

Kursus akan dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan lawatan sambil belajar.

Pelajar diminta menyedia dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti yang

dijalankan. Penyertaan menyeluruh adalah menjadi keutamaan.

32

3.0 PENILAIAN PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.1 Portfolio = 20%

3.2 Integrasi = 10%

3.3 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VPTC 1011

NAMA KURSUS : HORTIKULTUR 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam tanaman sayur-

sayuran merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan, sistem dan pengurusan

penanaman sayur-sayuran. Penekanan akan diberikan kepada usaha penanaman secara

komersial dari segi teknik dan teknologi tanaman secara moden, sistem pengairan dan

pengawalan musuh dan penyakit.

4.2 KOD KURSUS : VPTB 1011

NAMA KURSUS : VETERINAR 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS : Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam

pedaging merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan dan pengusahaan

penternakan. Penekanan akan diberikan kepada teknik-teknik penternakan secara

moden dan komersial. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan

aliran kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan.

4.3 KOD KURSUS : VPTA 1011

NAMA KURSUS : AKUAKULTUR 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas berhubung dengan bidang

akuakultur iaitu penternakan ikan dan udang air tawar dalam kolam tanah dan kolam

33

simen. Penekanan akan diberikan kepada usaha penternakan secara komersial dari segi

teknik dan teknologi ternakan secara moden, pengurusan kolam dan pengawalan musuh

dan penyakit. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan aliran

kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan.

UNIT SENI BELA DIRI

1.0 OBJEKTIF

1.1 Membentuk diri menjadi pelajar cemerlang daripada aspek kemahiran,

keyakinan diri, dedikasi, semangat dan disiplin.

1.2 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas seni bela diri.

1.3 Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental para pelajar supaya lebih aktif dan

berjaya dalam semua bidang.

1.4 Menjadikan latihan yang diterima sebagai persediaan untuk menyertai

kejohanan di peringkat universiti, negeri dan kebangsaan.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam unit ini terbahagi kepada lima (5) sub unit iaitu Silat Cekak, Silat

Gayung, Silat Olahraga, Karate Do dan Tae Kwon Do. Setiap kursus akan melibatkan

aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan kerana

melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi.

Semua kursus di bawah Unit Seni Bela Diri ini disusun berperingkat-peringkat iaitu

permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Kursus bagi setiap peringkat akan

mengambil masa selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar akan

diperkenalkan dengan teori-teori asas mengenai bidang seni bela diri yang dipilih. Pada

peringkat pertengahan pelajar akan diajar menguasai jenis seni bela diri yang dipilih.

Pada peringkat inilah selok belok seni bela diri pilihan akan disampaikan. Pada peringkat

akhir pelajar akan diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta

penguasaan seni bela diri secara amali.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

34

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VSDA 1011

NAMA KURSUS : SILAT OLAHRAGA 1

PRA SYARAT : BERMINAT MEMPELAJARI SILAT OLAHRAGA

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar

berkenaan dengan seni silat dari segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan

mempelajari latar belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pencak silat. Pelajar juga

akan diberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan

mempelajari pergerakan asas seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas

pencak silat secara praktikal.

4.2 KOD KURSUS : VSDC 1011

NAMA KURSUS: SENI SILAT CEKAK 1

PRA SYARAT : BERMINAT MEMPELAJARI SILAT CEKAK DAN BERAGAMA ISLAM

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar kepada seni

mempertahankan diri iaitu Seni Silat Cekak dari segi teori, teknikal dan praktikal sebagai

salah satu cabang budaya asli negara melalui teknik-teknik tangkisan, pukulan dan

kuncian yang berpandukan kepada akal fikiran yang sihat serta didikan yang didasarkan

kepada nilai-nilai agama dan sahsiah, pelajar dilatih dengan sifat-sifat keberanian,

bertanggungjawab dan peribadi mulia. Setiap pelajar perlu hadiri latihan tambahan

selama dua (2 ) jam seminggu di bawah aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi

membolehkan pelajar menguasai sepenuhnya mata pelajaran Seni Silat Cekak dan

melayakkan diri menduduki ujian Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia.

