BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - pis.edu.my JUN2012/PANDUA… · A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang...

download BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - pis.edu.my JUN2012/PANDUA… · A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang dilantik ... Pelajar hendaklah memakai kasut yang sesuai untuk kerja di pejabat dan memakai

If you can't read please download the document

Transcript of BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - pis.edu.my JUN2012/PANDUA… · A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang...

  • BUKU

    PANDUAN

    PENDAFTARAN SESI JUN 2012

    Disediakan oleh :

    Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Km 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 2612488 Fax : 07 2612963 http://www.pis.edu.my

    http://www.pis.edu.my/

  • 1. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)

    Kampus PJB terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan daripada susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.

    Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan

    (E22 Lebuhraya Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram/Pasir Gudang teruskan perjalanan sehingga Exit 2205A Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri Masai/Kong Kong dan teruskan perjalanan menghala ke Masai.

    2. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

    i) Kolej Kediaman Pelajar disediakan untuk pelajar baru semester 1 sahaja. Walau bagaimanapun tempat adalah terhad. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk mendapatkan tempat tinggal sekiranya anda tidak ditawarkan kolej kediaman pelajar.

    ii) Disebabkan kemudahan tempat tinggal yang terhad, maka pelajar-pelajar baru (semester 1) yang kediamannya sekitar 40 km daripada Politeknik Ibrahim Sultan dan semua pelajar lulusan Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Sijil Politeknik dan Diploma Politeknik tidak akan ditawarkan kolej kediaman pelajar.

    iii) Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan kemudahan Kafetaria yang terletak di kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.

    BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

    http://www.pis.edu.my/images/stories/pic/map.jpg

  • 3. BANTUAN KEWANGAN

    Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman pendidikan, pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:-

    Pelajar Diploma PINJAMAN PTPTN

    i) Membuka Akaun Bank Islam ii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

    Kad pengenalan pelajar

    Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM

    Surat tawaran kemasukan ke politeknik

    Sijil politeknik atau transkrip keputusan peperiksaan bagi pelajar lulusan politeknik

    Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini

    Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.

    Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

    Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat

    DUA (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. iii) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my

    Pelajar Sijil

    i) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

    Kad pengenalan pelajar

    Kad pengenalan ibu dan bapa Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas HENDAKLAH DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang dilantik oleh kerajaan.

    4. RUPADIRI PELAJAR

    Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali. Sila rujuk Buku Peraturan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang akan diedarkan semasa pendaftaran.

    4.1 Pakaian dan Rupadiri Pelajar Lelaki

    a. Baju Baju kemeja berlengan panjang atau pendek Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian yang

    negatif. Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) dan semua butang dikenakan dengan

    sempurna. Pemakaian baju Melayu (Baju Kebangsaan) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang

    dengan samping dan songkok hitam. Bertali leher.

    b. Seluar Seluar slack panjang. Seluar jeans tidak dibenarkan.

    http://www.ptptn.gov.my/

  • c. Kasut Pelajar hendaklah memakai kasut yang sesuai untuk kerja di pejabat dan memakai sarung kaki

    dengan sempurna. Kasut sukan dibenarkan. Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada dalam

    kampus PJB (kecuali di asrama).

    d. Rambut Rambut sentiasa pendek dan kemas. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan

    diwarnakan adalah dilarang.

    e. Perhiasan Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan kecuali bagi keperluan agama.

    4.2 Pakaian dan Rupadiri Pelajar Perempuan

    a. Baju Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam. Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah,

    nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang). Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai kepergelangan tangan. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. Pelajar bukan Islam dilarang memakai skirt yang pendek dari paras lutut. Baju-T berkolar bulat dilarang.

    b. Sarung/Maxi

    Pakaian berbentuk sarung/maxi mestilah labuh, longgar dan tidak jarang. c. Seluar

    Pelajar perempuan boleh memakai seluar slack panjang yang tidak ketat serta tidak menjolok mata.

    Seluar jeans dilarang. d. Kasut

    Pelajar hendaklah memakai kasut yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna.

    Kasut sukan dibenarkan. Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada dalam

    kampus PJB (kecuali di asrama). e. Rambut

    Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang disyariatkan Islam.

    Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan. Rambut fesyen seperti afro, punk, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

    f. Perhiasan

    TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

    5. HAL-HAL LAIN

    Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat cara berpakaian.

    Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

    Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

    Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sector awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai Pendapatan jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.

  • 1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

    Anda seharusnya menerima dokumen berikut :-

    i. Surat panggilan mendaftar pelajar baru Politeknik Johor Bahru. ii. Maklumat Bayaran Bank Islam (Yuran Pengajian), Bank Islam (Yuran Asrama), Bank Islam

    (Bayaran Pendaftaran) dan Bank Islam (Bayaran Jabatan). iii. Lampiran-lampiran tambahan.

    Jika anda tidak menerima mana-mana dokumen di atas, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan. Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Calon Setelah Menerima Dokumen Pendaftaran

    i. Melayari laman web http://www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat pendaftaran. ii. Memuat turun (download) dan mencetak borang-borang yang perlu diisi. iii. Melengkapkan semua Borang HEP. iv. Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang

    HEP (Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran). v. Bank-in yuran pengajian/yuran asrama melalui slip Bank Islam atas nama POLITEKNIK KPT. vi. Bank-in bayaran pendaftaran melalui slip Bank Islam atas nama KOPERASI POLITEKNIK

    IBRAHIM SULTAN. vii. Bank-in bayaran jabatan melalui slip Bank Islam atas nama KOPERASI POLITEKNIK

    IBRAHIM SULTAN. Bayaran (bank-in) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pendaftaran secara on-line dibuat.