4.3 KOD KURSUS : VSDD 1011

NAMA KURSUS : TAE KWON DO 1

PRA SYARAT : BERMINAT MEMPELAJARI SENI TAE KWAN DO

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan dengan

seni bela diri Tae Kwon Do daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan

35

mempelajari peraturan-peraturan dan tradisi Tae Kwon Do. Pelajar juga akan memberi

penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga akan mempelajari pergerakan asas

seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas Tae Kwon Do secara praktikal.

4.4 KOD KURSUS : VSDB 1011

NAMA KURSUS : KARATE DO 1

PRA SYARAT : BERMINAT MEMPELAJARI SENI KARATE DO

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan

dengan seni mempertahankan diri Karate Do daripada segi teori, teknikal dan praktikal.

Pelajar juga akan mempelajari peraturan dalam Karate Do serta penekanan terhadap

disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas dan

gabungan pergerakan asas dalam Karate Do secara praktikal.

4.5 KOD KURSUS : VSDE 1011

NAMA KURSUS : SILAT GAYUNG 1

PRA SYARAT : BERMINAT MEMPELAJARI SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan

dengan seni mempertahankan diri Seni Silat Gayung Malaysia daripada segi teori,

teknikal dan praktikal. Pelajar akan mempelajari peraturan-peraturan dan adat istiadat

seni Silat Gayung Malaysia. Pelajar juga akan diberi penekanan terhadap disiplin diri. Di

samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas seni silat, pergerakan-

pergerakan, elakan-elakan dan juga tangkapan Seni Silat Gayung Malaysia secara

praktikal.

UNIT SENI MUZIK 1.0 OBJEKTIF

1.1 Membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan mengenai sistem kesenian

tradisi rakyat, kebangsaan dan dunia. 1.2 Membolehkan pelajar-pelajar menghayati dan menguasai pelbagai jenis cabang

seni muzik yang diminati, serta membentuk keperibadian, kehalusan jiwa, kesabaran dan kemurnian akhlak pelajar.

36

1.3 Memupuk kesedaran mengenai seni budaya kebangsaan yang membolehkan pelajar memberi sumbangan terhadap pembinaan dan pengukuhan kebudayaan kebangsaan.

1.4 Membolehkan pelajar-pelajar merangsang daya cipta kesenian masing-masing dan menghargai ciptaan-ciptaan seni yang bermutu.

1.5 Membolehkan pelajar mendalami ilmu pentadbiran dan pengurusan seni. 1.6 Membantu merangsang imaginasi dan kreativiti pelajar.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam unit ini terbahagi kepada tujuh (7) sub unit iaitu Muzik Tradisi, Orkestra, Angklong, Brassband, Cak Lempong, Bagpipe dan Gamelan. Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi. Semua kursus kesenian ini disusun berperingkat-peringkat iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Kursus bagi setiap peringkat akan mengambil masa selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar akan diperkenalkan dengan teori-teori asas mengenai bidang kesenian yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar akan diajar menguasai sejenis kesenian yang dipilih. Pada peringkat inilah selok belok bidang seni pilihan akan disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar akan diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penguasaan seni secara amali.

3.0 PENILAIAN 3.1 Kehadiran = 20% 3.2 Portfolio = 20% 3.3 Integrasi = 10% 3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.2 KOD KURSUS : VSMA 1011 NAMA KURSUS : ANGKLONG 1 PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Pelajar di dalam semester ini terlebih dahulu akan diperkenalkan dengan permainan angklong biasa iaitu dua (2) set angklong melodi dengan iringan angklong bas dan angklong kod. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan memainkan sebuah atau dua buah angklong yang dibuat secara berkelompok untuk melengkapkan sesebuah lagu yang akan dimainkan. Permainan angklong ini amat mementingkan

37

kerjasama serta disiplin yang tinggi untuk membentuk sesebuah pasukan angklong. Ketidakhadiran salah seorang daripada pemain akan menggagalkan matlamat latihan.

4.3 KOD KURSUS : VSMC 1011 NAMA KURSUS : CAK LEMPONG 1 PRA SYARAT : MINAT DALAM MUZIK TRADISI

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada permainan Cak Lempong dari segi sejarah, latarbelakang permainan, persembahan dan alatan yang digunakan.

4.4 KOD KURSUS : VSME 1011 NAMA KURSUS : BRASSBAND 1 PRA SYARAT : MINAT DALAM MUZIK KONTEMPORARI

SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan suatu Brassband beserta alat-alat muzik yang lengkap. Juga bagaimana menggunakan alat muzik dengan teknik yang tertentu bagi menghasilkan bunyi yang sempurna dengan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang, membawa dan memainkan alat dalam keadaan statik. Pelajar-pelajar akan dikelompokkan menurut susunan alat Brassband yang akan dimainkan. Pemilihan alat dibuat mengikut stamina, minat dan bentuk mulut. Alat-alat dimainkan secara kumpulan atau perseorangan.

4.5 KOD KURSUS : VSMG 1011 NAMA KURSUS : GAMELAN 1 PRA SYARAT : BERMINAT KEPADA MUZIK GAMELAN/TRADISI

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan muzik gamelan dan sejarah kelahiran di Nusantara. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada peralatan dan asas bermain Gamelan.

4.6 KOD KURSUS : VSMF 1011 NAMA KURSUS : ORKESTRA 1 PRA SYARAT : MEMPUNYAI ASAS DALAM MUZIK

SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan di dalam orkestra beserta alat-alat muzik yang terdapat di dalam sesuatu orkestra. Juga penggunaan alatan muzik dengan betul dan menjalani teknik-teknik bermain dengan alatan muzik tersebut bagi menghasilkan muzik yang sempurna dan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang dan memainkan alat muzik dengan betul. Pelajar akan dikelompokkan menurut susunan atau sectional dalam orkestra. Pemilihan alatan adalah dibuat berdasarkan minat dan kebolehan bermain sesuatu alat tersebut. Alat-alat muzik ini dimainkan secara berkumpulan mahupun perseorangan.

38

UNIT SENI SUARA

1.0 OBJEKTIF

1.1 Menghayati dan menguasai cabang seni suara yang diminati, serta membentuk

keperibadian, kesabaran dan kemurnian akhlak pelajar.

1.2 Membina keyakinan dalam menyampaikan persembahan atau pendapat serta

idea-idea yang bernas.

1.3 Memperkukuhkan rasa cinta dan minat terhadap seni budaya.

1.4 Merangsang daya cipta, imaginasi dan kreativiti masing-masing dan menghargai

ciptaan-ciptaan seni yang bermutu.

1.5 Mendalami ilmu komunikasi, pentadbiran dan pengurusan seni.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus dalam unit ini dibahagikan kepada enam (6) sub unit iaitu Debat, Koir,

Seni Islam, Nasyid, Pengucapan Umum dan Tarannum Bil Quran. Setiap kursus akan

melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan

kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi.

Semua kursus seni suara ini disusun berperingkat-peringkat iaitu peringkat permulaan,

pertengahan dan pengakhiran. Kursus bagi setiap peringkat akan mengambil masa

selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar akan diperkenalkan kepada

teori-teori asas mengenai bidang kesenian yang dipilih. Pada peringkat pertengahan

pelajar akan diajar menguasai jenis kesenian yang dipilih. Pada peringkat inilah selok

belok bidang seni pilihan akan disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar akan diajar

dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penguasaan seni secara amali.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VSSC 1011

39

NAMA KURSUS : KOIR 1

PRASYARAT : MEMILIKI SUARA DAN ASAS MENYANYI

(PEKA PENDENGARAN)

SINOPSIS: Kursus ini akan melatih pelajar tentang cara dan teknik vokal untuk

menghasilkan nyanyian yang baik dan berkualiti.

Latihan dibuat secara sendirian dan kumpulan. Pelajar akan dikenalpasti

mengikut ketegori suara seperti “soprano, alto, tenor dan bass” mengikut

kemampuan individu. Turut diajar adalah literasi muzik seperti mengenal nada

dan kaitannya dengan “solfa” dalam bentuk harmoni dan melodi melalui

nyanyian serta berdasarkan tanda masa dan tanda yang lazim dan asas.