    Calon-calon yang mendapat mana-mana tajaan pun wajib membuat bayaran (bank-in) dahulu sebelum pendaftaran secara online dibuat (jika berkaitan).

    Menyediakan Dokumen Yang Perlu Untuk Hari Pendaftaran

    i. Kad Pengenalan ii. 3 salinan slip pendaftaran online (e-daftar). iii. Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar jika diperlukan). iv. Borang HEP yang telah lengkap diisi. v. Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis

    Agama Islam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan lain-lain.

    vi. Gambar berukuran passport sebanyak 4 keping (1 keping gambar tampal di Fail Peribadi dan 3 keping gambar tampal pada borang HEP). (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).

    2. SEMASA HARI PENDAFTARAN

    Perkara yang perlu dilakukan semasa Pendaftaran (Pelajar Lulusan SPM / Khas / Sijil Kolej Komuniti) di BLOK ASRAMA pada 08 Julai 2012 (Ahad).

    i. Menerima Fail Peribadi Pelajar (FPP), Buku MSK dan Buku Peraturan Pelajar. ii. Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (e-daftar). iii. Menerima kunci bilik.

    BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN

    http://www.pis.edu.my/

  • 3. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN

    Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses

    pendaftaran.

    PROGRAM KOD

    PROGRAM JABATAN (KOD)

    Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) DJK JABATAN KEJURUTERAAN

    ELEKTRIK (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEP

    Sijil Kemahiran Khas Hotel Dan Katering KHK

    JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI (JPH)

    Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering DHK

    Diploma Pengurusan Pelancongan DUP

    Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM

    JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

    Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP

    Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) DMB

    Diploma Kejuruteraan Mekatronik DEM

    Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen Dan Pakaian

    KFP

    JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI DAN VISUAL

    (JRKV)

    Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Grafik KRG

    Diploma Reka Bentuk Fesyen Dan Pakaian DFP

    Diploma Reka Bentuk Grafik DRG

    Diploma Reka Bentuk Industri DRI

    4. Penyediaan Keperluan Diri Dan Peralatan Pembelajaran

    Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan

    sepanjang pengajian.

    Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut: i) Pakaian Kuliah / Kelas (Formal) ii) Pakaian harian / sukan / riadah iii) Baju Melayu iv) Kasut v) Bekalan ubat-ubatan peribadi vi) Keperluan peribadi/kebersihan diri Keperluan di asrama yang perlu dibawa semasa mendaftar:

    1. Bantal. 2. Lampu study berkuasa 20 watt. 3. Cadar bujang yang bersih 1 helai. 4. Sarung bantal berukuran standard yang bersih 1 helai. 5. Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam. 6. Pakaian sukan / riadah.

  • 7. Langsir untuk ukuran tingkap 2 panel (bawa bersama spring langsir).

    *** Semua keperluan tersebut samada keperluan peribadi dan keperluan harian boleh dibeli di kedai koperasi Politeknik Ibrahim Sultan KECUALI langsir.

    Peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar menjalani pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan.

    i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

    BIL ITEM JENAMA BILANGAN

    1 ANALOGUE MULTIMETER SANWA 1

    2 TEST PEN 240 VAC PHILLIPS 1

    3 SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms (atau yang setaraf dengannya)

    CASIO 1

    **Pelajar digalakkan menyediakan senarai keperluan di atas sebelum sesi pengajian bermula**

  • 1. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap. 2. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam 3. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik. 4. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima. 5. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan asrama. Tindakan buang asrama serta merta

    akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah. 6. Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik asrama pada setiap masa dan pesalah boleh

    diambil tindakan buang asrama jika melakukan kesalahan tersebut. 7. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik. 8. Mesti menghormati waktu senyap asrama iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi. 9. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis

    dan kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda. 10. Semua penghuni asrama dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak dibenarkan keluar

    kampus pada waktu tersebut. 11. Semua pelajar mesti berada di blok asrama masing-masing pada jam 11.00 malam. 12. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu study selepas waktu itu atau

    belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing. 13. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih. 14. Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester. 15. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna. 16. Tidak menyidai sebarang pakaian di railing, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika.

    Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas. 17. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan spot check dari

    masa ke semasa. 18. Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag. 19. Semua warga asrama dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD dsb. 20. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan

    perempuan. 21. Pemakaian jeans dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di asrama tetapi di

    seluruh kawasan kampus PJB. 22. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa. 23. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di asrama dan persekitarannya. 24. Dilarang meninggalkan asrama atau bermalam di luar asrama tanpa kebenaran. 25. Dilarang sepenuhnya meninggalkan asrama ketika grounded. 26. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.

    27. Dilarang melanggar peraturan asrama pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang didapati bersalah, termasuk tindakan buang asrama.

    Antara beberapa peralatan tambahan yang perlu dibawa semasa mendaftar, iaitu :- a. Lampu study berkuasa 20 watt (boleh dibeli di kedai/gerai koperasi PIS) b. Cadar bujang berwarna biru yang bersih 1 helai (boleh dibeli di kedai/gerai koperasi PIS) c. Sarung bantal berukuran standard yang bersih 1 helai. d. Sehelai sejadah, senaskah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam. e. Satu set pakaian Melayu lengkap bersamping dan songkok hitam bagi pelajar Islam.

    f. Pakaian sukan/riadah. g. Langsir untuk tingkap berukuran 2 panel. h. Dan lain-lain peralatan yang difikirkan sesuai. Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni asrama PJB ini. Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni asrama bukan sahaja berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin. Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di belakang pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari kediaman Asrama PJB dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal ini.

    PENGETUA ASRAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

    BAHAGIAN C : PERATURAN ASRAMA