4.2 KOD KURSUS : VSSD 1011 NAMA KURSUS : SENI ISLAM I PRASYARAT : BERPENGETAHUAN AGAMA / ASAS AL QURAN

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus awalan bagi memperkenalkan seni dalam Islam yang memberi penekanan berkaitan seni lagu, seni suara dan sejarah hubungannya dengan agama Islam.

4.3 KOD KURSUS : VSSA 1011 NAMA KURSUS : PENGUCAPAN UMUM 1 PRASYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus pertama ini, para pelajar diperkenalkan kepada asas/dasar Pengucapan Umum. Antaranya ialah komponen-komponen bahasa, pengucapan sebagai satu cara komunikasi, ciri-ciri perucap yang baik, etika pengucapan yang umum, seni bercakap dan ragam pengucap. Selain itu para pelajar juga dikehendaki mempersembahkan pengucapan pengenalan bagi penilaian amali.

4.4 KOD KURSUS : VSSB 1011 NAMA KURSUS : TARANNUM BIL QURAN 1 PRASYARAT : BERPENGETAHUAN DALAM PEMBACAAN AL

QURAN

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus pengenalan yang dapat memperkenalkan tentang asas dan seni pembacaan Al-Quran secara bertarannum (kaedah bacaan berlagu) yang betul dan bersesuaian dengan martabat Al-Quran itu sendiri sebagai mukjizat yang terulung di samping dapat meneroka salah satu cabang seni suara khususnya yang sentiasa menjadi tabi’ie manusia yang berkehendakkan kepada seni bunyi (seni suara atau alunan lagu)

40

dan seterusnya dapat menyamai minat para siswazah untuk tidak terus menyepikan pembacaan Al-Quran.

UNIT SENI TAMPAK

1.0 PENGENALAN

Unit Seni Tampak adalah merupakan salah satu daripada unit yang ada di bawah Pusat

Kokurikulum di mana melalui unit ini terdapat empat (4) sub unit utama yang terdiri

daripada Seni Lakon, Seni Lukis, Seni Khat dan Tarian Melayu. Melalui penglibatan

pelajar di dalam kursus di bawah unit ini diharapkan agar dapat membentuk kemahiran

insaniah selari dengan matlamat yang telah digalurkan oleh Kementerian Pengajian

Tinggi.

2.0 OBJEKTIF

2.1 memperoleh pengetahuan berkaitan dengan kesenian serta memupuk

kesedaran mengenai seni dan budaya di samping menarik minat mereka ke arah

memberikan sumbangan terhadap kesinambungan seni tersebut pada masa

akan datang.

2.2 membentuk ciri inovasi, kreativiti dan juga merangsang minda mereka terhadap

penciptaan serta penghasilan seni yang lebih bermutu serta mempunyai nilai

tersendiri di samping terus memperkasakan seni yang sedia ada;

2.3 dapat memberikan pendedahan berkaitan dengan aspek pengurusan seni

tersebut terutamanya dalam menghasilkan sesuatu program kesenian yang lebih

berimpak.

3.0 STRUKTUR KURSUS

3.1 Penilaian kursus adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-

Penglibatan - 20%

Tugasan - 50%

Integrasi - 10%

Fortfolio - 20%

41

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VSTA 1011

NAMA KURSUS : SENI LUKIS 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan seni lukis kepada pelajar-

pelajar bagi membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,

mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan

inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tumpuan diberikan kepada pengenal asas-asas

seni lukis dan unsur-unsur seni serta penggunaannya dalam proses membina dan

mencipta hasil karya. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sejarah seni

secara umum.

4.2 KOD KURSUS : VSTB 1011

NAMA KURSUS : SENI KHAT 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus untuk memperkenalkan Kaligrafi

Seni Khat atau dikenali sebagai Seni Tulisan Cantik (versi Jawi Arab /Melayu)

dengan memberi penekanan kepada kaedah susun atur huruf, tatacara letak titik

dan baris yang betul dalam penulisan Khat Raka’ah serta pengkaryaan seni.

4.3 KOD KURSUS : VSTC 1011

NAMA KURSUS : TARIAN MELAYU 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan

kemahiran pelajar-pelajar kepada asas tari, olah tubuh (composition) “rhythmic

acitvities” dan konsep 3W (WIRASA, WIRAMA dan WIRAGA). Latihan awal perlu

bagi membentuk kelenturan tubuh badan. Di samping itu, pelajar-pelajar akan

mempelajari sejarah senitari dan kategori asas gerak tari.

42

4.4 KOD KURSUS : VSTD 1011

NAMA KURSUS : SENI LAKON 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asal

usul drama sejarah perkembangan drama, takrifan drama dan komponen watak

drama. Ia akan dibahagikan kepada tiga (3) komponen iaitu: Asal usul dan

perkembangan drama, Teknik Penganalisisan Naskah Drama dan Persediaan

menjadi Pelakon. Selain itu pelajar akan diberi kesedaran mengenai peranan

seni lakon dalam kehidupan seharian.

UNIT SAINS SUKAN DAN SUKAN REKREASI

1.0 OBJEKTIF

1.1 Membina pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang permainan, taktik

dan strategi permainan serta sejarah, falsafah, psikologi, sosiologi, perubatan

serta sains sukan.

1.2 Mempelajari dan memahami peranan dan tugas pegawai, pengadil, empayar,

pengurus dan pentadbiran sukan dalam aspek pengurusan dan pengelolaan

sukan.

1.3 Mengalami perkembangan dan kepuasan seperti keseronokan melalui aktiviti,

kepuasan bagi keperluan psikologi, pembentukan sifat yang dihargai,

pembentukan kesukanan yang baik, masyarakat serta perhubungan antara

manusia.

1.4 Mencapai kesihatan emosi, mental dan fizikal optima.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) semester yang mencakupi maksud objektif.

Pelajar berasaskan dengan falsafah sukan, teori pengurusan sukan, pembelajaran teknik

permainan, penganjuran, pengelolaan, kejurulatihan pemakanan dan rawatan awal

kecederaan sukan.

Kursus ini dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan latih kendali. Pelajar

dimintakan menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Penyertaan

menyeluruh adalah diberi keutamaan.

43

Kursus selama dua (2) semester ini dipertingkatkan kepada:

Semester 1: Sejarah Sukan, Sains Sukan dan Pengurusan Umum

Semester II: Pengurusan Sukan dan Sukan Rekreasi

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VSRA 1011

NAMA KURSUS : SAINS SUKAN 1

PRA SYARAT : PERSETUJUAN PENYELARAS

SINOPSIS: Kursus ini memberi pengenalan kepada sejarah sukan iaitu daripada

zaman Greek hingga sekarang. Di samping itu penekanan diberikan kepada ciri-ciri dan

skop sukan, asas saintifik, pendidikan sukan, amalan makanan dan pemakanan, psikologi

sukan dan pentadbiran sukan.

UNIT SUKAN PADANG, AIR DAN UDARA

1.0 OBJEKTIF

1.1 Membina pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang permainan, taktik

dan strategi permainan serta sejarah, falsafah, psikologi, sosiologi, perubatan

serta sains sukan.

1.2 Membina kemahiran-kemahiran permainan, kecergasan dan lain-lain aspek

fizikal melalui kegiatan sukan yang dipilih.

1.3 Mempelajari dan memahami peranan dan tugas pegawai, pengadil, empayar,

pengurus dan pentadbiran sukan dalam aspek pengurusan dan pengelolaan

sukan.

44

1.4 Mengalami perkembangan dan kepuasan seperti keseronokan melalui aktiviti,

kepuasan bagi keperluan psikologi, pembentukan sifat yang dihargai,

pembentukan kesukanan yang baik, masyarakat serta perhubungan antara

manusia.

1.5 Mencapai kesihatan emosi, mental dan fizikal optima.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) semester yang mencakupi maksud objektif.

Pelajar perlu mengambil kursus Sains Sukan dan Sains Rekreasi selama dua (2) semester.

Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teknik permainan, penganjuran,

pengelolaan, kejurulatihan pemakanan dan rawatan awal kecederaan sukan.

Kursus ini dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan latih kendali. Pelajar diminta

menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Penyertaan menyeluruh

adalah diberi keutamaan.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Semua kursus penjurusan sukan berikut memerlukan prasyarat iaitu lulus kursus Sains

Sukan 1 (VSRA 1011) dan Pengurusan Sukan dan Rekreasi II (VSRB 1021) terlebih dahulu:

4.1 KOD KURSUS : VSPA2031 NAMA KURSUS : MEMANAH 4.2 KOD KURSUS : VSPB 2031 NAMA KURSUS : BADMINTON 4.3 KOD KURSUS : VSPC 2031 NAMA KURSUS : LUMBA BASIKAL 4.4 KOD KURSUS : VSPD 2031 NAMA KURSUS : BOLING PADANG

45

4.5 KOD KURSUS : VSPE 2031 NAMA KURSUS : EKUESTRIAN

4.6 KOD KURSUS : VSPF 2031 NAMA KURSUS : FUTSAL 4.7 KOD KURSUS : VSPG 2031 NAMA KURSUS : GOLF 4.9 KOD KURSUS : VSPJ 2031 NAMA KURSUS : BOLA JARING 4.10 KOD KURSUS : VSPK 2031 NAMA KURSUS : BOLA KERANJANG 4.12 KOD KURSUS : VSPM 2031 NAMA KURSUS : SOFBOL 4.13 KOD KURSUS : VSPP 2031 NAMA KURSUS : PARAMOTOR 4.14 KOD KURSUS : VSPQ 2031 NAMA KURSUS : PING PONG 4.15 KOD KURSUS : VSPT 2031 NAMA KURSUS : TENIS 4.16 KOD KURSUS : VSPU 2031 NAMA KURSUS : SKUASY 4.17 KOD KURSUS : VSPV 2031 NAMA KURSUS : BOLA TAMPAR 4.18 KOD KURSUS : VSPW 2031 NAMA KURSUS : RENANG

46

UNIT TEKNOLOGI MEDIA DAN KREATIVITI

1.0 OBJEKTIF

1.1 Membolehkan pelajar mengenali alatan-alatan Teknologi Media seperti Video,

Fotografi dan Grafik.

1.2 Membolehkan pelajar mengendalikan alatan media dan kaedah pengurusannya.

1.3 Memupuk minat pelajar dalam bidang teknologi media yang diceburi oleh

mereka.

1.4 Membolehkan pelajar merangsang daya cipta serta kreativiti masing-masing

dengan menggunakan peralatan teknologi media.

2.0 STRUKTUR KURSUS

Unit Teknologi Media menawarkan kursus-kursus yang merangkumi semua bidang

teknologi media. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah meliputi bidang-bidang seperti

Teknologi Video, Teknologi Fotografi, Teknologi Grafik, Kewartawanan dan Landskap.

Silibus setiap kursus disusun bersesuaian dengan bidangnya. Setiap kursus akan

melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan

keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran yang diperolehi.

Kandungan kursus Unit Teknologi Media disusun berperingkat-peringkat iaitu peringkat

permulaan, pertengahan dan akhir. Setiap peringkat mengambil masa selama satu

semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar diperkenalkan dengan teori-teori asas

mengenai bidang Teknologi Media yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar

secara praktikal diajar menguasai jenis Teknologi Media yang dipilih. Pada peringkat

inilah selok belok ilmu teknologi media disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar diajar

dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penggunaan peralatan teknologi

media secara amali.

3.0 PENILAIAN

3.1 Kehadiran = 20%

3.2 Portfolio = 20%

3.3 Integrasi = 10%

3.4 Kemahiran = 50%

47

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VTMA 1011

NAMA KURSUS : TEKNOLOGI FOTOGRAFI 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan asas fotogtafi secara asas kepada

pelajar. Ia meliputi sejarah perkembangan dan kewujudan dunia fotografi. Ia juga

menyentuh tentang kamera jenis SLR, kanta, tripod serta peralatan-peralatan berkaitan.

4.2 KOD KURSUS : VTMB 1011

NAMA KURSUS : TEKNOLOGI VIDEO 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan secara asas dan memberi

bimbingan praktis kepada pelajar-pelajar konsep mengendalikan alatan-alatan video.

Pelajar akan diajar teknik-teknik mengendalikan kamera video dengan betul dan juga

kaedah penjagaannya. Pelajar juga akan diperkenalkan dan diajar teknik-teknik dan

kaedah serta unsur-unsur seni dalam penggunaan video. Pelajar juga diberi kemahiran

dan teknik suntingan video.

4.3 KOD KURSUS : VTMC 1011

NAMA KURSUS : TEKNOLOGI GRAFIK 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan teknologi media secara umum bidang grafik.

Gambaran jelas mengenai hubungkait, kepentingannya dengan bidang lain seperti

audio/video dan fotografi juga diberikan penekanan. Melalui bidang ini para pelajar

diajar mengenai grafik termasuk warna, tipografi, logo, komposisi (layout), dan asas

mengenai dunia pengiklanan.

4.3 KOD KURSUS : VTMD 1011

NAMA KURSUS : LANDSKAP 1

PRA SYARAT : TIADA

SINOPSIS: Kursus ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung

kemahiran landskap iaitu melibatkan kerja-kerja merancang, melaksana dan

48

menyelenggara sesuatu landskap. Antara aspek yang akan diberi penekanan adalah

berhubung landskap lembut (berkaitan tumbuhan hiasan) dan landskap kejur (berkaitan

binaan yang terlibat dalam landskap).

UNIT PALAPES

1.0 OBJEKTIF

1.1 Melatih pelajar dalam ilmu ketenteraan, disiplin dan bersemangat waja.

1.2 Menjadi sumber tenaga bagi pegawai Askar Wataniah dan juga pegawai dalam

Angkatan tetap.

1.3 Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan sebagai

benteng kedua dalam Ketahanan Nasional dan Ketahanan Negara.

2.0 STRUKTUR KURSUS

2.1 Modul PALAPES adalah sama dengan modul latihan Maktab Tentera Diraja

(MTD) Cawangan Pegawai Kadet ATM yang dibahagikan kepada tiga (3)

peringkat latihan.

2.1.1 Tahun 1 (semester 1 dan 2)-peringkat junior

2.1.2 Tahun 2 (semester 3 dan 4)-peringkat intermediate

2.1.3 Tahun 3 (semester 5 dan 6)-peringkat senior

2.2 Latihan berterusan selama tiga (3) tahun (6 semester) perlu dilaksanakan bagi

melayakkan pelajar tersebut (setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan)

untuk ditauliahkan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai Pegawai Muda

dalam ATM. Dalam tempoh itu, pelajar akan didedahkan kepada Asas Ilmu

Ketenteraan (Teori dan Amali), Khemah Tahunan dan Upacara Pertauliahan.

2.3 Tempoh latihan dan pemberian kredit adalah seperti berikut:-

2.3.1 Tahun 1 (2 kredit)

240 jam latihan tempatan + 15 hari

Latihan khemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan

2.3.2 Tahun 2 (2 kredit)

240 jam latihan tempatan + 15 hari

49

Latihan khemah dan 14 hari latihan lanjutan

2.3.3 Tahun 3 (2 kredit)

240 jam latihan tempatan + 15 hari

Latihan khemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan

Latihan lanjutan + 21 hari latihan pertauliahan

2.4 Pemberian kredit seperti di para 2.3 akan diberikan sekiranya:

2.4.1 Telah menamatkan enam (6) semester.

2.4.2 Diberhentikan atas sebab kesihatan dan status kesihatan oleh

pegawai perubatan ATM.

2.5 Pemberian kredit seperti di para 2.3 akan ditarik balik sekiranya:

2.5.1 Berhenti atas permintaan sendiri.

2.5.2 Berhenti disabit dengan tindakan disiplin.

2.5.3 Berhenti atas sebab-sebab selain daripada para 2.4.

3.0 PENILAIAN

3.1 Penilaian akan dibuat seperti berikut:

3.1.1 Daya kepimpinan :14%

3.1.2 Pengajian ketenteraan :24%

3.1.3 Kemahiran ketenteraan :50%

3.1.4 Kesukanan :03%

3.1.5 Kehadiran Latihan :06%

3.1.6 Simpanan Lembaga :03%

3.2 Pelajar yang gagal mencapai tahap yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan

meneruskan latihan ke peringkat selanjutnya atau dalam keadaan tertentu akan

diberhentikan.

3.3 Pelajar yang berjaya dalam PALAPES akan disahkan melalui pentauliahan sebagai

pegawai muda berpangkat Leftenen Muda.

4.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

4.1 KOD KURSUS : VPZD 1011

50

: VPZU 1011

: VPZL 1011

NAMA KURSUS : PALAPES DARAT 1

: PALAPES UDARA 1

: PALAPES LAUT 1

5.0 SYARAT PERMOHONAN

5.1 Warganegara Malaysia.

5.2 Umur: tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun

5.3 Syarat Fizikal

a) Tinggi :

Tidak kurang 157cm (L)

Tidak kurang 147cm (P)

b) Berat:

Tidak kurang 47.5 kg (L)

Tidak kurang 40.5 kg (P)

c) Dada : (lelaki sahaja)

76 cm (biasa)

81 cm (tarik nafas)

d) Lain-lain :

Tidak rabun warna

Jika bercermin mata, bacaan sekurang-kurangnya 8/1

UNIT KOR SUKSIS

1.0 OBJEKTIF

Kursus KOR SUKSIS bertujuan untuk:

1.1 Melahirkan seorang pegawai Kor SUKSIS yang berpengetahuan undang-undang

berkaitan, mempunyai sikap serta amalan disiplin kepolisian yang sesuai di

antara budaya pasukan dan budaya kampus.

1.2 Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan

sebagai pegawai Kor SUKSIS ke arah mewujudkan kesedaran sivik dan

hubungan baik polis dan masyarakat.

51

1.3 Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta mempunyai personaliti bersesuaian

dengan peranannya sebagai seorang pegawai Kor SUKSIS.

2.0 STRUKTUR KURSUS

2.1 Modul kor SUKSIS dapat dibahagikan kepada enam (6) semester.

2.2 Waktu latihan adalah sebanyak 360 waktu.

2.3 Latihan berterusan selama enam (6) semester perlu dilaksanakan dengan 2 cara

iaitu

I. Latihan akademik

II. Latihan luar

Pembahagian waktu latihan akademik dibuat mengikut pecahan seperti dibawah :

i. Undang-undang : 100 waktu

ii. Bina diri : 30 waktu

iii. Kenegaraan : 30 waktu

Pembahagian waktu latihan luar dibuat mengikut pecahan seperti dibawah:

i. Kawad : 120 waktu

ii. Latihan bersenjata : 30 waktu

iii. Pertolongan cemas : 10 waktu

iv. Khidmat masyarakat : 10 waktu

v. Rentas halangan : 10 waktu

vi. Lawatan : 10 waktu

vii. Ujian penilaian : 10 waktu

3.0 PENILAIAN

3.1 Penilaian akan dibuat seperti berikut:

3.1.1 Aktiviti : 20%

3.1.2 Kecenderungan : 10%

3.1.3 Peperiksaan : 40%

3.1.4 Personaliti : 10%

3.1.5 Disiplin : 20%

52

4.0 KURSUS YANG DITAWARKAN

KOD KURSUS : VKSP 1011

NAMA KURSUS : KOR SUKSIS 1

PRASYARAT : DENGAN KELULUSAN PDRM

Latihan ini diwujudkan untuk semua calon Pegawai Kor SUKSIS yang akan dilantik

dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS di IPTA yang

mempunyai Pasukan Pegawai Kor SUKSIS.

5.0 SYARAT PERMOHONAN

5.1 Warganegara Malaysia

5.2 Umur: tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun.

5.3 Ukuran badan:

Lelaki : Tinggi 162cm (5’ 4”)

Lilitan dada: 18cm/86cm

Berat badan: 48 kg

Wanita : Tinggi: 152 cm (5 kaki)

Berat badan: 43 kg